KITAB QISASUL ANBIYA' JILID - 2 ( KARYA IMAM IBNU KATSIR )
MULA PENULISAN : 20/1/2025
LENGKAP PENULISAN : 06/3/2025
1- KISAH NABI YUSUF (RASUL KE - 11 )
- salasilah nabi : yusuf bin yaakub bin ishak bin ibrahim
- setelah nabi yusuf dilempar ke dalam perigi oleh saudara kandungnya, saudara nabi membawa baju nabi yusuf yang dilumurkan darah kambing yang mereka sembelih untuk meyakinkan nabi yusuf namun mereka lupa mengoyak baju tersebut , diceritakan nabi yaakub ketika melihat baju tersebut , baginda membolak balik baju dan memerhatikan baju itu sambil berkata, "betapa baiknya serigala ini yang memakan anakku tanpa mengoyak bajunya."
- tatkala berlaku tuduh menuduh antara nabi yusuf yg menafikan tuduhan zulaika kerana zulaika cuba menggoda nya , seorang bayi yang masih menyusu yang kebetulan berada di dalam istana , tiba tiba berkata, "apabila baju nabi yusuf koyak di bahagian hadapan , maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan jika baju nabi yusuf koyak dibahagian belakang . bererti nabi yusuflah yang benar. " ketika al aziz mengetahui bahawa baju nabi yusuf koyak di bahagian belakang , ia mengatakan , "ini adalah tipu daya dan muslihatmu , sungguh sangat besar tipu dayamu."
akan tetapi sang suami mahu menyimpan rahsia peristiwa ini dan meminta nabi yusuf merahsiakannya. lalu al aziz menyuruh isterinya meminta taubat pada Tuhan.
- kemudian nabi yusuf dipenjarakan dengan tuduhan cuba mengajak berbuat zina terhadap isterinya walaupun jelas nabi yusuf tidak melakukannya. ketika dimasukkan ke dalam penjara, perasaan nabi yusuf sedih bercampur gembira, sedih kerana ia dipenjarakan kerana tuduhan yang keji itu, sehingga ia mengundang penilaian negatif orang lain yang tidak mengetahui kebenaran. gembira kerana ia bebas dari rumah tuannya , kekejiannya dan fitnah.
- nabi yusuf dimasukkan ke dalam penjara bersama 2 orang pemuda pelayan raja, mereka ialah nabo , ketua bahagian minuman raja dan malhab, ketua makanan. setelah nabi yusuf mentafsir mimpi mereka, nabo dibebaskan dari penjara dan nabi meminta nabo untuk menceritakan kisahnya pada raja agar dibebaskan namun nabo terlupa , mengakibatkan nabi yusuf terpaksa tinggal di penjara selama beberapa tahun.
- kemudian raja bermimpi dan tiada yang dapat menafsir mimpi baginda, dan nabo memberitahu raja akan nabi yusuf yang pandai mentakwil mimpi dan baginda pun mentakwil mimpi raja seperti dalam surah yusuf.
- kemudian nabi yusuf dibebaskan dari penjara dan dibersihkan dari tuduhan fitnah ke atas baginda sebelum ini oleh zulaikha.
- kemudian nabi yusuf dilantik oleh raja sebagai penguasa ekonomi kerajaan mesir.
- maka terbukti takwil mimpi baginda benar terjadi dan banyak negeri yang tidak bersedia dengan musim kemarau panjang itu kekurangan makanan. maka saudara nabi yusuf seramai 10 orang dari palestin datang menemui baginda dan nabi yusuf meminta mereka membawa bunyamin pada rombongan seterusnya.
2- KISAH NABI SYUAIB A.S (RASUL KE - 12 )
- nabi syuaib disebut 10 kali di dalam al Quran, diutus pada kaum madyan , tempat yang dikenali dengan Ashabul Aikah .
- salasilah nabi syuaib ialah nabi syuaib bin maikil bin yasjar bin madyan , yakni salah seorang putera nabi ibrahim. ibunya adalah puteri nabi luth.
- antara kesesatan kaum madyan ialah menyembah selain pada Allah, menipu dalam sukatan timbangan jual beli dan menghalang orang di jalanan yang mahu mendatangi dakwah nabi syuaib.
- kemudian Allah menghancurkan kaum madyan dengan orang kafir disambar petir yang dahsyat diiringi gempa bumi hebat yang menyebabkan mereka mati bergelimpangan , lenyaplah bekas tinggalan mereka seolah olah mereka tidak pernah bertempat di kampung itu. nabi syuaib dan orang beriman diselamatkan oleh Allah.
- setelah kaum madyan dihancurkan, kemudian Allah mengutuskan nabi syuaib kepada kaum ashabul Aikah yang cara hidup mereka seperti kaum madyan. lalu nabi syuaib berdakwah dan menyeru mereka untuk menyembah Allah dan mengikuti arahan Allah namun mereka mendustakan nabi syuaib.
-lalu Allah menurukan seksa kepada mereka , Allah menurunkan udara yang sangat panas yang menyesakkan pernafasan mereka , sehingga mereka keluar mencari tempat yang luas agar mendapat udara segar. tiba tiba datang awan menaungi , sehingga dengan ramai dan rasa riang mereka berkumpul di bawah awan tersebut , tiba tiba datanglah angin kencang diiringi awan hitam pekat dan menghancurkan , hari itu merupakan seksa yang amat dahsyat dan mengerikan.
3- KISAH NABI AYYUB (RASUL KE - 13 )
- nabi ayyub di sebut 4 kali di dalam alQuran , baginda berketurunan nabi ibrahim
- nabi ayyub mewarisi kekayaan harta dari ayahnya seorang yang memiliki kekayaan . nabi ayyub beristerikan dengan siti rahmah berketurunan nabi yusuf , dan Allah mengurniakan mereka 12 kali kandungan dan setiap kandungan 2 orang anak , seorang lelaki seorang wanita.
- nabi ayyub diutuskan kepada kaum hauran dan tiih. iblis kemudian diizinkan Allah lalu melakukan kerosakan dan membakar harta harta nabi ayyub . namun nabi ayyub tetap teguh iman nya kepada Allah. kemudian iblis membunuh anak anak nabi ayyub ketika mereka sedang makan di meja makan , namun nabi ayyub tetap teguh kesabaran dan keimanan nya.
- kemudian iblis mendatangkan penyakit dengan meniup di hidung dan mulut nabi ayyub sehingga tertimpa pada baginda penyakit kulit yang teruk. 2 isterinya meninggalkan nya, hanya tinggal Siti Rahmah setia menjaganya .
- kemudian , hingga satu tahap di mana ulat ulat itu hendak memakan lidah dan hati nabi ayyub , lalu malaikat jibril datang dan memberi nabi ayyub makan buah delima syurga lalu dengan izin Allah sembuhlah tubuh badan nabi ayyub.
