Sunday, 1 February 2026

KITAB : BUSTANUL 'ARIFIN - KARANGAN IMAM NAWAWI

 





KITAB : BUSTANUL 'ARIFIN - KARANGAN IMAM NAWAWI 

TERJEMAHAN OLEH : SYEIKH AHMAD FAHMI BIN ZAMZAM

MULA PENULISAN : 2 FEBRUARI 2026

LENGKAP PENULISAN : 



1- Kata Pengantar ( nukilan syeikh fahmi zamzam pada tahun 10 Mac 1996 - 6 syawal 1416H )

- kitab bustanul arifin ialah kitab karangan al imam al alim  al 'allamah syaikhul islam muhyiddin abu zakaria yahya bin syaraf an nawawi atau lebih masyhur dengan panggilan imam nawawi sahaja .

- beliau lahir pada 631 H dan meninggal dunia pada 676 H di Nawa, Hauran , Syria.

- imam nawawi memulakan kitabnya dengan dengan satu muqaddimah menerangkan hakikat kehidupan dunia yang bersifat sementara ini dan menekankan pentingnya membuat bekalan bagi kehidupan abadi di akhirat . beliau juga menerangkan kepentingan niat dan cara menghadirkan hati dalam segala bentuk ibadah

- beliau juga membicarakan dengan khusus tentang ikhlas dan shidq (benar) yang berperanan menentukan kadar balasan amalan di akhirat nanti.

- beliau turut menukilkan lebih 50 ungkapan ulama' yang indah indah  mutiara kata yang mahal . yang mana ungkapan tersebut lahir daripada pengalaman dan mujahadah  dan usaha berterusan untuk menjadi insan yang menjadi hamba Allah sebenar. 

- beliau turut menceritakan dengan panjang lebar perihal karamah para wali wali dan mawahib mawahib (keistimewaan) mereka dan permasalahan berkaitan dengan karamah dan diikuti beberapa contoh karamah. 

- dan nampaknya kitab ini belum sempat diselesaikan oleh imam nawawi  kerana didapati manuskrip asalnya beliau hanya sampai menulis bab hikayah karamah wali wali dan sempat menulis beberapa buah hikayat sahaja. beliau berhenti pada bab tersebut di tengah tengah hikayat syeikh abul khair at tinani kerana imam nawawi dipanggil ke rahmatullah.

- kitab ini mendapat perhatian dari para ulama' kerana kandungannya sesuai dengan nama "bustanul 'arifin." bermaksud , "taman orang orang yang arif dengan Allah taala." . kitab ini mengandungi banyak nasihat dan tunjuk ajar tidak ternilai bagi mereka yang menuju ke makrifatullah sebenar. 


2- MUQADDIMAH MUALLIF 

- berkata al imam al hafizh syaikhul islam  syeikh muhyiddin  abu zakaria yahya bin syaraf an Nawawi as Syafie , "sesungguhnya dunia ini ialah negeri yang akan berakhir dengan kebinasaan , bukan negeri kekal , itulah negeri tempat kita menyeberang sahaja bukan negeri tempat kita bersuka suka

- al Quran memberi peringatan supaya kita jangan leka dengan dunia dan jangan tertipu dengan perhiasannya  dan supaya tidak berpegang dengannya. maka orang yang paling berhati hati ialah orang yang memilih jalan kezuhudan terhadap dunia dan merekalah orang yang paling sempurna akalnya


3- BAB PERTAMA 

- pada menyatakan ikhlas dan menghadirkan niat pada sekalian amalan yang zahir dan batin 

- firman Allah, "dan tiadalah mereka disuruh kecuali untuk beribadat kepada Allah dalam keadaaan mengikhlaskan bagiNya akan agama, dan dalam keadaan cenderung (kepada islam) dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. dan itulah agama yang lurus." ( surah al bayyinah : 5 )

- dan firman Allah, "dan Tuhanmu sangat mengetahui  dengan apa yang ada dalam hatimu." (surah al isra' : 25 )

- firmannya lagi , "dan tidak mencapai akan Allah oleh dagingnya (daging kurban) dan tidak pula darahnya , tetapi yang sampai kepadaNya hanyalah ketaqwaan daripada mu." ( surah al Hajj : 37 )

- ibnu abbas berkata dalam menerangkan ayat ini, "yang sampai kepada Allah ialah niat di dalam hatimu." 

- berkata ibrahim ( an nakhaie) ,"taqwa ialah suatu amal yang dikehendaki dengannya akan keredhaan Allah."

- dan berkata imam abu hasan al wahidi , berkata imam az zajaj , "makna ayat ini ialah, "Allah tidak akan menerima darah dan daging korban , apabila ianya tidak disertai dengan taqwa. Allah hanya menerima daripada kamu akan amalan yang dilakukan kerana ketaqwaan. oleh kerana itu , dapat disimpulkan sebarang ibadah tidak sah melainkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menunaikan kewajipan yang disuruh. "

- riwayat imam al hafizh abul baqa' khalid , dari umar al khattab, Rasulullah bersabda, "hanyasanya segala amalan dikira mengikut niat, dan hanya sanya yang diperoleh oleh setiap seseorang (dari amalannya)mengikut apa yang diniatkannya.  maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan rasulNya. dan sesiapa yang hijrahnya kerana hanya untuk mendapatkan keuntungan dunia atau kerana mahu berkahwin kepada seseorang perempuan maka nilai hijrahnya seperti yang diniatkannya itu." (mutaffaq alaih)

- makna niat ialah "qasad" iaitu keazaman hati untuk melakukan sesuatu.  maka segala amalan syara' adalah tidak sah melainkan bila disertai dengan niat. antara niat yang baik ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah. imam abu bakar al baihaqi pada permulaan kitabnya, "muhtasar  as sunnah" beliau menghuraikan maksud perkataan imam syafei "sesungguhnya segala usaha seseorang hamba itu hanyalah dengan 3 perkara sahaja , pertama dengan amalan zahir, kedua dengan lidahnya , ketiga dengan niatnya. niat adalah usaha yang paling utama sekali  kerana niat sahaja sudah menjadi ibadah. niat tidak dapat dirosakkan denga riya' ."


4- BAB KE-2  - HADIS HADIS PILIHAN YANG MERUPAKAN ASAS ASAS ISLAM

- hadis Rasulullah, maksudnya, "agama itu ialah nasihat menasihati.", maka sesiapa berbuat demikian maka ia mesti akan mendapat berkat pada ilmunya. 

26 HADIS :

HADIS 1 - MENYATAKAN NIAT DAN IKHLAS 

- dari ummar al khattab , Rasulullah bersabda, "hanyasanya setiap amalan itu dengan niat , dan hanya sanya bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya. maka barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya ,maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya. dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang akan diperolehinya , atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu."

( hadis riwayat bukhari dan muslim )


HADIS KE-2 - LARANGAN TERHADAP BIDA'AH DALAM AGAMA

- dari aisyah , Rasulullah bersabda, "sesiapa yang mengada adakan dalam urusan agama kami ini akan suatu pekerjaan  yang tidak ada daripadanya, maka yang diada adakan itu  mesti ditolak."

( hadis riwayat bukhari dan muslim )


HADIS KE-3 -  PERKARA YANG HARAM ITU NYATA , DAN YANG HARAM JUGA NYATA DAN PERANAN HATI 

- dari abi abdillah nu'man bin basyir, Rasulullah bersabda, 'sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu juga jelas dan di antara kedua duanya itu ada perkara perkara yang syubhah ( yang tersamar ) . dan sesiapa yang memelihara dirinya daripada perkara perkara yang syubhah maka sebenarnya ia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. dan sesiapa yang terjatuh pada perkara perkara yang syubhah maka pasti ia akan terjatuh (pada suatu hari nanti) pada perkara perkara yang haram , seperti halnya seorang pengembala yang mengembala binatang ternakan berdekatan dengan kawasan larangan , maka cepat sekali ia akan mencerobohinya.  perhatian ! sesungguhnya pada setiap raja itu ada kawasan larangannya. perhatian ! sesungguhnya  kawasan larangan Allah ialah apa apa yang diharamkannya . perhatian ! sesungguhnya di dalam jasad itu ada sepotong daging , apabila ia baik maka akan baiklah badan seluruhnya , dan apabila ia rosak maka akan rosaklah badan keseluruhannya . perhatian ! sepotong badan itu adalah hati ."

( hadis riwayat bukhari dan muslim )


HADIS KE-4 - CIPTAAN MANUSIA DAN TEMPAT KESUDAHANNYA

- dari abdullah bin mas'ud , Rasulullah bersabda dan baginda digelar sebagai "ash shadiqul mashduq" maksudnya, "orang yang benar dan dibenarkan oleh orang lain. "sesungguhnya kamu dihimpunkan ciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari dalam keadaan air mani , kemudian lalu ia menjadi segumpal darah selama itu pula (40 hari) , kemudian lalu ia menjadi sepotong daging selama itu pula , setelah itu diutuskan seorang malaikat lalu ia meniupkan roh ke dalamnya. 

  dan malaikat itu disuruh dengan 4 suruhan, iaitu menulis rezekinya, ajalnya, amalannya, dan ketentuannya , apakah ia akan menjadi orang celaka(ahli neraka) ataukah ia akan menjadi orang yang bahagia (ahli syurga). 

  demi Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Dia , sesungguhnya seseorang kamu beramal dengan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dan antara syurga itu kecuali hanya satu hasta sahaja , namun oleh kerana telah diputuskan baginya (untuk menjadi ahli neraka)  maka ia pun beramal dengan amalan ahli neraka (di akhir hayatnya) dan akhirnya ia masuk ke neraka. sebaliknya, sesungguhnya ada seseorang kamu yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dan neraka itu kecuali hanya satu hasta sahaja , namun oleh kerana telah diputuskan baginya (untuk masuk ke dalam syurga ) maka ia beramal dengan amalan ahli syurga (di akhir hayatnya) dan akhirnya ia masuk ke dalam syurga."

( hadis riwayat bukhari dan muslim )


HADIS KE-5 -TINGGALKAN YANG RAGU RAGU

- Dari hasan bin ali, cucu Rasulullah dan wangi wangian baginda , ia berkata, "aku telah menghafaz dari Rasulullah akan sabdanya yang berbunyi ,"tinggalkan apa apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau."

( hadis riwayat tirmizi )


HADIS KE-6 - ANTARA CIRI KEINDAHAN SESEORANG

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "sebahagian dari tanda keindahan islam seseorang ialah ia meninggalkan apa apa yang tidak berfaedah."

( hadis riwayat tirmizi dan ibnu majah )


HADIS KE-7 - IMAN DAN KECINTAAAN SESAMA MUSLIM

-  dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "tidak beriman (tidak sempurna iman) seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri."

( hadis riwayat bukhari dan muslim )


HADIS KE-8 - ALLAH BAIK DAN TIDAK MENERIMA KECUALI YANG BAIK

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah itu baik dan Dia tidak menerima kecuali yang baik juga. sesungguhnya Allah telah menyuruh  orang orang yang beriman dengan apa yang Dia suruh kepada sekalian rasul. firman Allah maksudnya, "hai sekalian Rasul, makanlah dari yang baik (yang halal) dan beramallah akan amalan yang baik." (al mu'minun : 51 ) 


HADIS KE-9 - JANGAN MEMUDARATKAN ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI 

- dari ubadah, Rasulullah bersabda, "tidak boleh seseorang itu memudaratkan orang lain , dan juga tidak boleh ia memudaratkan dirinya sendiri."

( hadis riwayat imam malik )


HADIS KE-10 - SALING TOLONG MENOLONG DAN MENASIHATI

- dari tamim ad dari, Rasulullah bersabda, "agama itu nasihat." kami bertanya, "bagi siapa wahai Rasulullah ?" baginda menjawab, "bagi Allah, bagi kitabNya , bagi rasulNya, bagi pemimpin kaum muslimin dan bagi orang awam di kalangan mereka."

( hadis riwayat muslim )


HADIS KE-11 - MENINGGALKAN LARANGAN DAN MENGERJAKAN SURUHAN 

- dari abu hurairah , Rasulullah bersabda, "apa apa yang aku larang kamu daripadanya maka hendaklah kamu tinggalkannya. dan apa apa yang aku suruh kamu mengerjakannya maka hendaklah kamu mengerjakannya sekuasa kamu , maka hanyasanya binasa umat umat sebelum kamu kerana mereka terlalu banyak bertanya dan mereka menyalahi perintah nabi nabi mereka."

( hadis riwayat bukhari )


HADIS KE-12 - BAGAIMANA MENGUASAI CINTA ALLAH DAN CINTA MANUSIA

- dari sahal bin saad, seorang lelaki datang menemui Rasulullah dan bertanya, "wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepada ku 1 amalan, jikalau aku mengamalkannya nescaya mencintai akan daku oleh Allah dan mencintai akan daku oleh manusia. "zuhudlah kamu dari dunia nescaya engkau akan dicintai oleh Allah , dan zuhudlah kamu dari menghendaki apa apa yang ada di tangan manusia nescaya manusia mencintaimu."

( hadis riwayat ibnu majah )


HADIS KE-13 - BILAKAH DARAH SEORANG MUSLIM MENJADI HALAL ?

- dari abdullah bin mas'ud , Rasulullah bersabda, "tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku (muhammad) pesuruh Allah, kecuali dengan salah satu 3 perkara sahaja, pertama janda (atau duda) yang berzina, ke-2 diri dengan diri ( dengan sebab membunuh seseorang ), ke-3 seseorang yang meninggalkan agama yang memisahkan diri dengan jemaah."

( hadis riwayat bukhari )


HADIS KE-14 - PEPERANGAN TERHADAP ORANG YANG MEMERANGI ISLAM 

- dari abdullah bin umar, Rasulullah bersabda, "aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan selain Allah, dan bahawasanya aku (muhammad) Rasulullah , dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. apabila mereka telah membuat yang demikian itu maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka kecuali dengan hak islam , dan Allah akan menghisab akan segala perbuatan mereka."

( hadis riwayat bukhari )


HADIS 15- RUKUN RUKUN ISLAM

- dari abdullah bin umar, Rasulullah bersabda, "agama islam dibina atas 5 perkara, "pertama 2 kalimah syahadah, kedua mendirikan sollat, ketiga berzakat, ke-4 pergi haji dan ke-5 berpuasa di bulan Ramadan."

( hadis riwayat bukhari )


HADIS 16- PERIHAL SAKSI DAN SUMPAH

- dari abdullah bin abbas, Rasulullah bersabda, "seandainya semua orang diberikan mengikut apa yang ia dakwakan, maka sudah pasti ramai orang yang mengaku harta orang lain dan mengaku mempunyai hak terhadap darah mereka. tetapi saksi mesti ada bersama dengan orang yang mengaku , dan sumpah pula mesti dilaksanakan oleh orang yang memungkiri sesuatu dakwaan."

( hadis riwayat baihaqi )


HADIS 17 - BAGAIMANA MENGENALI KEBAIKAN DAN DOSA

- dari wabisah bin ma'bad, Rasulullah berkata padanya, "bukankah engkau datang bertanya mengenai kebaikan dan dosa ? wabisah berkata benar lalu Rasulullah bersabda, "maka hendaklah kamu bertanya pada hatimu sendiri . kebaikan itu apa apa yang dirasa tenang oleh dirimu dan apa yang dirasa tenang oleh hatimu . dan dosa itu apa yang tergetar di dalam dirimu dan ragu ragu dalam dada walaupun orang ramai berfatwa (supaya engkau menyalahinya)walaupun mereka berfatwa menyalahinya."

( hadis riwayat ahmad )

dalam riwayat muslim , dari an nuwas , Rasulullah bersabda, "kebaikan itu adalah akhlak yang baik. dan dosa itu apa apa yang ragu di dalam dirimu dan engkau benci bahawa melihat ke atasnya oleh manusia."


HADIS 18 - BERBUAT BAIK DALAM SEGALA KEADAAN

- dari syaddad bin  aus, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya Allah menyuruh kamu semua berbuat "ihsan" (kebaikan) pada segala sesuatu. maka apabila  kamu membunuh hendaklah kamu mengelokkan pembunuhan. dan apabila kamu menyembelih , maka hendaklah kamu mengelokkan penyembelihan, maka hendaklah  seseorang dari kamu menajamkan mata pisaunya dan dengan itu ia telah merehatkan sembelihannya."

( hadis riwayat muslim )


HADIS 19 - IMAN DAN BEBERAPA TUNTUTANNYA

-  dari abu hurairah , Rasulullah bersabda, "barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam. dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya. dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."

( hadis riwayat muslim )


HADIS 20 - TINGGALKAN MARAH

- dari abu hurairah , Rasulullah ditanya oleh seorang lelaki, "berikan wasiat kepadaku." Rasulullah bersabda, "Janganlah engkau  suka marah. " kemudian lelaki itu mengulangi pertanyaan itu beberapa kali, dan Rasulullah terus menjawab, "Janganlah engkau  suka marah."

( hadis riwayat bukhari )


HADIS 21 - JANGAN MENSIAKAN KEFARDUAN

- dari abu tha'labah, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah telah menentukan perkara perkara fardhu maka jangan kamu mensiakannya, dan Dia telah menetapkan batas batas hukum maka jangan kamu melampauinya, dan Dia telah mengharamkan beberapa perkara maka janganlah kamu melanggarnya, dan Dia berdiam dari beberapa perkara kerana Dia kasih sayang bagi kamu bukan kerana Dia terlupa, maka jangan kamu mencungkil cungkil masalah tersebut."

( hadis riwayat darulqutni )


HADIS 22 - HENDAKLAH SENTIASA BERTAQWA

- dari abu zar, Rasulullah bersabda, "bertaqwalah kamu akan Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya ia menghapuskan akan dosa kejahatan itu, dan bergaullah akan manusia dengan akhlak yang baik."

( hadis riwayat tirmizi )


HADIS 23 - AMALAN MEMASUKKAN KE SYURGA DAN MENJAUHKAN DARI NERAKA

- dari muaz bin jabal, aku bertanya pada Rasulullah ,"wahai Rasulullah, bolehkah engkau mengkhabarkan kepadaku amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka? baginda menjawab, "sebenarnya engkau telah bertanya sesuatu yang amat besar, dan perkara itu mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah." amalan itu ialah, "engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukannya, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji .

 kemudian, nabi bersabda, "mahukah aku tunjukkan akan pintu kebaikan ? puasa itu adalah perisai dan sedekah itu memadamkan kejahatan seperti air memadamkan api , dan solat di tengah malam. lalu baginda membaca surah as sajadah ayat 16-17 bermaksud, "Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

kemudian baginda bersabda lagi, "hendakkah aku khabarkan dengan pokok segala urusan dan tiangnya dan kemuncak tempat ketinggiannya . baginda bersabda, "pokok urusan itu ialah islam, tiangnya ialah solat, kemuncak ketinggiannya ialah jihad, 

nabi bersabda lagi, "mahukah aku khabarkan raja atas segala perkara tadi ? baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda, "jaga ini baik baik. yang paling banyak mengheret manusia ke dalam neraka ialah dengan diseret di atas muka mereka atau hidung mereka ialah hasil pekerjaan lidah mereka sendiri."

( hadis riwayat tirmizi )


HADIS 24 - TAQWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN AKHIR ZAMAN

- dari irbad , mereka dinasihati oleh Rasulullah sehingga menggeletar hati mereka dan mengalir air mata mereka mendengarnya. kami berkata, "wahai Rasulullah , seolah olah nasihat ini nasihat orang yang hendak meninggalkan kami buat selamanya. maka berwasiatlah kepada kami."

lalu Rasulullah bersabda, "aku berwasiat kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah , dan mendengar serta patuh ( kepada pemimpin ) walaupun yang menjadi pemimpin ke atas kamu itu seorang hamba. maka barangsiapa antara kamu yang hidup lama, pasti akan melihat perselisihan yang banyak. maka peganglah sunnahku dan pegang khalifah ar rasyidin dan hendaklah kamu gigit sunnah sunnah itu dengan gigi geraham kamu . dan tinggalkan lah segala perkara yang kamu baru adakan dalam agama, kerana setiap bida'ah itu sesat."

( hadis riwayat abu daud dan tirmizi )


HADIS 25 - WASIAT NABI KEPADA IBNU ABBAS

- Dari ibnu abbas, saya menbonceng Rasulullah, lalu baginda berkata, "wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajar engkau beberapa perkara. peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. peliharalah Allah nescaya engkau mendapatiNya di hadapan mu, dan apabila engkau hendak meminta tolong , maka minta tolonglah daripada Allah . dan ketahuilah jika berhimpun seluruh manusia untuk memberi mu satu manfaat, nescaya mereka tidak dapat berbuat demikian kecuali ianya telah tertulis oleh Allah . dan seandainya mereka berhimpun untuk memberi mudarat, nescaya mereka tidak dapat berbuat demikian kecuali ianya telah tertulis oleh Allah. sebenarnya sudah terangkat segala qalam dan sudah kering segala catatan."

( hadis riwayat tirmizi )


HADIS 26 - MENGENALI ISLAM, IMAN , IHSAN DAN ALAMAT KIAMAT

- Dari umar al khattab, ketika kami duduk di sisi Rasulullah, tiba tiba datang seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya , sangat hitam rambutnya, tiada kelihatan kesan debu perjalanan , dan tiada seorang kami mengenalinya, , lalu duduk berdekatan Rasulullah dan menyadarkan kedua lututnya kepada kedua lutut nabi dan meletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua pahanya. kemudian dia berkata, "hai Muhammad, khabarkanku tentang islam >" Rasulullah menjawab, "islam itu adalah engkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, engkau solat, berzakat, berpuasa Ramadan, mengerjakan haji di baitullah jika engkau ada kemampuan pergi kepadanya. lalu ia berkata, "benarlah engkau."maka kami pun tercengang kerana dia bertanya dan dia yang membenarkannya. 

  dia bertanya lagi, "khabarkan padaku tentang iman ?" Rasulullah menjawab, "iman itu ialah engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan RasulNya, dan hari kemudian dan kepada takdir baik dan buruk. " lalu ia berkata, "benarlah engkau."

  dia bertanya lagi, "khabarkan padaku tentang ihsan ?"Rasulullah menjawab, "ihsan itu adalah engkau menyembah Allah seolah olah engkau melihatNya. tetapi jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau."

  dia bertanya lagi, "khabarkan padaku tentang hari kiamat?" Rasulullah menjawab, "orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya.kalau begitu , beritahu padaku tentang tanda tandanya sahaja .  Rasulullah menjawab, "tanda-tandanya itu bila hamba hamba melahirkan tuannya, dan engkau lihat orang yang tidak berkasut , tidak berpakaian , miskin, pengembala kambing , mereka itu berbangga menegak dan mendirikan binaan."

 kemudian ia pun pergi lalu , lalu aku terdiam beberapa lama. setelah itu Rasulullah bersabda, "hai Umar ! adakah engkau tahu siapakah orang yang bertanya itu ?" aku mengatakan, "Allah dan rasulNya yang lebih tahu.Rasulullah berkata, "sesungguhnya itulah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan kamu akan agama kamu."

( hadis riwayat muslim )

**inilah hadis hadis yang disebut oleh imam ibnu solah , iaitu hadis 1 hingga 26. antara hadis lain yang merupakan asas agama islam ialah


HADIS 27 - ISTIQAMAH DALAM BERBUAT TAAT 

- dari sufyan bin abdullah, aku bertanya pada Rasulullah,"katakanlah bagiku dalam islam ini akan satu perkataan ( yang kukuh ) sehingga aku tidak perlu lagi untuk bertanya kepada sesiapa selepas itu. lalu baginda bersabda, "katakanlah aku beriman dengan Allah , kemudian tetaplah kamu atas keadaan ini."

( hadis riwayat muslim )


HADIS 28 - KELEBIHAN SIFAT MALU

- dari abu mas'ud , Rasulullah bersabda, "apabila engkau sudah tidak malu lagi , maka buatlah apa yang engkau sukai."

( hadis riwayat bukhari )


HADIS 29 - KELEBIHAN MENUNAIKAN KEFARDUAN

- dari jabir bin abdullah, lelaki bertanya pada nabi, "seandainya aku hanya solat yang wajib sahaja , dan puasa pada bulan Ramadan sahaja dan aku menghalalkan yang halal , dan aku mengharamkan yang haram dan aku tidak membuat sesuatu yang lebih daripada itu, apakah aku dapat masuk syurga ? "Rasulullah bersabda, "ya ." ( engkau akan masuk syurga ).

( hadis riwayat muslim )


BAB 3 - PADA BICARA IKHLAS DAN SIDDIQ 

- tentang ikhlas , maka Allah berfirman , maksudnya, "dan mereka tidak disuruh kecuali untuk beribadah kepada Allah dan mengikhlaskan bagiNya akan agama." ( surah al bayyinah : 5 ) 

- dari huzaifah, Rasulullah bersabda, "aku bertanya pada Jibril tentang apa yang dimaksudkan dengan ikhlas , jibril berkata, "aku juga bertanya tentang ikhlas itu kepada Allah . maka Allah berfirman, "ikhlas itu adalah suatu rahsia daripada rahsiaKu yang Aku letakkan akan ia di dalam hati hati hambaKu yang Aku kasihi."

- dari imam abu qasim , " ikhlas itu menunggalkan mengqasad (menuju) Allah pada berbuat ketaatan , iaitu dengan seseorang itu hanya menghendaki dengan sebarang ketaatan yang dilakukannya itu akan menghampirkan diri kepada Allah bukan mencari sesuatu yang lain daripada itu , samada kepura puraan bagi makhluk , atau untuk memperoleh pujian di sisi manusia atau apa jua nilai pujian dari makhluk selain dari menghampirkan diri kepada Allah."

- berkata imam al Qusyairi, "ikhlas itu berjaga jaga daripada mengambil kira dengan sebarang pandangan makhluk."

- berkata imam abu ali, "ikhlas itu adalah terpelihara daripada mengambil kira dari pandangan makhluk dan siddiq (benar) itu adalah membersihkan diri daripada peranan nafsu . maka orang yang ikhlas itu tiada riyak baginya , dan orang yang siddiq itu tiada ujub ( rasa bangga) dalam diri."


FASAL 2 - HADIRKAN NIAT DALAM BERBUAT KETAATAN 

- hendaklah apabila kita hendak mengerjakan amalan ketaatan  walaupun sedikit , maka hendaklah ia menghadirkan niat dengan mengqasadkan amalan untuk mencari keredhaan Allah dan hendaklah niat itu bersama amalan.

- dan ini termasuk segala jenis ibadah dari solat, puasa, berwuduk , berzakat, sedekah, menunaikan hajat orang lain, menziarahi orang sakit, memula dan menjawab salam, menjawab orang bersin, mengingkari kemungkaran dan menyuruh kebaikan , memperkenan jemputan, hadir majlis ilmu dan majlis zikir, ziarahi para ulama' , ulangkaji , belajar kitab, ketika hendak makan minum dan tidur - dengan niat untuk menguatkan badan ( makan minum ) dan merehatkan badan (tidur ) supaya lebih cergas untuk beribadah.  dan juga ketika hendak berjimak hendaklah berniat untuk mengekang nafsunya dan memelihara dirinya dari terjerumus ke dalam perkara haram dan memikirnya.

- maka jika tidak berniat pada segala amalan ini maka terluput pahala yang amat besar

- maka berdoa agar kita diberi taufiq dan hidayah untuk berbuat demikian. 

- dari imam abu yahya, ketika mufti Kuffah ditanya apakah amalan yang paling susah sekali untuk dilaksanakan, beliau menjawab, 'amalan itu ialah untuk menghadirkan niat di dalam hati."

- sufyan at tsauri berkata, "aku tidak melatih sesuatu yang lebih susah daripada berniat."

- yazid bin harun berkata, "tidak susah niat itu melainkan kerana sangat mulianya.'"

- berkata imam syafei, "aku tidak bermunazharah ( berbahas ) dengan seseorang dengan niat untuk mengalahkannya, tetapi  hanya supaya kebenaran itu nampak di sisinya."


FASAL 3 - NIAT MENENTUKAN BALASAN KEBAIKAN ATAU KEJAHATAN.

- dalam hadis sahih, Rasulullah berkata, "sesungguhnya Allah menulis segala kebaikan dan kejahatan . barang siapa bercita cita dengan satu kebaikan lalu ia tidak dapat melaksanakannya, nescaya ditulis oleh Allah baginya 1 kebaikan yang sempurna. barang siapa bercita cita dengan satu kebaikan lalu ia dapat melaksanakannya, nescaya Allah menulis disisiNya 10 kebaikan sehingga 700 kali ganda dan sampai kepada ganda yang sangat banyak."

- dari imam hamad, "siapa mengaji ilmu hadis dengan tujuan selain mendapatkan keredhaan Allah, maka pasti ia akan tertipu."

- dari imam al hafizh abul baqa' , "berapa banyak orang meminta ampun sedangkan ia dimarahi, dan berapa banyak orang yang berdiam sedang ia dikasihi." maksudnya : orang pertama beristighfar tetapi hatinya lalai, ke-2 berdiam tapi hatinya mengingati Allah.

- dari imam al hafizh abul baqa' , "ilmu sufi diasaskan pada 4 perkara, : 1) kami tidak makan kecuali selepas lapar , 2) kami tidak tidur kecuali sudah tidak tahan berjaga, 3) kami tidak berdiam kecuali ketika dibimbangi salah faham terhadap apa yang kami perkatakan, 4) dan kami tidak bercakap kecuali untuk mengambil faedah .

- muhammad bin sulaiman ( seorang pembesar zaman itu ) menemui imam hammad dan bertanya , adakah boleh dia memberi 2/3 hartanya ketika dia masih lagi hidup kepada anaknya yang lebih dia sayangi dari 2 anaknya itu, lalu imam hammad menyatakan hadis dari anas bin malik, "sesungguhnya Allah apabila menghendaki untuk mengazab seorang hamba dengan hartanya sendiri , maka Allah mengilhamkan baginya ketika ia hendak mati dengan satu wasiat yang zalim."

muhammad bin sulaiman turut menyatakan hajatnya untuk memberi 40 ribu dirham kepada imam hammad namun ditolaknya dan minta dijauhi dari harta tersebut.


