Sunday, 14 April 2024

KITAB IMAM AL QURTUBI : INDAHNYA SYURGA - DAHSYATNYA NERAKA

 


KITAB IMAM AL QURTUBI : INDAHNYA SYURGA - DAHSYATNYA NERAKA

MULA PENULISAN : 15 APRIL 2024 
LENGKAP PENULISAN : 19 SEPTEMBER 2024


1- INDAHNYA SYURGA

- Kebanyakannya dijelaskan dalam surah al Waqiah, ar Rahman, al Ghashiyah dan ar Rahman.

-  - rasa takut pada Allah , kasih sesama insan. - SIFAT AHLI SYURGA DI DUNIA

- Rasulullah bersabda, "2 syurga itu maksudnya adalah 2 kebun di syurga yang panjang, setiap syurga itu sejauh perjalanan 100 tahun , di tengahnya terdapat rumah daripada cahaya di atas cahaya, tidak ada sesuatu pun di dalamnya melainkan diliputi oleh nikmat dan keindahan , akarnya kuat mencengkam dan batangnya kuat berdiri tegak dengan kuat." - KEBUN SYURGA 100 TAHUN PERJALANAN 
( H.R Abu hurairah dari ibnu abbas )

- ad dhahak berkata, "2 syurga pertama diperbuat dari emas dan perak , manakala 2 syurga lagi diperbuat dari permata Yaqut  dan permata Zamrud." - BAHAN BINAAN SYURGA

- ada berpendapat rafraf ialah haiwan yang seperti burung yang mengepak ngepak sayapnya ketika datang pemiliknya, seperti diriwayatkan pada malam isra' mikraj, Rasulullah ketika sampai di Sidratul muntaha, datang rafraf sejenis burung menghampiri baginda dan terbang bersama menuju ke arasy.  baginda bersabda, rafraf itu telah terbang turun naik membawaku sehingga aku berada di hadapan Allah , rafraf dapat terbang dengan secepat kilat seperti buraq." - RAFRAF BINATANG SEPANTAS BURAQ

- Rasulullah bersabda bahawa Allah berfirman, "sesungguhnya telah aku sediakan di syurga kelak bagi para hambaKu yang soleh akan kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata, yang tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terdetik dalam fikiran manusia sebagai perbendaharaan selain dari apa yang Aku perlihatkan padamu." - SIFAT NIKMAT SYURGA

- kemudian Rasulullah membaca firman Allah, "maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu  ( bermacam macam nikmat )yang menyenangkan hati mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan." ( surah as sajdah : 17 )
( H.R Muslim dari Abu Hurairah ) - PELBAGAI NIKMAT DIRAHSIAKAN 

- suatu hari Rasulullah berkata pada para sahabat, "mengapa kamu semua tidak bersiap sedia untuk masuk syurga , padahal kenikmatan itu tidak dapat dibayangkan. demi Allah, syurga itu adalah cahaya yang menyala nyala dan berbau harum , mempunyai istana yang kukuh , sungai yang luas , buah buahan yang banyak lagi ranum , pasangan suami isteri yang gagah dan cantik , serta pakaian yang elok lagi indah. "  - INDAH SYURGA
( H.R Ibnu Majah dari usamah bin zaid )

- Rasulullah menjawab pertanyaan Abu Hurairah, "bangunan di syurga berbatu bata dari emas dan perak , berlantaikan minyak kasturi , berkerikil intan dan permata. sesiapa yang masuk ke dalamnya maka mendapat nikmat yang tidak akan lenyap , kekal didalamnya , tidak mati mati , pakaiannya tidak akan lusuh, dan tetap muda selamanya. " - ISTANA SYURGA
( H.R at Tirmizi dari Abu Hurairah )

- Rasulullah berkata pada bin Shayyad, "tanah di syurga berupa permaidani berwarna putih dan berkilat dan berbau harum."  - TANAH SYURGA
( H.R  Muslim dari abu said al khudri )

- Rasulullah bersabda, "pagar syurga itu diperbuat dari batu perak dan emas , tangganya dari intan dan permata."
( H.R Ibnu Mubarrak dari abu hurairah ) 


SUNGAI DAN GUNUNG DI SYURGA

- Rasulullah bersabda, "sungai di syurga itu hulunya dari bawah bukit minyak kasturi ."
(H.R al Aqili dari abu hurairah )

- Rasulullah bersabda, "sesungguhnya di syurga itu akan ada lautan air, lautan susu, lautan madu, dan lautan khamar. setelah itu akan terbelah sungai." - 4 JENIS AIR LAUTAN SYURGA
(H.R Tirmizi dari hakim bin muawiyah )

- ketika Rasulullah dimikraj ke langit, ketika berada di langit dunia, baginda melihat genangan 2 buah sungai , jibril berkata pada Rasulullah, , itu adalah sumber air sungai euphrates dan sungai nil. kemudian, setelah sampai di langit, Rasulullah melihat sebuah lagi sungai yang mengandungi intan dan permata, Baginda cuba memegangnya dan ternyata muncul bau yang amat wangi dari sungai itu. Rasulullah bertanya dan Jibril menjawab, "itu adalah al kauthar yang disembunyikan oleh Allah untuk kamu." - CIRI SUNGAI KAUTSAR 
( H.R Bukhari dari Anas bin Malik )

- Rasulullah bersabda, " Allah menurunkan 5 buah sungai ke bumi , iaitu Sungai Saihun di India, sungai Jihan di Balakh, sungai dajlah dan euphrates di iraq serta sungai nil di mesir, semua sungai ini diturunkan oleh Allah dari salah satu mata air di syurga dan darjatnya paling rendah melalui sayap malaikat jibril , setelah diamanahkan kepada gunung ganang untuk menjaganya, beberapa sungai itu dialirkan di bumi, Namun sungai yang 5 itu bersama sama dengan Al Quran dan ilmu akan diangkat oleh Allah melalui malaikat Jibril ketika munculnya yakjuj dan makjuj, jika semua ini telah diangkat oleh Allah ke langit , maka hilanglah kebaikan dunia dan agama di permukaan bumi.
( H.R Ibnu Abbas ) - 5 SUNGAI AKAN HILANG KETIKA YAKJUJ MAKJUJ


POHON DAN BUAH BUAHAN DI SYURGA

- Rasulullah bersabda, "sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah pohon yang naungannya dapat dilalui oleh orang yang memecut dengan kenderaannya tanpa henti selama 100 tahun, itulah ia pohon Khuldi."
( H.R Ibnu Mubarak dari abu hurairah ) - POHON 100 TAHUN PERJALANAN

- Rasulullah bersabda, "di bawah pohon itu terdapat hamparan daripada emas."
( H.R at Tirmizi daripada asma binti abu bakar )

- anas bin malik berkata, "tidak ada satu pun buah buahan dunia yang menyerupai buah buahan di syurga kecuali pisang."

