KITAB QISASUL ANBIYA' JILID - 1 ( KARYA IMAM IBNU KATSIR )
MULA PENULISAN : 6 /5 /2025
LENGKAP PENULISAN : 15 /6 /2025
1- KISAH NABI ADAM - RASUL PERTAMA
- Setelah adam diciptakan, Allah mengajarinya nama nama segala sesuatu, yang merupakan asas asas ilmu pengetahuan , sebagai bekal kehidupan di bumi. setelah adam memperoleh ilmu pengetahuan , maka Allah memperlihatkannya pada para malaikat bahawa adam memiliki ilmu pengetahuan yakni ketinggian darjat berbanding malaikat.
- Adam diciptakan dari tanah kering yang berasal dari lumpur hitam. maka malaikat dan iblis diperintahkan untuk sujud kepada Adam, dan para malaikat mematuhi arahan Allah manakala iblis sombong dan bongkak derhaka pada Allah maka diusir dari syurga selamanya.
- sebaik iblis diusir dari syurga, adam tinggal sendirian di dalam syurga. keindahan dan kesenangan syurga membuatkan adam terlena dalam syurga dalam tidur yang panjang. mengikut riwayat, Jibril diperintahkan untuk mencabut tulang rusuk adam sebelah kiri , mengubahnya menjadi daging dan tulang dan diciptakan hawa. setelah bangun dari tidur , adam mendapati hawa berada di sisinya dan menjadi isteri adam.
- kemudian iblis menghasut adam dan hawa agar memakan buah dari pohon larangan , ketika nabi adam makan dari pohon tersebut, maka terlepas semua perhiasan dan pakaian syurga dipakainya kecuali hanya mahkota sahaja , dia tidak mampu menutupi dirinya dengan daun daun syurga. setiap kali mahu ditutupi badannya dengan daun syurga, maka terlepaslah daun daun tersebut dari badannya.
- jibri pun melepaskan mahkota dari kepala adam dan mahkota yang melekat di keningnya , adam diturunkan dari tempat suci ke tempat penuh kelaparan , dia pun menangisi kesalahannya selama 100 tahun, dia selalu melengkup kepalanya pada kedua lututnya , hingga titisan air matanya membasahi bumi dan menumbuhkan rumput rumput dan pohon pohon .
- kemudian adam memohon keampunan kepada Allah atas kesalahan mereka.
- qabil ialah seorang yang memiliki perangai buruk dan sering berbuat dosa, manakala Habil ialah anak adam yang taat kepada Allah. ada 2 pendapat tentang peristiwa habil dibunuh, pertama , Allah memerintahkan mereka berdua untuk melakukan korban sebagai perintah Allah. habil memilih domba yang terbaik sebagai korban tetapi qabil memilih hasil pertanian yang buruk . kedua hasil korban diletakkan di puncak gunung , tiba tiba turun api dari langit yang menyambar korban habil dan membiarkan korban qabil. setelah diketahui korbannya tidak diterima Allah , timbul iri hati pada qabil dan dia melakukan pembunuhan kepada habil
- riwayat kedua, ialah nabi adam hendak mengahwinkan qabil dengan habil , namun dengan bersilang , kembar habil akan dikahwinkan dengan kembar qabil dan sebaliknya, sebaliknya ia ditentang oleh qabil kerana kembarnya lebih cantik . lalu adam memerintahkan mereka berdua untuk melakukan korban , korban siapa yang diterima oleh Allah akan dapat dikahwinkan dengan saudara kembar qabil lalu korban habil yang diterima Allah dan qabil membunuh habil . setelah membunuh habil , qabil kebingungan dan menyesal melihat mayat habil bermandikan darah dan ia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya pada mayat habil lalu Allah menghantar 2 ekor gagak yang bergaduh dan terbunuh seekor dari itu, dan gagak yang hidup mengorek lubang dengan paruh dan kakinya , lalu melemparkan gagak yang mati itu ke dalam nya . qabil melihat peristiwa itu dan datanglah pengetahuan padanya untuk menguruskan jenazah habil.
- kisah qabil habil ini diceritakan di dalam surah al maidah ( ayat 27 - 31 )
2- KISAH NABI IDRIS - RASUL KE-2
- AlQuran menyebut idris sebagai orang yang sabar dan memiliki martabat tinggi. baginda diutus kepada keturunan Qabil agar mereka bertaubat dari kekufuran dan derhaka .
- ada ulama' berpendapat baginda lahir di mesir, ada yang berpendapat baginda lahir di babilon. nama sebenarnya ialah hurmus al haramisah , berasal dari yunani armia , diistilahkan dalam bahasa arab sebagai hurmus. Allah menyebutnya dalam alQuran sebagai idris.
- semasa kanak kanak , baginda belajar dengan putera nabi adam , Syits.dan dilantik menjadi rasul apabila dewasa. pengikut baginda sedikit kerana ramai yang menentang sehingga baginda terpaksa meninggalkan mesir.
- diriwayatkan, baginda menyeru kepada kaumnya agar bertauhid kepada Allah, beribadah, membebaskan diri dari azab akhirat dengan melakukan amal soleh , menekankan hidup zuhud di dunia dan berlaku adil, solat mengikut ajarannya, berpuasa pada hari tertentu pada setiap bulan, mengeluarkan zakat."
- beliau adalah idris bin yarad bin mahlail , nasabnya berakhir pada syits bin adam . nabi idris ialah orang pertama dari keturunan adam yang diberikan darjat nabi setelah nabi adam dan syits. diriwayatkan nabi idris ialah orang pertama yang menulis dengan kalam. beliau berjumpa dengan nabi adam selama 308 tahun kerana umur nabi adam ialah 1000 tahun.