BAB 4 - KATA KATA ULAMA' YG INDAH

1- dalam kitab sahih al bukhari, ammar bin yasir berkata, "siapa yang dapat menghimpunkan 3 perkara ini ,bermakna ia telah menghimpunkan segala bahagian iman. 1) menyedari hakikat diri sendiri, 2) menegakkan keselamatan bagi seluruh alam, 3) suka menderma walaupun dalam keadaan fakir."

- 1) Menyedari Hakikat Diri Sendiri

- apabila ia menyedari hakikat diri sendiri, pasti ia akan mengetahui akan hak hak Allah yang mesti ia tunaikan dan kesedaran tentang hak orang lain atas dirinya.

2) menegakkan keselamatan bagi seluruh alam

- yakni menyebarkan salam pada seluruh lapisan masyarakat , sama ada yang dikenali atau tidak.

- bermakna lenyap sikap takbur terhadap manusia dan tidak mengangkat diri. dan seterusnya bebas dari menghina orang lain, merasa besar diri di hadapan orang lain, merasa lebih tinggi darjat dari orang lain. 

3) suka menderma walaupun dalam keadaan fakir.

- inilah kemuncak kemurahan. Allah memuji mereka dalam firmanNya , "dan mereka mampu melebihkan orang lain atas diri mereka sendiri walaupun sebenarnya mereka masih memerlukan." ( surah al hasyr : 9 ) 

- maka akan timbul rasa berserah diri kepada Allah dan berpegang atas luasnya kemurahanNya dan rasa percaya dengan jaminan rezeki daripadaNya.

- menimbulkan rasa zuhud pada dunia dan tidak menyimpan harta, dan tidak terlalu memikirkan urusannya ,apatah lagi merasa bangga dan suka menyimpan harta yang banyak .


2- dalam kitab sahih muslim , dari abi yahya , "sebenarnya ilmu itu tidak dapat dicapai dengan kerehatan badan." 

maksudnya : hendaklah bersungguh sungguh untuk menyempurnakan mencari ilmu, dan jangan sekali kali bermalasan sehingga hilang ilmu 


dan dalam kitab sahih bukhari dari rabiah ( guru imam malik ) , "adalah tidak munasabah bagi seseorang memiliki ilmu bahawa ia menghina akan dirinya sendiri."

maksudnya : sesiapa telah memiliki ilmu, maka hendaklah ia berusaha untuk menyebarkan ilmu tersebut supaya ilmu tersebut dapat berpindah kepada orang lain. 


3- dari umar dan anaknya abdullah bin umar, "sesiapa tipis mukanya maka tipis juga ilmunya."

maksud : siapa yang malu dalam mencari ilmu , maka sedikit lah ilmunya

- dalam sahih bukhari , imam mujahid berkata, "ilmu tidak dicapai oleh orang yang malu dan takbur."

- dalam sahih muslim, aisyah berkata, "sebaik baik perempuan ialah perempuan Ansar. mereka tidak dihalang oleh sifat malu daripada mendalami ilmu ilmu agama."


4- dalam sahih bukhari, umar berkata, "hendaklah kamu mendalami ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin."

- berkata imam syafei, "bersungguhlah kamu dalam menuntut ilmu sebelum kamu menjadi ketua, kerana apabila kamu telah jadi ketua , maka ketika itu sudah tertutup jalan  untuk mengaji."


5- bisyir al harits berkata, "mereka tidak makan kerana mencari kelazatan, dan mereka tidak berpakaian kerana mencari kelembutan ,inilah jalan akhirat dan jalan para anbiya' dan orang soleh dan orang yang mengikuti mereka. maka sesiapa menyangka ada jalan yang lain selain dari yang ini, maka ia orang yang tertipu."


6- salman al farisi berkata, "jikalau manusia memahami pertolongan Allah yang diberikanNya melalui hambaNya yang dhaif, sudah tentu mereka tidak akan mengabaikan mereka."


7- imam syafe'i berkata pada imam rabi' , "wahai Rabi' ! janganlah engkau bercakap pada perkara yang tidak berfaedah , kerana apabila engkau telah bercakap dengan suatu perkataan, maka perkataan itu telah memiliki engkau , dan engkau sudah tidak dapat lagi menguasainya."


8- berkata ahmad bin abi huwara, "dia melihat gurunya, imam abu sulaiman yang telah wafat  di dalam mimpinya dan bertanya padanya, "wahai guru yang banyak mengajar , apa yang dibalas Allah akan segala amalan mu ? gurunya menjawab, "sebenarnya suatu hari aku datang dari bab as saghir , lalu aku menemui raga seorang tua yang ada di situ dan ku ambil sebatang kayu darinya. aku sudah lupa adakah kayu yang aku ambil itu ku buat pencungkil gigi atau  ku lemparkan begitu sahaja. maka sekarang ini saya sedang berhadapan dengan hisab kesalahanku itu sejak daripada 1 tahun yang sudah berlalu sampai ke malam ini." 

  maka alangkah hebat kisah ini . ia mengingatkan kita supaya sentiasa berlaku warak dan juga memberi amaran supaya kita berhati hati daripada dosa dosa kecil atau sebarang kezaliman terhadap harta orang lain.


9- ma'ruf al kharki berkata, "perkataan yang tidak ada faedahnya itu adalah satu penghinaan dari Allah ( terhadap orang yang memperkatakannya.) 


10- imam syafe'i berkata, ada orang meminta nasihat daripada ubay bin kaab dan dia memberi nasihat, "bersahabatlah dengan kawan kawanmu mengikut ketaqwaan mereka."


11- imam syafe'i berkata,dufhail bin iyadh berkata, "berapa ramai orang yang tawaf di kaabah, sedangkan orang lain yang jauh dari kaabah lebih besar pahala daripadanya."


12- Doa Ikhtiar Ketika Barang Hilang 

dalam kitab risalah imam abu qasim, pada bab karamah aulia, beliau berkata, "adalah bagi jaafar al khuldi satu mata cincin, lalu terjatuh cincin itu ke dalam sungai dajlah , dan adalah baginya doa yang mujarab untuk mendapatkan semula barang yang hilang , lalu beliau berdoa dengan doa tersebut, dan akhirnya mata cincin itu didapatinya di tengah tengah daun kayu yang dibalik balikkannya."

   berkata imam qusyairi, aku mendengar abu hatimas sajistani berkata, aku mendengar abu nasir as sarraj berkata, "doa tersebut, "


berkata imam nawawi : "sebenarnya doa ini saya telah cuba dan saya mendapatinya ia sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk saya mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. dan barang itu pula tidak jauh dari perkiraan wujudnya.

   dan saya (imam nawawi) mendengar dari syeikh al hafizh abu baqa' seperti perkataan ini dan beliau mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi. 


13- berkata syeikh ahmad dalam kitab zuhud, abu sulaiman ad darani berkata, "bagi iblis ada 1 syaitan bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. tugasnya ialah menggoda ahli ibadat itu hingga dia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan amalan secara rahsia. maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau ia boleh menjadikan pahala ahli ibadat itu menurun dari tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata) .


14- dari ibrahim bin saad , beliau berkata pada abu saad bin ibrahim , "dengan sebab apa imam zuhri dapat melebihi kamu ? dia menjawab, "az zuhri dapat melebihi kami ialah dengan beliau sentiasa datang ke majlis ilmu lebih awal dan duduk di bahagian hadapan dan beliau tidak pernah duduk di bahagian belakang."


15- imam syihab berkata, "Rasulullah bersabda, " siapa yang menutup keaiban seorang mukmin , maka seakan akan ia telah menghidupkannya."


16- sabda Rasulullah, "sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukannya."


17- seorang lelaki di basrah pada tahun 665 H jahat i'tiqadnya pada ulama' , sedangkan anaknya seorang yang sangat menghormati mereka. suatu hari anaknya pulang ke rumah setelah mengunjungi seorang ulama' soleh dan membawa balik sepotong kayu miswak. ayahnya bertanya sambil mengejek, "apakah yang diberikan padamu oleh tuan syeikh ?" anaknya menjawab sebilah kayu miswak ini. lalu ayahnya mengambil kayu miswak itu dari anaknya dan memasukkan ke dalam duburnya sebagai satu penghinaan. setelah itu dengan takdir Allah, kayu itu melekat di dalam dubur ayahnya untuk beberapa lama, sehingga kayu itu dapat dicabut secara paksa, maka terkeluar bersamanya seekor anak anjing yang hampir serupa dengan seekor ikan. lalu si ayah tadi membunuh anak anjing tersebut dan pada masa yang sama si ayah itu meninggal dunia .

  semoga Allah menjauhkan kita dari segala balaNya  dan semoga Allah memberikan kita taufiq untuk sentiasa dapat menghormati sunnah sunnah nabi dan membesarkan syiar islam. 


18- berkata imam al anbari, dari ma'ruf al kharkhi, "adalah menjadi tanda atas kemarahan Allah  terhadap seseorang hamba bahawa ia suka membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah."




( hadis riwayat muslim )

( hadis riwayat bukhari )

( hadis riwayat tirmizi )

Saturday, 24 January 2026

BUKU : HAYATI SUNNAH NABI - SAINS BEKAM

 



BUKU : HAYATI SUNNAH NABI - SAINS BEKAM 
MULA PENULISAN : 25 JANUARI 2026
LENGKAP PENULISAN : 1 FEBRUARI 2026


INTIPATI DARI BUKU : HAYATI SUNNAH NABI - SAINS BEKAM 




1- BEKAM DARI KACA MATA ISLAM 

- Rasulullah menganjurkan umatnya untuk berbekam . diriwayatkan dari salma hamba Rasulullah, baginda bersabda, "tiadalah aku mendengar seseorang pun yang mengadu  kepada Rasulullah tentang sesuatu penyakit  melainkan Rasulullah  akan menyuruh orang tersebut  melakukan bekam."

- para malaikat juga pernah menggalakkan Rasulullah untuk berbekam , riwayat ibnu abbas, Rasulullah bersabda, "pada malam aku diisra' kan , aku melalui sekumpulan malaikat dan mereka berkata kepadaku, "wahai Muhammad, hendaklah kamu berbekam."

- dalam riwayat lain, para malaikat menyuruh Rasulullah memerintahkan umatnya untuk berbekam kerana sebaik baik rawatan adalah berbekam. 

- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "hendaklah kamu menggunakan bekam dan halia."

- dari humaid melalui anas, Rasulullah bersabda, "jikalau berlaku tekanan darah yang tinggi, maka hendaklah kamu berbekam , sesungguhnya tekanan darah yang tinggi boleh membunuh seseorang."

- dari jabir, Rasulullah bersabda, "sekiranya terdapat kebaikan dari perubatan kamu maka adalah dengan meminum madu atau turisan bekam ."

- hadis imam muslim, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya sebaik baik rawatan yang kamu gunakan ialah berbekam."

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya jibril memberitahu aku bahawa berbekam itu sebaik baik rawatan yang digunakan oleh manusia."


2- MASA BERBEKAM

- dari anas, Rasulullah bersabda, "sesiapa yang ingin berbekam hendaklah mencari hari ke 17 atau 19 atau 21."

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "sesiapa yang berbekam pada hari ke 17 atau 19 atau 21 merupakan penyembuh segala penyakit."

- anas meriwayatkan bahawa para sahabat suka melakukan bekam pada hari ke ganjil iaitu 17 atau 19 atau 21.

- jelas dari hadis nabi bahawa berbekam selepas pertengahan bulan selepas hari ke 15 (bulan meninggi) merupakan waktu yang sesuai untuk menerima rawatan berbekam dari segi psikologi badan dan peredaran alam. 


3- HARI BERBEKAM

- dari ibnu umar, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya pada hari jumaat , terdapat suatu masa jika berbetulan dengan waktu berbekam dia akan terkena penyakit yang tiada ubat."

- dari maaqtil bin yaasar , Rasulullah bersabda, "berbekamlah pada hari selasa 17 hb kerana ia adalah penawar untuk setahun penyakit."

- dari ibnu umar, Rasulullah bersabda, "berbekam sebelum makan dan minum adalah lebih efektif, menambahkan kecerdasan dan ingatan , sesiapa yang mahu melakukan bekam hendaklah melakukan pada hari khamis dengan memohon keberkatan nama Allah , hindari bekam pada hari jumaat, sabtu dan ahad dan berbekamlah pada hari isnin dan hari selasa, jauhilah hari rabu kerana pada hari itu nabi ayub dikenakan ujian oleh Allah, sopak dan kusta tidak berlaku melainkan pada hari rabu atau malam rabu."

- sebaik baik waktu bekam adalah awal pagi sekitar pukul 8 dan 9 . doktor syaikhu menasihati agar tidak mengambil sebarang makanan sebelum berbekam untuk mengelakkan peningkatan aliran darah dan mengelakkan kesan pada tekanan darah dan kadar denyutan jantung. 


4- PENYAKIT DIRAWATI OLEH RASULULLAH DENGAN KAEDAH BEKAM

- berbekam untuk merawat racun , riwayat abdullah bin jaafar, Rasulullah berbekam di bucu kepala selepas baginda diracun. ibnu abbas meriwayatkan Rasulullah berbekam di belakang badan (kahil ) 

- ibnu qayyim berkata Rasulullah berbekam di belakang ( kahil ) tempat yang paling hampir dengan jantung , bahan beracun keluar bersama dengan darah 

- berbekam untuk merawat sakit kepala , ibnu abbas meriwayatkan Rasulullah berbekam di kepala pada waktu baginda dalam ihram kerana sakit di kepala. 

- berbekam untuk merawat tekanan darah tinggi , dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "sekiranya darah kamu meluap ( tekanan darah tinggi )hendaklah dia berbekam , kerana darah sesungguhnya apabila ia meluap boleh membunuh."

- berbekam untuk merawat sihir

- berbekam untuk menguatkan ingatan , dari ibnu umar, Rasulullah bersabda, "berbekam sebelum makan sebarang makanan adalah yang terbaik kerana terdapat daya penyembuh dan rahmat , boleh menajamkan fikiran dan menguatkan ingatan."




5- KAJIAN SAINTIFIK BEKAM

- mengurangkan kesakitan. kajian meta analisis pada 2010 menunjukkan bekam selain dari mengubati asma dan batuk , juga berkesan untuk mengurangkan kesakitan. kajian di iran pada 2005 mendapati pesakit sendi (rheumatoid arthritis )kombinasi bekam + rawatan konventional lebih kelebihan berbanding koventional sahaja.

- menurunkan bmi (indeks jisim tubuh ). kajian penyelidik universiti of western cape pada 2008 mendapati bekam dapat mengurangkan bmi pesakit. pesakit yang berbekam secara berkala selama 3 bulan turun bmi (indeks jisim tubuh ).  hasil sama juga dilihat oleh penyelidik iran pada 2012 mendapati indeks bmi peserta berbekam turun dengan signifikant berbanding peserta tidak berbekam. kajian penyelidik china pada 2007 dan 2009 juga mendapati berbekam dapat menurunkan bmi .

- menurunkan kolestrol . individu dengan bacaan Total cholestrol 5.2 ke atas dikatakan mengalami masalah hyperkolestrolemia .
kajian klinikal di iran pada 2007 mendapati peserta yang berbekam , mendapati paras kolestrol dan LDL telah menurun dan bacaan HDL meningkat. 
kajian pada 2012 juga mendapati penurunan total TC dan LDL seawal minggu pertama dan kedua selepas berbekam .
dua lagi kajian di indonesia pada 2010 dan 2012 juga menunjukkan keputusan yang sama.

- menurunkan paras gula dalam darah - kajian penyelidik universiti of western cape mendapati paras gula dalam darah telah menurun selepas rawatan dijalankan. 


6- KAJIAN BEKAM OLEH PENYELIDIK USM 

- pada 2011 hingga 2014 , kajian penyelidik HUSM diketuai oleh Prof dr abdul aziz al safi dari kampus kesihatan USM mengkaji kesan bekam pada pengurangan risiko serangan jantung , diabetis dan darah tinggi.

- 93 peserta berumur 30 - 60 dipilih untuk kajian berbekam ini. 2 sesi berbekam dijalankan pada bulan 1 (permulaan kajian ) dan pada bulan ke - 3

- dalam kumpulan peserta tanpa DM , terdapat penurunan signifikant FBS dan semua parameter ginjal ( urea, creatinin, uric acid ) , serum TG dan BP juga menunjukkan penurunan signifikant pada bulan pertama. 
semua profil serum kecuali TG menunjukkan penambahbaikan signifikant pada bulan ke 3 dan 4. 

- di akhir kajian, semua profil serum lipid FLP , FBS, urea dan creatinin bertambah baik secara signifikant berbanding control group. 

- begitu juga kumpulan pesakit DM , bacaan FBS , BP, RP menunjukkan perubahan baik signifikant pada bulan ke 1 ,ke-3 dan ke-4.  untuk serum HDL , LDL , antigen VWF perubahan dilihat pada bulan ke-4. 


7- BEKAM UNTUK KAWALAN DARAH TINGGI BP 

- Berbekam dapat menurunkan bacaan BP selepas sebulan berbekam dan kekal rendah sehingga bulan ke-4 





8 - BERBEKAM UNTUK MENGAWAL KOLESTROL

- Berbekam menurunkan paras total cholestrol bermula pada bulan pertama dan berterusan hingga bulan ke-4. 

- berbekam meningkat paras HDL (kolestrol baik)  meningkat sebulan selepas berbekam dan terus meningkat selepas bulan ke-4 berbekam.

- berbekam juga menurunkan LDL ( kolestrol jahat ) bermula pada bulan ke-3 dan ke-4 berbekam. 

- berbekam menurunkan TG selepas bulan ke-3 berbekam.


                                                       GRAF TOTAL COLESTROL 




GRAF CHOLESTROL HDL ( KOLESTROL BAIK ) MENINGKAT



GRAF KOLESTROL LDL 





GRAF KOLESTROL TG



9 - BERBEKAM MENGAWAL DIABETIS ( DM )


GRAF FBS ( GULA BERPUASA )



10- BERBEKAM UNTUK MENGAWAL FUNGSI RENAL ( BUAH PINGGANG )

- berbekam meningkatkan fungsi buah pinggang dengan menurunkan paras urea selepas bulan ke-3 berbekam

- berbekam menurunkan paras creatinin selepas bulan ke-3 berbekam

- berbekam dapat mengawal gout dengan menurunkan uric acid bermula seawal bulan pertama selepas berbekam.



GRAF ARAS UREA 



GRAF PARAS CREATININE



GRAF PARAS URIC ACID 




11- BERBEKAM MENINGKATKAN KEANJALAN FUNGSI SALUR DARAH ( ENDOTHELIAL )

- Fungsi salur darah ( endothelial ) dapat diukur dengan mengesan kehadiran antigen VonWillebrand Factor ( VWF ). semakin tinggi VWF menunjukkan semakin tinggi risiko seseorang itu untuk mendapat penyakit CVS cardiovascular seperti serangan jantung dan strok.

- kajian mendapati VWF menurun dari 111 ( 18.02) pada bulan pertama selepas berbekam kepada 105 (13.9 ) pada bulan ke-4 selepas berbekam.

- kesimpulannya berbekam dapat menurunkan risiko penyakit serangan jantung dan strok.


GRAF ANTIGEN VWF


SOALAN LAZIM MENGENAI BERBEKAM

1) waktu mustajab memberi kebaikan maksimum untuk berbekam ?

J - hari 17 , 19 atau 21 kalendar islam dalam keadaan perut kosong ( berpuasa ) selama 3 jam. 

2) berapa kerap kita perlu berbekam ?

J- bagi orang sihat untuk mencegah penyakit, dianjurkan berbekam setiap 4 bulan sesuai dengan jangka hayat sel darah merah.  manakala orang yang ada penyakit klinikal , terkena racun atau gangguan jin dianjurkan berbekam terus apabila sakit dan setiap 4 bulan sekali. 


3) apakah pantang larang selepas berbekam ?

J - anda dianjurkan untuk tidak bekerja berat, makan makanan berat dan tidur selepas menjalani berbekam. ianya boleh dilakukan 2 jam selepas berbekam.


4) apakah tips sebelum datang berbekam ?

J- dianjurkan supaya mandi dan berpuasa sekurang kuranya 3 jam sebelum temujanji berbekam atau berbekam dalam perut kosong .


5) bolehkah berbekam pada hari Rabu ?

J- boleh jika hari tersebut jatuh pada hari mustajab berbekam (17/19/21) kalendar islam atau hari tersebut sakit dan perlu berbekam segera. 

6) bagaimana berbekam meningkatkan tahap kesihatan badan ?

J- darah kotor yang keluar ialah darah yang mengandungi toksik, uric acid, kolestrol , angin , sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin. selepas berbekam , badan akan terasa ringan akibat pengeluaran toksik dari badan.

   akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.  hormon ini bertindak memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan. organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara membaiki jaringan sel untuk kembali berfungsi dengan baik. 

  apabila berbekam , secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan . organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit akan sembuh dengan izin Allah kerana tubuh menghasilkan zat antibodi untuk membunuh kuman berbahaya. 


7) bagaimana darah menjadi kotor dan limpahan racun ?

J - masuknya racun ke dalam darah ialah melalui pemakanan seperti pestiside (racun makhluk perosak ), insektiside (racun serangga) , fungside (racun kulat) , zat pewarna, penyedap makanan, hormon dan logam berat, melalui minuman seperti (seperti zat pewarna ) , zat aroma essence , logam berat , bahan kimia,  melalui pernafasan (asap kenderaan), asap fabrik , asap rokok, , melalui ubat ubatan (antibiotic, analgesic , ubat demam dll ) 

  dari 4 pintu , darah kotor akan menompok di bawah lapisan kulit jika darah kotor ini tidak dikeluarkan , tubuh akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. cara effektif untuk menghilangkan benda2 tersebut ialah melalui bekam. 

  dapat disimpulkan berbekam ialah cara berkesan sebagai teknik detoksifikasi ( pengeluaran racun dari tubuh ) sebagai ikhtiar penyembuhan. 


LENGKAP PENULISAN PADA : 1 FEBRUARI 2026



































Monday, 16 June 2025

KITAB : AS-SYAMAIL AL MUHAMMADIYAH - IMAM AT TIRMIDZI

 


KITAB : AS-SYAMAIL AL MUHAMMADIYAH 

IMAM AT TIRMIDZI

TARIKH MULA PENULISAN : 17 JUN 2025

TARIKH LENGKAP PENULISAN : 13 JANUARI 2026 



BAB 1 : FIZIKAL RASULULLAH

HADIS 1 

- Anas bin malik meriwayatkan, "Rasulullah bukan orang yang terlalu tinggi , namun tidak pula rendah, kulitnya tidak putih pucat juga tidak sawo matang, rambutnya ikal , tidak terlalu kerinting , dan tidak pula lurus kaku. 
  Baginda diutus oleh Allah pada usia 40 tahun , baginda menetap di mekah (sebagai rasul ) selama 10 tahun dan di madinah juga selama 10 tahun , Baginda diwafatkan oleh Allah dalam usia 60 tahun (periwayat menggenapkan umur rasulullah , majoriti periwayat menyatakan umur 63 tahun ) , dalam keadaan tidak sampai 20 uban yang terdapat pada janggut dan kepala baginda ."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi )


HADIS 2

- Anas bin malik berkata, "Rasulullah adalah orang yang memiliki tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah. bentuk tubuh baginda bagus, , rambutnya tidak kerinting dan tidak pula lurus kaku, kulitnya berwarna coklat , iaitu percampuran putih dan merah , putih kemerah merahan. Sekiranya berjalan, pergerakannya condong ke hadapan." ( menunjukkan sifat berjalan rasulullah yang cepat dan pijakan kaki yang kuat )

( hadis riwayat  Tirmizi )


HADIS 3

- Al bara' bin a'zib meriwayatkan, "Rasulullah seorang lelaki yang sedang tidak terlalu tinggi dan tidak rendah, , jarak antara kedua bahunya lebar , iaitu bahunya bidang.  Rambutnya yang lebat terurai ke bahu  sampai ke daun telinganya. apabila baginda memakai pakaian merah, tidak pernah aku melihat seorang pun yang lebih tampan daripada baginda."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud, Tirmizi )



HADIS 4

- Al bara' bin a'zib meriwayatkan, "aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut limmah(menyentuh bawah telinga  antara cuping telinga dan bahu ) , dengan memakai pakaian merah , lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua belah bahunya. kedua dua bahu baginda bidang. Baginda bukan seorang yang rendah dan bukan juga terlalu tinggi."

( hadis riwayat  Muslim, abu daud, Tirmizi )



HADIS 5 , 6

- Ali bin abi thalib  berkata, "Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah , telapak tangan dan kakinya terasa tebal ( kerana dagingnya ), namun lembut. kepalanya besar, tulang sendinya besar. bulu tumbuh di dada hingga pusat dengan lebat. 

apabila baginda berjalan, pergerakannya condong ke depan , seakan akan sedang turun ke tempat yang rendah. tidak pernah aku melihat orang yang setanding baginda , sama ada sebelum kelahirannya ataupun selepas baginda wafat."

( hadis riwayat  Tirmizi )



HADIS 7

- Ali bin abi thalib  berkata, "Rasulullah  tidak terlalu , tinggi dan tidak rendah , baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya,rambutnya tidak kerinting bergulung, dan tidak juga lurus kaku , melainkan ikal beralun, badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat , tetapi membujur (oval ).

kulitnya putih kemerahan , matanya hitam pekat  dan bulu matanya lentik , tulang sendinya gagah, bahunya bidang, badannya bersih dari bulu dan rambut, tetapi baginda memiliki bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. tapak tangan dan kakinya terasa tebal.

apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap, iaitu kakinya diangkat dengan kekuatan seolah olah Baginda sedang turun dari lereng curam.apabila baginda berpaling, kedua bahunya berpaling serentak, iaitu seluruh badannya turut berpaling. di antara kedua bahunya terdapat khatamun nubuwwah , iaitu tanda kenabian  bagi para nabi. 

Rasulullah seorang manusia yang hatinya paling pemurah( Rasulullah paling berlapang dada, tidak pernah keluh kesah atas sikap penyeksaan kaumnya ). baginda ialah orang yang paling jujur berkata kata.  manusia yang paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. 

Sesiapa melihat kali pertama , pasti hormat dan segan kepadanya.sesiapa yang berkenalan dengan baginda, pasti mencintainya. orang yang menceritakan sifat Rasulullah,tentu berkata, "belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengan baginda, sama ada sebelum kelahirannya ataupun selepas baginda wafat."

( hadis riwayat  Tirmizi )



HADIS 8 

- hasan bin ali berkata, "aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku dari sebelah ibu ( hind  bin abu halah ) , beliau banyak mengetahui sifat Rasulullah , hind menceritakan, "Rasulullah seorang lelaki yang agung dan berwibawa, wajahnya cerah berseri bagai bulan rembulan bersinar di malam purnama, baginda lebih tinggi dari orang sederhana dan lebih rendah dari orang yang sangat tinggi. kepalanya besar. 

rambutnya ikal beralun ,apabila rambut bahagian depannya terurai , baginda membuat belahan dua . sekiranya tidak membelah dua, ujung rambutnya dibiarkan sampai ke cuping telinga, namun tidak melampauinya , iaitu Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut yang menghampiri menyentuh dan tidak melebihi daun telinga ) . warna kulitnya putih bersinar kemerah merahan. 

dahinya luas, alisnya panjang, melengkung bagaikan 2 busur panah terpisah , di antara keduanya ada urat yang kemerahan kelihatan sedang marah. hidung rasulullah mancung, di hujung  hidungnya ada cahaya yang memancar , sehingga orang yang kurang memerhatikannya akan menyangka hidung baginda lebih mancung dari yang sebenarnya. 

janggutnya tebal , kedua pipinya mulus, mulutnya lebar, iaitu serasi dengan bentuk wajahnya , giginya agak jarang namun tersusun rapi . bulu dadanya halus , lehernya indah , tegak dan kuat.  bentuk tubuhnya sederhana , badannya berisi seimbang perut dan dadanya sama rata ,dadanya lebar , kedua bahunya bidang , tulang sendinya besar.

bahagian badannya yang tidak diliputi rambut kelihatan bersih bercahaya , dari pangkal leher ke pusat. bulu yang tebal tumbuh seperti garis. perut baginda bersih tidak berbulu , kedua hasta , bahu dan dada atas berbulu halus. 

kedua ruas tulang tangannya panjang , telapak tangannya lebar. kedua tapak tangan dan kakinya terasa tebal , jari jemarinya panjang , lekukan telapak kakinya (bahagian tengah)tidak menyentuh tanah. kedua kakinya halus mulus sehingga air tidak melekat pada kulit kakinya. 

apabila Rasulullah berjalan , kakinya diangkat dengan kesungguhan. baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang serta tawadduk , jikalau baginda berjalan , pergerakannya cepat , seolah olah baginda sedang turun ke tempat yang rendah. 

apabila baginda menoleh, (sekiranya dipanggil ), baginda akan memalingkan kedua bahunya serentak , iaitu seluruh badannya turut berpaling. pandangan matanya terarah ke bawah . baginda menundukkan kepalanya menatap bumi lebih lama dari memandang ke langit. 

setiap penglihatan baginda ialah pengamatan penuh makna , apabila berjalan bersama , Rasulullah berjalan di belakang para sahabatnya , baginda yang lebih dahulu memberi salam kepada orang yang ditemuinya."