- abu zar menghadiahkan semangkuk buah tin pada Rasulullah, baginda berkata pada sahabat , "makanlah buah ini , sesungguhnya buah ini yang ada terdapat di dalam al Quran adalah buah tin ini, buah itu adalah buah buahan syurga yang tidak berbiji, makanlah buah itu kerana dapat menyembuhkan penyakit buasir dan penyakit tulang."
( H.R at Thalabi ) - BUAH TIN BUAH SYURGA - RAWATAN BUASIR 

- Rasulullah bersabda pada Ali, "wahai Ali, makanlah buah tembikai (atau labu ) dan utamakanlah ia kerana airnya, rasa manisnya dari syurga , setiap hamba yang memakan sepotong daripadanya , maka Allah memasukkan padanya 70 ubat dan akan menyembuhkan 70 penyakit. Allah juga akan menulis padanya 10 kebaikan bagi setiap potongan, dan menghapuskan 10 dosa serta diangkat darjatnya 10 darjat. "



- PAKAIAN SYURGA

- "mereka itulah yang memperolehi syurga Adn, yang mengalir sungai sungai di bawahnya , dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal , sedang mereka duduk bersandar sandar di atas singgahsana yang indah , itulah pahala yang sebaiknya dan tempat istirehat yang indah ."
(surah al kahfi 18: 31) - PAKAIAN HIJAU SUTERA SYURGA 



- POHON SYURGA TERBELAH SEHINGGA KELUAR DARINYA SEGALA KEPERLUAN

- abu hurairah berkata, "di dalam syurga terdapat pohon bernama "thuba"yang Allah berkata pada penduduk syurga,"terbelahlah kamu demi hambaKu mengikut sesuka hatinya., lalu terbelahlah ia dengan mengeluarkan kuda dengan pelana dan kendalinya serta keperluan menunggannya , maka bentuknya sesuai dengan hamba tersebut , lalu terbelahlah pula ia dengan mengeluarkan unta tunggangannya lengkap dengan pelana dan kendalinya, malah bentuknya mengikut kehendak hambaNya , keluar juga dari pohon itu tunggangan pilihan dan pakaian." - POHON THUBA 
( H.R Ibnu Mubarak )

- Rasulullah bersabda , "tidak ada pohon di syurga itu , melainkan batang nya diperbuat daripada emas."
( H.R Tirmizi dari Abu Hurairah ) - SEMUA BATANG POHON SYURGA DARI EMAS

- ibnu abbas berkata, "pohon kurma di dalam syurga buahnya ialah permata zamrud yang hijau, daunnya daripada emas merah, buahnya yang telah masak berwarna amat putih lebih putih dari susu, rasanya amat manis lebih manis daripada madu, dan pelepahnya dijadikan pakaian oleh penduduk syurga, dari pohon itulah pakaian dan perhiasan mereka di sana."
( H.R ibnu al mubarak )

- dari ibnu abbas, Rasulullah bersabda, "di syurga terdapat sebuah pintu bernama al Farah, ia hanya dimasuki oleh mereka yang suka memberikan kegembiraan kepada budak kecil."
( kitab al Firdaus ) - PINTU SYURGA - AL FARAH 


- PINTU AR RAYYAN BAGI ORANG YANG KUAT BERPUASA

-  Suatu ketika Rasulullah bertanya, "siapakah di kalangan kamu semua yang berpuasa pada hari ini ? " abu bakar menjawab ya saya. Baginda bertanya lagi, "Siapakah di kalangan kamu yang menghantarkan jenazah pada hari ini ?" Abu bakar menjawab, "saya , Rasulullah." , Baginda bertanya lagi, "siapakah di kalangan kamu yang memberi makan pada orang miskin pada hari ini ?" begitu juga abu bakar menjawab , :ya saya Rasulullah." Baginda bersabda, "tidak berkumpul ketika amalan tersebut pada diri seseorang, melainkan dia akan masuk syurga."
( H.R Muslim dari Abu Hurairah ) - PUASA, HANTAR JENAZAH, BERI MAKAN - AMALAN KE SYURGA




- Rasulullah bersabda, "di pintu syurga tertulis, pahala bersedekah itu dilipatgandakan menjadi 10 kali ganda , sedangkan pahala memberi pinjaman akan dilipatganda kan menjadi 18 kali ganda." ini kerana orang yang meminjam tidak akan datang kepadamu melainkan dia amat memerlukannya , sedangkan sedekah itu kadangkala diberikan kepada orang kaya."
( H.R Abu Daud ) - FADILAT MEMBERI PINJAMAN



- Rasulullah bersabda, "syurga mempunyai 100 lapisan yang jarak setiap lapisan  itu sejauh langit dan bumi , dan yang paling tinggi adalah syurga firdaus. Arasy Allah juga terletak di syurga firdaus yang mana sungai mengalir dari syurga itu , oleh itu apabila kamu meminta pada Allah , mintalah syurga Firdaus padaNya, ". - SYURGA BERLAPIS LAPIS
( H.R Tirmizi dari muaz bin jabal )

- seorang lelaki datang menemui Rasulullah dan bertanya, "berapa tingkatkah syurga itu ?" Rasulullah menjawab, "syurga itu mempunyai 100 lapisan yang jarak setiap lapisan itu sejauh langit dan bumi , syurga tingkat pertama memiliki rumah, pintu , tangga , pagar dan kunci dari perak, syurga dari tingkat ke-2 pula dari emas, syurga tingkat ke-3 daripada permata yaqut dan mutiara, sedangkan syurga yang 97 lagi tiada siapa yang mengetahui apa yang ada di dalamnya melainkan Allah."
( H.R Ibnu Wahab ) 

- Rasulullah bersabda, "kelak akan dikatakan pada pembaca alQuran, ' bacalah al Quran itu dengan elok kerana kedudukan kamu bergantung pada ayat terakhir yang kamu baca ( semakin banyak ayat yang dibaca , akan semakin tinggi tahap syurga yang diperolehi.") 
( H.R Ibnu Majah dari Abu said al khudri )

- Rasulullah bersabda, "bilangan tahap syurga itu adalah sebanyak ayat al Quran, setiap ayat memiliki 1 tahap , sedangkan ayat al Quran berjumlah 6216 , jarak setiap tahap itu adalah sejauh langit dan bumi , syurga yang paling tinggi tahapnya adalah syurga illiyyin, yang memiliki 1000 sudut dan diperbuat daripada permata Yaqut yang cahayanya menerangi perjalanan siang dan malam."
( H.R Abu Hafash dari ibnu abbas )

- para ulama' berkata, "orang yang boleh dikatakan Qari dan ahli al Quran ialah orang yang mengetahui tentang yang halal dan haram , yang ada di dalam al Quran dan mengamalkannya."

