KITAB BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH - KARANGAN SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI ALMAKKI ( KARYA ASAL : TARIKH AL HAWADITS WA AHWAL AN NABAWIYAH )
- MULA PENULISAN : 16 MAC 23 - TAMAT 6 JULAI 2023
1) AWAL KELAHIRAN
- NASAB YANG MULIA
- Baginda ialah junjungan mulia dan sayyidul wujud , Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthallib (syaibah al Hamd) bin Hasyim (amru) bin Abdi Manaf ( al Mughirah ) bin Qushai (zaid) bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ay bin Ghalib bin Fahr (Quraisy) bin Malik bin an Nadhr (qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah ('amir) bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan ,
- Nasab baginda bersambung dengan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim.
- KELAHIRAN
- baginda dilahirkan di Kota Makkah pada hari Isnin , 12 Rabiulawal , Tahun Gajah , inilah pendapat yang paling mahsyur.
**ibnu Abbas berkata, "Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin , diangkat menjadi nabi pada hari isnin, berhijrah dari Makkah ke Madinah pada hari Isnin dan mengangkat Hajarul Aswad pada hari Isnin."
(RIWAYAT AHMAD)
- bersamaan dengan 20 April 570 M, disebut tahun Gajah kerana pada tahun itu Raja Abrahah menyerang Baitullah al Haram dengan tentera yang menaiki gajah
- ketika melahirkan Baginda, ibunya Aminah binti Wahab tidak berasa sakit
- Ketika dilahirkan , Baginda dalam keadaan sudah berkhatan, dikatakan Baginda menggenggam jari jari tangannya sambil jari telunjuk menunjukkan isyarat Tauhid.
- Pada malam kelahirannya, berlaku beberapa peristiwa ajaib dan aneh, antaranya :
1) Berhala berhala runtuh,
2) Cahaya terang muncul bersama kelahirannya yang dapat menerangi istana istana di negeri Syam .
3) Istana Kaisar (Raja Rom) bergoncang yang menyebabkan tiang tiang besarnya jatuh,
4) Api yang disembah orang Majusi di Parsi padam serta merta sedangkan ia tidak pernah padam sejak lebih 1000 tahun.
5) Air Tasik Sawat menjadi surut.
- Bidan Nabi - ialah Asy Syifa' binti 'Auf bin Abdun ( ibu kepada Sayyiduna Abdur Rahman bin 'Auf )
2) PERKEMBANGAN AWAL KEHIDUPAN NABI
- PERINGKAT AWAL (KECIL)
- Baginda membesar dalam keadaan yatim kerana ayahnya Abdullah, wafat ketika baginda masih dalam kandungan ibunya Aminah .
- Setelah itu , baginda dijaga oleh datuknya , abdul Muthallib.
- UMUR 6 TAHUN
- Ketika berumur 6 tahun, ibu Baginda membawanya pergi ke Yatsrib ( nama lama Madinah ), ditemankan Ummu Aiman untuk menziarahi ayah ayah saudara Baginda (dari pihak ibu ) daripada Kabilah Bani an Najjar, mereka berada di sana lebih kurang sebulan.
- Dalam perjalanan pulang ke Makkah, ibunya sakit yang membawa kepada kewafatannya . Jenazah nya dikuburkan di Abwa'.
- Baginda menjadi anak yatim piatu kerana kehilangan ayah dan ibu.
- Ummu Aiman membawanya ke Makkah dan diserahkan kepada datuknya, Abdul Muthallib.
- UMUR 8 TAHUN
- Ketika berumur 8 tahun, datuknya wafat.
- Baginda dijaga pula oleh ayah saudaranya, Abu Thalib kerana mengikuti wasiat datuknya.
- Sejak itu, Abu Thalib menjaga Baginda. Dia jugalah yang melindungi Baginda dari sesiapa sahaja yang ingin menyakiti dan memusuhi Baginda semasa melaksanakan tugas kerasulan ( Ketika Nabi mula berumur 40 tahun)
- Dia sangat cinta dan sayang kepada Baginda.
- Asalnya, Abu Thalib adalah seorang yang miskin tetapi setelah menjaga Nabi, dia mendapat rezeki yang cukup dan harta yang banyak.
- UMUR 12 TAHUN
- Ketika berumur 12 tahun, Baginda bersama ayah saudaranya , Abu Thalib pergi berniaga ke Syam.
- Walaubagaimanapun, ketika sampai di pertengahan jalan, Bahira (Buhaira ), seorang rahib Nasrani dan pakar dalam kitab Taurat dan Injil , memberitahu Abu Thalib bahawa orang Yahudi akan mengganggu Baginda .
**Buhaira memberitahu terdapat tanda tanda kenabian yang ada pada Nabi Muhammad, Dia berpesan kepada Abu Thalib supaya mengawasi Baginda agar tidak diketahui oleh kaum Yahudi.
Kaum Yahudi pasti akan berusaha untuk membunuhnya kerana mereka tahu Nabi Muhammad yang masih remaja akan menjadi rasul seperti yang disebut di dalam kitab Taurat dan Injil.
- Abu Thalib bimbang dengan keselamatan Baginda, lalu dengan segera membawanya kembali ke Makkah.
- PERGI KE SYAM KALI KE-2
- Baginda pergi lagi ke Syam untuk kali ke-2 bersama Maisarah, hamba Khadijah. Tujuannya adalah untuk berniaga barang barang dagangan kepunyaan Khadijah.
- UMUR 25 TAHUN
- Ketika berumur 25 tahun, Baginda duduk di bawah bayangan sebatang pokok.
- Seorang rahib bernama Nasthur berkata, "Tidaklah turun di bawah pokok ini melainkan dia seorang nabi".
3) PEKERJAAN NABI MUHAMMAD SEBELUM MENJADI NABI
- Sebelum diangkat menjadi nabi, Baginda seorang yang taat beragama ( hanif ) dan selalu beribadah.
- Baginda sangat benci kepada patung berhala dan perkara perkara yang haram ( yang berlaku dalam masyarakat ketika itu seperti minum arak, penzinaan, riba, penipuan dalam berniaga, perhambaan dan lain lain )
- Ketika itu, Baginda bekerja sebagai pengembala kambing di samping berdagang bersama dengan as Sa'ib bin abi as Sa'ib
**baginda bersabda, "setiap nabi yang diutuskan Allah pasti pernah menggembala kambing." ada yang bertanya, "adakah tuan juga begitu?" baginda menjawab, "ya" . ( Riwayat al Bukhari )
**as Sa'ib adalah rakan kongsi Baginda dalam perniagaan, ketika terjadi Pembukaan Makkah oleh tentera Islam, baginda menyambut kedatangan as Sa'ib dengan ucapan , "Selamat datang wahai saudara dan temanku."
- Baginda tidak pernah menipu dan tidak pernah bertengkar semasa berniaga
- Baginda pergi ke Syam membawa barang dagangan kepunyaan Khadijah dan pulang dengan membawa keuntungan yang besar.
** sebelum membawa barangan dagangan Khadijah, Baginda terlebih dahulu sudah berniaga, oleh kerana Baginda seorang yang jujur dan cekap dalam perniagaan, itulah sebabnya Khadijah, ahli perniagaan wanita, percaya dan berani mengamanahkan Baginda membawa barang barang dagangannya untuk dipasarkan dalam pasaran terbuka yang penuh persaingan dan cabaran di negara Syam.
4) PASAR PASAR TEMPAT NABI PERNAH BERNIAGA
- Muhammad bin Habib al Baghdadi di dalam kitab al Muhabbir menyenaraikan 13 pasar di mana Nabi pernah berniaga sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul.
- 1) Zamah al Jandal - Utara Hijjaz , sempadan Syria , dibuka setahun sekali selama 1 bulan pada Rabiulawal,, tumpuan pedagang antarabangsa
2) Musyaqqar - Bahrain , pekan tahunan Hijr (bahrain),
3) Oman
4) Daba - pantai oman
5) pantai antara Aden dan Oman
6) Aden
7) Sanaa - ibu kota yaman
8) Hadramaut , yaman
9) ukaz - najd
10)zy al majaz - dekat dengan ukaz
11) mina
12) khaibar
13) Hijr
5) NAMA NAMA RASULULLAH DISEBUT DALAM AL QURAN
- Basyir - makna : pembawa khabar gembira
- Nazir - yang memberi ingatan
- Siraj al Munir - Pelita yang menerangi
- Ra'uf - yang penyantun
- Rahim - yang penyayang
- Rahmah li al alamin - pembawa rahmat ke seluruh alam
- Muhammad - yang terpuji
- Ahmad - yang terpuji
- Thaha
- Yaasin
- Muzammil - orang berselimut
- Abdullah - hamba Allah
- An Nazir al Mubin - yang memberi peringatan dengan terang
- Muzakkir - yang memberi peringatan
(NAMA DISEBUT DALAM HADIS)
- Muhammad - yang sangat terpuji
- Ahmad - yang terpuji
- Al mahi - yang menhapuskan, kerana Allah menghapuskan kekufuran dengan kedatangannya
- Al Hasyir - Yang mengumpulkan, kerana Allah mengumpulkan umat manusia dengan mengikutinya
- Al 'Aqib - Penutup , kerana Baginda penutup sekalian nabi
- Al Muqaffa - yang ditakuti kerana kehebatannya
- Nabi at Taubah - Nabi yang bertaubat ( bukan bermaksud nabi berbuat dosa kerana nabi ma'sum dari dosa)
- Nabi ar Rahmah - Nabi pembawa rahmat
- Nabi al Mulhimah - Nabi yang diberi ilham
dan banyak lagi nama lain baginda
6) TANDA TANDA KENABIAN
- 1- DADA DIBELAH
- Dada Nabi dibelah sebanyak 4 kali
- Umur 4 tahun , iaitu ketika Baginda masih kanak kanak dan berada di bawah jagaan Halimah as Sa'adiyyah
- Umur 10 tahun
- Umur 40 tahun , iaitu ketika Malaikat Jibril datang membawa wahyu tentang kebangkitan Baginda sebagai nabi.
- Umur 52 tahun, iaitu pada malam Israk.
- KHATAM AN NUBUWWAH ( CAP KENABIAN )
- Pendapat paling masyhur ialah bentuknya seperti benjolan seakan akan gumpalan daging sebesar telur merpati di bahagian bawah bahu belakang sebelah kiri. ia bercahaya dan mengeluarkan bau yang harum yang menambahkan kewibawaan Nabi Muhammad.
- MIMPI YANG BAIK
- Setiap kali setelah baginda bermimpi, selalunya akan ada cahaya bersinar seperti fajar subuh dan Baginda mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain
- Kadang kadang Baginda melihat batu batu dan pokok memberi salam kepadanya
- Pada ketika cuaca panas terik, Baginda selalu dinaungi awan ke mana sahaja Baginda pergi.
7) SIFAT FIZIKAL RASULULLAH
- TUBUH
- tidak tinggi , tidak rendah, tubuh yang sangat baik
- Tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk
- Berat yang seimbang, tidak ringan dan tidak berat.
- WAJAH
- Tidak terlalu bulat dan tidak terlalu bujur.
- Wajah yang tampan
- Sangat kacak jika dilihat dari jauh dan lebih kacak apabila dilihat dari dekat.
- Berseri seri dan cerah bagaikan bulan purnama
- MATA
- Agak lebar, tajam , bahagian tengah mata berwarna hitam pekat
- Penghujung mata ( saluran air mata ) nampak berwarna kemerahan
- Baginda memakai celak yang dibuat dari itsmid setiap malam dengan mengusapkannya 3 kali pada setiap kelopak mata sebelum tidur.
- MULUT - lebar
- GIGI - cantik
- BULU MATA - panjang dan lentik
- RAMBUT
- Hitam dan sedikit beruban
- Sebahagian rambut ada kemerah merahan kesan minyak wangi
- Kadang kadang dibiarkan panjang hingga menyentuh bahu
- Kadang kadang dipotong pendek hingga hanya sampai pada bahagian bawah telinga
- Ketika wafat, ada 20 helai uban di kepala Baginda
- JANGGUT - Lebat, baginda menyikat janggutnya
- BULU BULUAN
- Rambut halus tumbuh di bahagian tengah dada , dari atas memanjang ke bawah hingga pusat
- Rambut halus tumbuh dari bahagian bawah bahu hingga lengan kedua tangannya
- Sedikit uban di kepala, bawah mulut dan kedua dua tepi muka
- KEPALA
- Agak besar, baginda menutup kepalanya dan kadangkala menanggalkan penutup kepalanya.
- TULANG LEHER
- Kuat, panjang leher yang sedang/ideal
- DADA - berdada lebar sehingga kedua belah bahunya nampak agak berjauhan
- TANGAN - Dua pergelangan tangan kuat dan agak panjang.
- TAPAK TANGAN DAN JARI
- dua tapak tangannya besar dan lebar, lembut dan halus , tidak terlalu padat dengan daging
- KULIT - Tidak terlalu putih (tidak pucat) dan tidak terlalu coklat ( putih kemerahan )
- PERUT - Rata pada bahagian dada dan perut (tidak buncit)
- BAHU - pada bahagian bawah bahu belakang sebelah kiri terdapat Khatam an Nubuwwah
- TUMIT - nipis, tidak banyak daging
- SUARA - suara sedap , nada sederhana tinggi , tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah
- CARA BERJALAN - baginda berjalan cepat dengan membongkok sedikit seolah olah sedang berjalan menuruni bukit
- KETIKA DIAM - nampak ketenangannya
- KETIKA BERCAKAP - nampak kehebatannya, manis berkata kata, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu ringkas
- Kata katanya umpama manik manikam tersusun indah
- Jika baginda bercakap , semua mendengar
- Jika menyuruh, semua menurut suruhannya, percakapannya tiada yang sia sia
8) PAKAIAN DAN PERHIASAN
- BAJU
- pakaian yang paling baginda suka ialah gamis berwarna putih dan habrah (dibuat dari bulu berwarna agak kemerahan )
- Lengan gamis Baginda memanjang hingga pergelangan tangan
- Ketika badan letih, baginda memakai pakaian longgar berwarna merah tua (Agak coklat )
- Kadang kadang baginda memakai 2 baju berwarna seperti warna tanah
- RIDA' (KAIN PENUTUP BAHU)- baginda juga memakai rida'
- KISA' - kadangkala baginda suka memakai kisa' ( seperti kain selimut atau kain panas ) dari bulu
- JUBAH
- kadang kadang baginda memakai jubah dengan lengan agak sempit
- kadang kadang baginda memakai qaba' ( seperti gamis berlengan melebihi panjang tangan hingga hujungnya dapat dimasukkan dalam gamis )
- IZAR ( SEPERTI KAIN SARUNG)
- baginda juga memakai izar, yang di dalamnya ( bahagian dalam ) dipakai lagi seluar.
- SELUAR
- Seluar nabi yang panjang kakinya menutup lutut dan di atas buku lali
- kadang kala , baginda memakai seluar sahaja ( tanpa izar/kain sarung) bersama jubah atau gamis ketika tidak ada izar.
- CINCIN
- baginda memakai cincin di jari kelingking tangan kanannya.
- kadangkala memakai di jari tangan kirinya. ( ada juga riwayat menyebut di jari manis tangan kiri )
- KASUT - baginda memakai kasut (na'l)
- SERBAN
- adakalanya baginda memakai imamah (serban) berwarna hitam dan meletakkan kedua dua hujung ekornya di atas bahu
- baginda juga memakai serban berwarna putih, berjalur kuning seperti dalam beberapa riwayat.
- KHUF - baginda memakai khuf (seperti kasut dari kulit atau kain tebal )
9) KEKUATAN FIZIKAL RASULULLAH
- MENGALAHKAN RUKANAH, ORANG QURAISY PALING KUAT
- baginda mempunyai kekuatan tubuh badan yang sempurna
- ia sama seperti kekurangan dan kesungguhan Baginda yang sempurna dalam menjaga hak hak Allah, iaitu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
- para perawi hadis menyebut , Rukanah bin abdi yazid adalah orang Quraisy yang paling kuat. ketika bersama Rasulullah di suatu tempat di Makkah,
Baginda berkata kepadanya, " wahai Rukanah, alangkah bagusnya jika kamu takut kepada Allah dan menerima dakwahku."
- Rukanah menjawab, "kalau aku tahu apa yang kamu katakan itu benar, aku akan mengikutimu. "
- Rasulullah berkata, " apa pendapat kamu , sekiranya aku dapat menjatuhkan kamu, adakah kamu ingin tahu apa yang aku katakan adalah benar ?" Rukanah menjawab, "ya".
- rasulullah berkata, "berdiri , kamuu akan kujatuhkan."
- Rukanah menghampiri baginda untuk berlawan, baginda mengunci tubuhnya dan menjatuhkannyaa di atas tanah dalam keadaan tidak terdaya melawan.
- Rukanah bangun semula dan berkatta, "kita berlawan lagi, wahai Muhammad", kedua duanya berlawan dan dia dijatuhkan lagi.
- rukanah berkata. "wahai Muhammad, aku pelik, bagaimana kamu boleh mengalahkan aku ?" baginda menjawab, "ada yang lebih pelik dari itu. jika kamu mahu, aku akan menunjukkan nya kepada kamu dengan syarat kamu mahu menundukkan diri kepada Allah dan mengikut perintahku."
- Rukanah bertanya, "apakah ia?" baginda menjawab, "Aku akan panggil pokok yang kamu lihat itu supaya datang kepadaku."
- rukanah berkata,"cubalah panggil". Rasulullah memanggilnya. pokok tersebut datang berada di hadapan Baginda. Rasulullah mengatakan kepada Rukanah, "beritahu kepadanya : 'baliklah ke tempat asalmu." . Setelah Rukanah memberitahunya, pokok tersebut balik ke tempatnya.