4- KISAH NABI ZULKIFLI (RASUL KE - 14 )
- menurut riwayat , nabi zulkifli adalah putera nabi ayyub , nasab nabi zulkifli sama seperti nasab nabi ayyub.
- nama sebenarnya ialah Bisyr , dan Allah mengutusnya selepas nabi ayyub. nabi zulkifli wafat dan dimakamkan di syam .
5- KISAH NABI MUSA (RASUL KE - 15 )
- salasilah nabi musa , musa bin imran bin yashar bin qahits dan nasabnya sampai kepada nabi yaakub bin ishak bin ibrahim.
- diriwayatkan para dukun dan peramal memberitahu firaun bahawa akan ada di kalangan anak lelaki bani israel yang akan menhancurkan kerajaan firauan sekarang, lalu disuruh bunuh semua bayi lelaki dari kalangan bani israel . namun hingga satu ketika , pemimpin qibti memberitahu firaun orang tua di kalangan bani israel sudah ramai yang mati dan mereka akan kekurangan tenaga kerja untuk dijadikan hamba abdi mereka, lalu firaun memerintah agar pembunuhan bayi lelaki itu dilakukan selang setahun. dan nabi harun lahir ketika tahun yang tidak dilakukan pembunuhan , manakala nabi musa pula lahir pada tahun dilakukan pembunuhan, maka ibu nabi musa menyembunyikan nabi musa dari diketahui firaun.
- nabi musa berada di dalam buaian jagaan ibunya hanya beberapa bulan selepas lahir. dan Allah mengilhamkan pada ibu nabi musa agar dihanyutkan nabi musa ke sungai nil dan diberi ketenteraman .kemudian keluarga firaun menjadi gempar kerana menemui peti yang dihanyutkan itu, lalu Allah menanamkan rasa cinta dalam hati permaisuri firaun yang meminta untuk menjaga nabi musa dan diizinkan oleh firaun. dan nabi musa disusui sendiri oleh ibu kandungnya.
- kemudian nabi musa membesar menjadi orang yang gagah perkasa dan selepas peristiwa nabi musa menumbuk seorang lelaki dari kaum firaun hingga mati lah ia. dan nabi musa diberitahu bahawa pembesar sedang merancang untuk menangkapnya lalu nabi musa pun melarikan diri ke negeri madyan.
- kemudian di negeri madyan, nabi musa menolong 2 orang gadis yang ingin mengambil air dari perigi untuk beri minum pada kambing peliharaan mereka. lalu ayah gadis tersebut kemudiannya menjemput nabi musa untuk datang menemuinya. lalu ayah gadis tersebut ( nabi syuaib ) , nabi syuaib menanyakan pada nabi musa bahawa dia ingin mengahwinkan nabi musa dengan salah seorang puterinya dengan syarat nabi musa bekerja dengannya selama 8 tahun.
- setelah berlalu masa dijanjikan, nabi musa berkahwin dengan puteri nabi syuaib dan membawa keluarganya ke selatan menuju ke bukit sinai. dan tersesat jalan nabi musa di situ dan baginda terlihat seperti nyalaan api dari kejauhan lalu nabi musa ingin mengambil sedikit api dari situ untuk memudahkan perjalanan baginda. lalu tiba di situ , nabi musa diseru oleh Allah . bahawa nabi musa berada di tanah yang suci.
- lalu nabi musa mendengar kalam Ilahi dan menerima wahyu dan dilantik menjadi rasul dan dikurniakan mukjizat. dan kemudian nabi musa diperintahkan oleh Allah untuk berdepan firaun dan mengajaknya untuk beriman kepada Allah.
- ketika firaun berada di tengah tengah kaumnya, maka dia memerintahkan menterinya haman untuk membina bangunan tinggi kerana mahu melihat Tuhan kepada nabi musa, lalu dibina bangunan tersebut dan firaun membuat helah dengan mencelup darah pada anak panah dan memanah ke langit dari bangunan tersebut dan berkata kononnya dia telah membunuh Tuhan Musa.
- kemudian nabi musa menunjukkan mukjizatnya pada firaun namun diingkari firaun , lalu firaun mengumpulkan ahli sihirnya untuk melawan nabi musa dan nabi musa berjaya mengalahkan sihir mereka dengan mukjizat tongkatnya menjadi ular yang besar dan para ahli sihir pun beriman pada nabi musa. bahkan iman mereka kekal teguh meskipun diancam bunuh dengan kejam oleh firaun.
- firaun kemudian merancang untuk membunuh nabi musa . ketika firaun dan orang2nya berbincang cara untuk membunuh nabi musa, maka muncul seorang lelaki mukmin dari kaum firaun yang menyembunyikan keimanan dan berhujah membela nabi musa dan membuatkan kaum firaun untuk berfikir tentang kebenaran dakwah nabi musa namun disanggah oleh firaun.
- firaun mengumpulkan kaumnya dan dengan angkuh berbangga bahawa sungai sungai nil dan anak sungainya mengalir di antara istana dan taman taman firaun . lalu nabi musa berdoa kepada Allah agar firaun dan kaumnya didatangkan azab . lalu firaun dan kaumnya didatangkan azab kemarau gersang dan berkurang hasil tanaman mereka dengan harapan mereka menyedari kelemahan firaun . mereka juga ditimpa azab azab lain seperti taufan yang menelan harta benda dan ladang mereka, anai anai yang memakan tanaman mereka, hama yang merosakkan buah buahan mereka serta menyakiti manusia dan binatang, katak katak bertebaran di setiap tempat yang menyusahkan mereka dan mengganggu keselesaan mereka, darah mengalir dari hidung dan mulut yang mengotori air hingga badan mereka menjadi lemah, lalu mereka berjanji pada nabi musa jika Allah menghentikan azab yang menimpa mereka, mereka akan beriman namun mereka mungkir janji bila dihilangkan azab.
- Allah memerintahkan nabi musa dan kaum bani israel untuk keluar dari mesir pada malam hari menuju ke palestin. firaun mengetahui rancangan mereka dan mengumpulkan tentera nya yang besar untuk menyerang kaum nabi musa, lalu tibalah nabi musa dan bani israel di tepi pantai laut merah , mereka berjaya dikejar oleh firaun dan kaumnya pada waktu matahari terbit lalu ketakutan menyelaputi mereka dan mereka mengatakan tiada apa yang dapat menyelamatkan mereka pada ketika itu . lalu Allah mewahyukan nabi musa memukul tongkatnya ke tengah laut , lalu terbelahlah air laut membuat 12 jalan datar , sesuai dengan jumlah suku kaum bani israel. air laut itu tetap diam di antara jalan jalan itu bagaikan gunung gunung yang tinggi. berjalanlah bani israel di atas jalan yang telah terbuka.
- kemudian firaun dan kaumnya mengejar nabi musa dan kaumnya lalu air laut menutup firaun dan kaumnya hingga tenggelam . dan Allah menyelamatkan nabi musa dan bani israel.
