KITAB : BUSTANUL 'ARIFIN - KARANGAN IMAM NAWAWI
TERJEMAHAN OLEH : SYEIKH AHMAD FAHMI BIN ZAMZAM
MULA PENULISAN : 2 FEBRUARI 2026
LENGKAP PENULISAN :
1- Kata Pengantar ( nukilan syeikh fahmi zamzam pada tahun 10 Mac 1996 - 6 syawal 1416H )
- kitab bustanul arifin ialah kitab karangan al imam al alim al 'allamah syaikhul islam muhyiddin abu zakaria yahya bin syaraf an nawawi atau lebih masyhur dengan panggilan imam nawawi sahaja .
- beliau lahir pada 631 H dan meninggal dunia pada 676 H di Nawa, Hauran , Syria.
- imam nawawi memulakan kitabnya dengan dengan satu muqaddimah menerangkan hakikat kehidupan dunia yang bersifat sementara ini dan menekankan pentingnya membuat bekalan bagi kehidupan abadi di akhirat . beliau juga menerangkan kepentingan niat dan cara menghadirkan hati dalam segala bentuk ibadah .
- beliau juga membicarakan dengan khusus tentang ikhlas dan shidq (benar) yang berperanan menentukan kadar balasan amalan di akhirat nanti.
- beliau turut menukilkan lebih 50 ungkapan ulama' yang indah indah mutiara kata yang mahal . yang mana ungkapan tersebut lahir daripada pengalaman dan mujahadah dan usaha berterusan untuk menjadi insan yang menjadi hamba Allah sebenar.
- beliau turut menceritakan dengan panjang lebar perihal karamah para wali wali dan mawahib mawahib (keistimewaan) mereka dan permasalahan berkaitan dengan karamah dan diikuti beberapa contoh karamah.
- dan nampaknya kitab ini belum sempat diselesaikan oleh imam nawawi kerana didapati manuskrip asalnya beliau hanya sampai menulis bab hikayah karamah wali wali dan sempat menulis beberapa buah hikayat sahaja. beliau berhenti pada bab tersebut di tengah tengah hikayat syeikh abul khair at tinani kerana imam nawawi dipanggil ke rahmatullah.
- kitab ini mendapat perhatian dari para ulama' kerana kandungannya sesuai dengan nama "bustanul 'arifin." bermaksud , "taman orang orang yang arif dengan Allah taala." . kitab ini mengandungi banyak nasihat dan tunjuk ajar tidak ternilai bagi mereka yang menuju ke makrifatullah sebenar.
2- MUQADDIMAH MUALLIF
- berkata al imam al hafizh syaikhul islam syeikh muhyiddin abu zakaria yahya bin syaraf an Nawawi as Syafie , "sesungguhnya dunia ini ialah negeri yang akan berakhir dengan kebinasaan , bukan negeri kekal , itulah negeri tempat kita menyeberang sahaja bukan negeri tempat kita bersuka suka.
- al Quran memberi peringatan supaya kita jangan leka dengan dunia dan jangan tertipu dengan perhiasannya dan supaya tidak berpegang dengannya. maka orang yang paling berhati hati ialah orang yang memilih jalan kezuhudan terhadap dunia dan merekalah orang yang paling sempurna akalnya.
3- BAB PERTAMA
- pada menyatakan ikhlas dan menghadirkan niat pada sekalian amalan yang zahir dan batin
- firman Allah, "dan tiadalah mereka disuruh kecuali untuk beribadat kepada Allah dalam keadaaan mengikhlaskan bagiNya akan agama, dan dalam keadaan cenderung (kepada islam) dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. dan itulah agama yang lurus." ( surah al bayyinah : 5 )
- dan firman Allah, "dan Tuhanmu sangat mengetahui dengan apa yang ada dalam hatimu." (surah al isra' : 25 )
- firmannya lagi , "dan tidak mencapai akan Allah oleh dagingnya (daging kurban) dan tidak pula darahnya , tetapi yang sampai kepadaNya hanyalah ketaqwaan daripada mu." ( surah al Hajj : 37 )
- ibnu abbas berkata dalam menerangkan ayat ini, "yang sampai kepada Allah ialah niat di dalam hatimu."
- berkata ibrahim ( an nakhaie) ,"taqwa ialah suatu amal yang dikehendaki dengannya akan keredhaan Allah."