****
- Rasulullah bersabda, "sesiapa mempelajari al Quran , tetapi tidak mengamalkan isinya, bahkan menukarnya dengan yang lain, maka AlQuran akan menjadi saksi baginya pada hari akhirat untuk masuk ke dalam neraka Jahanam , sesiapa mempelajarinya serta mengamalkan isinya, maka alQuran akan menjadi saksi baginya di akhirat untuk masuk ke dalam syurga."
( H.R Anas bin malik ) - ANCAMAN UTK TIDAK AMAL ISI QURAN


BILIK DI SYURGA

- "tetapi orang yang bertakwa kepada TuhanNya, mereka mendapat kamar kamar ( di syurga ) , di atasnya pula terdapat kamar kamar yang dibangunkan (bertingkat tingkat )yang mengalir di bawahnya sungai sungai .(itulah) janji Allah, Allah tidak akan memungkiri janji(Nya)."
Surah al Zumar 39:20 

- "mereka itu akan diberi balasan dengan tempat tinggi ( didalam syurga ) atas kesabaran mereka dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan doa kesejahteraan."
( surah al Furqan 25 :75 )

- Rasulullah bersabda ,"sesungguhnya penduduk syurga akan melihat penghuni bilik yang terletak di atas mereka bagaikan mereka melihat bintang bintang yang berkelip kelip di ufuk timur dan barat , disebabkan keutamaan penghuni bilik itu." , penghuni bilik itu adalah orang yang beriman pada Allah dan membenarkan rasulNya ." - JARAK ANTARA TAHAP SYURGA
( H.R Muslim dari sahal bin sa'ad )

- Rasulullah bersabda, "sesungguhnya apabila penghuni syurga illiyyin (syurga tertinggi )itu memandang ke syurga, maka syurga itu akan bercahaya akibat pantulan cahaya mukanya. penduduk syurga akan bertanya, "cahaya apakah itu?" dijawab itu adalah cahaya daripada wajah penghuni syurga illiyyyin yang sedang melihat kepada orang yang taat dan benar di syurga." 
( H.R ath Tha'labi dari ibnu ummar )

- dari jabir bin abdullah, Rasulullah bersabda , "di dalam syurga itu terdapat bilik yang diperbuat daripada permata yang dapat dilihat dengan jelas di bahagian luar dan dalamnya. di dalamnya terdapat pelbagai kenikmatan , pahala dan kemuliaan yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh pendengaran , " para sahabat bertanya, "untuk siapakah itu wahai Rasulullah ?"nabi menjawab, "untuk orang yang menyebarkan salam, banyak berpuasa, memberi makanan dan menunaikan solat malam." sahabat bertanya lagi siapa kah yang mampu melaksanakannya ? lalu Rasulullah menjawab, "umatku mampu melaksanakannya , sesiapa yang bertemu saudaranya sesama muslim lalu dia memberi salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyebarkan salam. sesiapa memberi makan pada isteri dan anak anaknya sehingga kenyang , maka sesungguhnya dia telah memberi makan,  sesiapa yang berpuasa penuh pada bulan Ramadan dan 3 hari pada setiap bulan, maka sesungguhnya dia telah terus berpuasa, sesiapa menunaikan solat isya berjemaah pada waktu malam , semasa orang yahudi majusi nasrani sedang tidur , maka sesungguhnya dia telah solat malam." - AMALAN JALAN KE SYURGA

- Rasulullah bersabda, "sesungguhnya di dalam syurga ada terdapat bilik yang tidak beratap di atasnya dan tidak pula mempunyai tiang di bawahnya, "lalu ada yang bertanya , "lalu bagaimana penduduknya hendak memasukinya ?"Rasulullah menjawab, "mereka akan memasukinya seperti burung." rasulullah menjawab, ianya untuk orang yang semasa di dunia dahulu sering sakit ,lapar dan mendapat musibah."
( H.R Anas bin malik ) - BILIK SYURGA

- Rasulullah bersabda, "akan ada sekumpulan orang yang bukan para nabi dan bukan para syuhada di akhirat , namun para nabi dan syuhada mahu  seperti mereka kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah, yang mereka berada di atas mimbar yang daripada cahaya, Rasulullah bersabda, "mereka adalah orang yang menyebabkan orang lain menjadi cinta kepada Allah , dengan cara menyuruh orang lain berbuat baik dan melarang mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, jika mereka melakukannya , bermakna mereka dicintai oleh Allah."
(H.R Anas bin malik ) - ANJUR MA'RUF CEGAH MUNGKAR TINGGI MARTABAT DLM SYURGA



ISTANA DAN BANGUNAN SYURGA

***** 5 STAR 
- Al hasan bertanya kepada imran  bin hushain dan abu hurairah  mengenai tafsiran ayat yang bermaksud , "Allah menjanjikan kepada orang mukmin , lelaki dan perempuan (akan mendapat) syurga syurga yang dibawahnya mengalir sungai sungai , mereka kekal di dalamnya dan mendapat tempat yang bagus dalam syurga Adn, dan keredaan Allah adalah lebih besar. itu adalah kejayaan yang besar."
(surah at taubah : 9:72 )
lalu keduanya menjawab , "kamu bertanya mengenai masalah yang kami ketahui. kami sudah bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara ini , lalu Rasulullah menjawab , " itu adalah sebuah istana yang diperbuat daripada mutiara  di syurga , pada istana tersebut terdapat 70 bangunan yang dibina daripada batu yakut merah dan setiap bangunan terdapat 70 rumah yang dibina daripada zabarjad hijau , sedangkan pada setiap rumah terdapat 70 tempat beradu, dan di atas setiap  tempat beradu terdapat sebuah tilam daripada segala jenis warna , pada setiap tilam tersebut terdapat seorang wanita daripada bidadari ( total 300 ribu bidadari dalam istana ) , pada setiap rumah tersebut terdapat 70 hidangan dan pada setiap hidangan tersebut terdapat 70 jenis makanan, pada setiap rumah tersebut 70 pembantu lelaki dan perempuan, Allah akan memberi kekuatan pada mukmin agar mampu menikmati semua nikmat dalam masa satu hari ."
( riwayat ini dalam kitab an nashihah ) - 300 RIBU BIDADARI UTK AHLI SYURGA

- ibnu wahab menyatakan , zaid daripada bapanya mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, "bagi setiap lelaki dalam satu istana mutiara tersebut akan terdapat 70 bilik yang pada setiap bilik tersebut mengandungi seorang bidadari wanita , pada setiap bilik tersebut , terdapat 70 pintu yang pada setiap pintu itu akan tersebar bau harum wangian syurga selain wangian yang berbeza dari setiap pintu." - 70 BIDADARI DALAM SEBUAH ISTANA 70 BILIK

- dari said bin al musaiyyib , Rasulullah bersabda, "sesiapa membaca surah al ikhlas sebanyak 10 kali , maka akan dibinakan untuknya sebuah istana di dalam syurga, sesiapa membaca 20 kali akan dibina 2 buah istana dalam  syurga dan sesiapa membaca 30 kali akan dibina 3 buah istana, umar lalu berkata, "kalau begitu istana kita amat banyak sekali dalam syurga." Rasulullah menjawab, "kurnia Allah lebih luas daripada yang demikian."
( H.R ad darimi abu muhammad ) - SETIAP 10 KALI SURAH AL IKHLAS, DIBINA 1 ISTANA SYURGA 

- dari abu musa al asy'ari bahawa, Rasulullah bersabda, "di syurga terdapat sebuah mutiara berongga yang lebarnya selebar 60 batu , setiap sudutnya didiami oleh orang mukmin dan mereka melihat mukmin yang lain berpusing mengelilingi mereka. "
( H.R Muslim ) - MUTIARA BERONGGA BILIK AHLI SYURGA

- riwayat lain berkaitan hadis ini , Rasulullah bersabda, "khemah mutiara panjangnya 60 batu yang melintang di langit , setiap sudutnya diisi oleh orang mukmin, dan mereka dapat melihat rakannya yang lain. " - RUMAH MUTIARA MELINTANG DI LANGIT DLM SYURGA