- masa remajanya, baginda berguru dengan nabi syits dan setelah dilantik menjadi nabi, beliau mula berdakwah dan melarang kaumnya dari melanggar syariat nabi adam dan syits. hanya sedikit yang taat dan kebanyakannya ingkar pada dakwah baginda. lalu nabi idris dan pengikutnya meninggalkan bumi babil dan tiba di mesir dan melihat sungai nil. baginda tinggal di negeri itu selama 82 tahun , kemudian Allah mengangkat baginda ke sisiNya seperti mana firman dalam ayat surah maryam : 57.
- diriwayatkan ada 72 bahasa digunakan oleh kaumnya ketika itu dan Allah mengajarkan kesemua bahasa tersebut pada nabi idris agar baginda dapat berdakwah pada kaumnya.
- diriwayatkan nabi idris diangkat ke syurga kerana baginda setiap hari dan setiap malam mempunyai amalan yang diterima , sebanyak amalan penduduk bumi. maka malaikat maut menjadi cinta dan rindu pada baginda. lalu Allah mengizinkan malaikat maut menemui nabi idris dalam rupa manusia ketika baginda sedang berpuasa sepanjang tahun ,dan menjelang berbuka , malaikat datang membawa hidangan berbuka dari syurga dan nabi idris makan makanan tersebut dan mempersilakan malaikat untuk makan bersamanya tetapi malaikat tidak mahu.
- kemudian nabi idris mengajak lelaki tersebut ( malaikat maut ) untuk berjalan jalan dengannya, dan mereka berjalan 4 hari lamanya dan nabi idris melihat keanehan pada malaikat dan bertanya pada nya, dan dia mengatakan dia adalah malaikat maut dan nabi idris bertanya adakah dia sudah mencabut nyawa manusia sepanjang mereka bersama, dan malaikat berkata ya dia telah mencabut beberapa nyawa dan dia berkata dia datang hanya untuk berkunjung dengan izin Allah.
- nabi idris mengatakan keinginannya pada malaikat maut yakni dia mahu nyawanya dicabut dan mahu dihidupkan semula . maka diperkenankan oleh Allah dan nabi idris dicabut nyawanya oleh malaikat maut dan dihidupkan semula. malaikat bertanya bagaimana rasanya dan nabi idris berkata ia seolah olah terkupasnya kulit dalam keadaan hidup hidup , maka rasa sakit itu lebih dari 1000 kali ganda rasanya. " dan malaikat maut mengatakan dia mencabut nyawa baginda secara hati hati dan tidak kasar khusus untuk baginda yang belum pernah pada manusia lain.
- kemudian nabi idris mengatakan keinginan lain yakni dia ingin melihat neraka jahanam , lalu diperkenankan oleh Allah lalu malaikat membawa baginda melihat neraka jahanam dan melihat segala yang diciptakan oleh Allah untuk musuhnya yakni beberapa rantai belenggu tangan dan leher dari ular, kala jengking, api kayu gaharu , buah zakum dan air mendidih. lalu kedua nya kembali.
- kemudian nabi idris mengatakan inginnya untuk dia melihat syurga, lalu Allah memperkenankan dan malaikat maut membawa baginda ke dalam syurga dan melihat indahnya syurga. kemudian nabi idris menyatakan keinginannya untuk masuk ke dalam syurga agar dapat minum air syurga , hilang sakit sakaratulmaut dirinya dan terhindar dari neraka jahanam. lalu diizinkan oleh Allah dan baginda dibenar masuk ke dalam syurga dan kemudian keluar . maka nabi idris masuk ke dalam syurga dan meletakkan kedua kasutnya di bawah sepohon dari beraneka pohonan syurga , lalu dia keluar dari syurga. dan nabi idris berkata pada malaikat maut bahawa dia tertinggal kasutnya di dalam syurga dan baginda masuk kembali dan tidak mahu keluar.
- malaikat maut memanggil baginda untuk keluar namun baginda menyatakan dia tidak mahu keluar dan menyatakan firman Allah bahawa semua orang akan merasakan sakaratul maut dan baginda telah merasainya dan firman Allah tidak ada antara kamu kecuali akan memasukinya dan dia mengatakan dia sudah masuk ke dalam neraka. dan firman Allah dan tidaklah mereka itu melainkan dikeluarkan dari syurga.
- maka Allah memberi wahyu kepada malaikat maut agar meninggalkan nabi idris kerana dia telah memutuskan sejak diciptakannya dahulu bahawa nabi idris termasuk ahli syurga.
3- KISAH NABI NUH - RASUL KE-3
- nuh bin lamik bin matusyalak bin akhnukh ( yakni nabi idris) bersambung pada nabi syits dan nabi adam.
- jarak antara nabi nuh dan nabi adam ialah lebih dari 1000 tahun. dalam kitab taurat disebut jarak keduanya 1056 tahun.
- nabi nuh disebut dalam alQuran pada 43 tempat. nabi nuh berdakwah selama 950 tahun dan ulama' berbeza pendapat jumlah orang beriman bersama nabi nuh ialah 10, 40 atau 80 orang. majoriti kaumnya angkuh dan sombong dan menolak dakwah nabi nuh dan pengikut nabi nuh terdiri dari kalangan orang miskin dan susah.
- kaumnya ingkar bahkan mengancam untuk merejam nabi nuh, maka nabi nuh berdoa kepada Allah agar Allah menghapuskan kesemua orang kafir yang ingkar pada dakwah baginda.
- Allah memerintahkan nabi nuh dan pengikutnya membina safinatun najah ( kapal keselamatan ) dengan pengawasan Allah. kaumnya yang ingkar mengejek nabi nuh kerana membina kapal tersebut.