- dan berkata imam abu hasan al wahidi , berkata imam az zajaj , "makna ayat ini ialah, "Allah tidak akan menerima darah dan daging korban , apabila ianya tidak disertai dengan taqwa. Allah hanya menerima daripada kamu akan amalan yang dilakukan kerana ketaqwaan. oleh kerana itu , dapat disimpulkan sebarang ibadah tidak sah melainkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menunaikan kewajipan yang disuruh. "
- riwayat imam al hafizh abul baqa' khalid , dari umar al khattab, Rasulullah bersabda, "hanyasanya segala amalan dikira mengikut niat, dan hanya sanya yang diperoleh oleh setiap seseorang (dari amalannya)mengikut apa yang diniatkannya. maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan rasulNya. dan sesiapa yang hijrahnya kerana hanya untuk mendapatkan keuntungan dunia atau kerana mahu berkahwin kepada seseorang perempuan maka nilai hijrahnya seperti yang diniatkannya itu." (mutaffaq alaih)
- makna niat ialah "qasad" iaitu keazaman hati untuk melakukan sesuatu. maka segala amalan syara' adalah tidak sah melainkan bila disertai dengan niat. antara niat yang baik ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah. imam abu bakar al baihaqi pada permulaan kitabnya, "muhtasar as sunnah" beliau menghuraikan maksud perkataan imam syafei "sesungguhnya segala usaha seseorang hamba itu hanyalah dengan 3 perkara sahaja , pertama dengan amalan zahir, kedua dengan lidahnya , ketiga dengan niatnya. niat adalah usaha yang paling utama sekali kerana niat sahaja sudah menjadi ibadah. niat tidak dapat dirosakkan denga riya' ."
4- BAB KE-2 - HADIS HADIS PILIHAN YANG MERUPAKAN ASAS ASAS ISLAM
- hadis Rasulullah, maksudnya, "agama itu ialah nasihat menasihati.", maka sesiapa berbuat demikian maka ia mesti akan mendapat berkat pada ilmunya.
26 HADIS :
HADIS 1 - MENYATAKAN NIAT DAN IKHLAS
- dari ummar al khattab , Rasulullah bersabda, "hanyasanya setiap amalan itu dengan niat , dan hanya sanya bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya. maka barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya ,maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya. dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang akan diperolehinya , atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu."
( hadis riwayat bukhari dan muslim )
HADIS KE-2 - LARANGAN TERHADAP BIDA'AH DALAM AGAMA
- dari aisyah , Rasulullah bersabda, "sesiapa yang mengada adakan dalam urusan agama kami ini akan suatu pekerjaan yang tidak ada daripadanya, maka yang diada adakan itu mesti ditolak."
( hadis riwayat bukhari dan muslim )
HADIS KE-3 - PERKARA YANG HARAM ITU NYATA , DAN YANG HARAM JUGA NYATA DAN PERANAN HATI
- dari abi abdillah nu'man bin basyir, Rasulullah bersabda, 'sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu juga jelas dan di antara kedua duanya itu ada perkara perkara yang syubhah ( yang tersamar ) . dan sesiapa yang memelihara dirinya daripada perkara perkara yang syubhah maka sebenarnya ia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. dan sesiapa yang terjatuh pada perkara perkara yang syubhah maka pasti ia akan terjatuh (pada suatu hari nanti) pada perkara perkara yang haram , seperti halnya seorang pengembala yang mengembala binatang ternakan berdekatan dengan kawasan larangan , maka cepat sekali ia akan mencerobohinya. perhatian ! sesungguhnya pada setiap raja itu ada kawasan larangannya. perhatian ! sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah apa apa yang diharamkannya . perhatian ! sesungguhnya di dalam jasad itu ada sepotong daging , apabila ia baik maka akan baiklah badan seluruhnya , dan apabila ia rosak maka akan rosaklah badan keseluruhannya . perhatian ! sepotong badan itu adalah hati ."
( hadis riwayat bukhari dan muslim )
HADIS KE-4 - CIPTAAN MANUSIA DAN TEMPAT KESUDAHANNYA
- dari abdullah bin mas'ud , Rasulullah bersabda dan baginda digelar sebagai "ash shadiqul mashduq" maksudnya, "orang yang benar dan dibenarkan oleh orang lain. "sesungguhnya kamu dihimpunkan ciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari dalam keadaan air mani , kemudian lalu ia menjadi segumpal darah selama itu pula (40 hari) , kemudian lalu ia menjadi sepotong daging selama itu pula , setelah itu diutuskan seorang malaikat lalu ia meniupkan roh ke dalamnya.
dan malaikat itu disuruh dengan 4 suruhan, iaitu menulis rezekinya, ajalnya, amalannya, dan ketentuannya , apakah ia akan menjadi orang celaka(ahli neraka) ataukah ia akan menjadi orang yang bahagia (ahli syurga).
demi Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Dia , sesungguhnya seseorang kamu beramal dengan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dan antara syurga itu kecuali hanya satu hasta sahaja , namun oleh kerana telah diputuskan baginya (untuk menjadi ahli neraka) maka ia pun beramal dengan amalan ahli neraka (di akhir hayatnya) dan akhirnya ia masuk ke neraka. sebaliknya, sesungguhnya ada seseorang kamu yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dan neraka itu kecuali hanya satu hasta sahaja , namun oleh kerana telah diputuskan baginya (untuk masuk ke dalam syurga ) maka ia beramal dengan amalan ahli syurga (di akhir hayatnya) dan akhirnya ia masuk ke dalam syurga."