- dari anas bin malik , Rasulullah bersabda, "di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi oleh penduduk pada setiap hari jumaat , kemudian angin berhembus dari arah utara yang menerpa wajah dan baju mereka dengan minyak kasturi, mereka bertambah baik dan cantik , dan mereka kembali kepada keluarga mereka dalam keadaan baik dan cantik, keluarga mereka berkata, "sesungguhnya kamu bertambah lebih baik dan cantik dibandingkan dengan kami."
(H.R Muslim )

- dari abu said al khudri, Rasulullah bersabda, "fakir miskin dari kalangan muhajirin akan masuk syurga sebelum orang kaya dalam kalangan mereka , yang jaraknya 500 tahun."
( H.R at Tirmizi ) - FAKIR MASUK SYURGA 500 TAHUN LEBIH AWAL 

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "fakir miskin akan masuk syurga sebelum orang kaya dengan jarak 500 tahun , separuh hari sahaja." ( hadis hasan sahih )

- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "seandainya seornag bidadari syurga dibawa ke hadapan penghuni bumi ini, maka dia akan menyinarinya dan bumi akan dipenuhi dengan bau haruman kasturi , pada kepalanya terdapat kebaikan yang nilainya melebihi dunia dan segala isinya." 
( H.R Bukhari ) - BIDADARI HARUM DAN MENYINARI SEPENUH DUNIA 

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "penduduk syurga itu tidak berbulu badannya, tidak ada bulu janggut dan jambang pada dagunya, sentiasa muda, tidak pudar keremajaannya dan tidak lusuh pakaiannya."
( H.R at Tirmizi ) - AHLI SYURGA TIADA JANGGUT , JAMBANG 

- dari saad bin abi waqqas, Rasulullah bersabda, "seandainya sesuatu diangkat oleh kuku yang terdapat di syurga, maka akan muncul di dunia  berbagai jenis keindahan yang terdapat di langit dan di bumi , seandainya seorang lelaki syurga muncul lalu kelihatan gelangnya , maka akan lenyap cahaya matahari sebagaimana cahaya matahari melenyapkan cahaya bintang ,"
( H.R at Tirmizi )

*****5 STAR 
- dari abu said al khudri , Rasulullah bersabda, "orang yang paling rendah darjatnya di syurga adalah yang mempunyai 80 ribu pelayan dan 72 isteri ."
( H.R at Tirmizi ) - PLG RENDAH DARJAT DI SYURGA 72 ISTERI + 80 RIBU PELAYAN .

- dari said bin abu ayyub, dari aqil bin syihab, dia berkata, "bahasa penduduk syurga adalah bahasa arab, apabila mereka keluar dari kubur mereka sebelum masuk syurga  dengan bahasa suryani." - BAHASA SYURGA DAN MAHSYAR

- sufyan berkata,  "telah sampai riwayat kepada kami bahawa orang bercakap cakap pada hari kiamat  dengan bahasa siryani  sebelum mereka menuju ke syurga, sedangkan ketika mereka masuk syurga, mereka bercakap dengan bahasa arab."


BIDADARI

*****5 STAR
- abu hurairah berkata, "sesungguhnya di syurga para bidadari dikatakan kepadanya dengan istilah ain' , apabila dia berjalan maka akan berjalan pula 70 ribu pelayan di kiri dan kanan nya sambil berkata, "di mana orang yang sentiasa menegakkan amal ma'ruf dan nahi munkar ?" - TEGAK MAKRUF CEGAH MUNGKAR DPT BIDADARI

- ibnu abbas berkata, ""sesungguhnya di syurga itu para bidadari itu dikatakan pada mereka itu lu'bah , jika meludah ke dalam laut , maka air laut itu akan menjadi tawar seluruhnya , tertulis juga pada belahan dadanya,"siapa yang mahu seperti diriku , maka beramallah dengan mentaati Tuhanku."


*****5 STAR
- dari Malik bin dinar , dia berkata,"wahai abu yahya ! berilah rasa rindu pada kami,:, dia menjawab, "wahai atha !sesungguhnya di syurga terdapat para bidadari yang disenangi oleh penduduk syurga kerana kecantikannya, jika bukan Allah yang telah menetapkan ketentuan kepada penduduk syurga bahawa mereka tidak akan mati , maka mereka akan mati disebabkan kecantikan yang dimiliki oleh bidadari." - KECANTIKAN BIDADARI SAMPAI TAHAP AHLI SYURGA BOLEH MATI(NAMUN ITU BUKAN KETENTUAN ALLAH )  KERANA AMAT CANTIKNYA BIDADARI 


AMAL SOLEH SEBAGAI MAHAR BIDADARI


****5 STAR
- dari abu mas'ud al ghifari, "bahawa bidadari berada di khemah yang diperbuat daripada mutiara yang bercahaya , yang merupakan nikmat daripada Allah , setiap bidadari memakai 70 lapis pakaian  yang tidak sama warnanya, setiap warna tidak sama harumnya , setiap bidadari memiliki 70 tempat beradu yang diperbuat dari yaqut merah yang dihiasi mutiara dan permata , setiap tempat beradu memiliki 70 hamparan permaidani yang masing masing memiiliki 70 sofa , setiap bidadari memiliki 70 ribu pelayan perempuan, dan 70 pelayan lelaki  untuk melayani keperluannya, setiap pelayan di tangannya ada 1 pinggan, di pinggan itu terdapat satu warna makanan yang disuap dan setiap suapan lebih enak dari suapan yang sebelumnya , begitu juga diberikan kepada suaminya seperti itu dan dan dia duduk di atas tempat beradu daripada yaqut merah dan mempunyai 2 gelang emas yang dilapisi yaqut merah. ini bagi orang yang berpuasa setiap hari pada bulan ramadan , sedangkan belum termasuk perbuatan baik yang lain." - KEADAAN BIDADARI

- yahya bin muadz berkata, "meninggalkan keduniaan itu berat, sedangkan ujian kehilangan syurga itu lebih berat lagi, namun meninggalkan keduniaan adalah mahar akhirat."


*****5 STAR
- dikatakan juga mahar bidadari ialah adalah menyapu masjid. dari anas , Rasulullah bersabda,"menyapu masjid merupakan mahar para bidadari."
(H.R at Thalabi ) - MAHAR BIDADARI - MEMBERSIH MASJID

dari Qarshafah, dia mendengar Rasulullah bersabda, "mengeluarkan al qhumamah(sampah)dari masjid merupakan mahar bidadari."