( hadis riwayat  Tirmizi )



HADIS 9

- jabir bin samurah berkata, "Rasulullah adalah seorang yang bermulut lebar bermata lebar, dan bertumit nipis. syu'bah berkata , "aku bertanya kepada simak, apa yang dimaksudkan dengan mulut lebar ?" lalu simak menjawab, "bentuk mulutnya besar, iaitu seimbang dengan wajah baginda."

 aku bertanya apa dimaksudkan dengan mata yang lebar? simak menjawab, "belahan matanya panjang." (maksudnya kemerahan pada putih mata ),  aku bertanya ,"aku bertanya , apakah yang dimaksudkan dengan bertumit nipis ?" simak menjawab, "daging tumitnya sedikit."

( hadis riwayat  Muslim , Tirmizi )



HADIS 10

- jabir bin samurah berkata, "Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi malam purnama, waktu itu, baginda memakai pakaian merah, aku memandang baginda dan bulan silih berganti . menurutku, baginda lebih indah dari bulan purnama."

( hadis riwayat  Tirmizi )




HADIS 11

- Abu ishaq berkata, "al bara' berkata wajah Rasulullah seperti rembulan."

( hadis riwayat Bukhari, Tirmizi )




HADIS 12

- abu hurairah berkata, "Rasulullah berkulit putih, seolah olah terbentuk dari perak dan rambutnya ikal beralun."

( hadis riwayat  Tirmizi )




HADIS 13

- jabir bin rasulullah berkata, "Rasulullah bersabda, "sudah diperlihatkan nabi kepadaku.musa kelihatan seperti seorang lelaki dari suku Syanu'ah. aku melihat isa ibni maryam dan ternyata orang yang paling hampir mirip dengannya yang pernah ku lihat ialah urwah bin mas'ud. 

 dan aku melihat ibrahim , ternyata seorang yang aku pernah melihat yang paling hampir dengannya adalah sahabat kalian ini ( iaitu Rasulullah sendiri ). aku juga melihat Jibril , ternyata orang yang paling mirip wajahnya dengannya yang pernah aku lihat ialah Dhiyah."

( hadis riwayat  Muslim , Tirmizi )



HADIS 14

- Said al jurairi berkata, "aku mendengar abu thufail berkata, "aku pernah melihat Rasululllah.dan tidak ada seorang pun yang masih hidup di permukaan bumi ini yang pernah melihat baginda selain aku ( iaitu thufail ) , said al jurairi berkata ,"jelaskan sifatnya kepadaku."

abu thufail menjawab, "baginda putih kulitnya, tampan dan postur badannya sedang."

( hadis riwayat  Muslim , Tirmizi )



HADIS 15

- Ibnu abbas berkata, ""ada renggang (jarak yang kecil)pada gigi hadapan Rasulullah. apabila baginda berbicara, kelihatan seolah olah ada cahaya yang memancar keluar dari antara celah gigi hadapan baginda."

( hadis riwayat  Tirmizi dan al baihaqi )




BAB 2 - KHATAM RASULULLAH ( TANDA KENABIAN RASULULLAH )

HADIS 16

- as sa'ib bin yazid berkata, "makcik ku mengajakku bertemu Rasulullah , kemudian makcik ku berkata, "wahai Rasulullah, sesungguhnya anak saudaraku (as sa'ib bin yazid) sedang sakit, " 

Rasulullah mengusap kepalaku , lalu mendoakan keberkatan untukku , selepas itu Rasulullah mengambil wuduk , dan aku minum air bekas wuduk Rasulullah , lalu berdiri di belakang badan Rasulullah . aku dapat melihat tanda kenabian di antara kedua bahunya.tanda itu seperti zirru al hajalah." ( zirrun ialah butang besar . imam at tirmizi berpendapat zirrun bermaksud telur burung puyuh). 

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi )



HADIS 17

- jabir bin samurah berkata, "aku pernah melihat tanda kenabian yang ada di antara kedua bahu Rasulullah , iaitu benjolan daging yang berwarna merah sebesar telur burung merpati."

( hadis riwayat Muslim, Tirmizi )



HADIS 18

- rumaitsah berkata, "aku mendengar Rasulullah (yang pada waktu itu aku berada terlalu dekat dengan belakang baginda , sekiranya aku mahu mencium tanda kenabian nabi yang ada di antara kedua bahu baginda , nescaya aku dapat melakukannya ) , berkata kepada sa'ad bin muaz pada hari sa'd bin muaz meninggal dunia ,"arasy Allah bergetar kerana kematian sa'd bin muaz."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad)



HADIS 19

- Ibrahim bin muhammad ( keturunan ali bin abi talib ) berkata , "apabila ali bin abi talib menceritakan sifat Rasulullah , baginda akan menyebutkan sebuah hadis yang panjang , baginda berkata, "di antara kedua bahu baginda  terdapat tanda kenabian , dan baginda adalah penutup segala nabi."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 20

- Abu zaid amr berkata, "Rasulullah pernah berkata kepadaku , "wahai abu zaid ! kemarilah dan usaplah belakang badanku ."  aku pun mengusap bahagian belakang badan Rasulullah dan jari jemariku menyentuh tanda kenabian . 

elba' bin ahmar bertanya pada abu zaid, "bagaimana bentuk  tanda kenabian itu ?" abu zaid menjawab, "gumpalan rambut."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad)



HADIS 21

- Buraidhah al hushaib berkata, "ketika Rasulullah tiba di madinah , salman al farisi datang membawa hidangan berisi kurma  untuk Rasulullah. hidangan itu diletakkan di hadapan Rasulullah. Rasulullah bertanya, "Wahai salman , apakah ini ?" salman menjawab, "ini sedekah untuk mu dan sahabatmu."

Rasulullah berkata, "angkatlah ia dari sini, sesungguhnya kami tidak boleh makan barang sedekah."

salman membawa hidangan itu pergi dari situ. keesokan harinya salman datang lagi, membawa makanan yang sama . baginda meletakkan makanan itu di hadapan Rasulullah.  Rasulullah bertanya, "Wahai salman , apakah ini ?" salman menjawab, "ini hadiah untuk mu ". Rasulullah berkata pada sahabat, "hidangkanlah."

pada waktu itu , salman terlihat dan memerhatikan tanda kenabian di belakang badan Rasulullah . dengan itu Salman menyatakan keimanan nya kepada Rasulullah. 

sebelum itu Salman adalah hamba milik seorang yahudi , Rasulullah menebus salman dengan sekian sekian dirham. cara membayarnya adalah dengan menanam tanaman kurma  di atas sebidang tanah untuk mereka. 

salman perlu bekerja di situ sehingga pokok pokok kurma itu berbuah. Rasulullah sendiri yang membantu Salman menanam pokok kurma itu , kecuali satu batang pokok yang ditanam oleh umar, semua tanaman kurma itu berbuah pada tahun yang sama , namun ada sebatang pokok yang tidak berbuah. 

Rasulullah bertanya, "mengapakah dengan tanaman kurma yang satu ini ?" umar menjawab, "wahai Rasulullah , sayalah yang menanam nya."

Rasulullah mencabut pokok kurma itu lalu menanamnya semula. akhirnya pokok kurma itu berbuah pada tahun yang sama juga."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad)



HADIS 22

- Abu nadhrah berkata, "aku bertanya kepada abu said al khudri perihal tanda kenabian Rasulullah." abu said al khudri menjawab , "tanda kenabian di belakang badan Rasulullah , berupa daging yang timbul."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad)


HADIS 23

- abdullah bin sarjis berkata, "aku pergi menemui Rasulullah ketika baginda sedang duduk bersama para sahabat. aku mundar mandir di belakang Rasulullah dan baginda memahami apa yang aku inginkan."

dengan itu baginda melepaskan selendang yang menutupi belakang badan baginda. aku dapat melihat tanda kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan . di sekelilingnya ada bintik bintik hitam seperti sekumpulan jerawat.

sebelum pulang aku menghadap Rasulullah dan berkata padanya, "wahai Rasulullah, semoga Allah mengampunimu." Rasulullah berkata begitu juga denganmu. ."

( hadis riwayat Tirmizi dan muslim )




BAB 3 - RAMBUT RASULULLAH

HADIS 24

- anas bin malik berkata, ""Rambut Rasulullah menyentuh sehingga bahagian tengah kedua dua telinganya."

( hadis riwayat Tirmizi dan muslim , abu daud dan an nasa'i )



HADIS 25

- Aisyah berkata, "aku pernah berkongsi mandi dalam satu bejana air dengan Rasulullah . baginda memiliki rambut yang panjang nya di atas bahu dan di bawah cuping telinga."

( hadis riwayat Tirmizi , abu daud dan ibnu majah )



HADIS 26

- al bara' bin 'azib, "Rasulullah seorang yang memiliki bentuk tubuh sederhana, kedua dua bahunya bidang , dan rambutnya yang terurai menyentuh kedua cuping telinganya."

( hadis riwayat Tirmizi dan muslim , abu daud )



HADIS 27

- Qatadah berkata, "aku bertanya kepada anas bin malik , "bagaimanakah rambut Rasulullah ?" anas menjawab, ""Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus kaku, panjang rambut baginda menyentuh kedua dua cuping telinganya."

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari , muslim dan ibnu majah )



HADIS 28

- ummu hani berkata, "semasa penaklukan kota mekah, Rasulullah memasuki kota makkah, Rasulullah memasuki kota ini dengan rambut yang diikat 4."

( hadis riwayat Tirmizi , abu daud dan ibnu majah )



HADIS 29 

- anas bin malik berkata, "sesungguhnya panjang rambut Rasulullah itu sehingga pertengahan kedua dua telinga Baginda."

( hadis riwayat Tirmizi , abu daud dan an nasa'i )



HADIS 30

- Ibnu abbas berkata, "pada awalnya Rasulullah membiarkan rambutnya terurai ke hadapan ( hingga ke dahi baginda ),  orang musyrik pula merapikan rambut mereka menjadi 2 bahagian iaitu ke kiri dan ke kanan. 

para ahli kitab membiarkan rambut mereka terurai ke hadapan ( tanpa dibelah ) , Rasulullah lebih suka menyesuaikan diri dengan keadaan ahli kitab , dalam perkara yang belum ada perintah mengenainya. kemudian Rasulullah membelah rambut baginda menjadi 2 bahagian. 

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari , muslim , abu daud, an nasa'i dan ibnu majah )

**Rasulullah lebih cenderung kepada ahli kitab kerana ahli kitab masih memegang ajaran nabi sebelumnya, dan ketika para penyembah berhala banyak memeluk islam ,Rasulullah meninggalkan sikap yang sama dengan ahli kitab 



HADIS 31

- Ummu hani berkata, "aku melihat rambut Rasulullah diikat 4."

( hadis riwayat Tirmizi , abu daud dan ibnu majah )




BAB 4 - CARA RASULULLAH MERAPIKAN RAMBUT

HADIS 32

- Aisyah berkata, "aku pernah menyisir dan merapikan rambut Rasulullah semasa aku sedang haid."

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari , muslim ,an nasa'i  )



HADIS 33

- anas bin malik berkata, "Rasulullah kerap memakai minyak rambut pada rambut baginda , merapikan janggutnya, dan sering memakai kain qina' ( kain lapik seperti sapu tangan yang diletakkan di atas kepala di bawah serban supaya tidak tercemar oleh minyak ) , sehingga, seolah olah kain qina' baginda seperti kain penjual minyak."

( hadis riwayat Tirmizi  )



HADIS 34

- Aisyah berkata, "Rasulullah suka memulakan anggota yang sebelah kanan semasa bersuci , menyisir rambut dan memakai sandal ."

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari , muslim ,an nasa'i, abu daud, ibnu majah  )




HADIS 35

- Abdullah bin mughaffal berkata, "Rasulullah melarang menyisir rambut , kecuali sesekali (tidak kerap)." 

( hadis riwayat Tirmizi  ,an nasa'i, abu daud, ibnu majah  )



HADIS 36

- Seorang sahabat Rasulullah bersabda, "sesungguhnya Rasulullah menyisir rambutnya sekali sekala (tidak kerap)."

( hadis riwayat Tirmizi  )





BAB 5 - UBAN RASULULLAH

HADIS 37 

- qatadah bertanya kepada anas bin malik , "pernah kah Rasulullah mewarnakan ubannya ?anas menjawab, "baginda tidak sampai melakukannya. meski sudah ada beberapa helai uban di kedua dua pelipisnya. namun begitu, abu bakar pernah mewarnakan ubannya dengan hinna dan katam."
( hinna dan katam adalah tanaman rumput sebagai pewarna rambut ,  menjadikan rambut kemerahan )

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari , muslim ,an nasa'i )



HADIS 38

- anas bin malik berkata, "aku hanya menemukan 14 helai uban di rambut dan janggut Rasulullah."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad  )



HADIS 39

- Jabir bin samurah berkata mengenai uban Rasulullah, "apabila Rasulullah memakai minyak di rambutnya , ubannya tidak kelihatan.  apabila Baginda tidak meletakkan minyak rambutnya, akan terlihatlah sedikit uban."

( hadis riwayat Tirmizi , muslim ,an nasa'i )



HADIS 40

- Abdullah bin umar berkata, "uban Rasulullah hanya lebih kurang 20 helai  rambut putih."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 41

- Abdullah bin abbas meriwayatkan , abu bakar berkata, "wahai Rasulullah , kamu sudah beruban." Rasulullah berkata pula,"ubanku ini disebabkan oleh surah hud, al waqiah, al mursalat , an naba' dan at takwir."

( hadis riwayat Tirmizi  )



HADIS 42 

- Abu juhaifah berkata , para sahabat berkata, "wahai Rasulullah , kami melihat kamu sudah beruban." Rasulullah berkata, "ubanku ini disebabkan oleh surah Hud dan yang sama jenis dengannya."

( hadis riwayat Tirmizi  )



HADIS 43

- Abu rimtsah berkata,"aku pergi menemui nabi bersama seorang anakku. aku menunjukkan Rasulullah kepada anakku. ketika aku melihat baginda , maka aku berkata pada anakku . "ini adalah nabi Allah , selawat dan salam ke atasnya.baginda memakai dua helai pakaian berwarna hijau. Rambutnya sudah beruban dan ubannya berwarna kemerahan."

( hadis riwayat Tirmizi  ,an nasa'i, abu daud, dan ahmad )


HADIS 44

- Simak berkata, seseorang bertanya kepada jabir bin samurah , "adakah kepala Rasulullah mempunyai uban ?  jabir menjawab, "di kepala Rasulullah tidak ada uban kecuali , beberapa helai di belahan rambutnya yang tertutup minyak apabila baginda memakai minyak di rambutnya."

( hadis riwayat Tirmizi  dan ahmad )




BAB 6 - SEMIR RAMBUT RASULULLAH

HADIS 45 

- abu rimtsah berkata, "aku menemui Rasulullah bersama anakku, Rasulullah bertanya, "adakah ini anakmu ?" aku menjawab , "ya, dia benar anakku." Rasulullah berkata, "dia tidak akan diseksa kerana menanggung dosamu dan kamu tidak akan diseksa kerana menanggung dosanya." abu rimtsah berkata, "pada ketika itu, aku melihat uban Rasulullah berwarna merah."

( hadis riwayat Tirmizi  ,an nasa'i, abu daud )


HADIS 46

- ustman bin mauhab berkata, "abu hurairah pernah ditanya, "adakah Rasulullah mewarnakan rambutnya ?" abu hurairah menjawab , "ya."

( hadis riwayat bukhari , Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 47

- al jahdzamah berkata, "aku melihat Rasulullah keluar dari rumahnya bagi mengeringkan rambutnya selepas mandi. di kepalanya ada bekas daun inai." (atau bekas celupan).

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 48

- anas bin malik berkata, "aku melihat rambut Rasulullah diwarnakan dengan hinna atau katam."

( hadis riwayat Tirmizi )



BAB 7 - CELAK MATA

HADIS 49 

- ibnu abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "bercelaklah kalian dengan batu celak al istmid, kerana ia dapat menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata." ibnu abbas menyangka dengan yakin bahawa Rasulullah menggunakan alat celak baginda setiap malam, 3 kali di mata kanan dan 3 kali di mata kiri. 

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 50 

- ibnu abbas berkata, "sebelum tidur , Rasulullah bercelak dengan batu celak itsmid, 3 kali calitan pada setiap malam."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 51

- jabir bin abdullah berkata, Rasulullah bersabda, "hendaklah kalian bercelak dengan batu celak al istmid ketika hendak tidur. sebab , ia menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 52

-  ibnu abbas berkata, Rasulullah bersabda , "sesungguhnya sebaik baik celak mata bagi kalian adalah batu celak al itsmid , sebab ia menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata."

( hadis riwayat abu daud , an nasa'i , Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 53

- Abdullah bin umar meriwayatkan , Rasulullah bersabda , "hendaklah kalian bercelak mata dengan batu celak al istmid , sebab ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



BAB 8 - PAKAIAN RASULULLAH

HADIS 54,55,56

- ummu salamah berkata, "pakaian yang paling digemari oleh Rasulullah adalah gamis ." ( gamis ialah baju berlengan panjang , panjang labuhnya hingga ke betis .)

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 57

- asma' bin yazid berkata , "Lengan baju gamis Rasulullah sehingga pergelangan tangan."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi )


HADIS 58

- qurrah bin ilyas berkata, "aku pergi menemui Rasulullah bersama rombongan dari kabilah muzainah untuk berbaiah kepada Baginda." pada masa itu , baju Gamis Rasulullah terbuka. ( atau mungkin maksudnya butang baju gamis yang terbuka ). kemudian aku memasukkan tanganku ke dalam baju melalui belahan leher gamis Rasulullah dan menyentuh tanda kenabiannya."


( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 59

- Anas bin malik berkata, "sesungguhnya Rasulullah keluar dari rumahnya (semasa sakit) dalam keadaan bersandar kepada usamah bin zaid.  baginda memakai kain qitri yang diselempangkan di bahunya , kemudian baginda solat berjemaah bersama para sahabat."

( hadis riwayat ahmad dan Tirmizi )


HADIS 60 

- Abu said al khudri berkata, "apabila Rasulullah memakai pakaian baru , baginda menyebut namanya seperti gamis, serban, ataupun selendang.  kemudian baginda berdoa , " ya Allah, segala pujian hanya untukMu , sebagaimana Engkau memberikan aku pakaian , aku mohon kepadaMu kebaikan pakaian ini , juga kebaikan sesuatu yang diciptakan untuknya . aku berlindung kepadaMu dari keburukannya pakaian ini dan keburukan  sesuatu yang diciptakan untuknya."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi )


HADIS 61

- Anas bin malik berkata, "pakaian paling disukai Rasulullah untuk dipakai ialah hibarah."
(hibarah : kain buatan yaman dari kapas , berhias dan berjalur merah , kadang kala hijau )

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari , muslim ,an nasa'i )


HADIS 62

- Abu juhaifah berkata, "aku melihat Rasulullah memakai pakaian berwarna merah . aku seolah olah melihat kilauan cahaya memancar dari kedua dua betis baginda." sufian at tsauri berpendapat pakaian tersebut ialah hibarah.

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari , muslim ,abu daud dan an nasa'i )


HADIS 63

- Al bara' bin 'azib berkata, "Aku tidak pernah melihat seorang manusia pun yang lebih indah apabila mengenakan pakaian berwarna merah daripada Rasulullah . Rambut baginda pula hampir menyentuh kedua bahunya."

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari , muslim ,an nasa'i )


HADIS 64

- abu rimtsah berkata, "Aku melihat Rasulullah mengenakan 2 helai pakaian daripada kain burdah berwarna hijau." (burud atau burdah ialah kain mantel )

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan an nasa'i )


HADIS 65

- qailah bin makhramah berkata, "aku melihat Rasulullah memakai 2 helai pakaian dari kain tenun yang sudah usang . kedua dua helai pakaian itu dicelup dengan za'faran . dan warna pakaian itu mulai luntur  (kerana usangnya)."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi )


HADIS 66

- Ibnu abbas berkata, Rasulullah bersabda, "hendaklah kalian berpakaian putih , kalian yang masih hidup , hendaklah memakai pakaian berwarna putih . pakaian kain kafan berwarna putih juga bagi mereka yang meninggal dunia dalam kalangan kalian. sebab pakaian berwarna putih adalah sebaik baik pakaian bagi kalian."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 67

- samurah bin jundub berkata, Rasulullah bersabda, "pakailah pakaian berwarna putih , sebab ia lebih suci dan baik . pakaikan kain kafan berwarna putih kepada mereka yang meninggal dunia dalam kalangan kalian."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 68

- aisyah berkata, "pada suatu pagi , Rasulullah keluar dari rumah. baginda memakai mirth , iaitu pakaian yang dibuat daripada bulu berwarna hitam."


( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan muslim )


HADIS 69

- al mughirah bin syu'bah berkata, "sesungguhnya Rasulullah pernah memakai jubah ala Romawi yang sempit di kedua dua lengannya."

( hadis riwayat Tirmizi , ahmad dan ibnu majah )




BAB 9 - 'ISY RASULULLAH

HADIS 70

- Muhammad bin sirin berkata, "kami bersama abu hurairah memakai 2 lapis pakaian yang dibuat daripada kain linen/rami yang dicelup  dengan tanah liat merah. abu hurairah membuang hingus pada satu dari 2 lapis pakaiannya itu. 

 selepas itu abu hurairah berkata, "wah wah." sekarang abu hurairah membuang hingus pada kain linen. padahal dahulu aku melihat diriku sampai tersungkur di antara mimbar Rasulullah dengan kamar aisyah , disebabkan kelaparan. ketika itu, seseorang menginjak leherku kerana menyangka aku orang gila.  walhal , aku hanya kelaparan."

( hadis riwayat Tirmizi dan bukhari )


HADIS 71

- malik bin dinar berkataa, "Rasulullah tidak pernah sekali pun kenyang kerana roti  ataupun daging , kecuali sekiranya makan beramai ramai bersama tetamu." malik bin dinar berkata, aku bertanya kepada seorang badwi , "apa maksud lafaz dafaf ? " orang itu menjawab,  "makanan itu dimakan bersama orang ramai."

( hadis riwayat Tirmizi  )



BAB 10 - KASUT RASULULLAH

HADIS 72

- buraidah berkata, "sesungguhnya raja an najasyi menghadiahkan sepasang khuf hitam pekat kepada Rasulullah . Rasulullah memakai sepasang khuf itu, kemudian baginda berwuduk dan hanya menyapu air ke atas khuf itu (tidak membasuh kaki dan tanpa menanggalkan khuf )."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 73

- al mughirah berkata, "Dhiyah menghadiahkan sepasang khuf kepada Rasulullah , kemudian Rasulullah memakainya. " amir asy sya;bi melaporkan (sbagai tambahan hadis di atas ) .. dan baju jubah. Rasulullah memakai sepasang kasut itu sehingga koyak . baginda tidak mengetahui adakah kasut kulit itu (dari haiwan yang disembelih) atau tidak."

( hadis riwayat Tirmizi  )


BAB 11 - SANDAL RASULULLAH

HADIS 74

- qatadah pernah bertanya kepada anas bin malik , "bagaimana bentuk sandal Rasulullah ?" anas bin malik menjawab, "sandal baginda memiliki 2 tali qibal." ( tali qibal ialah tali sandal bahagian hadapan di antara 2 jari kaki. 2 tali qibal sandal rasulullah , satu tali diletakkan di antara ibu jari kaki dan jari telunjuk dan satu lagi antara jari tengah dan jari manis.)

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari ,abu daud dan an nasa'i )


HADIS 75

- abdullah bin abbas berkata, "sandal Rasulullah mempunyai 2 tali qibal yang setiap talinya terbahagi dua."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 76

- Isa bin thahman berkata, "anas bin malik memperlihatkan kepada kami sepasang sandal yang tidak berbulu (kulitnya) , sandal itu memiliki 2 tali qibal.tsabit memberitahu , anas meriwayatkan itu adalah sandal Rasulullah."

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari  )


HADIS 77

- ubaid bin juraij berkata kepada Abdullah bin umar , "aku pernah melihat engkau memakai sandal sibtiyah (sandal kulit yang tidak berbulu ) ." abdullah bin umar berkata ,"aku melihat Rasulullah memakai sandal tidak berbulu , dan baginda berwuduk dengan tidak melepaskan sandal itu dari kakinya. oleh sebab itu , aku suka memakainya."

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari , muslim ,abu daud )


HADIS 78

- abu  hurairah berkata, "sandal Rasulullah  mempunyai tali qibal."

( hadis riwayat Tirmizi  )


HADIS 79

- amr bin huraits berkata, "aku melihat Rasulullah solat memakai sepasang sandal yang bertambal dan berjahit."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )


HADIS 80

- abu  hurairah berkata, Rasulullah bersabda, "janganlah kalian berjalan dengan sebelah sandal sahaja.  hendaklah memakai atau melepaskan keduanya."

( hadis riwayat Tirmizi , al bukhari , muslim ,abu daud )


HADIS 81

- Jabir meriwayatkan, "sesungguhnya Rasulullah  melarang  seseorang makan dengan tangan kiri , ataupun berjalan dengan sebelah sandal."

( hadis riwayat  muslim, Tirmizi , ,abu daud )


HADIS 82

- abu hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "apabila seseorang di antara kalian hendak memakai sandal , mulakanlah dengan sebelah kanan. apabila hendak melepaskannya , mulakanlah dengan sebelah kiri. sandal sebelah kanan hendaklah menjadi yang mula mula dipakai dan yang terakhir dilepaskan,"

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi )


HADIS 83

- Aisyah berkata, "Rasulullah selalu cuba memastikan baginda mendahulukan anggota  yang kanan apabila menyisir rambut, memakai sandal , dan ketika bersuci."


( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 84

- abu hurairah berkata, "sandal Rasulullah , abu bakar dan umar mempunyai 2 tali qibal . ustman adalah orang yang pertama mengikat sandal dengan 1 tali qibal."

( hadis riwayat Tirmizi )



BAB 12 - CINCIN RASULULLAH


HADIS 85

- anas bin malik berkata , "cincin Rasulullah diperbuat daripada perak. dan batu matanya adalah batu abisinia/habsyi ." (iaitu batu akik atau manik ) 

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )


HADIS 86

- Abdullah bin umar meriwayatkan , "sesungguhnya Rasulullah memiliki (atau meminta dibuatkan)  sebentuk cincin daripada perak. baginda menggunakan cincin itu sebagai cap mohor , bukan memakainya sebagai hiasan jari." (cincin bercop mohor itu dibuat pada tahun ke-6 atau 7 hijrah )

( hadis riwayat Tirmizi dan an nasa'i )


 HADIS 87

- anas bin malik berkata, "cincin Rasulullah diperbuat dari perak. mata cincin baginda juga diperbuat dari perak."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )


HADIS 88

- anas bin malik berkata, "ketika Rasulullah hendak menulis surat kepada penguasa negara asing , ada yang berkata kepada baginda , "sungguh , bangsa asing itu tidak akan menerima surat , melainkan surat yang bercop mohor . oleh itu , Rasulullah meminta dibuatkan sebentuk cincin." anas berkata, "aku seolah olah masih dapat membayangkan putihnya cincin itu di telapak tangan Rasulullah." ( orang yang membuat cincin Rasulullah ialah ya'la bin umayyah )

( hadis riwayat  Muslim, abu daud dan at Tirmizi )


HADIS 89

- anas bin malik berkata, "ukiran cincin Rasulullah adalah tulisan Muhammad pada satu baris , Rasul pada satu baris , dan Allah pada satu baris."

( hadis riwayat Bukhari, dan Tirmizi )


HADIS 90

- anas bin malik berkata, "ketika Rasulullah menulis surat kepada kisra ( raja persia ) , kaisar (raja romawi di syria ) dan najasyi ( raja abisinia ), ada yang memberitahu baginda , "pembesar pembesar itu tidak menerima surat , kecuali diletakkan cop ( mohor ) ." oleh itu Rasulullah meminta dibuatkan sebentuk cincin yang lingkarannya diperbuat daripada perak dan diukir tulisan Muhammad Rasulullah."

( hadis riwayat Muslim dan Tirmizi )


HADIS 91

- anas bin malik meriwayatkan, "apabila Rasulullah mahu masuk ke bilik air, Baginda menanggalkan cincinnya."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 92

- Abdullah bin umar berkata, "Rasulullah meminta dibuatkan sebentuk cincin  dari perak. cincin itu dipakai di jari baginda. selepas baginda wafat , cincin itu berpindah ke tangan abu bakar , kemudian ke tangan umar , kemudian ke tangan utsman , sehingga akhirnya ia jatuh ke dalam perigi Aris yang terletak  dekat masjid Quba' . Ukiran pada cincin itu adalah Muhammad Rasulullah."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi  dan an nasa'i )




BAB 13 - CARA RASULULLAH MEMAKAI CINCIN 


HADIS 93 

- ali bin abi thalib meriwayatkan , Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Rasulullah  pernah memakai cincin di jari tangan kanan baginda."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan an nasa'i )


HADIS 94

- Hammad bin salamah berkata, "aku melihat ibnu abi rafi' memakai cincin di jari tangan kanannya.  aku bertanya akan hal itu kepadanya. baginda menjawab, "aku melihat Abdullah bin ja'far memakai cincin di jari tangan kanannya. " menurut abdullah bin ja'far , "Rasulullah memakai cincin di jari tangan kanan baginda."

( hadis riwayat Tirmizi dan an nasa'i )


HADIS 95

- abdullah bin ja'far berkata, "sesungguhnya Rasulullah pernah memakai cincin di jari tangan kanan baginda."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 96

- Jabir bin abdullah meriwayatkan, "sesungguhnya Rasulullah pernah memakai cincin di jari tangan kanan baginda."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )


HADIS 97

- ash shalt bin abdullah berkata, "ibnu abbas memakai cincin di jari tangan kanan baginda , jikalau aku bertanya padanya , dia pasti menjawab , "Rasulullah memakai cincin di jari tangan kanan baginda."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi )


HADIS 98

- abdullah bin umar berkata, "sesungguhnya Rasulullah memiliki sebentuk cincin daripada perak. apabila memakainya , Rasulullah menghadapkan batu cincin itu ke telapak tangannya.  baginda menulis ukiran Muhammad Rasulullah pada cincin itu. baginda melarang sesiapa pun mengukir ukiran pada cincin seperti ukiran itu. cincin itu yang jatuh ke dalam perigi aris dari mu'aqib."