( hadis riwayat bukhari dan muslim )
HADIS KE-5 -TINGGALKAN YANG RAGU RAGU
- Dari hasan bin ali, cucu Rasulullah dan wangi wangian baginda , ia berkata, "aku telah menghafaz dari Rasulullah akan sabdanya yang berbunyi ,"tinggalkan apa apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau."
( hadis riwayat tirmizi )
HADIS KE-6 - ANTARA CIRI KEINDAHAN SESEORANG
- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "sebahagian dari tanda keindahan islam seseorang ialah ia meninggalkan apa apa yang tidak berfaedah."
( hadis riwayat tirmizi dan ibnu majah )
HADIS KE-7 - IMAN DAN KECINTAAAN SESAMA MUSLIM
- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "tidak beriman (tidak sempurna iman) seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri."
( hadis riwayat bukhari dan muslim )
HADIS KE-8 - ALLAH BAIK DAN TIDAK MENERIMA KECUALI YANG BAIK
- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah itu baik dan Dia tidak menerima kecuali yang baik juga. sesungguhnya Allah telah menyuruh orang orang yang beriman dengan apa yang Dia suruh kepada sekalian rasul. firman Allah maksudnya, "hai sekalian Rasul, makanlah dari yang baik (yang halal) dan beramallah akan amalan yang baik." (al mu'minun : 51 )
HADIS KE-9 - JANGAN MEMUDARATKAN ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI
- dari ubadah, Rasulullah bersabda, "tidak boleh seseorang itu memudaratkan orang lain , dan juga tidak boleh ia memudaratkan dirinya sendiri."
( hadis riwayat imam malik )
HADIS KE-10 - SALING TOLONG MENOLONG DAN MENASIHATI
- dari tamim ad dari, Rasulullah bersabda, "agama itu nasihat." kami bertanya, "bagi siapa wahai Rasulullah ?" baginda menjawab, "bagi Allah, bagi kitabNya , bagi rasulNya, bagi pemimpin kaum muslimin dan bagi orang awam di kalangan mereka."
( hadis riwayat muslim )
HADIS KE-11 - MENINGGALKAN LARANGAN DAN MENGERJAKAN SURUHAN
- dari abu hurairah , Rasulullah bersabda, "apa apa yang aku larang kamu daripadanya maka hendaklah kamu tinggalkannya. dan apa apa yang aku suruh kamu mengerjakannya maka hendaklah kamu mengerjakannya sekuasa kamu , maka hanyasanya binasa umat umat sebelum kamu kerana mereka terlalu banyak bertanya dan mereka menyalahi perintah nabi nabi mereka."
( hadis riwayat bukhari )
HADIS KE-12 - BAGAIMANA MENGUASAI CINTA ALLAH DAN CINTA MANUSIA
- dari sahal bin saad, seorang lelaki datang menemui Rasulullah dan bertanya, "wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepada ku 1 amalan, jikalau aku mengamalkannya nescaya mencintai akan daku oleh Allah dan mencintai akan daku oleh manusia. "zuhudlah kamu dari dunia nescaya engkau akan dicintai oleh Allah , dan zuhudlah kamu dari menghendaki apa apa yang ada di tangan manusia nescaya manusia mencintaimu."
( hadis riwayat ibnu majah )
HADIS KE-13 - BILAKAH DARAH SEORANG MUSLIM MENJADI HALAL ?
- dari abdullah bin mas'ud , Rasulullah bersabda, "tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku (muhammad) pesuruh Allah, kecuali dengan salah satu 3 perkara sahaja, pertama janda (atau duda) yang berzina, ke-2 diri dengan diri ( dengan sebab membunuh seseorang ), ke-3 seseorang yang meninggalkan agama yang memisahkan diri dengan jemaah."
( hadis riwayat bukhari )
HADIS KE-14 - PEPERANGAN TERHADAP ORANG YANG MEMERANGI ISLAM
- dari abdullah bin umar, Rasulullah bersabda, "aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan selain Allah, dan bahawasanya aku (muhammad) Rasulullah , dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. apabila mereka telah membuat yang demikian itu maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka kecuali dengan hak islam , dan Allah akan menghisab akan segala perbuatan mereka."