- Rukanah berasa takjub melihat apa yang berlaku. ketika pulang ke tempat kaumnya, dia berkata, "wahai bani abdi manaf, saudara kamu itu (muhammad) boleh menyihirkan semua penghuni bumi. demi Allah , aku tidak pernah melihat tukang sihir sehebatnya.
- Rukanah menceritakan apa yang dilihatnya dan apa yang berlaku. Riwayat yang benar menyebutkan Rukanah akhirnya memeluk islam dan menjadi sahabat Nabi yang baik.
10) AKHLAK NABI MUHAMMAD
- baginda selalu diam
- Berbicara ketika perlu
- Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat
- Menghadap seluruh tubuhnya jika berbicara dengan seseorang
- Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah )
- Selalu menundukkan pandangan kerana tawadduk
- Berfikir terus menerus
- Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya
- Tidak pernah mencela makanan, apabila suka baginda akan makan, jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya
- Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia
- Marah bukan kerana nafsu
- Apabila kebenaran dipermainkan, baginda akan bangkit mempertahankannya
- Apabila marah, baginda akan memalingkan mukanya
- Apabila suka, baginda akan memejamkan matanya
- Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas
- Tidak pernah berteriak teriak di pasar
- Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan, malah baginda memaafkan dan berlapang dada
- Tangan baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad di jalan Allah
- Apabila menghadapi 2 perkara, baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat
- Di rumah , baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu, membuat sendiri segala keperluan diri
- Ketika duduk atau berdiri, baginda selalu berzikir.
- Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut dan peramah.
- Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak teriak, lebih lebih lagi mencela orang lain.
- Tiga perkara yang dijauhi , perselisihan, bongkak dan segala yang tidak diperlukan.
- Tidak pernah mencela dan memaki hamun orang lain
- Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain
- Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala
- Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah olah ada burung melintas di atas kepala mereka
- Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan berasa gerun dan hormat terhadapnya.
- Sesiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali baginda , akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
- Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membezakan di kalangan mereka.
- Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti akan dipenuhinya atau jika sebaliknya, ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
- Tangan baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. baginda adalah ayah bagi mereka semuanya.
- Di mana pun baginda berada, di situlah terpancarnya cahaya ilmu, sikap malu dan sabar serta amanah.
- Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan baginda kerana wibawanya
- Semua mengakui keutamaannya kerana taqwa, menghormati orang tua, menyayangi yang kecil. ,mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan, dan kebajikan orang asing
- Tidak terus memotong percakapan orang lain, jika ingin memotong, baginda hentikan dahulu atau berdiri.
- Paling berlapang dada
- Paling halus keperibadian
- Paling ramah dan beradab dalam pergaulan dan muamalahnya.
11) KELUARGA DAN KERABAT BAGINDA
- NENEK NABI SEBELAH AYAH DAN IBU
- Sebelah ayah ( ibu Abdullah bin abdul muthallib ) - Fatimah binti Amr al Makhzumiyyah
- Sebelah ibu ( ibu Aminah binti Wahab ) - Barrah binti abdul uzza
- AYAH DAN IBU SAUDARA SEBELAH AYAH
- Ayah saudara : 1) al Harits , 2) Qatham, 3) Hamzah(memeluk islam ) , 4) al Abbas(memeluk islam ), 5) azZubair , 6) abu Thalib (nama asal nya Abdi Manaf ). 7) Abu Lahab (nama asalnya abdul uzza), 8)Abdul Kaabah, 9) Hajal , 10)Dhirar, 11) Muqawwim, 12) al Ghaidaq
- Ibu Saudara :1) Syafiyyah,(ibu kepada Zubair, memeluk islam) 2) Atikah, 3)Arwa, 4) Umaimah, 5) Barrah, 6) Ummu Hakim al Baidha'
- AYAH DAN IBU SAUDARA SEBELAH IBU
- 1) al Aswad bin Wahab, 2) abd yaghuth bin wahab, 3) fari'ah
- SEPUPU NABI
- anak Abu thalib = 1) amirul mu;minin, Ali, 2) Thalib ,3) Aqil , 4) Ja'far dipanggil ath Thayyar(syahid padaa perang Mut'ah tahun ke 8H) , 5) Ummu Hani ( nama asalnya fakhitah) - memeluk islam dan turut berhijrah ke madinah. . 6) Jumanah
- anak al Abbas bin abdul muthallib = 1) Abdullah ( ibnu abbas ) dan 13 lagi.
12) ISTERI ISTERI BAGINDA
1- Khadijah binti Khuwailid
** hidup bersama Rasulullah sejak 15 tahun sebelum baginda menerima wahyu (sebelum menjadi Nabi) sehingga 3 tahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah, meninggal dunia di pangkuan Rasulullah
2- Saudah binti Zam'ah
** seorang yang sudah berusia
- ketika baginda berniat untuk menceraikannya, dia menyerahkan malam malam giliran nya kepada Aisyah. Saudah berkata :"aku tidak lagi memerlukan lelaki, aku hanya ingin supaya tetap termasuk isteri isterimu di akhirat kelak."
- antara keistimewaannya, setelah Khadijah meninggal dunia, dialah yang menjadi isteri tunggal Rasulullah selama 3 tahun, meninggal dunia pada tahun 55H
3- Aisyah binti Abu Bakar
- Rasulullah berkahwin dengannya di Makkah , dua tahun sebelum hijrah, ketika itu Aisyah berumur 6 atau 7 tahun.
- bersama dengan Rasulullah ketika berumur 9 tahun.
- ketika Rasulullah wafat, Aisyah berumur 18 tahun.
- Meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah.
4- Hafshah binti Umar bin al Khattab
- menurut riwayat, dia pernah diceraikan oleh Rasulullah tetapi Malaikat Jibril datang memberitahu Baginda, "Allah memerintahkan kepadamu untuk rujuk semula kepada Hafshah kerana dia seorang perempuan yang rajin berpuasa dan solat."
- Meninggal dunia padad tahun 45 H
5- Ummu Habibah binti Abi Sufyan
- dia dikahwini oleh Rasulullah ketika dia berada di Habssy(Ethiopia) sebagai pelarian. Baginda berkahwin dengannya dengan perantaraan Raja Habsyah, an NAjasyi.
- Mahar perkahwinan dibayar oleh an Najasyi atas nama Rasulullah sebanyak 400 dinar.
dalam perkahwinan itu , Usman bin affan bertindak sebagai wali.
- meninggal pada tahun 44H
6- Hindun binti Umayyah (Ummu Salamah )
- meninggal pada 62 H
- isteri Rasulullah yang terakhir meninggal dunia.
7- Zainab bin Jahsy
- meninggal di Madinah pada 20H
8- Juwairiyyah binti al Harits
- pernah menjadi tawanan perang dari Bani al Musthaliq
- Rasulullah membebaskannya dan berkahwin dengannya. meninggal pada 56H
9- Maimunah binti al Harits
- ibu saudara pada Khalid bin al walid dan abdullah bin abbas
- perempuan terakhir dikahwini Rasulullah
10- Shafiyyah binti Huyyay
- berketurunan Nabi HArun
11- Zainab binti Khuzaimah
- baginda mengahwininya pada tahun 3H, Rasulullah sempat tinggal bersamanya selama 2-3 bulan sahaja, selepas itu dia meninggal dunia
***isteri dibawah , Rasulullah menceraikan mereka sebelum sempat hidup sebagai suami isteri (tidak pernah menggauli mereka)
12- Fatimah binti adhDhahak
- ketika turun ayat at Takhyir (ayat memberi peluang pada isteri isteri nabi untuk memilih dunia atau kebahagiaan akhirat), dia memilih dunia lalu Rasulullah menceraikannya, tidak lama selepas itu , dia dilihat mengumpul2 najis binatang di tanah (penyakit jiwa) sambil berkata, aku perempuan celaka , aku memilih dunia
13- Syaraf
14- Khaulah binti al huzail
- dialah yang menghibahkan dirinya pada Rasulullah, untuk mengambil berkat dan di akhirat menjadi ahli syurga kerana pernah menjadi isteri nabi.
15- Asma' binti ka'ab
- perkahwinan dengan Rasulullah hanya sekejap, dicerai kan oleh baginda sebelum sempat bersama.
16- wanita dari bani ghifar
- perempuan ini berpenyakit sopak dan dipulangkan kembali pada keluarganya
17- Umaimah
- ketika hendak digauli, dia berkata aku berlindung dengan Allah dari kamu, baginda menjawab, "Allah melarang orang yang berlindung kepadaNya daripadaku, lalu dikembali kepada keluarganya
18- Aliyah binti zhibyan
- baginda menceraikannya ketika hendak bersamanya
19- anak perempuan ash shilth
- meninggal sebelum sempat digauli
20- malikah al laithiiyyah
- ada sahabat yg mengatakan, perempuan ini yang berkata Aku berlindung pada Allah dari kamu. dia diceraikan dan dikembali pada keluarganya
21- baginda pernah meminang seorang perempuan
- ketika ayahnya menyebut anak nya tidak pernah sakit sama sekali, baginda menjawab, itu bukan perkara yang baik lalu meninggalkannya
**mengikut pendapat, Rasulullah memberi 500 dirham pada setiap isterinya sebagai mahar kecuali kepada Shafiyyah dan ummu habibah. - nilai 1 dirham adalah nilai harga 1 kilo daging, lebih kurang rm 20-30 harga daging semasa.
**dalam buku asal, Sayyid muhammad bin alawi tidak menyenaraikan Mariyah al Qibtiyyah sebagai salah seorang isteri nabi, namu beliau menyenarai mariyah sebagai salah seorang maula perempuan baginda,
13) ANAK ANAK RASULULLAH
1- AL QASIM
- ia menjadi nama panggilan Nabi Muhammad, "abu Qasim". al Qasim lahir sebelum baginda diangkat menjadi nabi.
- Wafat ketika berumur 2 tahun, sebelum kenabian baginda
2- ABDULLAH ( DIPANGGIL ATH THAYYIB DAN ATH THAHIR)
- lahir setelah baginda diangkat menjadi nabi.
3- IBRAHIM
4- ZAINAB
- anak perempuan sulung Rasulullah
- berkahwin dengan ibnu al 'ash setelah pemuda itu memeluk islam, zainab melahir anak lelaki bernama Ali yang meninggal ketika masih kanak kanak.
- zainab kemudian melahir anak perempuan bernama Amamah.
- ketika masih kanak kanak, Amamah pernah dikendong oleh Rasulullah sambil mendirikan solat.
- Ali bin Abi Thalib berkahwin dengan Amamah kerana mengikut wasiat isterinya, Fatimah ketika hampir meninggal dunia.
- Setelah Ali meninggal dunia, Amamah dikahwini pula oleh al Mughirah bin Naufal
- melahirkan anak lelaki bernama Yahya
5- RUQAIYYAH
- berkahwin dengan Usman bin Affan dan melahirkan anak lelaki bernama Abdullah
- meninggal ketika Zaid bin Harithah datang memberitahu tentang kemenangan orang islam dalam perang Badar.
- usman selepas itu berkahwin pula dengan adik perempuan Ruqayyah, Ummu Kalsum.
- Ummu Kalsum meninggal pada 9H .
6- UMMI KALTSUM
7- FATIMAH
- anak perempuan Baginda ke-3, berkahwin dengan Ali bin abi Thalib dan mendapat 3 anak lelaki : al Hasan , al Husain dan Muhsin.
- Muhsin meninggal ketika masih kanak kanak .
- selain melahirkan 3 anak lelaki , Fatimah juga melahirkan 3 anak perempuan, Ruqayyah, Zainab dan Ummi Kaltsum. ruqayyah meninggal ketika remaja, zainab berkahwin dengan abdullah bin ja'afar dan melahirkan anak lelaki bernama ali.
- ummu kalsum berkahwin dengan Umar al Khattab dan melahirkan anak lelaki bernama Zaid.
**semua mereka berhijrah ke Madinah
** semua anak baginda dilahirkan oleh Khadijah kecuali Ibrahim (hasil perkongsian hidup Baginda bersama Khadijah selama 15 tahun )
** ibrahim dilahirkan di Madinah oleh ibunya Mariyah al Qibtiyyah, umur Ibrahim tidak panjang, meninggal ketika berumur 70 hari.
**kesemua anak nabi sudah wafat ketika baginda masih hidup kecuali Fatimah, dia meninggal selepas 7 bulan wafatnya Nabi
14) ANAK TIRI - 8 ORANG
- 4 orang anak Khadijah dari suami terdahulu
- 4 orang anak Ummu Habibah dari suami terdahulu
15) ANAK ANGKAT - 2 ORANG
- Zaid bin Haritsah , hamba kepada Khadijah yang dibebaskan
- anak dipelihara Aisyah yang diambil dari kakaknya, Asma' binti Abu Bakar
16) CUCU CUCU NABI - 9 ORANG
- 6 anak Fatimah dan Sayyidina Ali = Hasan , Husin, Muhsin (wafat ketika kecil), Ruqayyah, Zainab , dan Ummi Kalsum(berkahwin dengan Umar bin al Khattab)
- 2 anak Zainab yg berkahwin dengan abu al 'as = Ali (wafat ketika kecil) , dan Amamah
- 1 anak Ruqayyah, berkahwin dengan Usman al affan = Abdullah
17) SEJARAH RINGKAS PERISTIWA HIJRAH DARI MAKKAH KE MADINAH
1- RASULULLAH MEMERINTAH PARA SAHABAT BERHIJRAH DAHULU ( MAKKAH )
- Semasa masih berada di Makkah, Rasulullah memerintahkan para sahabat yang tinggal di Makkah untuk berhijrah ke Madinah supaya boleh bergabung dengan saudara seagama mereka kaum Ansar di Madinah.
- Baginda bersabda, "Allah telah menjadikan mereka sebagai saudara kamu dan tempat yang selamat untuk kamu." sebagai menyahut perintah Rasulullah, para sahabat mula berhijrah secara berperingkat.
- ketika itu, Rasulullah sendiri masih berada di Makkah kerana menunggu keizinan dari Allah untuk berhijrah
- sekumpulan para sahabat mula berhijrah termasuk Umar bin al Khattab, Thalhah, Hamzah, Zaid bin Haritsah, Abdur Rahman bin Auf , Zubair bin ak awwam, abu huzaifah, Usman bin Affan dll.
- di Makkah, kafir Quraisy bertindak mengancam Rasulullah dan orang islam yang masih di sana. ada juga yang ditahan dan diseksa kecuali Ali dan Abu Bakar.
2- KOMPLOT JAHAT DI DARUL NADWAH( MAKKAH)
- Melihat keadaan ramai orang islam sudah mula berhijrah, kuffar Quraisy mengadakan satu mesyuarat di Dar an Nadwah antara pembesar mereka.
- Tanpa mereka sedari, Iblis yang menyerupai manusia, berpakaian seperti Syeikh Najd turut sama dalam mesyuarat tersebut. mereka berbincang mengenai tindakan yang mesti diambil terhadap Nabi Muhammad.
-Akhirnya mereka bersetuju untuk membunuh baginda, hasil cadangan iblis tadi.
3- MALAIKAT JIBRIL DATANG MELAPOR PERANCANGAN JAHAT MUSUH UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH
- Jibril datang pada Nabi dan berkata, "pada malam ini, jangan tidur di tempat yang biasa kamu tidur."
- kerana mengikut nasihat Jibril, baginda meminta Ali menggantikan tempat tidurnya, baginda menyelimutkan badan dengan kain burdah hijau. keadaan ini benar benar memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit, sebab itulah para ulama' mengatakan Ali adalah orang pertama sekali menjual dirinya pada jalan Allah.
- pada malam itu, ketika Baginda keluar dari rumahnya, Allah menghilangkan penglihatan sekumpulan pemuda Quraisy yang ditugaskan menunggu di luar rumah baginda, yang bersedia dengan pedang untuk membunuhnya . mereka merancang untuk menetak nabi bersama sama. ( tujuannya supaya darah Nabi terpercik ke baju setiap pemuda kabilah yang mewakili setiap kabilah itu. dengan ini kabilah Nabi tidak akan menuntut bela terhadap pembunuhan itu kerana terlalu banyak kabilah yang membunuhnya. pemuda itu seramai 12 orang )
- dengan kuasa Allah, tidak ada seorang pun yang melihat Baginda. Rasulullah keluar dengan selamat dari kawasan itu dan meletakkan debu debu tanah di atas kepala mereka dengan tangan baginda yang mulia
-
4- BERGERAK BERSAMA SAYYIDINA ABU BAKAR KE MADINAH
- Rasulullah berjumpa Abu Bakar dan berkata, "Sesungguhnya Allah telah mengizinkan aku untuk berhijrah. dan Rasulullah mengatakan abu bakar akan menemani nya."
- dengan sangat gembira, Abu Bakar mengambil 2 ekor unta untuk berhijrah. beliau mengupah Abdullah bin Uraiqith untuk menjadi penunjuk jalan.
- Rasulullah keluar meninggalkan Mekah bersama Abu Bakar secara bersembunyi tanpa diketahui musyrikin Quraisy melalui jalan lain bukan jalan biasa. hanya Ali dan keluarga Abu Bakar yang tahu perjalanan mereka.
- Abu Bakar menyuruh anaknya, Abdullah memerhati keadaan sekeliling, dan menyuruh hambanya Amir bin Fuhairah supaya membawa kambing mencari makan pada waktu siang dan membawanya pulang pada waktu malam supaya kambing kambing tersebut dapat menghilangkan kesan tapak kaki baginda dan abu bakar.
- Asma' anak abu bakar juga disuruh membawa makanan ke tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar.
5- TIBA DI GUA TSUR
- setelah tiba di Gua tsur dan berada di dalam gua , Allah memerintahkan labah labah membuat sarang antara gua dan sebatang pokok di hadapan gua menjadi penghalang supaya Rasulullah dan abu Bakar tidak dapat dilihat dari luar. dan Allah memerintahkan 2 ekor burung merpati liar hinggap antara sarang labah labah dan pokok itu.