- dalam perjalanan ke palestin , nabi musa diuji dengan kebodohan sesetengah kaum bani israel yang meminta nabi musa membina dan memberikan mereka menyembah berhala yang mana ditentang dan dijelaskan oleh nabi musa.
- dalam perjalanan ke palestin , bani israel diberi beberapa kelebihan , antaranya ketika tiba di kawasan yang tiada sumber air dan mereka semua kehausan , maka mereka meminta pada nabi musa lalu Allah memerintahkan nabi musa memukul tongkat pada batu , terpancar dari batu 12 sumber air , setiap suku ada sumber air untuk suku mereka. dan ketika mereka melalui kawasan semenanjung sinai yang panas terik tiada tempat berlindung, mereka meminta pada nabi musa lalu nabi musa berdoa pada Allah lalu diiringi mereka dengan awan menaungi mereka dari terik matahari.
- ketika bekalan makanan mereka hampir habis , sekali lagi mereka meminta nabi musa untuk berdoa pada Allah . maka Allah menurunkan manna dan salwa kepada mereka. manna adalah makanan yang turun dari langit seperti turunnya embun yang turun di atas batu dan daun, yang rasanya manis seperti madu, salwa pula adalah burung puyuh yang datang berbondong , dan Allah memerintahkan mereka makan nikmat tersebut. akan tetapi mereka kufur akan nikmat tersebut dan meminta makanan yang lain. maka mereka termasuk dari golongan yang zalim dengan perbuatan tersebut.
- nabi musa memberitahu umatnya bahawa Allah akan menurunkan kitab kepada nabi musa untuk umatnya. kemudian Allah memerintahkan nabi musa pergi ke gunung sinai melalui sebelah kanan dan diam di sana selama 30 hari sambil berpuasa kepada Allah. selesai 30 hari, Allah memerintahkan nabi musa agar berpuasa 10 hari lagi. selesai 40 hari, Allah berkata kata dengan langsung kepada nabi musa . nabi musa ingin melihat zat Allah namun ketika diperlihatkan zat Allah kepada gunung , nabi musa jatuh pengsan dan mengakui kebesaran Allah.
- kemudian berlaku peristiwa kaum bani israel disesatkan oleh samiri yang menyuruh mereka menyembah anak patung lembu sapi . dan akhirnya nabi musa memarahi mereka dan menghalau samiri dan dia hanya akan berkata "jangan sentuh.". samiri akan merasa sakit apabila ada orang yang menyentuhnya, oleh itu apabila ia bertemu dengan seseorang , ia akan merasa takut bila ia disentuh. kemudian nabi musa membakar patung lembu sapi itu dan membuangnya ke laut.
- nabi musa memilih 70 orang lelaki untuk pergi bersamanya ke bukit tursinai untuk mereka bermunajat dan menyerahkan ketaatan mereka kepada Allah dan penyesalan atas dosa mereka. namun ada sekumpulan bani israel yang ingkar dan meminta untuk melihat Allah dengan mata mereka , lalu mereka semua disambar petir sehingga mati berguguran di atas bumi. nabi musa menunduk merendah diri dan meminta ampunan bagi kaumnya dan memohon Allah tidak menyeksa mereka atas sebab kebodohan mereka lalu mereka semua dihidupkan kembali.
- kaum bani israel juga diancam dengan diangkat bukit tursinai di atas kepala mereka agar mereka semua benar benar memohon sambil merendahkan diri mereka kepada Allah , ketika itu Allah meminta mereka agar berpegang teguh dengan hukum hukum yang telah diberikan kepada mereka dengan amaran jangan merasa bosan, di samping mempelajari isi kitab taurat, dan tidak melupakannya. namun selepas Allah melenyapkan kesengsaraan mereka, terdapat di kalangan bani israel yang masih berpaling dari petunjuk Allah.
- Allah juga memerintahkan bani israel untuk mengikut nabi musa menuju palestin untuk bermastautin di sana, namun bani israel enggan mengikut arahan nabi musa kerana kaum yang tinggal di palestin ketika itu gagah dan perkasa, lalu nabi musa mengadu kepada Allah tentang keingkaran kaum bani israel lalu Allah memberitahu nabi musa bahawa tanah suci palestin diharamkan untuk bani israel yang ingkar tersebut dan mereka akan kebingungan sesat di gurun sinai selama 40 tahun .
- kemudian berlaku peristiwa nabi musa dengan nabi khidir.
6- KISAH NABI HARUN (RASUL KE - 16 )
- nabi harun bin imran bin qahits bin lawi bin yaakub bin ishaq bin ibrahim
- baginda ialah saudara kandung nabi musa
- nabi harun lahir 3 tahun sebelum lahir nabi musa.
- nabi harun hidup 122 tahun , baginda wafat sebulan sebelum nabi musa wafat.
- nabi harun wafat di Tiih sebelum bani israel masuk palestin.
- setelah nabi musa dan nabi harun wafat, bani israel dipimpin oleh Yusha' bin nun .
- kaum bani israel mempunyai Tabut (peti) peninggalan nabi Musa, Tabut itu bermanfaat untuk mententeramkan kaum bani israel , apabila ada pergaduhan kemudian didatangkan peti tabut , maka kedua dua belah pihak akan merasa takut akan kemurkaan Allah.
- setelah zaman itu, samuel pula diutus untuk kaum bani israel yang dalam keadaan sudah porak peranda dan diperintah raja zalim. kaum bani israel meminta samuel melantik seorang pemimpin untuk mereka melawan puak zalim tersebut lalu samuel berdoa pada Allah dan dilantik Thalut sebagai panglima perang. dan berkata pada kaumnya, Allah telah melantik Thalut sebagai raja mereka.
- thalut seorang miskin tetapi paling taat kepada Allah dan pakar dalam taktik perang, bani israel ada yang tidak bersetuju dengan pelantikan ini kerana miskin. samuel berkata pada mereka, "tanda bukti Thalut dijadikan Raja ialah kembalinya Tabut ( peti yang berisi kitab dan sisa sisa peninggalan keluarga nabi musa dan harun ) yang mengandungi ketenteraman dari Allah , dan pesaka peninggalan nabi musa dan harun. datangnya tabut itu ke sini dengan dibawa oleh malaikat jibril. pada kembalinya tabut itu ada tanda tanda bagimu jika kamu beriman.
- maka datanglah tabut yang diceritakan tadi , orang bani israel menyaksikan keterangan yang ada pada Tabut , akhirnya mereka mengakui Thalut sebagai raja. Thalut mengumpulkan tentera tenteranya dan menunjukkan pada mereka cara untuk berperang dengan Jalut yang kejam, ketika mereka melalui sungai Thalut berkata Allah menguji mereka agar tidak meminum air sungai tersebut namun kebanyakan tentera thalut tidak mengikuti arahan Thalut.
