BUKU : IBU BAPA BIJAK KELUARGA BAHAGIA
PENULIS : EN ZAID MOHAMAD - PERUNDING MOTIVASI KELUARGA
MULA PENULISAN : 5 FEB 24 - LENGKAP PADA 13 MAC 24
PRA KATA : KEBANYAKAN IBU BAPA BERLUMBA LUMBA MENGHANTAR ANAK KE KELAS TAMBAHAN ATAU TUISYEN DEMI MENGEJAR A DALAM PEPERIKSAAN DAN MEREKA AKAN BERBANGGA DI MEDIA SOSIAL DENGAN KEJAYAAN ANAK MEREKA. DAN JIKA ANAK MEREKA GAGAL MENCAPAI NYA, MEREKA TIDAK SEGAN SILU MENUNJUKKAN KEKECEWAAN MEREKA SAMA ADA MELALUI KATA KATA ATAU PERBUATAN.
TIDAK SALAH UNTUK MENGEJAR KEJAYAAN AKADEMIK, NAMUN ASAS KEBAHAGIAAN DAN KEJAYAAN KELUARGA BERGANTUNG PADA SETEBAL MANA CINTA SESAMA MEREKA.
1- MENCARI TUJUAN MENDIDIK ANAK
- Majoriti ibu bapa mengejar agar anak mereka menjadi terpaling cemerlang no.1 dalam akademik untuk dibanggakan sedangkan ia bukannya niat sejati dalam membesarkan anak anak .
- sedangkan matlamat seharusnya menjadikan anak anak berjaya di dunia dan di akhirat. - MATLAMAT SEBENAR ANAK BERJAYA DUNIA AKHIRAT
2- ISLAM MENGUTAMAKAN KASIH SAYANG
- Kasih sayang merupakan tugu asas sebuah keluarga yang bahagia.
- membesar dalam sebuah keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain adalah hadiah terbaik yang boleh diberikan ibu bapa pada anak anak.
- kita bertanggungjawab untuk membina pandangan yang positif tentang kehidupan, memberi mereka harapan, membekalkan kasih sayang pada anak anak.
- KASIH SAYANG BERMULA DI RUMAH-
- Keperluan menjaga ucapan dan perkataan . perkataan manis lembut dan bersopan merupakan cermin jiwa yang bersih dan tenang. sebaliknya kata kata yang kasar dan kurang enak didengar ialah cerminan jiwa yang tertekan dan bergolak. - KATA KATA LEMBUT MANIS UTK ANAK
- sampaikan kata kata yang indah dan lemah lembut untuk anak anak.
- berilah yang terbaik pada mereka agar jiwa mereka terbelai dan terhibur dengan ungkapan ungkapan sayang tersebut.
- kedua, untuk menyampaikan kasih sayang seperti disarankan islam ialah melalui sentuhan lemah lembut pada anak anak. beri pelukan dan ciuman pada anak anak dan isteri sekerap mungkin. iringi sentuhan itu dengan ucapan kasih sayang , kerana ia pasti akan melembutkan jiwa anak anak. - BERI SENTUHAN KASIH SYG PADA ANAK + UCAPAN KASIH SYG
- senyuman juga menjadi cara berkesan untuk menyalurkan rasa kasih sayang pada anak anak dan isteri. - SENYUMAN PADA ANAK
3- KASIH SAYANG RASULULLAH PADA ANAK ANAK
- Rasulullah menunjukkan contoh dengan memeluk dan mencium anak dan cucu baginda - PELUK DAN CIUM ANAK CUCU
- kita mungkin bukan orang ternama dalam masyarakat, namun bagi anak anak kita adalah orang yang paling penting dalam hidup mereka. peranan, tingkah laku kita, akan memberi kesan pada anak anak apabila mereka dewasa kelak. - IBU BAPA ORG TERPENTING JADI ROLE MODEL UTK ANAK
- Rasulullah pernah bersabda, "cintailah anak anak dan sayangilah mereka, apabila menjanjikan sesuatu pada mereka, tepatilah. sesungguhnya yang mereka ketahui, hanya kamulah yang memberi mereka rezeki." ( riwayat bukhari ). - TUNAIKAN JANJI PADA ANAK JIKA BERJANJI
4- PESANAN RASULULLAH UNTUK SUAMI DAN PARA AYAH
- kebahagiaan dan kejayaan keluarga terletak di tangan suami dengan sokongan isteri dan anak anak. suami bertanggungjwab menjadi pemimpin menentukan hala tuju keluarga.
