Saturday, 2 January 2021

TIPS DAN ILMU SAHAM

 

TIPS UNTUNG KAUNTER WATCHLIST

1- JANGAN PILIH KAUNTER YG DOWNTREND...PILIH YG UPTREND (PENGALAMAN PAKAR SAHAM )

2- KENA CARI YG ADA PERBEZAAN VOLUME, MAKSUD NYA VOLUME TERKINI LEBIH KUAT DARI VOLUME LAST

3- CARI KAUNTER YG NAIK DARI BAWAH KE ATAS + VOLUME BARU MASUK + DAN ADA KENAIKAN ---**NI CANTIK

4- JIKA DARI ATAS --TURUN --DAN CUBA NAIK BALIK TAPI X CECAH ATAU LEPASI TAHAP TERTINGGI ----kaunter INI KAUNTER RISIKO ! !! MAKE SURE KALAU NAIK DIA NAIK TINGGI JAUH DARI LAST HIGH LEVEL

5- DAN JIKA KAUNTER TU PERNAH TURUN LEBIH DARI LEVEL STARTING --INI JUGA KAUNTER RISIKO !!

6- SAHAM YG JATUH TERUK, SUSAH NAK NAIK SELAGI DIA X LEPASI BEST HIGH !!

7- JIKA SAHAM PERNAH TURUN DI BAWAH LEVEL KENAIKAN, ITU TANDA KAUNTER TIDAK BAGUS !!!!

8- JIKA DIA NAIK, DAN TURUN BALIK PARAS ASAL ( BAWAH)...ITU TANDA KAUNTER TIDAK BAIK !

9- 










1- terdapat beberapa teori berkaitan mereka yang baru menceburi dalam bidang saham ini antaranya ialah teori 90.

Teorinya ialah “90% orang akan rugi sebanyak 90% daripada modal yang dilaburkan dalam masa 90 hari”.

2- Kesimpulan mudah yang boleh dibuat daripada teori 90 ini ialah, ramai yang terjun ke bidang saham tanpa persediaan dan pengetahuan yang betul tentang saham.

3- kerana untuk memiliki sesuatu pegangan, kita mestilah tahu sedikit sebanyak berkaitan latar belakang syarikat yang kita berminat nak melabur didalamnya.

4- banyak cara ataupun ilmu untuk menilai sesebuah syarikat sebelum kita tetapkan untuk menjadikan syarikat itu sebagai syarikat pegangan kita. Antaranya ialah ilmu ‘Fundamental Analysis (FA)’, ‘Technical Analysis (TA)’, dan juga market sentimen.

5- Fundamental Analysis adalah cara untuk kita membaca sesebuah syarikat. Tahu ‘intrinsic value’ sesebuah syarikat, ‘Earning per Share (EPS)’, ‘Market Capitalisation’, ‘PE ratio’, ‘Net Tangible Asset’, dan ‘Dividend yield’ (banyak lagi sebenarnya). Kita boleh membedah laporan kewangan sesebuah syarikat ini berdasarkan laporan kewangan yang boleh didapati dengan mudah di laman web seperti malaysiastock.biz.

6- Technical Analysis pula berkaitan dengan cara untuk kita membaca chart. Dengan membaca chart, kita boleh mengkaji sejarah sesuatu syarikat. Di dalam chart juga kita boleh melihat emosi para pedagang iaitu emosi fear (takut) dan juga greed (tamak). Namun, bukan senang nak mengkaji chart ni kerada terdapat banyak perkara yang perlu diketahui seperti cara membaca candlestick, analisa volume dan price, cara membaca indikator, cara tetapkan ‘support and resistance’ dan cara untuk membaca trend.

7- Untuk sesetengah keadaan, kita juga memerlukan kepada analisa teknikal berkaitan saham dengan memahami chart saham berserta penggunaan-penggunaan indikator.

Antara indikator-indikator yang ada adalah seperti RSI, Parabolic SAR dan Ichimoku Kinko Hyo.

8- Sebagai orang biasa, kita tak boleh membeli sesuatu pegangan tanpa melalui orang tengah. Orang tengah yang dimaksudkan ialah ‘broker saham’.

Terdapat banyak broker di Malaysia antaranya ialah Malacca Securities, Maybank, UOB, CIMB, Bank Islam, dan banyak lagi.