- selepas selesai membuat kapal, muncul tanda tanda akan datangnya azab, yakni memancar air dari tanah. Allah memerintahkan nabi nuh untuk mengumpul segala jenis tumbuhan dan haiwan berpasangan untuk dibawa ke dalam kapal . dan Allah memerintahkan nabi nuh membawa seluruh keluarganya naik ke atas kapal melainkan seorang anak dan isterinya.
- nabi nuh memerintahkan orang mukmin untuk naik ke atas kapal dengan kaki kanan serta berzikir kepada Allah sehingga mereka turun dari kapal kelak , kerana kapal itu bukan sama sekali asbab keselamatan mereka tetapi hanya Allah yang memperjalankan dan memberhentikan perjalanan kapal tersebut , Allah yang akan menyelamatkan mereka dari kebinasaan."
- maka berjalanlah bahtera itu antara gelombang besar berderu. bahtera itu membawa mereka dalam gelombang seumpama gunung. ( surah hud : 40-42 )
- Allah menurunkan hujan yang cukup kuat yang belum pernah terjadi sebelum ini dan memerintahkan agar bumi memancarkan air dari segenap penjuru.
- pada permulaan datang banjir, nabi nuh memanggil anaknya agar naik ke atas bahtera kerana anaknya itu telah terjerumus ke dalam kekufuran , namun anaknya enggan bahkan menutup telinganya. ia beranggapan peristiwa itu hanyalah peristiwa alam yang biasa . dia berkata pada ayahnya, "saya akan naik ke atas gunung yang tidak dijangkaui air ."nabi nuh menjawab , "di sana tidak ada kekuatan yang akan dapat mengatasi bahaya tenggelam yang telah ditentukan oleh Allah sebagai balasan terhadap orang kafir. " anak itu tetap menolak kata kata ayahnya. kekuatan deras air dan amukan gelombang menelan anak tersebut yang sesat dan kufur.
- bahtera itu membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. nabi nuh terus memanggil anaknya yang berada di tempat jauh terpencil. namun anaknya terus naik ke puncak bukit dan tenggelam bersama arus air yang menenggelamkan bukit itu.
- setelah semua orang kafir itu hancur akibat banjir besar itu , Allah memerintahkan bumi menelan air dan langit berhenti menurunkan hujan. lenyaplah air banjir dari permukaan bumi dan terdamparlah kapal nabi nuh di atas gunung judd.
4- KISAH NABI HUD - RASUL KE-4
- baginda diutus pada kaum aad mereka tinggal di ahqaaf , ada riwayat mengatakan ahqaaf terletak antara yaman dan aman. kaum aad telah membina kota bernama iraam yang mempunyai bangunan yang tinggi . ( al hasyr : 6-7 )
- kaum aad menyembah berhala. nabi hud berdakwah pada kaumnya agar meninggalkan menyembah berhala dan bertauhid kepada Allah namun mereka ingkar. dan nabi nuh menyeru agar kaumnya mensyukuri nikmat Allah yang memberikan kekuatan fizikal dan tubuh pada kaum aad namun mereka enggan.
- nabi hud berkata pada mereka , "apakah maksud kalian membina bangunan tinggi berupa bangunan pencakar langit yang tidak berfaedah , hanya untuk kebanggaan dan kesombongan. kalian juga membina benteng benteng dan istana yang kukuh seperti orang yang bermaksud hendak kekal di dunia. apabila marah, kalian menyeksa dengan kejam tanpa belas kasihan. dan nabi nuh terus berdakwah pada kaumnya agar meninggalkan penyembahan berhala tersebut namun tetap mereka ingkari dan mencabar agar mereka ditimpa azab.
- lalu kaum aad ditimpa kemarau panjang 3 tahun tiada hujan yang turun sebagai petanda awal akan turunnya azab pada mereka. ketika itu nabi hud menasihati kaumnya agar kembali beriman kepada Allah . setelah kemarau 3 tahun tersebut datanglah azab pada kaum aad kerana mereka tetap ingkar tidak mahu beriman.
- nabi hud dan orang beriman diselamatkan oleh Allah lalu nabi hud diikuti oleh orang beriman meninggalkan kaum yang diazab itu dan berhijrah ke mekkah.
5- KISAH NABI SOLEH - RASUL KE-5
- selepas kaum aad dibinasakan oleh Allah dengan angin taufan yang sangat kencang , sehingga mereka mati bergelimpangan , rumah rumah dan bangunan bangunan tinggi runtuh berselerakan , haiwan haiwan ternakan diterbangkan oleh angin taufan yang dahsyat itu. akhirnya negeri itu kosong dan tandus .
- diriwayatkan negeri itu kosong dari penghuni kerana nabi hud dan pengikutnya yang beriman telah berpindah ke Mekkah. akhirnya Allah mengutus bangsa lain menghuni negeri yang tandus dan rosak tersebut. bangsa tersebut dalam alQuran disebut bangsa Tsamud.
- negeri itu dibina semula lebih makmur dari negeri ketika kaum aad yang sudah musnah itu , dalam surah al faatir : 9 ("dan kaum tsaamud yang memotong batu batu besar di lembah ) , tempat tinggal mereka di pergunungan batu. yakni lembah al Qura. di sana terdapat sumur dinamakan sumur Tsamud. Rasulullah pernah mendatangi sumur tersebut ketika perang Tabuk dan baginda melarang dari para sahabat minum air dan memasuki rumah rumah di kampung tersebut.