5- PESANAN UNTUK ISTERI DAN PARA IBU
- tiada yang diimpikan oleh seorang suami melainkan rasa ambil peduli, dihormati dan dihargai oleh isteri . - IMPIAN PARA SUAMI
6- SOLAT, IBU BAPA DAN ANAK ANAK
- Jika anak memberi alasan hendak menonton TV atau bermain komputer/games, buatlah perbincangan dengan mereka di mana solat harus menjadi keutamaan sebelum melakukan aktiviti tersebut. - DIDIK ANAK UTK UTAMAKAN SOLAT SEBELUM BERMAIN GAME/TV
- ia mungkin nampak berat pada mulanya , namun setelah menjadi tabiat, anak anak akan menganggapnya sebagai suatu kebiasaan.
- jika ada masa kelapangan dengan anak anak, ujilah mereka berkenaan dengan bertanya cara dan rukun solat. - NILAI KEFAHAMAN AGAMA ANAK
- berikan juga kefahaman pada anak anak tentang cara berwuduk dan kebersihan diri sebelum solat. jangan ambil mudah tentang hal ini kerana ia mungkin akan menjadi tabiat jika tidak diperbetulkan dari awal. - DIDIK ANAK CARA WUDU' + ISTINJAK
- jika ada anak yang meninggalkan solat ketika sudah berumur 10 tahun, maka berilah penerangan tentang kewajipan solat pada mereka dan beri hukuman rotan di tapak kaki dan beritahu mereka hukuman ini adalah tanda ibu bapa sayang pada mereka agar menjadi anak yang soleh. - HUKUM ROTAN DI TAPAK KAKI JIKA CULAS SOLAT
- apabila anak anak merasakan ianya mudah dan indah, maka anak anak akan merasa seronok untuk melaksanakannya.
- tugas ibu bapa ialah untuk memastikan solat anak anak tepat pada waktunya dan istiqamah agar ia menjadi tabiat yang sukar ditinggalkan. - LATIH ANAK SOLAT AWAL WAKTU + ISTIQOMAH
7 - JANGAN MEMILIH KASIH ANTARA ANAK ANAK
- dalam kasih sayang, ibu bapa perlu berhati hati agar tidak wujud jurang antara ahli keluarga.
- anak anak hanyalah insan kecil yang tidak mengerti apa apa, pastinya mereka tidak menyedari jika perbuatan itu adalah salah pada pandangan ibu dan bapa, namun kebanyakan ibu bapa jarang menerangkan pada anak anak apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh anak anak. - ANAK PERLU PENERANGAN DARI IBU BAPA APA YG BAIK DAN YG SALAH
- setiap ibu bapa harus menerangkan pada anak anak panduan yang jelas untuk diikuti, contohnya menjelaskan jenis kesalahan dan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan. - ANAK PERLU DITERANG KESALAHAN DAN HUKUMAN
- malahan ianya lebih baik jika perbincangan diadakan di antara ibu bapa dan anak anak secara terbuka dan dipersetujui bersama untuk menentukan peraturan dan hukuman jika melakukan kesalahan supaya tidak berlaku masalah dan anak anak lebih memahami. - BERBINCANG DGN ANAK PERATURAN DAN HUKUMAN
- anak anak yang masih kecil memerlukan bimbingan, pelukan dan perhatian dari ibu bapa. mereka masih suci dan tidak mengenal apa yang betul apa yang salah dan ianya menjadi tugas ibu bapa untuk menerangkan pada mereka dengan baik apa yang betul dan apa yang tidak boleh mereka lakukan. - BIMBING ANAK KENAL APA YG BAIK DAN YG BURUK
8- MENYEMAI KASIH SAYANG DALAM DIRI ANAK ANAK
- ibu bapa wajar mengawasi dan mendidik anak anak tentang bahaya dan perkara perkara tidak bermoral di dalam internet yang boleh merosakkan jiwa anak anak agar mereka berwaspada dan melarikan diri dari perkara tersebut. - DIDIK ANAK TTG BAHAYA INTERNET
- ibu bapa yang prihatin walau sesibuk mana sekalipun mereka bekerja, segala aktiviti dan teman kawan anak anak mereka akan mereka pantau kerana boleh jadi ada kawan dari luar yang boleh menyebarkan anasir negatif pada anak anak. - PANTAU AKTIVITI + KAWAN2 ANAK
- wujudkan budaya al Quran di dalam rumah, ajak lah anak anak menghayati makna al Quran dan membentuk mereka mencintai dan menyemai budaya al Quran dalam kehidupan, - WUJUD BUDAYA QURAN DLM RUMAH
9 - MENGAJAR ANAK BERPEGANG PADA PRINSIP
- anak anak yang masih kecil lurus dan mudah untuk dipengaruhi, maka wajarlah kita membentuk anak anak agar menjadi orang berjaya dan mengetahui perkara perkara negatif dan buruk yang perlu mereka elakkan dan jauhi,. - DIDIK ANAK WASPADA DARI ANASIR NEGATIF
- prinsip yang jelas akan membantu ibu bapa dalam mendidik anak anak, antaranya prinsip kasih sayang, konsisten, jujur, contoh teladan yang baik, sentiasa positif dan sentiasa ada masa dengan mereka.