- maka bermula peperangan antara tentera Thalut melawan askar askar jalut yang begitu ramai jumlahnya , Jalut dibunuh oleh nabi Daud dengan senjatanya berisikan peluru batu mengenai mata kiri Jalut. nabi daud mendapat keistimewaan dari Thalut namun lama kelamaan Thalut merasakan Daud adalah ancaman buatnya , isi hati itu berubah menjadi iri hati dan dengki bahkan thalut beberapa kali cuba untuk membunuh Daud namun gagal.
- berlaku perang Jalbu di mana dalam perang ini bani israel dapat merebut kembali tanah mereka , dalam peperangan ini 3 anak thalut dan thalut sendiri terbunuh .
- dengan kematian Thalut, maka urusan pemerintahan diserahkan kepada kepada Daud, Daud menjadi raja walaupun pada masa itu ia sangat muda berusia 30 tahun.
7- KISAH NABI DAUD (RASUL KE - 17 )
- nama Daud disebut 16 kali di dalam alQuran. nabi daud termasuk nabi dari bani israel keturunan Yahudza bin Nabi Yaakub , baginda adalah nabi dan raja seperti anaknya nabi sulaiman.
- setelah wafatnya nabi Musa dan harun , bani israel diperintah oleh Nabi Yusha bin nun memasuki palestin dan memerintah sehingga baginda wafat. kemudian , diperintah pula selama 365 tahun oleh para hakim di antara mereka. selang masa itu , berlaku kemungkaran dan penyembahan berhala di kalangan bani israel dan makin jauh dari ajaran asal nabi musa. dan mereka kemudian diperintah oleh para raja yang zalim . ketika peperangan , mereka membawa peti Tabut Mitsaq ( kotak perjanjian ) didalamnya terdapat kepingan kepingan dan tongkat nabi musa , mereka mendapat kemenangan berkat dengan peti tabut itu.
- kemudian mereka dibangkitkan nabi syamuel dan mereka meminta syamuel meminta Allah untuk melantik raja di kalangan mereka , lalu Allah melantik Thalut yang memiliki ilmu yang luas dan badan yang perkasa. Allah mengukuhkan Thalut dengan peti Thabut. dan mereka memerangi Jalut yang kejam , dalam peperangan Jalut yang gagah perkasa mencabar pencabarnya untuk melawannya satu lawan satu. lalu nabi daud yang ketika itu nampak tidak setanding dengan jalut berjaya mengalahkan jalut dengan lemparan batu.
- selepas kematian Thalut, Daud dilantik sebagai raja bani israel. nabi Daud dikurniakan sifat zal aidi ( mempunyai kekuatan ) dalam beragama .
- Allah memberikan keistimewaan kepada Nabi Daud , antaranya gunung gunung ditundukkan supaya bertasbih bersamanya waktu siang, pagi dan malam dengan bahasa khas yang tidak difahami manusia tetapi difahami oleh Nabi Daud dengan pancainderanya, pengetahuan dan kelebihan yang diberikan Allah. demikian juga burung burung juga disuruh Allah ikut bertasbih dengan nabi Daud.
- nabi Daud membahagikan hari harinya menjadi 4 bahagian , 1 hari untuk beribadah, 1 hari untuk menjadi hakim , 1 hari untuk memberi pengajaran dan 1 hari untuk urusan peribadi.
- pada zaman nabi Daud , tiada batasan dalam memiliki bilangan isteri. bahkan nabi Daud sendiri memiliki 99 orang isteri, pernah satu peristiwa , nabi daud ingin beristierikan seorang wanita yang sudah menjadi isteri orang , lalu suaminya berkata isterinya hanya 1 dan isteri nabi ada 99 , lalu nabi daud menjawab untuk menggenapkannya menjadi 100. lalu Allah menghantar 2 orang malaikat mengadap nabi daud berpura pura bertanya soalan dan memohon dihukum dengan adil , malaikat yang menyerupai orang tadi bertanya bahawa dia hanya memiliki 1 ekor kambing , tapi saudaranya meminta kambing miliknya sedangkan dia memiliki 99 ekor kambing kerana ingin menggenapkannya menjadi 100. nabi daud menjawab, sesungguhnya orang yang mempunyai 99 ekor kambing tadi termasuk menganiayai . dengan kedatangan 2 malaikat itu yang menyamar menjadi manusia, maka tersentuhlah jiwa nabi Daud kerana ia sama situasi dengan permintaannya pada suami wanita terbabit yang ingin dijadikannya isteri ke 100.
- pada peristiwa lain , kambing kambing tanpa mengembala telah memasuki ladang dan merosakkan tanaman orang lain tanpa meninggalkan sisa. nabi daud menanyakan pada pemilik ladang anggaran kerosakan tanaman mereka dan kerana melihat nilai tanaman dan nilai kambing kambing itu hampir sama, nabi daud memutuskan agar kambing kambing tersebut diserahkan kepada pemilik ladang yang dikerosakan tanaman mereka itu. ketika itu nabi sulaiman yang turut menyaksikan keputusan itu , mencadangkan agar para pemilik kambing menyerahkan kambing kambing mereka kepada pemilik ladang, sehingga mereka dapat memanfaatkan bulu bulu, susu susu dan anak anak kambing itu, sedangkan para pemilik kambing itu mengambil ladang ladang itu dan mengerjakannya, menanami , menyirami , memeliharanya hingga berbuah. sehingga sampai suatu masa , para pemilik kambing itu menyerahkan kembali ladang ladang tersebut kepada pemiliknya dan mereka menerima kembali kambing kambing mereka. cadangan itu dipersetujui oleh nabi daud.
- nabi Daud diberi beberapa mukjizat , antaranya boleh melembutkan besi seperti lilin dan merubah besi tersebut sesuka hati baginda tanpa memakai api atau alat alat lain. dan dari besi itu di buat baju besi yang dikukuhkan dengan tenunan dan bulatan bulatan rantaian yang berjalin.
- nabi Daud diberi kitab Zabur.
8- KISAH NABI SULAIMAN (RASUL KE - 18 )
- Nabi Sulaiman disebut di dalam al Quran sebanyak 16 ayat. nabi sulaiman adalah salah seorang nabi di kalangan bani israel, dan Allah menganugerahkan kenabian dan kerajaan kepada baginda.
- Allah menundukkan angin berhembus menurut kemahuan baginda ke mana sahaja dikehendakinya, dan Allah tundukkan syaitan syaitan di kalangan ahli bangunan dan penyelam , dan syaitan lain terikat dalam belenggu.
- nabi Daud mewasiatkan kerajaannya kepada nabi sulaiman ketika nabi daud wafat , nabi sulaiman berumur 12 atau 13 tahun.
- Allah telah melebihkan nabi sulaiman dengan boleh berbicara dalam bahasa binatang dan burung dan nabi sulaiman memahami bicara haiwan . suatu hari nabi sulaiman memanggil semua bala tenteranya berkumpul di kalangan jin ,manusia dan burung burung. mereka melalui lembah yang terdapat sarang semut , seekor semut berkata pada kawannya untuk menyelamatkan diri kerana khuatir dipijak oleh tentera nabi sulaiman.