- kehidupan kaum tsamud adalah seperti kaum aad membuat kerosakan dan menyembah berhala , lalu Allah mengutus nabi salleh pada kaum tsamud yang menyeru agar mereka beriman kepada Allah . namun kaumnya seperti kaum aad mengingkari rasul yang diutus kepada mereka. mereka menuduh nabi salleh terkena sihir dan mereka meminta bukti mukjizat kerasulan nabi salleh.
- Allah mengkabulkan doa nabi soleh dan meminta nabi untuk memberitahu kaumnya agar berkumpul di luar bandar di kaki gunung untuk melihat mukjizat yang mereka kehendaki itu. dari gunung nanti akan muncul seekor unta yang luar biasa cantik dan gemuk , besar yang tidak pernah mereka lihat sebelum itu . unta itu penuh dengan susu walaupun setiap detik dan setiap masa susunya diperah. setiap orang dibenarkan untuk mengambil susunya , dengan syarat unta itu harus dibiarkan bebas , tidak diganggu oleh sesiapa pun. dan unta itu juga harus dibiarkan minum air dari perigi itu bergiliran dengan penduduk bergilir hari. dan pada giliran unta nabi soleh, tiada penduduk dibenarkan menggunakan air perigi itu , begitu juga pada giliran penduduk ,unta tidak akan minum sedikit pun dari situ.
- maka penduduk berkumpul untuk melihat mukjizat tersebut, dan kemudian muncullah dari gunung itu seekor unta yang diceritakan di atas. unta itu terus pergi ke perigi dan minum kesemua air di dalam perigi itu , melihat unta yang gemuk itu , semua penduduk menyediakan baldi dan bekas untuk mengambil air susu dari unta tersebut.
- demikianlah unta itu mengeluarkan susu dan penduduk kaum itu tidak berhenti henti mengambil susu untuk meminumnya, begitulah hari ke hari , minggu ke minggu , orang beriman bertambah iman mereka sedangkan orang yang ingkar , mereka bertambah dengki pada nabi soleh dan orang beriman walaupun telah melihat mukjizat yang mereka minta dahulu .
- kerana dengki dan iri hati , kaum tsamud yang ingkar merancang untuk membunuh unta tersebut dengan harapan akan berkurang orang beriman dengan dakwah nabi soleh. pemimpin kaum tsamud yang ingkar itu menawarkan perempuan cantik pada 2 pemuda yang mereka upah untuk membunuh unta tersebut. maka kedua pemuda itu dengan arahan upah dari pemimpin tsamud yang ingkar menghampiri unta tersebut dan menghunuskan pedang yang tajam ke perut unta, lalu terburailah susu unta tersebut dan unta itu mati. dan kedua pemuda itu menuntut janji pada pemimpin tsamud agar mereka mendapat gadis yang cantik tersebut. mereka tidak mengendahkan ancaman nabi soleh agar tidak membunuh unta tersebut .
- lalu mereka pergi menemui nabi soleh dan meminta agar mereka ditunjukkan azab akibat perbuatan mereka dengan angkuhnya.lalu nabi soleh berkata mereka hanya akan dapat bersuka ria selama 3 hari sebelum turunnya azab pada mereka. tempoh 3 hari diberikan pada mereka dengan harapan mereka bertaubat dan menyesali perbuatan mereka tetapi kaum derhaka itu menganggap penangguhan 3 hari itu sebagai suatu kelemahan. belum genap 3 hari mereka memaki hamun nabi soleh dan meminta agar azab itu disegerakan.
- sehari sebelum hari dijanjikan , kaum tsamud merancang untuk membunuh nabi soleh dengan harapan azab tidak akan menimpa mereka kerana nabi soleh sudah dibunuh namun Allah menyelamatkan nabi soleh.
- keesokan harinya, maka benarlah janji Allah, turunlah azab yang amat dahsyat, suara petir yang amat dahsyat. gemuruh petir yang amat dahsyat itu menyebabkan suara mengguntur dan menghancurkan rumah dan bangunang bangunan tempat tinggal mereka , menghancurkan bukit bukit yang mereka jadikan sebagai benteng , harta mereka porak peranda disambar petir dan tiupan angin. hanya nabi soleh dan pengikutnya diselamatkan dari azab tersebut.
- kehancuran kaum tsamud dengan azab sambaran petir yang menyebabkan suara menggeletar dan merosakkan panca indera. menimbulkan goncangan yang hebat seperti gempa bumi.
6- KISAH NABI IBRAHIM - RASUL KE-6
- Nabi ibrahim hidup pada zaman raja namrud yang memerintah di negeri babilon , raja yang kejam namrud memerintahkan dibuat gambar gambar pada batu dan memaksa rakyatnya menyembah gambar tersebut.
- diriwayatkan namrud bermimpi dalam mimpinya ada seorang anak kecil melompat masuk ke dalam biliknya dan merampas mahkota di kepalanya dan memecahkannya lalu dia memerintahkan ahli sihir nya untuk mentafsir mimpi tersebut dan mereka berkata akan lahir seorang anak yang akan menjatuhkan kerajaannya , maka namrud memerintahkan agar dibunuh kesemua bayi yang lahir.
- pada saat kecemasan itu, ibu nabi ibrahim melahirkan baginda dan menyembunyikan baginda di dalam gua , nabi ibrahim dibesarkan oleh ibunya di dalam gua tersebut selama hampir 13 tahun lamanya ,setelah agak besar ketika ibu nya pergi ke bandar mencari makanan mereka, ibrahim keluar melihat alam di luar gua. ibrahim hairan melihat alam yang terbentang luas , ibrahim memikirkan alam sekelilingnya matahari bulan bintang adakah ia yang menciptakan alam ini . namun ibrahim melihat makhluk tersebut bulan matahari dan bintang setelah terbit kesemuanya akan tenggelam , maka ibrahim yakin bahawa mereka bukan tuhan . dan ibrahim memutuskan Tuhannya ialah Tuhan yang menciptakan sekalian alam ini.