- katakan pada anak anak apa yang kita lakukan pada mereka adalah kerana kasih sayang kita pada mereka. kita konsisten dalam memuji dan menghukum anak anak. - JELASKN ASBAB KITA BERBUAT SESUATU SPT HUKUMAN IALAH KERANA KASIH SYG PADA MEREKA
- kita mempunyai peraturan yang jelas yang boleh diaplikasikan pada semua ahli keluarga,
10- MENERAP NILAI INTEGRITI DALAM DIRI ANAK ANAK
- Ibu bapa perlu juga menyemai pada anak anak bahawa kejayaan berkait rapat dengan kerja keras, cara belajar yang betul dan keupayaan mereka menyelesaikan masalah, - SEMAI PADA ANAK KEJAYAAN DTG DGN USAHA
- tidak ada jalan singkat untuk sesebuah kejayaan dan lebih manis apabila disusuli dengan kejujuran dan kesungguhan. - TIADA JALAN SINGKAT UTK BERJAYA
11- LATIH KELUARGA MELALUI SOLAT BERJEMAAH
- lazimkan solat berjemaah di rumah bersama isteri dan anak anak.
12- NILAI SEBUAH KEMAAFAN
- ibu bapa juga wajar meminta maaf pada anak anak jika mereka melakukan kesalahan, ianya sebenarnya salah satu kaedah mengajar mereka tentang tanggungjawab dan merendah diri tanpa menggadaikan maruah diri. anak anak juga akan merasakan mereka juga bukan sahaja disayangi tetapi juga dihormati. - MINTA MAAF PADA ANAK JIKA BUAT SALAH PADA MEREKA
- kita juga wajar melatih anak anak meminta maaf sesama mereka apabila melakukan kesalahan agar wujud rasa kasih sayang di antara mereka. - LATIH ANAK UTK BERMAAFAN
13- TEKNIK MENGURUSKAN ANAK DEGIL DAN NAKAL
- sesetengah anak anak yang degil dan nakal adalah kerana mereka ingin meraih perhatian dari ibu bapa yang amat kurang meluangkan masa untuk mereka. - ANAK INGIN PERHATIAN DAN MASA IBU BAPA
- maka, ibu bapa yang bijak wajar meluangkan masa berbual , makan bersama, bermain bersama mereka , bijaklah mencari masa yang sesuai untuk meluangkan masa dengan anak anak. - CARI MASA UTK LUANG DGN ANAK
- teknik seterusnya ialah dengan memberikan kasih sayang dan perhatian yang proaktif pada anak anak. kasih sayang bermula dari diri kita sendiri tetapi anak anak tidak akan mengetahuinya jika ibu bapa jarang mengeluarkan perasaan tersebut melalui perkataan dan perbuatan mereka. - TUNJUKKAN KASIH SYG PADA ANAK
- ibu bapa juga boleh mengamalkan doa , "ya Allah yang Maha Lembut TadbirNya ( serta melimpah limpah kebaikan dan belas kasihanNya , kepada hamba hambaNya ) Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya ( menurut peraturan yang ditetapkan ) , Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa . - Asy syuara : 19 ) -- disyorkan dibaca sewaktu bangun tidur, peluk anak 3 kali. + usap kepala anak dan berselawat sambil berniat di dalam hati , + baca surah al fatihah dan surah Toha ayat 1-5 , kemudian baca doa nabi Daud 3x ( ya Allah , Engkau lembutkan hati anakku , sebagaimana Engkau lembutkan besi pada nabi Daud ). - DOA PADA ALLAH
- untuk mencapai rumah tangga yang harmoni , laburkan masa bersama anak anak, sedikit usaha mengawal emosi , taburkan kasih sayang pada mereka sepanjang hari , disamping berdoa pada Allah. - FORMULA BINA HARMONI
14- CINTA : SEBUAH ANUGERAH TERBAIK
- hadiah terbaik dari ibu bapa pada anak anak ialah sebuah cinta yang telus, tulus dan jujur.- HADIAH TERBAIK UTK ANAK
- pastikan anak anak mengetahui yang kita menyayangi mereka, lihatlah dalam TV , berapa ramai yang kehilangan orang tersayang kerana gagal meluahkan kata kata cinta. - PASTIKAN ANAK TAHU KITA SYG
- ibu bapa harus memastikan mereka tidak kehilangan dengan meluahkan ungkapan "ayah atau ibu sayang kepada kamu " diucapkan beberapa kali sehari. - UNGKAP SYG PADA ANAK
- ibu bapa juga harus melengkapkan ungkapan tersebut dengan peluk dan cium pada anak anak. dengan luahan kasih sayang ini , anak anak akan merasa hari mereka bahagia dan ceria. - UNGKAP + PELUK + CIUM ANAK
- ibu bapa juga harus bijak menggunakan perkataan positif memberi galakan pada anak anak. - BERI GALAKAN
- bercakaplah dengan anak anak dengan kata kata yang terbaik.