- musyrikin mekah yang cuba menjejaki baginda , ketika sampai di hadapan Gua Tsur menjadi hairan melihat sarang labah labah di hadapan gua dan 2 ekor burung merpati di situ. adalah mustahil jika ada orang masuk ke dalam gua tanpa merosakkan sarang labah labah dan menakutkan burung burung merpati itu. inilah pertolongan dari Allah .
- sarang labah labah dan burung burung itu adalah tentera Allah seperti firmanNya, "Lalu Allah memberi ketenangan padanya dan menguatkannya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya." (surah at Taubah : 40 )
- ketika di dalam gua, Abu Bakar dapat melihat bayang bayang kaki musyrikin di depan gua. beliau ketakutan dan berkata, "Wahai Rasulullah, sekiranya salah seorang dari mereka melangkah sedikit lagi, nescaya mereka akan melihat kita, " Rasulullah menenangkannya dan menjawab, "Adakah kamu menyangka bahawa kita hanya berdua ? Allah-lah yang ketiga ." ( Surah at Taubah :40)
- di kota Makkah , musyrikin Quraisy menyedari Rasulullah sudah menghilangkan diri. mereka menawarkan ganjaran 100 ekor unta kepada sesiapa sahaja yang dapat membawa Baginda kepada mereka.
- Rasulullah dan Abu Bakar berada di dalam Gua Tsur selama 3 hari 3 malam.
6- MENERUS PERJALANAN DARI GUA TSUR KE MADINAH ( DIBANTU OLEH AMIR BIN FUHAIRAH )
- selepas itu, mereka menerus perjalanan ke Madinah bersama Amir bin fuhairah melalui jalan jalan sunyi dan jarang di lalui orang (pinggiran kota)
- dengan perasaan tamak untuk mendapatkan 100 ekor unta yg ditawar musyrikin Quraisy, seorang musyrik bernama Suraqah bin malik berusaha mengekori dan mengejar Rasulullah, lalu kudanya terjatuh dan dia turut jatuh terpelanting, dia bangun semula dan bertekad mengejar lalu kudanya sekali lagi terjatuh dengan kedua kaki depannya terperosok dalam tanah, kudanya sudah tidak boleh bergerak.
- dia menjerit meminta tolong dari rombongan Rasulullah , baginda beranggapan selepas ditolong , suraqah akan terus balik ke mekah , lepas ditolong dilkeluarkan kaki kuda , rupanya suraqah masih mahu meneruskan ciita citanya, lalu mengejar lagi rombongan baginda, oleh kerana niat jahatnya , kaki kudanya terperosok lagi sebanyak 2-3 kali , dia sendiri terjatuh berkali kali dari kudanya.
- apa dilihat dan dialami sendiri oleh Suraqah menyedarkan dirinya Rasulullah benar benar mendapat perlindungan Allah, ianya kebenaran nyata dan tidak mustahil sama sekali. maka Suraqah menjerit ke arah rombongan Rasulullah, "Aku suraqah , tunggu ! aku ingin bercakap denganmu, demi Allah , tidak ada lagi sesuatu dariku yang kamu tidak suka."
- mendengar jaminan itu, Rasulullah berkata kepada Abu Bakar, "Tanyalah dia, apa yang dia mahukan dari kita." setelah ditanya, Suraqah menjawab, "Aku meminta supaya kamu menulis surat sebagai bukti aku telah bertemu denganmu. atas perintah rasulullah, Amir bin fuhairah menulis surat atas seketul tulang ataupun kayu. kemudian , Rasulullah bertanya pada suraqah, "Apa pendapatmu jika suatu hari nanti kamu akan memakai 2 gelang kebesaran Kisra, Raja Parsi.?"
- apa yang dikatakan Rasulullah memang betul2 terjadi, ketika Parsi jatuh ke tangan tentera islam pada zaman Umar , tentera Islam menyerahkan barang kebesaran Kisra seperti sepasang gelang, pakaian kebesaran, dan mahkota pada Umar. Umar memanggil suraqah dan memakaikan barang itu padanya,
7- RASULULLAH SINGGAH DI RUMAH UMMU MA'BAD
- di tengah perjalanan ke MAdinah, Rasulullah dan Abu Bakar singgah di tempat tinggal Ummu Ma;bad , dia mempunyai seekor kambing betina yang hampir hampir tidak boleh menghasilkan susu. Rasulullah mengusap susu kambing itu sambil menyebut nama Allah dan berdoa, berkat perbuatan dan doa baginda, kambing itu mengeluarkan susu yang banyak ketika diperah. ummu ma'bad dan rombongan Rasululah minum sepuas puasnya , susu kambing itu diperah lagi sehingga bekas yang ada penuh dengan susu.
- ketika Abu Ma'bad , suami ummu ma'bad balik, dia bertanya kepada isterinya tentang kejadian itu, isterinya menjawab, "Demi Allah, orang yang membawa berkat telah singgah di tempat kita. Dia berkata begini dan begitu.." ummu ma'bad menceritakan tentang diri Rasulullah , abu ma'bad berkata, "Demi Allah , aku akan sampaikan berita itu kepada orang Quraisy yang sedang mencarinya..."
8- RASULULLAH TIBA DI QUBA' (MADINAH)
- Rasulullah meneruskan perjalanan hingga tiba di Quba' terletak di pinggir Madinah pada hari isnin , 12 Rabiulawal.
- baginda singgah di rumah Kaltsum bin al hadam , lalu solat Jumaat di Bani Salim bin auf di dalam lembah itu, itulah solat Jumaat yang pertama kali didirikan di Madinah.
- Baginda kemudian masuk ke dalam Kota Madinah, baginda membiarkan untanya berjalan sehingga sampai di satu tempat kepunyaan Sahl dan Suhail, anak anak kepada Amru. keduanya adalah anak yatim di kampung As'ad bin zarrarah. baginda kemudian membeli tanah itu dengan 10 dinar dan di situlah nanti Masjid Nabawi akan didirikan. ( nilai 1 dinar emas = RM 750-800 nilai emas semasa )
- Baginda turun dari untanya di rumah Abu Ayyub al Ansari, dia termasuk ayah ayah saudara Abdul Muthallib, baginda tinggal bersama Abu Ayyub selama 7 bulan.
- kata kata pertama yang didengar dari Rasulullah ialah, "Sebarkan salam, berikan makan, sambungkan silaturrahim, bangunkan solat malam ketika manusia tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera."
9- RASULULLAH MENGHANCURKAN SEMUA BERHALA DI MADINAH
- pada ketika itu, masih terdapat patung patung berhala disembah di Kota Madinah, Penduduk Madinah menghampirinya , kemudian menghancurkannya.
- Nabi mengutuskan Zaid bin haritsah dan Abu Rafi' ke Mekkah dengan membawa 2 ekor unta dan 500 dirham untuk diberi kepada Fatimah, Ummu Kaltsum, Saudah bin Zam'ah , Usamah bin Zaid dan ibunya, Barkah al Maknah (Ummu Aiman) yang masih berada di sana, semoga Allah meredhai mereka semua.
- Abdullah bin Abu Bakar selepas itu berangkat ke MAdinah dengan keluarga ayahnya.
18) ORANG BERADA DI SAMPING RASULULLAH
- MAULA MAULA RASULULLAH - antaranya :
*maula ialah hamba yang dimerdeka oleh tuannya , tetapi tetap setia bersama dan sukarela menjaga bekas tuannya dan menyerah semua keperluan hidupnya kepada tuannya
- Zaid bin Haritsah - baginda memerdekakannya
- Usamah bin Zaid
- Tsauban
- Abu Kabsyah Sulaim
dan ada lagi berjumlah 29 orang semuanya
- MAULA PEREMPUAN
- Salma
- Kaisar
- Mariyah
19) PEMBANTU RASULULLAH
- Asma' dan Hindun ( anak Haritsah )
- Anas bin Malik
- Abdullah bin Mas'ud
- bilal
- Abu zarr al Ghifari
- Aiman bin Ummu Aiman
- Nu'aim bin rabi ah
- Barkah (Ummu Aiman ) ( ibu kepada usamah bin zaid )
- Khaulah
**para sahabat yang bertugas melaksana hukuman mati atas perintah Rasulullah
- Ali bin abi thalib
- zubair al awwam
- al miqdad bin amr
- muhammad bin maslamah
- 'ashim bin tsaabit
**para sahabat ditugas dengan tugas khas
- Qais bin sa'ad ( menjaga keselamatan )
- Bilal ( mengurus perbelanjaan seharian baginda )
- mu'aiqib bin abi fatimah ( mengurus cap baginda )
- ibnu mas'ud ( mengurus keperluan seperti siwak, kasut dan keperluan bersuci )
- abu rafi' ( urus barangan Rasulullah untuk bermusafir )
- uqbah bin amir ( mengurus keldai baginda dan menunggangnya ketika baginda bermusafir )
- zarr bin abi zarr al ghifari ( urus unta baginda di padang rumput )
- adh Dhahhak bin sufyan ( kawal keselamatan baginda dengan pedangnya ) - terkenal dengan keberanian, kekuatannya sama seperti dengan 100 orang parsi
- abdul rahman bin auf ( kawal keselamatan isteri baginda )
^ketika para isteri nabi ingin menunai haji zaman khalifah umar al khattab tahun 23H dan umar mengizinkan, mereka keluar dan berada dalam khemah kecil belakang unta, abdur rahman di depan dan usman al affan di belakang sangat menjaga keselamatan mereka.
- Abu Bakar - mengajar utusan yang datang ke madinah untuk bertemu Rasulullah tentang cara menghormati, mengucap salam dan cara duduk di hadapan baginda )
**dalam perkara tertentu, Rasulullah sendiri melakukannya tanpa memohon bantuan orang lain seperti bersedekah dan mengambil air untuk wuduk waktu malam
20) PENGAWAL RASULULLAH
- sa'ad bin muaz ( perang badar )
- muhammad bin maslamah ( perang uhud )
- zubair al awwam ( perang khandak )
- abu ayyub ( perang khaibar )
- bilal ( lembah al Qura )
- Abu bakar as siddiq ( al a'arisy )
**setelah turun ayat "Dan Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia, " (al maidah : 67 ) , Baginda tidak memerlukan pengawal lagi.
21) UTUSAN RASULULLAH KEPADA KETUA KETUA DAN RAJA RAJA
-a) Amru bin Umayyah
- diutus kepada Raja Najasyi ( Habsyah atau Ethiopia )
- utusan pertama
- ketika surat Baginda diserah kepada Najasyi, raja itu turun dari singgahsana dan duduk di lantai. dia kemudian memeluk islam
- raja najasyi meninggal dunia ketika Rasulullah masih hidup pada 9 H, baginda menyembahyangkan jenzahnya (solat ghaib )
b) Dihyah bin khalifah
- diutus pada Raja Rom (kaisar ) iaitu Heraclius
- kaisar rom percaya kepada kenabian Nabi Muhammad dan berniat memeluk islam
- tetapi golongan bangsawan dalam kerajaannya tidak bersetuju
- dia tidak jadi memeluk islam kerana takut kehilangan kerajaan dan pengaruh
c) Abdullah bin Huzafah as sahmi
- diutus pada Raja Parsi , kisra
- kisra mengoyak surat dari Rasulullah
- Rasulullah bersabda, "Allah akan mengoyak ngoyak kerajaannya sehingga hancur "
d) hathib bin abi balta'ah
- diutus pada Raja Mesir al muqauqis
- dia tertarik dengan islam
- dia menghadiahkan Mariyah al Qibthiyyah dan Sirin serta seekor keldai betina warna putih berbelang hitam disamping 1000 dinar dan 20 helai pakaian pada Rasulullah
e) amru al ash
- diutus pada jaifir dan abd , anak anak kepada al julandi ( Raja Oman )
- keduanya menyatakan keislaman melalui amru
- dan memberi sedekah kepada orang islam
f) salith bin amru
- diutus pada hauzah ali ( penguasa Yamamah )
- dia menghormati rasulullah
- dia mengutus jawapan pada Rasulullah , namun Rasulullah tidak menuruti permintaannya,
- dia akhirnya tidak memeluk islam
g) syuja bin wahb
- diutus pada al harits ( Raja Balqa di syam )
- dia mencampak surat dan berkata, "aku akan datang sendiri kepadanya."
- namun, kaisar melarangnya
h) al muhajir
- diutus pada al harits
i) al 'ala
- diutus pada al munzir ( Raja Bahrain )
- al munzir memeluk islam
j) Abu Musa al Asy'ari dan disertai Muaz Jabal
- diutus ke negeri Yaman
- Rakyat Yaman dan kaum bangsawannya memeluk islam tanpa kekerasan.
22) PENULIS SURAT RASULULLAH
- Abu bakar
- umar
- usman
- ali
- thalhah
- zubair awwam
- amir fuhairah
- abdullah al arqam
- ubay bin ka'ab
+ dll total ( 20 orang )
** Mu'awiyah bin abi sufyan dan zaid tsabit adalah penulis tetap dan khusus Rasulullah
23) PEGAWAI YG DITUGAS URUS PEMERINTAHAN
a) bazan di yaman
b) khalis said di sana'a yaman
c) ziyad bin labid di hadhramaut yaman
d) abu musa al asy'ari di zabid
e) muaz bin jabal di al janad yaman
f) abu sufyan di najran
g) 'itab bin asid di makkah merangkap penyelaras haji tahun 8H
h) ali bin abi talib sebagai hakim di yaman
i) amru bin al ash di oman
j) abu bakar as siddiq memimpin jemaah haji ke makkah pada 9 H,
24) MUAZZIN RASULULLAH
a) MASJID NABAWI - bilal bin rabah
b) MASJID QUBA' MADINAH - sa'ad al Qarzh, maula ammar
c) MAKKAH - abu mahzurah aus al makki
25) JURU PIDATO RASULULLAH 5 ORANG ( petah berdakwah )
a) tsabit bin qais
b) abdullah bin rawahah
c) amru bin akwa
d) anjasyah
e) barra bin malik
26) PENYAIR, KHATIB DAN PENGHIBUR RASULULLAH
a) Penyair Rasulullah yang gigih membela Islam
- Kaab bin Malik
- Abdullah bin rawahah
- Hassan bin Tsabit
b) Penyair memainkan Peranan Besar dalam Dakwah
- Abu Bakar as Siddiq
- Umar bin al Khattab
- Usman bin Affan
- Ali bin abi thalib
c) Para sahabat lain yang terkenal sebagai penyair
- Ka'ab bin zuhair
- abbas bin abdul muthalib
- abdullah bin abbas
d) Khatib - Tsabit bin Qais
e) Penghibur ( orang yang menyanyikan lagu santai ketika menunggang unta sebagai hiburan kepada penunggangnya dalam perjalanan jauh )
- ketika dalam perjalanan jauh, para sahabat melantunkan lagu hiburan di hadapan Rasulullah
- Abdullah bin Rawahah
- Amir bin al Akwa
- anjasyah
- al barra' bin malik
26) PAKAIAN DAN PERKAKAS RASULULLAH
- Ketika wafat, Rasulullah meninggalkan pakaian :
a) Baju - 2 baju habrah seperti baju rasmi
- 2 baju shahari - dipakai di padang pasir
- sehelai baju shahari - kainnya ditenun halus
- sehelai baju sahuli - berbentuk 4 segi
b) Kain Sarung - sehelai buatan Oman
c) Kisa' ( baju longgar ) - berwarna putih dan sehelai warna hitam
d) Kopiah - beberapa buah
e) Selimut - sehelai
f) Serban - Sahab warna hitam, baginda memberinya kepada Ali bin Abi Thalib
g) Pakaian khusus - Baginda mempunyai 2 pakaian khusus untuk solat Jumaat
h) Sapu tangan - sehelai
i) Jubah - 1) jubah sutera, 2) jubah thoyalisah seperti jubah untuk menerima ijazah ketika majlis konvokesyen , 3) Jubah yang dipakai untuk berperang
j) siwak , gelas dari seramik, alas tidur dari kulit berisi serabut
k) Tempat tidur - kaki kakinya dari kayu keras
l) cincin perak - berukir Muhammad Rasul Allah , dibuat dari besi bersepuh perak , hadiah dari an Najasyi
m) selipar dan khuf 2 pasang
27) PEPERANGAN DI ZAMAN RASULULLAH
( PEPERANGAN YANG GHAZWAH (DISERTAI) DAN SARIYYAH (TIDAK DISERTAI) RASULULLAH )
a) Ghazwah
- paling banyak sebanyak 27 kali
- Peperangan yang melibatkan pertempuran senjata dan pertumpahan darah hanya 9 kali iaitu :
i) Perang Badar
ii) Perang Muraisi'
iii ) Perang Quraizhah
iv) Perang al Farh ( Fath Makkah )
v) Perang Thaif
vi) Perang Uhud
vii) Perang Khandaq
viii) Perang Khaibar
viiii) Perang Hunain
x) Pakar sejarah menambah : PErang Lembah al Qura dan Perang al Ghabah
b) Sarriyah ( Tidak disertai Rasulullah dan baginda mengutus orang lain memimpin pasukan )
- Keseluruhannya sebanyak 56 kali, ada pendapat 50 kali
28) HAJI DAN UMRAH RASULULLAH
- Haji - Rasulullah menunaikan ibadah haji hanya sekali iaitu haji Wada' ( perpisahan )
- Umrah - baginda melakukan umrah 4 kali :
i) tahun 6 H - baginda bertahallul di Hudaibiyah tetapi tidak masuk Makkah
ii) Tahun 7 H - selepas terjadi persetujuan dengan orang Quraisy
iii) Tahun 8 H - setelah peristiwa Pembukaan Makkah ( Fath Makkah ) , dilakukan ketika dalam perjalanan pulang dari Tha'if
iv) Tahun 10 H - bersamaan dengan Haji Wada' baginda
29) MUKJIZAT RASULULLAH
1- AL QURAN - mukjizat terbesar baginda
2- Dada Bagida dibelah oleh malaikat
3- Peristiwa Isra dan Mikraj yang tidak berlaku kepada para nabi dan rasul yang lain.