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "mahar bidadari adalah beberapa genggaman yang mengandungi tamar dan potongan roti - untuk sedekah."
(H.R at Thalabi ) - MAHAR BIDADARI 


****5 STAR
- abu hurairah berkata, "aku sungguh hairan, mengapa kamu semua bersusah payah mengahwini si fulanah binti fulan dengan harta yang banyak., sedangkan kamu semua rela meninggalkan bidadari dengan - sedekah , sesuap makanan , sebiji tamar dan sehelai pakaian ." - MAHAR BIDADARI DGN SEDEKAH MAKANAN DAN PAKAIAN

- diriwayatkan dari tsabit , dia berkata, "bapanya berkata, "suatu malam dia bermimpi melihat bidadari di dalam mimpinya, lalu dia bertanya pada bidadari itu apa kah mahar untuk menikahi nya, lalu bidadari itu menjawab maharnya ialah memanjangkan solat tahajud  dan nyanyikan syair ini ..."
" wahai peminang bidadari di dalam biliknya
yang meminta semua yang sepadan dengannya 
Bangkitlah dengan bersemangat jangan berlengah 
Lawanlah nafsu mu dengan kapal kesabaran
Jauhilah kamu dari manusia dan tolaklah gurauan mereka
lalu temanilah bersendirian demi mengingati - bidadari

bangunlah jika malam mula kelihatan 
dan berpuasalah pada waktu siang kerana itu adalah mahar 
seandainya kedua dua matamu melihat kedatangannya - bidadari 
sedangkan keindahan dadanya telah menjadi jelas 
dia berjalan dengan keperawanannya 
sedangkan kalung bersinar dalam keremangan
maka pada dirimu akan luntur
semua keindahan yang kamu lihat di dunia - SYAIR DARI BIDADARI 

- madhar al Qari berkata, suatu malam dia merasa mengantuk lalu tertidur , lalu melihat bidadari dalam mimpinya yang memberikan kertas putih padanya, tertera pada kertas itu ,
"adakah seronoknya tidur lebih baik dari hidup terbaik
bersama wanita terbaik dalam bilik syurga
bangunlah dari tidurmu kerana yang lebih baik daripada tidur adalah 
tahajud yang diiringi  bacaan al Quran - MAHAR BIDADARI 


****5 STAR
- dari zaid bin arqam, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya lelaki penduduk syurga diberikan kekuatan 100 kali dalam soal makanan, minuman, dan jimak .'seorang yahudi berkata, "sesungguhnya orang yang makan minum bermakna perlu membuang hajat," Rasulullah menjawab, "mengalir keringat dari kulitnya sehingga perutnya menjadi kosong kembali." - KEKUATAN 100 KALI UTK LELAKI 


**** 5 STAR 
- dari ibnu abbas, dia berkata, "wahai Rasulullah ! adakah kami bergaul dengan para isteri kami di syurga kelak sebagaimana kami menggauli para isteri kami di syurga kelak ? Rasulullah menjawab, "demi Zat yang diriku pada tanganNya , sesungguhnya seorang lelaki akan menggauli isterinya pada suatu pagi sebanyak 100 orang perawan."
(H.R Abu Usamah )  - BERSAMA 100 PERAWAN SETIAP PAGI 


****5 STAR
- dari abu hurairah , dia berkata, ditanyakan kepada nabi , "wahai Rasulullah , adakah kami akan menggauli para isteri kami di syurga ?" nabi menjawab , "Demi Allah ! sesungguhnya seorang lelaki  mampu menggauli isterinya dalam sehari 100 orang perawan ." 
( H.R al Bazzar dalam musnadnya ) - BERSAMA 100 PERAWAN SEHARI DLM SYURGA


****5 STAR
- dari abu umamah, Rasulullah bersabda, "Tidak ada seorang pun yang dimasukkan ke dalam syurga kecuali Allah akan memasangkannya dengan 72 orang para isteri. 2 orang diantara mereka dalam kalangan para bidadari dan sedangkan 70 lagi yang lainnya adalah warisan penduduk neraka  (suami mereka tidak masuk syurga ) , tidak seorang pun dari para wanita itu melainkan dia mempunyai nafsu dan lelaki memiliki syahwat dan kemaluannya tidak pernah mendapat penyakit lemah syahwat." - 72 ISTERI DLM SYURGA ( 2 BIDADARI + 70 WANITA DUNIA )


****5 STAR
- dari abu said al khudri dan abu hurairah, Rasulullah bersabda ,"seorang penyeru menyeru , kamu semua  akan sihat selama lamanya , kamu akan hidup selama lamanya , akan kenyang selamanya dan akan merasakan nikmat selamanya."
(H.R Muslim ) - SELAMANYA SIHAT, HIDUP , NIKMAT DI SYURGA


***5 STAR
- ibnu wahab berkata, "kami diberitahu oleh ibnu zaid , dikatakan pada wanita penduduk syurga yang berada di langit , "adakah kamu mahu kami memperlihatkan suamimu di dunia dahulu ?"  wanita menjawab  , ya".  kemudian dibukakan hijab dan beberapa pintu antara wanita itu dengan suaminya sehingga dia melihatnya, mengetahuinya dan memerhatikannya. telapak kakinya menjadi lambat melangkah diiringi  rasa rindu kepadanya , sebagaimana kerinduan seorang isteri terhadap suaminya yang hilang dari pelupuk matanya , kemudian sahaja antara suami dan isteri nya ketika di dunia terdapat satu perbualan atau pertelingkahan antara mereka sebagaimana para wanita dan suami mereka, oleh yang demikian, apabila isterinya yang di dunia memarahinya,  maka perkara itu akan menjadikannya kesal , kemudian dia  - isterinya yang penduduk syurga - berkata kepada isteri di dunia , "celaka kamu ! bebaskanlah dia dari kejahatanmu , sedangkan dia akan bersama kamu  hanya beberapa malam ! "
( H.R at Tirmizi )  - RINDU DAN CINTA MENDALAM BIDADARI PADA SUAMINYA DI DUNIA

- dari muaz bin jabal, Rasulullah bersabda, "wanita jangan menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dari kalangan bidadari berkata, "janganlah kamu sakiti suamimu, Allah akan memerangimu , dia hanya singgah kepadamu dan sekejap lagi akan berpisah denganmu menuju kepada kami."
( H.R Tirmizi )

- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "kautsar itu adalah sungai yang diberikan Allah kepadaku di syurga, ia lebih putih dari susu  dan lebih manis dari madu , di sana terdapat burung yang lehernya seperti leher unta ." umar berkata, "ini adalah burung unta."Rasulullah menjawab, "memakannya lebih nikmat daripada itu." - SUNGAI KAUTSAR
(H.R at Tirmizi )

- dari abu darda , Rasulullah bersabda, "sesungguhnya di syurga ada burung seperti leher unta yang berbaris pada tangan wali . salah satu dari mereka berkata, "wahai wali Allah ! Aku dipelihara di padang rumput syuirga di bawah arasy , aku minum dari mata air tasnim, maka makanlah aku. ! mereka akan merasa gembira berada di tangan wali , sehingga terdetik di hati wali untuk memakan salah satu dari gerombolan  burung itu. tertunduk di tangannya dengan pelbagai jenis warna , maka dia memakannya mengikut seleranya. apabila dia sudah kenyang, maka tulang belulang burung itu berkumpul kembali , kemudian terbang bebas di syurga mengikut keinginannya. " umar berkata, "wahai nabi Allah, ia sesungguhnya merupakan suatu kenikmatan." nabi menjawab, "memakannya tentu lebih enak lagi." - NIKMAT MAKAN DAGING BURUNG