( hadis riwayat Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah )

*Imam nawawi berkata - menghadapkan kepala cincin ke telapak tangan akan lebih menjauhkan diri daripada sikap bersolek dan bangga diri. 

**mua'qib ialah sahabat nabi , utsman melantik mua'qib menjaga baitulmal , peristiwa ini semasa saidina usthman berada di tepi perigi aris hendak menyerahkan cincin itu kepada mua'qib tetapi terjatuh ke dalam perigi. 


HADIS 99

- Muhammad al baqir berkata, "hasan dan husain pernah  memakai cincin  di jari tangan kiri mereka."

( hadis riwayat Tirmizi )

*perbuatan hasan husain ini masih mengikuti perbuatan rasulullah, dalam riwayat muslim dan abu daud , Rasulullah pernah memakai cincin di jari kiri baginda. 


HADIS 100

- anas bin malik berkata, "Sesungguhnya Rasulullah pernah  memakai cincin di jari tangan kanan baginda."

( hadis riwayat  Tirmizi dan an nasa'i )


HADIS 101

- abdullah bin umar berkata, "Rasulullah memiliki sebentuk cincin daripada emas, dan baginda memakainya di jari tangan kanan . lalu orang ramai turut memakai cincin emas (meniru seperti Rasulullah). 
selepas itu, Rasulullah mencabut dan melempar cincin emasnya dan berkata, "aku tidak akan memakainya lagi buat selama lamanya." orang ramai turut mencabut dan melempar cincin emas mereka."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at Tirmizi )

**peristiwa ini sebelum turun larangan memakai  perhiasan emas untuk lelaki . 


BAB 14 - PEDANG RASULULLAH


HADIS 102

- anas bin malik berkata, "hulu pedang Rasulullah dibuat dari perak."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi  )


HADIS 103

- Said bin abi hasan berkata, "hulu pedang Rasulullah dibuat dari perak."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi  )


HADIS 104

- hud menyampaikan cerita datuknya, "Rasulullah memasuki kota Mekah pada hari penaklukan kota itu , dan pada pedang Baginda ada emas dan perak . thalib bin hujair bertanya mengenai perak pada pedang Rasulullah . hud menjawab, "hulu pedang Rasulullah dibuat dari perak."

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 105

- ibnu sirin berkata, "aku membuat pedangku sama bentuk dengan pedang samurah bin jundub . samurah mengaku dia membuat pedang nya sama bentuk dengan pedang Rasulullah. Pedang Rasulullah sama bentuk dengan bentuk pedang Bani Hanifah."

( hadis riwayat Tirmizi )


BAB 15 - BAJU BESI RASULULLAH


HADIS 106 

- zubair bin awwam berkata, "semasa perang uhud , Rasulullah memakai 2 baju besi . baginda mahu memanjat sebuah batu besar  (bagi mengamati peperangan ) , namun tidak mampu melakukannya . Lalu baginda menundukkan Thalhah di bawah dan memijak belakang nya. dengan itu , baginda berjaya memanjat batu besar itu dan berdiri di atasnya. kemudian aku mendengar Rasulullah berkata, "Thalhah mesti masuk syurga."

( hadis riwayat Tirmizi )

**dengan bantuan thalhah , Rasulullah dapat menaiki batu besar dan dapat menyatukan kembali pasukan muslim dan menghalau isu kematian Rasulullah ketika itu . janji syurga kerana pengorbanan Thalhah demi melindungi Rasulullah . pada perang uhud , tubuh Thalhah dihujani lebih 80 tusukan senjata.


HADIS 107

- as saib bin yazid berkata, "semasa perang uhud, Rasulullah memakai 2 lapis baju besi."

( hadis riwayat  Tirmizi dan ibnu majah )



BAB 16 - TOPI BESI RASULULLAH


HADIS 108

- anas bin malik berkata, "semasa Rasulullah memasuki kota mekah ( ketika penakhlukan kota itu pada 8 H ) , baginda memakai topi besi. seseorang berkata kepada baginda, "ini ibnu khatal sedang bersembunyi di dinding kaabah kerana takut.  Rasulullah menjawab, "bunuhlah dia !"

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )

**ibnu khatal ialah 1 dari 4 orang yg paling memusuhi islam , sehingga tidak memperoleh pengampunan umum dari Rasulullah. 


HADIS 109 

- anas bin malik berkata, "sesungguhnya semasa Rasulullah memasuki kota mekah ketika penakhlukan kota itu , baginda memakai topi besi. ketika baginda sedang membuka topi itu , datang seorang menemui baginda dan berkata, "ibnu khatal sedang bersembunyi di sebalik dinding kaabah.". Rasulullah menjawab , "bunuhlah dia." . ibnu syihab berkata, "aku mendapat tahu pada hari itu , Rasulullah bukan dalam keadaan berihram."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )


BAB 17 - SERBAN RASULULLAH


HADIS 110

- Jabir berkata, "pada hari penakhlukan kota mekah , Rasulullah masuk ke kota itu dengan memakai serban berwarna hitam pada kepala Baginda."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah  )



HADIS 111

- Amr bin huraith berkata, "aku melihat Rasulullah memakai serban  berwarna hitam di kepala baginda."

( hadis riwayat  Muslim, abu daud dan at Tirmizi dan an nasa'i )


HADIS 112

- amr bin huraith berkata, "Rasulullah pernah menyampaikan khutbah di hadapan orang ramai, dan Baginda memakai  serban berwarna hitam."

( hadis riwayat  Muslim, abu daud dan at Tirmizi dan an nasa'i )


HADIS 113

- abdullah bin umar berkata, "apabila memakai serban , Rasulullah menjulurkan hujung serban itu di antara kedua dua bahunya."

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 114

- abdullah bin abbas berkata, "Rasulullah menyampaikan khutbah di hadapan orang ramai dan baginda memakai serban berwarna kehitaman (kerana dicemari minyak rambut )."

( hadis riwayat Bukhari, dan at Tirmizi )


BAB 18 - KAIN SARUNG RASULULLAH


HADIS 115

- Abu musa al asy'ari berkata, "Aisyah menunjukkan kepada kami sehelai kain selendang yang renyuk dan kain sarung yang tebal kasar. " lalu Aisyah berkata, "Tatkala nyawa Rasulullah dicabut, 2 helai pakaian ini yang dipakai oleh Rasulullah."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 116

- Ruhm binti aswad meriwayatkan, ubaid bin khalid berkata, "semasa aku berjalan di madinah , tiba tiba seorang menegurku dari belakang, "angkatlah kain sarungmu , kerana ia lebih mendekatkan pada taqwa ( atau tidak kotor ) dan tidak cepat rosak." Rupa - rupanya yang menegurku  ialah Rasulullah. lalu aku berkata kepada baginda, "Wahai Rasulullah, yang aku pakai ini hanya sehelai kain yang bergaris hitam putih (loreng).." Rasulullah berkata lagi, "Bukankah diriku adalah contoh tauladan bagimu ?" . lantas aku melihat, ternyata hujung kain sarung Rasulullah menyentuh sehingga pertengahan kedua dua betis baginda sahaja."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 117

- Salamah bin akwa berkata, "utsman bin affan pernah memakai sarung sehingga pertengahan dua betis beliau , dan berkata, "beginilah cara sahabatku memakai kain sarung ."sahabat yang beliau maksudkan ialah Rasulullah.:

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 118

- Hudzaifah al yaman berkata, "Rasulullah memegang urat betisku , lalu berkata, "inilah batas hujung kain sarungmu. jikalau engkau tidak suka , boleh ke bawah sedikit daripadanya . jikalau engkau tidak suka, jangan pula membiarkannya hingga menutupi kedua mata kakimu."

( hadis riwayat at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



BAB 19 - CARA BERJALAN RASULULLAH


HADIS 119

- abu hurairah berkata, "aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah, matahari seolah olah beredar pada wajah baginda. aku juga tidak pernah melihat orang lain yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah , bumi ini seolah olah dilipat untuk baginda. sungguh kami mesti berusaha dengan sedaya upaya ( melakukan hal sama ) , namun baginda tidak pun perlu bersusah payah untuk itu."

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 120

- ibrahim bin muhammad (keturunan ali bin abi thalib ) berkata, Ali bin abi talib pernah bercerita  mengenai sifat Rasulullah : "apabila berjalan , baginda akan mengangkat dan melangkah kakinya dengan kuat , seolah olah sedang turun di lereng yang curam."

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 121

- ali bin abi talib meriwayatkan, "apabila Rasulullah berjalan , dada baginda akan condong ke hadapan (berjalan seperti merunduk ), seolah olah sedang turun di lereng yang curam."

( hadis riwayat Tirmizi )



BAB 20 - KAIN PENUTUP KEPALA RASULULLAH


HADIS 122

- anas bin malik berkata, "Rasulullah sering memakai kain qina' (kain lapik seperti sapu tangan yang diletakkan di atas kepala di bawah kopiah supaya tidak tercemar oleh minyak ). sehingga , seolah olah kain qina' baginda seperti kain penjual minyak."

( hadis riwayat Tirmizi )

**Rasulullah seorang yang paling kemas dan rapi , baginda sering meletakkan minyak pada rambutnya , bagi melindungi serban  dari tercemar oleh minyak , baginda menyediakan kain khusus untuk itu. 



BAB 21 - CARA RASULULLAH DUDUK


HADIS 123

- Qailah binti makhramah berkata, "aku melihat Rasulullah di dalam masjid, Rasulullah sedang duduk merapatkan kedua dua belah paha ke perut baginda . lalu Qailah berkata, "apabila aku melihat Rasulullah duduk dengan begitu khusyuk , aku menjadi gementar kerana takjub."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi )

**duduk qurfusha  : duduk bertumpu pada punggung atau tulang ekor , kedua dua paha dirapatkan ke perut , dan dua tangan memeluk bahagian depan betis.


HADIS 124 

- abdullah bin zaid meriwayatkkan , aku melihat Rasulullah berbaring melunjur di dalam masjid , dan sebelah kaki baginda diletakkan di atas kaki yang sebelah lagi."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 125

- abu said al khudri berkata, "apabila duduk di dalam masjid (atau dalam majlis) , Rasulullah duduk merangkul lutut dengan kedua tangan baginda."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi )



BAB 22 - TEMPAT BERSANDAR RASULULLAH


HADIS 126

- jabir bin samurah berkata, "Aku pernah melihat Rasulullah bersandar dengan sisi kiri tubuh baginda diletakkan pada sebuah bantal."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 127

- abu bakrah nafi' berkata, "Rasulullah bersabda, "mahukah kalian mendengar aku memberitahu perihal dosa dosa paling besar ?" para sahabat menjawab, "sudah tentu wahai Rasulullah." Rasulullah pun berkata, "menyekutukan Allah dan menderhakai kedua orang tua."

pada mulanya Rasulullah bersandar , baginda pun duduk kemudian menyambung kata katanya. "dan kesaksian palsu dan kata kata dusta ." baginda terus mengulangi kata kata itu , sehingga kami berkata di dalam hati , "mudah mudahan baginda berhenti bercakap."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 128

- abu juhaifah meriwayatkan , Rasulullah bersabda, "sungguh ! Aku tidak makan sambil bersandar."

( hadis riwayat Bukhari, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah  )



HADIS 129

- abu juhaifah berkata, Rasulullah bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar." 

( hadis riwayat Bukhari, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah  )



HADIS 130

- jabir bin samurah berkata, "aku pernah melihat Rasulullah  bersandar pada sebuah bantal."

( hadis riwayat Tirmizi )



BAB 23 - CARA BERSANDAR RASULULLAH


HADIS 131

-  anas bin malik berkata, "semasa Rasulullah sedang sakit , baginda keluar rumah dengan bersandar pada usamah bin zaid. baginda memakai kain qithri yang diselempangkan ke bahu baginda. kemudian , baginda solat berjemaah dengan para sahabat."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 132

- al fadhl bin abbas berkata, "aku masuk ke bilik Rasulullah semasa baginda sedang sakit menjelang wafat . ada kain kuning yang mengikat kepala baginda. aku mengucapkan salam kepada Rasulullah.  kemudian Rasulullah memanggil , "wahai fadhl" . aku menjawab, "saya di sini ya Rasulullah."Rasulullah berkata, "Tolong perkuat ikatan kain di kepalaku ini." 
  al fadhl bercerita , "aku menuruti permintaan Rasulullah , kemudian baginda duduk dan meletakkan kedua dua tangan baginda di atas bahuku. selepas itu, Rasulullah berdiri dan masuk ke dalam masjid. "
(dalam hadis ini ada kisah wafatnya Rasulullah ).

( hadis riwayat Tirmizi dan at thabrani )



BAB 24 - CARA MAKAN RASULULLAH


HADIS 133

- kaab bin malik berkata, "Rasulullah menjilat jari baginda 3x selepas makan."

( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 134

- anas bin malik berkata, "apabila selesai makan, Rasulullah menjilat ketiga tiga jari baginda."

( hadis riwayat  Muslim, abu daud dan at Tirmizi )

***ketiga jari yang dimaksudkan ialah jari tengah , telunjuk dan ibu jari



HADIS 135

- abu juhaifah berkata , Rasulullah bersabda, "Sungguh, aku tidak makan sambil bersandar."

( hadis riwayat Bukhari, abu daud,  at Tirmizi , ibnu majah  )



HADIS 136

- Ka'ab bin malik berkata, "Rasulullah makan dengan 3 jari baginda. selepas itu , baginda menjilat ketiga tiganya."

( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 137

- anas bin malik berkata, "Rasulullah pernah dihidangkan kurma. Aku melihat Rasulullah makan kurma itu sambil duduk iq'a kerana lapar. "

( hadis riwayat Muslim, abu daud dan at Tirmizi )



BAB 25 - JENIS ROTI YANG DIMAKAN RASULULLAH


HADIS 138

- aisyah berkata, "keluarga Rasulullah tidak pernah kenyang memakan roti sya'ir/barli (jenis gandum yang berkualiti rendah ) selama 2 hari berturut turut , sehingga Baginda wafat."

( hadis riwayat  Muslim, at Tirmizi , ibnu majah  )



HADIS 139

- abu umamah al bahili berkata, "Tidak pernah ada lebihan roti gandum sya'ir di rumah keluarga Rasulullah."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 140

- abdullah bin abbas berkata, "Rasulullah dan keluarganya pernah menahan lapar selama beberapa malam berturut turut kerana tidak mendapat makanan untuk makan malam. jenis roti yang sering mereka makan adalah roti sya'ir/barli (gandum yang berkualiti paling rendah )."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 141

- sahl bin sa'd  pernah ditanya, "adakah Rasulullah pernah memakan roti gandum yang halus dan putih ? " sahl menjawab, "Rasulullah tidak pernah melihat gandum halus dan putih sehingga akhir hayat baginda." . sahl ditanya lagi , "adakah pada zaman Rasulullah sudah terdapat alat yang digunakan untuk menghaluskan gandum ?" jawab sahl. "pada masa itu, tidak ada alat untuk menghaluskan gandum."
kemudian sahl terus ditanya, "lalu bagaimana kami menghaluskan gandum barli ?" sahl menjawab, "kami menampi sehingga kotoran kotoran pada gandum itu hilang, kemudian membuat adunan."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 142

- anas bin malik berkata, "Rasulullah tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pernah menggunakan piring kecil . baginda juga tidak pernah dihidangkan roti daripada gandum halus ." ditanya,"dimanakah keluarga Rasulullah makan ?" qatadah menjawab, "di atas hamparan ini (yang dibuat dari kain atau kulit )."

( hadis riwayat Bukhari,  at Tirmizi , ibnu majah )

**zaman dahulu , bangsawan arab bermegah ketika makan dengan mendongak kepala di atas meja makan ,mengguna piring kecil sambil bersandar . mereka bersombong2 dalam hal makanan.



HADIS 143

- masruq berkata, "aku melawat aisyah lalu  baginda menawarkan makanan kepadaku . aisyah berkata, "aku tidak pernah makan sehingga kenyang . apabila dapat makan sehingga kenyang , aku selalu menangis semahuku." aku bertanya , "mengapa begitu." aisyah menjawab, " Aku teringat keadaan Rasulullah semasa baginda meninggal dunia. Demi Allah, Rasulullah tidak pernah makan roti dan daging  sehingga kenyang 2 kali dalam sehari."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 144

- aisyah berkata, "Rasulullah tidak pernah makan roti sya'ir/barli (jenis gandum yang kualitinya paling rendah) sampai kenyang selama 2 hari berturut turut , sehingga baginda wafat."

( hadis riwayat Muslim, at Tirmizi , ibnu majah  )



HADIS 145

- anas bin malik berkata, "Rasulullah tidak pernah makan di atas meja makan, dan tidak pernah makan roti gandum halus , sehingga baginda wafat."

( hadis riwayat Bukhari dan at Tirmizi )




BAB 26 - LAUK YANG DIMAKAN RASULULLAH 


HADIS 146

- aisyah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "sebaik baik lauk adalah cuka."

( hadis riwayat  Muslim, Tirmizi , ibnu majah )



HADIS 147

- nu'man bin basyir berkata, "bukankah kamu semua dapat makan dan minum sesuka hati mu ? padahal aku pernah melihat Rasulullah tidak mempunyai apa pun buat mengisi perutnya , walaupun sebiji kurma kering."

( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 148

- Jabir bin abdullah melaporkan , Rasulullah berkata, "sebaik baik lauk adalah cuka."

( hadis riwayat Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 149

- Zahdam al jarmi berkata , "kami berada di rumah abu musa al asya'ari , lalu kami diberi hidangan daging ayam. tiba tiba, salah seorang dari kami pergi menjauh. abu musa bertanya kepadanya, "mengapa kamu menghindar?" . lelaki itu menjawab, "sungguh , aku pernah melihat ayam makan makanan yang menjijikkan. selepas itu, aku bersumpah tidak akan makan ayam."
abu musa membalas, "marilah ! sungguh aku pernah melihat Rasulullah makan daging ayam."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, at Tirmizi dan an nasa'i )



HADIS 150

- Safinah berkata, "aku pernah memakan daging burung puyuh bersama Rasulullah."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi  )



HADIS 151

- seperti hadis 149



HADIS 152

- abu asid berkata, Rasulullah bersabda, "makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak. sunguh , ia berasal dari pokok yang diberkati."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 153

- Umar bin khattab meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "makanlah minyak zaitun dan gunakan lah ia sebagai minyak. sungguh , ia berasal dari pokok yang diberkati."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 154

- anas bin malik berkata, "Rasulullah menggemari buah labu.  pada suatu hari , Baginda dihidangkan makanan ataupun mendapat undangan , lantas aku mencari dan mengutip labu yang ada di dalam hidangan itu.  lalu menghidangkan makanan ( labu itu ) di hadapan baginda, sebab aku tahu Baginda menyukainya."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 155

- jabir bercerita, "aku berkunjung ke rumah Rasulullah , aku melihat di rumah baginda ada buah labu yang sudah dipotong potong, aku bertanya , "mengapa buah labu ini dipotong potong?" . baginda menjawab, "dengan memotongnya begini , makanan kita menjadi banyak."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 156

- anas bin malik meriwayatkan, "seorang tukang jahit  menjemput Rasulullah datang ke jamuan makan yang disediakan olehnya sendiri. aku pergi bersama Rasulullah  ke majlis jamuan pada hari itu.  tuan rumah menghidangkan makanan  roti daripada tepung barli, kuah sayur berisi labu , dan daging dendeng  untuk Rasulullah.  Aku melihat Rasulullah mengutip buah labu di dalam piring hidangan. sejak itu, aku menyukai labu."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 157

- aisyah berkata, "Rasulullah menyukai manisan dan madu."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 158

- Ummu salamah berkata, "baginda pernah menghidangkan untuk Rasulullah sepotong daging rusuk kambing yang dipanggang. Baginda memakainya , lalu mendirikan solat tanpa wuduk lagi."

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 159

- Abdullah bin al harith berkata, "kami makan daging panggang bersama Rasulullah di dalam masjid."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 160

- al mughirah bin syu'bah berkata,"pada suatu malam, aku bersama Rasulullah pergi berkunjung ke rumah seseorang. Tuan rumah menghidangkan sepotong besar daging panggang untuk kami. Rasulullah mengambil pisau dan menghiris daging itu. dengan pisau itu juga , baginda menghiris daging untukku." lalu Bilal datang dan memberitahu kepada Rasulullah waktu solat  sudah tiba. Rasulullah meletakkan pisau lalu  berkata, "apa tujuannya  berbuat begitu ( menyeru orang yang sedang makan  untuk solat )? Bertuah betul !".  pada waktu itu , kumis Bilal sudah panjang sehingga menyentuh mulutnya. Rasulullah pun berkata, "biar aku potong kumismu dengan berlapikkan siwak  di bawah kumis ." atau potonglah kumismu dengan berlapikkan  siwak di bawah kumis."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi )


HADIS 161

- abu hurairah berkata, "Rasulullah pernah dihidangkan dengan hidangan daging . bahagian lengan daging  itu diberikan kepada baginda.  itu adalah bahagian kesukaan baginda.  oleh itu , baginda memakan daging itu  dengan mengigitnya."

( hadis riwayat Bukhari,  at Tirmizi , ibnu majah )


HADIS 162

- Ibnu mas'ud berkata, "Rasulullah menyukai bahagian  lengan daging . bahagian lengan daging itu pernah dibubuh racun oleh seseorang. baginda tahu, orang Yahudi yang membubuh  racun itu."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 163

- abu ubaid berkata, "aku memasak satu kuali makanan untuk Rasulullah.  sungguh , baginda menyukai  daging bahagian dzira' ( bahagian lengan ) . oleh itu, aku menghidangkan untuk baginda satu bahagian daging lengan. kemudian baginda berkata, "ambilkan lagi daging lengan untukku." aku menghidangkan lagi daging lengan kepada baginda.  Selepas itu baginda meminta lagi, "ambilkan lagi daging lengan untukku." aku berkata kepada baginda, "wahai Rasulullah , berapakah jumlah daging lengan yang dimiliki oleh seekor kambing." Rasulullah membalas, "Demi Allah yang jiwa ini di dalam kuasaNya, sekiranya kamu diam sahaja (tidak bertanya), mesti kamu akan dapat  menghidangkan untukku  daging lengan yang aku minta."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 164

- aisyah berkata, "Sebenarnya bahagian daging  yang paling disukai oleh Rasulullah  bukan bahagian lengan ,  namun oleh sebab baginda jarang makan daging.  sehingga (apabila  daging dihidangkan ) , baginda segera mengambil  bahagian lengan.  ini kerana, bahagian itu yang lebih cepat matang."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 165

- Abdullah bin ja'far berkata, "aku pernah mendengar  Rasulullah berkata, "Daging yang paling baik adalah daging bahagian belakang badan."

( hadis riwayat  Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 166

- aisyah berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda, "Sebaik baik lauk adalah cuka."

( hadis riwayat  Muslim, at Tirmizi , ibnu majah  )




HADIS 167

- ummu hani berkata, "Rasulullah datang ke rumahku dan bertanya," adakah engkau memiliki sesuatu (untuk dimakan) ?" aku menjawab, "aku tidak punya apa apa, kecuali roti kering dan cuka." . baginda berkata, "berikanlah kepadaku.sebuah rumah tidak dianggap  kekurangan lauk selagi masih ada cuka didalamnya."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 168

- Abu musa al asy'ari berkata, Rasulullah bersabda, "keutamaan Aisyah berbanding wanita wanita lain adalah seperti keutamaan tsarid berbanding makanan makanan lain."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim  dan at Tirmizi )



HADIS 169

- anas bin malik meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "keutamaan Aisyah berbanding wanita wanita lain adalah seumpama  keutamaan tsarid berbanding makanan makanan lain."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi , ibnu majah )



HADIS 170

- Abu hurairah meriwayatkan, abu hurairah melihat Rasulullah mengambil wuduk  selepas makan sepotong keju (susu sapi kering yang dibekukan ) . kemudian , beliau melihat  Rasulullah makan daging bahu kambing , lalu melaksanakan solat tanpa mengambil wuduk semula. "

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 171

- anas bin malik  berkata, "Rasulullah menjamu tetamu dengan kurma dan sawiq semasa majlis walimah pernikahan baginda dengan Shafiyah ." (sawiq adalah makanan yang dibuat dari tepung gandum dicampur dengan mentega atau susu ).

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 172

- salma bercerita, "hasan bin ali, ibnu abbas , dan ibnu ja'far datang mengunjungi  salma. mereka berkata kepada salma , "tolong buatkan untuk kami makanan kesukaan Rasulullah dan yang baginda  anggap baik dimakan."salma berkata, "wahai anak anakku !  kamu tidak mungkin menyukai makanan itu lagi sekarang. "seorang dari kami membalas, "mengapa tidak , buatkan  sahaja untuk kami."
salma pun bangun , lalu mengambil tepung syai'r ( gandum yang berkualiti paling rendah ) dan menumbuknya . selepas ditumbuk, gandum itu dimasukkan ke dalam kuali dan dituang sedikit minyak zaitun  , dicampur lada dan rempah ratus yang sudah dihaluskan. apabila sudah siap, Salma menghidangkan makanan itu kepada mereka bertiga, dan berkata, "ini adalah makanan kesukaan Rasulullah  dan yang baginda anggap  baik dimakan."

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 173

- jabir bin abdullah berkata, "Rasulullah datang ke rumah kami,  lalu kami menyembelih seekor kambinb untuk baginda. Baginda berkata, "keluarga ini seolah olah tahu kami menyukai daging."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 174

- jabir bin abdullah berkata, "Rasulullah keluar dari rumahnya. aku menemani baginda. Rasulullah mengunjungi seorang wanita Ansar. Wanita itu menyembelih seekor kambing untuk Rasulullah. lalu baginda memakannya.  Wanita itu juga menghidangkan untuk Rasulullah sepiring kurma matang ( piringnya dibuat dari tempurung kelapa ) , dan baginda memakannya.  Selepas itu , baginda mengambil wuduk bagi mendirikan solat zuhur. baginda pergi selepas solat. wanita itu membawa sisa daging kambing kepada Rasulullah dan Baginda makannya. kemudian , baginda solat Asar tanpa mengambil wuduk semula."

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 175

- ummu al mundzir berkata, "Rasulullah datang ke rumahku bersama Ali.  kami memiliki beberapa tangkai kurma basah yang kami gantung. Rasulullah terus makan buah kurma tersebut dan Ali ikut memakannya. Tiba tiba , Rasulullah berkata kepada Ali, berhenti ! berhenti ! wahai Ali !. Engkau baru sahaja sembuh dari sakit." Ali pun duduk , manakala Rasulullah meneruskan makan.  ummu al mundzir berkata, "Lalu aku menghidangkan lobak dan tepung barli  untuk mereka. Rasulullah berkata kepada Ali, " ini yang sepatutnya kamu makan. sebab makanan makanan ini lebih baik dan sesuai untukmu."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 176

- Aisyah berkata, "Rasulullah datang dan bertanya kepadaku , "adakah engkau mempunyai makanan siang?" aku menjawab, "tidak." lalu baginda berkata, "jikalau begitu , aku berpuasa." pada hari yang lain , Rasulullah datang kepadaku. lalu aku berkata kepada baginda , "wahai Rasulullah , ada hadiah untuk kita." baginda bertanya, "apakah hadiah itu." aku menjawab, "kurma yang dicampur mentega dan keju ( atau mentega  dan tepung ). " Rasulullah berkata, "sungguh , aku sebenarnya sudah berpuasa  sejak pagi ini." Lalu baginda makan hadiah tersebut.

( hadis riwayat Muslim, abu daud ,at Tirmizi ,dan an nasa'i )



HADIS 177

- yusuf bin abdullah berkata, "aku melihat Rasulullah mengambil  sepotong roti sya'ir (gandum yang berkualiti rendah ), lalu meletakkan kurma di atasnya, dan berkata, "kurma ini adalah lauk bagi roti ini." kemudian baginda memakannya.

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 178

- anas bin malik berkata, " Rasulullah sangat menyukai ats tsufl." abdullah bin abdul rahman berkata, "menurut anas, maksud ats tsufl ialah  saki baki daripada makanan."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )

**tsufl seperti sawiq (makanan dari tepung gandum dicampur mentega/lemak susu) , ada berpendapat tsufl ialah tsarid (roti dicampur gulai daging ). ada berpendapat tsufl ialah saki baki makanan di dasar periuk, dalam pinggan atau talam. ini dalil tawaduk baginda. 




BAB 27 - WUDUK RASULULLAH


HADIS 179

- ibnu abbas berkata, "Rasulullah keluar dari tandas , lalu dihidangkan makanan kepada baginda. para sahabat bertanya, "perlukah kami menyediakan air wuduk untukmu ?" baginda menjawab, "aku diperintahkan berwuduk ketika hendak solat."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan an nasa'i )



HADIS 180

- ibnu abbas berkata, "Rasulullah keluar dari tandas , lalu dihidangkan makanan kepada baginda. seseorang  bertanya, "adakah kamu tidak berwuduk ?" baginda menjawab, "adakah aku sedang ingin solat , sehingga aku mesti wuduk ? "



HADIS 181

- salman al farisi berkata, "aku pernah membaca dalam kitab taurat yang menyatakan, keberkatan makanan diperoleh apabila berwuduk selepas makan. aku memberitahu kepada Rasulullah apa yang aku pernah baca pada kitab taurat itu. Rasulullah membalas, "keberkatan makanan itu diperoleh apabila kita berwuduk sebelum dan selepas makan."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi )

**wuduk disini bermaksud cuci mulut dan basuh tangan , dalam mazhab syafi'i , maksud wuduk ialah perbuatan wuduk itu sendiri. ia bukan kewajipan tetapi dianjurkan kerana mendatangkan keberkatan.