4- Jawapan Baginda tentang Baitul Maqdis ( ketika ditanya dalam peristiwa isra' mikraj )
5- Bulan terbelah dua
6- Peristiwa ketika baginda keluar ( pada malam hari ) dari rumah untuk berhijrah , semua pemuda Musyrikin Quraisy yang berpakat untuk membunuh baginda, akhirnya mengantuk setelah Baginda membaca sesuatu pada pasir.
7- Dalam perang Badar, Baginda mengambil segenggam pasir lalu dilempar ke arah pasukan musuh, setiap musuh yang terkena butiran pasir tersebut, jatuh tersungkur dan meninggal dunia.
8- Dalam perang Hunain, Allah menghancurkan tentera kafir setelah Nabi melemparkan pasir ke muka mereka.
9- Peristiwa Surawah bin Malik di mana kudanya terperosok ke dalam pasir dan dia sendiri terjatuh beberapa kali ketika mengejar NAbi dalam peristiwa Hijrah
10- Anak kambing betina yang belum kahwin mengeluarkan susu yang banyak setelah belakangnya diusap oleh Rasulullah
11- Kambing Ummu Ma'bad tidak ada air susu, mengeluarkan susu yang banyak setelah susunya disuap oleh Rasulullah.
12- Doa baginda supaya islam lebih kuat dengan islamnya Umar al Khattab dimakbulkan oleh Allah.
13- Doa baginda supaya Ali bin abi Thalib tidak dimudaratkan oleh panas dan sejuk dimakbulkan Allah, ketika panas Ali menggunakan pakaian musim sejuk dan ketika sejuk , beliau menggunakan pakaian musim panas , kedua duanya tidak memudaratkannya.
14- Doa Rasulullah supaya Ali disembuhkan dari penyakit mata dimakbulkan Allah. setelah itu , Ali tidak pernah sakit mata selamanya.
15- Rasulullah mengembalikan biji mata Qatadah bin nu'man yang tersembul keluar, setelah peristiwa itu, mata Qatadah menjadi lebih terang dari sebelumnya.
16- Doa baginda supaya Abdullah bin al abbas dikurniakan kecerdasan untuk mentakwil dan memahami ilmu ilmu agama dimakbulkan Allah, beliau mendapat gelaran al Hibr ( lautan ilmu ) dan Turjunam al Quran ( yang menafsirkan al Quran ) kerana kedalaman ilmunya tentang al Quran.
17- Doa Baginda untuk kemenangan unta kepunyaan Jabir yang kalah pada awal perlumbaan dimakbulkan Allah.
18- Doa Baginda supaya Anas dikurnia umur yang panjang, harta yang banyak dan anak yang ramai dimakbulkan Allah
19- Doa Rasulullah untuk pokok kurma kepunyaan Jabir dimakbul Allah, pokok kurma yang berbuah sedikit pada mulanya , akhirnya berbuah dengan banyak sehingga Jabir dapat melunaskan hutangnya denga hasil kurma tersebut.
20- Doa Rasulullah supaya Allah menurunkan hujan dimakbulkan. selepas Rasulullah berdoa, hujan terus turun selama seminggu. ketika Rasulullah memphon supaya hujan berhenti, awan yang membawa hujan bergerak ke tempat lain dan cuaca berubah menjadi cerah.
21- Doa Rasulullah supaya Utaibah bin abu lahab , orang yang memusuhi Allah dan Rasulullah , mati dimakbulkan Allah. dia mati diterkam singa di Syam.
22- Pada malam Rasulullah dibangkit menjadi Rasul, batu dan pokok mengucapkan salam dengan, "Assalamu'alaika ya Rasulullah." Rasulullah mengatakan, :Aku tahu ada batu di Makkah yang mengucapkan salam kepadaku beberapa kali ketika sebelum aku di angkat menjadi nabi dan rasul."
23- Sebatang pokok kurma menangis kerana rindu pada Rasulullah.
24- Batu yang digenggam oleh Rasulullah mengucapkan tasbih.
25- Makanan yang dihadiahkan oleh seorang perempuan yahudi memberitahu Rasulullah ia telah dibubuh racun oleh perempuan tersebut.
26- Seekor unta mengadu kepada Rasulullah kerana diberi sedikit makanan tetapi disuruh bekerja berat.
27- Rasulullah memberitahu sahabat, tiada seorang pun wakil musyrikin yang berlawan dengan wakil muslimin dalam Perang Badar akan menang. ia benar benar terjadi.
28- Rasulullah pernah memberitahu sahabat, nanti ada sekumpulan umatnya yang meredah lautan di mana ada seorang perempuan bernama Ummu haram turut bersama mereka dan ia benar berlaku.
29- Rasulullah pernah berkata pada Usman, "kamu akan diuji dengan musibah yang besar." ia berlaku dan usman syahid.
30- Rasulullah berkata pada kaum ansar, "setelah aku wafat, kamu akan mengutamakan kaum kamu sendiri." ia benar benar terbukti.
31- Baginda pernah berkata mengenai cucunya, Hasan bin Ali, "Anakku ini (hassan) seorang sayyid (pemimpin), Allah akan mendamaikan 2 kumpulan besar orang islam melaluinya." ia terbukti di mana para pengikut Ali bin abi thalib dan pengikut muawwiyah abi sufyan telah berdamai walau sebelumnya hampir hampir berperang.
32- Rasulullah pernah memebritahu al Unsi al kazzab akan terbunuh dan orang membunuhnya turut terbunuh sedangkan pada malam kejadiannya , al Unsi berada di sana'a yaaman dan baginda di Madinah.
33- Rasulullah pernah berkata kepada Tsabit bin Qais , "kamu akan hidup mulia dan akan mati syahid." beliau syahid dalam perang yamamah.
34- Seorang lelaki murtad dan bergabung dengan musyrikin, ketika Rasulullah mendengar berita kematiannya, baginda berkata, "bumi tidak sudi menerimanya." ia terbukti apabila mayatnya dibuang ke laut.
35- Rasulullah pernah menyuruh seorang lelaki dengan katanya ," makanlah dengan tangan kananmu." lelaki itu menjawab, "aku tidak boleh (sedangkan dia boleh) , baginda berkata, "kamu memang tidak akan boleh."sejak peristiwa itu, lelaki itu tidak boleh sama sekali mengangkat tangan kanannya sampai ke mulut.
36- Pada hari jatuhnya Makkah ke tangan tentera islam, banyak berhala bertenggek di sekitar kaabah. Rasulullah menunjukkan dengan qadhib ( tongkat pendek ) baginda ke arah berhala berhala itu sambil berkata, " Kebenaran telah muncul dan kebatilan pasti lenyap." pada ketika itu juga, berhala berhala itu jatuh tersungkur.
37- Dalam Perang Khandaq, Rasulullah memberi makan pasukan Muslimin dengan secupak gandum, semua mereka makan sehingga kenyang dan makanan itu masih berbaki banyak selepas itu.
38- Rasulullah pernah memberi makan dengan sedikit kurma. Rasulullah menyuruh para sahabat mengumpul baki kurma yang jatuh di atas hamparan, kemudian Rasulullah mendoakannya, baki kurma yang terkumpul menjadi banyak sehingga cukup untuk di makan oleh semua tentera Islam.
39- Abu Hurairah datang kepada Rasulullah membawa sedikit kurma dan berkata, "wahai Rasulullah , doakan ia supaya diberi keberkatan." Rasulullah berdoa , abu hurairah menceritakan, "aku mengeluarkan sejumlah sukatan kurma itu untuk perjuangan di jalan Allah. kami sendiri makan kurma itu dan ia baru habis pada masa khalifah Usman bin affan."
40- Abu Hurairah menyebut, pernah suatu hari dia meminta Rasulullah berdoa supaya tharid(sejenis bubur) di dalam piring besar cukup dimakan oleh beberapa sahabat. setelah berdoa , Rasulullah mengambil sejemput tharid yang ada di tepi piring dengan jari jarinya yang mulia, dan berkata, "silakan makan, Bismillah ." abu hurairah berkata, " Demi Allah, baru sahaja sedikit sahaja makan, aku sudah kenyang."
41- Air memancut keluar dari jari jemari Rasulullah yang mulia sehingga semua rombongan Rasulullah seramai 1400 orang dapat minum sepuasnya dan berwuduk dengannya.
42- Ketika musim kemarau, dalam perjalanan disertai rombongan sahabat, Rasulullah menyuruh sahabat mencari semangkuk air, Rasulullah kemudian memasukkan jari jarinya yang mulia ke dalam air itu lalu berkata, "silakan kamu datang ke sini, " . semuanya datang dengan pada Rasulullah lalu berwuduk , air di dalam mangkuk itu tidak habis sedangkan mereka ketika itu seramai 70 hingga 80 orang.
43- dalam Perang Tabuk, tidak ada seorang pun tentera Islam yang menemui air untuk diminum , oleh kerana tidak sanggup menahan haus, mereka memberitahu Rasulullah lalu Rasulullah mengambil anak panah dari Kinanah lalu memacaknya di tanah, seketika itu juga air memancut dengan deras sehingga semua tentera seramai 30 000 orang dapat minum sepuasnya.
44- Rasulullah pernah singgah berehat di suatu tempat, penduduk mengadu tentang air kotor dan tidak dapat diminum, Rasulullah bersama beberapa sahabat pergi ke sebuah perigi lalu Rasulullah meludah ke dalamnya, seketika itu juga air perigi itu menggelegak, penuh dengan air yang sejuk dan bersih.
45- Seorang perempuan berjumpa Rasulullah membawa budak kecil botak kepalanya kerana sejenis penyakit, Rasulullah mengusap kepala budak itu, seketika itu juga rambutnya tumbuh dan penyakitnya sembuh, ketika penduduk yamamah mendengar kejadian itu, seorang perempuan datang kepada musailamah al kazzab membawa budak kecil yang botak, musailamah mengusap kepalanya berulang kali tetapi kepala anak itu tetap botak.
46- Dalam Perang Badar, pedang ukasyah patah, Rasulullah memberinya sebatang kayu sebagai pengganti, kayu yang berada di tangan ukasyah berubah menjadi pedang, selepas habis perang, kayu itu masih dipegang oleh Ukasyah.
47- Dalam Perang Khandaq ( Perang Ahzab ), tentera Islam susah untuk memecahkan batu besar dan keras ketika mereka menggali parit untuk pertahanan, batu yang tidak dapat dipecah walaupun dihentak dengan pemukul besar akhirnya hancur berkeping keping setelah dipukul oleh Rasulullah dengan tangannya yang mulia
48- Rasulullah mengusap kaki yang patah dan ia sembuh seketika itu juga sehingga orang yang sakit itu seolah olah tidak pernah merasa sakit sebelumnya.
**mukjizat Rasulullah terlalu banyak yang tidak mungkin dihitung dan dicatat semuanya di sini.
30) KEWAFATAN RASULULLAH
- Rasulullah wafat ketika berumur 63 tahun.
- Rasulullah wafat pada hari isnin , waktu dhuha, 12 Rabiulawal setelah sakit selama 4 hari
- Jenazah suci Rasulullah dikebumikan pada malam Rabu.
- ketika hampir wafat, Baginda memasukkan tangannya ke dalam air di dalam satu bekas sambil mengusap wajahnya dan berdoa, "ya Allah , bantulah aku menghadapi sakaratul maut."
- Jenazah Rasulullah dikafan dengan kain selimut berwarna kekuning kuningan.
- Umar al khattab tidak percaya baginda wafat sehingga memberi amaran untuk memancung kepala sesiapa berkata Rasulullah wafat kerana terlalu sayang dan cinta pada Rasulullah .
Ali bin abi thalib diam tidak berkata kata.
antara sahabat menziarahi jenazah Rasulullah , Abbas dan Abu BAkar paling tabah menghadapi saat getir ini.
- para sahabat berbeza pendapat ketika memandi jenazah Rasulullah, adakah dimandikan bersama pakaian baginda ataupun tidak. dalam keadaan mencari jawapan, mereka mengantuk dan tertidur.kemudian mereka terdengar suara tidak diketahui puncanya berkata, "mandikan Rasulullah bersama pakaiannya." mereka terkejut dan terjaga lalu memandikan jenazah sebagaimana dikatakan suara tadi.
- sahabat yang memandikan jenazah Rasulullah ialah Ali bin abi thalib , al abbas dan 2 anak lelakinya iaitu al fadhl dan Qatham serta 2 maulanya usamah dan syaqran.
- liang kubur baginda diletak qathifah permaidani warna merah sebagai alas.
- Rasulullah dikebumikan dalam rumah Aisyah
BAHAGIAN 2
1) PERISTIWA PENTING PADA ZAMAN RASULULLAH
( TAHUN SEBELUM KENABIAN )
- UMUR 1 TAHUN - Halimah as Sa'diyah datang ke Makkah dan membawa baginda ke perkampungan bani sa'ad
- UMUR 2 TAHUN - Abu Bakar bin abi quhafah lahir
- 3 TAHUN - Rasulullah mengalami peristiwa dibelah dada oleh malaikat
- 5 TAHUN - Halimah as Sa'diyah mengembalikan Rasulullah kepada ibunya.
- 6 TAHUN - Bersama ibunya (Aminah) melawat ayah ayah saudara sebelah ibu dari Bani 'Adi bin Najjar di Madinah. + Ibu Rasulullah wafat di Abwa' ketika dalam perjalanan pulang ke Makkah.
- 8 TAHUN - Datuknya , Abdul Muthallib wafat + baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Thalib , mengikut wasiat Abdul Muthallib.
- 9 TAHUN - Rasulullah ke Syam bersama Abu Thalib untuk berniaga
- 13 TAHUN - Umar al Khattab lahir
- 14 TAHUN - Perang Fujjar antara Bani Kinanah dan bani Qais , baginda hadir dalam perang itu. + Peristiwa Half al Fudhui
- 25 TAHUN - Baginda bersama Maisarah pergi ke Syam untuk berniaga barang barang dagangan Khadijah ( 2 bulan sebelum Rasulullah berkahwin dengan Sayyidatuna Khadijah ) , selepas 2 bulan, baginda berkahwin dengan Khadijah.
- 30 TAHUN - Ali bin Abi Thalib lahir di Kaabah.
- 34 TAHUN - Mu'awiyah bin abi sufyan dan Muaz bin Jabal lahir.
- 35 TAHUN - Keberkatan dan kejujuran Baginda mula terkenal + Anak perempuan Nabi, Fatimah az Zahra' lahir. + Orang Quraisy membaiki Kaabah , baginda meleraikan pertengkaran anatara mereka mengenai siapakah yang paling layak meletakkan kembali Hajar Aswad di tempat asal.
** Rasulullah membentangkan rida'(kain selendang) yang dipakai, kemudian meletakkan Hajarul Aswad di atasnya dan meminta 4 orang pemimpin Quraisy yang bertelagah untuk bersama sama baginda mengangkat dan membawanya ke tempat asal.
- 38 TAHUN - Terjadi peristiwa peristiwa yang menandakan (irhash) awal kenabian Baginda, antaranya : Rasulullah melihat cahaya terang benderang + Rasulullah mendengar suara tanpa diketahui dari mana dan dari siapa + Rasulullah mula berkhalwat (menyendiri) di Gua Hira'
2) PERISTIWA PENTING PADA ZAMAN RASULULLAH
( TAHUN KENABIAN )
- TAHUN PERTAMA ( UMUR 40 )
1 - Malaikat Jibril datang menyampaikan risalah dari Allah sebagai tanda awal kenabian, ia berlaku pada hari Isnin.
2 - Baginda mula berdakwah secara sir (sembunyi) dengan menjadikan rumah al Arqam bin abi al Arqam sebagai pusat dakwah.
3 - Khadijah, Ali bin abi Thalib, Zaid bin Haritsah dan Abu Bakar memeluk islam
- TAHUN KE-3 ( UMUR 42)
1 - Baginda mula berdakwah secara terbuka dan menyeru manusia menyembah Allah.
- Turun firman Allah dalam surah al Hijr ayat 94 ( "oleh itu, sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu."
2 - ketika Baginda menyeru kaumnya kepada islam , mereka tidak menjauhkan diri dari baginda dan tidak menolaknya, sehinggalah Baginda menyebut tentang tuhan mereka dan menyatakan tentang kekurangannya.
- Abu Thalib telah mempertahankan Rasulullah dan dialah yang menenangkan keadaan.
3 - Kuffar Quraisy membuat perancangan dan berkumpul , berpakat untuk memyeksa sesiapa sahaja yang memeluk islam dan membuat kesusahan pada mereka untuk mengamalkan agama Islam.
- Pernah terjadi pada Saad bin abi waqas sedang berdiri bersolat bersama sahabat di sudut makkah, sekumpulan musyrikin melihat mereka dan memperlekehkan perbuatan mereka itu yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.
- mereka berkelahi lalu saad memukul janggut unta dan berdarah, itulah darah pertama yang mengalir dalam siri pertembungan Islam-kuffar
- al walid al mughirah dan kaumnya menuduh Rasulullah sebagai ahli sihir.
- TAHUN KE-5 (UMUR 44 )
1 - Aisyah binti Abu Bakar lahir.
2 - Hijrah pertama ke Habsyah (Ethiopia) , kumpulan pertama orang islam berhijrah secara sembunyi ke Habsyah seramai 11 lelaki + 4 perempuan, mereka termasuk Usman affan dan isterinya Ruqayyah dan Ummu Salamah yang akhirnya menjadi isteri Rasulullah, kumpulan ini diketuai oleh Usman bin Mazh'un
- Selepas itu , Ja'afar bin abi thalib dan sekumpulan lain menyusul hingga jumlah kesemuanya 82 orang, tidak termasuk perempuan dan kanak kanak
3 - Raja Habsyah ( An Najasyi ) memuliakan kedatangan mereka ke habsyah
- setelah beberapa lama, sebahagian mereka pulang semula ke Makkah, sementara yang lain masih tinggal di Habsyah , sehinggalah nabi berhijrah ke Madinah lalu mereka berhijrah juga ke sana.