- Allah telah menguji nabi sulaiman dengan penyakit berat, hingga apabila ia duduk di atas kerusi , nampak seakan akan ia sebagai jasad yang tidak memiliki roh. kemudian Allah memberi kesembuhan kepada nabi sulaiman. sebahagian ahli tafsir mengatakan Allah menguji nabi sulaiman kerana isteri baginda bernama Jaradah menyembah berhala di dalam istananya tanpa pengetahuan nabi sulaiman. maka saat itu baginda diuji Allah, di mana nabi sulaiman kehilangan pesaka kerajaannya , iaitu cincin yang menjadikan hilangnya wibawa nabi sulaiman , cincin tersebut jatuh kepada Jinbernama shahor.
- jin shahor itu berubah menjelma menjadi nabi sulaiman dan menduduki takhta kerajaannya menghadap para pembesar negeri dari manusia, jin dan dan burung haiwan. nabi sulaiman keluar dan mengetahui itu adalah jin shahor , namun baginda telah hilang wibawa . baginda lalu keluar dari istana selama beberapa hari , setelah cincin kerajaan kembali kepada baginda , nabi sulaiman kembali ke istana , duduk di singgahsananya . nabi sulaiman menyesali kerana kelalainnya menguruskan rumah tangganya yakni isterinya yang menyembah berhala itu . kemudian nabi sulaiman bertaubat atas kesalahannya dan berdoa pada Allah agar diberi kerajaan sebagai mukjizat yang tidak dimiliki oleh seseorang selepasnya .
- Allah memperkenankan doa baginda dan nabi sulaiman diberi kekuatan untuk menguasai angin bertiup membawa baginda ke mana sahaja yang baginda kehendaki, perjalanan angin dari pagi hingga petang seumpama perjalanan selama 1 bulan. nabi sulaiman juga dikurnia kebolehan untuk menundukkan jin dan syaitan , di kalangan syaitan ada yang pakar membina bangunan istana dan benteng yang kukuh , ada yang pakar menyelam dalam lautan membawa mutiara dan permata dari lautan. dan nabi juga diberi kekuatan untuk mengikat jin kafir.
- antara nikmat dikurniakan kepada nabi sulaiman ialah kuda peliharaannya. dan nabi sulaiman mengatakan pada orang disekelilingnya pada hari pameran berkuda bahawa baginda benar benar mencintai kuda kuda tersebut untuk mengingati Allah dan mengingatkan pada agamaNya , bukan untuk dunia dan kekayaan.
- saba' ialah negeri di yaman dan jarak dengan Shan'a sejauh 3 hari perjalanan. diperintah oleh ratu balqis yang menyembah matahari. berlaku peristiwa burung hud hud menyampaikan khabar tentang kerajaan saba; dan ratu balqis , lalu nabi sulaiman mengutus surat kepada kerajaan balqis agar beriman dan menyerah diri kepada Allah. lalu ratu balqis setelah berbincang dengan pembesarnya membuat keputusan untuk memberi hadiah yang besar kepada nabi sulaiman. utusan ratu balqis membawa hadiah itu ke palestin , tempat kerajaan nabi sulaiman. lalu sampai menghadap nabi sulaiman, nabi sulaiman menolak hadiah itu dan mengancam kerajaan saba' jika enggan beriman kepada Allah.
- Ratu balqis membuat keputusan untuk datang menghadap kerajaan nabi sulaiman, nabi sulaiman bertanya kepada pembesarnya siapakah yang dapat membawa istana balqis sebelum rombongan mereka sampai , jin ifrit menawarkan untuk membawa istana tersebut sebelum nabi sulaiman berpindah dari tempat duduknya, tetapi seorang alim dari kitab samawi menawarkan untuk membawanya ke mari dalam lebih cepat dari kerlipan mata. dan istana tersebut dibawa kepada nabi sulaiman dan nabi sulaiman minta diubah sedikit istana tersebut untuk menguji ratu saba' samada dapat mengenalinya atau tidak. ratu balqis berkata istana tersebut seakan miliknya, dan setelah meniliti dengan teliti yakin lah bahawa ia miliknya dan ratu balqis beriman kepada Allah selepas itu.
- nabi sulaiman pernah meminta kepada Allah untuk mengizinkannya untuk memberi rezeki kepada tiap tiap orang yang mendapat rezeki selama 1 tahun penuh.lalu Allah berfirman bahawa itu adalah mustahil , lalu nabi sulaiman meminta untuk 1 hari sahaja lalu diizinkan Allah. kemudian nabi sulaiman menyuruh manusia dan jin menghadirkan semua yang ada di bumi , lalu nabi sulaiman menyuruh memasak dan dimasak dan didatangkan bahan selama 40 hari , nabi sulaiman menyuruh makanan itu dihidangkan di padang yang luas , maka panjangnya sejauh perjalanan sebulan dan lebarnya sama dengan panjangnya. lalu Allah bertanya kepada nabi sulaiman , makhluk mana kah yang akan mula makan dahulu lalu nabi sulaiman berkata, penghuni darat dan lautan. maka Allah memerintahkan ikan besar di laut agar hadir undangan nabi sulaiman. dan ikan besar itu mengangkat kepalanya datang ke meja hidangan dan berkata, "wahai sulaiman, sesungguhnya Allah telah menjadikan rezekiku pada hari ini ditanganmu .' dan nabi sulaiman menjemputnya makan. maka ikan besar tersebut makan makanan yang dihidangkannya hingga selesai, belum pun sesaat ia selesai makan kesemuanya, ikan tersebut berkata pada nabi sulaiman, "hai sulaiman, berilah aku makan sampai kenyang , kerana sesungguhnya saya masih lapar."nabi sulaiman bertanya adakah ikan besar tersebut belum kenyang ?ikan tersebut berkata sampai sekarang ia masih belum kenyang. " di saat itu nabi sulaiman bersujud pada Allah dan berkata, "maha suci Allah yang telah menanggung rezeki tiap tiap yang diberi rezeki."
- nabi sulaiman pernah berkata pada semut, "berapa rezeki mu selama setahun ?" . semut berkata, "satu biji gandum ." maka nabi sulaiman memasukkan semut itu ke dalam botol bersama dengan sebutir biji gandum , lalu menutup botol itu.genap setahun , nabi sulaiman membuka botol tersebut dan , dalam setahun semut itu hanya makan setengah biji gandum. nabi sulaiman bertanya , "mengapa engkau tidak makan setengah biji gandum itu?" kata semut, " kerana saya tawakkal pada Allah , maka saya makan satu butir , kerana Allah tidak lupa pada saya . maka ketika saya harus bertawakal di dalam botol ini , saya simpan sebahagiannya . sebab apabila tuan lupa pada saya dalam tahun ini , saya dapat makan setengah yang lain pada tahun depan."