- jika anak belum membuat kerja sekolah, ungkapan negatif yang menyatakan seolah anak kita malas dan tidak rajin amat perlu dielakkan sebaliknya tawarkan diri kita untuk membantu mereka dalam menyiapkan kerja sekolah mereka. - TAWAR DIRI BANTU ANAK SIAP KERJA SKOLAH
- jika ibu bapa gagal memberi kasih sayang dan rasa cinta ini pada anak anak , maka anak akan menterjemahkan dengan meminta minta perhatian dengan menangis, tidak bekerjasama, melanggar peraturan , tidak memberi perhatian dalam pelajaran.
- anak anak yang baik akhlaknya lahir daripada perasaan cinta ibu bapa terhadapnya . - ANAK BAIK AKHLAK DARI CINTA IBU BAPA
15- MENCAPAI KEIKHLASAN DALAM BERKASIH SAYANG
- Ibu bapa yang ikhlas menyedari tugas mendidik anak anak ialah amanah dari Allah yang akan dikurniakan pahala berlipat ganda dan akan dipersoalkan kelak.
- jika anak anak menghadapi masalah pembelajaran, mereka tidak mudah mengalah untuk memberi semangat, tunjuk ajar atau meminta pertolongan dari orang yang lebih pandai.
16- MENYEMAI BENIH CINTA
- Terangkan pada anak anak untuk berjaya dalam apa jua bidang diceburi, dia mesti gigih mencuba - TANAM PADA ANAK GIGIH USAHA UTK BERJAYA .
- kita juga harus bersedia untuk menghadapi kedatangan elemen elemen negatif yang akan cuba mempengaruhi minda anak anak seperti pengaruh rakan sebaya yang tidak baik, internet, teknologi . maka kita harus berusaha mematahkan sebarang anasir luar tadi seawal mungkin di peringkat awal. - WASPADA ANASIR NEGATIF DARI ANAK
- pastikan kita sentiasa rapat dengan anak anak, menerangkan pada mereka bahaya bahaya anasir negatif di sekeliling mereka ( pengaruh rakan yg negatif, internet ) agar mereka sedar akan bahaya ini dan berwaspada daripada terpengaruh dengan perkara negatif tersebut. - TANAM KESEDARAN PADA ANAK TTG ANASIR NEGATIF
17- KASIH SAYANG TIDAK BERTEMPAT
- sentiasa menyuruh anak anak untuk solat di awal waktu termasuk mengejutkan mereka untuk solat subuh.
- ibu bapa harus menjadi pengawal remote TV dan bukan anak anak yang mengawalnya.