( hadis riwayat bukhari )
HADIS 15- RUKUN RUKUN ISLAM
- dari abdullah bin umar, Rasulullah bersabda, "agama islam dibina atas 5 perkara, "pertama 2 kalimah syahadah, kedua mendirikan sollat, ketiga berzakat, ke-4 pergi haji dan ke-5 berpuasa di bulan Ramadan."
( hadis riwayat bukhari )
HADIS 16- PERIHAL SAKSI DAN SUMPAH
- dari abdullah bin abbas, Rasulullah bersabda, "seandainya semua orang diberikan mengikut apa yang ia dakwakan, maka sudah pasti ramai orang yang mengaku harta orang lain dan mengaku mempunyai hak terhadap darah mereka. tetapi saksi mesti ada bersama dengan orang yang mengaku , dan sumpah pula mesti dilaksanakan oleh orang yang memungkiri sesuatu dakwaan."
( hadis riwayat baihaqi )
HADIS 17 - BAGAIMANA MENGENALI KEBAIKAN DAN DOSA
- dari wabisah bin ma'bad, Rasulullah berkata padanya, "bukankah engkau datang bertanya mengenai kebaikan dan dosa ? wabisah berkata benar lalu Rasulullah bersabda, "maka hendaklah kamu bertanya pada hatimu sendiri . kebaikan itu apa apa yang dirasa tenang oleh dirimu dan apa yang dirasa tenang oleh hatimu . dan dosa itu apa yang tergetar di dalam dirimu dan ragu ragu dalam dada walaupun orang ramai berfatwa (supaya engkau menyalahinya)walaupun mereka berfatwa menyalahinya."
( hadis riwayat ahmad )
dalam riwayat muslim , dari an nuwas , Rasulullah bersabda, "kebaikan itu adalah akhlak yang baik. dan dosa itu apa apa yang ragu di dalam dirimu dan engkau benci bahawa melihat ke atasnya oleh manusia."
HADIS 18 - BERBUAT BAIK DALAM SEGALA KEADAAN
- dari syaddad bin aus, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya Allah menyuruh kamu semua berbuat "ihsan" (kebaikan) pada segala sesuatu. maka apabila kamu membunuh hendaklah kamu mengelokkan pembunuhan. dan apabila kamu menyembelih , maka hendaklah kamu mengelokkan penyembelihan, maka hendaklah seseorang dari kamu menajamkan mata pisaunya dan dengan itu ia telah merehatkan sembelihannya."
( hadis riwayat muslim )
HADIS 19 - IMAN DAN BEBERAPA TUNTUTANNYA
- dari abu hurairah , Rasulullah bersabda, "barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam. dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya. dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
( hadis riwayat muslim )
HADIS 20 - TINGGALKAN MARAH
- dari abu hurairah , Rasulullah ditanya oleh seorang lelaki, "berikan wasiat kepadaku." Rasulullah bersabda, "Janganlah engkau suka marah. " kemudian lelaki itu mengulangi pertanyaan itu beberapa kali, dan Rasulullah terus menjawab, "Janganlah engkau suka marah."
( hadis riwayat bukhari )
HADIS 21 - JANGAN MENSIAKAN KEFARDUAN
- dari abu tha'labah, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah telah menentukan perkara perkara fardhu maka jangan kamu mensiakannya, dan Dia telah menetapkan batas batas hukum maka jangan kamu melampauinya, dan Dia telah mengharamkan beberapa perkara maka janganlah kamu melanggarnya, dan Dia berdiam dari beberapa perkara kerana Dia kasih sayang bagi kamu bukan kerana Dia terlupa, maka jangan kamu mencungkil cungkil masalah tersebut."
( hadis riwayat darulqutni )
HADIS 22 - HENDAKLAH SENTIASA BERTAQWA
- dari abu zar, Rasulullah bersabda, "bertaqwalah kamu akan Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya ia menghapuskan akan dosa kejahatan itu, dan bergaullah akan manusia dengan akhlak yang baik."
