Monday, 14 September 2020

40 HADIS PENAWAR HATI

 HADIS PERTAMA

1) EMPAT PERTANYAAN YG MESTI DIJAWAB

maksudnya :

Daripada Abu Barzah Nadhlah bin 'Ubaid al-Aslami (r.a ), telah bersabda Rasulullah (s.a.w), " Belum Berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba, sehingga terlebih dahulu dia akan ditanya tentang

- ilmunya untuk apa ia melakukannya

- hartanya dari mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya

- tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya(digunakannya)

H.R Tirmizi

RINGKASAN - ILMU, HARTA DAN TUBUH BADAN AKAN DIPERSOAL DI MAHSYAR 

Huraian : 

Jika mulut cuba berdusta, ia akan dikunci dan kaki,tangan,anggota badan akan menjadi saksi pada perbicaraan itu.

Hitung lah diri dan amalan sebelum diri kita dihitung kelak.



HADIS KE-2 

2) SIAPA TEMAN SETIA

maksudnya :

Dari Anas bin Malik , Rasulullah (s.a.w) bersabda, " Ada 3 perkara yang menghantar jenazah ke kuburannya, iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya.

2 darinya akan meninggalkannya dan hanya 1 yg tinggal bersamanya. Keluarga dan harta akan meninggalkannya , sedang amal akan tetap setia bersamanya. "

H.R Bukhari & Muslim

RINGKASAN : 3 PERKARA BERSAMA JENAZAH KE KUBUR HANYA AMALNYA KEKAL BERSAMA, KELUARGA DAN HARTA MENINGGALKANNYA

Huraian : 

inilah kesudahan persahabatan kita dengan ketiga-tiga golongan ini. isteri,anak2 dan keluarga yg kita cintai hanya dapat menghantar kita ke tanah perkuburan dan hanya dapat mengucap selamat tinggal kepada kita saat kita terbujur sejuk di liang kubur. Tiada siapa pun yg sudi bersedia menjadi peneman kita di kesunyian kubur. Mereka akan balik setelah menimbun tanah ke atas liang kubur kita.

begitu juga harta yg kita kumpulkan dgn membanting tulang dan memerah keringat bahkan ada yg menaruh nyawa semuanya akan kita tinggalkan pada waris, mereka lah yg mempusakai dan menikmatinya, sedangkan kita akan ditanya tentang harta dari mana kita perolehi dan ke mana kita membelanjakannya. orang pintar ialah orang yg mempunyai perancangan bagi wawasan akhirat dan bersedia menghadapi kematian sebelum tiba saatnya. Tetapi orang yg terpedaya ialah orang yg banyak berangan-angan dan sibuk mengejar dunia dan menimbunkan hartanya. 

maka bila datang saat kematian, barulah ia menyedari dan baru bermula untuk berazam berbuat kebaikan , namun waktu itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. oleh itu, perbanyakkanlah berbuat kebaikan dan kebajikan , buatlah bekal akhirat sedaya yg ada, rajin bersedekah untuk negeri akhirat yg sangat jauh perjalanannya.



HADIS KE-3 

3) SERINGAN-RINGAN SIKSAAN DI DALAM NERAKA

maksudnya :

daripada Nu'man bin basyir  berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda , "Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka ialah seorang yang akan diletakkan di bawah tapak kakinya 2 buah bara api neraka sehingga mendidih ( dari sebab panas kedua bara api neraka itu ) otak yang ada di kepalanya. Dia menyangka tidak ada yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dia adalah orang yg paling ringan siksaannya 

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN : SEKSA NERAKA PALING RINGAN IALAH MENDIDIH OTAK AKIBAT 2 BARA API DILETAK DI TAPAK KAKINYA

Huraian :

rasanya tidak ada seorang yang mampu untuk berdiri di atas bara api yang panasnya boleh mendidihkan otak . pasti akan terjerit kesakitan dan kepanasan dan kita tidak akan mampu menahannya walaupun hanya tempoh sehari sahaja atau seminggu sahaja, cuba bayang betapa pedihnya seksaan yang berterusan dari saat ke saat hanya bertambah panas .


HADIS KE -4 

4) MEROMPAK SEBILAH KAYU SIWAK SUDAH BOLEH MEMBAWA MASUK KE NERAKA 

maksudnya:

daripada abu umamah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Barang siapa yang mengambil hak milik seseorang islam dengan sumpahnya, ( mengambil secara paksa atau merompak ) maka Allah telah mewajibkan baginya Neraka dan telah mengharamkan Syurga baginya untuk dimasukinya. Kemudian ada lelaki bertanya , "Kalau hanya barang yang tersangat sedikit, ya Rasulullah ?". Jawab Rasulullah s.a.w, "Walaupun hanya sebilah kayu arak"( kayu yg digunakan untuk bersiwak )

H.R. Muslim 

dalam hadis lain, riwayat dari Umar al Khattab, beliau berkata ," Setelah selesai peperangan Khaibar, ada segolongan di kalangan sahabat datang menghadap Rasulullah s.a.w, , mereka berkata , "Si Fulan itu mati syahid" .Lalu Rasulullah bersabda, : Tidak ! Sama sekali tidak. Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan selembar selendang atau(ragu perawi hadis ) selembar baju kemeja ( daripada harta rampasan perang ) 

H.R. Muslim 

RINGKASAN : CURI/AMBIL HAK ORANG WALAU SEBESAR KAYU CUKIL GIGI AKAN DIAZAB NERAKA

Huraian : 

Hendaklah kita berhati-hati dalam berjual beli dengan orang lain, dan hendak lah kita jauhi harta-harta yang haram dan jangan melakukan apa-apa kezaliman terhadap hak milik orang lain , ianya membawa pada kebinasaan .

Hadis ini ialah ancaman yg keras dan peringatan yang tegas agar seseorang jangan berbuat khianat terhadap hak milik orang yang diamanahkan kepadanya.



HADIS KE-5 

5) SIAPA ORANG YG BANKRAP ( MUFLIS ) 

maksudnya:

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tahukah kamu siapa orang mukhlis ?" Sahabat menjawab,"Orang mukhlis dikalangan kami ialah orang tidak memiliki wang dirham dan harta. Rasulullah s.a.w bersabda,"Sebenarnya orang yang mukhlis ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa,zakat tetapi dahulunya ( sewaktu di dunia), ia pernah mencaci-maki si fulan,  menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu dari pahala kebaikan orang tadi , sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan beban dosa yg dianiayainya belum lagi selesai (belum dapat dibayar semuanya), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dilemparkan ke dalam api neraka."

H.R Muslim

RINGKASAN : ORANG MUKHLIS DI MAHSYAR BAWA BANYAK PAHALA SOLAT,PUASA,ZAKAT DLL TAPI PERNAH ZALIMI ORANG LAIN ( CACI,TUDUH, MAKAN HARTA, TUMPAH DARAH , PUKUL ) , PAHALANYA AKAN DIBERI PADA ORG DIZALIMI HINGGA HABIS LICIN DAN DIAMBIL DOSA ORG DIZALIMI DIBERI PADANYA DAN DILEMPAR KE NERAKA

Huraian : 

Kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada dari segala jenis dosa dan kesalahan.  Kita hendaklah sentiasa memohon ampun dan taubat pada Allah dan memohon maaf pada orang pernah teraniaya dari perbuatan kita. Kita hendaklah meminta halal dari mereka ketika masih berada di dunia . Biarlah kita dipandang rendah dan hina kerana memohon kemaafan , asalkan kita berlepas diri daripada bebanan dosa pada hari kiamat . 



HADIS KE -6

6) BAGAIMANA KITA MENGHADAPI SAKARATUL MAUT

maksudnya :

dari Aisyah, beliau melihat Rasulullah menghadapi sakaratul maut  dan disisinya ada sebuah mangkuk berisi air , kemudian beliau memasukkan tangannya  ke dalam mangkuk itu, lalu menyapu mukanya dengan air sambil berdoa , " ya Allah, berilah pertolongan padaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul maut ."

H.R Tirmizi

RINGKASAN: RASULLAH MENGALAMI KEPEDIHAN KETIKA SAKARAT MAUT, APATAH LAGI KITA UMAT BIASA YG BERDOSA

Huraian :

Cuba bayangkan, Rasulullah s.a.w sebaik-baik makhluk dicipta Allah dan yang paling dicintai Allah terpaksa meminta pertolongan dari Allah dalam menghadapi sakaratul maut , maka betapa pula kita hanya umatnya yang daif dan terlalu banyak dosa dan kesalahan .

Kalau ada luka kecil sudah terlalu sakit dan pedih kita rasai, betapa pedihnya ketika nyawa kita hendak diceraikan dari badan . Oleh itu, mari lah kita membuat persiapan dan amalan yang banyak sebagai persiapan menghadapi sakaratul maut yg dahsyat itu. 