- al hasan al basri meriwayatkan dari Rasulullah, "Penduduk syurga yang paling rendah darjatnya adalah seorang yang menunggang kuda daripada permata yaqut merah yang memiliki  sayap emas, diiringi oleh ribuan pelayan yang terdiri daripada kalangan kanak kanak yang kekal."
( H.R Ibnu Wahab ) - DARJAT TERENDAH DI SYURGA

- dari ibnu mas'ud , Rasulullah bersabda,"aku bertemu dengan nabi Ibrahim ketika aku di mikrajkan , dia berkata, "wahai Muhammad, sampaikan pada umatmu salam daripada ku dan beritahu mereka bahawa syurga berupa tanah yang baik , air yang tawar dan beberapa lembah, sedangkan tanamannya ialah Subhanallah, Alhamdulillah wala ila haillallah wallohuakbar."
(H.R Tirmizi )


***5 STAR
- dari Abu Hurairah, Rasulullah lalu didepannya ketika dia sedang menanam tanaman lalu Baginda berkata, "wahai abu hurairah, apakah yang kamu tanam ?" abu hurairah menjawab tanaman, lalu Rasulullah bersabda, "adakah kamu mahu aku tunjukkan tanaman yang lebih baik dari semua ini ? ialah Subhanallah, Alhamdulillah wala ila haillallah wallohuakbar. setiap dari semua ini akan memberikan padamu 1 pohon di syurga kelak."
(H.R Tirmizi ) -  SETIAP ZIKIR LAZIM AKAN MENUMBUH 1 POHON SYURGA

- dari Jabir , Rasulullah bersabda, "Siapa yang mengatakan subhanallahil adzim wa bihamdihi , maka ditanamkan untuknya suatu batang kurma dari syurga."
(H.R Tirmizi ) - ZIKIR PENYUBUR TANAMAN DI SYURGA

- dari abdullah bin mas'ud , Rasulullah bersabda , "orang yang terakhir memasuki syurga dan yang terakhir keluar dari neraka adalah seorang lelaki yang keluar dengan merangkak , kemudian Allah berfirman ,"masuklah ke dalam syurga ! " kemudian lelaki itu berkata, "ya Allah, syurga tempatku ?" , kemudian Allah menyuruhnya masuk ke dalam syurga dan lelaki itu berkata lagi dengan jawapan yang serupa dengan yang pertama. perkara ini berlaku 3 kali , kemudian terakhir Allah berkata, "kamu memiliki seumpama dunia ditambah  10 kali ganda."
(H.R al Bukhari ) - ORG PALING RENDAH DARJAT DLM SYURGA

- Rasulullah bersabda,"orang yang paling rendah tempat tinggalnya di syurga ialah orang yang memiliki 7 buah istana, masing masing diperbuat dari emas, perak, mutiara , zamrud, yaqut , dan satu buah istana yang diperbuat dari sesuatu yang tidak dapat dipandang oleh mata dan yang terakhir yang serupa dengan warna arasy Allah, setiap istana terdapat perhiasan , tempat tinggal dan bidadari yang tidak dapat diketahui perkara itu melainkan Allah."
( hadis ini dinyatakan oleh al Qutbi dalam uyun al akhbar ) - PALING RENDAH DARJAT DAPAT 7 ISTANA + 7 BIDADARI 

- dari ibnu umar, Rasulullah bersabda, "orang yang paling rendah darjatnya adalah orang yang melihat ke taman, kenikmatan , pelayan nya dan kebahagiaannya selama 1000 tahun perjalanan, orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang diberi kesempatan melihat zat Allah setiap pagi dan petang."
( H.R at Tirmizi )

- dari abu said al khudri , Rasulullah bersabda, "Penduduk syurga yang paling rendah darjatnya adalah orang yang memiliki 80 ribu pelayan dan 72 orang isteri. Dia diberikan sebuah kubah daripada mutiara dan yaqut, sebagaimana antara Jabiyah dan San'a . "
( H.R at Tirmizi ) - TERENDAH DARJAT DI SYURGA 72 ISTERI 

- dari shuhaib , Rasulullah bersabda , "apabila ahli syurga sudah masuk ke dalam syurga dan ahli neraka sudah masuk ke dalam neraka , maka seorang penyeru akan menyeru , "wahai ahli syurga , sesungguhnya Allah mempunyai janji yang akan Dia tepati bagimu."ahli syurga menjawab, "apakah itu ? bukankah Allah telah memberatkan timbangan amalan kami , memutihkan wajah kami , memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami daripada neraka ?" kemudian dibukakan hijab(tabir penutup )lalu mereka pun melihat Allah dan itulah anugerah yang paling disukai oleh penduduk syurga , yang merupakan tambahan balasan daripadaNya."
(H.R Muslim ) - NIKMAT TERBESAR DLM SYURGA

- dari hasan, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya penduduk syurga akan melihat Tuhan mereka setiap hari jumaat di atas bukit kafur yang tidak mempunyai tepian ,  di sana terdapat sungai sungai yang mengalir, kedua dua tepiannya terdapat minyak kasturi dan duduk di sana para bidadari sambil membaca alQuran dengan suara yang amat merdu, suara itu didengar oleh orang terdahulu dan orang yang terakhir . apabila mereka kembali pada tempat kediaman mereka , masing masing mengambil salah seorang daripada bidadari itu sesuka hati mereka . kemudian mereka menuju ke rumah mereka yang lalu di atas jambatan daripada mutiara , jika bukan kerana Allah memberi hidayah untuk menuju ke rumah mereka, tentu mereka tidak mampu pulang kerana kesan gembira bercakap dengan Allah pada setiap jumaat." - NIKMAT MELIHAT ZAT ALLAH DLM SYURGA


AMALAN MENDEKATKAN KE SYURGA DAN MENJAUHKAN DARI NERAKA

- dari abu said al khudri, Rasulullah bersabda, "Tidaklah seorang hamba berpuasa satu hari pada jalan Allah kecuali Allah menjauhkan mukanya dari neraka selama 70 tahun."
(H.R an Nasa'i ) - PUASA 1 HARI DIJAUH DARI NERAKA 70 TAHUN 

- dari Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberinya minum sampai puas, maka Allah menjarakkannya dari neraka dengan 7 jurang dengan setiap jurang 100 tahun perjalanan."
(H.R at Tabrani ) - BERI MAKAN MINUM DIJAUH DARI NERAKA 700 TAHUN 

- dari Anas bin Malik, Rasulullah bersabda, "siapa yang berwuduk , lalu memperelokkan wuduknya itu dan mengunjungi saudaranya yang muslim , maka dia dijauhkan dari neraka jahanam sejauh 70 tahun." - WUDUK SEMPURNA DIJAUH DARI NERAKA 70 TAHUN 