( hadis riwayat tirmizi )
HADIS 23 - AMALAN MEMASUKKAN KE SYURGA DAN MENJAUHKAN DARI NERAKA
- dari muaz bin jabal, aku bertanya pada Rasulullah ,"wahai Rasulullah, bolehkah engkau mengkhabarkan kepadaku amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka? baginda menjawab, "sebenarnya engkau telah bertanya sesuatu yang amat besar, dan perkara itu mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah." amalan itu ialah, "engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukannya, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji .
kemudian, nabi bersabda, "mahukah aku tunjukkan akan pintu kebaikan ? puasa itu adalah perisai dan sedekah itu memadamkan kejahatan seperti air memadamkan api , dan solat di tengah malam. lalu baginda membaca surah as sajadah ayat 16-17 bermaksud, "Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
kemudian baginda bersabda lagi, "hendakkah aku khabarkan dengan pokok segala urusan dan tiangnya dan kemuncak tempat ketinggiannya . baginda bersabda, "pokok urusan itu ialah islam, tiangnya ialah solat, kemuncak ketinggiannya ialah jihad,
nabi bersabda lagi, "mahukah aku khabarkan raja atas segala perkara tadi ? baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda, "jaga ini baik baik. yang paling banyak mengheret manusia ke dalam neraka ialah dengan diseret di atas muka mereka atau hidung mereka ialah hasil pekerjaan lidah mereka sendiri."
( hadis riwayat tirmizi )
HADIS 24 - TAQWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN AKHIR ZAMAN
- dari irbad , mereka dinasihati oleh Rasulullah sehingga menggeletar hati mereka dan mengalir air mata mereka mendengarnya. kami berkata, "wahai Rasulullah , seolah olah nasihat ini nasihat orang yang hendak meninggalkan kami buat selamanya. maka berwasiatlah kepada kami."
lalu Rasulullah bersabda, "aku berwasiat kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah , dan mendengar serta patuh ( kepada pemimpin ) walaupun yang menjadi pemimpin ke atas kamu itu seorang hamba. maka barangsiapa antara kamu yang hidup lama, pasti akan melihat perselisihan yang banyak. maka peganglah sunnahku dan pegang khalifah ar rasyidin dan hendaklah kamu gigit sunnah sunnah itu dengan gigi geraham kamu . dan tinggalkan lah segala perkara yang kamu baru adakan dalam agama, kerana setiap bida'ah itu sesat."
( hadis riwayat abu daud dan tirmizi )
HADIS 25 - WASIAT NABI KEPADA IBNU ABBAS
- Dari ibnu abbas, saya menbonceng Rasulullah, lalu baginda berkata, "wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajar engkau beberapa perkara. peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. peliharalah Allah nescaya engkau mendapatiNya di hadapan mu, dan apabila engkau hendak meminta tolong , maka minta tolonglah daripada Allah . dan ketahuilah jika berhimpun seluruh manusia untuk memberi mu satu manfaat, nescaya mereka tidak dapat berbuat demikian kecuali ianya telah tertulis oleh Allah . dan seandainya mereka berhimpun untuk memberi mudarat, nescaya mereka tidak dapat berbuat demikian kecuali ianya telah tertulis oleh Allah. sebenarnya sudah terangkat segala qalam dan sudah kering segala catatan."
( hadis riwayat tirmizi )
HADIS 26 - MENGENALI ISLAM, IMAN , IHSAN DAN ALAMAT KIAMAT
- Dari umar al khattab, ketika kami duduk di sisi Rasulullah, tiba tiba datang seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya , sangat hitam rambutnya, tiada kelihatan kesan debu perjalanan , dan tiada seorang kami mengenalinya, , lalu duduk berdekatan Rasulullah dan menyadarkan kedua lututnya kepada kedua lutut nabi dan meletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua pahanya. kemudian dia berkata, "hai Muhammad, khabarkanku tentang islam >" Rasulullah menjawab, "islam itu adalah engkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, engkau solat, berzakat, berpuasa Ramadan, mengerjakan haji di baitullah jika engkau ada kemampuan pergi kepadanya. lalu ia berkata, "benarlah engkau."maka kami pun tercengang kerana dia bertanya dan dia yang membenarkannya.
dia bertanya lagi, "khabarkan padaku tentang iman ?" Rasulullah menjawab, "iman itu ialah engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan RasulNya, dan hari kemudian dan kepada takdir baik dan buruk. " lalu ia berkata, "benarlah engkau."
dia bertanya lagi, "khabarkan padaku tentang ihsan ?"Rasulullah menjawab, "ihsan itu adalah engkau menyembah Allah seolah olah engkau melihatNya. tetapi jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau."
dia bertanya lagi, "khabarkan padaku tentang hari kiamat?" Rasulullah menjawab, "orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya.kalau begitu , beritahu padaku tentang tanda tandanya sahaja . Rasulullah menjawab, "tanda-tandanya itu bila hamba hamba melahirkan tuannya, dan engkau lihat orang yang tidak berkasut , tidak berpakaian , miskin, pengembala kambing , mereka itu berbangga menegak dan mendirikan binaan."
kemudian ia pun pergi lalu , lalu aku terdiam beberapa lama. setelah itu Rasulullah bersabda, "hai Umar ! adakah engkau tahu siapakah orang yang bertanya itu ?" aku mengatakan, "Allah dan rasulNya yang lebih tahu.Rasulullah berkata, "sesungguhnya itulah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan kamu akan agama kamu."