Hendaklah sentiasa berdoa pada Allah memohon husnul khotimah  iaitu mati dalam beriman dan dapat menuturkan kalimat " La ilaha illallah" di akhir hayat . dan sntiasa memohon berlindung dari mati dalam "suul khotimah " atau mati dalam keadaan berlumuran dosa dan kesalahan "



HADIS KE-7 

7) MAHKAMAH QADHI  RABBUN JALIL

maksudnya:

dari Adi bin Hatim, Rasulullah s.a.w bersabda, " Tidak ada seorang pun di antara manusia ini kecuali ( pada hari kiamat ) akan dihadapkan ke mahkamah Allah s.w.t. Maka pada waktu itu tidak ada seorang pun yang sanggup menjadi jurubicara antara keduanya. ( sebagai orang ke-3 atau peguam bela ) . Lalu orang tadi akan melihat di kanannya, , maka ia tidak lihat melainkan pahala kebaikan yang pernah dilakukan di dunia dahulu, dan apa bila ia melihat di sebelah kiri,  maka ia tidak melihat melainkan hanya balasan perbuatan jahat  yg pernah dilakukannya ketika berada di dunia dahulu. Kemudian apabila ia melihat kehadapannya  maka ia tidak melihat melainkan hanya kobaran api neraka.  Maka tanamkanlah rasa takut  terhadap api neraka dan jauhilah seksaannya walaupun kamu hanya mampu bersedekah dengan sebelah  buah kurma sahaja . "

H.R.Bukhari & Muslim

RINGKASAN : DI MAHKAMAH MAHSYAR, DI KANAN ADA PAHALA KITA , DI KIRI DOSA KITA, DI HADAPAN API NERAKA , MAKA BANYAKKAN SEDEKAH 

Huraian :

Buat lah persiapan supaya engkau selamat  di dalam perjalanan menyeberangi neraka  untuk sampai ke syurga . Buatlah kebaikan sebanyak mungkin , sedikit demi sedikit sehinggakan akhirnya menjadi bukit . Sesungguhnya pada hari itu, kita amat berhajat pada pahala  kebaikan, walaupun hanya pahala bersedekah sebesar sebelah tamar sahaja. 



HADIS KE-8 

8) BERENANG DI LAUTAN PELUH 

maksudnya : 

dari ibnu umar, Rasulullah s.a.w bersabda , "seluruh manusia akan berdiri di hadapan  Allah  ( pada hari kiamat nanti ) sehingga salah seorang daripada mereka  ada yang akan tenggelam  di dalam peluhnya sendiri sampai ke pertengahan telinganya. "

H.R Bukhari & Muslim

Huraian :

Suasana pada hari kiamat  adalah tersangat panas , iaitu ketika seluruh manusia dibangkitkan dari kubur mereka untuk menghadap Allah.  Mereka semua berkumpul di padang mahsyar untuk dihisab.keadaan manusia pada masa itu berbeza mengikut tahap dan kadar amalan di dunia , ada yang berpeluh  sampai ke kedua tumitnya , ada yang berpeluh sampai ke lututnya , ada berpeluh sampai ke pinggangnya,  ada berpeluh ke kedua telinganya  hingga ia terpaksa berenang dalam lautan peluhnya. 

Namun, ada 7 golongan yg  akan dinaungi arasy Allah,mereka ialah " pemimpin yang adil,  pemuda yang rajin beribadat, lelaki yg terpaut dengan masjid, orang yg mencintai sahabatnya kerana Allah, lelaki yg digoda untuk berzina namun menahan dirinya, orang yg menyembunyikan sedekahnya  hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yg disedekahkan oleh tangan kanannya, dan orang yg mencucuri air mata kerana takut  kepada Allah  ketika ia bersendirian. 



HADIS KE-9

9) BERAPAKAH DALAMNYA JURANG API NERAKA?

maksudnya :

dari Abu Hurairah, bersama Rasulullah s.a.w, " tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh dengan kerasnya,  lalu sabda Rasulullah, " Tahukah kamu suara apa kah itu ? Ini adalah suara / bunyi sebijik batu yang dilemparkan ke dalam api neraka sejak 70 tahun dahulu , maka batu itu terus sahaja jatuh menuju ke dasarnya neraka dan baru saat tadi ia sampai ke dasarnya . Maka kerana itu kamu mendengar suara/bunyi jatuhnya "

H.R Muslim

 RINGKASAN : DALAM NERAKA IALAH 70 TAHUN MENJUNAM BATU DILEMPAR DARI TEBING KE DASAR NERAKA

huraian :

Rasanya tidak mampu kita menghitung berapa dalamnya neraka yg ditempuh oleh perjalanan sebuah batu besar yang jatuh dan memakan masa 70 tahun lamanya. Lebih mengerikan lagi jurang yang dalam ini diisi dengan bermacam-macam seksaaan dan apabila sampai saatnya nanti pintu neraka ini akan ditutup serapat-rapatnya dan tidak ada seorang penghuni neraka pun dibenarkan keluar dari nya. 




HADIS 10

10) MAJORITI PENDUDUK NERAKA

maksudnya :

dari ibnu Abbas dan imran, Rasulullah bersabda, "Aku melihat ke dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuni syurga ialah dalam kalangan orang-orang yang faqir. Dan aku melihat ke neraka dan kebanyakan penghuni nya ialah dalam golongan perempuan"

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN : RAMAINYA AHLI SYURGA IALAH ORANG FAQIR DI DUNIA DAN RAMAINYA AHLI NERAKA IALAH PEREMPUAN

huraian :

pada malam isra' mi'raj, diperlihat kebanyakan penghuni syurga dikalangan orang faqir , ini kerana sewaktu di dunia dahulu , kebanyakan mereka banyak berkesempatan untuk beribadah. Lain pula dengan orang kaya yang kebanyakannya disibukkan masa dengan menghimpun harta, dan menjaga harta yang ada, Masa di dunia dihabiskan dengan mengejar dunia, hingga mereka dikejutkan dgn kematian sebelum berkesempatan berbuat ibadah, mereka akan menyesal di saaat tidak berguna lagi sebuah penyesalan.

dan nabi melihat kebanyakan dalam neraka penghuninya ialah perempuan, ini kerana kebanyakannya tidak menunaikan hak suami. Mereka tidak berterima kasih atas pemberian suami dan tidak menjaga diri sewaktu suami tiada di rumah. Ramai pula yang tidak menutup aurat, dan ramai yang keluar rumah dgn berhias dan bersolek yg melampau sehingga wangian air bau mereka dihidu yg bukan mahram. 



HADIS 11

11) DOSA KECIL JANGAN DIANGGAP RINGAN

maksudnya :

dari ibnu umar, rasulullah bersabda , "Ada seorang perempuan yang akan diseksa di dalam neraka kerana seekor kucing yang dikurungnya (dipenjarakan) sampai kucing itu mati. Perempuan itu tidak mahu memberi makan dan minum kepada kucing itu ketika ia memenjarakan kucing itu, juga ia tidak mahu melepaskan nya untuk bebas mencari makanan dari binatang-binatang kecil yg melata di bumi 

H.R. Bukhari dan muslim

RINGKASAN : PERBUATAN YG DIANGGAP REMEH SEPERTI MENZALIMI BINATANG JUGA AKAN DITANYA DAN DIAZAB DALAM NERAKA



HADIS 12

12) HINDARI DOA ORANG YG DIZALIMI

maksudnya :

dari ibnu abbas, rasulullah mengutus Muaz ke negeri Yaman (untuk menjadi amir dan qadhi), lalu ia bersabda kepadanya, "Hindari lah doa orang yang terkena zalim, maka sesungguhnya tidak ada antara doa nya itu dan Allah sesuatu yang mendinding ."

H.R Tirmidzi 

RINGKASAN  : DOA ORG DIZALIMI SENANG DIMAKBULKAN OLEH ALLAH

huraian :

Allah dengan hikmahNya menciptakan  manusia dalam bermacam keadaan, bermacam tingkatan kehidupan dan berbagai pekerjaaan. Orang yang kuat hendaklah membantu yang lemah dan yang kaya hendaklah membantu yang miskin,  yang pandai hendaklah membantu yang jahil . Maka janganlah yang mempunyai kekayaan dan kekuasaan menindas yang miskin dan yang pandai jangan menipu yang jahil. 

menzalimi seseorang ialah menyalahgunakan kuasa atau kekuatan yg dianugerahkan oleh Allah . Maka Allah dengan keadilanNya akan mengambil tindakan untuk membela yang lemah lagi teraniayai. Maka, orang yg dizalimi doanya adalah mustajab dan terus sahaja diterima oleh Allah. Namun, bilakah tindakan keadilan itu akan diambil, dan bagaimana kah bentuk tindakan yang akan diambil, maka itu terserah kepada Allah. 




HADIS KE-13

13) DIUSIR DARI SYURGA

maksudnya: 

dari Abdullah bin Mas'ud : Rasulullah bersabda, "Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat takbur(kesombongan) sekalipun hanya seberat debu. " sahabat bertanya ,"Sesungguhnya ada seseorang yang mahu bahawa pakaiannya itu baik dan sandalnya baik". nabi bersabda,"Sesungguhnya Allah taala itu indah dan suka pada keindahan . Takbur itu menolak yang benar dan menghina orang lain". 

H.R Muslim

RINGKASAN: SIFAT TAKBUR/SOMBONG PENGHALANG MASUK SYURGA

huraian: sifat takbur sangat dimurkai Allah. 



HADIS KE-14

14) HANYA LETIH BERJAGA MALAM

maksudnya:

dari Abu Hurairah, rasulullah s.a.w bersabda, "Berapa banyak orang yang bersembahyang di waktu malam, tetapi yang didapatinya dari sembahyangnya hanya letih berjaga malam sahaja."

H.R Nasai

RINGKASAN : PERLU CARI KHUSYU' DALAM SOLAT

huraian : 

dalam solat perlu khyusyu' kerana ianya roh untuk solat itu. dan hati orang yang bersolat itu ialah tempat pandangan Allah yang menentukan kepada nilai solat tersebut. maka apabila seseorang sembahyang sedangkan hatinya lalai dari solat, bererti dia tidak menghargai pandangan Allah  padanya. maka berusahalah untuk mendapatkan khyusyu' dalam solat dengan menghadirkan hati dalam setiap bacaan yang diucapkan dan tanamkan di dalam hati akan kebesaran dan keagungan Allah sambil memandang rendah kepada diri dan rasa malu  kepada Allah , disertai pula dengan rasa bimbang terhadap amalan yang dilakukan  adakah ia diterima Allah atau tidak, namun disertai harapan besar agar solat kita yang tidak seberapa ini diterima Allah , bukan kerana keindahan solat yang kita laksanakan tetapi semata-mata dengan limpah kurnia dari Allah. 