4 - Sumayyah , ibu ammar bin yasir meninggal dunia kerana di seksa musyrikin Quraisy, dia adalah perempuan pertama syahid dalam islam
- TAHUN KE -6 ( UMUR 45 )
1- Hamzah bin abdul Muthalib memeluk Islam , beliau pemuda Quraisy yang paling kuat dan tegas. Rasulullah suka dengan keislamannya, Ancaman Quraisy semakin kurang dengan Islamnya Hamzah
2 - 3 hari berikutnya, Umar al Khattab pula memeluk Islam
- TAHUN KE-7 ( UMUR 46 )
1 - Musyrikin Quraisy bersepakat memutuskan segala hubungan dengan Bani Hasyim dan Bani al Muthallib dalam segala urusan jual beli, perkahwinan dan lain lain.
- mereka menulis satu pengisytiharan ditulis oleh manshur bin ikrimah, tangannya menjadi lumpuh selepas itu. Kuffar menggantung pengisytiharan itu di dinding Kaabah, kesan dari boikot ini, orang Islam dari Bani Hasyim dan Muthallib berkumpul dan tinggal di daerah syi'ib ( daerah lereng gunung , tempat yang biasanya kena banjir ) yang dikenali dengan Syi'ib Abu Thalib.
- Sepanjang tempoh boikot , mereka sangat sengsara dan mengalami kelaparan yang hampir hampir membuatkan mereka tidak boleh bertahan. Boikot itu berterusan selama lebih kurang 3 tahun. mereka tidak mendapat bahan makanan dan keperluan lain melainkan dengan jalan rahsia. setelah beberapa ketika, 5 tokoh Quraisy bangkit melawan pengisytiharan tersebut dan mengoyakkannya.
2 - Perang Bu'ath ( nama sebuah kubu milik kabilah Aus) antara Kabilah Aus dan Khazraj.
- TAHUN KE-8 (UMUR 47)
- Surah ar Rum diturunkan berkaitan perang besar antara Rom dan Parsi . (musyrikin suka jika kemenangan pada pihak parsi kerana mereka dan orang parsi buta huruf dan orang parsi menyembah api majusi , orang Islam pula suka kemenangan pada pihak Rom kerana mereka dan orang Rom adalah ahli kitab.
- TAHUN KE-9 (UMUR 48)
1- Rasulullah bersama semua keluarganya bebas dari pengepungan dan boikot kerana deklarasi yang tergantung di dinding Kaabah sudah koyak. (dikatakan kerana ia dimakan anai anai )
2 - Mukjizat bulan terbelah 2 ( ini adalah mukjizat samawi yang tiada nabi atau rasul selain Rasulullah mendapat mukjizat seperti itu.
- TAHUN KE-10 ( UMUR 49)
1 - Abu Thalib , ayah saudara Rasulullah wafat. Rasulullah sangat sedih
- 3 hari kemudian, Khadijah isteri Baginda wafat.
- kesedihan Rasulullah berlipat ganda, Rasulullah menamakan tahun itu sebagai Tahun Dukacita ('Am al Huzn )
2 - Rasulullah berkahwin dengan Saudah binti Zam'ah
3 - Rasulullah berkahwin dengan Aisyah binti Abu Bakar.
4 - Baginda pergi seorang diri menuju ke Bani Thaqif, kabilah yang kuat dan ramai penduduknya di Tha'if, selama sebulan di sana, Rasulullah mengalami gangguan yang hebat. ( Rasulullah diejek, dicerca , dicemuh dengan cara sangat buruk )
- TAHUN KE - 11 ( UMUR 50 )
1 - Rasulullah mula menampakkan diri di hadapan orang ramai.
- Rasulullah datang ke pertemuan pertemuan mereka dalam upacara tertentu di Mina, arafah dan tempat perniagaan (pasar pasar) yang terdapat orang ramai.
2 - Tahun ini adalah permulaan Islamnya orang Ansar.
- 6 orang dari Khazraj berjumpa Rasulullah di al Aqabah dan beriman dengan Rasulullah ( Perjanjuan Aqabah Pertama )
- 9 jin dari Nashibah, sebuah kota di Syam datang berjumpa Rasulullah dan beriman dengan Rasulullah dan Islam, diceritakan dalam surah al Ahqaf ayat 29 )
- TAHUN KE- 12 (UMUR 51)
1 - Peristiwa Israk Mikraj, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian naik ke langit sehinggalah ke tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah.
- Para sahabat dan ulama' menegaskan kebenaran Nabi melihat Allah tanpa mengetahui hakikat sebenarnya, lingkungan tempat, kaifiyyah(cara) , had(batas) dan pengakhirannya.
2 - Peristiwa Bai'ah 'Aqabah ( Perjanjian Aqabah ke-2) , di mana 12 orang lelaki Ansar berjumpa Rasulullah.
- TAHUN KE-13 (UMUR 52)
1 - Bai'ah Aqabah ke-2 , Rasulullah bertemu dengan 73 lelaki dan 2 perempuan dari kabilah Aus dan Khazraj .
- selesai majlis ba'ah selesai, Rasulullah melantik 12 orang dari mereka sebagai naqib (ketua kumpulan)
3) PERISTIWA HIJRAH DAN SELEPASNYA
- 1 HIJRAH ( UMUR 53 TAHUN ) - TAHUN KE 14 KENABIAN
1 - Rasulullah berhijrah ke Madinah pada usia baginda 53 tahun ,pada hari Isnin , 8 Rabiulawal.
- Rasulullah masuk ke Madinah pada hari Isnin, waktu dhuha 12 Rabiulawal menurut riwayat paling mahsyur.
- Baginda ditemani Abu Bakar dan penunjuk jalan bernama Abdullah bin Uraqith.
2 - Baginda tinggal di rumah Abu Ayyub al Ansari untuk sementara waktu sehinggalah Masjid Quba, Masjid al Anwar (masjid Rasulullah sendiri), dan beberapa rumah tempat tinggal selesai dibina.
3 - Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar dalam hak bersaudara, kesamaan dan warisan. mereka yang terlibat dalam persaudaraan ini adalah seramai 90 orang lelaki ( Muhajirin seramai 45 orang dan Ansar 45 orang ), ada pendapat seramai 100 orang.
- Keadaan dalam hak bersaudara, kesamaan dan warisan antara mereka terus berlalu sehingga turunnya firman Allah selepas Perang Badar dalam surah al Anfal : 75 , maka hak untuk waris mewarisi antara mereka akhirnya dinasakhkan.
4 - Ummu Anas ( ibu Anas bin malik ) menyerahkan anak lelakinya Anas kepada Rasulullah untuk dijadikan pembantu (khadam) yang akan menguruskan kehidupan Rasulullah sehari hari. ketika itu Anas berumur 10 tahun.
- Rasulullah mendirikan solat hadir 4 rakaat (solat sunat) kemudian diubah menjadi 2 rakaat setelah sebulan lamanya Rasulullah tinggal di Madinah.
5 - Rasulullah mengimamkan solat Jumaat di Bani Salim ketika dalam perjalanan ke Quba' menuju ke Madinah. ia adalah solat Jumaat dan khutbah Jumaat pertama Rasulullah dalam sejarah Islam.
6 - Azan disyariatkan , Abdullah bin Salam memeluk Islam
7 - Bulan Ramadan, Rasulullah memerintahkan Hamzah bin Abdul Muthallib memimpin 30 orang muhajirin menghadapi kafilah Quraisy. Hamzah sendiri membawa bendera putih , kafilah quraisy diketuai Abu Jahal seramai 300 tentera, mereka kembali semula tanpa perang.
8 - Pada bulan Syawal, Rasulullah mengutuskan sepupunya 'Ubaidilah bin al harits ke Bathn Rabigh untuk memimpin 60-80 muhajirin , tanpa seorang Ansar pun , ini adalah perutusan pertama dalam Islam.
9 - Sa'ad bin abi waqas melepaskan anak panah, itulah anak panah pertama yang dilepaskan di dalam Islam.
10 - Bulan Zulkaedah, Sariah ibn abi waqqas bersama 20 lelaki diutuskan ke al Kharrar, lembah di Hijjaz untuk menghalang kafiilah quraisy.
11 - Rasulullah melaksana puasa 'Asyura dan menganjurkan orang Islam melaksanakannya.
- 2 pembesar musyrikin Quraisy meninggal dunia, ash dan al walid
- TAHUN 2 HIJRAH ( UMUR 54 TAHUN ) - TAHUN KE 15 KENABIAN
1- pada 15 Syaaban, Kiblat berubah dari BaitulMaqdis ke Baitul Haram
2- pada bulan Syaaban, diturunkan perintah puasa Ramadan.
3- Diwajibkan zakat harta dan zakat fitrah dan disyariatkan Hari Raya.
4- Terdapat beberapa ghazwah , antaranya :
- Ghazwah Waddan bulan Safar - waddan ialah bukit antara Makkah dan Madinah, Rasulullah sendiri menghalang kafilah Quraisy , setelah 15 hari berlalu , tidak berlaku peperangan.
- Ghazwah Buwath bulan Rabiulakhir - 4 batu dari Madinah, untuk menghalang kafilah Quraisy pimpinan Umayyah bin khalaf , tidak terjadi peperangan.
- Ghazwah zat al'Asyirah bulan Jamadilawal - dan Ghazwah Juhainah.
5 - Ghazwah Badr Kubra ( Badr Besar ) - pada Jumaat 17 Ramadan 2H ,
- perang penting menentukan masa depan umat islam
- sebab : Rasulullah mendengar berita Abu Sufyan dan kafilahnya balik dari Syam dengan membawa barang dagangan yang banyak
- harta dan keuntungan dagangan mereka akan diguna untuk memerangi dan melemahkan kedudukan orang islam, maka ketika abu sufyan mendengar berita kemaraan tentera Rasulullah , dia menghantar seorang utusan ke Makkah memohon pertolongan Quraisy supaya menghalang kedatangan tentera Islam
- Ketika utusan itu sampai di Makkah, musyrikin Quraisy bersemangat untuk memerangi orang Islam dengan segera turut berperang, hanya sedikit pembesar Quraisy masih tinggal di Makkah, mereka pergi dengan perasaan marah yang membuak buak.
- Rasulullah pergi bersama 313 orang tentera, mereka hanya mempunyai 2 ekor kuda dan 70 unta, dua atau 3 orang aka berkongsi seekor unta , ketika itu tiada perbezaan antara panglima perang dengan tentera biasa .
- Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan sahabat sahabat utama turut serta dalam perang ini.
- Rasulullah memberi bendera perang kepada Mus'ab bin Umair , panji Muhajirin kepada Ali bin Abi Thalib , manakala panji Ansar kepada Sa'ad bin Muaz.
- Ketika Abu Sufyan mendengar kemaraan tentera Islam, dia takut dan mencari jalan menyusuri laut, ketika melihat dirinya selamat dan unta unta membawa barang dagangnya selamat, dia menulis surat kepada Quraisy supaya mereka balik ke Makkah kerana tujuannya memanggil mereka adalah untuk menyelamatkan unta unta sahaja. kumpulan abu Sufyan balik ke Makkah,
- Abu Jahal tidak mahu mendengar kata kata Abu Sufyan, dia tetap ingin berperang. Kuffar Quraisy seramai 1000 orang tentera atau lebih termasuk pembesar, orang kenamaan , panglima dan pahlawan quraisy.
- Pada malam itu, Allah menurunkan hujan menyebabkan tentera Musyrikin basah kuyup teruk. Hujan menghalang mereka dari terus mara. bagi orang islam ia suatu rahmat kerana tanah menjadi stabil , panah menjadi lembut, kaki menjadi tegap dan hati menjadi teguh.
- Para sahabat mendiri khemah untuk Rasulullah di satu bukit di tempat perang, Rasulullah berjalan di medan perang sambil mengarahkan tangannya yang mulia , "Tempat ini dia dikalahkan sebanyak 3x" , dengan izin Allah , tiada seorang Quraisy yang menang di tempat yang ditunjukkan oleh Rasulullah.
- ketika tentera Musyrikin dan tentera Muslim saling berdepan satu sama lain, Rasulullah berdoa, "Ya Allah , Quraisy ini datang bersama orang sombong dan pembesar mereka, mereka datang untuk memerangiMu dan mendustakan rasulMu."
- Kedua pasukan mula bertempur, Rasulullah membetulkan barisan tentera Islam , Baginda masuk ke dalam khemah bersama Abu Bakar dan Rasulullah bermunajat, "Ya Allah, berilah kepadaku apa yang Engkau janjikan , ya Allah , kami berhajat kepada pertolonganMu."
- Baginda mengangkat kedua tangannya yang mulia ke langit sehingga rida' ( kain selendang ) baginda jatuh dari bahunya, Rasulullah ditenteramkan Abu Bakar yang melihat kesungguhan munajat Rasulullah pada Allah.
- Rasulullah kemudian keluar menuju tenteranya dan memberi semangat pda mereka untuk berperang, para sahabat mula bergerak ke arah musuh, Rasulullah bersabda, "Bangkitlah kamu kepada syurga yang luasnya langit dan bumi."
- Para Sahabat berada di dalam barisan perang, berperang dengan penuh sabar dan sentiasa ingat kepada Allah.
- Rasulullah turut bertempur sepenuh hati, Baginda adalah orang yang paling hampir dengan pihak musuh, Rasulullah sangat berani . ketika itu Allah menurunkan para malaikat sebagai tanda rahmat dan pertolongan dari Nya.
- Para malaikat turut bersama berperang menentang musyrikin, peperangan ini dimenangi pihak ISlam.
- Tentera Islam terkorban memperolehi syahid dan mendapat kebahagiaan akhirat.
- Seramai 70 kafir terbunuh termasuk, ketua Musyrikin Abu Jahal, 'Utbah bin Rabi'ah , dan anak saudaranya Syaibah manakala 70 orang lain menjadi tawanan tentera Islam.
- antara tentera Islam yang gugur syahid : 6 orang Muhajirin ( Ubaidah al Harits , Umair bin abi waqqas, dll ) dan 8 orang Ansar menjadi syahid.
6 - Ghazwah bani Salim - berlaki 7 hari selepas Perang Badar. namun tidak berlaku peperangan.
7 - Ghazwah bani Qainuqa'
- mereka ialah kaum yahudi di Madinah berkait dengan Abdullah bin ubai
- mereka kaum yahudi pertama mungkir janji dan menzahir permusuhan dan iri hati terhadap orang islam
- perang pada hari Sabtu , pertengahan Syawal , mereka dikepung 15 malam sehingga terbit anak bulan zulkaedah
- Allah mencampakkan rasa takut dalam hati mereka terhadap tentera islam, akhirnya dikumpul di Azriyat dan keluar serta tidak tinggal lagi di situ , senjata dan alatan perang mereka di ambil
8 - Ghazwah as Sawiq
- berlaku hari Ahad 5 zulhijjah, Abu sufyan meminta 80 kuda tunggangan dan bersumpah tidak menggauli isterinya dan tidak berminyak sehingga dia dapat berperang dengan Rasulullah, dia keluar bersama 200 tentera berkuda sampai 3 batu dari madinah
- dia membakar pokok kurma dan membunuh seorang lelaki Ansar dan pembantunya, Rasulullah keluar untuk mencari abu sufyan tetapi tidak berjumpa dan Rasulullah kembali ke Madinah setelah tidak berjumpa selama 5 hari.
9- Ghazwah Ghathafan
- Rasulullah berperang di Ghathafan sehingga Najd pada 12 Rabiulawal bersama 450 penunggang kuda, dalam perang ini Da'tsur bin al harits ingin membunuh Nabi secara sembunyi, Allah menghalangnya , pedang di tangannya jatuh, Rasulullah mengambil pedang tersebut, ketika itu Datsur masuk islam.
- Rasulullah kembali selepas 11 malam di medan perang.
10 - turun perintah puasa Ramadan
11- Ali bin Abi Thalib berkahwin dengan Fatimah az Zahra
12 - terjadi beberapa sariyyah :
- Pimpinan Abdullah bin Jahsy melawan musyrikin di Nikhlah. pada Rejab.
- dan beberapa pimpinan lagi
13- Ruqayyah anak Rasulullah wafat
14 - Rasulullah mula bersatu dengan Aisyah sebagai pasangan suami isteri pada bulan Syawal.
- 3 HIJRAH ( UMUR 55 TAHUN )
1 - pada bulan Ramadan, al Hasan bin Ali , cucu Rasulullah lahir,
2 - Rasulullah berkahwin dengan Hafsah binti Umar al Khattab , kemudian berkahwin dengan Zainab binti Khuzaimah
3 - Usman bin Affan berkahwin dengan Ummi Kaltsum binti Muhammad
4 - Turun firman Allah mengharam minuman keras
5 - Terjadi Ghazwah Uhud :
- hari sabtu , pertengahan Syawal, Rasulullah menyusun barisan sahabat dan memberi semangat untuk berjihad,
- Baginda mengarahkan pasukan pemanah di atas Bukit Uhud untuk terus berada di tempat mereka di atas bukit dengan sabdanya , "Jangan kamu beralih dari tempat kamu, sama ada kita menang atau pun kalah."
- Pada peringkat awal, kemenangan berpihak pada tentera Islam, ramai tentera pemanah turun dari bukit kerana beranggapan sudah menang dan menyangka perang sudah berakhir yang sebenarnya belum berakhir.
- oleh itu, tentera musyrikin mengambik peluang dengan menyerang dari arah belakang tempat tentera pemanah Islam ditempat, Khalid al walid (ketika belum islam) menjerit dari kudanya dan mengarah tenteranya menyerang dan membunuh tentera tentera pemanah Islam yang masih tinggal, kemudian mereka menyerang dari belakang.