( hadis riwayat muslim )
**inilah hadis hadis yang disebut oleh imam ibnu solah , iaitu hadis 1 hingga 26. antara hadis lain yang merupakan asas agama islam ialah
HADIS 27 - ISTIQAMAH DALAM BERBUAT TAAT
- dari sufyan bin abdullah, aku bertanya pada Rasulullah,"katakanlah bagiku dalam islam ini akan satu perkataan ( yang kukuh ) sehingga aku tidak perlu lagi untuk bertanya kepada sesiapa selepas itu. lalu baginda bersabda, "katakanlah aku beriman dengan Allah , kemudian tetaplah kamu atas keadaan ini."
( hadis riwayat muslim )
HADIS 28 - KELEBIHAN SIFAT MALU
- dari abu mas'ud , Rasulullah bersabda, "apabila engkau sudah tidak malu lagi , maka buatlah apa yang engkau sukai."
( hadis riwayat bukhari )
HADIS 29 - KELEBIHAN MENUNAIKAN KEFARDUAN
- dari jabir bin abdullah, lelaki bertanya pada nabi, "seandainya aku hanya solat yang wajib sahaja , dan puasa pada bulan Ramadan sahaja dan aku menghalalkan yang halal , dan aku mengharamkan yang haram dan aku tidak membuat sesuatu yang lebih daripada itu, apakah aku dapat masuk syurga ? "Rasulullah bersabda, "ya ." ( engkau akan masuk syurga ).
( hadis riwayat muslim )
BAB 3 - PADA BICARA IKHLAS DAN SIDDIQ
- tentang ikhlas , maka Allah berfirman , maksudnya, "dan mereka tidak disuruh kecuali untuk beribadah kepada Allah dan mengikhlaskan bagiNya akan agama." ( surah al bayyinah : 5 )
- dari huzaifah, Rasulullah bersabda, "aku bertanya pada Jibril tentang apa yang dimaksudkan dengan ikhlas , jibril berkata, "aku juga bertanya tentang ikhlas itu kepada Allah . maka Allah berfirman, "ikhlas itu adalah suatu rahsia daripada rahsiaKu yang Aku letakkan akan ia di dalam hati hati hambaKu yang Aku kasihi."
- dari imam abu qasim , " ikhlas itu menunggalkan mengqasad (menuju) Allah pada berbuat ketaatan , iaitu dengan seseorang itu hanya menghendaki dengan sebarang ketaatan yang dilakukannya itu akan menghampirkan diri kepada Allah bukan mencari sesuatu yang lain daripada itu , samada kepura puraan bagi makhluk , atau untuk memperoleh pujian di sisi manusia atau apa jua nilai pujian dari makhluk selain dari menghampirkan diri kepada Allah."
- berkata imam al Qusyairi, "ikhlas itu berjaga jaga daripada mengambil kira dengan sebarang pandangan makhluk."
- berkata imam abu ali, "ikhlas itu adalah terpelihara daripada mengambil kira dari pandangan makhluk dan siddiq (benar) itu adalah membersihkan diri daripada peranan nafsu . maka orang yang ikhlas itu tiada riyak baginya , dan orang yang siddiq itu tiada ujub ( rasa bangga) dalam diri."
FASAL 2 - HADIRKAN NIAT DALAM BERBUAT KETAATAN
- hendaklah apabila kita hendak mengerjakan amalan ketaatan walaupun sedikit , maka hendaklah ia menghadirkan niat dengan mengqasadkan amalan untuk mencari keredhaan Allah dan hendaklah niat itu bersama amalan.
- dan ini termasuk segala jenis ibadah dari solat, puasa, berwuduk , berzakat, sedekah, menunaikan hajat orang lain, menziarahi orang sakit, memula dan menjawab salam, menjawab orang bersin, mengingkari kemungkaran dan menyuruh kebaikan , memperkenan jemputan, hadir majlis ilmu dan majlis zikir, ziarahi para ulama' , ulangkaji , belajar kitab, ketika hendak makan minum dan tidur - dengan niat untuk menguatkan badan ( makan minum ) dan merehatkan badan (tidur ) supaya lebih cergas untuk beribadah. dan juga ketika hendak berjimak hendaklah berniat untuk mengekang nafsunya dan memelihara dirinya dari terjerumus ke dalam perkara haram dan memikirnya.
- maka jika tidak berniat pada segala amalan ini maka terluput pahala yang amat besar.
- maka berdoa agar kita diberi taufiq dan hidayah untuk berbuat demikian.