HADIS KE-15

15) HANYA DAPAT LAPAR DAN DAHAGA

maksudnya:

dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda,"Siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta , maka Allah s.w.t tidak akan memberikan apa apa ganjaran ke atas keletihan meninggalkan makan dan minum ( berpuasa)

RINGKASAN : BERPUASA TAPI BERDUSTA TIDAK AKAN BERPAHALA

huraian : 

kita hendaklah menahan mata dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh syara' seperti melihat aurat perempuan bukan mahram, dan kita hendaklah menahan telinga dari mendengar perkataan yang diharamkan syara' , dan memelihara lidah dari berbicara bohong  , mencaci orang,  berbicara kasar yang boleh menimbulkan permusuhan. 



HADIS KE-16

16) PELAJAR YANG RUGI 

maksudnya:

dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda ," Barangsiapa belajar ilmu pengetahuan dari jenis ilmu yang sepatutnya dipelajarinya hanya untuk mencapai keredhaan Allah ( iaitu ilmu agama), tetapi ia mempelajarinya ilmu tersebut tidak lain tujuannya kecuali hanya untuk mencapai sesuatu tujuan keduniaan, maka orang yang demikian tidak akan mencium bau syurga. "

H.R Abu Daud

RINGKASAN : MENCARI ILMU AGAMA NIAT HABUAN DUNIA AKAN MENDAPAT AZAB

huraian :

jika ada orang yang menggunakan ilmu agama hanya untuk mencari harta benda dunia yg sebenarnya tidak bernilai di sisi Allah , maka ia telah menyalahgunakan suatu anugerah yang dikurniakan Allah., dan patutlah Allah memurkainya dan menghalangnya daripada memasuki syurga, kerana dia telah merosakkan jambatan yang menyampaikan ke syurga.

sungguh malang nasib pelajar itu, dia bukan hanya dihalang dari masuk ke syurga , bahkan bau harum syurga pun tidak dapat diciumnya, sedangkan semerbak bau  harum syurga itu sudah dapat tercium dari jarak perjalanan 500 tahun sebelum sampai ke syurga.



HADIS KE-17

17) MUJAHID YANG SIAL

Dari Abu Musa Assya'ari,  seorang arab badwi datang bertanya rasulullah, " ya Rasulullah , ada seseorang yang berperang  dengan tujuan merebut harta rampasan, dan ada yang bertujuan supaya disebut-sebut namanya, dan ada untuk memperlihat betapa hebat peranannya."

dalam riwayat lain, " ada berperang untuk menunjukkan keberaniannya, ada untuk membalas dendam kerana ada dikalangan keluarganya yang terbunuh pada peperangan terdahulu. 

dalam riwayat lain, " ada berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya , maka yang mana dari antara semua ini dianggap berperang Fi Sabilillah ?" 

Rasulullah bersabda, " Barangsiapa berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah ( agama islam) menjadi tinggi , maka orang itu sahaja lah  yang dikatakan jihad Fi Sabilillah "

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN: BERJIHAD DEMI AGAMA ISLAM DITEGAKKAN SAHAJA AKAN DITERIMA ALLAH




HADIS KE-18

18) SYAHID, ALIM, QARI, DERMAWAN YG MASUK NERAKA

maksudnya: dari abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "Sesunggguhnya orang pertama sekali diputuskan hukumannya pada hari kiamat ialah laki-laki yang mati syahid, ia akan dihadapkan pada Allah dan diingatkan akan anugerah nikmat yg pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu, maka ia pun kembali mengingatinya, lalu Allah bertanya kepadanya, " apa yang telah engkau berbuat dengan nikmat yg pernah Ku berikan kepadamu? " ia menjawab, " nikmat tersebut telah aku gunakan untuk membela agamaMu sehingga aku mati syahid " Allah membalas,"engkau berbohong" ,engkau berperang adalah bertujuan untuk supaya engkau disebut sebut sebagai orang yang berani , dan telah pun dikatakan begitu orang padamu."

Lalu orang itu diseret ke atas mukanya hingga ia dilemparkan ke dalam api neraka 

kemudian dipanggil lelaki yang belajar ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain serta banyak membaca al Quran. .Lalu Allah mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dahulu dan ia pun kembali mengingatinya, , Allah bertanya,"apa yang engkau telah berbuat dengan nikmat yang pernah Ku berikan kepadamu?" ia menjawab"Aku telah belajar ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain dan aku membaca alquran untuk mencari keredhaaanMu. Allah berkata padanya,"Engkau bohong!"Sebenarnya engkau belajar ilmu supaya engkau disebut-sebut sebagai orang yang alim dan engkau membaca al quran supaya engkau dikatakan seorang yang "Qari" yang pandai membaca al quran, dan telah pun dikatakan padamu begitu di dunia dahulu."

Lalu orang itu diseret ke atas mukanya hingga ia dilemparkan ke dalam api neraka .

Kemudian dihadapkan pula dermawan yang diluaskan Allah akan rezekinya dan dikurniakan kepadanya bermacam2 harta benda.  Lalu Allah mengingatkannya tentang nikmat yang telah dianugerahkan kepadanya di dunia dahulu dan ia pun mengingatinya kembali. , Allah bertanya,"apa yang engkau telah berbuat dengan nikmat yang pernah Ku berikan kepadamu?" ia menjawab"Tiada satu jalanpun yang Engkau inginkan supaya didermakan harta padanya kecuali telah saya dermakan. " Allah berkata padanya,"Engkau bohong!"Sebenarnya engkau mendermakan harta supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang dermawan . " Orang itu lalu diseret di atas mukanya sehingga dilemparkan ke dalam api neraka ."

H.R. Muslim

RINGKASAN: ORANG SYAHID, QARI DAN ALIM SERTA DERMAWAN DISERET KE NERAKA JIKA TIDAK IKHLAS BERAMAL.

huraian :

Hadis ini mengancam orang yang mengerjakan suatu amalan dengan niat mencari-cari pujian dari manusia





HADIS KE-19

19) PENDAKWAH YG MALANG

maksudnya : 

dari Abu Zaid usamah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluar isi perutnya,kemudian ia lalu berputar-putar ( di tengah tengah unggun api neraka ) seperti berputarnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata kepadanya, "Hai fulan, mengapa engkau jadi begini ?" Bukankah dahulu ( sewaktu di dunia) engkau sering menyuruh orang ke arah berbuat kebaikan dan engkau melarang mereka dari kemungkaran?"

Lalu orang itu menjawab , " Ya benar. Dahulunya aku sering menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya dan saya sering melarang orang lain dari kemungkaran , tetapi saya sendiri yang melakukannya,"

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN : ORANG YG MENYERU AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR AKAN DIAZAB JIKA DIA SNDIRI TIDAK AMALKAN APA YG DIKATANYA.

huraian : 

hadis ini menjelaskan ancaman pada pendakwah. Para pendakwah hendaklah mendahului mendakwah diri nya sendiri sebelum mengajak orang lain. 



HADIS KE-20

20) KENAPA DOA DITOLAK ?

maksudnya :

dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, " Sesungguhnya Allah itu baik dan Dia tidak menerima kecuali yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah menyuruh orang orang yang beriman dengan apa yang Dia suruh pada sekalian orang Mursalin ( para rasul ).

Maka Allah taala berfirman, "hai sekalian rasul, makanlah dari yang baik baik dan beramallah dengan amalan yang baik." Dan Allah berfirman, "Hai orang orang yang beriman ! makanlah dari segala rezeki yang Kami berikan kepadamu."

Kemudian , nabi menyebut, seorang laki laki yang jauh perjalanannya ,kusut rambutnya, berdebu badannya, mengangkat kedua tangannya ke atas langit sambil berdoa."Ya Rabbi, ya Rabbi, sedangkan makanannya ,minumannya, pakaiannya dari harta yang haram , mulutnya disuapkan makanan yang haram, maka bagaimanakah akan diperkenan akan doa nya ? "

H.R Muslim

RINGKASAN : DOA ORG YG MAKAN HARTA HARAM AKAN DITOLAK

huraian :

Sumber harta yang haram ialah tempat  kemurkaan Allah dan tubuh badan yang tumbuh dari makan makanan yang haram akan dibakar dalam api neraka.

Oleh itu hendaklah kita berhati hati dalam mencari nafkah kehidupan , supaya kita tidak terlibat dari sumber yang diharamkan yang dapat menjadi penghalang terhadap doa yang dipohonkan pada Allah. 



HADIS KE-21

21) JAUHI 7 PEMBINASA

maksudnya:

dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Jauhi 7 perkara yang membinasakan ". Menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,  sihir, membunuh jiwa yg diharamkan oleh Allah melainkan dengan kebenaran menurut syara' , memakan harta riba,  makan harta anak yatim, lari dari medan pertempuran ( sewaktu berkecamuk peperangan ), dan menuduh zina terhadap perempuan perempuan mukminah yang baik, yg selalu ,menjaga diri dari perbuatan yg keji.:

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN : 7 DOSA MEMBINASA - SYIRIK, SIHIR, MEMBUNUH , MAKAN RIBA, MAKAN HARTA ANAK YATIM, LARI DARI PERANG, TUDUH ZINA

huraian :

7 perkara itu ialah dosa besar yg terbesar sekali.