BAB 28 - DOA RASULULLAH SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN


HADIS 182 

- abu ayyub al anshari berkata, "pada suatu hari , kami berada di rumah Rasulullah , baginda menghidangkan makanan. aku belum pernah merasai makanan yang lebih sedikit berkatnya daripada berkat permulaannya , semasa kami selesai makan. kami berkata, "wahai Rasulullah , bagaimanakah hal ini berlaku?" .  jawab Rasulullah, "sebab kita menyebut nama Allah semasa kita hendak makan. namun, selepas itu ada orang baru duduk dan ia makan tanpa menyebut nama Allah , sehingga syaitan makan bersamanya ( menyebabkan makanan itu kurang berkatnya )."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )


HADIS 183

- Aisyah meriwayatkan , Rasulullah bersabda, "apabila seorang daripada kamu makan , dia terlupa menyebut nama Allah sebelum makan , hendaklah dia membaca Bismillahi awwaluhu waakhiruhu(dengan nama Allah dari awal hingga akhir )."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 184

- Umar bin abi salamah berkata, "aku mengunjungi Rasulullah dan di sisi baginda ada makanan. Rasulullah berkata, "kemarilah wahai anakku. sebutlah nama Allah (bismillah ) dan makanlah dengan tangan kananmu . makanlah apa yang dekat denganmu."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 185

- abu said al khudri berkata, "apabila Rasulullah selesai makan, baginda membaca, "Seluruh pujian bagi Allah yang memberi makan kepada kami, memberi minum kepada kami, dan menjadikan kami orang islam."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi )



HADIS 186

- abu umamah berkata, "apabila hamparan makanan di angkat dari hadapan Rasulullah, baginda membaca, "Segala pujian untuk Allah, pujian  yang banyak tidak terhingga , pujian yang baik dan penuh berkat, pujian yang tidak pernah henti,  pujian yang selalu  diperlukan oleh makhlukNya, ya Tuhan kami."

( hadis riwayat Bukhari,  abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah  )


HADIS 187

- aisyah berkata, "Rasulullah makan satu makanan  bersama 6 sahabat baginda.  tiba tiba seorang badwi datang dan terus makan makanan itu dalam 2 suapan (sampai habis) . Rasulullah berkata, "sekiranya dia membaca bismillah, pasti makanan ini cukup  untuk kamu semua."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 188

- anas bin malik berkata , Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah meredhai hambaNya yang makan ataupun minum , kemudian dia memujiNya atas makanan dan minuman itu. "

( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi )




BAB 29 - CAWAN MINUM RASULULLAH


HADIS 189

- tsabit berkata, "anas bin malik menunjukkan kepada kami cawan yang dibuat dari kayu tebal yang ditampal dengan lapisan besi. kemudian anas berkata ,"wahai Tsabit, ini adalah cawan Rasulullah ! ".

( hadis riwayat Bukhari dan at Tirmizi )


HADIS 190

- anas bin malik berkata, "sungguh ! aku pernah menuangkan pelbagai jenis minuman untuk Rasulullah ke dalam cawan ini , iaitu air putih , nabiz, madu dan susu."

( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi )
**nabidz ialah air kurma dicampur beberapa anggur dan madu , direndam semalaman dalam air hingga menjadi manis.




BAB 30 - BUAH BUAHAN YANG DIMAKAN RASULULLAH


HADIS 191

- abdulllah bin ja'far berkata, "Rasulullah pernah memakan qitsa' (seperti mentimun tetapi ukurannya lebih panjang ) dengan kurma yang baru dimasak."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah )



HADIS 192

- aisyah berkata, "Rasulullah pernah makan tembikai dengan kurma yang baru dimasak."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 193

- anas bin malik berkata, "Aku melihat Rasulullah makan buah melon dengan kurmayang baru masak secara bersamaan."

( hadis riwayat Tirmizi dan al baihaqi )



HADIS 194

- aisyah berkata, "Sesungguhnya Rasulullah pernah makan buah tembikai dengan buah kurma yang baru masak."

( hadis riwayat Tirmizi dan an nasa'i )



HADIS 195

- abu hurairah bercerita, "apabila sahabat melihat buah yang pertama (dari pohon yang mereka tanam ), mereka akan segera memetik dan membawanya kepada Rasulullah. Rasulullah memegang buah tersebut sambil berdoa , "ya Allah ! berikanlah berkat kepada kepada kami melalui buah buahan ini ".( dan doa lain yang panjang dalam hadis ini. ) kemudian Rasulullah memanggil anak yang paling kecil yang baginda nampak dan lalu memberikan buah tersebut kepadanya.

( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 196

- Ar rubayyi berkata ,"muadz bin afra menyuruhku bagi membawa sepiring kurma yang baru masak , dengan qitsa kecil berbulu halus dengan Rasulullah . baginda begitu menyukai qitsa' . aku membawa piring berisi qitsa' itu ke hadapan baginda. pada masa itu , di samping Rasulullah ada hadiah perhiasan dari bahrain. Baginda mengambilnya segenggam penuh perhiasan itu , lalu memberikannya kepadaku."

( hadis riwayat Tirmizi dan at thabrani )



HADIS 197

- ar rubayyi' bercerita, "aku datang menemui Rasulullah dengan membawa sepiring kurma yang baru masak dengan qitsa' (seperti mentimun)kecil berbulu halus. lalu baginda membalas dengan memberi aku segenggam penuh perhiasan ataupun emas. 

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



BAB 31 - MINUMAN RASULULLAH


HADIS 198

- aisyah berkata, "minuman yang paling disukai Rasulullah ialah minuman yang manis dan sejuk."
(minuman rendaman kurma atau anggur , atau dicampur madu )

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 199

- Ibnu abbas berkata, "aku , Rasulullah dan khalid al walid pergi ke rumah maimunah. maimunah menyediakan minuman secawan air susu kepada kami. Rasulullah meminumnya. pada waktu itu aku berada di sebelah kanan baginda , selepas itu Rasulullah berkata kepadaku. "sekarang minuman ini untukmu. jikalau engkau ingin, engkau utamakanlah khalid untuk meminumnya."aku berkata (dalam hati ) , "aku tidak mungkin mengutamakan sesiapa pun bagi meminum sisa minumanmu ( ya Rasulullah )." 
kemudian Rasulullah bersabda,"sesiapa yang diberi makan oleh Allah , hendaklah dia membaca, "ya Allah , berkatilah kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripada ini."
Rasulullah menyambung, "sesiapa yang diberi minum susu oleh Allah , maka hendaklah dia membaca, "ya Allah , berkatilah kami pada minuman ini dan tambahkanlah minuman ini untuk kami "
Rasulullah juga berkata, "tidak ada satu pun makanan atau minuman yang dapat menghilangkan lapar dan dahaga sebaik susu."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi )



BAB 32 - CARA MINUM RASULULLAH


HADIS 200

- ibnu abbas meriwayatkan, "Sesungguhnya Rasulullah pernah minum air zamzam sambil berdiri."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 201

- Abdullah bin amr berkata, "Aku pernah melihat Rasulullah minum sambil berdiri dan duduk."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 202

- Ibnu abbas berkata, "aku menuangkan air zamzam untuk Rasulullah. baginda meminumnya sambil berdiri."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 203

- An nazal berkata, "semasa berada di rahbah,, Ali diberi segayung minuman. beliau mencedok air itu dengan telapak tangannya , lalu mencuci kedua dua tangannya , berkumur kumur , memasukkan air ke dalam hidung, menyapu ke wajah, kedua dua belah tangan  sampai ke siku dan kepalanya, kemudian beliau minum air itu sambil berdiri. selepas itu beliau berkata, "ini adalah cara wuduk bagi orang yang tidak berhadas . Aku melihat Rasulullah melakukannya (wuduk tidak berhadas ) begitu.

( hadis riwayat Bukhari, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 204

- anas bin malik berkata, "Rasulullah menarik nafas sebanyak 3 kali di luar bekas minumannya semasa minum. dan baginda berkata, "cara ini lebih menyihatkan untuk penghadaman , dan lebih memuaskan (bagi menghilangkan dahaga)."

( hadis riwayat Muslim, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 205

- ibnu abbas berkata, "semasa Rasulullah minum , Baginda (kadang kadang) menarik nafas 2 kali ( 2 kali tegukan )."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 206

- kabhsyah berkata, "Rasulullah masuk ke rumahku , lalu minum dari mulut qirbah yang tergantung sambil berdiri. selepas itu, aku bangkit menghampiri mulut qirbah itu dan memotongnya ( bagi mendapat keberkatan )."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )

*qirbah - bekas air dari kulit yang mempunyai corong 



HADIS 207

- tsumamah bin abdulllah berkata, "anas bin malik menarik nafas sebanyak 3 kali di luar bekas minumannya . anas yakin Rasulullah juga menarik nafas sebanyak 3 kali di luar cawan minumannya."

( hadis riwayat Bukhari  dan at Tirmizi )



HADIS 208

- anas bin malik berkata, "sesungguhnya Rasulullah masuk ke rumah ummu sulaim (ibu anas bin malik) , ada qirbah yang tergantung di rumah itu. Rasulullah pun minum dari mulut qirbah itu sambil berdiri . selepas itu, ummu sulaim menghampiri mulut qirbah itu dan memotongnya (bagi meraih keberkatan bekas lisan nabi )."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad dan ath thabrani )



HADIS 209

- sa'd bin abi waqqas berkata, "Rasulullah pernah minum sambil berdiri."

( hadis riwayat Tirmizi dan ath thabrani )



BAB 33 - WANGIAN RASULULLAH 


HADIS 210 

- anas bin malik berkata, "dahulu Rasulullah memiliki tempat menyimpan minyak wangi untuk baginda gunakannya bagi berwangi wangian."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 211

- tsumamah bin abdullah berkata, "anas bin malik tidak pernah menolak pemberian berupa minyak wangi ." anas berkata, "Rasulullah tidak pernah menolak pemberian minyak wangi."

( hadis riwayat Bukhari dan at Tirmizi )



HADIS 212

- ibnu umar berkata, "Rasulullah berkata, "3 benda yang tidak boleh ditolak adalah bantal , minyak wangi dan susu."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 213

- Abu hurairah berkata, " Rasulullah berkata, "minyak wangi untuk lelaki adalah yang harum baunya dan tersembunyi warnanya. manakala minyak wangi untuk wanita adalah yang kelihatan warnanya dan tersembunyi baunya."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 214

- abu utsman an nahdi berkata, "Rasulullah bersabda, "Rasulullah berkata , "Jikalau seseorang dari kamu diberi raihan (kemangi / selasih ) , janganlah kamu menolaknya. sesungguhnya ia datang dari syurga."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 215

- jabir bin abdullah berkata, "aku dibawa menghadap umar bin al khattab. lalu aku meletakkan pakaianku dan berjalan hanya memakai sarung. umar pun berkata kepadaku, "pakailah bajumu ! "
umar berkata pula kepada orang ramai ,"aku tidak pernah melihat orang lelaki yang lebih tampan daripada Jarir, kecuali ketampanan rupa Nabi Yusuf yang pernah kita dengar. "

( hadis riwayat Tirmizi )



BAB 34 - CARA RASULULLAH BERBICARA


HADIS 216

- aisyah berkata, "Rasulullah tidak pernah berbicara dengan laju (tanpa putus) seperti lajunya kamu semua berbicara .baginda selalu bercakap dengan jelas dan terperinci (satu per satu ). sehingga orang yang mendengar dapat menghafal apa yang mereka dengar."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 217

- Anas bin malik berkata , "Rasulullah akan mengulangi percakapan baginda sehingga 3 kali supaya difahami ( oleh mereka yang mendengar ) ."

( hadis riwayat Bukhari dan at Tirmizi )



HADIS 218

- hasan bin ali berkata, aku bertanya pada pakcikku sebelah ibuku , hind bin abi halah. beliau adalah orang yang banyak mengetahui mengenai Rasulullah . aku berkata pada pakcikku, "beritahulah kepadaku bagaimana Rasulullah berbicara ?" hind bin abu halah berkata, "Rasulullah adalah seorang yang selalu bersedih (semasa mengadu kepada Allah dan menyaksikan kebesaranNya dan bukan kerana keduniaan ). baginda tidak pernah berhenti berfikir , akal dan hatinya tidak pernah berehat , lebih banyak diam , tidak berbicara hal yang sia sia. baginda memulakan dan mengakhiri bicara dengan menyebut nama Allah. baginda berbicara dengan ringkas , namun penuh makna. kata kata baginda terperinci satu per satu , tidak berlebihan (hingga membosankan ) , dan tidak pula dikurangkan ( sehingga kurang difahami )." ...ada sambungan yang panjang dalam hadis ini.

( hadis riwayat Tirmizi )



BAB 35 - CARA RASULULLAH KETAWA


HADIS 219

- jabir bin samurah berkata, "kedua dua betis Rasulullah tidak besar dan sesuai dengan bentuk baginda.  baginda tidak ketawa , cukup sekadar tersenyum. apabila aku memandang Rasulullah , hatiku berkata, "betapa hitam pelupuk mata baginda , padahal baginda tidak bercelak."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 220

- abdullah bin al harith berkata, "aku tidak pernah melihat seseorang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullah."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 221

- Abdullah bin al harith berkata, "tawa Rasulullah hanya senyuman."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 222****

- abu dzar berkata, "Rasulullah berkata, "'sesungguhnya aku mengetahui orang yang pertama masuk syurga dan orang yang paling akhir keluar dari neraka. pada hari kiamat nanti , seseorang dipanggil lalu perintah diberi kepada malaikat , "tunjukkan kepadanya dosa dosa kecil yang sudah dia lakukan , sembunyikan dosa dosa besarnya."

orang itu akan ditanya oleh malaikat ,"pada hari sekian...engkau melakukan ini..dan ini.. orang itu mengakui semuanya, dia tidak memungkirinya . pada masa yang sama dia merasa bimbang dengan dosa dosa besarnya. selepas itu perintah selanjutnya kepada malaikat, "berikan kepada dia pahala kebaikan bagi menggantikan setiap kesalahan yang dilakukannya."

orang itu berkata,"sesungguhnya masih ada lagi dosa dosaku lagi yang tidak diperlihatkan lagi di sini."

kemudian , abu dzar berkata, "pada masa itu, aku melihat Rasulullah ketawa, sehingga ternampak gigi geraham baginda."

( hadis riwayat  Muslim, abu daud dan at Tirmizi )

**surah furqan ayat 70 - "kecuali orang orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan kebaikan , maka kejahatan mereka digantikan dengan kebaikan.



HADIS 223

- jarir bin abdullah berkata, "semenjak aku memeluk islam , Rasulullah tidak pernah menghalang aku mengunjungi baginda. dan baginda selalu memandangku dengan tawa senyuman.

( hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 224

- jarir bin abdullah berkata, " (seperti hadis 223 )."


HADIS 225

- abdullah bin mas'ud berkata, "Rasulullah bersabda, "sesungguhnya aku mengetahui penghuni neraka yang paling akhir keluar, iaitu seorang yang keluar dari situ dengan merangkak. lalu dia mendapat perintah, pergilah ke syurga, masuklah ke dalamnya. orang itu pun pergi memasuki syurga itu. namun dia melihat di rumah rumah yang ada di syurga yang sudah ditempati oleh orang ramai. dia mengadu kepada Allah, "ya Tuhanku, rumah rumah itu sudah ditempati oleh orang ramai. orang itu ditanya, "apakah kamu ingat kehidupanmu semasa di dunia dahulu ?dia menjawab ya. lalu orang itu diperintahkan, "bayangkan keinginanmu."

orang itu pun membayangkan keinginannya. kemudian Allah berkata kepadanya, "kamu mendapat keinginan yang kamu bayangkan , bahkan 10 kali ganda daripada apa yang ada di dunia. " orang itu membalas , "wahai Tuhanku, adakah Engkau sedang mempermainkan ku sedangkan Engkau Maha Berkuasa ?" ibnu mas'ud berkata, "ketika itu , aku melihat Rasulullah ketawa, sehingga terlihat gigi geraham baginda.(yang paling belakang )."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim  dan at Tirmizi , ibnu majah)



HADIS 226

- Ali bin rabiah berkata,"aku menyaksikan ali bin abi talib mendapatkan haiwan tunggangan beliau. semasa ali menginjakkan kakinya di sanggurdi (pijakan kaki untuk naik ke atas pelana ) , baginda mengucapkan bismillah . semasa berada di atas tunggangannya , beliau mengucapkan alhamdulillah , kemudian beliau membaca doa naik kenderaan (maksudnya : Maha Suci Allah yang menundukkan semua ini untuk kami , padahal sebelumnya kami tidak mampu menguasainya . dan sesungguhnya kami hanya akan kembali kepada Tuhan kami - surah az zukhruf ayat 13 - 14 ). selepas itu Ali mengucapkan "alhamdulillah" 3x , "Allahu akbar" 3x dan berdoa ( maksudnya : Maha Suci Engkau, Ya Allah .  sesungguhnya aku menganiyai diriku sendiri , ampunkanlah aku . Sesungguhnya hanya Engkau yang dapat mengampuni dosa kami ). kemudian Ali tertawa . lalu aku bertanya padanya, "wahai Amirul mu'minin!mengapa tuan tertawa?"

ali menjawab, "aku melihat Rasulullah melakukan seperti apa yang aku lakukan tadi , lalu Baginda ketawa. maka aku pun bertanya pada baginda, "mengapa kamu tertawa wahai Rasulullah ?"
jawab Rasulullah, "sesungguhnya, Tuhan mu kagum dengan hambaNya yang berdoa, "wahai Tuhanku, ampunkanlah dosa dosaku, dan dia menyedari hanya Allah sahaja yang dapat mengampuni dosa."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi )


HADIS 227

- Amir bin sa'ad bin abi waqas berkata, "ayahku berkata, aku melihat Rasulullah ketawa semasa perang khandaq , sehingga terlihat gigi geraham baginda. " aku bertanya, "apakah yang membuatkan baginda tertawa." ayahku menjawab, "ada seorang lelaki kafir memegang perisai . ketika itu, sa'ad bertugas sebagai pemanah. lelaki kafir itu berbuat (sambil menunjukkan perisainya ke kanan dan kiri ) ..begini dan begini..., sedangkan perisai menutup dirinya. lalu sa'd mengambil anak panahnya, dan apabila lelaki itu mengangkat kepalanya, sa'd melepaskan panahnya dan tepat mengenai dahinya. lelaki itu terjatuh dengan kakinya terangkat ke atas. Rasulullah ketawa sehingga terlihat gigi geraham baginda. "
aku bertanya, "apakah yang membuatkan Rasulullah ketawa?" jawab ayahku, "perbuatan sa'd kepada lelaki kafir itu."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



BAB 36 - CARA RASULULLAH BERGURAU 


HADIS 228

- Anas bin malik berkata, "Sesungguhnya Rasulullah pernah berkata kepada anas bin malik , "wahai pemilik dua telinga."

( Rasulullah memanggil begitu kerana anas seorang pendengar yang baik ).

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi )


HADIS 229

- Anas bin malik berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bergaul rapat dengan kami, sehingga Rasulullah pernah berkata kepada adikku yang masih kecil dengan berkata, "wahai abu umair, apakah yang sedang dilakukan oleh nughoir (sejenis burung kecil yang berparuh merah )?"

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 230

- abu hurairah berkata, "para sahabat bertanya, "wahai Rasulullah , adakah engkau bergurau dengan kami ?"  Rasulullah menjawab, "ya , namun aku tidak pernah berkata perihal yang tidak benar."

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 231

- Anas bin malik berkata, "ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah supaya dibawa menaiki tunggangan. Rasulullah berkata kepada lelaki itu, "aku akan beri kamu menunggang anak unta betina."
lelaki itu berkata, "Wahai Rasulullah , apakah yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina ?"
jawab Rasulullah, "bukankah unta betina yang melahirkan unta yang lain ?"


( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 232

- anas bin malik berkata, "ada seorang lelaki dari kampung bernama zahir. suatu hari dia datang menemui Rasulullah membawa hadiah dari kampungnya. apabila dia pulang, Rasululllah pula memberi bekal kepadanya. Rasulullah berkata, zahir adalah (pembekal barangan kampung ) untuk kita , dan kita adalah (pembekal barangan ) kota baginya. "
Rasulullah sangat suka kepada zahir walaupun beliau memiliki wajah yang tidak menarik. suatu hari , Rasulullah pergi menemui zahir ketika dia sedang berniaga. tiba tiba Rasulullah memeluk zahir dari belakang . zahir tidak dapat melihat siapakah yang memeluknya dari belakang . zahir berkata, "siapakah ini, lepaskan aku."dia menoleh dan mengetahui bahawa Rasulullah di belakangnya. tanpa membuang masa, zahir merapatkan lagi badannya dengan dada Rasulullah bagi meraih keberkatan."
kemudian Rasulullah berkata, "siapakah yang mahu membeli hamba sahaya ini ?"zahir membalas, "ya Rasulullah, engkau akan mendapati aku ini tidak laku."Rasulullah menjawab, :tapi di sisi Allah, engkau bukan tidak laku " atau "tetapi di sisi Allah, engkau sangat berharga ."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 233

- hasan al basri berkata, "seorang wanita tua datang menemui Rasulullah dan berkata, wahai Rasulullah, tolonglah berdoa kepada Allah supaya aku dapat masuk ke dalam syurga ." Rasulullah menjawab, "wahai ibu fulan ! syurga itu tidak dihuni oleh orang tua."mendengar jawapan Rasulullah, "Wanita itu menangis dan pergi dari situ. Rasulullah berkata, "pergi beritahu pada wanita tua itu, dia tidak akan masuk syurga dengan usia tua. Allah berkata, Kami menciptakan (bidadari bidadari itu ) secara langsung , lalu kami jadikan mereka perawan perawan , penuh cinta dan sebaya umurnya."(surah al waqiah ayat 35-37 )

( hadis riwayat Tirmizi )



BAB 37 - SYAIR RASULULLAH

HADIS 234

- aisyah berkata, "aisyah ditanya, "adakah Rasulullah pernah mendendangkan syair ?"
aisyah menjawab, "baginda pernah mendendangkan syair ibnu rawahah. Rasulullah juga pernah mendendangkan syair (iaitu syair tharfah) yang berbunyi , "dan berita berita (yang kamu tidak ketahui ) akan disampaikan kepadamu oleh orang yang kamu tidak beri bekal."

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 235

- Abu hurairah berkata, "Rasulullah bersabda , "syair paling benar yang pernah diucapkan ialah syair Labid , yang berbunyi." ingatlah, setiap sesuatu selain Allah akan binasa ." dan umayyah bin abi shalt hampir masuk islam.

( hadis riwayat Bukhari, Muslim,  at Tirmizi , ibnu majah )



HADIS 236

- Jundub bin sufian berkata, "jari jemari Rasulullah pernah terkena batu sehingga berdarah . kemudian Rasulullah berkata (mendendangkan syair)," Engkau hanyalah jari jemari yang berdarah dan (mulialah) engkau terluka di jalan Allah."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim,  at Tirmizi  )



HADIS 237

- al barra' bin azib berkata, seorang lelaki dari kabilah qais bertanya kepada al barra' ,"adakah (ketika perang hunain ) kamu semua lari meninggalkan Rasulullah, wahai abu umarah ?"
al barra' menjawab, "tidak , demi Allah. Rasulullah tidak pernah berundur . tetapi tentera yang ebrada di barisan paling hadapan yang berpaling melarikan diri kerana mereka diserang dengan anak panah kaum kabilah hawazin. 
pada masa itu, Rasulullah tetap berada di atas tunggangan baghal baginda,manakala abu sufian bin harith memegang tali kendali tunggangan Rasulullah."
(mereka yang berpaling lari ialah muallaf yang tergoda dengan harta rampasan perang )
kemudian , Rasulullah bersyair, "aku adalah nabi , tidak pernah berdusta, Aku adalah anak (keturunan) abu mutallib."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi )



HADIS 238

- anas bin malik berkata, "semasa Rasulullah hendak memasuki kota mekah untuk melakukan umrah qadha' , ibnu rawahah berjalan di hadapan baginda sambil bersyair ."wahai kaum kafir, biarkan jalan Muhammad. hari ini kami binasakan kamu semua (jikalau menghalanginya)  kerana nabi sudah turun (makkah ). kebinasaan yang memisahkan kepala dari leher , dan yang membuatkan kekasih melupakan kekasihnya."
(mendengar syair itu) , umar berkata kepada ibnu rawahah , "wahai ibnu Rawahah ! engkau bersyair di hadapan Rasulullah dan di tanah haram Allah ini !."
Rasulullah bersabda, "biarkan dia , wahai umar. kalimah kalimah syairnya lebih menusuk  untuk mereka daripada panahan anak panah."

( hadis riwayat Tirmizi dan an nasa'i )



HADIS 239

- Jabir bin samurah berkata, "aku duduk bersama Rasulullah lebih daripada 100 kali, para sahabat saling melantunkan syair dan berbicara mengenai kehidupan zaman jahiliah . Rasulullah hanya diam dan sekali sekala tersenyum bersama mereka."

( hadis riwayat Tirmizi dan an nasa'i )



HADIS 240

- abu hurairah berkata, "Rasulullah bersabda, "kalimah syair yang paling indah yang paling indah diucapkan oleh arab ialah kalimah syair labid, "ingatlah ! setiap sesuatu selain Allah pasti binasa."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, at Tirmizi , ibnu majah  )



HADIS 241

- abdul malik berkata, "aku pernah duduk di belakang Rasulullah semasa menunggang haiwan. aku membacakan kepada baginda sebanyak 100 bait syair gubahan umayyah bin abi shalt . setiap kali aku habis membaca sebait syair, Rasulullah berkata, "bacalah lagi ! "sehinggalah aku membaca 100 bait syair untuk baginda. kemudian Rasulullah bersabda, "umayyah hampir masuk islam."

( hadis riwayat  Muslim, at Tirmizi , ibnu majah  )



HADIS 242

- aisyah berkata, "Rasulullah menyediakan sebuah tempat yang tinggi seperti mimbar untuk hasan bin tsabit di dalam masjid ( di madinah ). di atas tempat itu, beliau berdiri dan melaungkan kehebatan Rasulullah atau mempertahankan Rasulullah. (daripada penghinaan kaum musyrikin ).
Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah memberi kekuatan kepada hasan melalui roh kudus (malaikat jibril ) , semasa beliau mempertahankan Rasulullah. (daripada penghinaan kaum musyrikin ), atau semasa beliau melaungkan kehebatan Rasulullah."

( hadis riwayat abu daud dan Tirmizi  )



BAB 38 - BUAL BICARA RASULULLAH


HADIS 243 

- aisyah berkata, "pada suatu malam, Rasulullah berbual bual suatu perbualan menarik dengan isteri isteri baginda. seorang isteri baginda berkata, "perbualan ini adalah seperti perbualan khurafah. " 
Rasulullah membalas, "adakah kamu mengetahui apakah itu khurafah ?khurafah adalah nama seorang lelaki dari kabilah udzrah (di yaman ) yang ditawan oleh jin pada zaman jahiliyah . dia tinggal bersama jin dalam jangka masa yang lama.
kemudian apabila jin mengembalikannya semula ke alam manusia, khurafah bercerita kepada manusia perkara perkara ajaib yang dia lihat di alam jin. oleh sebab itu, manusia menyebut "itu cerita khurafah."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 244

- perbualan ummu zarin, aisyah berkata, "11 orang wanita duduk dan berbual . mereka sepakat tidak menyembunyikan satu pun perihal suami mereka. . wanita pertama  berkataa, "suamiku bagaikan daging unta kurus (tubuh yang tidak menarik ) yang tinggal di puncak gunung berbatu batu. tidak ada tanah datar mendekatinya (akhlak yang tidak baik ), dan badannya tidak berisi sehingga tidak ada lemak dapat diambil dari badannya .(tidak bermanfaat pada orang lain ).

wanita ke-2 berkata, "aku tidak berani bercerita mengenai suamiku . aku takut diceraikan. jika aku bercerita juga, ia umpama aku bercerita tentang urat leher dan pusatnya (dia memiliki keburukan luar dan daalam )"

wanita ke-3 berkata, "suamiku kurus tinggi dan tidak menarik (akhlaknya) , jikalau aku mengungkapkan keburukannya, aku akan diceraikan. jikalau aku diam,, dia akan mengabaikan aku . 

wanita ke-4 berkata, "suamiku bagaikan malam di thihamah . tidak panas dan tidak sejuk . tidak menakutkan dan tidak membosankan.(suamiku berakhlak mulia dan tidak menyakitiku )

wanita ke-5 berkata, "suamiku jikalau di rumah selalu tidur dan berehat seperti harimau kumbang (pandai berjimak dan kasar) , manakala di luar rumah dia seperti singa (berani ) . dia tidak pernah mempersoalkan pemberian nya kepada rumah tangga kami."

wanita ke-6 berkata, "suamiku tidak pernah meninggalkan sisa makanan dan minumannya. dia menggunakan selimut bersendirian semasa tidur. dia tidak pernah memegangku bagi menanyakan dan mengetahui keadaanku. 

wanita ke-7 berkata, "suamiku mandul dan kurang bijak . seluruh penyakit ada padanya. . dia dapat memukul engkau  dan mengusir engkau atau keduanya sekali."

wanita ke-8 berkata, "suamiku memiliki ssentuhan yang lembut  selembut sentuhan arnab , dan baunya harum seharum wangian zarnab ."

wanita ke-9 berkata, "suamiku setinggi tiang (tinggi martabat dalam masyarakat ) sepanjang pedang (berjiwa perwira) , banyak abu (dapur selalu menyala untuk menjamu tetamu ke rumah ), dan rumahnya dekat dengan tempat berkumpul ."

wanita ke-10 berkata, "suamiku namanya malik . suamiku malik lebih baik dari suami suami tadi.. dia memiliki unta yang banyak dalam kandangnya , tetapi sedikit di tempat gembala . jikalau unta unta itu mendengar muzik gaambus, mereka mengetahui mereka bakal disembelih."

wanita ke-11 berkata, "suamiku abu zarin. betapa hebatnya abu zarin, dia memanjakan kedua telingaku dengan pelbagai barang perhiasan. dia mengisi kedua lenganku dengan lemak. (membuatkan aku menjadi gemuk), dan memberiku kehidupan yang senang hingga membuatku bahagia." aku dapat merasai nikmat hidup kalangan pemilik kuda, unta , sapi dan ladang . aku dapat berbicara dengannya sesuka hatiku. kata kataku tidak diremehkannya aku dapat tidur puas sampai ke pagi. dan aku dapat minum puas sampai kenyang. "

lalu aisyah berkata, "Rasulullah berkata kepadaku, "aku  bagimu umpama abu zarrin kepada ummu zarrin ."

