Saturday, 24 January 2026

BUKU : HAYATI SUNNAH NABI - SAINS BEKAM

 



BUKU : HAYATI SUNNAH NABI - SAINS BEKAM 
MULA PENULISAN : 25 JANUARI 2026
LENGKAP PENULISAN : 1 FEBRUARI 2026


INTIPATI DARI BUKU : HAYATI SUNNAH NABI - SAINS BEKAM 




1- BEKAM DARI KACA MATA ISLAM 

- Rasulullah menganjurkan umatnya untuk berbekam . diriwayatkan dari salma hamba Rasulullah, baginda bersabda, "tiadalah aku mendengar seseorang pun yang mengadu  kepada Rasulullah tentang sesuatu penyakit  melainkan Rasulullah  akan menyuruh orang tersebut  melakukan bekam."

- para malaikat juga pernah menggalakkan Rasulullah untuk berbekam , riwayat ibnu abbas, Rasulullah bersabda, "pada malam aku diisra' kan , aku melalui sekumpulan malaikat dan mereka berkata kepadaku, "wahai Muhammad, hendaklah kamu berbekam."

- dalam riwayat lain, para malaikat menyuruh Rasulullah memerintahkan umatnya untuk berbekam kerana sebaik baik rawatan adalah berbekam. 

- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "hendaklah kamu menggunakan bekam dan halia."

- dari humaid melalui anas, Rasulullah bersabda, "jikalau berlaku tekanan darah yang tinggi, maka hendaklah kamu berbekam , sesungguhnya tekanan darah yang tinggi boleh membunuh seseorang."

- dari jabir, Rasulullah bersabda, "sekiranya terdapat kebaikan dari perubatan kamu maka adalah dengan meminum madu atau turisan bekam ."

- hadis imam muslim, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya sebaik baik rawatan yang kamu gunakan ialah berbekam."

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya jibril memberitahu aku bahawa berbekam itu sebaik baik rawatan yang digunakan oleh manusia."


2- MASA BERBEKAM

- dari anas, Rasulullah bersabda, "sesiapa yang ingin berbekam hendaklah mencari hari ke 17 atau 19 atau 21."

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "sesiapa yang berbekam pada hari ke 17 atau 19 atau 21 merupakan penyembuh segala penyakit."

- anas meriwayatkan bahawa para sahabat suka melakukan bekam pada hari ke ganjil iaitu 17 atau 19 atau 21.

- jelas dari hadis nabi bahawa berbekam selepas pertengahan bulan selepas hari ke 15 (bulan meninggi) merupakan waktu yang sesuai untuk menerima rawatan berbekam dari segi psikologi badan dan peredaran alam. 


3- HARI BERBEKAM

- dari ibnu umar, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya pada hari jumaat , terdapat suatu masa jika berbetulan dengan waktu berbekam dia akan terkena penyakit yang tiada ubat."

- dari maaqtil bin yaasar , Rasulullah bersabda, "berbekamlah pada hari selasa 17 hb kerana ia adalah penawar untuk setahun penyakit."

- dari ibnu umar, Rasulullah bersabda, "berbekam sebelum makan dan minum adalah lebih efektif, menambahkan kecerdasan dan ingatan , sesiapa yang mahu melakukan bekam hendaklah melakukan pada hari khamis dengan memohon keberkatan nama Allah , hindari bekam pada hari jumaat, sabtu dan ahad dan berbekamlah pada hari isnin dan hari selasa, jauhilah hari rabu kerana pada hari itu nabi ayub dikenakan ujian oleh Allah, sopak dan kusta tidak berlaku melainkan pada hari rabu atau malam rabu."

- sebaik baik waktu bekam adalah awal pagi sekitar pukul 8 dan 9 . doktor syaikhu menasihati agar tidak mengambil sebarang makanan sebelum berbekam untuk mengelakkan peningkatan aliran darah dan mengelakkan kesan pada tekanan darah dan kadar denyutan jantung. 


4- PENYAKIT DIRAWATI OLEH RASULULLAH DENGAN KAEDAH BEKAM

- berbekam untuk merawat racun , riwayat abdullah bin jaafar, Rasulullah berbekam di bucu kepala selepas baginda diracun. ibnu abbas meriwayatkan Rasulullah berbekam di belakang badan (kahil ) 

- ibnu qayyim berkata Rasulullah berbekam di belakang ( kahil ) tempat yang paling hampir dengan jantung , bahan beracun keluar bersama dengan darah 

- berbekam untuk merawat sakit kepala , ibnu abbas meriwayatkan Rasulullah berbekam di kepala pada waktu baginda dalam ihram kerana sakit di kepala. 