HADIS KE-22

22) GOLONGAN YG DIHALANG DARI MINUM AIR TELAGA AL KAUTSAR

maksudnya:

dari Asma' binti Abu Bakar, Rasulullah s.a.w bersabda, "Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku, ( telaga al kautsar di hari kiamat ),  sambil menunggu nunggu umatku yang datang minum daripadanya, maka tiba tiba ada orang yang ditahan dari sampai ke sisiku ( ke tepi telagaku ). lalu aku berkata, " bukankah mereka itu juga dari umatku ?". dikatakan orang pada nabi , " ya benar, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka setelah itu kembali ke kebelakang  ( murtad atau meninggalkan ajaranmu ). 

RINGKASAN : ORG MURTAD / TIDAK IKUT ARAHAN NABI AKAN DIHALANG MINUM DI TELAGA KAUTSAR

huraian :

Telaga al kautsar luas nya beribu ribu kilometer dan gelasnya lebih banyak dari bilangan bintang yang ada di langit. lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu.siapa yang minum darinya, walau hanya 1 teguk sahaja, ia tidak akan merasa kehausan buat selama-lamanya. semua umat rasulullah akan berpeluang untuk minum dari telaga kautsar ini.

namun akan ada dikalangan umat yg dihalang dan dihalau oleh malaikat dari meminum air di kautsar kerana didunia dahulu mereka meninggalkan ajaranmu. mereka telah berpaling dari agamamu. betapa sialnya golongan ini, rasanya teramat malu sekali di tengah-tengah khalayak ramai di mahsyar. mereka mengaku islam tapi amal perbuatan mereka bertentangan dengan ajaran mereka itu sendiri., mereka tidak mahu solat, tidak mahu bayar zakat,tidak puasa, tidak mahu tutup aurat.




HADIS KE-23

23) KENAPA NERAKA YG DIPILIH

maksudnya:

dari Jabir, Rasulullah s.a.w bersabda, "Perumpamaan aku dan perumpamaan kamu ialah seperti seorang lelaki yang duduk berdekatan unggun api,  maka banyaklah belalang dan rama-rama yg menjatuhkan dirinya ke dalam api itu, Lalu orang itu berusaha sekuat tenaga untuk menghalang binatang-binatang itu supaya jangan jatuh ke dalamnya. aku ( rasulullah s.a.w ) berusaha memegang simpulan kain kamu supaya kamu jangan jatuh ke dalam jurang api neraka, namun banyak di kalangan kamu yang masih juga hendak melepaskan diri daripada peganganku." 

H.R Muslim

dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda, "semua umatku akan masuk ke dalam syurga , melainkan orang yang enggan "  sahabat bertanya, siapa kah golongan tersebut?,  rasulullah s.a.w menjawab,"Barangsiapa yg taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga, dan barangsiapa yang menyalahi ajaranku , maka orang itu lah yg tak mahu masuk syurga."

H.R Bukhari

RINGKASAN : RASULULLAH TERLALU SAYANG PADA UMAT DAN MAHU MENYELAMATKAN UMAT DARI NERAKA

huraian :

Rasulullah diutus menjadi penerang dan penunjuk umatnya keluar dari kegelapan. 

Jiwa yg sakit tetap tidak mendapat rahmat ini kerana hati nya diselaputi oleh 3 -ta ( cinta harta, cinta takhta dan cinta wanita ) telah menjadi kebal,  bahkan panggilan kebenaran dianggap sebagai loceng tanda berakhirnya kekuasaan hawa nafsu dan syahwat. Oleh itu , mereka telah memilih jalan syaitan dan merasa bangga dengan terus berkubang di lumpur kekufuran dan hanyut di lautan kemaksiatan yang akhirnya mereka akan dibawa oleh arus yang menghantarkan mereka ke pintu api neraka.





HADIS KE-24

24) KERANA MULUT BADAN BINASA

Maksudnya: dari Muaz bin jabal, rasulullah s.a.w bersabda, "mahukan engkau ( hai muaz) aku khabarkan tentang asas perkara ini ? ( asas agama islam ) dan tiang tiangnya dan puncaknya?

Muaz menjawab,"baiklah ya Rasulullah," rasulullah s.a.w bersabda, "Asas perkara ini ialah islam, dan tiang-tiangnya ialah solat, dan puncaknya adalah jihad. "Mahukah aku khabarkan pada kamu puncak bagi yg demikian itu semuanya?' 

muaz menjawab, ya, rasulullah

rasulullah s.a.w bersabda," lalu baginda memegang lidahnya sambil bersabda, "pelihara lah ini baik-baik". 

Muaz bertanya, "adakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?"

rasulullah s.a.w bersabda,"ibu engkau kehilangan engkau, bukankah banyak nantinya orang yang akan disungkurkan ( dilemparkan ) ke dalam neraka adalah dari kerana mulut mereka sendiri

H.R Tirmizi

RINGKASAN: DOSA DARI LIDAH BOLEH MENGHUMBAN SESEORANG KE NERAKA

huraian :

maka kalau seseorang membiarkan lidahnya bercakap secara bebas, maka syaitan pasti akan menggunakannnya untuk bercakap dgn maksiat dan kekufuran.  Seseorang islam belum menjadi kafir dengan memakan riba, ia melakukan dosa besar yg boleh menjadikan nya seorang fasik , tetapi ia telah menjadi kafir dan terkeluar dari islam apabila ia mengatakan bahawa Riba itu halal, walaupun ia sendiri tidak terlibat dalam memakan harta riba. ini lah padah dari lidah yang tidak bertulang ini.

Lidah juga cukup mudah untuk menaburkan fitnah, mengumpat, berbohong, , mengejek orang dan bertengkar dan sebagainya. Oleh itu lidah perlu dikekang dan jangan dibiarkan berbicara mengikut kemahuannya. 

Buatlah pertimbangan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata tersebut.




HADIS KE -25

25) SEPATAH KATA YG MENCEMAR LAUTAN

maksudnya :

Aisyah pernah berkata pada Rasulullah, "Cukuplah bagimu Syafiyah itu , begini,begini."( berkata sesetengah perawi hadis, yg dimaksudkan Aisyah ialah Shafiyah itu orang nya pendek dan rendah." Maka Rasulullah bersabda, "Engkau telah menuturkan satu kalimat yang jikalau dicampur dengan air lautan nescaya kalimat itu akan membusukkannya."

dan Aisyah berkata, " Pernah aku ceritakan pada Rasulullah tentang hal seseorang."

Lalu beliau bersabda,"Aku tidak mahu menceritakan hal seseorang walau pun akan diberikan padaku begini, begini."

H.R Tirmizi


RINGKASAN: KATA2 BURUK PADA ORG LAIN HINA DI SISI AGAMA

huraian :

Siti shafiah ialah isteri rasulullah, madu pada Aisyah. Apabila Aisyah mengungkapkan kata kata yang memberi isyarat penghinaan kepada Siti Syafiyah lalu Rasulullah segera menegurnya , dan membayangkan betapa besar bencana yg terhasil dari ungkapan kalimat penghinaan yg diungkapkan itu. 

Begitu besar dosa yang dibawa oleh lidah tidak bertulang, hanya 1 kalimat yg mudah sekali diungkapkan, tiba tiba kalimat tersebut telah mampu mencemar lautan luas yg tidak bertepi. Terkadang kita terlalu senang mengungkapkan keaiban orang lain, senang mengumpat dan mudah menghina orang lain kerana kita lupa pada dosa besar yg dibawa oleh lidah. tapi jika merenung dan berfikir sejenak tentang bencana dari lidah ini, sudah tentu kita akan berusaha mngawal lidah dari menuturkan dosa.

imam ghazali dalam bidayah hidayah,  menyebut apa yang ditulis oleh seseorang sama dengan yg diucapkan dengan lidahnya .




HADIS KE-26

26) KENAPA HATI MENJADI KERAS?

maksudnya :

dari ibnu umar, Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kamu memperbanyak percakapan melainkan untuk berzikir pada Allah, maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari berzikir pada Allah akan menyebabkan hati itu menjadi keras , dan sesunggguhnya sejauh-jauh manusia dari Allah ialah mereka yang berhati keras "

H.R Tirmizi

RINGKASAN : BANYAK BERCAKAP AKAN HATI JADI KERAS

huraian :

ketandusan jiwa pada hari ini ialah suatu penyakit yang amat ketara di kalangan masyarakat kita. banyak orang bersusah hati, gelisah dan tidak merasakan ketenangan fikiran dalam kehidupan walaupun ia telah memiliki segala kemudahan yg dihasilkan teknologi moden pada hari ini, bahkan ratusan ribu wang telah dimilikinya., namun kepuasan hidup masih belum dirasainya. 

ini semua nya disebab kan dari hati yang keras , jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut pada Allah.

keras hati ini pula adalah dari kerana banyak bercakap perkara-perkara yang tiada faedahnya yg tiada hubungannya dengan Allah. oleh itu bagi orang yang beriman, hendaklah ia selalu menggunakan lidahnya untuk berzikir pada Allah atau bercakap perkara-perkara yang ada hubungannya dengan maslahat agama yang memberikan faedah dalam meningkatkan ketaqwaan  atau....paling kurang bercakap tentang hal keduniaan yang dijadikan wasilah atau alat yg dapat membantunya untuk menambah apa jua jenis ketaaatan yang akan dicatatkan dalam suratan amal kebaikan pada hari kiamat nanti , atau kalau tidak mampu berbuat demikian,  hendaklah dia diam sahaja., jangan banyak bercakap-cakap.

hati yang keras sentiasa mendorong untuk membuat maksiat dan kejahatan dan merasa berat untuk berzikir dan membaca al quran dan sangat malas untuk melaksanakan ibadah wajib.kalau waktu solat, ia terasa terbeban dengan kewajipan bersolat dan bukan merasa beruntung kerana kesempatan untuk menghadap Allah.  dan kadang2 kalau da sembahyang pun, kadangkala badan sahaja yg solat tetapi hatinya merayau ke sana ke mari .