( hadis riwayat al bukhari , muslim dan Tirmizi  )

mengikut hadis tabrani , Rasulullah berkata, "namun abu zarrin menceraikan ummu zarin , sedangkan aku tidak menceraikanmu." aisyah pun membalas , "wahai Rasulullah , kebaikan engkau kepadaku lebih baik dari kebaikan abu zarrin kepada ummu zarrin."



BAB 39 - CARA RASULULLAH TIDUR


HADIS 245

- Al bara' bin 'azib berkata, "apabila Rasulullah berbaring, baginda akan meletakkan telapak tangan kanan di bawah pipi kanannya. Rasulullah akan berdoa, "wahai Tuhanku, perliharalah aku daripada azabMu, pada hari Engkau bangkitkan seluruh hambaMu."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 246

- hudzaifah berkata, "apabila Rasulullah hendak tidur, baginda membaca doa, "Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan aku hidup." apabila bagun daripada tidur, Rasulullah berdoa, "seluruh pujian hanya kepada Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami, dan hanya kepadaNya tempat kembali."

( hadis riwayat Bukhari, at Tirmizi , ibnu majah )



HADIS 247

- Aisyah berkata, "apabila Rasulullah hendak tidur pada setiap malam, baginda akan menadah kedua belah tangan dan menghembus lembut telapak tangan baginda. selepas itu, baginda akan membaca surah al ikhlas, al falaq, dan an nas , lalu menyapukan kedua dua telapak tangan yang sudah dibacakan ketiga tiga surah tadi ke jasad baginda yang termampu disapu, iaitu dengan dimulai dari kepala, kemudian muka dan serterusnya bahagian hadapan badannya. Rasulullah melakukan amalan ini sebanyak 3 kali."

( hadis riwayat Bukhari, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 248

- Ibnu abbas berkata, "Rasulullah tidur sehingga berdengkur halus. baginda selalu berdengkur halus ketika tidur. apabila bilal datang dan melaungkan azan untuk bersolat subuh, Rasulullah lantas bangun daripada tidur dan mendirikan solat tanpa berwuduk terlebih dahulu."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )

**tidur Rasulullah tidak membatalkan wuduk kerana hatinya tidak tidur. ini adalah keistimewaan Rasulullah.



HADIS 249

- anas bin malik berkata, "apabila Rasulullah hendak tidur , baginda berdoa ,"seluruh pujian bagi Allah yang memberi makan kepada kami, memberi minum kepada kami, memberi kecukupan kepada kami dan memberi tempat berteduh kepada kami . betapa banyak orang yang tidak mendapat kecukupan dan tidak mendapat tempat berteduh."

( hadis riwayat muslim ,abu daud dan Tirmizi  )



HADIS 250

- Abu qatadah berkata, "apabila Rasulullah hendak singgah (semasa musafir) untuk beristirehat pada waktu malam , Rasulullah akan berbaring mengiring ke sebelah kanan rusuk kanan baginda. dan apabila baginda hendak singgah, (semasa musafir) untuk beristirehat sebelum masuk waktu subuh, baginda menegakkan lengan dan meletakkan kepalanya di atas telapak tangan baginda."

( hadis riwayat muslim dan Tirmizi  )




BAB 40 - IBADAH RASULULLAH


HADIS 251

- al mughirah berkata, "Rasulullah mendirikan solat sampai kedua dua kaki beliau bengkak . ada yang menegur baginda, "mengapa engkau menyusahkan dirimu sebegitu rupa, padahal Allah sudah mengampunkan kamu dari segala dosa yang lalu dan yang akan datang?"
 Rasulullah menjawab, "adakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur kepadaNya ?"

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 252 , 253

- abu hurairah berkata, "Rasulullah pernah melakukan solat sampai kedua dua kaki baginda bengkak (kerana lama berdiri ), ada yang bertanya kepada baginda, "mengapakah kamu melakukan hal ini, padahal sudah tertulis Allah mengampunkan segala dosamu yang lalu dan akan datang ?"
Rasulullah menjawab, "adakah aku tidak boleh menjadi hambaNya yang bersyukur ?"

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 254

- Al aswad bin yazid berkata, "aku bertanya kepada aisyah mengenai solat malam Rasulullah. aisyah menjawab, "Rasulullah tidur pada awal malam , kemudian baginda bangun dan mendirikan solat malam dan ibadah lain . apabila mendekati waktu sahur, baginda mendirikan solat witir.
  selepas itu, baginda kembali ke tempat tidur . sekiranya baginda berhajat kepada isteri baginda, baginda akan mendatangi isteri baginda. ketika mendengar seruan azan, baginda akan bangun dengan segera. jikalau baginda bangun dalam keadaan berjunub, baginda akan mandi terlebih dahulu. jikalau tidak, cukup sekadar mengambil wuduk , lalu keluar ke tempat solat."

( hadis riwayat Bukhari ,Tirmizi dan an nasa'i )



HADIS 255

- ibnu abbas bercerita kepada kuraib, baginda pernah bermalam di rumah makciknya dari sebelah ibu yang juga isteri Rasulullah iaitu maimunah, ibnu abbas bercerita, "aku tidur pada sisi lebar bantal, manakala Rasulullah (dan isterinya ) berbaring pada sisi panjang bantal tersebut. Rasulullah tidur sehingga tengah malam, kurang sikit atau lewat sedikit dari tengah malam. 

kemudian baginda bangun dan membersihkan wajahnya dari bekas tidur dan membaca 10 ayat terakhir surah ali imran. 

selepas itu baginda menghampiri bekas berisi air yang digantung dan mengambil wuduk dengan air itu. baginda wuduk dengan sebaik baiknya dan lalu mendirikan solat.  

aku pun berdiri di sebelah kiri Rasulullah hendak solat bersama sama baginda. tiba tiba Rasulullah meletakkan tangan kanannya di atas kepalaku lalu menarik telinga kananku dan memutarnya. (supaya aku berdiri di sebelah kanan baginda ). Rasulullah solat dua rakaat, kemudian dua rakaat lagi dan kemudian beberapa rakaat lagi (ada pandangan baginda solat 2 rakaat sebanyak 6 kali ) 

selepas itu baginda solat witir lalu berbaring semula sehingga muazin datang (menemui baginda).  apabila azan dilaungkan , baginda mendirikan solat 2 rakaat yang ringkas, lalu keluar dari rumah dan pergi mendirikan solat subuh berjemaah. "

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi dan an nasa'i )



HADIS 256

- ibnu abbas berkata, "Rasulullah mengerjakan solat malam sebanyak  13 rakaat."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 257

- aisyah berkata, "jikalau Rasulullah tidak sempat mengerjakan solat malam disebabkan tidur atau terlalu mengantuk, baginda akan mengerjakan solat 12 rakaat pada siang hari."

( hadis riwayat Muslim, at Tirmizi  dan an nasa'i )



HADIS 258

- abu hurairah berkata, "Rasulullah berpesan, jikalau ada di antara kamu semua yang bangun hendak solat pada waktu malam , mulakanlah solat dengan 2 rakaat yang ringkas dan ringan."

( hadis riwayat  Muslim, abu daud dan at Tirmizi  dan ahmad )



HADIS 259

- zaid bin khalid berkata, "sungguh , aku memerhatikan Rasulullah solat pada waktu malam . ketika itu aku tidur di ambang pintu rumah baginda atau di hadapan khemah baginda. Rasulullah memulakan dengan 2 rakaat solat yang ringkas.

kemudian , baginda mengerjakan solat 2 rakaat yang panjang , panjang dan panjang seolah olah 6 rakaat. selepas itu baginda mendirikan solat 2 rakaat yang lebih ringkas dari solat sebelumnya, kemudian 2 rakaat yang lebih ringkas dari sebelumnya dan kemudian 2 rakaat yang lebih ringkas dari sebelumnya. kemudian 2 rakaat yang lebih ringkas dari sebelumnya, dan kemudian baginda mengerjakan solat witir 1 rakaat. 

kesemuanya berjumlah 13 rakaat."

( hadis riwayat Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah  )



HADIS 260

- abi salamah bertanya pada aisyah tentang solat malam Rasulullah pada waktu malam pada bulan Ramadan, "aisyah menjawab, "Rasulullah tidak menambah (bilangan rakaat solat malam) samada bulan Ramadan atau pada bulan lain , melebihi 11 rakaat. 

secara terperinci , Rasulullah solat 4 rakaat, jangan kamu bertanya bagus dan panjang solat ini. kemudian , baginda solat lagi 4 rakaat, jangan lagi kamu bertanya keindahan solat baginda. 

selepas itu baginda solat witir 3 rakaat, aku bertanya , "Wahai Rasulullah, adakah kamu tidur sebelum solat witir ?"Rasulullah menjawab, "wahai aisyah, sesungguhnya yang tidur hanya kedua mataku, tetapi hatiku tidak tidur."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi dan an nasa'i )



HADIS 261

- Aisyah meriwayatkan, "Rasulullah solat malam sebanyak 11 rakaat , termasuk 1 rakaat solat witir."
 apabila selesai mengerjakan solat, baginda akan mengiring ke kanan di atas rusuk kanan."

( hadis riwayat muslim ,abu daud dan Tirmizi  )



HADIS 262

- aisyah berkata, "Rasulullah mengerjakan solat malam 9 rakaat."

( hadis riwayat at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 263

- hudzaifah al yaman berkata, "hudzaifah pernah solat malam bersama Rasulullah , hudhaifah berkata, "Rasulullah masuk dalam solatnya, baginda membaca Allahu Akbar zul malakuti wal jabaruti wal kibriyai wal 'azhamah ( Allah Maha Besar, pemilik kerajaan , kekuasaan, kebesaran dan keagungan )."

  selepas itu Rasulullah membaca surah al baqarah , lalu  rukuk. lama rukuk baginda sehingga hampir sama dengan lamanya berdiri. semasa rukuk, baginda membaca, "subhana robbiyal 'azimi 2x ( Maha Suci Allah, Tuhanku yang Maha Agung ."

  selepas itu baginda mengangkat kepalanya berdiri tegak untuk iqtidal . baginda berdiri lama sama seperti lamanya baginda rukuk. semasa iqtidal' baginda membaca, "li rabbiyal hamd "x2

  selepas itu baginda sujud. sujud baginda hampir sama lama dengan lamanya baginda i'tidal. semasa sujud baginda membaca, "subhana robbiyal a'la x2 (  Maha Suci Allah, Tuhanku yang Maha Tinggi  ."

  selepas itu baginda duduk antara dua sujud . duduk antara 2 sujud baginda hampir sama lama dengan lamanya baginda sujud.  baginda membaca, "robbihfirli x2."

  demikianlah baginda solat lama sekali sehingga baginda membaca surah al baqarah (pada rakaat pertama), surah ali imran (pada rakaat kedua ), surah an nisa' ( rakaat ke-3) ,dan surah al maidah atau al an'am ( pada rakaat ke 4 )

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi , ahmad dan an nasa'i )



HADIS 264

- aisyah berkata, "Rasulullah bangun solat sepanjang malam dengan hanya membaca 1 ayat al Quran."

( hadis riwayat Tirmizi )
**menurut abu dzar , ayat yg dibaca nabi ialah ayat 118 surah al maidah



HADIS 265

- abdullah bin mas'ud berkata, "pada suatu malam, aku solat bersama Rasulullah. baginda berdiri begitu lama sehingga terlintas niat tidak baik dalam hatiku. dia ditanya apakah niat yang tidak baik itu, dia menjawab, "aku mahu duduk dan meninggalkan Rasulullah."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim,  at Tirmizi , ibnu majah dan ahmad )



HADIS 266

- aisyah berkata, "sesungguhnya Rasulullah pernah solat dalam keadaan duduk , termasuk ketika membaca surah dalam solat. apabila bacaan surah tinggal sekitar 30-40 ayat, baginda berdiri dan meneruskan bacaan sambil berdiri lalu rukuk dan sujud . pada rakaat yang kedua, baginda melakukan hal yang sama."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi  dan an nasa'i )



HADIS 267

- abdullah bin syaqiq berkata, "aku bertanya pada aisyah tentang solat sunat Rasulullah , aisyah menjawab.,"Rasulullah pernah solat malam dalam keadaan berdiri lama. baginda juga pernah solat malam dalam keadaan duduk yang lama. jikalau baginda membaca surah dalam keadaan berdiri, baginda akan turun rukuk dan sujud dalam keadaan baginda berdiri . jikalau membaca surah dalam keadaan duduk, baginda akan turun rukuk dan sujud ketika duduk."

( hadis riwayat Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad dan an nasa'i )



HADIS 268

- hafshah berkata, "Rasulullah pernah solat sunat sambil duduk. baginda membaca surah dengan tartil sehingga bacaan itu menjadi panjang dari surah yang lain yang lebih panjang (yang dibaca tanpa tartil )."

( hadis riwayat Muslim,  at Tirmizi , imam ahmad dan an nasa'i )



HADIS 269

-  aisyah berkata, "menjelang akhir hayat Rasulullah, sebahagian besar solat baginda (yang sunat) dikerjakan dalam keadaaan duduk."

( hadis riwayat Muslim,  at Tirmizi , imam ahmad dan an nasa'i )



HADIS 270

- abdullah bin umar berkata, "aku dan Rasulullah pernah bersama mengerjakan solat sunat 2 rakaat sebelum zohor dan 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas maghrib di rumah baginda, dan 2 rakaat selepas isya' di rumah baginda juga."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan ahmad )



HADIS 271

- Hafshah berkata, "sesungguhnya Rasulullah mendirikan solat sunat 2 rakaat yang ringkas ketika azan berkumandang dan ketika muncul fajar."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 272

- abdullah bin umar berkata, "daripada Rasulullah, aku menjaga 8 rakaat solat sunat (muakkad) , 2 rakaat sebelum solat zohor , 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isya'."

( hadis riwayat Bukhari, ahmad, Tirmizi )



HADIS 273

- abdullah bin syaqiq pernah bertanya kepada aisyah mengenai solat sunat rawatib Rasulullah. aisyah menjawab, "Rasulullah mendirikan 2 solat sunat sebelum zohor dan 2 rakaat selepasnya , 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isya' dan 2 rakaat sebelum subuh."

( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi dan ahmad  )



HADIS 274

- ashim bertanya pada ali mengenai solat Rasulullah pada waktu siang.ali menjawab, "sungguh , kamu semua tidak akan mampu melakukannya. 
kami berkata, "sekiranya ada di antara kami yang mampu, pasti dia dapat melakukannya."

dengan itu Ali memberitahu, "apabila kedudukan matahari dari arah timur (arah terbitnya matahari ) mencapai kedudukan yang sama dengan kedudukannya dari arah barat pada waktu asar , maka Rasulullah akan mendirikan solat dhuha 2 rakaat , dan Rasulullah mendirikan solat 4 rakaat pada waktu zohor ( solat awwabin ) , Rasulullah mendirikan solat sunat 4 rakaat sebelum zohor dan 2 rakaat selepas zohor . baginda juga mendirikan solat 4 rakaat sebelum asar. baginda memisahkan setiap 2 rakaat dengan memberi salam kepada para malaikat, nabi dan seluruh orang mukmin yang mengikuti mereka. "
( hadis riwayat at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )




BAB 41 - SOLAT DHUHA RASULULLAH


HADIS 275

- Muadzah berkata, "aku bertanya kepada aisyah, "adakah Rasulullah mengerjakan solat dhuha ? aisyah menjawab, "ya . baginda mendirikan solat dhuha sebanyak 4 rakaat. kadang kala , baginda menambah bilangan rakaat sesuai dengan kehendak yang dikehendaki Allah."

( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi , ahmad )



HADIS 276

- anas bin malik berkata, "sesungguhnya Rasulullah pernah  mengerjakan solat dhuha  sebanyak 6 rakaat."

( hadis riwayat Tirmizi )




HADIS 277

- abdul rahman bin abi laila berkata,"tidak ada seorang pun yang menyampaikan khabar kepadaku yang dia melihat Rasulullah mengerjakan solat sunat dhuha melainkan ummu hani. ummu hani menyampaikan hadith yang mengatakan Rasulullah datang ke rumahnya semasa penakhlukan Mekah lalu mandi, kemudian mengerjakan solat dhuha sebanyak 8 rakaat. tidak pernah aku melihat Rasulullah melakukan solat yang lebih ringkas daripada itu.namun begitu, baginda tetap menyempurnakan rukuk dan sujud."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 278

- abdullah bin syaqiq berkata, "aku bertanya kepada aisyah, "adakah Rasulullah mengerjakan solat dhuha ?" aisyah menjawab, "tidak , kecuali apabila Rasulullah datang dari perjalanan."

( hadis riwayat Muslim, abu daud , at Tirmizi , ahmad dan an nasa'i )



HADIS 279

- abu said al khudri berkata, "Rasulullah selalu mendirikan solat dhuha , sehingga kami menyangka baginda tidak akan meninggalkannya. baginda kadang kala meninggalkan solat dhuha , sehingga kami menyangka baginda tidak akan mendirikannya lagi."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 280

- abu ayyub al ansari berkata, "Rasulullah selalu mendirikan solat 4 rakaat ketika matahari tergelincir (iaitu solat sunat sebelum zohor). aku bertanya, "wahai Rasulullah ! mengapakah kamu selalu mengerjakan solat 4 rakaat ketika matahari tergelincir."

Rasulullah menjawab, " pintu pintu langit dibuka ketika matahari tergelincir , ia tidak ditutup sehingga solat zohor didirikan. oleh itu aku mahu kebaikan yang aku lakukan ketika itu diangkat ke langit (diterima di sisi Allah )."
 aku bertanya, "adakah salam pemisah pada setiap 2 rakaatnya?" Rasulullah menjawab, "tidak !"

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad  )




HADIS 281

- abdullah bin as saib berkata, " Rasulullah pernah mendirikan solat sunat 4 rakaat selepas matahari tergelincir, iaitu sebelum solat zohor." baginda berkata, "sesungguhnya masa masa itu adalah waktu dibukanya pintu pintu langit . aku ingin supaya amal ibadahku diterima pada waktu itu."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 282

- ali bin abi thalib berkata, "sesungguhnya Rasulullah mendirikan solat sunat 4 rakaat sebelum waktu zohor. ali berkata, "Rasulullah mengerjakan solat itu selepas matahari tergelincir, dan baginda memanjangkan bacaan dalam solatnya."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



BAB 42 - SOLAT SUNAT RASULULLAH DI RUMAH


HADIS 283

- abdullah bin sa'd berkata, "aku bertanya pada Rasulullah tentang solat sunat di rumah dan di masjid.  Rasulullah menjawab, "kamu dapat melihat betapa dekatnya rumahku dengan masjid . sungguh aku lebih suka solat sunat di rumah daripada di masjid kecuali jikalau solat fardhu."

( hadis riwayat  at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad  )



BAB 43 - PUASA RASULULLAH


HADIS 284

- abdullah bin syaqiq bertanya pada aisyah mengenai puasa sunat Rasulullah. aisyah menjawab,"Rasulullah selalu berpuasa sehingga kami menyangka baginda akan selalu mahu berpuasa." ada masanya Rasulullah tidak berpuasa, sehingga kami menyangka baginda tidak mahu selalu berpuasa lagi.Rasulullah tidak pernah berpuasa penuh sebulan semenjak baginda menetap di Madinah, kecuali pada bulan Ramadan."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim,  at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 285

- anas bin malik ditanya mengenai puasa sunat Rasulullah. anas menjawab, "Rasulullah berpuasa selama beberapa hari dalam sebulan sehingga kami menyangka baginda akan berpuasa selama sebulan penuh. baginda juga pernah tidak berpuasa sehingga kami menyangka baginda tidak mahu langsung berpuasa pada bulan itu. kamu akan dapat  Rasulullah mendirikan solat pada waktu malam , dan kamu juga akan dapat baginda tidur pada waktu malam."

( hadis riwayat Bukhari,  at Tirmizi , ahmad dan an nasa'i )



HADIS 286

- ibnu abbas berkata, "Rasululllah berpuasa beberapa dalam sebulan sehingga kami menyangka baginda mahu berpuasa sebulan penuh. ada masanya, baginda tidak berpuasa beberapa hari sehingga kami menyangka baginda tidak mahu langsung berpuasa pada bulan tersebut. Rasulullah tidak pernah berpuasa sebulan penuh semenjak baginda menetap di madinah . kecuali pada bulan Ramadan."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 287

- ummu salamah berkata, "aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa 2 bulan berturut turut kecuali bulan sya'ban dan Ramadan."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad dan an nasa'i )



HADIS 288

- aisyah berkata, "aku belum pernah melihat Rasulullah berpuasa sejumlah hari yang lebih banyak daripada puasa baginda pada bulan sya'ban. baginda berpuasa sebahagian besar hari hari bulan sya'ban kecuali beberapa hari. baginda pernah berpuasa hampir sebulan penuh pada bulan sya'ban."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i dan ahmad )




HADIS 289

- abdullah bin mas'ud berkata, "Rasulullah berpuasa pada awal setiap bulan selama 3 hari . dan jarang sekali baginda meninggalkan puasa pada hari Jumaat (disertai dengan puasa satu hari sebelumnya ataupun selepasnya. )."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 290

- aisyah berkata, "Rasulullah begitu bersungguh sungguh mengamalkan puasa pada hari isnin dan khamis."

( hadis riwayat  at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad dan an nasa'i )




HADIS 291

- Abu hurairah berkata, Rasulullah bersabda, "seluruh amal diperlihatkan kepada Allah pada hari isnin dan khamis . oleh itu , aku menyukai  amal kebajikanku diperlihatkan semasa aku sedang berpuasa."

( hadis riwayat  at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad  )




HADIS 292

- aisyah berkata, "pada suatu bulan, Rasulullah berpuasa pada hari sabtu , ahad , isnin. pada bulan yang lain, baginda berpuasa pada hari selasa, rabu dan khamis."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 293

- aisyah berkata, "Rasulullah tidak pernah berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak daripada jumlah puasanya pada bulan sya'ban."

( hadis riwayat al bukhari , muslim , Tirmizi dan malik )



HADIS 294

- mu'adzah berkata, "aku bertanya kepada aisyah, "adakah Rasulullah berpuasa 3 hari pada setiap bulan ? aisyah menjawab, "ya.". aku bertanya lagi, "pada hari apakah baginda berpuasa?" aisyah menjawab, "baginda tidak pernah memilih hari untuk berpuasa."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah  )



HADIS 295

- aisyah berkata, "pada zaman jahiliyah, kaum quraisy berpuasa pada hari asyura (10 muharam ). Rasulullah juga pernah berpuasa pada hari asyura.semasa menetap di madinah, baginda tetap berpuasa hari asyura dan memerintahkan umat islam untuk berpuasa pada hari itu.

  apabila puasa Ramadan diwajibkan kepada umat islam (pada tahun ke-2 hijrah ), hanya puasa Ramadan yang wajib. puasa hari asyura sudah tidak wajib. tiada halangan kepada sesiapa yang mahu melakukannya , dan tiada paksaan kepada sesiapa yang meninggalkannya."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi )




HADIS 296

- alqamah berkata, "aku bertanya kepada aisyah ,"adakah Rasulullah mengkhususkan hari sesuatu bagi sesuatu perkara ? " aisyah menjawab, "tidak . amal ibadah baginda berterusan . siapakah antara kamu semua yang mampu melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah ?"

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi dan ahmad )



HADIS 297

- aisyah berkata, "pada suatu hari Rasulullah datang menjengukku. pada waktu itu, ada seorang wanita bersamaku. Rasulullah bertanya,"Siapakah dia?"

aku menjawab,"si fulanah.". dia suka berjaga malam kerana ibadah."

Rasulullah pun berkata, "lakukanlah ibadah sebanyak yang kamu mampu. demi Allah. Allah tidak pernah bosan (memberikan pahala), sehingga kamu sendiri yang bosan (beribadah)."

Perbuatan yang paling disukai oleh Rasulullah ialah amalan yang berterusan."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )




HADIS 298

- abu shalih berkata, "aku bertanya kepada aisyah dan ummu salamah, "amal ibadah apakah yang paling disukai oleh Rasulullah."

aisyah dan ummu salamah menjawab, "amal ibadah yang dilakukan berterusan walaupun sedikit."

( hadis riwayat Tirmizi )




HADIS 299

- auf bin malik berkata , aku bertanya kepada aisyah dan ummu salamah,"amal ibadah apakah yang disukai oleh Rasulullah ?" aisyah dan ummu salamah menjawab ,"amal ibadah yang dilakukan berterusan walaupun sedikit."

( hadis riwayat Tirmizi )




HADIS 300

- auf bin malik berkata, "pada suatu malam (di bulan ramadan) ,saya bersama Rasulullah. baginda membersihkan gigi, berwuduk dan bersolat. aku solat bersama Rasulullah. selepas membaca al fatihah, baginda membaca surah al baqarah, apabila sampai pada ayat rahmat, Rasulullah berhenti sebentar dan memohon rahmat kepada Allah. apabila sampai pada ayat berkenaan azab, baginda berhenti sebentar dan memohon perlindungan.

 kemudian baginda rukuk dan berdiam sejenak dalam keadaan rukuk yang lamanya sama seperti berdiri. dalam rukuk baginda membaca (maha suci Allah pemilik kekuasaan , kerajaan, kebesaran dan keagungan ).

 selepas itu baginda sujud yang lamanya seperti rukuk.  dalam sujudnya baginda membaca (maha suci Allah pemilik kekuasaan , kerajaan, kebesaran dan keagungan ).

 kemudian baginda membaca surah ali imran ( pada rakaat kedua ) , surah an nisa' ( pada rakaat ke-3 ) dan surah al maidah ( pada rakaat ke 4 ). baginda melakukan hal yang sama pada setiap rakaat."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi , imam ahmad dan an nasa'i )





BAB 44 - CARA RASULULLAH MEMBACA AL QURAN


HADIS 300

- ya'la bin mamlak berkata ,"ya'la bertanya pada ummu salamah mengenai cara Rasulullah membaca al Quran. ummu salamah menjelaskan, Rasulullah membaca al Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi  dan an nasa'i )




HADIS 301

- qatadah berkata, "aku bertanya kepada anas bin malik, bagaimana cara Rasulullah membaca al Quran ?"anas menjawab, "Rasulullah memanjangkan bacaan (sesuai dengan hukum tajwid)."

( hadis riwayat Bukhari,  abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah , ahmad dan an nasa'i )




HADIS 302

- ummu salamah berkata, "Rasulullah memotong bacaan baginda (bagi setiap ayat ), baginda membaca alhamdulillahi rabbil 'alamin lalu berhenti. kemudian, baginda membaca arrahmanir rahim lalu berhenti. selepas itu baginda membaca malikiyau middin."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi, imam ahmad  )



HADIS 303

- abdullah bin abi qais berkata, "aku bertanya kepada aisyah mengenai bacaan Rasulullah ,"adakah Rasulullah membaca secara perlahan atau kuat ?"

  aisyah menjawab, "kedua dua cara itu pernah dilakukan oleh Rasulullah.kadangkala baginda membaca dengan kuat dan kadangkala dengan perlahan."

  aku menjawab, "Seluruh pujian bagi Allah yang memberikan kemudahan dan kesenangan dalam hal ini."

( hadis riwayat Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad dan an nasa'i )



HADIS 304

- ummu hani berkata, "aku pernah mendengar Rasulullah membaca (al Quran ) pada waktu malam, dan ketika itu aku berada di atas tempat tidur."

( hadis riwayat at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad dan an nasa'i )



HADIS 305

- abdullah bin mughaffal berkata, "aku melihat Rasulullah di atas tunggangan untanya pada hari pembebasan mekah sambil membaca, "sesungguhnya kami telah membuka bagi perjuanganmu satu jalan kemenangan yang nyata , kerana Allah mengampuni dosaku yang lalu dan yang akan datang . ( surah al fath ayat 1 dan 2 )

abdullah berkata, "baginda membaca ayat ini dengan suara yang indah."

perawi hadis ini berkata, "sekiranya orang tidak berkumpul di sekeliling ku, pasti akan ku baca untuk kalian seperti suara bacaan itu ,.."atau seperti keindahan irama bacaan Rasulullah ."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ahmad dan an nasa'i )



HADIS 306

- qatadah berkata, "Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan nabi itu berwajah tampan dan bersuara merdu. nabi kamu semua berwajah tampan dan bersuara merdu. kadangkala, baginda tidak melagukan (bacaan)."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 307

- ibnu abbas berkata, "kadangkala orang yang berada di dalam bilik dapat mendengar bacaan Rasulullah yang berada di ruang rumah."