- dari imam abu yahya, ketika mufti Kuffah ditanya apakah amalan yang paling susah sekali untuk dilaksanakan, beliau menjawab, 'amalan itu ialah untuk menghadirkan niat di dalam hati."
- sufyan at tsauri berkata, "aku tidak melatih sesuatu yang lebih susah daripada berniat."
- yazid bin harun berkata, "tidak susah niat itu melainkan kerana sangat mulianya.'"
- berkata imam syafei, "aku tidak bermunazharah ( berbahas ) dengan seseorang dengan niat untuk mengalahkannya, tetapi hanya supaya kebenaran itu nampak di sisinya."
FASAL 3 - NIAT MENENTUKAN BALASAN KEBAIKAN ATAU KEJAHATAN.
- dalam hadis sahih, Rasulullah berkata, "sesungguhnya Allah menulis segala kebaikan dan kejahatan . barang siapa bercita cita dengan satu kebaikan lalu ia tidak dapat melaksanakannya, nescaya ditulis oleh Allah baginya 1 kebaikan yang sempurna. barang siapa bercita cita dengan satu kebaikan lalu ia dapat melaksanakannya, nescaya Allah menulis disisiNya 10 kebaikan sehingga 700 kali ganda dan sampai kepada ganda yang sangat banyak."
- dari imam hamad, "siapa mengaji ilmu hadis dengan tujuan selain mendapatkan keredhaan Allah, maka pasti ia akan tertipu."
- dari imam al hafizh abul baqa' , "berapa banyak orang meminta ampun sedangkan ia dimarahi, dan berapa banyak orang yang berdiam sedang ia dikasihi." maksudnya : orang pertama beristighfar tetapi hatinya lalai, ke-2 berdiam tapi hatinya mengingati Allah.
- dari imam al hafizh abul baqa' , "ilmu sufi diasaskan pada 4 perkara, : 1) kami tidak makan kecuali selepas lapar , 2) kami tidak tidur kecuali sudah tidak tahan berjaga, 3) kami tidak berdiam kecuali ketika dibimbangi salah faham terhadap apa yang kami perkatakan, 4) dan kami tidak bercakap kecuali untuk mengambil faedah .
- muhammad bin sulaiman ( seorang pembesar zaman itu ) menemui imam hammad dan bertanya , adakah boleh dia memberi 2/3 hartanya ketika dia masih lagi hidup kepada anaknya yang lebih dia sayangi dari 2 anaknya itu, lalu imam hammad menyatakan hadis dari anas bin malik, "sesungguhnya Allah apabila menghendaki untuk mengazab seorang hamba dengan hartanya sendiri , maka Allah mengilhamkan baginya ketika ia hendak mati dengan satu wasiat yang zalim."
muhammad bin sulaiman turut menyatakan hajatnya untuk memberi 40 ribu dirham kepada imam hammad namun ditolaknya dan minta dijauhi dari harta tersebut.
BAB 4 - KATA KATA ULAMA' YG INDAH
1- dalam kitab sahih al bukhari, ammar bin yasir berkata, "siapa yang dapat menghimpunkan 3 perkara ini ,bermakna ia telah menghimpunkan segala bahagian iman. 1) menyedari hakikat diri sendiri, 2) menegakkan keselamatan bagi seluruh alam, 3) suka menderma walaupun dalam keadaan fakir."
- 1) Menyedari Hakikat Diri Sendiri
- apabila ia menyedari hakikat diri sendiri, pasti ia akan mengetahui akan hak hak Allah yang mesti ia tunaikan dan kesedaran tentang hak orang lain atas dirinya.
2) menegakkan keselamatan bagi seluruh alam
- yakni menyebarkan salam pada seluruh lapisan masyarakat , sama ada yang dikenali atau tidak.
- bermakna lenyap sikap takbur terhadap manusia dan tidak mengangkat diri. dan seterusnya bebas dari menghina orang lain, merasa besar diri di hadapan orang lain, merasa lebih tinggi darjat dari orang lain.
3) suka menderma walaupun dalam keadaan fakir.
- inilah kemuncak kemurahan. Allah memuji mereka dalam firmanNya , "dan mereka mampu melebihkan orang lain atas diri mereka sendiri walaupun sebenarnya mereka masih memerlukan." ( surah al hasyr : 9 )
- maka akan timbul rasa berserah diri kepada Allah dan berpegang atas luasnya kemurahanNya dan rasa percaya dengan jaminan rezeki daripadaNya.
- menimbulkan rasa zuhud pada dunia dan tidak menyimpan harta, dan tidak terlalu memikirkan urusannya ,apatah lagi merasa bangga dan suka menyimpan harta yang banyak .