- berbekam untuk merawat tekanan darah tinggi , dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "sekiranya darah kamu meluap ( tekanan darah tinggi )hendaklah dia berbekam , kerana darah sesungguhnya apabila ia meluap boleh membunuh."

- berbekam untuk merawat sihir

- berbekam untuk menguatkan ingatan , dari ibnu umar, Rasulullah bersabda, "berbekam sebelum makan sebarang makanan adalah yang terbaik kerana terdapat daya penyembuh dan rahmat , boleh menajamkan fikiran dan menguatkan ingatan."




5- KAJIAN SAINTIFIK BEKAM

- mengurangkan kesakitan. kajian meta analisis pada 2010 menunjukkan bekam selain dari mengubati asma dan batuk , juga berkesan untuk mengurangkan kesakitan. kajian di iran pada 2005 mendapati pesakit sendi (rheumatoid arthritis )kombinasi bekam + rawatan konventional lebih kelebihan berbanding koventional sahaja.

- menurunkan bmi (indeks jisim tubuh ). kajian penyelidik universiti of western cape pada 2008 mendapati bekam dapat mengurangkan bmi pesakit. pesakit yang berbekam secara berkala selama 3 bulan turun bmi (indeks jisim tubuh ).  hasil sama juga dilihat oleh penyelidik iran pada 2012 mendapati indeks bmi peserta berbekam turun dengan signifikant berbanding peserta tidak berbekam. kajian penyelidik china pada 2007 dan 2009 juga mendapati berbekam dapat menurunkan bmi .

- menurunkan kolestrol . individu dengan bacaan Total cholestrol 5.2 ke atas dikatakan mengalami masalah hyperkolestrolemia .
kajian klinikal di iran pada 2007 mendapati peserta yang berbekam , mendapati paras kolestrol dan LDL telah menurun dan bacaan HDL meningkat. 
kajian pada 2012 juga mendapati penurunan total TC dan LDL seawal minggu pertama dan kedua selepas berbekam .
dua lagi kajian di indonesia pada 2010 dan 2012 juga menunjukkan keputusan yang sama.

- menurunkan paras gula dalam darah - kajian penyelidik universiti of western cape mendapati paras gula dalam darah telah menurun selepas rawatan dijalankan. 


6- KAJIAN BEKAM OLEH PENYELIDIK USM 

- pada 2011 hingga 2014 , kajian penyelidik HUSM diketuai oleh Prof dr abdul aziz al safi dari kampus kesihatan USM mengkaji kesan bekam pada pengurangan risiko serangan jantung , diabetis dan darah tinggi.

- 93 peserta berumur 30 - 60 dipilih untuk kajian berbekam ini. 2 sesi berbekam dijalankan pada bulan 1 (permulaan kajian ) dan pada bulan ke - 3

- dalam kumpulan peserta tanpa DM , terdapat penurunan signifikant FBS dan semua parameter ginjal ( urea, creatinin, uric acid ) , serum TG dan BP juga menunjukkan penurunan signifikant pada bulan pertama. 
semua profil serum kecuali TG menunjukkan penambahbaikan signifikant pada bulan ke 3 dan 4. 

- di akhir kajian, semua profil serum lipid FLP , FBS, urea dan creatinin bertambah baik secara signifikant berbanding control group. 

- begitu juga kumpulan pesakit DM , bacaan FBS , BP, RP menunjukkan perubahan baik signifikant pada bulan ke 1 ,ke-3 dan ke-4.  untuk serum HDL , LDL , antigen VWF perubahan dilihat pada bulan ke-4. 


7- BEKAM UNTUK KAWALAN DARAH TINGGI BP 

- Berbekam dapat menurunkan bacaan BP selepas sebulan berbekam dan kekal rendah sehingga bulan ke-4 





8 - BERBEKAM UNTUK MENGAWAL KOLESTROL

- Berbekam menurunkan paras total cholestrol bermula pada bulan pertama dan berterusan hingga bulan ke-4. 

- berbekam meningkat paras HDL (kolestrol baik)  meningkat sebulan selepas berbekam dan terus meningkat selepas bulan ke-4 berbekam.

- berbekam juga menurunkan LDL ( kolestrol jahat ) bermula pada bulan ke-3 dan ke-4 berbekam. 

- berbekam menurunkan TG selepas bulan ke-3 berbekam.