- ibu bapa harus menetapkan screen time , had waktu untuk anak anak menonton TV dan bermain gadjet. dan juga mengawasi anak anak ketika mereka melayari internet. - AWASI ANAK DGN INTERNET
- ibu bapa juga harus melatih dan menyuruh anak anak untuk membiasakan diri membantu dalam melakukan kerja kerja rumah seperti mengemas bilik, rumah, membasuh pinggan, melipat dan jemur kain dan lain lain. - LATIH ANAK BUAT KERJA RUMAH
- kerja kerja rumah merupakan suatu latihan untuk membina karakter anak anak dan membentuk rasa tanggungjawab dalam diri mereka
18- KUASA PUJIAN, GALAKAN DAN PRASANGKA BAIK
- orang yang berjaya kebiasaannya akan tidak mengendahkan kata kata negatif dan sebaliknya berusaha sebaik mungkin. sebaliknya, mencari kata kata positif dan menuturkan kata kata dorongan. - ABAI SUARA NEGATIF, CARI KATA POSITIF
- maka kita sebagai ibu bapa harus mengelakkan kata kata negatif pada anak anak sebaliknya sentiasa memberi kata kata positif rangsangan dan galakan pada anak untuk berjaya.- ELAK KATA NEGATIF, BERI RANSANGAN GALAKAN POSITIF
- berikan tumpuan pada anak anak, tunjukkan pada mereka cara yang betul. banyakkan pujian dan dorongan pada mereka. - BANYAK PUJI ANAK DLM BERUSAHA
- kata kata pujian dan galakan ialah suatu perkara yang luar biasa yang boleh menyentuh hati anak anak. - PUJIAN GALAKAN BOLEH MENYENTUH HATI ANAK
19 - LUANGKAN MASA, ERATKAN HUBUNGAN
- ramai ibu bapa tidak menyedari kesan jika mereka kurang meluangkan masa yang cukup pada anak anak kerana faktor kesibukan kerja dan kos hidup. - KESAN TIDAK MELUANGKAN MASA PADA ANAK
- kajian mendapati anak pelajar yang berada di kelompok terbawah pencapaian akademik dalam sekolah ada ciri persamaan yakni jumlah masa bersama anak anak oleh ibu bapa amat terhad dan sedikit. - ANAK TERABAI PUNCA JATUH AKADEMIK
- kurangnya perhatian ibu bapa ini akan membawa kepada - TIADA DORONGAN (moral support) , lantas membuatkan mereka tidak berminat untuk berjaya dalam pembelajaran mahupun mematuhi peraturan sekolah. - KURANG DORONGAN BUAT ANAK KURANG MINAT BELAJAR
- dan sesetengah anak anak tidak menjaga perilaku mereka kerana ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa.
- maka hubungan antara ibu bapa dan anak anak perlu dihubung dan dibina semula.
- ambil masa untuk berikan pada anak anak pelukan yang erat rasa kasih sayang dan ungkapkan kata kata cinta dan sayang pada mereka di samping meluangkan masa bermain dengan anak anak. - BERI PELUKAN PADA ANAK + LUAH KITA SYG MEREKA
20 - KUASA SENTUHAN KASIH SAYANG
- rumah yang harmoni merupakan rumah yang bahagia, mampu dicapai apabila seisi keluarga bekerjasama mencapai objektif yang dipersetujui. apabila rumah dipenuhi dengan kasih sayang, ia juga akan dilimpahi dengan aura positif .
21- TUNJUKKAN KESOPANAN PADA ANAK ANAK
- ciptakan satu sistem yang menekankan bahawa setiap barang di dalam rumah ini ada pemiliknya dan jika sesiapa ingin meminjam sesuatu barang , hendaklah meminta izin dari tuan empunya barang terlebih dahulu. ini akan mengelakkan perebutan dan pergaduhan - punca ketidak sopanan dan tingkah laku yang tidak bertimbang rasa di dalam rumah. - AJAR ANAK UTK MINTA IZIN GUNA BRG
- ajar anak anak untuk ucapkan "terima kasih" atas juadah makanan yang dihidang oleh ibu mereka sebelum mereka makan. - LATIH ANAK UCAP TERIMA KASIH PADA ISTERI ATAS MASAKAN
22- KUASA SEBUAH SENYUMAN
- saya gembira kerana saya senyum .
- cuba ukir senyuman terindah untuk anak anak di rumah walau apa jua situasi yang dihadapi - UKIR SENYUMAN PADA ANAK SENTIASA
- pujuk dan didiklah anak anak dengan senyuman, sopan santun dan nasihat. - TEKNIK DIDIK
- gunakan kelembutan dan kehalusan untuk mendidik mereka dalam setiap perkara.