HADIS KE -27

27) PELUANG YANG TIDAK DIREBUT

maksudnya :dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada 2 macam nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia,iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan waktu."

H.R  Bukhari

RINGKASAN: 2 NIKMAT DI SIA-SIA, SIHAT DAN LAPANG WAKTU

huraian :

sihat badan dan kelapangan masa ialah 2 nikmat besar setelah iman dan islam, namun ramai tidak menyedarinya sehingga nikmat itu telah luput darinya. bila badan sihat dan masa lapang, ramai orang yang akan mensia-siakan masa, duduk bersenda gurau , dan menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah bahkan smpai ke perkara kemaksiatan.

mereka merasa malas sebenarnya untuk berbuat ibadat yang sebenarnya bukan terlalu sulit dan tidak pula banyak menggunakan tenaga. solat tidak lah terlalu sulit sebenarnya , begitu juga membaca al quran dan berzikir. seseorang boleh membaca quran dan berzikir sambil berjalan, sambil membawa kereta,  bahkan boleh sambil bekerja, namun rasa segan dan malas itu sangat sulit dilawan.

namun , ramai yang mengendalikan kenderaan sambil merokok, mendengar muzik dan lagu hiburan yg melalaikan dari mengingati Allah, sedangkan memandu kenderaan amat berhajat pada pemeliharaan dan perlindungan dari Allah agar sampai ke destinasi dengan selamat. 

bahkan ramai yang tidak menghargai sihat tubuh badan dan saat kelapangan waktu  hinggalah mereka jatuh sakit dan terlantar di hospital, dan badan tidak berdaya lagi, saat itu baru lah menyedari besarnya nikmat kesihatan dan kelapangan masa yg telah disia siakan.




HADIS KE-28

28) TAWARAN ISTIMEWA YG KEKURANGAN PELANGGAN

maksudnya:dari abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Seandainya orang ramai mengetahui betapa besar pahala azan  dan menempati saf pertama, ( ketika solat berjemaah ),  kemudian mereka tidak menemui jalan untuk memperolehinya,  melainkan dengan membuat undian (atau giliran) nescaya mereka akan berbuat demikian. Dan sesungguhnya jika mereka mengetahui betapa besarnya pahala bersegera (pergi ke masjid ) untuk melakukan solat berjemaah,  nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Demikian juga seandainya mereka mengetahui  betapa besarnya pahala sembahyang isya' dan subuh secara berjemaah , nescaya mereka sanggup datang untuk menghadirinya sekalipun mereka terpaksa berjalan  dengan merangkak -rangkak." 

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN: AZAN + DAPAT SAF PERTAMA + BERSEGERA KE MASJID + SOLAT JEMAAH ISYA' DAN SUBUH IALAH RAHSIA GANJARAN PAHALA BESAR YG ORG AKAN SANGGUP BERLUMBA2 UTK DAPATKAN NYA JIKA MEREKA KETAHUI BESARNYA PAHALA ITU.

huraian :

azan, menempati saf pertama, bersegera ke masjid, dan solat isya' dan subuh berjemaah adalah antara amalan yang akan diberikan pahala yg amat besar sekali di hari kiamat nanti.  Jika orang ramai menyedari nilai ganjaran pada amalan2 ini, dan diperlihatkan pada mereka seperti ganjaran gaji yang diterima pada setiap hujung bulan, sudah pasti mereka akan sekuat tenaga dan usaha untuk merebutnya, bahkan mereka akan terpaksa membuat undi dan giliran untuk orang2 yg ingin mendapatkan peluang ini.




HADIS KE-29

29) BERAMAL SEBELUM TERLAMBAT

maksudnya: dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Bersegeralah kamu melakukan amalan sebelum menemui 7 perkara. Kamu sebenarnya tidak menanti melainkan tibanya, "1- kemiskinan yg melalaikan , 2- atau kekayaan yang menyebabkan kezaliman, 3- atau sakit yg merusakkan badan, 4- atau usia tua yang menggagapkan percakapan, 5- atau kematian yg melenyapkan segala sesuatu , 6- atau tibanya Dajjal, maka ia ialah sejahat-jahat makhluk ghaib yang dinantikan, 7- atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih dahsyat dan lebih pahit lagi. "

RINGKASAN : SEGERA BERIBADAT SEBELUM 7 ( MISKIN YG MELALAI, KAYA SEBAB ZALIM, SAKIT ROSAK BADAN, USIA TUA GAGAP KATA, MATI LENYAP SEGALA, DAJAL, KIAMAT

H.R Tirmizi

huraian : hadis ini menggalakkan kita untuk bersegera untuk beribadat sebelum terlambat dan sebelum datangnya bermacam-macam kesibukan yg dapat mnghalang kita dari melaksanakan amal ibadat.




HADIS KE-30

30) BENGKAK KAKI KERANA IBADAT WAKTU MALAM

maksudnya: dari Aisyah berkata, Rasulullah s.a.w selalu beribadah pada waktu malam sehingga bengkak kedua kakinya.  Maka saya pun berkata, " kenapa engkau beribadah sampai begini ya Rasulullah? sedangkan Allah telah mengampuni dosamu yang terdahulu dan dosamu yg terkemudian, . Lalu rasulullah s.a.w bersabda, "Bukankah lebih bagus kalau aku menjadi hamba yang bersyukur ".

H.R Bukhari

RINGKASAN : RASULULLAH SOLAT MALAM HINGGA BENGKAK KAKI KERANA MAHU JADI HAMBA BERSYUKUR

huraian :

Rasulullah banyak beristighfar( mohon ampun ) dalam seharian pada Allah . Sehari semalam rasulullah s.a.w beristighfar tidak kurang 70x , dan beliau selalu bangun malam untuk beribadat dan menghabiskan waktu bermunajat pada Allah hingga bengkak kedua kaki baginda.

kita yg lebih banyak berdosa , semestinya harus lebih banyak beristighfar dan lebih ibadah pada waktu malam, tetapi oleh kerana kelemahan iman yg ada di dalam dada kita maka akan merasa malas utk beristighfar dan merasa terlalu berat untuk bangun dari tempat tidur untuk beribadat.



HADIS KE-31

31) TIGA BULAN TIDAK ADA YANG DIMASAK

maksudnya : dari Urwah, Aisyah berkata padanya, "demi Allah, hai anak saudaraku, sesungguhnya kami pernah melihat anak bulan, kemudian melihat pula anak bulan berikutnya,  kemudian melihat pula anak bulan berikutnya ( 3x melihat anak bulan bererti sudah 2 bulan penuh masuk ke 3 bulan ), sedangkan di rumah keluarga-keluarga rasulullah s.a.w tidak pernah dinyalakan api (untuk memasak sesuatu ). saya(urwah)bertanya,"hai mak saudaraku, maka apakah yang menjadi makanan dalam kehidupan keluarga rasulullah selama itu ?"

Aisyah menjawab," hanyalah  2 benda sahaja , iaitu buah kurma dan air sejuk, dan hanya sahaja Rasulullah s.a.w mempunyai beberapa orang jiran daripada kalangan orang-orang Ansar. Mereka mempunyai beberapa ekor unta yang diperah susunya, maka dari masa ke masa ( kadang2) dihantar susu tersebut ke rumah Rasulullah s.a.w sebagai minuman kami"

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN : KELUARGA DAN RUMAH RASULULLAH PERNAH HAMPIR 3 BULAN MAKAN KURMA DAN MINUM AIR SEJUK SAHAJA ( KDG2 SUSU UNTA )

huraian :

cuba bayangkan betapa sabarnya rasulullah s.a.w sekeluarga  menghadapi kesulitan hidup. 9 buah rumah, semuanya tenang menghadapi keadaan ini kerana mengutamakan negeri akhirat dari dunia. .suatu tauladan yg amat tinggi, yang jika diikuti beberapa peratus sahaja, banyak permasalahan rumah tangga pada hari ini dapat diselesaikan. dalam rumah tangga sekarang, ramai para isteri yang membuat tuntutan bermacam-macam itu ini pada suami. minta dibelikan itu dan ini. contohi lah tauladan dari isteri2 rasulullah seperti aisyah.

dengan itu mereka melapangkan waktu demi membolehkan suami mereka membanyakkan ibadah dan berbakti pada masyarakat dalam usaha menyebar syiar agama .