SYURGA DIPAGARI KESUSAHAN

- Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "ketika Allah menciptakan syurga, Dia mengutuskan Jibril ke syura dan berfirman, "Lihatlah apa yang telah Aku sediakan di dalamnya untuk penghuninya."Jibril lalu pergi ke dalamnya dan melihat syurga dan berkata, "Demi kekuasaanMu , tidak seorangpun yang mendengarnya kecuali mahu memasukinya.". Allah lalu memerintahkan untuk memagarinya dengan kesusahan - perkara yang dibenci - dan berfirman, "lalu Jibril kembali dan berkata, "Demi kekuasaan Engkau, aku bimbang tidak seorang pun dapat memasukinya." Allah berfirman , "Pergilah ke neraka dan lihatlah apa yang telah Aku sediakan bagi penghuninya.kerana mereka saling berhimpitan antara satu sama lain, "  Jibril kembali dan berkata, "Demi kekuasaan Engkau, aku bimbang tidak seorang pun yang mahu mendengar tentangnya."Jibril memasukinya dan diperintahkan untuk memagarinya dengan syahwat keseronokan (perkara yang disukai.) Allah memerintahkan Jibril pergi dan Jibril pergi ke neraka dan kembali, "Demi kekuasaan Engkau, aku bimbang tidak seorang pun yang selamat daripadanya kecuali dia akan memasukinya."
( H.R Tirmizi ) - SYURGA DIPAGARI KESUSAHAN 

- Al hakim abu abdullah ( Dalam Ulum al hadis )  mengatakan bahawa Muhammad bin khuzaimah  ditanya tentang sabda Nabi "Syurga dan neraka saling berdebat "bahawa syurga berkata, "orang lemah dalam kalangan orang lemah akan memasukiku. " maksudnya ialah orang yang melepaskan diri dari kekuasaan dan kekuatan , iaitu sehari 25 atau 30 kali - membaca la hawlawala quwwata illabillah" - BACA LA HAWLAWALA KUNCI KE SYURGA 




PERIHAL : DAHSYATNYA NERAKA

- Dari abu said al khudri, Rasulullah bersabda, "as shu'ud adalah sebuah gunung berapi yang didaki oleh penduduk neraka selama 70 tahun dan mereka menuruninya juga selama itu juga ."
(H.R at Tirmizi ) - GUNUNG BERAPI NERAKA

- Dari abu said al khudri, Rasulullah bersabda, "wail adalah sebuah lembah di neraka yang dituruni oleh orang kafir selama 70 puluh tahun sebelum sampai ke dasarnya."
( menurut bin al mubarak ) - LEMBAH NERAKA 

- dari atha' bin yasar, "al wail adalah lembah dalam neraka jahanam yang dituruni orang kafir , jika sebuah gunung diletakkan di sana , maka ia meleleh kerana kepanasannya." - GUNUNG LEBUR LELEH JIKA DLM LEMBAH NERAKA 

- ibnu athiyah dalam tafsirnya mengenai al wail , yakni sebuah tangki di dalam neraka yang mengandungi nanah dan darah penghuni neraka. - TANGKI NANAH DARAH NERAKA 

- di neraka terdapat lembah bernama atsam yang mengandungi ular dan kala jengking, yang pada salah satu tanduknya terdapat 70 hujung bisa. kala jengkingnya sebesar baghal hitam. jika ia menyengat seseorang maka sengatannya lebih panas dari api neraka. ia memagut dan mematuk semua makhluk yang dihukum yang diciptakan untuknya. - LEMBAH ULAR KALA BERBISA NERAKA 

- di neraka terdapat 70 penyakit untuk penghuninya , setiap penyakit sebanyak bahagian neraka jahanam.

- di neraka terdapat lembah bernama ghayy, mengalir di dalamnya nanah dan darah dan ia mengambil semua yang diciptakan untuknya. - LEMBAH DARAH NANAH NERAKA 

- dari anas bin malik , Rasulullah bersabda,"di neraka jahanam, terdapat sebuah laut yang hitam pekat dan berbau busuk. Allah akan menenggelamkan golongan yang memakan rezekiNya dan orang yang menyembah selainNya ke dalamnya."
(H.R abu hudhbah ) - LAUT HITAM PEKAT BUSUK DI NERAKA

- dari khalid bin abu imran, Rasulullah bersabda, "api neraka membakar penghuninya, jika sudah sampai ke hati mereka maka ia berhenti membakar , kemudian mereka kembali seperti asal, lalu api neraka membakar kembali sehingga ke hati mereka dan ia berhenti lagi, begitulah selamanya."
( H.R ibnu mubarak ) - API NERAKA MEMBAKAR KE HATI 

- PINTU NERAKA

 1) JAHANAM - menjadikan dahi lelaki dan wanita berkerut, ia memakan daging manusia , ini adalah azab paling ringan dari azab lain. - JAHANAM MAKAN DAGING AHLI NERAKA

2) LAHZAH - ia memakan kedua tangan dan kedua kaki ,  - LAHZAH MAKAN TANGAN KAKI 

3) SAQAR - ia memakan daging tapi tidak memakan tulang.- SAQAR MAKAN DGING TINGGAL TULANG 

4) AL HUTHOMAH - Ia memusnahkan tulang dan membakar hingga ke hati. api membakar dari kedua kakinya dan naik ke hatinya , lalu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana , dengan warna hitam ia terlontar ke langit kemudian turun dan membakar muka , tangan dan badan mereka. mereka menangis dan mengeluarkan air mata darah , kemudian mereka menangis dan mengeluarkan air mata nanah sehingga kering, jika sebuah kapal dilayarkan diatas apa yang mereka keluarkan dari mata mereka , maka pasti akan belayar. - HUTHOMAH BAKAR KE HATI, LEMPAR API SEBESAR ISTANA 

5) AL JAHIM - bara api yang besar , satu bara api saiznya sebesar dunia.

6) AS SA'IR - kerana sentiasa menyala sejak diciptakan , yang didalamnya terdapat 300 istana , dalam setiap istana ada 300 rumah dan di dalam setiap rumah terdapat 300 jenis seksaan, antaranya ular, kala jengking, tali , rantai dan belenggu. di dalamnya juga terdapat perigi kesedihan yang apabila perigi itu dibuka maka penghuni neraka sedih dengan kesedihan yang teramat sangat.

7) AL HAWIYAH - di dalamnya ada perigi habhab , jika habhab dibuka , maka dari dalam keluar api yang mengandungi api pula. terdapat gunung berapi di mana musuh Allah diletakkan di atas muka mereka di gunung itu dengan tangan yang dibelenggu pada leher mereka. 

leher mereka diikatkan pada kedua kaki mereka, sementara malaikat Zabaniyah berdiri di atas kepala mereka dengan memegang pemukul besi.  jika seseorang dipukul dengan pemukul itu maka terdengar bunyi suaranya yang berat. - LEHER DIIKAT PADA KAKI AHLI NERAKA

pintu neraka adalah besi, tikarnya semak berduri, penutupnya kegelapan, tanahnya tembaga , timah dan kaca apinya dari atas dan dari bawah. api menaungi mereka dari atas dan bawah,  yang dinyalakan 1000 tahun sehingga merah , kemudian dinyalakan lagi 1000 tahun sehingga menjadi putih,  kemudian dinyalakan lagi 1000 tahun sehingga menjadi hitam pekat bercampur dengan kemurkaan Allah . 
( perkara ini dinyatakan oleh al Qutbi dalam 'uyun al akhbar )

- pada tiap tiap pintu neraka jahanam terdapat 70 ribu gunung , pada setiap gunung terdapat 70 ribu cabang api neraka , setiap cabang mempunyai 70 celah api neraka, setiap celah mempunyai 70 ribu lembah , setiap lembah terdapat 70 ribu istana api , di setiap istana api terdapat 70 ribu rumah api, dan pada setiap rumah api terdapat 70 ribu kullah ( botol besar ) racun ( apabila kiamat tiba, penutupnya dibuka maka dari dalamnya terbang khemah besar dari sebelah kanan, kiri atas dan belakang manusia, jika melihat beratnya keadaan itu , maka mereka takut dengan dosa , sehingga masing masing menyeru, "wahai Tuhan, selamatkanlah ! selamatkanlah !"