- buat suami, usah kedekut dengan senyuman pada isteri, berilah senyuman ikhlas dan indah buat mereka, senyuman adalah antara asbab kukuhnya hubungan antara suami isteri. - SENYUMAN MENCERIA HIDUP ISTERI
23- MENCARI KEINDAHAN DISEBALIK KEKURANGAN
- ketika berurusan dengan anak anak, cuba selami jiwa dan fahami pandangan mereka sebelum terus membuat kesimpulan. - MEMAHAMI SITUASI ANAK
- anak anak pula tidak akan sentiasa berada di kedudukan teratas dalam kelas mereka, tetapi jangan berhenti memberi mereka semangat, harapan dan dorongan untuk mereka terus bermotivasi. - SENTIASA BERI DORONGAN DAN SEMANGAT PADA ANAK
24- TIADA ISTILAH PUTUS ASA DALAM ISLAM
- anak anak memerlukan banyak pendedahan untuk memotivasikan diri sendiri untuk mencapai objektif. - ANAK PERLU MOTIVASI UTK BERJAYA
- 2 teknik motivasi yang boleh diaplikasi ialah belajar dari orang lain yang telah berjaya walaupun dihimpit kesukaran dan menggunakan langkah langkah sistematik untuk mencapai objektif yang mencabar tetapi boleh dicapai. - BELAJAR DARI ORG BERJAYA DLM KESUSAHAN + LANGKAH SISTEMATIK UTK CAPAI
- pelajar terbaik spm 2008 memperoleh 19A1 merupakan anak nelayan dari keluarga miskin di pengkalan chepa, tinggal dirumah sewa keluarganya yang uzur dan sempit menjadi tempat beliau mengulangkaji pelajaran hingga berjaya. beliau juga tidak pernah menghadiri kelas tuisyen kerana bapanya tidak mampu untuk membayar yuran tuisyen. - CERITA MOTIVASI UTK ANAK
tetapi ibu bapanya amat mementingkan ilmu dan memberi galakan dan dorongan pada anak mereka agar berjaya dalam hidup.
- seorang dari terengganu yang dilahirkan tanpa kedua kaki dan hanya sempurna tangan kanan bukan alasan untuk beliau bahkan beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti UM dalam bidang ekonomi dan perniagaan. - ORG X SEMPURNA PUN BOLEH BERJAYA
- buat azam sejelas mungkin kerana minda kita akan mudah terdorong untuk melakukan dan mencapainya. - TETAP AZAM + MATLAMAT YG JELAS
- sesuatu azam juga wajar realistic dan boleh diukur kemajuannya. - AZAM HARUS REALISTIK
- berilah latihan untuk membina azam ini pada anak anak kita. - LATIH ANAK UTK BINA AZAM
- ajar anak anak untuk tidak berputus asa walaupun hidup ini penuh pancaroba - LATIH ANAK TIDAK PUTUS ASA
25- LOBAK MERAH, TELUR ATAU BIJI KOPI ?
- manusia yang terbaik ialah orang yang mampu menghadapi situasi sukar atau masalah kepada keadaan yang baik dan menghadapi nya dengan baik bahkan menjadi asbab kebaikan untuk orang lain.
26- MENCAPAI KEAMANAN DALAM RUMAH
- mencapai keamanan dalam rumah ialah impian terulung setiap ibu bapa .
- anak anak yang tertekan dengan konflik di dalam rumah ( pergaduhan dan perbalahan antara suami isteri atau antara anak anak ) boleh mengundang mereka mencari penyelesaian dengan melepak dengan kawan kawan dari golongan bermasalah yang boleh menjerumus pada aktiviti tidak bermoral seperti merokok, mengambil dadah, vandalisma , seksual bebas dan lari dari rumah.
- maka berbincang la antara ahli keluarga, cari lah waktu dan situasi yang aman dan berkomunikasi secara terbuka dan jujur, rungkaikan setiap isu yang dihadapi , termasuk berkongsi perasaan sambil memberi galakan dan dorongan , selesaikan apa sahaja yang belum diselesaikan. akui kesilapan dan pohonlah kemaafan sewajarnya. - PANDUAN SELESAIKAN KONFLIK KELUARGA
27- MENSYUKURI APA YANG DIMILIKI
- Puji lah anak anak apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang baik. - PUJI ANAK
28- SEBUAH VOUCHER CERITA
- Ibu bapa disaran untuk menyayangi dan melayan anak anak dengan baik tanpa syarat tanpa menilai kejayaan atau keadaan anak anak. - BERI ANAK KASIH SYG SPENUH HATI
29- ANAK EMAS DAN PLATINUM
- kita tidak harus mengklasifikasikan anak anak kita kepada kelas biasa , emas atau platinum, sebaliknya memberi layanan seadilnya dan kesemuanya diberi layanan platinum. - BERI LAYANAN SAMA ADIL PADA ANAK
- ibu bapa yang melayan anak anak mereka secara tidak adil pula akan melahirkan rasa kekecewaan, kemarahan , kebencian, dan prestasi akademik yang merudum. - KESAN NEGATIF TIDAK ADIL
- kita seharusnya berusaha untuk memberi kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi pada anak anak , sejujur dan seikhlasnya.