9- buka sahaja akaun CDS walaupun anda masih newbie kerana melalui akaun CDS ini, anda boleh melihat platform dan mengkaji setiap syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia.

10- Banyak lagi perkara dalam dunia saham yang kita perlu pelajari ke arah mencapai kebebasan kewangan melalui pendapatan pasif sebagai pelabur.

11- anda boleh jual saham anda hanya dengan menekan ‘mouse’ dan juga ‘keyboard’ anda.

12- Anda tak perlu monitor saham anda setiap masa. Cukup mungkin sehari sekali atau beberapa kali seminggu.

Itu kalau anda melabur jangka masa panjang, dan sudah pun buat analisa yang mendalam terhadap syarikat yang anda hendak laburkan itu.

Inilah namanya pendapatan pasif. Duit sendiri yang akan bekerja untuk anda!

12- Sebab saham ini boleh menguntungkan kita melalui banyak cara. Ada orang beli dan simpan, setiap tahun atau suku tahun akan dapat dividen sahaja. Ada juga yang beli murah, saham naik, jual terus dapat untung.

Jadi banyak strategi, banyak peluang.

Cuma harapkan anda kreatif ataupun tidak sahaja.

13- Kita dah ada akaun CDS, kita dah deposit duit kita ke dalam akaun CDS tersebut.

Sekarang ini, kaunter apa kita nak beli?

Sebelum kita nak beli saham, kita kena buat analisa saham terlebih dahulu. Ada dua jenis analisa yang popular: Fundamental Analysis dan juga Technical Analysis.

14- Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Sekarang

Join Group Telegram Mahersaham PERCUMA di t.me/mahersaham (kena install telegram dahulu)

Jadi Free Members di website Mahersaham dan habiskan tutorial berkaitan Technical Analysis yang kami sediakan untuk Ahli Percuma

Rajinkan diri rujuk website ini dan meninggalkan komen untuk sebarang ketidakpastian

Mungkin tuan puan suka tengok video, maka boleh subscribe youtube Mahersaham di sini

15- Pembelian saham satu syarikat yang disenaraikan dijalankan melalui IPO atau Tawaran Awam Permulaan. Informasi tentang kedudukan financial syarikat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia.

16- Dalam Bursa Malaysia ini terdapat 3 jenis saham yang kita perlu tahu. Ini memudahkan kita untuk detect dan manage saham yang kita beli.

17- Blue Chip

Blue chip merujuk kepada saham-saham yang perniagaannya memang cemerlang. Harga saham ini pun agak tinggi berbanding yang biasa. Namun begitu tidak mesti saham mahal je boleh buat keuntungan. Blue chip ini biasa Market Capitalization

RM1 billion dan keatas.

18- Antara sebab saham-saham ini kukuh:

i. Rekod bisnes yang baik

ii. Keuntungan setiap tahun meningkat je

iii. Hutang yang tidak besar

iv. Harga sahamnya stabil seperti Nestle, F&N, Maybank, TNB & lain lain lagi.

19- 2) Medium Cap

Mid Cap adalah saham-saham di pertengahan di antara Blue chip & Small cap.

Mid Cap ini biasa Market Capitalization RM100 million hingga 1 billion.

3) Small Cap

Small Cap adalah saham-saham di paling bawah kategorinya berbanding Blue chip & Mid Cap. Small Cap ini biasa Market Capitalization bawah RM100 million.

20- Bila anda login platform tidak kisah di handphone atau PC, anda dapati selepas nama kaunter tersebut ada simbol bulat. Ini bermaksud kaunter tersebut patuh syariah.

21- Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh syariah kepada perolehan kumpulan atau keuntungan sebelum cukai kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada lima peratus.

22- Tanda Aras 20 Peratus

Tanda aras 20 peratus ini diguna pakai bagi perniagaan berikut:

Jualbeli saham

Pembrokeran saham

Sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh syariah

Aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh syariah

Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh syariah kepada perolehan kumpulan atau keuntungan sebelum cukai kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 20 peratus.

23- Keadaan pasaran di sesebuah negara boleh diukur dengan Indeks Pasaran negara tersebut.