- setelah berita pembunuhan bayi sudah berkurangan dan tidak lagi diambil berat oleh namrud, dan ibrahim telahpun dewasa , ibahim keluar dari gua tempat persembunyiannya selama ini untuk berkumpul bersama masyarakat dan kaumnya yang telah melakukan pelbagai kerosakan dan dalam kesesatan menyembah berhala.
- bapanya sendiri (azar) membuat patung sembahan tersebut dan menjualnya , lalu ibrahim berdoa pada Tuhan kerana melihat kesesatan kaumnya dan Allah melantik ibrahim sebagai nabi dan rasul . setelah beberapa lama, timbul persoalan dalam pemikiran nabi ibrahim tentang bagaimana Allah menghidupkan kembali manusia yang telah mati di alam akhirat , lalu diperkenankan Allah , Allah memerintahkan baginnda untuk mengambil 4 ekor burung , lalu memerintahkan agar dipotong kesemua 4 ekor burung tersebut , dipisahkan tiap tiap anggota badannya , supaya nabi ibrahim dapat melihat sendiri bagaimana Allah menghidupkan kembali burung tersebut. potongan kecil dari keempat burung itu dipotong halus dan dihancurkan hingga halus , lalu dicerai beraikan . kemudian bahagian burung yang telah hancur itu dibahagikan menjadi 4 longgok , setiap longgok diletakkan di puncak 4 bukit yang berjauhan . kemudian , nabi ibrahim diperintahkan untuk memanggil burung burung yang telah hancur lumat itu . sejurus nabi ibrahim memanggilnya , setiap longgokan sisa burung yang hancur itu terbang kembali , lengkap dengan anggota badannya semula. dan kesemua burung itu terbang menuju kepada nabi ibrahim agar baginda dapat melihat dengan matanya sendiri , bagaimana Allah menghidupkan kembali sesuatu yang sudah mati dan hancur bahkan sudah terpisah dari badannya. demikian Allah mewahyukan pada nabi ibrahim demikian lah caranya Allah akan membangkitkan dan menghidupkan manusia yang telah mati pada hari akhirat nanti. maka bertambah kuatlah keimanan nabi ibrahim .
- nabi ibrahim berdakwah pada ayahnya azar yang menjadi pembuat patung berhala dan menyembahkan dengan dakwah yang lemah lembut dan secara halus namun ayahnya enggan menerima dakwahnya.
- nabi ibrahim memutuskan untuk menghancurkan patung patung berhala yang disembah kaumnya , maka ketika kesemua penduduk kampungnya itu keluar pada hari perayaan kaumnya, lalu baginda menghancurkan kesemua patung tersebut sambil bertanya padanya kenapa patung tersebut tidak makan atau minum hidangan lazat yang diletakkan oleh penduduk kampung tersebut. baginda menghancurkan kesemua patung patung berhala kecuali ditinggalkan 1 patung yang paling besar dan disangkutkan kapak pada leher patung tersebut , lalu kaumnya balik dari berburu dan merasa terkejut melihat kesemua patung berhala mereka hancur berkecai dan mereka menuduh nabi ibrahim kerana baginda seorang yang tidak mengikuti mereka.
- namrud memerintahkan agar nabi ibrahim ditangkap , lalu baginda dibicarakan di mahkamah namrud , namrud bertanya adakah baginda yang menghancurkan berhala tersebut namun dinafikan oleh baginda lalu baginda mengatakan patung berhala yang besar itu yang melakukannya kerana ada kapak pada patung besar tersebut lalu namrud berteriak mengatakan mana mungkin patung besar itu dapat bercakap. lalu nabi ibrahim berkata pada namrud dan kaumnya bahawa mereka lah yang bodoh kerana menyembah patung batu yang tidak berdaya dan tidak dapat berkata kata dan tidak dapat menyelamatkan diri mereka dari dihancurkan.
- namrud dan pengikutnya tidak dapat membalas hujah nabi ibrahim lalu memerintahkan agar dibakar nabi ibrahim. lalu diperintahkan dikumpul kayu kayu api untuk membakar baginda disaksikan penduduk kaum tersebut namun dengan izin Allah api tersebut tidak membakar nabi ibrahim. Allah memerintahkan agar api tersebut tidak terasa panas dan bahkan memberi kesegaran dan kesihatan pada baginda bahkan tidak meninggalkan parut sedikitpun . itulah mukjizat yang diterima oleh nabi ibrahim . maka nabi ibrahim selamat bahkan bertambah kesegaran baginda. peristiwa itu sebenarnya menambahkan bilangan pengikut nabi ibrahim namun mereka terpaksa akur kerana kekejaman namrud.
- maka namrud bertambah marah dan berdialog dengan nabi ibrahim lalu bertanya siapakah tuhan yang disembah oleh nabi ibrahim bahkan namrud mengaku dirinya tuhan kerana dapat melakukan kezaliman. lalu nabi ibrahim berkata Allah Tuhan sekalian alam yang menghidup dan mematikan . namrud lalu membunuh seorang hamba dan membiarkan seorang lagi hidup dan mengatakan dia juga boleh melakukan perkara yang sama. nabi ibrahim mengatakan ia perbuatan yang keji dan kejam biadab.
- lalu nabi ibrahim berhujah lagi, Tuhannya dapat menerbitkan matahari dari timur ke barat dan mencabar namrud untuk menerbitkan matahari dari barat lalu menaikkan kemarahan namrud yang tidak dapat berhujah.