( hadis riwayat abu daud dan Tirmizi  )



BAB 45 - TANGISAN RASULULLAH


HADIS 308 

- abdullah bin asy syikhkhir berkata, "aku mengunjungi Rasulullah semasa baginda sedang solat. pada masa itu, terdengar tangisan baginda yang berbunyi seperti air yang sedang menggelegak."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi  dan an nasa'i )



HADIS 309

- abdullah bin mas'ud berkata, "Rasulullah berkata kepadaku, bacakanlah alQuran kepadaku!. aku membalas , "wahai Rasulullah, adakah aku layak membacakannya kepadamu , padahal ia diturunkan kepadamu ?"
  Rasulullah menjawab, "aku suka mendengar bacaan daripada selain diriku sendiri ."

 aku membaca surah an nisa' . apabila sampai pada ayat, ,"...dan Kami datangkan engkau sebagai saksi terhadap umatmu ini. (surah an nisa' - ayat 41 ),"aku melihat kedua dua mata Rasulullah basah oleh air mata."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, at Tirmizi , ahmad )



HADIS 310

- abdullah bin amru berkata, "pada suatu hari pada zaman Rasulullah, berlaku gerhana matahari.Rasulullah mendirikan solat gerhana. dalam solatnya, baginda berdiri lama hingga hampir tidak rukuk. baginda rukuk begitu lama sehingga hampir tidak i'tidal. baginda iktidal begitu lama sehingga hampir tidak sujud. 

  kemudian baginda sujud, lamanya sujud baginda sehingga hampir tidak bangun (untuk duduk di antara 2 sujud ) , lalu baginda bangun ( untuk duduk antara 2 sujud) , duduknya antara 2 sujud lama sehingga hampir tidak sujud.

  kemudian baginda sujud. sujudnya lama sehingga hampir baginda tidak bangun. apabila bangun baginda membaca doa ini dengan suara tersekat sekat kerana menangis, "wahai Tuhanku, bukankah Engkau sudah berjanji tidak akan mengazab mereka semasa aku masih bersama dengan mereka ?". wahai Tuhanku ! bukankah  Engkau sudah berjanji tidak mengazab mereka apabila mereka memohon ampun kepadaMu ? sekarang, kami sedang memohon ampun kepadaMu ."

  apabila Rasulullah selesai solat gerhana 2 rakaat, matahari terang semula. baginda bangun , memuji dan menyanjung Allah lalu berkata, "sesungguhnya matahari dan bulan termasuk tanda kekuasaan Allah. gerhana tidak berlaku disebabkan kematian atau kelahiran sesiapa. apabila berlaku gerhana, berzikirlah dengan menyebut nama Allah. (dengan cara mendirikan solat gerhana)."

( hadis riwayat  abu daud dan at Tirmizi , ahmad dan an nasa'i )



HADIS 311

- Abdullah bin abbas berkata, "Rasulullah mengangkat cucu perempuannya yang hampir meninggal dunia , lalu dipeluk dan diletakkan di pangkuan baginda. cucu Rasulullah benar benar hampir meninggal ketika di pangkuan baginda. ummu aiman menangis dengan kuat. 

 Rasulullah menegurnya, "wahai ummu aiman, mengapakah kamu menangis ( tangisan yang berserta teriakan di hadapan Rasulullah ?)"

  ummu aiman menjawab, "bukankah aku pernah melihat engkau menangis ?" Rasulullah berkata, "aku bukanlah menangis (yang dilarang) , tetapi ia adalah tangisan rahmat.sesungguhnya orang beriman selalu dalam keadaan baik pada setiap keadaan, sehingga jikalau nyawanya sedang dicambut pun dia tetap memuji Allah."

( hadis riwayat at Tirmizi , ahmad dan an nasa'i )



HADIS 312

- aisyah berkata, "Rasulullah mencium usman bin mazhun yang sudah meninggal sambil menangis." atau pelapor meriwayatkan, "..kedua dua mata baginda berlinangan air mata."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah )



HADIS 313

- anas bin malik berkata, "kami menyaksikan pengebumian seorang anak perempuan Rasulullah. baginda duduk di tepi kubur, dan aku melihat kedua dua mata baginda berlinangan air mata. 

  Rasulullah bertanya ,"siapakah di antara kamu yang tidak bersetubuh dengan isterinya malam tadi ?" abu thalhal menjawab, "aku."

 Rasulullah berkata, "turunlah ke liang lahad ." abu thalhah menuruti perintah Rasulullah dan turun ke liang lahad."

( hadis riwayat Bukhari,  at Tirmizi , ahmad  )



BAB 46 - TEMPAT TIDUR RASULULLAH


HADIS 314

- aisyah berkata, "sesungguhnya alas tidur Rasulullah yang digunakan untuk tidur adalah dibuat daripada kulit yang isi dalamnya serat pelepah kurma."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi ,ibnu majah,  ahmad )



HADIS 315

- Muhammad al baqir bin ali zainul abidin bin husain berkata, "aisyah pernah ditanya , "apakah alas tidur Rasulullah di rumahmu ?"
  aisyah menjawab ,"dibuat daripada kulit yang isi dalamnya serat pelepah kurma."

  hafshah ditanya, "apakah alas tidur Rasulullah di rumahmu ?" hafshah menjawab, "Rasulullah tidur di atas sehelai kain wol kasar yang dilipat dua."

 pada suatu malam, aku terfikir , jikalau aku lipat menjadi 4 , tentu lebih empuk untuk baginda. " dengan itu aku melipat kain wol itu menjadi 4 lipatan. apabila bangun pagi, Rasulullah bertanya kepadaku apa yang engkau berikan kepadaku sebagai alas tidur malam tadi ?" aku menjawab ,"ia alas tidurmu yang biasa, namun aku melipatnya menjadi 4 lipatan. aku menganggap ia akan menjadi lebih empuk untukmu."

  Rasulullah membalas, "jadikan ia semula seperti keadaan asal . sebab empuk alas ini sudah menghalang aku bangun mendirikan solat pada malam tadi."

( hadis riwayat Tirmizi )



BAB 47 - SIFAT TAWADDUK RASULULLAH


HADIS 316 

- umar al khattab berkata, "Rasulullah bersabda, "janganlah kamu semua melampaui batas semasa memujiku, sebagaimana orang Nasrani melampaui batas memuji isa ibni maryam , aku hanya seorang hamba, oleh itu, katakanlah aku adalah hamba Allah dan rasulNya."

( hadis riwayat al bukhari dan Tirmizi  )



HADIS 317

- anas bin malik berkata, "seorang wanita (iaitu ummu zufar , penyisir rambut Khadijah ) datang menemui Rasulullah dan berkata, "sebenarnya aku memiliki hajat kepadamu."\

 Rasulullah membalas, "duduklah di mana sahaja yang kamu mahu di madinah, aku pasti datang duduk bersamamu (buat mendengarkan hajat kamu )."**maksudnya wanita itu mahu menyampaikan hajat secara rahsia . 

( hadis riwayat muslim ,abu daud dan Tirmizi  )



HADIS 318

- anas bin malik berkata, "Rasulullah melawat orang sakit , menyaksikan pengurusan jenazah, menunggang keldai, menghadiri jemputan seorang budak sahaya. semasa perang bani Quraizah, baginda menunggang keldai yang tali kendalinya dibuat dari tali serat pelepah kurma, dan pelananya dibuat dari serat pelepah kurma."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 319

- anas bin malik berkata, "Rasulullah pernah diundang makan roti barli (gandum berkualiti rendah) dan lemak basi (kerana lama disimpan).baginda memenuhi undangan itu. baginda juga memiliki baju perang yang digadaikan kepada seorang yahudi . sehingga wafat, Rasulullah tidak dapat menebus semula baju perang itu."

( hadis riwayat Bukhari, at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 320

- anas bin malik berkata, "Rasulullah pergi mengerjakan haji sambil duduk di atas pelana usang yang beralaskan kain baldu yang berharga tidak sampai 4 dirham. baginda berdoa, "Ya Allah , jadikanlah ia haji yang tidak ada riya' dan tidak ada sum'ah."

( hadis riwayat Bukhari, at Tirmizi , ibnu majah )

**sum'ah = memperdengarkan perbuatan supaya orang lain mengetahuinya
** riya' = memperlihatkan perbuatan supaya orang lain mengetahuinya



HADIS 321

-  anas bin malik berkata, "Tidak ada seorang pun yang paling disayangi oleh para sahabat melainkan Rasulullah . apabila mereka (para sahabat) melihat Rasulullah, mereka tidak berdiri sebab mereka tahu Rasulullah tidak suka perbuatan tersebut."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 322

- hasan bin ali berkata, "aku pernah bertanya pada pakcikku,hindun bin abu halah mengenai sifat mulia Rasulullah. dia mengetahui banyak sifat Rasulullah. dia berkata, "Rasulullah seorang yang agung dan berwibawa . wajahnya cerah berseri umpama kilau bulan di malam purnama. lalu hindun menceritakan hadis ini sehingga habis (seperti dalam hadis ke-8 dalam kitab ini) . 

  hasan berkata, "aku merahsiakan keterangan sifat Rasulullah daripada Husain dalam jangkamasa yang lama. rupanya husain telah mengetahui sifat Rasulullah sebelumku. dia pernah bertanya pada hindun dan pada bapanya Ali mengenai masa Rasulullah masuk dan keluar rumah, dan fizikal baginda. 

  husain bercerita, "aku bertanya pada bapaku mengenai sifat Rasulullah apabila masuk rumah. ayahku menjawab, "apabila Rasulullah sudah sampai dan hendak masuk ke dalam rumah, baginda akan membahagikan masa baginda di rumah kepada 3 bahagian. 1 bahagian untuk Allah, 1 bahagian untuk keluarga baginda dan 1 bahagian untuk diri baginda sendiri.  bahagian untuk diri baginda pula dibahagikan pula untuk diri baginda dan untuk umat baginda. 

  bahagian untuk umat, Rasulullah gunakan bersama orang tertentu untuk maslahat orang ramai. Rasulullah tidak menyembunyikan suatu perkara pun daripada mereka. antara kebiasaan Rasulullah semasa bersama dengan umat baginda adalah mendahulukan mereka yang mulia dengan izin baginda bagi menyampaikan permasalahan umat. 

  Rasulullah membahagi permasalahan umat itu berdasarkan peringkat maslahat mereka dalam masalah agama. Rasulullah menyibukkan diri menguruskan mereka yang berhajat itu. dari pertanyaan itu, Rasulullah membimbing mereka untuk memberi kebaikan pada mereka dan umat. 

  Rasulullah berpesan, "kamu semua yang hadir di sini, hendaklah menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir. sampaikan juga hajat mereka yang tidak dapat hadir kerana sesiapa yang menyampaikan hajat orang lain yang tidak mampu menyampaikannya sendiri kepada seorang pemerintah, Allah akan teguhkan kakinya pada hari kiamat. 

 hal hal yang diceritakan pada Rasulullah hanya hal yang bermanfaat sahaja, para pembesar menemui Rasulullah dengan membawa pelbagai permintaan dan masalah. mereka tidak pulang, kecuali selepas mendapat bekalan (ilmu dan akhlak ) , dan keluar bersama dalil (sebagai petunjuk kepada kebaikan ).

 husein bin ali berkata, "lalu aku bertanya pada ayahku tentang sifat Rasulullah ketika keluar dari rumah, apakah yang dilakukan oleh baginda ?" ayahku menjawab, "Rasulullah menahan dan menjaga lisan baginda , kecuali pada hal hal yang bermanfaat untuknya. Rasulullah mampu membuatkan hati mereka dekat dan senang dengan baginda. tidak menjadikan mereka berpaling daripada baginda. Rasulullah memuliakan orang yang mulia pada setiap kaum, dan menempatkannya sebagai pemimpin untuk kaum tersebut. 

  Rasulullah selalu memberikan peringatan kepada umatnya , baginda juga menjaga diri dari keburukan manusia, tanpa membunyikan wajah baginda yang ceria dan akhlak baginda yang mulia. Rasulullah memerhatikan keadaan sahabat baginda, dan bertanya apa yang sedang berlaku kepada umat baginda. Rasulullah memuji perbuatan yang baik dan mencela perbuatan yang buruk. semua perkara baginda adalah sederhana , tidak kurang dan tidak lebih. 

  Rasulullah tidak pernah lalai dari memperingati umat baginda . baginda memiliki ukuran dan persiapa bagi semua perkara. baginda tidak mengurangi hak yang benar atau melampaui batasnya, orang yang paling mulia di sisi Rasulullah ialah orang yang paling banyak memberi nasihat kepada orang lain. orang yang paling agung kedudukannya di sisi baginda ialah orang yang paling banyak menolong dan membantu sesama mereka."

  husein bin ali berkata, "lalu aku bertanya pada ayahku tentang sifat Rasulullah ketika duduk ."ayahku menjawab,"Rasulullah tidak bangun dan tidak duduk, kecuali dengan berzikir. apabila baginda menghampiri satu kaum yang sedang duduk, baginda akan duduk di tempat kosong yang terakhir di majlis itu. baginda memerintahkan supaya umatnya melakukan perkara yang sama (apabila menghadiri majlis ).

  Rasulullah memberi hak kepada setiap orang yang duduk mendengar baginda. ia menjadikan tidak ada seorang pun yang hadir pada majlis mereka lebih mulia daripada mereka melainkan diri mereka sendiri. sesiapa yang mengajak Rasulullah duduk ataupun berbincang mengenai sesuatu hajat , baginda akan bersabar sehingga orang itu menyudahkan percakapannya dan pergi terlebih dahulu. 

  Sesiapa pun yang memohon hajat pada baginda tidak akan ditolak selagi baginda mampu  memenuhinya, ataupun jikalau tidak mampu , baginda menyatakan dengan ayat yang paling baik dan menyenangkan. wajah baginda yang tenang dan berseri dan akhlak baginda yang indah dapat dirasakan oleh seluruh manusia. 

  Rasulullah umpama bapa kepada mereka, dan mereka memiliki hak yang sama di sisi baginda. majlis Rasulullah ialah majlis yang dipenuhi dengan sifat lemah lembut, malu , amanah dan sabar. tidak ada yang meninggikan suara, , tidak ada mahram yang dicela, tidak ada keburukan yang disebarkan. mereka semua sama kedudukannya, mereka saling menghormati berdasarkan ketakwaan nya dan merendah diri. di majlis itu, baginda menghormati orang tua, menyayangi anak muda, mendahulukan orang memiliki hajat, dan menjaga (hak) orang yang baru datang dalam kalangan mereka."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 323

- Anas bin malik berkata, Rasulullah bersabda, "sekiranya aku diberi hadiah berupa daging bahagian betis , aku pasti menerimanya. dan apabila aku dijemput (oleh sesiapa pun) bagi menikmati hidangan daging betis , pasti aku memenuhi jemputan itu."

( hadis riwayat Bukhari, at Tirmizi , ahmad )



HADIS 324

- jabir bin abdullah berkata, "Rasulullah pernah datang menemuiku tanpa menunggang baghal ( peranakan keldai dan kuda ) , ataupun birdzaun ( kuda turki )."

( hadis riwayat Bukhari, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 325

- yusuf bin abdullah berkata, "Rasulullah memberi aku nama yusuf , lalu menundukkan aku di pangkuan baginda dan mengusap kepalaku."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 326

- Anas bin malik berkata, Rasulullah mengerjakan haji sambil duduk di atas pelana usang yang beralaskan kain baldu , yang menurut kami berharga 4 dirham. apabila tunggangan baginda sedia bergerak, baginda berdoa, "Ya Allah, Aku menyambut panggilanmu dengan haji yang tidak mengandungi sum'ah ataupun riya'."

( hadis riwayat Bukhari, at Tirmizi , ibnu majah )



HADIS 327

- Anas bin malik berkata,"seorang lelaki tukang jahit menjemput Rasulullah makan. dia menghidangkan roti dengan gulai daging dan sayur (labu) untuk Rasulullah. Rasulullah makan labu dan baginda menyukainya. "

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah )



HADIS 328

- amrah berkata, "seseorang bertanya kepada aisyah, " apakah yang Rasulullah lakukan di rumah baginda ?" aisyah menjawab, "baginda sama seperti orang lain. baginda menjahit pakaian, memerah susu kambing dan menyiapkan keperluan diri baginda."

( hadis riwayat Bukhari, Tirmizi )



BAB 48 - AKHLAK RASULULLAH


HADIS 329

- kharijah bin zaid bin tsabit berkata, "sekumpulan orang datang mengunjungi rumah zaid bin tsabit , lalu mereka berkata, "ceritakanlah kepada kami hadith hadith Rasulullah."

  zaid berkata, "apakah yang patut aku ceritakan kepada kamu semua ? aku adalah orang yang hampir dengan Rasulullah , sehingga apabila wahyu turun kepada baginda , baginda akan meminta orang memanggilku  supaya aku tulis wahyu itu untuk baginda.  Rasulullah menyertai kami membincangkan perihal dunia dan akhirat. Rasulullah juga menyertai kami membincangkan perihal makanan dan minuman. itulah semua yang aku dapat ceritakan kepada kalian mengenai Rasulullah."

( hadis riwayat Tirmizi dan ath thabrani )




HADIS 330

- amru bin ash berkata, "Rasulullah menghadapkan wajah dan ucapan baginda (ketika berbicara) kepada orang yang paling rendah darjatnya pada suatu kaum, bagi menghibur dan membesarkan hati mereka. Rasulullah juga menghadapkan wajah dan ucapan baginda kepadaku , sehingga aku berasa aku yang paling baik berbanding orang lain. aku bertanya, "wahai Rasulullah ! adakah aku atau abu bakar yang lebih baik ?" Rasulullah menjawab, "abu bakar." aku bertanya lagi , "wahai Rasulullah ! adakah aku atau umar yang lebih baik ?" Rasulullah menjawab, "umar." aku bertanya, "wahai Rasulullah ! adakah aku atau utsman yang lebih baik ?" Rasulullah menjawab, "utsman."

  setiap kali aku bertanya kepada Rasulullah , baginda menjawab pertanyaanku dengan jujur sehingga aku berasa menyesal bertanya mengenai hal itu kepada baginda."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 331

- anas bin malik berkata, "aku menjadi pembantu Rasulullah selama 10 tahun. baginda tidak pernah walaupun sekali berkata ,"cis" kepadaku. baginda tidak pernah mempersoalkan apa yang aku kerjakan, atau apa yang aku tidak kerjakan. "

  Rasulullah adalah orang yang memiliki akhlak yang paling baik. aku tidak pernah menyentuh kain sutera campuran dan sutera murni ataupun kain lembut yang lain, yang lebih lembut dari tapak tangan baginda. dan aku tidak pernah mencium minyak misk atau minyak wangi yang lain, yang lebih harum dari keringat Rasulullah."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi )



HADIS 332

-  anas bin malik berkata, Rasulullah bersabda, "pada suatu masa, ada seorang yang berada berdekatan Rasulullah. ada bekas sufroh za'faran (seperti kunyit berwarna kuning oren ) pada dirinya. namun, Rasulullah hampir tidak pernah mengajak bicara seseorang atau pun menegur dengan ungkapan yang tidak disukai orang yang berkaitan.

  apabila orang itu beredar, Rasulullah berkata kepada para sahabat, "(adalah lebih baik) sekiranya kamu semua dapat memberitahu kepada orang tadi supaya tidak menggunakan celupan  sufroh."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi dan an nasa'i )



HADIS 333

- aisyah berkata, "Rasulullah bukan seorang yang bersifat keji dan tidak pernah bersifat keji . baginda bukan seorang yang suka berteriak di pasar.  baginda tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi suka memaafkan dan mengampuni."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 334

- aisyah berkata, "Rasulullah tidak pernah sekalipun menggunakan tangannya bagi memukul , kecuali  dalam berjihad pada jalan Allah. baginda juga tidak pernah memukul pembantu dan wanita."

( hadis riwayat Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah )



HADIS 335

- aisyah berkata, "aku tidak pernah sekalipun melihat Rasulullah membalas kezaliman yang menimpa diri baginda, selagi hal itu tidak benar benar melanggar larangan Allah. namun jika larangan Allah dilanggar, baginda adalah orang yang paling dahsyat menunjukkan kemarahannya. 

 apabila dihadapkan dengan 2 perkara keduniaan, baginda memilih perkara yang lebih mudah , asalkan tidak menyebabkan dosa."

( hadis riwayat al bukhari , muslim ,abu daud dan Tirmizi  )




HADIS 336

- aisyah berkata, "ketika aku berada di sisi Rasulullah , seseorang datang dan meminta izin bertemu dengan Rasulullah. 

 (sebelum orang itu masuk) Rasulullah berbisik,"celaka bagi orang dari kaum asyirah ini." kemudian baginda memberi izin masuk kepada orang tersebut dan berbual dengan lemah lembut.

  apabila orang itu sudah keluar, aku bertanya, "wahai Rasulullah, Engkau berkata demikian kepada orang tersebut sebelum dia masuk ,tetapi mengapa berlemah lembut kepadanya semasa berbual?"

  Rasulullah menjawab, "wahai Aisyah, sejahat jahat manusia ialah mereka yang dijauhi oleh orang lain kerana risau akan kejahatannya."

( hadis riwayat al bukhari , muslim ,abu daud dan Tirmizi  )



HADIS 337

- hasan bin ali berkata, "husain bercerita, "aku bertanya kepada ayahku mengenai perjalanan hidup Rasulullah bersama orang di sekitarnya."

  ayahku menjawab, "Rasulullah memiliki wajah yang sentiasa ceria, suka mempermudahkan urusan, mempunyai perasaan yang lembut, sikap dan hati baginda tidak kasar , bukan seorang yang suka mencari gaduh ataupun menggunakan kata kata keji, tidak memburuk burukkan sesuatu dan tidak kedekut. 

  baginda tidak mengambil tahu hal hal yang baginda anggap sia sia. baginda juga tidak suka menghampakan permintaan orang lain dan apabila tidak suka dengan permintaan itu, baginda menolak dengan baik.

  Rasulullah melarang 3 perkara kepada diri baginda sendiri , iaitu bertikam lidah (walaupun pada perkara yang hak ), sikap selalu hendak mendapat banyak, dan hal hal yang tidak memberi manfaat kepada baginda. Rasulullah juga melarang 3 perkara kepada umatnya, iaitu mencela, membuka aib dan mencari kesalahan orang lain.

  Rasulullah hanya berbicara jikalau ia mendatangkan pahala. apabila baginda berbicara, semua orang yang mendengar akan terpaku dan terpana, dan mereka berani berbicara apabila Rasulullah sudah selessai berbicara. para sahabat tidak akan bergaduh di hadapan Rasulullah. 

  apabila salah seorang sahabat bercakap di hadapan Rasulullah, mereka yang lain hanya diam dan menyemak percakapannya hingga selesai. sesiapa yang mahu bercakap dengan Rasulullah, perlu mengikut giliran masing masing.

  apabila para sahabat mentertawakan sesuatu , baginda akan turut tertawa. begitu juga, baginda akan turut kagum kepada sesuatu jikalau para sahabat mengaguminya.  Rasulullah akan menahan sabar jika seorang yang asing bertanya atau berbicara kepada baginda dengan cara yang kurang sopan. malah para sahabat suka menghadirkan orang asing untuk bertanya kepada Rasulullah.

  Rasulullah pernah berkata, "bantulah si peminta hajat jika kamu melihat dia sedang berusaha." Rasulullah hanya menerima pujian dari orang yang pernah mendapat pertolongan baginda, dan pujian itu sepadan dan tidak berlebihan. baginda tidak memotong percakapan seseorang, namun jikalau seseorang itu berbicara hingga melampaui batas , Rasulullah meminta dia berhenti bercakap ataupun baginda beranjak pergi."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 338

- jabir bin abdullah berkata, "apabila diminta atau ditanya sesuatu, Rasulullah sekalipun tidak pernah berkata, "Tidak".

( hadis riwayat al bukhari , muslim  dan Tirmizi  )



HADIS 339

- ibnu abbas berkata, "Rasulullah seorang yang paling banyak berbuat kebaikan. baginda akan membuat lebih banyak kebaikan sepanjang bulan Ramadan. pada bulan ramadan juga, malaikat jibril datang membacakan al Quran kepada baginda. oleh sebab itu, apabila jibril sudah bertemu baginda, Rasulullah membuat lebih banyak kebaikan dari angin yang berhembus."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim,  at Tirmizi dan an nasa'i )




HADIS 340

- anas bin malik berkata, "Rasulullah tidak pernah menyimpan apa apa sebagai bekalan diri untuk diri baginda pada keesokan hari."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 341

- ummar bin khattab berkata, "seseorang datang menemui Rasulullah lalu meminta baginda supaya memberinya sesuatu. Rasulullah berkata kepada orang itu, "aku tidak memiliki apa apa. engkau belilah sesuatu dan serahkan pembayarannya kepadaku. apabila sudah ada rezeki, aku akan membayarnya."

  lalu umar berkata, "wahai Rasulullah, engkau memberikan sesuatu kepada orang itu sebelum ini. Allah tidak memberati dirimu dengan perkara yang engkau mampu lakukan."

  Rasulullah tidak senang dengan kata kata umar. seseorang dari ansar berkata, "wahai Rasulullah, berinfaqlah dan jangan bimbang akan kurniaan Allah yang memiliki arasy."

  Rasulullah tersenyum mendengar kata kata kaun ansar itu sehingga kelihatan keceriaan di wajah baginda. Rasulullah bersabda, "begitulah perintah yang diberikan kepadaku ( untuk berinfaq )."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 342

- Rubayyi binti muawwidz berkata, "aku datang menemui Rasulullah dengan membawa sepiring kurma yang baru masak dan qitsa' (seperti mentimun) kecil berbulu halus. baginda membalas dengan memberi aku segenggam penuh perhiasana --ataupun emas. "
  
( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 343

- aisyah berkata, "Rasulullah menerima hadiah dan membalas setiap pemberian itu (dengan memberi hadiah lagi )."

( hadis riwayat Bukhari, abu daud dan at Tirmizi , ahmad )



BAB 49 - SIFAT MALU RASULULLAH


HADIS 344

- abu said al khudri berkata, "Rasulullah seorang yang lebih pemalu daripada gadis perawan di kamar hiasnya. apabila Rasulullah tidak menyukai sesuatu , kami dapat melihat dari riak wajah baginda."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, at Tirmizi , ibnu majah dan ahmad )



HADIS 345

- aisyah berkata, "Aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah. " atau aisyah berkata, "Aku tidak pernah sekali pun melihat kemaluan Rasulullah."

( hadis riwayat  at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad )



BAB 50 - BERBEKAM


HADIS 346

- anas bin malik ditanya mengenai upah berbekam.anas menjawab,"Rasulullah pernah berbekam. baginda dibekam oleh abu Thaybah. selepas itu, baginda memerintahkan supaya memberi abu thaybah2 sha' makanan (berupa kurma). baginda juga berbincang dengan tuan abu thaybah ( iaitu banu haritsah) supaya dia mengurangkan jumlah pajak yang perlu dibayar oleh abu thaybah , akhirnya tuan kepada abu thaybah mengurangi jumlah pajaknya."

  Rasulullah berkata, "cara berubat yang paling utama bagi kamu adalah dengan berbekam." atau "cara berubat yang paling baik bagi kamu adalah dengan berbekam."

( hadis riwayat al bukhari , muslim ,abu daud dan Tirmizi  )



HADIS 347

- Ali bin abi thalib berkata, "Rasulullah pernah berbekam dan menyuruh aku untuk memberi upah bekam , lalu aku memberi upahnya kepada tukang bekam itu."

( hadis riwayat Tirmizi , ibnu majah dan ahmad )



HADIS 348

- ibnu abbas berkata, "Rasulullah pernah berbekam di dua urat di sisi belakang tengkuk dan di antara dua bahu. baginda memberi upah kepada tukang bekam itu. jikalau berbekam itu haram, baginda pasti tidak memberi sebarang upah."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 349

- abdullah bin umar berkata, "Rasulullah pernah memanggil seorang tukang bekam (iaitu abu thaybah), lalu tukang bekam itu membekam Rasulullah. kemudian baginda bertanya pada tukang bekam itu ,"berapakah pajak yang kamu perlu bayar pada tuanmu?"tukang bekam menjawab "3 sha' ". selepas itu (Rasulullah berbincang dengan tuannya) , pajak tukang bekam dikurangkan 1 sha'. (menjadi 2 sha' )., dan Rasulullah memberinya upah 2 sha'.

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 350

- anas bin malik berkata,"Rasulullah pernah berbekam di antara 2 urat di sisi belakang tengkuk dan di antara dua bahu. baginda berbekam pada tarikh 17 , 19 , dan 21 (bulan hijrah)."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 351

- Anas bin malik berkata, "Rasulullah pernah berbekam di bahagian atas telapak kaki , padahal baginda sedang dalam ihram di malal (berjarak 17 mil dari madinah )."

( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan an nasa'i )



BAB 51 - NAMA NAMA RASULULLAH


HADIS 352

- jubair bin muthaim berkata, "Rasulullah berkata, "aku memiliki beberapa nama , aku adalah Muhammad, aku adalah Ahmad, aku adalah al Mahi yang dicipta oleh Allah bagi menghapus kekufuran. aku adalah al Hasyir (yang mengumpulkan) kerana umat manusia dikumpulkan mengikuti jejakku. aku adalah al 'aqib (yang mengakhiri )." 
*makna al 'aqib ( tiada nabi selepas Rasulullah ).

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ahmad )



HADIS 353

- Hudzhaifah al yamani berkata, "aku bertemu Rasulullah di beberapa jalan madinah. Rasulullah bersabda, "aku adalah Muhammad, aku adalah Ahmad ,akuadalah nabi yang menyebarkan rahmat , dan aku adalah nabi yang memerintahkan taubat (ataupun nabi yang banyak bertaubat). aku adalah al Muqaffa' (orang yang diikuti jejaknya). aku adalah al Hasyir (yang mengumpulkan) kerana umat manusia dikumpulkan mengikuti jejakku, dan aku adalah nabi yang terlibat dalam peperangan besar."

( hadis riwayat Muslim, Tirmizi dan ahmad )



BAB 52 - KEHIDUPAN RASULULLAH


HADIS 354

- an nu'man bin basyir berkata, "bukankah kamu semua dapat makan dan minum dengan sesuka hati ? aku pernah melihat Rasulullah tidak mempunyai apa apa pun untuk mengisi perut baginda, termasuk buah kurma yang kering."

( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 355

- Aisyah berkata, "kami keluarga Muhammad pernah tidak menyalakan api (bagi memasak) selama sebulan penuh. kami hanya makan kurma dan air."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 356

- abu thalhah berkata, "kami pernah mengadu kepada Rasulullah mengenai lapar yang kami rasai. kami menunjukkan kepada baginda perut kami yang diikat dengan sebiji batu . selepas itu , Rasulullah menunjukkan  kepada kami perut baginda yang diikat  dengan dua biji batu."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 357

- abu hurairah berkata, "Rasulullah keluar dari rumah pada waktu yang tidak selalu baginda keluar dan menemui sesiapa. tiba tiba Abu bakar menemui baginda. Rasulullah bertanya, "mengapa engkau datang wahai abu bakar ?"

  abu bakar menjawab, "aku datang kerana mahu bertemu dengan Rasulullah , melihat wajah baginda dan memberi salam kepada kepada baginda."

  tidak lama selepas itu , Umar pula datang. Rasulullah bertanya, "mengapakah engkau datang wahai umar ?umar menjawab, "aku merasa lapar wahai Rasulullah. " Rasulullah menjawab, "aku juga sudah merasakan yang sama."

  mereka bertiga pun menuju ke rumah abu haytham. dia memiliki banyak pohon kurma dan ternakan kambing, namun masih belum mempunyai pembantu.apabila tiba, mereka tidak menemui abu haytham. mereka bertanya pada isterinya di mana abu haytham , isterinya menjawab, "dia pergi mengambil air jernih untuk kami."

  tidak lama selepas itu abu haytham datang membawa qirbah yang penuh dengan air. dia meletakkan qirbah lalu memeluk Rasulullah sambil berkata dia sanggup menjadikan ayah dan ibunya tebusan demi Rasulullah. 

  selepas itu abu haytham pergi ke kebunnya bersama Rasulullah, abu bakar dan umar. abu al haytham membentangkan permaidani untuk Rasulullah dan abu bakar umar. kemudian, dia mengambil satu tandan buah kurma dari sebatang pokok yang ada dan meletakkannya (di hadapan mereka).

  Rasulullah bertanya, "mengapakah engkau tidak memilih kurma yang matang untuk kami?".  abu al haitham menjawab, "wahai Rasulullah, aku mahu kamu semua yang memilih sendiri kurma yang matang dan yang belum."

  dengan itu , mereka makan kurma (yang diambil oleh abu al haytham) dan minum air tadi. Rasulullah berkata, "inilah dan demi jiwa ku yang berada di dalam kuasaNya , antara nikmat yang akan ditanya kepada kamu semua pada hari kiamat. nikmat ini, iaitu tempat berteduh yang sejuk, kurma matang dan air sejuk."

  abu al haytham bangun untuk menyediakan makanan untuk mereka. Rasulullah terus berkata, "janganlah engkau menyembelih kambing yang mengeluarkan susu ." oleh itu, abu al haytham menyembelih kambing betina berumur 4 bulan (ataupun kambing jantan berusia belum sampai 1 tahun). apabila siap, mereka makan makanan yang dihidang.

  selepas itu , Rasulullah bertanya ,"adakah engkau mempunyai pembantu ?"abu al haytham menjawab, "Tidak." Rasulullah menjawab,"jikalau kami mendapat tawanan, datanglah kepada kami." kemudian Rasulullah berjaya mendapat 2 tawanan. seperti dijanjikan, abu al haytham datang menemui Rasulullah. Rasulullah berkata, "pilihlah seorang dari mereka." abu al haytham membalas, "wahai Rasulullah, pilihlah untukku."
  
  Rasulullah berkata, "seseorang yang diminta nasihat adalah orang yang dipercayai. pilihlah tawanan yang ini sebab aku melihat dia mengerjakan solat. jagalah dia baik baik."

  selepas itu abu al haytham pulang dan memberitahu isterinya mengenai perkara yang disebut oleh Rasulullah. isterinya berkata, "Engkau belum meraih kebaikan yang sebenar seperti yang diperkatakan oleh Rasulullah , kecuali jikalau engkau melepaskan tawanan itu." abu al haytham berkata, "jikalau begitu, aku melepaskan dia."

  Rasulullah menyatakan, "sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi atau para penggantinya , kecuali orang yang diutus itu memiliki 2 pengawal peribadi, iaitu pengawal yang menyuruhnya melakukan kebaikan dan memintanya menjauhi kemungkaran , dan satu lagi pengawal yang tidak akan henti henti berusaha mendatangkan bencana kepadanya. sesiapa yang dipelihara dari pengawal jahat,sebenarnya dia dijaga.( dari sebarang kerosakan dan kejahatan)."

( hadis riwayat abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah ).



HADIS 358

- sa'd bin abi waqqash berkata, "aku adalah orang pertama yang menumpahkan darah pada jalan Allah. aku adalah orang pertama melemparkan anak panah di jalan Allah , aku menyaksikan diriku berperang berperang dalam pasukan yang terdiri daripada para sahabat Rasulullah . ketika itu kami hanya makan daun daun pokok dan hublah (sejenis tanaman yang berduri seperti pokok akasia ), sehingga tepi mulut kami luka.seorang dari kami mengeluarkan kotoran yang kelihatan seperti kotoran kambing dan unta. dan kabilah asad mengejek cara aku mengerjakan solat. jikalau ejekan mereka benar , sesungguhnya aku adalah orang yang gagal meraih kebaikan dan rugi , dan amalanku sia sia."

( hadis riwayat al bukhari , muslim ,abu daud dan Tirmizi  )



HADIS 359

- khalid bin umair bercerita, "umar bin al khattab mengutus utbah dan berkata, "pergilah kamu bersama pasukanmu (seramai 300 orang)sehingga kamu semua tiba di negeri arab yang paling hujung dan negeri asing yang paling hampir (dengan wilayah arab)."

  dengan itu, utbah dan pasukannya berkelana hingga mereka tiba di mirbad (di basrah). di situ mereka menemui sebiji batu lunak berwarna putih yang berbentuk seperti telur. lalu mereka tertanya tanya apakah itu. ada yang menjawab , "inilah batu basrah."

  mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba di sebuah jambatan kecil (yang merentangi sungai dajlah ).mereka berkata sesama sendiri , "di sinilah kita diperintahkan untuk berhenti (bagi membina pengkalan menahan serangan dari bangsa Persia )." mereka pun singgah di tempat itu.

  khalid dan syuwais membaca habis hingga selesai, "utbah berkata, "aku seorang dari 7 yang pertama masuk islam. kami pernah tidak memiliki makanan , kecuali daun daun pokok yang menyebabkan tepi mulut kami luka luka. aku pernah memungut sehelai kain burdah dan memotongnya kepada 2 bahagian , untuk diriku dan sa'd bin abi waqash.

  kami tujuh yang pertama masuk islam, setiap kami jadi pemerintah di satu wilayah. dan kamu semua akan menguji (dan membandingkan) para pemimpin selepas kami (lalu kamu mendapati mereka tidak seperti kami .)"

( hadis riwayat Muslim,  at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad )


HADIS 360

- anas bin malik berkata , Rasulullah bersabda, "aku pernah ditakut takutkan (dengan pelbagai ancaman) oleh puak musyrikin kerana (menyampaikan agama ) Allah. tidak ada seorang pun yang pernah berasa ditakutkan seperti aku. aku juga pernah disakiti kerana (menyampaikan agama) Allah , dan tidak ada seorang pun yang disakiti seperti aku . aku dan bilal pernah tidak memiliki makanan yang layak dimakan oleh manusia , selama 30 hari dan 30 malam berturut turut .apa yang ada hanya sedikit makanan yang disembunyikan dibawah ketiak bilal . "

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 361

- anas bin malik berkata , "Rasulullah tidak pernah makan roti dengan daging dalam satu masa pada waktu siang atau malam, kecuali apabila baginda makan beramai ramai dengan orang lain."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 362

- naufal bin ilyas berkata, "abdul rahman bin auf adalah sahabat kami. dia sebaik baik sahabat. suatu hari , kami pulang bersama (dari suatu tempat)  dan singgah di rumahnya. dia masuk lalu mandi. apabila selesai, dia menghidangkan roti dan daging dalam dulang besar untuk kami.

  ketika menghidang, abdul rahman menangis. aku pun bertanya padanya, "wahai abu muhammad, apa yang menyebabkan engkau menangis ?" abdul rahman bin auf berkata, "Sehingga baginda wafat, Rasulullah dan keluarga baginda tidak pernah kenyang makan roti  daripada tepung barli (selama 2 hari berturut turut) . apabila saat ini kita dibiarkan hidup berkelapangan , aku tidak menganggap hal itu sebagai kebaikan untuk kita."

( hadis riwayat Tirmizi )



BAB 53 - USIA RASULULLAH 


HADIS 363

- ibnu abbas berkata, "Rasulullah menetap di mekah selama 13 tahun, dan wahyu diturunkan kepada baginda.  baginda menetap di madinah selama 10 tahun . baginda wafat ketika berusia 63 tahun."

( hadis riwayat al bukhari , muslim dan Tirmizi  )



HADIS 364

- Muawiyah bin abu sufyan berkata dalam khutbah , "Rasulullah wafat ketika baginda berumur 63 tahun . abu bakar dan umar juga begitu . pada tahun ini, aku berusia 63 tahun."

( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi )



HADIS 365

- aisyah berkata, "sesungguhnya Rasulullah wafat ketika baginda berumur 63 tahun."

( hadis riwayat al bukhari , muslim  dan Tirmizi  )



HADIS 366

- Ibnu abbas berkata, "Rasulullah wafat ketika baginda berusia 65 tahun."

( hadis riwayat  Muslim,  at Tirmizi , ahmad )

(menurut imam ibrahim bin muhammad al bajuri, perkiraan di atas ialah usia 63 tahun + tahun lahir + tahun wafat )



HADIS 367

- Daghfal berkata, "sesungguhnya nyawa Rasulullah dicabut ketika baginda berusia 65 tahun."

( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 368

- anas bin malik berkata, "Rasulullah bukan seorang yang terlalu tinggi dan bukan juga rendah , tidak putih pucat dan tidak sawo matang, rambut baginda ikal dan tidak lurus kaku. 
  
  baginda diutus Allah menjadi rasul semasa berusia 40 tahun. baginda menetap di mekah selama 10 tahun dan di madinah selama 10 tahun. Allah mencabut usia baginda pada usia 60 tahun, dan ketika itu terdapat  tidak sampai 20 uban pada rambut dan janggut baginda."

( hadis riwayat al bukhari , muslim dan Tirmizi  )



BAB 54 - KEWAFATAN RASULULLAH


HADIS 369

- anas bin malik berkata, "kali terakhir aku melihat Rasulullah adalah ketika baginda menyingkap kain tabir (rumah baginda) pada hari isnin. aku memandang wajah baginda seperti lembaran mushaf ( iaitu indah , bersih dan cerah). pada waktu itu, orang ramai sedang mendirikan solat (subuh) dengan berimamkan abu bakar. (melihat Rasulullah di muka pintu, mereka hampir gaduh bergerak ).

  namun Rasulullah memberi isyarat kepada makmum supaya tidak bergerak dari tempat mereka, dalam keadaan abu bakar tetap mengimami mereka.  selepas itu, Rasulullah menjatuhkan kain tabir. baginda wafat pada penghujung hari tersebut. "

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan ibnu majah )

**nyawa Rasulullah dicabut pada waktu dhuha hari isnin , namun khabar wafat baginda baru dipercayai secara sepakat oleh kaum muslimin pada penghujung hari itu (petang).



HADIS 370

- aisyah berkata, "aku menyandarkan Rasulullah ke dadaku (atau aisyah berkata ke pangkuan ku), baginda meminta diambilkan bekas untuk buang air kecil. baginda membuang air kecil dan selepas itu baginda wafat."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim,  at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 371

- aisyah berkata, "aku melihat Rasulullah semasa baginda bersiap menghadapi kematian. di sisi baginda ada bekas berisi air.  baginda memasukkan tangan ke dalam bekas itu, dan mengusap wajah baginda dengan air sambil berdoa, "ya Allah , bantulah aku menghadapi dahsyatnya sengsara kematian (atau derita kematian )."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 372

- aisyah berkata, "aku tidak cemburu melihat seseorang menghadapi kematian dengan ringan, selepas aku melihat dashyatnya kematian Rasulullah."

( hadis riwayat Bukhari, at Tirmizi dan an nasa'i )



HADIS 373

- aisyah berkata, "semasa nyawa Rasulullah dicabut, para sahabat berselisih pendapat mengenai pengebumian baginda. 

  akhirnya abu bakar berkata, "aku pernah mendengar kata kata Rasulullah yang masih aku ingat , iaitu "Allah tidak mencabut nyawa seorang nabi melainkan di tempat yang baginda suka sebagai tempat dikuburkan."

  oleh itu , kuburkan Rasulullah di tempat letaknya alas tidur baginda."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 374

- ibnu abbas dan aisyah berkata, "abu bakar mencium Rasulullah (di dahi ) selepas baginda wafat."

( hadis riwayat Bukhari, at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 375

- aisyah berkata, "abu bakar masuk ke kamar Rasulullah selepas baginda wafat. abu bakar meletakkan mulutnya di antara kedua dua kening Rasulullah (mengucup dahi baginda) dan meletakkan kedua dua tangannya di lengan baginda. 

  abu bakar berbisik dengan tenang, "aduhai nabiNya ! aduhai makhluk pilihanNya ! aduhai kekasihNya ! 
( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )
  


HADIS 376

- Anas bin malik berkata, "pada hari Rasulullah memasuki kota madinah, seluruh kota itu menjadi terang. namun pada hari Rasulullah wafat , seluruh kota menjadi suram. dan kami belum lagi membersihkan kan tangan kami dari debu kubur Rasulullah, iaitu kami sedang menguburkan baginda sehingga kami mengingkari dan tidak mengenali hati kami."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 377

- aisyah berkata, "Rasulullah wafat pada hari isnin."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 378

- Muhammad al baqir bin ali zainul abidin berkata, "nyawa Rasulullah dicabut pada hari isnin . jenazahnya didiamkan pada (siang) hari yang sama sehingga malam selasa. dan dikebumikan pada malam hari berikutnya (iaitu malam rabu)."

**jenazah Rasulullah dimandi, dikafan dan disolat pada siang hari selasa.

sufyan bin uyainah berkata, "terdengar bunyi cangkul tanah pada penghujung malam itu.

**bunyi cangkul abu thalhah yang menggali liang lahad kubur Rasulullah.

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 379

- abu salamah bin abdurrahaman bin auf berkata , " Rasulullah wafat pada hari isnin dan dikebumikan pada hari selasa."

( hadis riwayat Tirmizi )

**proses pengebumian bermula hari selasa siang. dikebumikan pada hari selasa malam rabu 



HADIS 380

- salim bin ubaid berkata, "Rasulullah pengsan semasa baginda sakit (menjelang wafat) , apabila tersedar , baginda bertanya, "adakah sudah masuk waktu solat ?"para sahabat menjawab ya. Rasulullah berkata lagi, "perintahkan bilal untuk melaungkan azan dan minta abu bakar menjadi imam solat."

  Selepas itu, Rasulullah pengsan lagi. apabila tersedar baginda bertanya, "adakah sudah masuk waktu solat ?"para sahabat menjawab ya. Rasulullah berkata lagi, "perintahkan bilal untuk melaungkan azan dan minta abu bakar menjadi imam solat."

  aisyah berkata, "ayahku adalah orang yang mudah sedih. apabila dia menggantikan tempatmu menjadi imam, dia akan menangis ( mengingatkan Rasulullah yang sudah sakit ) sehingga tidak mampu (solat dalam keadaan seperti itu ). (adalah lebih baik) jika engkau perintahkan orang lain menjadi imam."

  kemudian Rasulullah pengsan lagi. apabila tersedar baginda berkata,  "perintahkan bilal untuk melaungkan azan dan minta abu bakar menjadi imam solat. kalian ini seperti wanita dalam kisah yusuf ". dengan itu bilal diperintah melaungkan azan dan abu bakar menjadi imam. 

  Selepas itu , Rasulullah merasakan sakit baginda terasa sedikit ringan. lantas baginda berkata, "carikan seseorang untuk aku bersandar padanya." kemudian datang barirah binti shafwan dan seorang lain (naubah). Rasulullah pun bersandar pada mereka berdua. 

  Apabila abu bakar melihat keadaan Rasulullah begitu, dia ingin berpatah balik (mundur) ke belakang , namun Rasulullah memberi isyarat supaya abu bakar tidak berganjak dari tempat solatnya , sehingga abu bakar selesai solat.

  selepas itu , nyawa Rasulullah dicabut . namun umar berkata, "demi Allah ! aku tidak mahu mendengar sesiapa berkata Rasulullah sudah meninggal dunia. jikalau ada , aku akan penggal kepala orang itu dengan pedangku ini ! "

  ketika itu, orang yang ada di situ tidak tahu mahu buat apa kerana mereka tidak mempunyai nabi sebelum Rasulullah. mereka berkata, "Wahai salim ! pergilah bertemu dengan sahabat Rasulullah (iaitu abu bakar )dan panggil dia ke sini. " aku pun pergi menemui abu bakar yang ketika itu berada di dalam masjid. aku menemuinya sambil menangis kebingungan. 

  ketika abu bakar memandangku, dia bertanya. "adakah Rasulullah sudah meninggal dunia." aku menjawab, "umar telah berkata,  aku tidak mahu mendengar sesiapa berkata Rasulullah sudah meninggal dunia. jikalau ada , aku akan penggal kepala orang itu dengan pedangku ini ! " mendengarnya abu bakar berkata, "mari kita pergi."aku pun berangkat bersama abu bakar ( ke rumah Rasulullah )ketika abu bakar tiba, ramai orang sudah masuk ke kamar Rasulullah. 

  abu bakar berkata, "Wahai manusia , beri aku laluan." orang yang ada di situ memberi laluan padanya. abu bakar datang mendekati jenazah Rasulullah sambil mengusap baginda dan membaca, "sesungguhnya engkau wahai Muhammad akan mati , dan sesungguhnya mereka juga akan mati." (surah az zumar ayat 30 ). 

  kemudian orang disitu berkata, "wahai sahabat Rasulullah , adakah nyawa Rasulullah sudah dicabut?" abu bakar menjawab ya. mereka yakin abu bakar berkata benar. seterusnya orang ramai bertanya , "wahai sahabat Rasulullah, adakah jenazah Rasulullah disembahyangkan ?" abu bakar menjawab, "ya."

  mereka bertanya lagi, "bagaimanakah caranya." abu bakar menjawab, "sekumpulan kamu masuk, lalu bertakbir ( 4 kali ) , dirikan solat jenazah , berdoa dan kemudian keluar. selepas itu sekumpulan kamu yang lain  masuk, lalu bertakbir ( 4 kali ) , dirikan solat jenazah , berdoa dan kemudian keluar. begitulah sehingga semua orang masuk dan (mengerjakan solat jenazah)."

  orang ramai bertanya lagi, "adakah jenazah Rasulullah dikebumikan ? abu bakar menjawab ya. mereka bertanya lagi, "di manakah ?" abu bakar berkata, "di tempat Allah mencabut nyawa baginda. sebabnya Allah tidak mencabut nyawa Rasulullah kecuali di tempat yang baik." mereka yakin abu bakar berkata benar. selepas itu abu bakar meminta orang ramai yang ada di situ menyiapkan kabilah ayah Rasulullah  buat memandikan Rasulullah.

  selepas itu, kaum muhajirin bermesyuarat (mengenai pemilihan khalifah selepas Rasulullah) . mereka bertanya, "mari kita semua pergi menemui  dengan saudara dari kaum ansar. kita ajak mereka sama sama berbincang masalah ini."

  lalu seorang dari kaum ansar berkata, "dari kalangan kami seorang pemimpin, dari kalangan kalian seorang pemimpin"
**kaum muhajirin dan ansar berkumpul di tsaqifah bani saidah pada hari isnin , iaitu balai pertemuan di madinah.

  umar terus berkata,"sesiapa memiliki 3 keutamaan ini ,(umar membaca surah at taubah ayat 40 bermaksud )..."sedang dia seorang dari 2 (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata pada sahabatnya ,"janganlah engkau berdukacita , sesungguhnya Allah bersama kita ..." siapakah 2 orang itu dalam ayat ini."

  selepas itu umar menghulurkan tangan dan membait abu bakar . orang ramai di situ turut membaiat abu bakar dengan baiah yang baik dan indah."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 381

- anas bin malik berkata, "ketika Rasulullah sedang merasakan kedahsyatan penderitaan menghadapi kematian , Fatimah berkata, "aduhai sakitnya."

  Rasulullah membalas, "tiada sakit lagi untuk ayahmu selepas hari ini. sesungguhnya maut telah menghampiri ayahmu , tidak seorang pun dapat lari darinya.  pertemuan (dengan maut)  pasti terjadi sehingga hari kiamat."

( hadis riwayat Bukhari,  at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )
  


HADIS 382

- Ibnu abbas berkata , Rasulullah bersabda, "siapa antara umatku memiliki 2 farath (anak kecil yang meninggal dunia sebelum orang tuanya ) , Allah akan memasukkan orang itu ke dalam syurga  kerana perantara kedua dua anak ini.

  aisyah bertanya,"bagaimana pula dengan umatmu yang  mempunyai seorang farath sahaja ?"
Rasulullah menjawab, "begitu juga dengan umatku yang memiliki seorang farath . wahai muwaffaqah."

  aisyah bertanya lagi , "bagaimana pula dengan umatmu yang tidak  mempunyai farath?" jawab Rasulullah , "akulah farath untuk umatku."mereka tidak akan ditimpa musibah (yang lebih dahsyat)  seperti kematianku."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



BAB 55 - HARTA RASULULLAH



HADIS 383 

- amru bin al harith berkata, "Rasulullah tidak meninggalkan apa apa ,kecuali senjata perang baginda, baghal , dan sebidang tanah (yang kesemuanya)baginda jadikan sebagai sedekah."

( hadis riwayat Bukhari, at Tirmizi dan an nasa'i )


HADIS 384

- Abu hurairah berkata, "fatimah datang menemui abu bakar lalu bertanya, "siapa yang mewarisimu ?"
abu bakar menjawab, " isteriku dan anakku."

  fatimah berkata lagi, "mengapa aku tidak mewarisi ayahku ?"
abu bakar menjawab, "aku tidak pernah mendengar Rasulullah berkata, "kami tidak mewariskan." namun aku menanggung orang yang ditanggung Rasulullah , dan aku memberi nafkah kepada orang yang diberi nafkah oleh Rasulullah."

 ( hadis riwayat Tirmizi )


HADIS 385

- abu al bakhtari berkata, "abbas dan ali datang menemui umar, mereka berdua sedang berselisih mengenai sesuatu perkara. masing masing berkata kepada lawannya, "kamu begini . kamu begitu."

  umar berkata kepada thalhah bin ubaidillah, zubair bin awwam, abdul rahman bin auf dan sa'd bin abi waqqash ,,"aku bertanya kepada kamu semua dan demi Allah, adakah kamu semua pernah mendengar Rasulullah bersabda, "setiap harta seorang nabi adalah sedekah, kecuali sebagai makanan orang yang menjadi tanggungannya. sesungguhnya kami (para nabi) tidak mewariskan."
dalam hadis ini ada kisah yang panjang.

( hadis riwayat abu daud dan Tirmizi  )
**abbas dan ali sedang mempersoalkan tanah bani nadhir warisan Rasulullah.



HADIS 386

- aisyah berkata, Rasulullah bersabda, "kami tidak mewariskan. apa yang kami tinggalkan, ia adalah sedekah."

( hadis riwayat al bukhari , muslim ,abu daud dan Tirmizi  )



HADIS 387

- abu hurairah berkata, Rasulullah bersabda, "warisku tidak membahagi bahagikan dinar ataupun dirham. apa yang aku tinggalkan selepas (ditolak ) nafkah isteri isteriku dan upah para penggantiku, maka ia adalah sedekah."

( hadis riwayat al bukhari , muslim ,abu daud dan Tirmizi  )



HADIS 388

- malik bin aus berkata, "aku datang bertemu umar. selepas itu thalhah bin ubaidillah, zubair bin awwam, abdul rahman bin auf dan sa'd bin abi waqqash juga datang mengunjungi umar. tidak lama kemudian , abbas (pakcik nabi ) dan ali datang memperselisihkan satu hal di hadapan umar.

  umar berkata kepada semua yang ada di situ,"aku bertanya kepada kamu semua dan aku bersumpah demi Allah dengan semua kehendakNya , langit dan bumi tegak , adakah kamu semua tahu Rasulullah pernah berkata, "kami tidak mewariskan , apa yang kami tinggalkan, maka ia adalah sedekah."

  mereka yang ada di situ menjawab, "Allahumma. ya kami mengetahuinya."

dan dalam hadis ini ada kisah yang panjang.

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



HADIS 389

- aisyah berkata, "Rasulullah tidak penah meninggalkan satu dinar atau satu dirham pun. tidak juga seekor kambing atau seekor unta."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )



BAB 56 - MELIHAT  RASULULLAH DALAM TIDUR


HADIS 390

- abdullah bin mas'ud berkata, Rasulullah bersabda, "sesiapa yang dapat melihatku dalam tidurnya , sebenarnya dia memang telah melihatku. sebab syaitan tidak dapat menyamar menjadi aku."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )



HADIS 391

- abu hurairah berkata, Rasulullah bersabda, "sesiapa yang dapat melihatku dalam tidurnya , sebenarnya dia memang telah melihatku. sebab syaitan tidak dapat menyerupaiku. ( atau baginda berkata syaitan tidak dapat meniru bentukku.)

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah )



HADIS 392

- thariq bin asyam berkata, Rasulullah bersabda, "sesiapa yang melihatku dalam tidurnya, sebenarnya dia memang telah melihatku ."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )



HADIS 393

- Abu hurairah berkata, Rasulullah bersabda, "sesiapa yang dapat melihatku dalam tidurnya, sebenarnya dia memang sudah melihatku. sebab syaitan tidak dapat menyamar menjadi aku. "

kulaib berkata ,aku menyampaikan hadis ini pada ibnu abbas, dan  berkata, "aku pernah melihat Rasulullah (dalam mimpi ), lalu aku menyebut nama hasan bin ali, dan menurutku Rasulullah kelihatan seperti hasan bin ali. " ibnu abbas membalas, "sungguh, Rasulullah kelihatan seperti hasan bin ali."

( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )


HADIS 394

- yazid al farisi berkata, "aku melihat Rasulullah dalam tidur pada zaman ibnu abbas . aku beritahu kepada ibnu abbas, aku pernah melihat Rasulullah di dalam tidur. ibnu abbas berkata, "Rasulullah pernah berkata, "sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku. sesiapa yang melihatku dalam tidurnya, sebenarnya dia memang sudah melihatku."

  ibnu abbas bertanya, "adakah engkau dapat menggambarkan  sifat dan ciri orang yang engkau lihat dalam tidur ?" aku menjawab , "ya , aku dapat menggambarkan sifat sifatnya kepadamu. orang itu memiliki sifat pertengahan antara 2 orang , baik jasad mahupun dagingnya.  kulitnya coklat kemerahan hampir putih. pelupuk matanya hitam. senyumannya indah. lengkuk wajahnya bagus. janggutnya memanjang antara telinga ini ke telinga ini dan memenuhi tenggoroknya. " 

  ibnu abbas berkata kepada yazid, "sekiranya kamu melihat Rasulullah di dalam sedar, kamu tidak akan dapat menggambarkan sifat sifatnya lebih dari yang kamu terangkan ini."

( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah dan ahmad )



HADIS 395

- auf al arabi berkata, "usiaku lebih tua dari Qatadah."

( hadis riwayat Tirmizi )



HADIS 396

- Abu qatadah berkata, Rasulullah bersabda, "sesiapa yang melihatku dalam tidurnya, sebenarnya dia memang telah sudah melihatku yang benar (iaitu memang melihat aku )."

( hadis riwayat Bukhari, Muslim, at Tirmizi , ahmad )



HADIS 397

- anas bin malik berkata , Rasulullah bersabda, "sesiapa yang melihat ku dalam tidurnya, sesungguhnya dia memang sudah melihatku. sebab syaitan tidak dapat menyerupaiku." baginda juga berkata, "ru'ya (penglihatan dalam tidur yang disertai dengan petunjuk daripada Allah ) orang yang beriman ialah satu bahagian daripada 46 tanda kenabian."

( hadis riwayat al bukhari , muslim ,abu daud dan Tirmizi  )



HADIS 398

- abdullah bin al mubarak berkata, "jikalau kamu diberi ujian bagi memberi keputusan hukum di antara manusia, kamu perlu berpegang pada atsar (perkataan atau perbuatan yang disandarkan kepada tabi'in , sahabat atau nabi )."

(ini adalah atsar yang sahih bersambung kepada abdullah bin al mubarak ).



HADIS 399

- ibnu sirin berkata, "hadith ini adalah din. oleh itu , lihatlah daripada siapa kamu mendapat din-mu."

( hadis riwayat  muslim dan Tirmizi  )



TAMAT - LENGKAP PENULISAN 13 JANUARI 2026









( hadis riwayat al bukhari , muslim ,abu daud dan Tirmizi  )
( hadis riwayat Tirmizi )
( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi )
( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan ibnu majah dan ahmad )
( hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan ibnu majah )
( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad )
( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah dan an nasa'i )
( hadis riwayat abu daud ,Tirmizi dan an nasa'i )
( hadis riwayat  Muslim dan at Tirmizi )
( hadis riwayat Tirmizi dan ibnu majah )
( hadis riwayat Tirmizi dan ahmad dan ath thabrani )
( hadis riwayat Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ibnu majah, imam ahmad dan an nasa'i )
( hadis riwayat Bukhari, Muslim, abu daud dan at Tirmizi , ahmad dan an nasa'i )