- diriwayatkan nabi sulaiman membina baitul maqdis sebagai wasiat dari ayahnya nabi daud . baginda selesai membina nya dalam 7 tahun dan turut membina dinding di sekeliling kota . ketika membina baitulmaqdis , nabi sulaiman memohon kepada Allah 3 perkara yakni , diberi kemampuan untuk menetapkan sesuai dengan ketetapan Allah , ke-2 meminta diberi kekuasaanyang tidak mungkin dimiliki orang lain, dan ke-3 memohon agar setiap orang yang keluar dari rumahnya dengan tujuan untuk solat di masjid ini (baitul maqdis ) , disucikan dari dosa sebagaimana orang tersebut baru lahir dari kandungan ibunya." dan semuanya dimakbulkan Allah. ( hadis riwayat Ahmad dalam musnadnya , an nasa'i dan ibnu majah )
- selesai membina baitulmaqdis , nabi sulaiman membina pula bangunan bangunan tinggi dan besar sebagai istana kerajaan , selesai membinanya dalam 13 tahun . baginda juga memiliki ramai isteri kerana syariatnya tidak membatasi jumlah isteri . rasulullah bersabda ,"sulaiman bin daud berkata, "sungguh aku bergilir pada 100 wanita isterinya pada waktu malam , dan setiap seorang dari wanita tersebut akan melahirkan seorang anak lelaki yang akan berjihad di jalan Allah ." ( hadis riwayat bukhari dalam bab al anbiya' )
- tentang kewafatan nabi sulaiman tidak diketahui dari golongan manusia , jin atau burung burung , hanya setelah ranapnya tongkat nabi sulaiman dimakan oleh rayap(binatang tersangat kecil) yang memberitahunya.
9- KISAH NABI ILYAS ( (RASUL KE - 19)
- nama nabi ilyas disebut dalam alQuran pada 3 tempat, 1 ayat surah al an'am dan 2 ayat surah as shaffaat
- ahli nasab meriwayatkan nabi ilyas berketurunan nabi harun dan seterusnya nasab kepada nabi ibrahim , ilyas bin yasin bin fanhash bin al izar bin harun. nabi di kalangan bani israil
- nabi ilyas berdakwah pada kaumnya untuk beriman namun diingkari , lalu baginda berdoa pada Allah dan Allah berkata nabi ilyas diserahkan urusan rezeki kaumnya padanya untuk mengaturnya.
- nabi ilyas berdoa agar hujan ditahan atas kaumnya selama 3 tahun hingga ternakan dan tanaman kaumnya yang ingkar menjadi rosak dan membuatkan mereka kesulitan . nabi ilyas menyembunyikan dirinya daripada kaumnya .
- baginda pernah memasuki rumah seorang wanita bani israil yang mempunyai seorang anak laki laki bernama ilyasa' bin akhtub yang sedang sakit , akan tetapi wanita tersebut menyembunyikannya dari nabi ilyas. nabi ilyas lalu berdoa pada Allah agar diberi kesembuhan lalu anak itu pun sembuh. ilyasa' kemudian mengikuti nabi ilyas beriman, membenarkan dan mendampingi baginda . ketika nabi ilyas sudah tua , nabi ilyasa' baru remaja .
- kemudian nabi ilyas berkata pada bani israel jika mereka berhenti menyembah berhala , maka baginda akan berdoa pada Allah untuk mengeluarkan mereka dari sengsara kemarau itu. lalu mereka membuang berhala berhala itu dan Allah menghilangkan azab pada kaum itu , akan tetapi kaum itu tetap tidak berubah dari kebiasaan mereka dan tidak melaksanakan ajaran nabi ilyas. lalu nabi ilyas berdoa kepada Allah agar kembali menurunkan azab pada mereka. setelah nabi ilyas wafat, nabi ilyasa' pula diutuskan pada kaum tersebut.
- risalah nabi ilyas dituju pada penduduk ba'labak di damsyik sebelah barat. kaumnya menyembah berhala bernama ba'al seperti disebut dalam surah as soffaat.
- sebahagian sejarawan meriwayatkan nabi ilyas diutus selepas nabi sulaiman pada tahun 933 SM , nabi ilyas tidak berputus asa berdakwah pada kaumnya tetapi kaumnya ingkar dan ada yang cuba ingin membunuhnya. lalu mereka ditimpa azab kemarau yang beberapa tahun lamanya. lalu kerana sengsara dari kemarau itu, kaumnya memohon pada nabi ilyas dan berjanji untuk beriman kepada Allah , lalu datanglah hujan rahmat kepada mereka. namun keimanan mereka tidak kekal lama dan mereka kembali kufur menyembah berhala , maka datanglah seksa Allah yang lebih pedih dari seksa terdahulu yakni diazab dengan gempa yang dahsyat yang menguburkan mereka semua dan tamatlah riwayat kaum tersebut, nabi ilyas dan pengikutnya diselamatkan.
- suatu hari nabi ilyas duduk berehat dan datang malaikat maut untuk mencabut nyawanya, nabi ilyas bersusah hati dan menangis dengan kerasnya. lalu malaikat maut bertanya kepada nabi ilyas, "apakah erti kesusahan dan tangisan ini , ya nabi Allah ?adakah engkau susah terhadap dunia atau terhadap kematianmu ?" kata nabi ilyas , "tidak ! bahkan saya susah kerana kerana saya ketinggalan zikir kepada Allah , sebab setelah saya kelak akan ada sekelompok umat yang banyak berzikir kepada Allah."
10- KISAH NABI ILYASA' (RASUL KE-20)
- nama nabi ilyasa' disebut sekali di dalam alQuran dalam surah al -an'am (ayat 86)
- baginda ialah ilyas bin akhtub, nabi di kalangan bani israel.
- baginda diutus selepas nabi ilyas , nabi ilyasa' berdakwah pada umatnya namun kebanyakan mengingkari nya. selepas nabi ilyasa' , diutus nabi yunus.
11- KISAH NABI YUNUS ( RASUL KE -21 )
- nama nabi yunus disebut 4 kali iaitu pada surah an nisa' , al an'am, yunus dan as soffaat. dan diberi gelaran zun nun pada 2 tempat.
- nama baginda yunus bin matta , berketurunan bani israel dan bersambung dengan salasilah bunyamin , saudara nabi yusuf.
- nabi yunus diutus kepada kaum Neno di sempadan iraq, yang menyembah berhala .nabi yunus pergi ke negeri neno dari syam , baginda berdakwah kepada kaum tersebut namun diingkari mereka , lalu nabi yunus mengancam akan turunnya azab selepas 3 hari . kaum tersebut marah dan mengugut nabi yunus lalu baginda lari meninggalkan mereka. baginda meninggalkan kaumnya sebelum ada perintah dari Allah , dan baginda menyangka baginda tidak akan dihukum atau disulitkan oleh Allah kerana meninggalkan kaumnya sebelum diperintah oleh Allah.baginda pergi kerana marah kepada kaumnya bukan kerana marah kepada Allah.