HADIS KE-32

32) NABI BIMBANG UMAT NYA MENJADI MEWAH

maksudnya :

dari Amr bin Auf, Rasulullah s.a.w menghantar Abu Ubaidah ke negeri bahrain, untuk mengumpulkan jizyah ( pajak ), kemudian pada suatu malam, dia menghantar harta itu dari Bahrain. Kaum Anshar mendengar akan kedatangan Abu Ubaidah itu, lalu banyak di kalangan antara mereka yang solat  subuh bersama Rasulullah . Setelah Rasulullah selesai sembahyang, beliau terus pulang ke rumah, maka orang ramai datang ke rumahnya untuk menemui bginda. Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya sambil tersenyum,  kerana melihat tindakan segelintir sahabatnya dan berkata, " Barangkali kamu semua mendengar akan kedatangan Abu Ubaidah dari bahrain membawa sesuatu ?" Mereka menjawab, "Ya". Baginda bersabda, "Bergembiralah kamu semua dan bolehlah kamu mengharapkan sesuatu yang akan menggembirakan kamu. Demi Allah, aku tidak khuwatir kalau kamu berdepan dengan kefakiran, tetapi sangat aku khuwatirkan apabila kamu berdepan dengan kekayaan, iaitu apabila dunia telah diluaskan bagi kamu,  seperti mana pernah diluaskan pada umat-umat sebelum kamu. Kemudian kamu akan berebut-rebutan seperti mereka dahulu berebut-rebutan, maka akhirnya dunia itu akan membinasakan kamu seperti ia telah membinasakan mereka dahulu.

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN : NABI BIMBANG KEMEWAHAN AKAN MEMBINASAKAN UMAT

huraian :

nabi tidak khwatir kalau umatnya berdepan dengan kefakiran, tapi yg sangat dikhuwatirkan beliau ialah kalau umatnya berdepan dengan kekayaan. dalam keadaan fakir dan kekurangan, banyak orang yg dapat melaksanakan amal ibadah kerana tidak banyak gangguan dan perkara yang menyibukkan fikiran. 

tapi di waktu kaya, sangat sedikit orang yang sempat mengerjakan amal ibadah, kerana mereka terlalu sibuk dengan bermacam urusan. ya, kalau semuanya sudah ada, wang ada , kereta ada, alat alat lainpun sudah cukup, maka ketika itu timbul budaya yg disebutkan dalam pepatah "tepuk dada tanya selera". maka kalau begitu layanan yg diberikan , maka akan mudah bagi syaitan untuk mendorongnya untuk melakukan maksiat dan menjerumuskan ke lembah maksiat.

orang yg bijak ialah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya. harta kekayaan yang berlebihan boleh digunakan untuk membantu orang lain, sebagai amal jariah yang akan menjadi pahala dalam catatan amalannya nanti.



HADIS KE -33

33) WAKTU YG PALING SESUAI UNTUK BERSEDEKAH

maksudnya:

dari Abu Hurairah, ada seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w , bertanya, " Ya Rasulullah, sedekah mana yang paling besar pahalanya ?

rasulullah s.a.w menjawab, "sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada waktu itu, masih sihat dan sebenarnya engkau merasa bakhil (merasa sayang untuk menyumbangkan harta) , kerana engkau takut menjadi fakir dan berangan-rangan menjadi lebih kaya lagi. Maka janganlah engkau melambat-lambatkansedekah sehingga apabila roh sudah sampai di kerongkongan lalu ketika itu engkau berkata, "untuk si fulan ini sekian, untuk si fulan ini sekian". dan sebenarnya harta engkau pada ketika itu memang akan berpindah milik kepada orang lain.

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN :SEDEKAH TIKA SIHAT, RASA BAKHIL, TAKUT FAKIR DAN BERANGAN LEBIH KAYA.JANGAN TUNGGU HINGGA ROH DI KERONGKONG 

huraian :

mengeluarkan harta untuk sumbangan adalah perkara yang amat sulit bagi seseorang, melainkan kalau pengeluaran harta itu dalam bentuk kewajiban seperti zakat dan memiliki kesedaran mendalam hingga penyumbang merasakan harta yg disumbangkan itu sbagai simpanan kekal yg akan diberi ganjaran berlipat ganda pada hari akhirat nanti. 

Ramai orang kaya, tapi tidak ramai di kalangan mereka orang yang mahu menyumbang, dia takut menjadi fakir atau simpanan hartanya menjadi berkurang, bahkan sentiasa berusaha untuk menambah lagi kekayaan yg sudah ada. ketika itu , hati sudah terpaut dengan harta dan sangat mencintainya, maka ketika itu lah waktu yang paling baik untuk dia menderma.  ketika itu ia akan berdepan dengan godaan syaitan  dan hawa nafsu yang menakutkannya dari terjerumus ke jurang kefakiran.  maka sesiapa yang melawan hawa nafsunya pada saat itu bererti dia telah meraih kejayaan yg sangat besar. 

lain halnya dgn orang yg sakit tenat. nyawa dirasakan di penghujung , ketika itu putuslah harapan nya dari memiliki atau menguasai harta maka mudahlah ia berkata, "harta ini untuk si fulan"padahal masa sudah terlambat dan wasiat yg boleh diluluskan oleh syara' hanya 1/3 dari harta ditinggalkannya. 

syukurlah kalau waris yang mewarisi hartanya itu mengerti berbuat sedekah jariyah sebagai kiriman dalam kubur dari masa ke semasa. kalau tidak berbuat begitu dan digunakan untuk berbuat maksiat, maka si matilah yg letih mencari harta dengan membanting tulang dan memeras tenaga pada hidupnya dahulu dan dia akan dihisab Allah akan hartanya , sedangkan waris nya bersenang2 hati mewarisi harta yang ditinggalkan orang tuanya dengan percuma sahaja.




HADIS KE-34

34) BILA UMUR MENCAPAI 60 TAHUN

maksudnya:

dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah taala sudah tidak mahu menerima keuzuran seseorang yang telah dilanjutkan usianya sehingga ia sampai berumur 60 tahun" ( sedangkan ia mati dalam keadaan tidak sempat berbuat ibadat )

H.R Bukhari

huraian : Allah taala masih memberikan ruang kepada seseorang untuk berkata , "jikalau umurku panjang, sempatlah aku berbuat amal ibadah "  apabila ia mati sebelum mencapai umur 60 tahun. 

tapi bagi orang yg sudah mencapai umur 60 tahun ke atas, maka keuzuran itu sudah tidak diberikan lagi. Sepatutnya orang yang menjangkau usia 60 tahun ke atas, dia telah banyak peluang untuk beribadah, dan sepatutnya dalam usia itu jiwanya sudah berubah, pembawaan dan cara hidup nya sudah semakin matang dan berwibawa. sepatutnya usia tua hanya dipenuhkan dengan melakukan amal ibadah sahaja, membaca al quran, banyak berzikir, mengingati mati dll.

kerajaan pun sebenarnya sudah memberi ruang untuk seseorang itu mngakhiri kehidupannya dengan membanyakkan amal ibadah. seorang pegawai kerajaan, dalam umur 55 tahun pun telah pun dipencenkan bahkan sekarang ini ada kelonggaran  untuk mendapatkan skim pencen yg lebih awal lagi. duduk sahaja di rumah, gaji akan dapat. maka seeloknya masa yang ada tinggal dari baki hayatnya hanya digunakan untuk mencari keuntungan akhirat yang abadi itu. 

tapi masih ramai orang yg berniaga, kelam kabut kesana dan kemari dalam urusan menambah kekayaan. apa lah yang mahu dihimpunkan lagi ? harta yang ada sudah cukup untuk makan dan biasanya anak-anak sudah lepas diri dari perlu ditanggung. mereka sudah berumah tangga sendiri bahkan ada diantara mereka yang mendapat peluang pekerjaan yg lumayan, maka biarlah pula anak-anak yang menyara orang tuanya. sebagai balasan sebahagian dari budi orang tua yang telah bertungkus lumus dan membanting tulang untuk mencari nafkah kepada anak-anak sewaktu mereka masih kecil .



HADIS KE-35

35) MATI ADALAH SUATU KEPASTIAN

Maksudnya : dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkan oleh mu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan

RINGKASAN : INGATI MATI IALAH PEMUTUS KELAZATAN DUNIA

huraian :

yg dimaksudkan dengan pemutus kelazatan ialah kematian, kita tidak tahu bilakah roh kita akan dicabut malakul maut, di tempat manakah badan kita akan terbujur sejuk kaku kedinginan dan sudah tidak bergerak, .

hari ini kita pergi menyusung jenazah dan sembahyangkan jenazah orang lain , nanti suatu hari orang lain pula akan mengusung dan sembahyangkan jenazah kita.  suatu hakikat yg pasti terjadi, namun ramai yang melupakannya atau sengaja melupakannya dan tidak mahu mengingatinya.

mengingati mati ialah pencuci hati yg sangat berkesan. dari sana kita akan melalui pintu keinsafan dan kesedaran. kita akan berfikir untuk membuat pertimbangan terhadap suatu perkara yg kita mahu lakukan akan kesannya bukan sahaja utk tempoh 10-20 tahun akan datang, bahkan apakah kesannya pada hari akhirat dan melangkaui jutaan tahun bahkan lebih dari itu. 

kita akan berfikir untuk menyusun masa depan kita di alam kubur , di padang mahsyar, tika dihisab dan tika kita dihadapkan di mahkamah mahsyar kelak. 