- nabi ibrahim telah menikahi anak bapa saudaranya yakni sarah , di negeri kelahirannya itu penduduknya tidak mahu menerimah dakwahnya itu kecuali Luth dan beberapa orang sahaja. maka diiringi beberapa orang beriman , nabi ibrahim berhijrah ke syam(palestin) dan mereka tinggal di sana selama beberapa tempoh , kemudian palestin ditimpa bencana kelaparan dan menular pelbagai penyakit . maka kemudian baginda ,isteri dan pengikutnya yang beriman berhijrah ke mesir.
- tiba di mesir, Raja terpikat dengan sarah lalu dia bertanya pada nabi ibrahim apakah hubungannya dengan sarah lalu baginda mengatakan dia adalah saudara sarah kerana jika baginda mengatakan suami , maka akan terjadi bencana pada mereka. dan raja itu membenarkan ibrahim dan sarah tinggal bersama dalam istana raja. suatu hari raja bermimpi bahawa sarah sudah bersuami dengan ibrahim lalu raja tersebut membebaskan sarah kepada ibrahim . nabi ibrahim dan sarah hidup dengan keadaan yang nikmat lalu menimbulkan iri hati dan hasad pada orang tempatan yang hendak memudaratkan mereka. lalu nabi ibrahim dan sarah meninggalkan mesir dan kembali kepada palestin dan baginda tinggal di sana sekalian lamanya.
- nabi ibrahim meninggalkan babilon dan pergi ke palestin dan mesir , amaliqa yang berkuasa di wilayah itu menyambutnya dengan mesra dan memberikan hadiah kepada baginda , salah satu nya hamba perempuan yakni hajar. sarah mengsyorkan agar nabi ibrahim berkahwin dengan hajar kerana mereka belum mendapat zuriat. dan berlaku peristiwa Allah memerintahkan nabi ibrahim membawa hajar dan anaknya yang kecil ismail ke mekah yakni tanah tandus ketika itu yang tidak ada penghuni dan kisah ulang alik sawa ke marwah hajar mencari air untuk anaknya yang kehausan . doa nabi ibrahim dimakbul dan keluar air jernih dari tapak kaki ismail yakni air zamzam, kemudian kaum jarham tinggal jauh dari lembah itu datang ke lembah itu dan meminta untuk tinggal bersama mereka di kawasan tersebut. dan ismail membesar dengan eloknya dan berkahwin dengan wanita dari suku jarham.
- dalam riwayat lain , kisah ketika raja mesir yang hatinya tertarik kepada sarah lalu tenteranya membawa sarah padanya di dalam istana , dan saat dia cuba menghampirinya dan menghulurkan tangannya , tangan dan kakinya menjadi lumpuh dan dia menyuruh sarah agar berdoa pada Allah untuk menyembuhkannya dan Allah menyembuhkannya selepas dia bertaubat , kemudian keinginannya pada sarah kembali dan berulang kali ke-3 dan akhirnya sarah diserahkan kembali pada nabi ibrahim dan diberikan sarah sebagai hadiah kepada nabi ibrahim.
- sebelum kaum luth dibinasakan oleh Allah, Allah menghantar malaikat dengan rupa anak muda untuk bertemu dengan nabi ibrahim , nabi ibrahim terkenal dengan kemuliaan dan hormat pada tetamu , dan rasa sempit hatinya bila 15 hari tidak menerima tetamu , maka gembiralah hatinya apa bila menerima kunjungan malaikat tersebut pada rupa anak muda. lalu baginda menyajikan pada mereka anak lembu yang dibakar hingga warna kemerahan untuk dijamu pada tetamunya. namun para tetamu itu tidak menyentuh daging bakar tersebut dan ini menimbulkan ketakutan pada hati nabi ibrahim lalu tetamu itu menyatakan bahawa mereka ialah malaikat yang diutuskan Allah untuk mengazab kaum sodom dan amurah. malaikat itu juga menyampaikan berita bahawa isteri nabi ibrahim , sarah akan melahirkan anak ishak yang akan kemudian menyambung generasinya dengan nabi yaakub kerana sarah sudah tua ketika itu nenek tua dan nabi ibrahim ketika itu adalah datuk yang tua , maka malaikat menyatakan itu semua adalah kekuasaan dan nikmat dari Allah. kisah ini dinyatakan dalam ( surah huud : 69 - 76 )
7 - KISAH NABI ISMAIL - RASUL KE-7
- ismail putra ibrahim khalilullah dan ibunya hajar , rasulullah dari keturunan nabi ismail.
- nabi ismail kepada suku kaum arab, dan ada riwayat mengatakan nabi ismail diutus pada penduduk yaman. nabi ismail dibesarkan di samping kaabah di makkah. baginda menikahi wanita dari kaum Jurhum. nabi ismail lahir ketika usia nabi ibrahim ketika itu 87 tahun. ismail lah putera yang diarahkan oleh Allah agar disembelih oleh nabi ibrahim untuk menguji kemuncak ketaatan baginda dan digantikan dengan kibas pada peristiwa tersebut. ismail tinggal bersama nabi ibrahim sehingga wafatnya nabi ibrahim. pada hari wafat nabi ibrahim , nabi ismail ada di sisinya dan baginda menguburkannya.
- nabi ismail mempunyai 12 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. dari keturunan nabi ismail lah lahir keturunan arab dan keturunan Rasulullah .