                                                       GRAF TOTAL COLESTROL 




GRAF CHOLESTROL HDL ( KOLESTROL BAIK ) MENINGKAT



GRAF KOLESTROL LDL 





GRAF KOLESTROL TG



9 - BERBEKAM MENGAWAL DIABETIS ( DM )


GRAF FBS ( GULA BERPUASA )



10- BERBEKAM UNTUK MENGAWAL FUNGSI RENAL ( BUAH PINGGANG )

- berbekam meningkatkan fungsi buah pinggang dengan menurunkan paras urea selepas bulan ke-3 berbekam

- berbekam menurunkan paras creatinin selepas bulan ke-3 berbekam

- berbekam dapat mengawal gout dengan menurunkan uric acid bermula seawal bulan pertama selepas berbekam.



GRAF ARAS UREA 



GRAF PARAS CREATININE



GRAF PARAS URIC ACID 




11- BERBEKAM MENINGKATKAN KEANJALAN FUNGSI SALUR DARAH ( ENDOTHELIAL )

- Fungsi salur darah ( endothelial ) dapat diukur dengan mengesan kehadiran antigen VonWillebrand Factor ( VWF ). semakin tinggi VWF menunjukkan semakin tinggi risiko seseorang itu untuk mendapat penyakit CVS cardiovascular seperti serangan jantung dan strok.

- kajian mendapati VWF menurun dari 111 ( 18.02) pada bulan pertama selepas berbekam kepada 105 (13.9 ) pada bulan ke-4 selepas berbekam.

- kesimpulannya berbekam dapat menurunkan risiko penyakit serangan jantung dan strok.


GRAF ANTIGEN VWF


SOALAN LAZIM MENGENAI BERBEKAM

1) waktu mustajab memberi kebaikan maksimum untuk berbekam ?

J - hari 17 , 19 atau 21 kalendar islam dalam keadaan perut kosong ( berpuasa ) selama 3 jam. 

2) berapa kerap kita perlu berbekam ?

J- bagi orang sihat untuk mencegah penyakit, dianjurkan berbekam setiap 4 bulan sesuai dengan jangka hayat sel darah merah.  manakala orang yang ada penyakit klinikal , terkena racun atau gangguan jin dianjurkan berbekam terus apabila sakit dan setiap 4 bulan sekali. 


3) apakah pantang larang selepas berbekam ?

J - anda dianjurkan untuk tidak bekerja berat, makan makanan berat dan tidur selepas menjalani berbekam. ianya boleh dilakukan 2 jam selepas berbekam.


4) apakah tips sebelum datang berbekam ?

J- dianjurkan supaya mandi dan berpuasa sekurang kuranya 3 jam sebelum temujanji berbekam atau berbekam dalam perut kosong .


5) bolehkah berbekam pada hari Rabu ?

J- boleh jika hari tersebut jatuh pada hari mustajab berbekam (17/19/21) kalendar islam atau hari tersebut sakit dan perlu berbekam segera. 

6) bagaimana berbekam meningkatkan tahap kesihatan badan ?

J- darah kotor yang keluar ialah darah yang mengandungi toksik, uric acid, kolestrol , angin , sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin. selepas berbekam , badan akan terasa ringan akibat pengeluaran toksik dari badan.

   akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.  hormon ini bertindak memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan. organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara membaiki jaringan sel untuk kembali berfungsi dengan baik. 

  apabila berbekam , secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan . organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit akan sembuh dengan izin Allah kerana tubuh menghasilkan zat antibodi untuk membunuh kuman berbahaya. 


7) bagaimana darah menjadi kotor dan limpahan racun ?

J - masuknya racun ke dalam darah ialah melalui pemakanan seperti pestiside (racun makhluk perosak ), insektiside (racun serangga) , fungside (racun kulat) , zat pewarna, penyedap makanan, hormon dan logam berat, melalui minuman seperti (seperti zat pewarna ) , zat aroma essence , logam berat , bahan kimia,  melalui pernafasan (asap kenderaan), asap fabrik , asap rokok, , melalui ubat ubatan (antibiotic, analgesic , ubat demam dll ) 

  dari 4 pintu , darah kotor akan menompok di bawah lapisan kulit jika darah kotor ini tidak dikeluarkan , tubuh akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. cara effektif untuk menghilangkan benda2 tersebut ialah melalui bekam. 

  dapat disimpulkan berbekam ialah cara berkesan sebagai teknik detoksifikasi ( pengeluaran racun dari tubuh ) sebagai ikhtiar penyembuhan. 


LENGKAP PENULISAN PADA : 1 FEBRUARI 2026



































No comments:

Post a Comment