- Keadaan tentera Islam menjadi kucar kacir, kafir Quraisy menyerang habis habisan, seorang musuh menghampiri Rasulullah dan melempar Rasulullah dengan batu, gigi dekat gigi manis baginda patah dan bibir sebelah bawah dan pipi Rasulullah berdarah.
- Ketika itu tersebar berita mengatakan Rasulullah telah wafat, namun Rasulullah masih ada dan bersama sekumpulan tentera Islam, ketika tentera Islam mendengar berita Rasulullah masih hidup, mereka datang kepada Rasulullah dan mengelilinginya sebagai perisai.
- Perang bersambung lagi ( untuk peringkat kedua ) dan akhirnya tentera Musyrikin dapat dikalahkan.
- Seramai 70 tentera Islam syahid termasuk ketua syuhada' , Hamzah bin abdul Muthallib , ayah saudara Rasulullah.
6 - Ghazwah Hamra' al asad
- musuh tidak datang
7 - Ghazwah Badar ke- 3 ( Badar Sughra)
- musyrikin quraisy pulang semula ke mekah tanpa perang
- TAHUN 4 HIJRAH ( UMUR 56 TAHUN )
1) - Peristiwa Bir Maunah
- Rasulullah mengutus 70 sahabat qurra' ( penghafaz alQuran ) ke Najd atas permintaan Amir bin malik
- namun, sampai di Bir Maunnah , mereka ditipu dan dibunuh oleh penduduk kabilah Sulaim, Ashiyyah, Ri'il dan Zakwan
- Rasulullah berdoa kepada Allah selama 30 hari supaya pembunuh mereka dibalas dengan azab.
- antara sahabat syahid ketika peristiwa ini ialah Amir Fuhairah.
2) Ghazwah Bani An Nadhir , kabilah Yahudi
- ketika Rasulullah sampai di Madinah, mereka berjanji akan berperang di pihak Rasulullah dan tidak memerangi Rasulullah
- namun, mereka khianati perjanjian ini dan berpakat untuk membunuh Rasulullah.
- mereka diboikot dan dikepung tentera Islam atas perintah Rasulullah.
- mereka meminta berdamai dan permintaan ini diterima Rasulullah dengan syarat mereka meninggalkan Madinah, akhirnya mereka bertebaran, ada berpindah ke Khaibar dan ada ke Syam.
3) Ummul mu'minin Zainab bt Khuzaimah wafat
4) bulan Syawal, Rasulullah berkahwin dengan Ummu Salamah.
5) Turun firman Allah mengenai solat Qasar iaitu surah an Nisa' ayat 101
6) Abdullah bin Usman ( cucu Rasulullah ) anak Usman dari Ruqayyah binti Muhammad wafat.
- TAHUN 5 HIJRAH ( UMUR 57 TAHUN )
1) Ghazwah Daumah al Jandal - perang tidak berlaku keran musuh melarikan diri
2) Ghazwah Zat ar Riqa' - tidak berlaku perang
3) Ghazwah al Ahzab ( Perang Khandaq )
- ketika Rasulullah mengusir Bani an Nadhir dari Madinah, Huyai tokoh Yahudi sembunyi sembunyi mengajak musyrikin Quraisy mekah untuk memerangi Rasulullah , mereka menerimanya.
- Salman al Farisi mencadang digali parit sebagai pertahanan, ketika menggali berlaku mukjizat Rasulullah.
- Ramai tentera Ahzab datang dari Mekah dan mengepung orang Islam di dalam madinah, suasana genting dan orang tidak kuat iman dan munafiq di madinah menjadi serba salah.
- Sebahagian tentera kafir mahu menyeberangi parit tetapi dilawan oleh Ali bin abi thalib bersama tentera tentera islam sehingga mereka berundur
- Allah mendatangkan ribut serta udara sangat sejuk, pasukan musyrikin menjadi kucar kacir dan khemah mereka roboh berselerakan, akhirnya tentera Ahzab mengalami kekalahan sangat memalukan.
4) Ghazwah bani Quraizhah
- yahudi bani Quraizah jelas menzahir niat jahat mereka untuk mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah, mereka pernah bergabung dengan musyrikin dalam perang Ahzab.
- keesokan hari, selepas pasukan Ahzab kembali ke Mekah, Rasulullah menyimpan senjatanya dan mandi waktu tengah hari, ketika Rasulullah sedang membersih kepala dari debu, Jibril datang dan berkata, "Kamu meletakkan senjata ? Demi Allah, kami tidak meletakkan senjata, keluarlah hadapi mereka." Rasulullah bertanya di mana dan Jibril menunjuk ke arah Bani Quraizhah.
- baginda mengarah pembantunya menyeru orang islam dengan sabdanya , "Jangan seorang pun kamu menunaikan solat Asar kecuali di bani Quraizah (bermaksud supaya tentera islam segera pergi ke bani Quraizhah )
- Rasulullah dan tentera islam mengepung bani quraizhah, tentera islam sepakat merujuk pada Sa'ad bin Muaz untuk menghukum yahudi bani quraizhah, dia menetapkan hukuman mati atas semua lelaki bani quraizhah, menyita semua harta mereka dan menawan semua perempuannya. Rasulullah berkata pada Sa'ad , "kamu telah memutuskan hukuman berdasar hukuman Allah."
5) Ghazwah al Muraisi
- ketika Rasulullah mendengar Bani al Mushthaliq bersedia memerangi Rasulullah, Rasulullah keluar bersama sejumlah pasukan menghadapi mereka dekat sumber mata air al muraisi
- Allah menghancurkan mereka dengan kehancuran mengaibkan.
- dalam perang ini juga turun firman Allah tentang tayammum
- dalam perang ini juga, Rasulullah membeli Juwairiyah binti al harits yakni tawanan tentera islam dan memerdekakannya dan mengahwininya. dan juwairiyah menjadi Ummul Mukminin.
- dalam perang ini juga terjadi peristiwa Hadis al Ifk (berita palsu ) , peristiwa Aisyah tertinggal di belakang tentera islam kerana mencari rantai nya yang jatuh di sana seorang diri, dan difitnah oleh ketua munafik abdullah bin ubay kerana aisyah ditemani shafwan bin al mu'athal as silmi , Allah menurunkan 10 ayat al Quran membersihkan Aisyah dari tohmahan itu. surah an Nur ayat 11-20
6) - Rasulullah mengahwini Zainab binti Jahsy
7) - Turun ayat tentang hijab dalam surah al Ahzab ayat 59 :
- TAHUN 6 HIJRAH ( UMUR 58 TAHUN )
1) Ibadah haji disyariatkan dalam surah ali imran ayat 97
2) Terjadi musim kemarau, orang islam mendirikan solat istisqa' , hujan turun pada Ramadan
3) Terjadi gerhana matahari, Rasulullah melakukan solat Kusuf ( solat gerhana matahari )
4) Ghazwah Hudaibiyah dan Baiatur Ridhwan ( Pernyataan sumpah setia orang Islam menegaskan mereka sanggup mati syahid membela kebenaran Islam melawan musyrikin Quraisy )
- sebab : Rasulullah bermimpi masuk ke al Bait kaabah bersama para sahabat secara aman, dalam keadaan bercukur rambut dan kuku dipotong pendek
- Rasulullah bersama orang Islam keluar dari Madinah menuju Makkah untuk melakukan umrah tetapi dihalang musyrikin quraisy, Rasulullah tidak dapat masuk ke Makkah lalu bertahalul di sempadan.
- dalam peristiwa ini terjadi Bai'ah ar Ridhwan ( pernyataan sumpah setia ) disebabkan Rasulullah mengutus Usman Affan ke Makkah dan tersebar berita Usman terbunuh, Orang Islam berjanji bersumpah setia untuk berperang menuntut balas .
- dalam peristiwa Ghazwah Hudaibiyah juga, Rasulullah mengadakan perjanjian damai dengan musyrikin quraisy , dalam perjanjian ini :
A) orang quraisy yang datang kepada Rasulullah di madinah hendaklah dikembalikan, sebaliknya orang islam yang datang kepada quraisy di makkah tidak akan dikembalikan kepada Rasulullah.
B) Peperangan antara kedua pihak dihentikan selama 10 tahun untuk mewujudkan keamanan
C) mereka tidak dibenar masuk ke mekah untuk umrah pada tahun itu dan ditangguhkan ke tahun depan.
- Kebaikan gencatan senjata : keselamatan orang islam yang lemah di makkah terjamin, ramai kufar quraisy masuk islam kerana pergaulan dengan orang islam setelah mereka datang ke Madinah mendengar sendiri firman firman Allah dari Rasulullah dan sahabat dan menyaksikan sendiri mukjizat mukjizat Rasulullah , oleh kerana mereka boleh kembali ke makkah, mereka pula akan berdakwah pada penduduk makkah.
- Rasulullah berkesempatan mengajar orang islam di samping mengutus surat dakwah pada para raja dan pemerintah yang belum memeluk islam.
- orang islam sedar hikmah dilarang masuk ke makkah dan terpaksa pulang semula ke madinah.
5) Ghazwah Bani Lihyan
6) Ghazwah Zi Qard
- unta unta Rasulullah dijaga oleh Zarr bin abi zarr al ghiffari ditangkap oleh 40 penunggan kuda bani Ghathafan , mereka membunuh Zarr dan menawan isterinya,
- Rasulullah bersama pasukan Islam keluar dari Madinah dan menghancurkan mereka.
7) Sariyah pimpinan Muhammad bin maslamah
8) Sariyah pimpinan ukasyah bin muhshan
9) Sariyah pimpinan Zaid Haritsah
10) Sariyah pimpinan Abdur Rahman bin Auf
11) Sariyah pimpinan Ali bin abi thalib
12) Sariyah pimpinan Abdullah atik
13) Sariyah pimpinan Abdullah bin rawahah
14) Seorang Islam, Abu Bushair keluar meninggalkan Makkah lari ke Madinah.
- Quraisy menghantar utusan pada Rasulullah minta dia dikembali ke Makkah , Rasulullah mengembalikannya dan dia dihantar pulang ke makkah bersama utusan itu, dalam perjalanan dia mencari helah dan membunuh utusan itu lalu kembali semula ke madinah bertemu Rasulullah dan berkata, "wahai Rasulullah, Allah telah memenuhi apa yang menjadi tanggunganmu , Tuan telah mengembalikan aku pada mereka tapi Allah menyelamatkan aku dari kejahatan mereka."
- Rasulullah faham kata kata abu bushair itu, lalu bersabda , perkara ini tdak elok kerana boleh mencetuskan perang."
- abu bushair faham perasaan bimbang Rasulullah lalu pergi ke kawasan pantai, tempat musyrikin quraisy ulang alik melalui jalan menuju negeri Syam.
15) Aqil bin abi thalib (saudara kandung Ali ) memeluk Islam.
16) Rasulullah mengirim surat surat kepada para raja di beberapa negeri melalui utusan Rasulullah :
a) Dihyah al kalbi kepada Kaisar Rom
b) Abdullah bin huzafah kepada Kisra Raja Parsi
c) Amru umayyah kepada Raja Najasyi Habsyah
d) Hathib kepada Maqauqis raja Mesir
e) Syuja kepada al Harits
f) salith kepada Hauzah
- TAHUN 7 HIJRAH ( UMUR 59 TAHUN )
1) Perang Khaibar
- Rasulullah keluar dari madinah memimpin pasukan Islam untuk menghadapi Yahudi Khaibar dan Allah memberi kemenangan kepada mereka, dalam perang ini bendera perang diserahkan kepada Ali bin abi thalib ( pemegang bendera ialah panglima perang )
- dalam pertempuran ini, Ali dan pasukannya meluru ke kubu musuh dan berjaya memecah daun pintu, dan menempur kubu kubu yahudi .
- 15 sahabat syahid dalam perang ini.
- dalam perang ini, Syafiyah binti Huyay (perempuan Yahudi ) ditawan, selepas beberapa lama dia memeluk islam, dimerdekan dan dikahwini oleh Rasulullah.
- dalam perang ini juga berlaku kisah perempuan Yahudi bernama zainab al harits cuba membunuh Rasulullah dengan menjemput Rasulullah dengan menghidangkan paha kambing yang disukai Rasulullah dibubuh racun, apabila hidangan itu berada di hadapan Rasulullah , Rasulullah berkata, " paha kambing ini memberitahu ia telah dibubuh racun." lalu zainab mengakui perbuatannya itu.
2) para Sahabat yang berhijrah ke Habsyah ethiopia bawah pimpinan Ja'far bin abi Thalib pulang ke Madinah
3) Abu Hurairah memeluk Islam di Khaibar.
4) Umrah al Qadha - umrah ke-2 Rasulullah
- baginda berangkat dari madinah pada bulan zulkaedah
5) Ghazwah lembah al Qura
- terjadi perang kerana penduduk di situ menolak dengan keras untuk memeluk islam dan diperangi oleh Rasulullah dan pasukannya , Rasulullah mengalahkan mereka dan mendapat ghanimah penduduknya.
6) sarriyah pimpinan Umar, Abu Bakar, Basyir saad , ghalib dan al akhdam
7) Mukjizat pohon kurma diguna Rasulullah untuk menjadi mimbar menangis.
- TAHUN 8 HIJRAH ( UMUR 60 TAHUN )
1) Datang Rombongan dari Bani Abdul Qais.
2) Amr bin al ash, Khalid bin walid dan Usman bin Thalhah memeluk islam
3) Anak perempuan sulung Rasulullah , Zainab wafat.
- setelah jenazah nya dimandi dan dikafan, Rasulullah menutup jasadnya dengan baju Rasulullah agar anak perempuannya mendapat berkat darinya (tabarruk).
4) Terjadi peristiwa harga barang keperluan seharian naik di Madinah .
5) Ghazwah Mut'ah
- Rasulullah tidak bersama dalam perang ini.
- sebab perang : Rasulullah mengutus al Harits bin Umair dari bani lahab membawa surat Rasulullah ke negeri Syam untuk disampaikan pada Kaisar Raja Rom , utusan Rasulullah dihalang oleh Syarahbil , al Harits diikat dan dipenggal lehernya, syarahbil tidak membunuh utusan lain.
- Rasulullah mengutus tentera islam dipimpin Zaid Haritsah , Rasulullah berpesan ,"Jika Zaid terbunuh, Ja'afar menjadi penggantinya dan jika Ja'afar terbunuh maka Abdullah bin Rawahah penggantinya."
- semasa membawa bendera perang, Zaid bin Haritsah bertempur hingga syahid.
- Bendera perang kemudian diambil oleh Ja'afar bin abi Thalib, dia bertempur bermati matian sehingga tangan kanannya putus ditetak musuh, dia kemudiannya memegang bendera perang dengan tangan kirinya, tangan kirinya akhirnya putus juga, dia kemudian mendakap bendera dengan 2 pangkal lengannya yang masih tertinggal sedikit. Allah telah menggantikan 3 lengannya tersebut dengan 2 sayap yang dengannya dia terbang ke syurga, dia tetap berjuang dan akhirnya syahid.
- selepas itu Abdullah bin rawahah mengambil bendera perang tersebut dan bertempur hingga syahid
- selepas itu , tentera Islam berpakat supaya Khalid bin walid mengambil bendera perang , mereka bertempur dan akhirnya tentera Islam dapat mengalahkan tentera musuh.
- Rasulullah sebenarnya sudah mengetahui terlebih dahulu tentang syahidnya Zaid, Ja'far dan Ibnu Rawahah sebelum itu dengan katanya ,"bendera dipegang oleh Zaid lalu dia terbunuh, kemudian Ja'far memegangnya lalu dia juga terbunuh, kemudian Abdullah bin rawahah memegangnya lalu dia pun terbunuh." dengan linangan air mata, Rasulullah berkata, "bendera kemudian dipegang oleh satu pedang dari pedang Allah (merujuk pada Khalid bin walid ) sehingga Allah memberi kemenangan kepadanya dalam peperangan itu.
6) Ghazwah al Fath ( Pembukaan Makkah )
- pada bulan Ramadan
- sebab : musyrikin Quraisy menolong kabilah bakr yang menjadi sekutu mereka dalam konflik bersenjata dengan kabilah bani khuza'ah yang menjadi sekutu nabi, maka mereka sudah melanggar perjanjian dipersetujui di hudaibiyah dahulu
- bani khuza'ah datang berjumpa Rasulullah meminta bantuan ketenteraan.
- Rasulullah mengirim utusan pada Quraisy untuk menawarkan 3 pilihan :
a) membayar diyah ganti rugi atas orang yang mati terbunuh dari kalangan bani khuza'ah atau berlepas tangan dari bani bakr atau berperang
- musyrikin quraisy menolak pilihan lain dan memilih perang.
- pada 10 Ramadan, Rasulullah berangkat bersama tentera Islam walaupun tengah berpuasa menuju Mekah.
- sampai dekat 'asafan, Rasulullah berbuka dan menyuruh yang lain juga berbuka puasa (kerana ia suatu rukhsah )
- sampai di Murr azh zhahran, Abu Sufyan pemimpin besar musyrikin mekah bertemu Rasulullah . setelah berbincang akhirnya Abu Sufyan bersetuju memeluk Islam dan meminta jaminan keselamatan bagi penduduk Makkah.
- Rasulullah mengumumkan pada penduduk Makkah : "sesiapa masuk ke dalam masjidil Haram , maka dia selamat. dan sesiapa masuk ke rumah Abu Sufyan , maka dia selamat. "
- Rasulullah bersama tentera Islam memasuki Makkah dan tidak terjadi perang senjata.
- Rasulullah memerintahkan Khalid al Walid bersama pasukannya masuk ke Makkah melalui dataran rendah Makkah, di sana dia bertembung dengan sejumlah musyrikin yang menghalangnya dan terjadilah pertempuran, mereka menang dalam pertempuran itu.