- setelah lahirnya nabi ismail , hajar merasa bangga sehingga menimbulkan kesedihan dan rasa cemburu pada sarah , maka sarah meminta agar dijauhkan mereka berdua dari pandangannya , kerana dia tidak dapat hidup denga hajar. dan Allah mewahyukan nabi ibrahim membawa hajar dan ismail yang masih menyusu ke tempat kosong dan sunyi yang bakal dibina masjidil haram. dan berlaku kisah hajar mencari air dan kisah air zam zam dari bawah tapak kaki ismail .
- dan kemudian berlaku kisah nabi ibrahim diperintahkan oleh Allah melalui wahyu dalam mimpi untuk menyembelih nabi ismail yang kemudiannya ditebus dengan haiwan sembelihan yang besar setelah jelas ketaatan nabi ibrahim pada perintah Allah tersebut yang telah membalikkan ismail untuk disembelih di belakang lehernya agar tidak ismail tidak melihat penyembelihan itu. dan nabi ibrahim menekan pisau itu pada leher anaknya namun pisau itu tidak memotongnya dan datanglah wahyu dari Allah agar dihentikan usahanya kerana telah mencapai maksud ketaatan dan kesegeraan yang diperintahkan oleh Allah kepada nabi ibrahim .
- peristiwa nabi ibrahim datang menziarahi nabi ismail di makkah , tetapi tidak bertemu kerana nabi ismail keluar berburu dan disapa oleh isteri nabi ismail dan nabi ibrahim bertegur sapa dengan isteri nabi ismail dan isterinya itu banyak mengeluh dengan kesempitan hidup , tidak redha dengan suaminya dan kejemuan untuk hidup dengan nabi ismail , maka nabi ibrahim berpesan pada isteri itu untuk memberitahu pesan pada nabi ismail agar menukar ambang pintunya dan sekembalinya nabi ismail selepas nabi ibrahim beredar dari situ , maka nabi ismail merasa keamanan dan bertanya pada isterinya, lalu isterinya menyampaikan pesanan nabi ibrahim pada nya lalu fahamlah maksud ayahnya itu , lalu diceraikan isterinya itu.
- setelah beberapa lama, nabi ibrahim kembali lagi kali ini nabi ismail juga keluar mencari nafkah keluarganya, lalu baginda bertegur sapa dengan isteri baru nabi ismail dan isteri itu menjamu makan pada nabi ibrahim dan menghormati tetamunya , dan mengatakan rumah tangga dia dan nabi ismail dalam keadaan baik dan lapang dan nabi ibrahim berpesan padanya agar memberitahu nabi ismail untuk meneguhkan ambang pintunya.sekembali nabi ismail , isterinya menceritakan tentang nabi ibrahim dan pesananannya, dan fahamlah nabi ismail pesanan ayahnya untuk tetap bersama isterinya.
- maka datanglah perintah Allah agar nabi ibrahim membina kaabah lalu baginda pergi mencari nabi ibrahim yang sudah lama tidak terpisah dengannya . ketika nabi ismail sedang meruncing panah di sumur zam zam , nabi ibrahim menemuinya dan mereka berpelukan selepas lama terpisah. kemudian nabi ibrahim dan nabi ismail bersama sama membina kaabah dan ketika bangunan itu telah tinggi dan baginda sudah lemah untuk mengangkat batu , berdirilah baginda di atas sebuah batu yang kemudian dinamakan makam ibrahim. maka terbinalah kaabah di makkah.
8 - KISAH NABI LUTH - RASUL KE-8
- nama baginda Luth bin haran bin tarah . menurut riwayat, nabi ibrahim adalah bapa saudara nabi Luth. kerana ibrahim , haran dan nahur adalah bersaudara, kesemuanya putera azar. Luth beriman kepada bapa saudaranya nabi ibrahim
- nabi ibrahim berhijrah dari kota haran di utara mesopotamia menuju palestin ditemani isterinya dan orang beriman , antaranya ialah luth anak saudaranya. setelah tersebar bencana kelaparan di palestin, berangkatlah nabi ibrahim bersama luth ke mesir , setelah wabak kelaparan redha, mereka kembali ke palestin membawa binatang ternakan yang dikurniakan oleh raja mesir. oleh kerana padang rumput tempat mengembala telah sempit, tidak cukup untuk ternakan mereka yang banyak itu, dan menimbulkan perkelahian antara pengikut nabi ibrahim dan nabi luth. maka nabi ibrahim membahagi kawasan dengan nabi luth untuk mengelakkan perkelahian. luth memilih daerah di Jordan iaitu kota sodom dan amurah.
- penduduk kota sodom terdiri dari golongan derhaka dan kufur , sering merompak di jalanan , melakukan kemungkaran . dan mereka mencipta kekejian iaitu liwat yang belum pernah berlaku pada manusia sebelum mereka.
- nabi Luth berdakwah pada kaumnya agar meninggalkan kemungkaran dan perbuatan keji mereka termasuk dosa besar liwat tersebut namun mereka ingkar dan mengancam untuk mengusir nabi Luth jika berterusan menghalang mereka. bahkan mereka mencabar nabi Luth agar disegerakan turun azab ke atas mereka.
- seperti dalam kisah nabi ibrahim , para malaikat mengunjungi nabi ibrahim sebagai tetamu untuk mengazab kaum nabi Luth. lalu para malaikat itu mengunjungi nabi luth sebagai tetamu dan timbullah rasa bimbang pada hati nabi luth kerana mereka datang dalam paras rupa lelaki yang elok yang dikhuatiri akan diganggu oleh kaumnya. lalu kaum luth itu mengetahui kehadiran tetamu nabi Luth itu dan datang untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut. bahkan nabi luth menawarkan agar mereka berkahwin dengan anak anak perempuan nabi luth untuk menghormati tetamu nya itu dari diganggu namun puak terkutuk menolaknya dan tetap dengan keinginan songsang mereka tersebut.