30- SEIMBANGKAN GANJARAN DAN HUKUMAN
- Ibu bapa boleh mewujudkan sistem mata ganjaran pada anak anak, di mana tingkah laku anak anak yang baik akan diberi ganjaran manakala perlanggaran peraturan dan perangai buruk pula akan menyebabkan pemotongan mata ganjaran. - BUAT SISTEM DI RUMAH
- keberkesanan kaedah ini akan berlaku sekiranya kita mendapatkan persetujuan anak anak untuk melaksanakannya. maka perbicangan antara ibu bapa dan anak anak untuk merangka sistem ini boleh mencapai objektif tersebut. - SESI BERBINCANG DGN ANAK UTK WUJUD SISTEM
- wujudkan suasana terbuka untuk anak anak meluahkan hasrat, keperluan mereka tanpa prasangka , dan ibu bapa akan lebih bermotivasi untuk menghormati pandangan dan permintaan anak anak. dan sebaliknya anak anak juga akan lebih mudah untuk mendengar kata ibu bapa.
- perbincangan yang berkesan melibatkan proses dua hala dari pihak ibu bapa dan juga anak anak. - PROSES 2 HALA MEMBENTUK SISTEM
- apa yang diperlukan ialah memberi peluang pada anak anak untuk mengatakan apa yang mereka perluakan dan apa yang mereka tidak perlu.
- dalam membincangkan ganjaran, biasanya apa yang diperlukan oleh anak anak bukannya barang atau gajet mainan semata mata , namun kata kata dan penghargaan diiringi pelukan erat dari ibu bapa yang diidamkan anak anak. - ANAK IDAMKAN PELUKAN ERAT IBU BAPA
- begitu juga dengan hukuman, jika ia telah dibincang dan dipersetujui dengan adil, anak anak tidak akan merasa teraniaya jika sesuatu hukuman perlu dilaksana, dan sekiranya berlaku anak anak pasti akan dapat menerimanya dengan hati terbuka dan akan memberi pelajaran positif pada anak .
31- PORTAL KASIH SAYANG
- kesibukan bekerja bukan alasan untuk tidak memberi perhatian dan masa pada keluarga dan anak anak. - BERI MASA DAN PERHATIAN UTK ANAK
- kaedah mudah kasih sayang yang boleh ditonjolkan ialah melalui makanan, nota nota ringkas di buku dan juga melalui media seperti whatsapp. - TEKNIK MENYAMPAI KASIH SYG
- "wah ! sedapnya masakan ini , macam makanan dari syurga !" contoh pujian yang boleh menggembirakan hati isteri. - PUJI MASAKAN ISTERI
- isteri akan tersenyum gembira sepanjang hari, kerana isteri mana yang tidak akan merasa bangga menerima pujian menggunung dari penilaian makanan yang diusahakan. - ISTERI DIPUJI MASAKAN AKAN RASA BAHAGIA
- senyumlah ketika menyediakan dan memasak makanan itu sambil iringi doa agar anak anak mendapat khasiat maksimum terbaik dari makanan itu dan berkat untuk mereka. - SENYUM KETIKA MEMASAK + DOA PADA MAKANAN UTK KEBAIKAN ANAK
- selitkan perkataan kasih sayang pada isteri dan anak anak melalui media sosial seperti whatsapp. isteri pasti akan terkejut kegembiraan apabila mendapat mesej kasih sayang dari suaminya. tindakan yang nampak kecil ini hakikatnya mampu meninggalkan kesan yang besar dan berpanjangan dan menceriakan hidup isteri.dan mereka juga akan merasakan kasih sayang dan dihargai. - HANTAR WASAP KASIH SYG PADA ISTERI UTK BAHAGIAKAN MEREKA
- ambil kesempatan untuk menyentuh hati mereka walau dengan cara yang ringkas sekalipun.kita akan membina proses komunikasi di tahap baru apabila setiap kali kita melibatkan mesej kasih sayang pada mereka.
32- AYAH IBU USAH BEREMOSI
- janganlah kita melemparkan emosi dan kemarahan negatif akibat bebanan harian kerja dan sebagainya pada anak anak. - JGN LEMPAR EMOSI NEGATIF PADA ANAK
- menjerit , menengking dan berleter merupakan cara terpantas untuk menghancurkan hati anak anak tanpa disedari. - PERKARA TAK DISUKAI ANAK
- ikutilah tauladan imam hasan al banna yang tidak meninggikan suara nya di rumah pada anak anak.