HADIS KE-36

36) JAUHI LIANG KUBUR YG SEMPIT

maksud:

dari Abu Said al Khudri, Rasulullah masuk ke tempat solat, dan beliau melihat beberapa orang di kalangan sahabatnya yg ketawa terbahak-bahak , lalu beliau bersabda,"Jikalau kamu memperbanyak mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan(mati), nescaya aku dapati engkau bukan berada seperti sekarang ini. Oleh itu perbanyaklah mengingatkan sesuatu yg memutuskan segala kelazatan , maka bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata ( kepada manusia ), "Akulah tempat pengasingan, akulah tempat persendirian, akulah rumah tanah, akulah tempat yang penuh dengan ulat. " maka apabila  dikuburkan seorang yg beriman ,kubur akan berkata padanya, "selamat datang untuk mu, sesungguhnya engkau adalah orang yg paling aku kasihi yang berjalan di atas belakangku. Pada hari ini, urusan mu diserahkan kepadaku, maka engkau akan melihat apa yang aku akan berbuat baik kepadamu . Lalu kubur itu akan meluas sejauh mata memandang, dan dibukakan baginya satu pintu yang dapat menyampaikannya ke dalam syurga. 

dan apabila dikuburkan seseorang yg sangat banyak melakukan maksiat atau (syak perawi hadis ) seorang kafir, maka kubur akan berkata padanya, "Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yg paling kubenci yg berjalan di atas belakangku,pada hari ini segala urusanmu diserahkan kepadaku, maka engkau akan melihat betapa aku akan membalas perbuatanmu." Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya,"

ketika rasulullah menceritakan kejadian ini , beliau menyilang di antara jari-jarinya. baginda bersabda lagi , "Maka Allah taala mengerahkan kepadanya 70 ekor ular yg sangat berbisa . Jikalau hanya seekor daripadanya menyembur bisanya ke atas permukaaan bumi ini, pasti tidak akan tumbuh lagi sebarang tanaman sampai ke akhir umur dunia nanti.  Maka ular-ular yg berbisa tadi menggigit dan melukainya dan teruslah ia dalam keadaan yg demikian rupa sehingga sampai waktu untuk dihisab dihadapan Allah.  Begitulah keadaan sebuah kubur, adakalanya merupakan suatu taman diantara taman-taman syurga, atau salah satu lubang dari pada lubang-lubang api neraka".

H.R Tirmidzi

RINGKASAN : KUBUR ORG SOLEH AKAN LUAS DAN DIBUKA PINTU MELIHAT SYURGA , KUBUR AHLI MAKSIAT DIHIMPIT DAN DISEKSA 70 ULAR BERBISA

huraian :

nikmat atau seksa di dalam kubur, adalah salah satu yg akan dihadapi oleh setiap orang yg mati ketika di alam barzakh., iaitu alam yang memisahkan antara alam dunia ini dengan hari kiamat. alam barzakh adalah tempat transit untuk menunggu ketibaan hari kiamat yang akan menyelesaikan segala hal ehwal manusia, baik ke syurga atau neraka. 

maka sesiapa yang selamat di alam kuburnya, bererti telah terbuka untuknya jalan yg akan menyampaikannya ke dalam syurga. 

sebaliknya sesiapa yg diseksa di alam kubur, maka itu adalah petanda bahawa ia akan dijerumuskan ke dlam api neraka pada hari kiamat.

sayyidina usthman selalu menangis apabila melalui kawasan kuburan lalu berkata, "sesiapa yg selamat di tempat ini, maka yg selepas daripadanya adalah mudah baginya. dan sesiapa yg diseksa di tempat ini, maka yg selepas dari padanya adalah lebih dahsyat lagi." mohonlah daripada Allah perlindungan dari seksa kubur dan supaya mendapat nikmat kubur.




HADIS KE-37

37) SIAPA ORANG YG PINTAR

maksudnya : dari Abu Ya'la, Rasulullah s.a.w bersabda, "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungi dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati. Sedangkan orang yang lemah ialah ( tidak cerdik ), orang yg mengikuti kehendak hawa nafsu nya , dan berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunanNya tanpa beramal soleh ).

H.R Tirmizi

RINGKASAN : ORG CERDIK HITUNG DIRI DAN BERAMAL UTK BEKAL AKHIRAT

huraian :

terdapat banyak perbezaan dalam membuat penilaian siapakah orang yg cerdik atau siapakah sebenarnya org yg bahagia, di manakah perbezaan nilai ini adalah timbul dari perbezaan garis panduan penilaian tersebut. 

bagi org yg berfahaman kebendaan, org cerdik ialah org yg memiliki banyak harta dan wang dan berpeluang menikmati segala kelazatan dunia dan bebas utk bersuka-suka di kelab malam tanpa ia mengira dan memikirkan bagaimana dia akan akhiri hidup di dunia ini dan tidak berfikir apakah yg akan ditemui dalam kubur nanti  dan tidak membuat rancangan bagaimana ia akan berhadapan Allah pada hari kiamat nanti. 

orang beriman akan menganggap dunia ini sebagai jambatan yg menyampaikannya ke negeri akhirat  dan perlu membawa bekal secukupnya . 

dan menganggap dunia sebagai ladang tanaman tempat bercucuk tanam dan akhirat sebagai tempat memetik buahnya. mencari dunia untuk akhirat dan bukannya mencari dunia lupakan akhirat.

orang lemah ialah orang tidak mengambil berat akan hidup di akhiratnya nanti , lalai dari mengingati mati , merancang utk hidup seratus tahun atau lebih lama, banyak bersuka suka dan banyak membuang masa untuk bermain. ia akan melupakan urusan agama dan kewajipan agama dan hanya berangan-angan untuk mendapat ampunan dan anugerah dari Allah sedangkan ia tidak mahu beramal soleh dan tidak merancang dengan baik untuk akhiratnya.




HADIS KE-38

38)PAHALA YG BERTERUSAN

maksudnya :

dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya melainkan daripada 3 sumber sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dapat diambil manfaat daripadanya, dan anak yang soleh, yang mendoakan untuknya."

H.R Muslim

RINGKASAN : 3 SUMBER PAHALA DALAM KUBUR, SEDEKAH JARIAH, ILMU BERMANFAAT, ANAK SOLEH MENDOAKAN

huraian :

sedekah jariah iaitu waqaf diberi semasa hidup dahulu sperti, wakaf tanah utk kebajikan, bina masjid, sekolah, jalan, jambatan menjadi pahala mengalir walaupun berada di dalam kubur

ilmu bermanfaat menambah ketaqwaan pada Allah dan juga mengarang kitab memberi manfaat pada orang ramai .

anak soleh mendoakan orang tuanya, melahir dan memiliki anak soleh ialah impian stiap ibu bapa. anak soleh tidak dapat dibentuk dengan didikan yg jauh dari nilai agama . anak soleh ialah hasil didikan berterusan. 



HADIS KE-39

39)SUMBER PAHALA ITU BANYAK

maksudnya:

dari abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Setiap sendi dalam manusia hendaklah memberi sedekah pada setiap hari yg terbit padanya matahari. Berlaku adil antara 2 orang (yg bertelingkah) adalah sedekah, menolong orang lain pada binatangnya (tunggangan)maka engkau menolongnya menaiki kenderaan ialah sedekah, atau membantu mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah.  Perkataan yang baik juga adalah sedekah.Setiap langkah yang engkau jalani untuk pergi sembahyang (berjemaah) juga sedekah. Engkau menyisihkan apa-apa yang dapat mengganggu di jalan itu sedekah."

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN : HENTI PERTELINGKAHAN, TOLONG ORANG , PERKATAAN YG BAIK, LANGKAH KE MASJID JUGA SEDEKAH

huraian :

begitu banyak saluran utk berbuat kebaikan sperti solat, zikir, berkata baik, bantu org lain, buat sesuatu beri keselesaan pada masyarakat. dalam hadis bukhari muslim, Allah beri keampunan pada pelacur yang beri minum pada anjing yg kehausan di padang pasir. dalam hadis imam muslim, Rasulullah melihat seorang lelaki yg bersuka2 dalam taman syurga kerana memotong sebatang pohon kayu yg menganggu laluan kaum muslimin. 

dan sudah tentu kemurahan Allah ini disertai dengan taubat dan diiringi melaksana kewajipan dan meninggal kemungkaran.berlumba lah utk berbuat kebaikan dalam mencari rahmat dan redha Allah dgn membuat pelbagai ketaatan dan tinggalkan maksiat. 



HADIS KE-40

40)RAHMAT YG LUAS DAN AMPUNAN YG BERTERUSAN

maksudnya:

dari Abu Hurairah, Rasulullah dalam suatu riwayat, baginda meriwayatkan dari Allah s.w.t ( hadis qudsi ) , "apabila seseorang hamba itu melakukan dosa lalu ia berdoa, "ya Allah, ampunilah dosaku," maka Allah s.w.t berfirman, "HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa lalu ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yg dapat mengampuni dosanya, atau boleh juga menjatuhkan hukuman dengan sebab adanya dosa itu." Kemudian apabila hamba itu kembali melakukan dosa itu, lalu ia berdoa pula "Ya Tuhanku, Ampunilah dosaku,".maka Allah berfirman.,"HambaKu telah berbuat dosa dan ia memahami dia mempunyai Tuhan yg mengampuni segala dosa itu" . Kemudian hamba itu sekali lagi berbuat dosa maka lalu ia berkata, ""Ya Tuhanku, Ampunilah dosaku,".maka Allah berfirman.,"HambaKu telah berbuat dosa dan ia memahami dia mempunyai Tuhan yg mengampuni segala dosa dan boleh menyeksa dengan sebab dosa itu. Sesungguhnya Aku mengampuni segala dosa hambaKu, maka hendaklah ia berbuat sesuka hatinya."

H.R Bukhari dan Muslim

RINGKASAN : ALLAH MAHA PENGAMPUN DOSA HAMBANYA

huraian : hadis menerangkan luasnya rahmat Allah, Allah sudi mengampunkan hambaNya selagi hambaNya bersedia bertaubat padaNya.

menjadi suatu lumrah, manusia sering melakukan dosa yg disedari atau tidak , dosa besar atau kecil, maka haruslah kita seringkali beristighfar dan memohon keampunan dari Allah. Jika Rasulullah yg ma'sum tidak berdosa beristighfar 70x sehari , maka kita yg banyak berdosa wajarlah banyak beristighfar dan merayu-rayu kepada Allah supaya diampuni dosa kita. 