- maka para malaikat yang menjadi tetamu itu membutakan mata mereka setelah hampir sahaja mereka mendapat keinginan yang mereka inginkan itu. maka bercerai berailah kekuatan mereka , lalu kembali ke tempat mereka dalam keadaan yang hina. lalu malaikat memberitahu pada nabi luth akan kebenaran mereka adalah malaikat yang akan membinasakan kaum luth yang derhaka tersebut dan kaum luth dan orang beriman akan diselamatkan. lalu diperintahkan nabi luth dan orang beriman keluar dari negeri mereka pada waktu malam , dan isteri nabi luth termasuk orang akan diazab kerana telah melakukan perkhianatan pada nabi luth .
- dan waktu kehancuran penduduk mungkar itu pada waktu subuh , maka diterbalikkan negeri tersebut, yang diatas diterbalikkan ke bawah , sambil mereka dihujani dengan batu batu dari tanah yang keras membakar , berjatuhan ke atas mereka sebagai azab atas mereka.
- sebahagian ulama' berpendapat pelaku liwat ini dihukum dengan rejam sama ada beristeri atau tidak, imam syafei dan imam hambali memberi dalil hadis riwayat ibnu abbas, Rasulullah bersabda, "barangsiapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Luth , maka bunuhlah orang berbuat dan orang yang diperbuatnya." , imam abu hanifah berpendapat pelaku liwat dilempar dari gunung tinggi kemudian dihujani batu ke atasnya .
9 - KISAH NABI ISHAQ - RASUL KE-9
- ishak ialah putera ke-2 nabi ibrahim dengan isterinya sarah , dari anak keturunannya lahir para nabi dari bani israel.
- dalam bahasa ibrani yashak bererti yadhhak kerana ibunya tertawa sendirian ketika malaikat menyampaikan berita gembira dirinya akan hamil ketika itu sudah berusia 90 tahun dan nabi ibrahim sekitar 100 tahun.
- alQuran tidak menceritakan kisah khusus berkenaan nabi ishak.menurut riwayat , saat nabi ibrahim sudah hampir dengan ajal , baginda mengahwinkan ishak dengan wanita di kota hanan , iraq dari kaum keluarganya bernama Rifqah yakni cucu saudara kandung nabi ibrahim lalu dikahwinkan dengan ishak.
- 10 tahun perkahwinan mereka, nabi ishak dikurniakan 2 orang putera pertama iso dalam bahasa arab disebut al ish dan kedua bernama yaakub. yaakub apabila dewasa pergi ke haron di iraq menemui bapa saudaranya dan kemudian dikahwinkan dengan puterinya lai'ah dan rahil . dan nabi yaakub juga dihadiahkan sebagai isteri oleh hamba yang dihadiahkan kepada isterinya rahil dan lai'ah dan baginda memiliki 12 orang anak kesemuanya dari 4 isterinya. dari rahil anaknya ialah yusuf dan bunyamin.
- ishaq hidup selama 180 tahun dan wafat di kampung al mughirah , tempat bapanya nabi ibrahim dimakamkan.
10 - KISAH NABI YAAKUB - RASUL KE-10
- yaakub bin ishak bin ibrahim dan ibunya rifqah binti batu'il bin nahur, nahur ialah saudara nabi ibrahim
- menurut riwayat,nabi yaakub lahir di kana'an di palestin dipelihara bapanya nabi ishaq. ibunya rifqah menyuruhnya pergi ke babilona , iraq untuk tinggal bersama bapa saudaranya laban di sana kerana khuatir yaakub akan dianiayai oleh Ishq , adik beradik lain ibu yang telah mengugut nabi yaakub.
- dalam perjalanan ke sana, nabi yaakub tiba di suatu tempat dan tertidur dan dalam mimpinya melihat malaikat naik ke langit dan turun. dan melihat Allah berbicara dengannya di dalam mimpi tersebut bahawa yaakub akan diberkati dan diperbanyak keturunannya .bangun dari tidur, yaakub merasa senang hati lalu bernazar untuk membina tempat ibadat di situ , baginda mengambil sebuah batu yang dicelupkan dengan minyak untuk menanda tempat tersebut yang akan baginda bina baitulmaqdis kelak
- di iraq , nabi yaakub setelah bekerja dengan bapa saudaranya selama hampir 14 tahun, lalu dikahwinkan dengan kedua puteri bapa saudaranya iaitu rahil yang cantik dan lai'ah , kemudian bapa saudaranya memberi setiap puterinya seorang hamba perempuan yang kemudian mereka menyuruh yaakub mengahwini mereka, jadi nabi yaakub ada 4 isteri dan 12 anak kesemuanya yang disebut al asbath.
- dari lai'ah lahir 6 putera, yang ke-3 ialah lewi yang turun darinya nabi musa , rahil melahirkan yusuf dan bunyamin . , dan kesemua mereka 12 orang itu ialah dalam mimpi nabi yusuf yang melihat 11 bintang , matahari dan bulan yang sujud padanya.
- kerana terlalu lama terpisah dengan anak kesayangannya yusuf , mata yaakub menjadi kabur kerana meratapi pemergiannya yang dianiaya dan dizalimi saudaranya . lalu Allah mengembali penglihatan baginda setelah berjumpa dengan yusuf, dalam firman Allah, tatkala tiba pembawa berita gembira itu , maka diletakkan baju gamis milik yusuf ke wajah yaakub , lalu baginda dapat melihat kembali.
- menurut riwayat, 17 tahun selepas pertemuan kembali dengan anaknya yusuf, baginda wafat pada usia 147 tahun dan dimakam disamping kubur ayahnya nabi ishaq.