- jadi untuk mengelakkan keadaan tersebut, kita haruslah berusaha untuk mengawal emosi. - USAHA KAWAL EMOSI
- ciptalah peraturan asas pada anak anak seperti melatih mereka untuk bertanggungjawab dalam mengemas barang permainan selepas bermain, membersihkan kotoran dan pinggan selepas makan, tidur mengikut waktu ditetapkan, - CIPTA PERATURAN UTK DISIPLIN ANAK
- elakkan dari mengkritik dan mengatakan anak malas atau pelupa jika mereka sekali sekala gagal mematuhi peraturan ini, sebaliknya ungkapkan kata kata yang baik dan nasihat pada anak anak. - ELAK KRITIK ANAK, BG MEREKA DORONGAN
33- PENGAJARAN BEKERJASAMA , DARI OPS RAK KASUT
- banyak faedah dari latihan bekerjasama di rumah yang akan diperolehi.
- antara aktiviti bekerjasama yang boleh dilakukan oleh anak anak ialah membersihkan rumah, membasuh kereta, memasak dan lain lain. - LATIH ANAK BEKERJASAMA
34- LATIH ANAK MENJAGA ORANG TUA
- Sentiasalah menunjukkan teladan yang baik untuk anak anak kerana perlakuan kita sering diperhatikan oleh anak anak dan dipelajari oleh mereka. - ANAK MENIRU TAULADAN IBU BAPA
- anak yang kecil, hatinya masih suci merupakan permata bersih .jika dibiasakan dan diajar kebaikan, maka dia akan tumbuh dalam kebaikan dan berbahagia kedua ibu bapanya dunia akhirat,
- maka anak anak kecil ini wajar dididik, diperlihara dan diajari akhlak akhlak yang baik , menjaga dari kawan kawan yang jahat - PERLIHARA ANAK DARI ANASIR NEGATIF
- bina tabiat pada anak anak agar mereka sentiasa mendoakan kedua ibu bapa kebaikan dunia akhirat.
35- GURU UMPAMA IBU BAPA DI SEKOLAH
- ibu bapa harus mendidik anak untuk menghargai guru, menghormati guru guru mereka.
36- SEEKOR TUPAI DI ATAS JALAN
37- HENTIKAN PERBANDINGAN,MULAKAN KEHIDUPAN
- perincikan sasaran kita kepada beberapa peringkat yang lebih kecil. umpamanya jika anak kita mendapat 5C , raikan proses mereka yang berperingkat dari 5C ke 5B dan barulah kepada 5 A.
- elakkan membuat perbandingan dengan anak anak orang lain, sebaliknya berilah motivasi dan dorongan pada anak anak agar mereka dapat memperbaharui atau mencipta kejayaan yang lebih baik dari pencapaian yang sebelumnya. - ELAK MEMBANDING DGN ANAK ORG LAIN
38- RAHSIA SABAR DALAM MENCARI CINTA
- ketepikan dan buang emosi negatif sebelum kita masuk ke dalam rumah ketika pulang dari tempat kerja. - BUANG EMOSI NEGATIF SEBELUM MASUK RUMAH
- hadiahkan senyuman pada isteri dan anak anak ketika balik dari rumah sebagai hadiah buat mereka, senyuman akan menimbulkan suasana harmoni dalam rumah tangga. - HADIAHKAN SENYUMAN
39- TIADA JALAN PINTAS UNTUK BERJAYA
- beri kefahaman pada anak anak bahawa pendidikan dan kejayaan akademik adalah kunci kepada kehidupan yang lebih baik . - BERI ANAK FAHAM
- bagi setiap anak yang berjaya, harus dibina dari 3 prinsip iaitu ibu bapa memahami jiwa anak anak, memberi sepenuh kasih sayang pada anak anak, mewujudkan sistem disiplin yang mapan.
- formula ke-2 ialah membina sistem disiplin yang ketat di dalam rumah tetapi adil untuk anak anak.tanpa disiplin, wawasan untuk berjaya dalam pelajaran hanya akan tinggal angan angan. - BINA DISIPLIN UTK ANAK2 BELAJAR
- contohnya jika masa dari pagi dan petang dihabiskan untuk menonton tv dan bermain, maka tidak akan tersisa masa untuk belajar.
- antara cara yang proaktif ialah menyediakan jadual untuk anak selepas waktu sekolah. - BUAT JADUAL BELAJAR UTK ANAK
TAMAT - CATATAN LENGKAP PADA 13 MAC 2024