HADIS KE-41

41) PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA

maksudnya :

dari Abu Abdirrahman, Rasulullah s.a.w bersabda,"Bahawasanya Allah menerima taubat seseorang hambaNya selama rohnya masih belum sampai ke hulqum(kerongkong)"

H.R Tirmizi

dan dari Abu Musa Abdullah, Rasulullah s.a.w bersabda, "bahawasanya Allah menghuraikan tanganNya(rahmatNya) diwaktu malam supaya bertaubat orang yg berbuat dosa di waktu siang dan Ia menghuraikan tanganNya(rahmatNya) di waktu siang supaya bertaubat orang yg berbuat dosa di waktu malam , sehingga terbit matahari dari tempat terbitnya"

H.R Muslim

RINGKASAN : TAUBAT DITERIMA ALLAH SELAGI ROH BELUM DI KERONGKONG

huraian :

pintu Taubat dari Allah terbuka luas utk hambaNya selagi roh hambaNya belum di kerongkong iaitu di saat menghadapi kematian .



HADIS KE-42

42) JANGAN BERPUTUS ASA

maksudnya: 

dari Anas, Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah berfirman dalam hadis qudsi, "hai anak Adam,selama engkau masih berdoa dan berharap padaKu, pasti Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada pada padamu dan Aku tidak peduli ( walaupun dosa itu begitu banyak sekali ). Hai Anak adam, jika lau dosa mu itu sampai ke atas awan yang ada di  langit , kemudian engkau datang mengharapkan keampunan daripada Ku, nescaya Aku memberikan keampunan kepadamu. Hai Anak adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaku, membawa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau datang menemui Aku pada hal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu , nescaya Aku akan datangkan kepadamu dengan sepenuh bumi pula keampunan."

H.R Tirmizi

RINGKASAN : DOSA SELUAS LANGIT BUMI DIAMPUN ALLAH JIKA KITA BERTAUBAT

huraian :

apabila seorang hamba bersungguh-sungguh berdoa dan mengharapkan pada Allah , dan bersungguh untuk mendapatkan keampunan dariNya dan disertai dengan tauhid yg benar yg tiada syirik padaNya, dan berdoa dengan keyakinan yg penuh (husnuzhon), bersangka baik dengan pengampunan Allah , maka Allah akan mengampuni dosaNya dan akan memasukkan nya ke syurga.

sesungguhnya kita akan sering melakukan dosa, maka hendaklah kita menaruh sebesar harapan pada Allah dengan rahmatNya yg luas mengampuni dosa kita dan memasukan kita ke syurga dan memelihara kita dari neraka. 


MUQADDIMAH KITAB

- hati manusia ialah tempat pandangan Allah, tapak semaian iman, 

- hati ialah raja seluruh anggota badan, jika hati itu baik maka baiklah seluruh anggota badan dan sebaliknya jika hati itu rosak dan busuk. hati yg baik akan menyuruh pada berbuat kebaikan dan hati yg rosak akan menyuruh badan berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

- manusia memiliki musuh yg sangat berdendam iaitu iblis yg sentiasa cuba membalut hati manusia yg berfitrah suci dengan balutan hawa nafsu, syahwat, tamak dan cinta dunia.

- apabila hati telah tergoda dan mata telah tertutup dengan bayangan kelazatan hawa nafsu dan syahwat, maka ketika itu manusia akan melupakan Allah dan akan berani berbuat maksiat yang akan menumbuh 1 titik hitam di dalam hati.

- dan bila dibiar berlanjutan, kotoran lekat dihati tidak dibersihkan, titik-titik hitam yg mengotori lembaran fitrah tidak dicuci dengan air taubat, maka lembaran hati yg dipenuhi titik hitam akan bertambah hitam, dan akan menyebabkan kotoran yg sangat tebal yg memudahkan iblis utk menguasainya. 

- maka apabila hati sudah ditawan iblis, maka akan kurang membenci kemaksiatan, bahkan terkadang terasa gembira berbuat maksiat hingga merasa bangga berbuat maksiat. pada tingkatan ini , amat terlalu sulit untuk diubati.

- lembaran putih fitrah menjadi hitam legam dan terlalu sulit untuk dibersihkan. ini lah hati yg keras, tidak sensitif, telah termetri dengan maksiat, tertutup dgn selaput hawa nafsu, syahwat dan sangat sulit untuk menerima nasihat dan teguran orang lain. 

- hadis : dari abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "sesungguhnya seorang hamba apabila ia melakukan satu kesalahan maka ia akan digoreskan pada hatinya satu titik hitam. Maka apabila ia berhenti ( dari kemaksiatan itu) dan terus beristighfar dan bertaubat ( kepada Allah ), maka hatinya akan kembali suci bersih. tetapi apabila ia kembali melakukan kesalahan maka titik hitam itu akan bertambah (didalam hatinya) sehingga sampai lah titik hitam itu memenuhi segala lembaran hatinya.  dan inilah yg dinamakan " ar-rann" atau karat di dalam hati yg disebutkan Allah dalam firmanNya, "sekali-kali bukan demikian, sebenarnya apa yg mereka lakukan itu ( dari perbuatan dosa )  telah menutupi hati  mereka. 

H.R Tirmizi

- hati yg sakit teruk amat sulit untuk diubati. namun , pintu taubat masih terbuka untuk menerima siapa sahaja yang ingin benar-benar mengharapkan keampunan.  hati yg amat kotor itu masih dapat dibersihkan , dan penyakit yg teruk itu masih boleh diberi penawar .

- penyakit hati yg teruk jika dibiar dan tidak dirawat , kita akan terpisah dari kelazatan dan kebahagiaan yg bersifat sementara , bahkan terpisah dari kelazatan syurga yg kekal abadi. 

- sudahkan kita merencana kan masa depan kita di alam akhirat nanti , sejauh mana persiapan kita utk menghadapi kematian yg bila2 masa boleh berlaku, maka bersiaplah sebelum terlambat, bertaubatlah sebelum pintu taubat ditutup dan berusahalah untuk mengubati hati dan membersihkan jiwa dari akhlak mazmumah ( sifat terkeji ) .




PENUTUP KITAB

- kesederan mendalam perlu wujud dalam hati bahawa negeri akhirat adalah jauh lebih bernilai dari negeri dunia yg sementara ini

- oleh kerana hidup di dunia, kita perlu mencari nafkah untuk menyara keluarga dan bersedekah pada orang yg susah . maka dunia ialah tempat bertanam dan akhirat ialah tempat menuai hasil .. dan dunia ialah wasilah yg menjadi jambatan kita yg mesti dilalui utk ke akhirat.

- dari semasa ke semasa, hati perlu diperiksa dan diubati supaya hati yg menjadi tempat pandangan Allah itu bersih dan sihat

- kegagalan utk memahami matlamat hidup akan merosak jiwa, fikiran dan akal. fikiran sempit dan neraca pertimbangan hanya untuk memuaskan hawa nafsu dan dan meraih kesenangan dunia yg sementara sahaja. seolah mencari kerehatan di tempat yg ditentukan Allah sebagai tempat berusaha.

- apatah lagi di akhir zaman yg serba mencabar, di zaman penuh fitnah dan ujian,iman kita diuji dengan dahsyat nya dgn suasana persekitaran yg jauh bercanggah dgn nilai keimanan.kita sangat terdedah kepada perkara yg mengundang kemurkaan Allah. ke mana kita melepaskan pandangan, di situ kita terdedah kepada pandangan yg mungkar, di mana kita mendengar, ia terdedah pada pendengaran yg bercanggah dgn kebenaran, 

- maka tidak dapat tidak, kita perlu mempelajari sunnah nabi iaitu belajar ilmu fardhu ain (tauhid, feqah dan tasawuf )

- berilah tumpuan dan masa yg banyak dalam mentarbiah org dibawah tanggungan kita (diri sendiri, anak, isteri ). sejak dari alam buaian lagi perlu di semai kalimah tauhid "tiada Tuhan melainkan Allah " dalam jiwa anak-anak., biar kalimah itu tersemai di lubuk hati anak2 dan menjadi benih, batang,, dahan dan ranting kepada keimanan mereka.

- masa kini, ramai ibu bapa yg memandang ringan dan tidak mempedulikan anak-anak mereka dalam mempelajari ilmu fardhu ain ini , sebaliknya begitu bimbang dan risau jika anak mereka gagal dalam bidang akademik semata-mata.

- apa kah alasan yg akan kita kemukan di hadapan Allah bila di tanya apakah yg kita lakukan dalam memberi bimbingan pada isteri dan anak2 ? juga persoalan tentang dengan apakah tubuh badan, umur dan harta yg diberikan ini digunakan di hadapan Allah kelak ?

- 3 bulan api tidak menyala didapur2 rumah rasulullah dan 9 isteri2 baginda .baginda yg tiada dosa solat dan zikir spanjang malam sampai kaki bengkak. 

- adakah kita sudah membuat simpanan kebaikan yg dapat ditunjukkan pada Allah  pada hari kiamat nanti ? pintu taubat masih terbuka, pintu rahmat Allah lebih luas dari murkaNya. kita harus selalu merayu dan meminta belas kasihan dari Allah dan hanya padaNya kita pasrahkan diri kita yg berlumuran dosa ini  dengan penuh harapan dan keyakinan agar digolongkan dalam kumpulan hambaNya yang mendapat mendapat keampunan, mendapat syurga dan dijauhkan dari neraka. 




No comments:

Post a Comment