- Rasulullah kemudian melakukan tawaf sekeliling Kaabah, kemudian Rasulullah masuk ke dalam kaabah dan membersihkannya dari patung patung berhala.
- Setelah keluar dari Kaabah, Rasulullah memberi kemaafan kepada penduduk Makkah yang memusuhi ISlam (sedangkan penduduk makkah sangat takut Rasulullah akan membalas dendam terhadap mereka ) , Rasulullah mengucapkan ucapan terkenal " Pergilah kamu semua, semua kamu bebas."
- Sejak dari itu, orang memeluk Islam beramai ramai.
7) Ghazwah Hunain
- sebab : Selepas peristiwa pembukaan Makkah, Rasulullah diberitahu bahawa orang Hawazin ( kabilah berperangai kasar dan berani ) bergerak untuk memerangi orang Islam.
- Rasulullah mengarah tenteranya yang baru sahaja membuka Makkah dan orang Makkah yang baru memeluk islam ( menjadikan jumlah mereka agak ramai ).
- Ketika mereka sudah berbaiah untuk berperang, Rasulullah keluar memakai baju besi dan menunggang bangal putih bnernama Duldul.
- Kafir musyrikin menyerang dengan serangan hebat, mereka menunggang kuda bani salim, dan disertai penduduk makkah .
- Tidak ada yang tinggal bersama Rasulullah ketika itu kecuali 10 atau 8 orang.
- Pada peringkat awal, tentera Islam kalah, Allah berfirman dalam at Taubah ayat 25 : "..dan pada Hari Hunain iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tida mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun."
- al Abbas memanggil orang ramai , mereka datang.
- Rasulullah mengambil segenggam tanah , pada waktu itu Rasulullah masih berada di belakang keldai, Rasulullah kemudian melemparkan tanah itu ke arah musuh, setiap mata orang kafir dimasuki tanah tersebut. Allah berfirman dalam Al Anfal ayat 17 : " dan bukanlah engkau (wahai Muhammad ) yang melempar ketika engkau melempar. akan tetapi Allah jualah yang melempar ( untuk membinasakan orang kafir ) "
- Akhirnya Allah memberi kemenangan kepada tentera Islam.
- 4 tentera Islam gugur syahid dan lebih 70 pihak musuh terbunuh.
- musuh lari ke Lembah Authos, Rasulullah mengutus Abu amir ke lembah authos untuk mencari Darid dan kawannya dan berlaku perang Authos di sana, tentera islam dapat mengalahkan dan menghancurkan mereka, Abu Amir dapat membunuh darid dan kumpulannya,
- kemudian, Rasulullah mengutus ath Thufail pada Syawal ke Zi al kaffain , sebuah patung dari kayu milik amru bin hamamah, ath thufail menghancurkannya, dia membawa patung itu kepada Rasulullah di Thaif bersama 4 orang yang memeluk islam.
- Perang berlaku di Thaif kerana musuh lari ke thaif pada bulan syawal, Rasulullah dan pasukan tentera islam mengepung thaif selama 18 hari .
- 12 tentera islam gugur syahid, Rasulullah sendiri telah berperang.
- Rasulullah kemudian berihram dan berangkat ke Makkah untuk berumrah ( umrah ke-3 Rasulullah )
- beberapa hari orang islam dari hawazin datang menemui Rasulullah dan meminta dikembali harta benda dan para perempuan keluarga mereka yang ditawan perang, Rasulullah memberi pilihan antara kaum perempuan atau harta, mereka memilih para perempuan keluarga mereka. antara perempuan itu Syaima al harits iaitu saudara susuan Rasulullah, lalu Rasulullah mempersilakan syaima duduk di atas rida' dihamparkan oleh Rasulullah sebagai alas. Rasulullah memberi seorang hamba lelaki dan perempuan pada syaima.
- Rasulullah berkata pada utusan hawazin, "beritahu Malik bin auf,( pemimpin hawazin ), jika dia datang padaku sebagai seorang islam, aku akan kembalikan semua keluarganya, harta bendanya, dan aku akan berikan 100 ekor unta padanya."
- mendengar tawaran itu, malik bin auf berangkat ke madinah bertemu Rasulullah di Ja'ranah atau makkah dan mahu memeluk islam. Rasulullah memberi kepadanya apa yang dijanjikan, malik bin auf menjadi islam yang baik.
- Dalam perang Hunain, sekelompok kaum ansar menyalahkan Rasulullah tentang pembahagian ghanimah kerana ghanimah habis sebelum sempat mereka terima, Orang Ansar akhirnya mengakui kesilapan dan meminta maaf pada Rasulullah.
8) Ghazwah za as salasil
- Rasulullah mengutus sahabat dan melantik amru bin al ash sebagai ketua mereka untuk mengajak orang arab badwi menerima islam, mereka dihalang musuh di tengah jalan, amru meminta tentera tambahan dari Rasulullah dan diutus abu bakar, umar dan ubaidan al jarrah .
- mereka mendapat kemenangan kurniaan dari Allah
9) Sarriyah pimpinan Ghalib
10) Sarriyyah syuja' wahb
11) Sarriyah Ka'ab bin Umair
12) Sariyyah pimpinan Abi Ubaidah
13) Sariyyah pimpinan Abi Qatadah
14) Sarriyyah pimpinan Quthbah
15) Sariyyah pimpinan alqamah
16) Sariyyah pimpinan Ali bin abi thalib
- pada rabiulakhir, diutus ke al Fuls , berhala thayyi bersama 150 tentera, dia menghancurkan berhala thayyi itu.
17) Sariyyah pimpinan Akasyah
- pada Rabiulawal
18) Pada Syawal setelah Ghazwah al Fath ( Pembukaan Makkah ), Rasulullah mengutus beberapa utusan :
a) Khalid al Walid
- ke nakhlak antara makkah dan thaif untuk menghancur berhala al uzza , bersama 30 penunggang kuda
- kemudian kepada kabilah bani juzaimah untuk mengajak mereka memeluk islam
b) Amr al ash - diutus untuk hancurkan berhala bani huzail bernama suwa'. dan berjaya
c) Sa'ad bin zaid - diutus untuk hancurkan berhala kaum aus dan khazraj bernama manat di musyallah bersama 20 tentera dan berjaya
d) Qais saad - diutus ke yaman bersama 400 tentera berkuda untuk menyerang syuda' , ziyad al harits bangun berkata, dia akan uruskan tentang kaum nya, orang syuda; datang menyatakan keislaman mereka.
e) ad Dahhak - diutus ke bani kilab untuk dakwah memeluk islam namun mereka menolak dan diperangi dan tentera islam mendapat ghanimah
19) 'itab bin asyad melakukan ibadah haji ( itab ialah gabenor mekah dilantik oleh Rasulullah menjadi ketua makkah )
20) Ibrahim , anak lelaki Rasulullah lahir dari Mariyah al Qibtiyyah
21) al abbas abdul muthalib, abu sufyan al harits, abdullah bin umayyah dan abu Qhuhafah ( ayah abu bakar ) memeluk islam
- TAHUN 9 HIJRAH ( UMUR 61 TAHUN )
1) Tahun disebut Sanah al Qufud ( tahun perutusan ) kerana banyak utusan datang ke Madinah menghadap Rasulullah , antaranya :
a) - utusan penduduk Najran (agama nasrani)
- mereka datang untuk menyata bantahan tentang kenabian Nabi Isa. turun firman Allah surah Ali Imran ayat 59 : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama dengan (kejadian) Nabi Adam , Allah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya, "jadilah engkau ! , maka menjadilah ia."
b) - utusan kabilah Bani Tamim
- ketika datang ke rumah Rasulullah , mereka menjerit jerit memanggil Rasulullah seperti kebiasaan orang arab zaman jahiliyah.
c) - utusan Bani Hanifah
- musailamah al kazzab ada bersama mereka, tika di hadapan Rasulullah , dia hanya diam tidak bercakap, selesai pertemuan dan sampai di daerah mereka yamamah, musailamah kembali pada kepercayaan nenek moyang mereka dan mengaku menjadi nabi dan menyebar pembohongan pada orang lain.
d) - Utusan bani Thay
- mereka masuk islam dengan baik.
e) - utusan bani Zabid
- semuanya masuk islam.
f) - utusan dari yaman
- Rasulullah berkata pada para sahabat tentang mereka, "telah datang kepada kamu penduduk yaman, orang orang berhati lembut dan berperasaan halus, iman adalah yaman dan hikmah adalah yamaniyyah."
g) - utusan bani kindah, bani thaqif dan lain lain.
2) Ghazwah Tabuk
- Allah menyebut tahun itu dengan sa'ah al usrah (keadaan susah) kerana pada tahun itu terjadi musim kering kontang, udara sangat panas , makanan asasi dan bekalan serta ternakan dijadi kenderaan sangat sedikit.
- menurut riwayat, setelah Rasulullah tidak lagi disibukkan dengan peperangan melawan musyrikin arab, Rasulullah memerintah orang Islam untuk bersedia berperang melawan Rom.
- Rasulullah menganjur supaya mereka yang mampu membantu yang kurang mampu.
- Usman bin affan menyambut saranan Rasulullah dengan menginfak 1000 dinar + 950 ekor unta + 50 ekor kuda, oleh kerana banyaknya harta kekayaan diinfak, usman disebut Mujahhiz jaisy al usrah (orang mempersiapkan pasukan pada masa susah ), kerana dermawannya Usman, Rasulullah berdoa, "ya Allah, limpahkanlah keredhaan Mu kepada Usman kerana aku redha padanya. " Rasulullah juga berkata, "tidak ada yang memudaratkan usman selepas ini kerana apa yang dibuat (hari ini)."
- Rasulullah bersungguh menyediakan tempat sebagai pusat untuk tentera islam di thaniyyah al wada' , mereka seramai 70 ribu orang .
- Abdullah bin ubay dan pengikutnya tidak menyertai tentera islam kerana mereka pengecut, munafik dan berniat jahat. Selain mereka ada sekumpulan lagi tidak ikut serta , tetapi bukan kerana munafik atau ragu, tapi kerana ingin selamat dan berasa malas, setelah mereka bertaubat, Allah menerima taubat mereka.
- Rasulullah berangkat meninggalkan madinah pada khamis , Rasulullah lebih suka berangkat pada hari itu yang jatuh pada akhir bulan rejab.
- semua urusan keluarga ditinggal Rasulullah di madinah kepada Ali bin abi thalib, munafik mengejeknya dengan menuduh orang sengaja ditinggalkan dan Ali menemui Rasulullah dan berkata, "Apakah kamu tidak redha mendapat kedudukan di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa , akan tetapi tidak ada lagi nabi selepasku."
- Rasulullah berangkat bersama pasukan melalui al hijr bekas tempat tinggal kaum tsamud dan Rasulullah mengingatkan tentera islam, "janganlah kamu masuk ke tempat tinggal suatu kaum yang telah menzalimi diri mereka sendiri supaya kamu tidak ditimpa musibah." kemudian Rasulullah menutup kepalanya dan mempercepat perjalanan hingga tiba di tabuk, pasukan islam tinggal di tabuk antara 3 - 10 hari. oleh kerana tidak berjumpa pasukan musuh, Rasulullah kembali ke madinah tanpa berperang.
- Peristiwa lain pada Ghazwah Tabuk ialah wafatnya muawiyah bin muawiyah di madinah, Rasulullah solat jenazahnya dari Tabuk, ketika itu turun 70 ribu malaikat , malaikat Jibril meletakkan sayap kanannya di atas gunung ganang sekitar kawasan hingga semua menjadi rata dan Rasulullah dapat melihat makah dan madinah dengan jelas dari tabuk. Rasulullah solat jenazah ghaib bersama jibril dan para malaikat yang hadir.
- selepas solat, Rasulullah bertanya pada Jibril, "wahai jibril, apakah yang menyebabkan mu'awiyah mendapat kedudukan setinggi ini ?
' jibril menjawab, "kerana dia selalu membaca surah al ikhlas sama ada ketika berdiri, rukuk, duduk di atas tunggangan mahupun sedang berjalan." ( hadis riwayat Ibn as Sunni dan al Baihaqi )
3) selepas itu , Rasulullah tidak pernah lagi mengikuti peperangan sehingga wafatnya.
4) Sekumpulan orang dengan sengaja membina sebuah masjid untuk menyaingi Masjid Quba' , mereka membina masjid itu datang menemui Rasulullah ketika baginda dalam perjalanan pulang dari tabuk. mereka meminta Rasulullah singgah di masjid mereka. turun firman Allah, surah taubah :107 , " ( dan (diantara orang munafik) orang orang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang islam ) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah belah perpaduan orang orang beriman, dan untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan rasulNya sebelum itu." , dengan turun firman tersebut, Rasulullah segera memanggil beberapa sahabat dan memerintahkan mereka pergi ke masjid didirikan orang zalim itu dan hancur dan bakarlah ia."
5) ada 3 orang dengan sengaja dan tanpa halangan tidak mahu bergabung dengan pasukan muslimin yang berangkat ke tabuk, , mereka bertaubat dan taubat mereka diterima Allah.
6) Rasulullah menjauhi para isterinya ( berkaitan perkara ini , Allah menurunkan ayat takhyir -ayat menyuruh para isteri Rasulullah memilih dunia atau akhirat. )
7) Turun ayat tahrim - para mufassirin berbeza pendapat tentang apa diharamkan oleh Rasulullah atas diri baginda sendiri. dalam sahih al bukhari dan sahih muslim disebut Rasulullah mengharamkan madu untuk dirinya, para ulama' lain mengatakan bukan madu.
8) Rasulullah memutuskan penghakiman terhadap 2 orang bersaudara dari bani ajlan yang saling kutuk mengutuk (melaknat) - kerana peristiwa ini, hukum li'an ditetapkan.
9) peristiwa antara Fatimah al ghamidiyyah dan ma'iz bin malik - kedua datang menghadap Rasulullah dan mengaku berzina, Rasulullah menjatuhkan hukuman atas keduanya. mengenai al ghamidiyyah, Rasulullah berkata, " dia telah bertaubat dengan taubat yang jika dibahagi di antara 70 orang penduduk madinah, nescaya akan meliputi mereka semua."
10) Ummi Kaltsum binti Rasulullah wafat - isteri ke-2 usman affan.
11) An Najasyi meninggal dunia - Rasulullah berkata pada para sahabat tentang kematiannya , "hari ini orang soleh dari habsyah telah meninggal dunia."
12) Abdullah bin ubay bin salul ketua munafik , meninggal dunia.
13) 'urwah bin mas'ud wafat - dibunuh kaumnya sndiri ketika mengajak mereka memeluk islam
14) Raja Parsi mati terbunuh .
15) Abu Bakar as Siddiq ditugaskan oleh Rasulullah memimpin jemaah menunaikan haji .
16) Rasulullah mengutus Ali bin abi talib menyusul dengan unta tunggangan Rasulullah - Ali ditugaskan memimpin dalam peristiwa pembatalan perjanjian dengan musyrikin quraisy dan membaca ayat ayat permulaan surah at taubah pada orang islam. pada hari penyembelihan haiwan korban, telah diumum setelah tahun itu, musyrikin tidak boleh lagi menunaikan ibadah haji dan orang tawaf tidak boleh lagi tanpa pakaian .
- TAHUN 10 HIJRAH ( UMUR 62 TAHUN )
1) Seorang pemimpin Bujailah (kabilah) dari Yaman bernama Jarir bin Abdulllah masuk Islam
* jarir pernah berkata, "sejak aku masuk islam, Rasulullah tidak lagi menghijabku dan ketika melihatku, Rasulullah tertawa (tersenyum) , "umar al khattab memberi nama Jesus umat ini kerana sangat tampan rupa parasnya. ( sahih bukhari dan muslim)
* jarir awalnya ditutup mukanya dari khalayak ramai sedangkan dia lelaki kerana terdapat hukum pada lelaki muda yg berwatak dan wajah menarik disebut amrad, wajah mereka hendaklah ditutup atau dilindung untuk mengelak fitnah dan menarik nafsu syahwat walaupun pada kaum sejenis.
2) utusan Rasulullah : Jarir Abdullah
- ke takhrib , berhala Bani Khat'am , jarir membakar berhala itu , kemudian Jarir diutus lagi ke Yaman untuk menemui raja raja di yaman dan mengajaknya memeluk islam.
3) utusan Rasulullah : Ali abi thalib
- diutus ke yaman mengganti khalid al walid.
4) utusan Rasulullah : Muaz jabal dan Abu Musa al asy'ari
- keduanya diutus ke Yaman.
5) utusan bani al harits bin ka'ab , mewakili penduduk najran dihantar oleh khalid al walid menghadap Rasulullah
6) Turun firman Allah tentang wasiat dalam surah al maidah ayat 106
7) al aswad al unsi, tukang tenung , mengaku diri sebagai nabi dan raja yaman
* akhirnya al aswad dibunuh oleh salah seorang raja di yaman.
8) Ibrahim, anak lelaki Rasulullah dari isteri Rasulullah Mariyah al Qibtiyyah , wafat ketika berumur 1 tahun 1/2 setengah .
9) Musailamah al kazzab mengaku menjadi nabi
10) Pada akhir 10 H, dilaksana Haji Wada' atau Hajjah Wada' ( Haji Perpisahan )
** disebut demikian kerana Rasulullah akan meninggalkan umatnya dan tidak akan menunaikan haji lagi selepas itu.
** Rasulullah berangkat dari Madinah pada hari Sabtu , minggu terakhir zulkaedah. pada hari Ahad, Rasulullah bersama rombongan memasuki Makkah pada waktu siang dan tinggal di Makkah sehingga 8 Zulhijjah. Rasulullah menqasar solat pada Ahad , isnin , selasa dan rabu.
- pada hari Khamis, Rasulullah berangkat ke Mina dan bermalam di sana pada malam jumaat.