2- dalam kitab sahih muslim , dari abi yahya , "sebenarnya ilmu itu tidak dapat dicapai dengan kerehatan badan."
maksudnya : hendaklah bersungguh sungguh untuk menyempurnakan mencari ilmu, dan jangan sekali kali bermalasan sehingga hilang ilmu
dan dalam kitab sahih bukhari dari rabiah ( guru imam malik ) , "adalah tidak munasabah bagi seseorang memiliki ilmu bahawa ia menghina akan dirinya sendiri."
maksudnya : sesiapa telah memiliki ilmu, maka hendaklah ia berusaha untuk menyebarkan ilmu tersebut supaya ilmu tersebut dapat berpindah kepada orang lain.
3- dari umar dan anaknya abdullah bin umar, "sesiapa tipis mukanya maka tipis juga ilmunya."
maksud : siapa yang malu dalam mencari ilmu , maka sedikit lah ilmunya.
- dalam sahih bukhari , imam mujahid berkata, "ilmu tidak dicapai oleh orang yang malu dan takbur."
- dalam sahih muslim, aisyah berkata, "sebaik baik perempuan ialah perempuan Ansar. mereka tidak dihalang oleh sifat malu daripada mendalami ilmu ilmu agama."
4- dalam sahih bukhari, umar berkata, "hendaklah kamu mendalami ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin."
- berkata imam syafei, "bersungguhlah kamu dalam menuntut ilmu sebelum kamu menjadi ketua, kerana apabila kamu telah jadi ketua , maka ketika itu sudah tertutup jalan untuk mengaji."
5- bisyir al harits berkata, "mereka tidak makan kerana mencari kelazatan, dan mereka tidak berpakaian kerana mencari kelembutan ,inilah jalan akhirat dan jalan para anbiya' dan orang soleh dan orang yang mengikuti mereka. maka sesiapa menyangka ada jalan yang lain selain dari yang ini, maka ia orang yang tertipu."
6- salman al farisi berkata, "jikalau manusia memahami pertolongan Allah yang diberikanNya melalui hambaNya yang dhaif, sudah tentu mereka tidak akan mengabaikan mereka."
7- imam syafe'i berkata pada imam rabi' , "wahai Rabi' ! janganlah engkau bercakap pada perkara yang tidak berfaedah , kerana apabila engkau telah bercakap dengan suatu perkataan, maka perkataan itu telah memiliki engkau , dan engkau sudah tidak dapat lagi menguasainya."
8- berkata ahmad bin abi huwara, "dia melihat gurunya, imam abu sulaiman yang telah wafat di dalam mimpinya dan bertanya padanya, "wahai guru yang banyak mengajar , apa yang dibalas Allah akan segala amalan mu ? gurunya menjawab, "sebenarnya suatu hari aku datang dari bab as saghir , lalu aku menemui raga seorang tua yang ada di situ dan ku ambil sebatang kayu darinya. aku sudah lupa adakah kayu yang aku ambil itu ku buat pencungkil gigi atau ku lemparkan begitu sahaja. maka sekarang ini saya sedang berhadapan dengan hisab kesalahanku itu sejak daripada 1 tahun yang sudah berlalu sampai ke malam ini."
maka alangkah hebat kisah ini . ia mengingatkan kita supaya sentiasa berlaku warak dan juga memberi amaran supaya kita berhati hati daripada dosa dosa kecil atau sebarang kezaliman terhadap harta orang lain.
9- ma'ruf al kharki berkata, "perkataan yang tidak ada faedahnya itu adalah satu penghinaan dari Allah ( terhadap orang yang memperkatakannya.)
10- imam syafe'i berkata, ada orang meminta nasihat daripada ubay bin kaab dan dia memberi nasihat, "bersahabatlah dengan kawan kawanmu mengikut ketaqwaan mereka."
11- imam syafe'i berkata,dufhail bin iyadh berkata, "berapa ramai orang yang tawaf di kaabah, sedangkan orang lain yang jauh dari kaabah lebih besar pahala daripadanya."
12- Doa Ikhtiar Ketika Barang Hilang
dalam kitab risalah imam abu qasim, pada bab karamah aulia, beliau berkata, "adalah bagi jaafar al khuldi satu mata cincin, lalu terjatuh cincin itu ke dalam sungai dajlah , dan adalah baginya doa yang mujarab untuk mendapatkan semula barang yang hilang , lalu beliau berdoa dengan doa tersebut, dan akhirnya mata cincin itu didapatinya di tengah tengah daun kayu yang dibalik balikkannya."
berkata imam qusyairi, aku mendengar abu hatimas sajistani berkata, aku mendengar abu nasir as sarraj berkata, "doa tersebut, "
( hadis riwayat muslim )
( hadis riwayat bukhari )
( hadis riwayat tirmizi )