Di Malaysia, indeks yang melambangkan pasaran Malaysia keseluruhannya ialah Indeks KLCI

24- Secara kasarnya, jika kita hendak tahu bagaimana keadaan pasaran pada waktu ini, kita boleh terus merujuk indeks KLCI ini kerana ia melambangkan keadaan pasaran di Bursa Malaysia.

25- Untuk para pelabur, indeks pasaran Bursa Malaysia boleh di lihat pada paparan trading platform yang disediakan oleh syarikat-syarikat broker. Secara ringkas dan mudahnya, jika bacaan indeks hijau, ini bermaksud pasaran Malaysia berada dalam keadaan yang baik. Jika bacaan indeks berwarna merah, pasaran Malaysia berada dalam keadaan tidak’sihat’ pada ketika itu. Jadi, para pelabur boleh membuat kesimpulan mengenai aktiviti pasaran saham dengan melihat indeks sahaja.

26- Seperti biasa, sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli saham, anda perlu melakukan kajian terlebih dahulu sama ada kajian fundamental atau kajian teknikal. Memandangkan saham IPO adalah saham baru dan belum ada sebarang technical chart, anda tiada panduan untuk mengkaji arah pergerakan harga saham.

Jadi alternatif yang ada ialah dengan membuat kajian fundamental berdasarkan maklumat yang diperolehi dari prospektus. Info yang perlu anda kaji termasuklah:

27- Kandungan prospektus selalunya tebal. Untuk Tri-Mode sendiri, ia mempunyai hampir 200 muka surat. Tapi jangan risau, bukan semua maklumat perlu dibaca. Seperti yang kami kongsikan tadi, anda hanya perlu lihat pada bahagian maklumat perniagaan, maklumat kewangan, lembaga pengarah dan pengurusan syarikat dan jangkaan risiko.

28- Pemilihan syarikat hendaklah berdasarkan keyakinan setelah menilai prospectus. Kalau nak belajar banyak lagi tentang IPO, lawati blog mahersaham.com.

29- C – Cari Kaunter Saham Untuk Dibeli (Screener Saham)

“Saham apa nak beli ye?” antara soalan yang paling kerap diterima. Untuk menjawab soalan ini, pertama sekali anda perlu tetapkan terlebih dahulu matlamat sama ada ingin melabur untuk jangka masa panjang atau pendek kerana kriteria pemilihan saham berbeza antara kedua ini.

Jika anda ingin melabur dan hold kaunter untuk tempoh lama, kajian terperinci perlu dilakukan mengenai isu fundamental kewangan serta potensi perkembangan syarikat. Sebaliknya jika hanya ingin keuntungan dalam masa pendek, anda perlu mengkaji pergerakan harga saham

30- Jika anda sudah melakukan kajian saham secara menyeluruh, mempunyai trading plan di mana anda tahu dimana entry price, target price dan cut loss serta mempunyai niat yang baik untuk mencari pendapatan tambahan melalui pasaran saham, In Sha Allah ada hasilnya.

31- E – Experience

Akhir sekali, konsistensi dalam keuntungan pelaburan saham dapat diperolehi melalui experience (pengalaman). Pengalaman anda bersusah- payah membelek

setiap satu kaunter saham, pengalaman merasai manisnya keuntungan dan pahitnya kerugian.

32- Anda perlu faham bahawa investing is a marathon, not a sprint. Letakkan matlamat keuntungan yang realistik, kawal money management and enjoy the process! Pelabur juga hendaklah sedar risiko kerugian yang bakal dihadapi. Pelabur hendaklah mengetahui beberapa teknik pengurusan risiko bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar

33- Bila Harga Jatuh

Fundamental Analysis akan menyarankan anda membuat lagi pembelian, risiko semakin rendah. Pembelian pertama yang anda buat sudah pasti berasaskan anggapan dan perkiraan anda bahawa harga yang dibeli berada di bawah harga sebenar (‘intrinsic value’) saham.

Jadi bila harga jatuh, anda sebenarnya sepatutnya beli lebih banyak sebab harga yang lebih murah dan ‘diskaun’ berbanding harga sebenar saham tersebut.

34- Lain pula dengan Technical Analysis. Dalam TA, anda diajar tentang Risk and Reward Ratio.