- pada hari Jumaat, Rasulullah berwuquf di Arafah, dan menyampaikan khutbah yang amat penting di sana. dalam khutbah nya, Rasulullah menetap pengharaman perbuatan2 diharamkan seperti membunuh, merampas harta orang lain dan mencemar kehormatan orang lain. Rasulullah berpesan amalan keji zaman jahiliah dibuang dan mengharamkan semua bentuk riba jahiliyah.
- Rasulullah berwasiat supaya berpegang teguh dengan al Quran dan menegaskan mereka tidak akan sesat selamanya selagi berpegang teguh dengan al Quran.
- Rasulullah meminta mereka semua menjadi saksi bahawa Rasulullah telah menyampaikan pada mereka semua apa yang disampaikan. secara serentak para sahabat menjawab, "kami telah bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan, menunaikan risalah dan telah memberi petunjuk."
- TAHUN 11 HIJRAH ( UMUR 63 TAHUN )
1) Utusan an Nakha' , kabilah dari Yaman menghadap Rasulullah - utusan terakhir datang berjumpa Rasulullah seramai 200 orang untuk memeluk islam,
2) Rasulullah memerintah pasukan pergi ke Syam ( termasuk wilayah Rom ) , Rasulullah melantik Usamah bin zaid sebagai panglima, keberangkatan tertunda kerana Rasulullah wafat.
3) Rasulullah wafat
4) Sajjah al harits perempuan bani tamim mengaku nabi dan ramai kaum mengikutinya. dia bersama tenteranya untuk memerangi abu bakar yang baru dibaiah sebagai khalifah di madinah. di akhirnya sajjah memeluk islam dan menjadi islam yang baik.
5) Abu Bakar mengutus Khalid al walid bersama pasukan memerangi Tsulaihah khuwailid al asadi yang mengaku nabi dan mengakui didatangi Jibril. ketika Rasulullah hidup, dia memeluk islam tetapi menjadi murtad , mereka semua dihancur dalam perang besar oleh tentera islam dibawah khalid al walid.
6) Atas perintah Abu Bakar sebagai khalifah, Khalid al walid dan pasukan memerangi Musailamah al kazzab , dan musailamah dibunuh oleh Wahsyi.
** kitab ini selesai dikarang oleh Al Alim as Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki pada Rabiulawal 1379 H
- KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH - 8 ZULHIJJAH 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH , GUNUNG ARAFAH
- Intipati isi kandungan khutbah terakhir Rasulullah :
1) Anggap lah jiwa dan setiap harta orang Muslim sebagai amanah suci, kembalikan harta yang diamanahkan padamu kepada pemiliknya yang berhak
2) Allah pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu.
3) kamu akan menghadap Allah untuk dipertanggungjawab atas segala apa apa yang kamu kerjakan.
TIMELINE POINT PENTING PERJALANAN HIDUP RASULULLAH
1) KELAHIRAN
- lahir di Kota Makkah Isnin , 12 Rabiulawal , Tahun Gajah ,20 April 570
- malam kelahirannya, beberapa peristiwa ajaib dan aneh :
1) Berhala berhala runtuh,
2) Cahaya terang muncul bersama kelahirannya yang dapat menerangi istana istana di negeri Syam .
3) Istana Kaisar (Raja Rom) bergoncang yang menyebabkan tiang tiang besarnya jatuh,
4) Api yang disembah orang Majusi di Parsi padam serta merta sedangkan ia tidak pernah padam sejak lebih 1000 tahun.
2) PERINGKAT AWAL (KECIL)
- ayahnya Abdullah, wafat ketika baginda masih dalam kandungan ibunya Aminah .
-UMUR 1 TAHUN - Halimah as Sa'diyah datang ke Makkah dan membawa baginda ke perkampungan bani sa'ad
- UMUR 2 TAHUN - Abu Bakar bin abi quhafah lahir
- 3 TAHUN - Rasulullah mengalami peristiwa dibelah dada oleh malaikat
- 5 TAHUN - Halimah as Sa'diyah mengembalikan Rasulullah kepada ibunya.
3) UMUR 6 TAHUN
- ibu Baginda membawanya ke Yatsrib , ditemankan Ummu Aiman untuk menziarahi ayah ayah saudara Baginda (dari pihak ibu ) daripada Kabilah Bani an Najjar, mereka berada di sana lebih kurang sebulan.
- Dalam perjalanan pulang ke Makkah, ibunya sakit dan wafat, dikuburkan di Abwa'.
- Baginda menjadi anak yatim piatu
- Ummu Aiman membawanya ke Makkah dan diserahkan kepada datuknya, Abdul Muthallib.
4) UMUR 8 TAHUN
- datuknya wafat.
- dijaga Abu Thalib mengikuti wasiat datuknya.
5) UMUR 12 TAHUN
- bersama Abu Thalib berniaga ke Syam.
6) 13 TAHUN - Umar al Khattab lahir
7) 25 TAHUN - Baginda bersama Maisarah ke Syam untuk berniaga barang dagangan Khadijah ( 2 bulan sebelum Rasulullah berkahwin dengan Sayyidatuna Khadijah ) , selepas 2 bulan, baginda berkahwin dengan Khadijah.
- 30 TAHUN - Ali bin Abi Thalib lahir di Kaabah.
- 35 TAHUN - Fatimah az Zahra' lahir.
- 38 TAHUN - Rasulullah mula berkhalwat (menyendiri) di Gua Hira'
( TAHUN KENABIAN )
8- TAHUN PERTAMA ( UMUR 40 )
- Malaikat Jibril menyampaikan risalah dari Allah sebagai tanda awal kenabian hari Isnin.
- berdakwah secara (sembunyi) dengan rumah al Arqam bin abi al Arqam pusat dakwah.
- Khadijah, Ali bin abi Thalib, Zaid bin Haritsah dan Abu Bakar memeluk islam
9- TAHUN KE-3 ( UMUR 42)
- Baginda mula berdakwah secara terbuka
10- TAHUN KE-5 (UMUR 44 )
- Aisyah binti Abu Bakar lahir.
- Hijrah pertama ke Habsyah (Ethiopia) , kumpulan pertama secara sembunyi 11 lelaki + 4 perempuan, termasuk Usman affan dan isterinya Ruqayyah
- ja'afar bin abi thalib dan lain menyusul kesemuanya 82 orang,
- Raja Habsyah ( An Najasyi ) memuliakan kedatangan mereka
- Sumayyah , meninggal dunia di seksa musyrikin Quraisy, perempuan pertama syahid
11 - TAHUN KE -6 ( UMUR 45 )
- Hamzah bin abdul Muthalib memeluk Islam
- 3 hari berikutnya, Umar al Khattab pula memeluk Islam
12- TAHUN KE-7 ( UMUR 46 )
- Musyrikin Quraisy bersepakat memutuskan segala hubungan dengan Bani Hasyim dan Bani al Muthallib dalam segala urusan jual beli, perkahwinan dan lain lain.
- Sepanjang tempoh boikot , mereka sangat sengsara dan mengalami kelaparan yang hampir hampir membuatkan mereka tidak boleh bertahan. Boikot itu berterusan selama lebih kurang 3 tahun. mereka tidak mendapat bahan makanan dan keperluan lain melainkan dengan jalan rahsia. setelah beberapa ketika, 5 tokoh Quraisy bangkit melawan pengisytiharan tersebut dan mengoyakkannya.
13 - TAHUN KE-9 (UMUR 48)
- bebas dari pengepungan dan boikot kerana deklarasi yang tergantung di dinding Kaabah sudah koyak. (dikatakan kerana ia dimakan anai anai )
- Mukjizat bulan terbelah 2
14- TAHUN KE-10 ( UMUR 49)
- Abu Thalib , wafat. Rasulullah sangat sedih
- 3 hari kemudian, Khadijah isteri Baginda wafat.
- kesedihan Rasulullah berlipat ganda, Rasulullah menamakan tahun itu sebagai Tahun Dukacita ('Am al Huzn )
- Rasulullah berkahwin dengan Aisyah binti Abu Bakar.
- Baginda pergi seorang diri ke Bani Thaqif, di Tha'if, sebulan di sana, ( Rasulullah diejek, dicerca , dicemuh dengan cara sangat buruk )
15- TAHUN KE - 11 ( UMUR 50 )
- Rasulullah mula menampakkan diri di hadapan orang ramai.
- Rasulullah datang ke upacara tertentu di Mina, arafah dan tempat perniagaan (pasar pasar) yang terdapat orang ramai.
- Tahun ini adalah permulaan Islamnya orang Ansar.
- 6 orang dari Khazraj berjumpa Rasulullah di al Aqabah dan beriman dengan Rasulullah ( Perjanjuan Aqabah Pertama )
16- TAHUN KE- 12 (UMUR 51)
- Peristiwa Israk Mikraj,
- Peristiwa Bai'ah 'Aqabah ( Perjanjian Aqabah ke-2) , 12 orang lelaki Ansar berjumpa Rasulullah.
17- TAHUN KE-13 (UMUR 52)
- Bai'ah Aqabah ke-2 , Rasulullah bertemu dengan 73 lelaki dan 2 perempuan dari kabilah Aus dan Khazraj .
MULA HIJRAH KE MADINAH
18 - 1 HIJRAH ( UMUR 53 TAHUN ) - TAHUN KE 14 KENABIAN
- Rasulullah berhijrah ke Madinah usia 53 tahun ,i Isnin , 12 Rabiulawal.
- mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar dalam hak bersaudara, kesamaan dan warisan. seramai 90 orang lelaki ( Muhajirin seramai 45 orang dan Ansar 45 orang )
- Azan disyariatkan
19- TAHUN 2 HIJRAH ( UMUR 54 TAHUN ) - TAHUN KE 15 KENABIAN
- pada 15 Syaaban, Kiblat berubah dari BaitulMaqdis ke Baitul Haram
- pada bulan Syaaban, diturunkan perintah puasa Ramadan.
- Diwajibkan zakat harta dan zakat fitrah dan disyariatkan Hari Raya.
- Ghazwah Badr Kubra ( Badr Besar ) - pada Jumaat 17 Ramadan 2H ,
- Rasulullah pergi bersama 313 orang tentera, mereka hanya mempunyai 2 ekor kuda dan 70 unta, dua atau 3 orang berkongsi seekor unta
- Rasulullah memberi bendera perang kepada Mus'ab bin Umair , panji Muhajirin kepada Ali bin Abi Thalib , manakala panji Ansar kepada Sa'ad bin Muaz.
- Para malaikat turut bersama berperang menentang musyrikin, peperangan ini dimenangi pihak ISlam.
- Seramai 70 kafir terbunuh termasuk, ketua Musyrikin Abu Jahal,
- antara tentera Islam yang gugur syahid : 6 orang Muhajirin ( Ubaidah al Harits , Umair bin abi waqqas, dll ) dan 8 orang Ansar menjadi syahid.
- Ghazwah bani Qainuqa'
- kaum yahudi pertama mungkir janji dan menzahir permusuhan dan iri hati terhadap orang islam
- mereka dikepung 15 malam
- turun perintah puasa Ramadan
- Ali bin Abi Thalib berkahwin dengan Fatimah az Zahra
- Rasulullah mula bersatu dengan Aisyah sebagai pasangan suami isteri pada bulan Syawal.
20 - 3 HIJRAH ( UMUR 55 TAHUN )
- Hasan bin Ali , cucu Rasulullah lahir,
- Turun firman Allah mengharam minuman keras
- Terjadi Ghazwah Uhud :
- Seramai 70 tentera Islam syahid termasuk ketua syuhada' , Hamzah bin abdul Muthallib , ayah saudara Rasulullah.
21- TAHUN 4 HIJRAH ( UMUR 56 TAHUN )
- Peristiwa Bir Maunah
- Ghazwah Bani An Nadhir , kabilah Yahudi
22- TAHUN 5 HIJRAH ( UMUR 57 TAHUN )
- Ghazwah al Ahzab ( Perang Khandaq )
- Ghazwah bani Quraizhah
- yahudi bani Quraizah jelas menzahir niat jahat mereka untuk mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah, mereka pernah bergabung dengan musyrikin dalam perang Ahzab.
- Ghazwah al Muraisi
- dalam perang ini juga terjadi peristiwa Hadis al Ifk (berita palsu ) , peristiwa Aisyah tertinggal di belakang tentera islam kerana mencari rantai nya yang jatuh di sana seorang diri, dan difitnah oleh ketua munafik abdullah bin ubay kerana aisyah ditemani shafwan bin al mu'athal as silmi , Allah menurunkan 10 ayat al Quran membersihkan Aisyah dari tohmahan itu. surah an Nur ayat 11-20
- Turun ayat tentang hijab dalam surah al Ahzab ayat 59 :
23- TAHUN 6 HIJRAH ( UMUR 58 TAHUN )
- Ibadah haji disyariatkan dalam surah ali imran ayat 97
- Ghazwah Hudaibiyah dan Baiatur Ridhwan ( Pernyataan sumpah setia orang Islam menegaskan mereka sanggup mati syahid membela kebenaran Islam melawan musyrikin Quraisy )
- Rasulullah mengirim surat surat kepada para raja di beberapa negeri melalui utusan Rasulullah :
24 - TAHUN 7 HIJRAH ( UMUR 59 TAHUN )
- Perang Khaibar
- Rasulullah keluar dari madinah memimpin pasukan Islam untuk menghadapi Yahudi Khaibar dan Allah memberi kemenangan kepada mereka, dalam perang ini bendera perang diserahkan kepada Ali bin abi thalib ( pemegang bendera ialah panglima perang )
- para Sahabat yang berhijrah ke Habsyah ethiopia bawah pimpinan Ja'far bin abi Thalib pulang ke Madinah
- Abu Hurairah memeluk Islam di Khaibar.
25- TAHUN 8 HIJRAH ( UMUR 60 TAHUN )
- Anak perempuan sulung Rasulullah , Zainab wafat.
- Ghazwah Mut'ah
- Rasulullah tidak bersama dalam perang ini.
- sebab perang : Rasulullah mengutus al Harits bin Umair dari bani lahab membawa surat Rasulullah ke negeri Syam untuk disampaikan pada Kaisar Raja Rom , utusan Rasulullah dihalang oleh Syarahbil , al Harits diikat dan dipenggal lehernya, syarahbil tidak membunuh utusan lain.
- Rasulullah mengutus tentera islam dipimpin Zaid Haritsah , Rasulullah berpesan ,"Jika Zaid terbunuh, Ja'afar menjadi penggantinya dan jika Ja'afar terbunuh maka Abdullah bin Rawahah penggantinya."
- semasa membawa bendera perang, Zaid bin Haritsah bertempur hingga syahid.
- Bendera perang kemudian diambil oleh Ja'afar bin abi Thalib, dia bertempur bermati matian sehingga tangan kanannya putus ditetak musuh, dia kemudiannya memegang bendera perang dengan tangan kirinya, tangan kirinya akhirnya putus juga, dia kemudian mendakap bendera dengan 2 pangkal lengannya yang masih tertinggal sedikit. Allah telah menggantikan 3 lengannya tersebut dengan 2 sayap yang dengannya dia terbang ke syurga, dia tetap berjuang dan akhirnya syahid.
- selepas itu Abdullah bin rawahah mengambil bendera perang tersebut dan bertempur hingga syahid
- selepas itu , tentera Islam berpakat supaya Khalid bin walid mengambil bendera perang , mereka bertempur dan akhirnya tentera Islam dapat mengalahkan tentera musuh.
- Ghazwah al Fath ( Pembukaan Makkah )
- sebab : musyrikin Quraisy menolong kabilah bakr yang menjadi sekutu mereka dalam konflik bersenjata dengan kabilah bani khuza'ah yang menjadi sekutu nabi, maka mereka sudah melanggar perjanjian dipersetujui di hudaibiyah dahulu
- Rasulullah bersama tentera Islam memasuki Makkah dan tidak terjadi perang senjata.
- Setelah keluar dari Kaabah, Rasulullah memberi kemaafan kepada penduduk Makkah yang memusuhi ISlam (sedangkan penduduk makkah sangat takut Rasulullah akan membalas dendam terhadap mereka ) , Rasulullah mengucapkan ucapan terkenal " Pergilah kamu semua, semua kamu bebas."
- Sejak dari itu, orang memeluk Islam beramai ramai.
- Ghazwah Hunain
- Pada peringkat awal, tentera Islam kalah, Allah berfirman dalam at Taubah ayat 25 : "..dan pada Hari Hunain iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tida mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun."
- Rasulullah mengambil segenggam tanah , pada waktu itu Rasulullah masih berada di belakang keldai, Rasulullah kemudian melemparkan tanah itu ke arah musuh, setiap mata orang kafir dimasuki tanah tersebut. Allah berfirman dalam Al Anfal ayat 17 : " dan bukanlah engkau (wahai Muhammad ) yang melempar ketika engkau melempar. akan tetapi Allah jualah yang melempar ( untuk membinasakan orang kafir ) "
- Akhirnya Allah memberi kemenangan kepada tentera Islam.
- 4 tentera Islam gugur syahid dan lebih 70 pihak musuh terbunuh.
- Ibrahim , anak lelaki Rasulullah lahir dari Mariyah al Qibtiyyah
26 - TAHUN 9 HIJRAH ( UMUR 61 TAHUN )
- Tahun disebut Sanah al Qufud ( tahun perutusan ) kerana banyak utusan datang ke Madinah menghadap Rasulullah , antaranya :
- Ghazwah Tabuk
27- TAHUN 10 HIJRAH ( UMUR 62 TAHUN )
- Ibrahim, anak lelaki Rasulullah dari isteri Rasulullah Mariyah al Qibtiyyah , wafat ketika berumur 1 tahun 1/2 setengah .
- Pada akhir 10 H, dilaksana Haji Wada' atau Hajjah Wada' ( Haji Perpisahan )
28- TAHUN 11 HIJRAH ( UMUR 63 TAHUN )
- Rasulullah wafat