- ulama' salaf berkata setelah nabi yunus meninggalkan kaumnya, dan mereka merasa yakin akan turun azab ke atas mereka, Allah melimpahkan taubat ke dalam hati kaum nabi yunus dan , mereka menyesali apa yang mereka lakukan kepada nabi yunus , lalu mereka memakai pakaian pakaian yang koyak rabak , memilih ternakan , meronta ronta memohon ampun dari Allah , semua orang menangis , binatang ternak dan serangga turut berdoa. dengan rahmat kasih sayang Allah maka Allah melepaskan seksaan dari kaum tersebut.
- nabi yunus meninggalkan kaumnya berjalan hingga tiba ke tepi pantai dan kemudian berlaku kisah baginda beberapa kali diundi orang yang terpaksa dicampak keluar dari kapal lalu ditelan ikan besar .dan nabi yunus dalam keadaan sentiasa bertasbih dan beristighfar sepanjang di dalam perut ikan tersebut. dan berdoa pada Allah dengan doa yang terkenal . dan Allah mengkabulkan doa nabi dan dicampakkan baginda ke tepi pantai dalam keadaan sakit .nabi yunus berada di dalam perut ikan selama 3 hari 3 malam , Allah menumbuhkan sepohon seperti labu , baginda berteduh dan makan pohon tersebut.
- ketika nabi yunus sudah pulih dan boleh berjalan , baginda kembali menemui kaumnya yang sudah beriman dan menunggu baginda untuk menjalankan syariat agama , dan baginda tinggal bersama mereka mengajar dan memberi petunjuk kepada mereka.
- menurut riwayat ibnu abbas, nabi yunus diutus pada kaumnya seramai 110 000 orang ramainya.
- saad bin abi waqas meriwayatkan , Rasulullah bersabda, "seruan yunus di dalam perut ikan adalah , "Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Allah, sesungguhnya aku termasuk orang yang menzalimi diri." - doa yang tidak ada seorang pun muslim mengucapkan nya melainkan sedangkan ia berada di dalam bencana, kecuali pasti Allah akan memperkenankannya."
12- KISAH NABI ZAKARIA ( RASUL KE -22 )
- Nama nabi zakaria disebut 8 kali dalam alQuran . dalam surah al an'am, ali imran, maryam dan al anbiya'.
- baginda berketurunan bani israel dari nabi sulaiman dan daud yang salasilah bersambung dengan nabi yaakub. baginda diutus menjadi rasul untuk bani israel. mereka diperintah oleh raja yang zalim ketika itu. bahkan nabi zakaria juga turut dikasari , disusahkan oleh kaum bani israel dan pemerintah yang jahat tersebut.keadaan nabi zakaria tulang tulang mulai rapuh, ubannya mulai nampak , dan baginda tidak mampu menahan derita. dan nabi zakaria berdoa pada Allah agar dikurniakan zuriat kepada baginda . lalu dimakbulkan oleh Allah dengan nabi yahya.
- nabi zakaria menghabiskan umurnya berdakwah dan memelihara Haikal di baitul maqdis. suatu hari baginda melihat maryam di dalam haikal berserta buah buahan di luar musim. maryam menjawab itu adalah kurniaan dari Allah.
- nabi zakaria apabila mengajar umatnya , baginda akan berpaling ke kiri atau kanan untuk melihat jikalau ada anaknya yahya di dalam majlis tersebut, kerana nabi yahya amat beriman dan takut akan azab neraka.
13- KISAH NABI YAHYA ( RASUL KE -23 )
- Nabi yahya disebut pada 4 tempat di dalam alQuran iaitu surah al an'am, ali imran, maryam dan al anbiya'.
- yahya bin zakaria bin dam bin muslim sampai kepada nabi sulaiman bin daud dari keturunan yahudza bin yaakub
- nabi yahya lahir 3 tahun sebelum lahir nabi isa. baginda kerap menangis kerana takutkan Allah
- nabi yahya mengumpulkan bani israel di baitulmaqdis dan berdakwah pada mereka . baginda menyeru agar mereka beriman kepada Allah, dan menyeru agar mereka bersolat, berpuasa, bersedekah berzikir kepada Allah sebanyaknya.
- nabi yahya dibunuh oleh hakim palestin ketika itu yang jahat bernama herodes , dan ada riwayat menyatakan nabi zakaria juga dibunuh dengan gergaji selepas nabi yahya dibunuh.
- suatu hari iblis mendekati nabi yahya namun dihalau oleh nabi , dan nabi yahya menyuruh iblis memberitahu baginda tentang manusia. kata iblis , manusia ada 3 golongan, pertama yang paling susah bagi iblis, mereka berjaya menggodanya namun manusia itu beristighfar dan bertaubat , golongan ke-2 yang mudah dipermainkan oleh iblis dan berjaya dikuasai mereka, dan golongan ke-3 seperti para nabi yang terpelihara .
iblis berkata, ketika makanan dihidangkan pada anak adam , iblis membuatkannya terasa sangat sedap dan lazat hingga manusia makan lebih banyak dari yang diingini nya kemudian manusia tidur pada waktu malam tanpa bersolat malam .nabi yahya berkata, "sungguh aku tidak akan makan hingga kenyang untuk selama lamanya."
14- KISAH NABI ISA ( RASUL KE -24 )
- imran ayah maryam termasuk orang besar di kalangan bani israel dan belum mendapat anak , lalu isterinya bernazar jika dikurniakan anak , anak tersebut akan dididik taat pada Allah dan berbakti pada baitulmaqdis. imran meninggal dunia ketika anaknya masih kecil dan memerlukan orang memelihara dan mendidiknya. ibu maryam menyerahkan maryam kepada penjaga haikal dan diundi siapa yang menjaga maryam dan nabi zakaria (suami saudara tua ibunya ) terpilih.
- kemudian berlaku peristiwa maryam dikhabarkan akan dikurniakan anak (nabi isa) dan melahirkan nabi isa. dan maryam disuruh oleh jibril untuk diam dan beri isyarat pada mereka bahawa beliau bernazar puasa kepada Allah dan menunjukkan pada nabi isa apabila ditanya oleh kaumnya lalu nabi isa diizinkan oleh Allah dapat berkata kata sejak dari bayi lagi dengan jelas.
- nabi isa diutus menjadi nabi pada usia 30 tahun. baginda berdakwah pada penduduk yahudi namun ramai mengingkarinya. dakwah baginda ditentang oleh golongan ash shaduqiyin yakni yahudi yang ingkar pada akhirat. kekufuran telah mendalam di kalangan kaum tersebut . lalu di tengah tengah lautan kaum yang ingkar tersebut, nabi isa berdiri dan bertanya siapakah yang mendukungnya di jalan Allah lalu murid2 baginda yang beriman menyahut seruan tersebut yakni al hawariyyun yakni sahabat dan murid murid nabi isa.