Risiko tidak boleh dihapuskan, tetapi ia boleh dikawal

35- Trading plan tidak semestinya akan berjaya, jadi sekiranya trading plan anda tidak menjadi, iaitu harga jatuh, maka adalah lebih baik anda mengurangkan potensi kerugian anda dengan jual saham anda setelah paras ‘cut loss price’ pecah.

Jadi bila harga jatuh, nak tambah lagi atau nak kurangkan kerugian?

36- Sekiranya anda telah pun mengkaji sedalam-dalamnya berkaitan fundamental syarikat, maka adalah munasabah untuk anda tambah pembelian anda (average down). Walaubagaimanapun, plan anda untuk average down sepatutnya sudah dirancang sewaktu pembelian anda yang mula-mula sekali.

Kelemahan average down adalah – analisis anda mungkin salah, dan anda sebenarnya membuang duit. Risiko lain juga adalah, harga saham jatuh lebih teruk berbanding apa yang anda jangkakan, padahal duit anda sudah kehabisan untuk average down.

37- Anda seharusnya telah memperuntukkan sebahagian modal anda untuk membeli lebih banyak saham sekiranya harga saham jatuh. Anda juga akan cuba mengurangkan risiko anda dengan membuat pecahan modal dan dibahagikan kepada beberapa kaunter.

38- Untuk yang mengikuti analisa teknikal pula, kadang-kadang harga boleh jadi ‘volatile’ lebih daripada yang sepatutnya. Kejatuhan harga mungkin bersifat sementara dan sekejap sahaja.

Jika seseorang itu meletakkan ‘cutloss’ pada ‘range’ harga yang kecil, seseorang itu boleh terpaksa untuk ‘cutloss’ dengan mudah. Kemudiannya harga saham naik tinggi dan menyebabkan ‘trader’ tersebut menyesal.

39- Bila Harga Naik

Fundamental Analysis mempunyai banyak mazhab atau aliran pemikiran. Benda yang sama juga terjadi kepada Technical Analysis.

Sebagai contoh, harga saham yang naik tinggi, mungkin sudah pun melepasi ‘fair value’ yang dikatakan harga munasabah bagi tersebut akan membuatkan sesetengah pelabur FA menjual saham tersebut untuk mendapatkan keuntungan.

Namun pelabur FA yang lain mungkin tidak akan menjual saham tersebut. Mereka berpandangan lebih jauh, mungkin apa yang mereka harapkan adalah dividend yield yang tinggi sewaktu syarikat mencapai tahap ‘mature’.

40- Pengkaji TA, atau pun ‘chartist’, akan menggunakan beberapa indikator dalam chart mereka.

Sesetengah indikator tidak akan dapat menangkap pergerakan harga yang besar, sell signal mungkin boleh keluar lebih awal dari yang sepatutnya.

Kadangkala juga, penggunaan beberapa indikator memberikan ‘mixed signals’ kepada trader untuk membuat keputusan yang betul.

41- Di Mahersaham kami menggunapakai kedua-dua analisa ini. Tugas kami adalah mencari pelaburan yang dapat memberikan keuntungan dalam masa yang singkat, dengan risiko yang paling minima dan pulangan pelaburan yang maksima.

Berbekalkan ilmu tentang FA dan TA, kami dapat mengenal pasti sebab di sebalik kemasukan volume besar ke dalam saham: adakah itu kemasukan sindiket/spekulator ataupun institusi-institusi kewangan yang menggunakan analisa fundamental.

42- Kami juga menggunakan TA dalam mengenal pasti ‘perfect entry’ bagi membolehkan masa pegangan saham untuk mendapatkan pulangan besar adalah singkat dan risiko kurang.

43- Elakkan berfikiran sempit dengan hanya menjadi pentaksub satu jenis analisa sahaja. Kadang-kadang mengisytihar satu jenis analisa adalah lebih baik daripada analisa yang lain hanyalah satu taktik pemasaran bagi meraih populariti atau pengiktirafan dari orang lain.

Jangan mudah terjerat dan pastikan anda sentiasa cuba mendalami ilmu saham daripada pelbagai aspek. Teori kedua-dua analisis ini masih relevan dan wajib dipelajari oleh kesemua pelabur walaupun kadangkala teori ini tidak akan menjadi disebabkan faktor luaran yang tidak dapat diramalkan.

44-