- nabi isa dikurnia pelbagai mukjizat, antaranya dapat membuat burung dari tanah liat , kemudian burung itu ditiup hingga menjadi burung sebenar dengan izin Allah. menyembuhkan orang buta sejak lahir dengan izin Allah, menyembuhkan penyakit sopak dengan izin Allah, menghidupkan orang mati dengan cara memanggil dan mengusapnya dengan izin Allah, boleh menceritakan pada orang ramai apa yang mereka makan dan simpan makanan di rumah mereka.
-disamping itu baginda dikurniakan mukjizat makanan turun dari langit untuk memenuhi permintaan hawariyyun agar mereka dapat menikmatinya, memperkukuh iman dan meyakini kebenaran rasulnya.
- golongan yahudi cuba melawan dakwah nabi isa dan merancang untuk menjatuhkan nabi isa, lalu mereka menghasut orang orang rom dan menyatakan dakwah nabi isa meremehkan Kaisar raja mereka dan menghancurkan kerajaan mereka. akhirnya mereka melibatkan hakim hakim rom untuk menangkap dan merancang membunuh nabi isa di tiang salib. kemudian tentera rom mencari nabi isa, ada seorang munafikyang memfitnahnya. kemudian Allah menyerupakan seseorang menyerupai nabi isa. kemudian tentera rom beramai ramai menangkapnya , sedangkan nabi isa diselamatkan dari disalib
- nabi isa diangkat ke langit dan akan turunnya nabi isa di akhir zaman di tengah tengah orang islam , akan menetapkan hukum hukum mengikut alQuran .
- diriwayatkan dari wahab bin munabbih , dari idris, dia berkata, "di dalam sebuah kitab, nabi isa berkata pada ibunya, "sesungguhnya dunia ini kampung yang akan binasa dan akhirat ialah kampung yang kekal. maka marilah ibuku tercinta. lalu nabi isa dan bondanya menuju ke gunung lebanon , di gunung itu keduanya berpuasa di siang hari dan menegakkan solat di malam hari , keduanya hanya makan dari daun daun pokok dan minum air hujan. keduanya tinggal di situ dengan tempoh yang lama.
- kemudian nabi isa turun dari gunung , mencari sayuran untuk berbuka puasa. lalu datanglah malaikat maut datang untuk mencabut nyawa bonda nabi isa siti maryam , bonda nabi isa bertanya adakah dia diberi izin untuk menunggu anak kesayangannya nabi isa kembali pulang menemuinya , menjadi buah mataku dan penawar kerisauan ku ?" namun malaikat maut berkata ia tidak dapat ditangguh lalu dicabut nyawa siti mariam.
- nabi isa terlambat kembali pada waktu itu , sampai masuk waktu isya' yang akhir. ketika ia naik ke gunung membawa sayur dan kubis, dia melihat ibunya berdiam diri di tempat solatnya, maka dia menyangka ibunya sedang bersolat. lalu baginda meletakkan sayur dan menghadap kiblat dan terus berdiri sampai malam hari. kemudian dia melihat ibunya lagi dan memanggil dengan suara yang lembut, timbul dari hatinya yang taat dan khusyuk , "assalamualaik ya ummi, sesungguhnya telah masuk waktu malam dan telah berbuka orang yang berpuasa serta telah tegak orang yang beribadat , mengapa ibu tidak berdiri beribadah kepada Tuhan yang Maha pengasih ?" maka isa mengira ibunya masih tidur dan berkata, "sesungguhnya di dalam tidur ada kenikmatan ."lalu isa ke tempat ibadahnya dan tidak makan sedikitpun , hingga berlalu 2/3 malam. yang demikian untuk berbuat baik kepada ibunya dengan maksud untuk berbuka puasa bersama sama.
dalam berdiri , isa menyeru kembali pada bondanya dalam suara yang diikuti kerisauan dan bercampur gelisah ,"assalamualaik ya ummi ." lalu dia pun kembali ke tempat ibadahnya sehingga terbit pula fajar. lalu dia letakkan pipinya ke pipi bondanya dan meletakkan mulutnya pada mulut ibunya sambil berseru dengan diikuti tangisan yang keras. , "assalamualaik ya ummi, sungguh malam telah berlalu , dan datanglah siang. ini adalah waktu menunaikan kewajipan kepada Tuhan yang Maha Pengasih."
maka menangislah para malaikat di langit dan demikian juga para jin di sekitarnya, dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Allah bertanya pada malaikat, "apa yang telah menyebabkan kamu menangis ?" mereka menjawab, "Tuhan kami Engkau Maha Mengetahui." Allah berfirman lagi, "sesungguhnya Aku maha Mengetahui dan Maha Kasih Sayang."
tiba tiba di saat itu ada suara berseru , "hai Isa, angkatlah wajahmu , sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia , dan Allah telah melipatgandakan pahalamu." maka isa mengangkat wajahnya sambil menangis dan berkata , "siapakah kawanku di saat sunyi , di saat seorang diri ?dan siapakah yang akan aku ajak bertukar fikiran serta bergurau dalam perantauanku , serta siapa yang akan membantuku dalam beribadah ?"
Allah memberi wahyu pada gunung , "hai gunung, nasihatkan lah Isa." kata gunung, "hai isa, apakah erti kesusahanmu itu? ataukah engkau menghendaki Allah sebagai pendampingmu , yang menggembirakan mu ?" . kemudian isa turun gunung ke sebuah desa . lalu nabi isa terjumpa dengan malaikat jibril dan mikail yang menyerupai penduduk kampung dan malaikat memberi alat persiapan untuk menguruskan jenazah bonda nabi isa. para bidadari cantik jelita turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan nya.jibril menggali kuburnya di puncak gunung tersebut , lalu mereka bertiga menguburkannya dan menyembahyangkan nya dan mengiringinya,
kemudian , isa berdoa pada Allah bahawa dia tidak menyaksikan saat bondanya meninggal dunia dan meminta izin dari Allah agar dapat berkata kata dengan jenazah bondanya.dan nabi isa diizinkan oleh Allah untuk berbuat demikian.
lalu nabi isa pergi ke kubur ibunya dan berdiri dekat kuburnya dan berkata, dengan suara yang lemah lembut ,"assalamualaikum wahai ummi tercinta." bondanya menjawab dari dalam kuburnya , "wahai anakku , kesayanganku dan permata hatiku." isa berkata pada bondanya, "duhai ummi, bagaimana engkau dapati tempat pembaringanmu , tempat kembalimu dan bagaimana kehadiran mu pada Tuhan?"
kata ibuku, "tempat berbaringku adalah sebaik baik tempat berbaring , tempat kembaliku adalah sebaik baik tempat kembali , sedangkan saya telah menghadap Tuhan yang saya tahu Dia menerimaku dan tidak marah padaku.' kata isa, " wahai ummi, bagaimana engkau dapati sakaratul maut?" kata ibunya, "belum hilang rasa pedihnya maut dari tenggorokku ,dan kewibawaannya yang menakutkan dari malaikat maut , belum hapus dari pandangan mataku."
"assalamualaikum ya kasih sayangku, sampai hari kiamat."
- tamat -