BESAR NERAKA

- dari ibnu mas'ud , Rasulullah bersabda, "pada hari kiamat,  di neraka jahanam dibawa 70 ribu tali kekang dan tiap tiap tali kekang ditarik 70 ribu malaikat."
( H.R Muslim )

- neraka kelihatan dari jauh dengan suara yang gemuruh dalam kemarahan , hampir meledak kerana marahnya ia. dan ia cuba mendekati umat manusia termasuk umat Rasulullah.
Rasulullah bersabda , "kembali lah menjauhi dari kejadianmu sehingga penghunimu datang kepadamu dengan berombongan ."neraka berkata, "jangan halang jalanku.kamu , wahai Muhammad, haram bagiku."lalu menyerulah penyeru dari khemah arasy , "dengarlah kata katanya dan patuhilah dia."
neraka itu kemudian berundur dan berada di sisi kiri arasy. 
lalu berkatalah ahli mauqif mengenai berundurnya neraka itu , sehingga hilanglah kebimbangan mereka. - NERAKA CUBA MENDEKATI MANUSIA TIKA BERHIMPUN DI MAHSYAR

- di sanalah al mizan ditegakkan. perkara ini menjelaskan kepada kita bahawa  neraka jahanam dibawa dari tempat ia diciptakan oleh Allah , lalu ia mengelilingi padang mahsyar , sehingga tidak ada jalan ke syurga kecuali melalui titian. - NERAKA KELILINGI  TANAH MAHSYAR 

- ibnu wahab menyatakan,  dari abdul rahman bin zaid, Rasulullah bersabda, "mengenai para malaikat penjaga neraka , "jarak kedua lutut salah seorang daripada mereka seperti jarak antara timur dan barat."

- dari mujahid, ibnu abbas berkata, "adakah kamu tahu luas neraka ? jarak antara telinga salah satu penjaga neraka dengan lehernya sejauh 70 tahun perjalanan , yang mengalir daripadanya aliran lembah nanah dan darah . manusia ketika itu berada di atas jambatan  belakang neraka Jahanam."
( H.R at Tirmizi )

- dari abu said al khudri, Rasulullah bersabda, "khemah neraka mempunyai 4 dinding tebal dan tiap tiap dinding jaraknya 40 tahun perjalanan."
( H.R at Tirmizi )

- dari muhammad bin bisyr dan qatadah mengenai firman Allah , dia mengatakan Abdullah berkata , "neraka jahanam menghimpit orang kafir seperti busur dengan anak panah ."
( diriwayatkan oleh at tha'labi dari  ibnu abbas ) - AHLI NERAKA DIHIMPIT DLM NERAKA 

- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "pada hari kiamat, manusia yang paling senang di dunia yang menjadi penghuni neraka , dicelupkan sekali ke dalam neraka , kemudian dikatakan kepada mereka , "wahai anak adam ! adakah kamu pernah melihat kebaikan? adakah kamu pernah merasakan kesenangan di dalam hidupmu ? " mereka berkata, "Tidak , demi Allah, wahai Tuhan." lalu dibawa orang yang paling susah ketika di dunia lalu dicelupkan sekali ke dalam syurga.   kemudian dikatakan kepada mereka , "wahai anak adam ! adakah kamu pernah melihat kesusahan di dalam hidupmu ?adakah kamu merasakan keburukan ?  mereka berkata, "Tidak , demi Allah, wahai Tuhan , aku tidak merasakan kesusahan dan keburukan."
( H. R Muslim ) - SEMUA MEWAH DUNIA TIADA NILAI DIBANDING AKHIRAT 

- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "jika penghuni neraka jahanam mengeluarkan telapak tangannya ke dunia sehingga dapat dilihat , maka dunia terbakar kerana panasnya. jika penjaga neraka dikeluarkan kepada penduduk dunia sehingga dapat dilihat , maka penghuni bumi akan mati ketika melihatnya kerana berasal dari kemurkaan Allah."
(H.R Abu hudbah ibrahim ) - MELIHAT PENJAGA NERAKA SUDAH CUKUP MEMATIKAN PENGHUNI BUMI 

- Ka'ab al akhbar berkata, "Demi Zat yang memegang jiwa Ka'ab, jika kamu berada di timur dan api neraka itu di barat, lalu ia dibuka , maka otakmu keluar melalui lubang hidungmu kerana panasnya. wahai manusia , adakah terdapat ketetapan bagi kamu semua di dunia ? adakah kamu semua mampu bersabar dengan seksaan akhirat ? wahai manusia ,mentaati Allah lebih mudah bagi kamu semua dari menanggung seksaan ini, maka taatlah kepada Allah."

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda , "jika dalam masjid ini terdapat 100 ribu orang atau lebih, kemudian seorang penghuni neraka bernafas , maka mereka terbakar."
( H.R al Bazzar dalam musnadnya ) - NAFAS AHLI NERAKA SUDAH MEMBAKAR DUNIA

- dari muaz bin jabal, Rasulullah bersabda, "jarak antara mulut dengan dasar neraka bagaikan batu besar seberat 7 ekor unta hamil besar beserta lemak dan anak anaknya, yang jatuh dari mulut neraka sampai ke dasarnya selama 70 tahun." - NERAKA SEDALAM 70 TAHUN 

- Ibnu wahab meriwayatkan daripada al allaf bin khalid ,  firman Allah, "apabila ia (neraka)  melihat mereka dari tempat yang jauh , mereka mendengar suaranya yang gemuruh kerana marahnya."(surah al furqan ayat 12 ), apabila melihat ia mengeluarkan nafas yang panjang , semua nabi dan orang jujur berlutut dan berkata, "wahai Tuhan, bagaimanakah nasibku , diriku , diriku." Sedangkan Rasulullah berkata, "Bagaimana nasib umatku, umatku !" - GERUN ANCAMAN NERAKA DI MAHSYAR 

- diriwayatkan dari al hasan , "dia berkata, "Tidak ada satu lembah, celah , belenggu,  dan rantai pada neraka itu kecuali bertuliskan nama pemiliknya."
(Riwayat ibnu mas'ud ) - NAMA AHLI NERAKA PADA ALAT SEKSAAN NERAKA 

- dalam suatu riwayat dinyatakan , jika Allah mahu maka Dia menciptakan awan untuk penghuni neraka , jika mereka melihat awan itu maka mereka teringat akan awan di dunia. awan itu menyeru mereka, :wahai penduduk neraka, apa yang kamu semua mahu ?" mereka menjawab, "kami mahukan air dingin.", lalu diturunkan hujan belenggu yang menambah belenggu mereka dan hujan rantai yang menambah rantai mereka. muhammad bin al mukandir berkata, "jika semua besi di dunia dikumpulkan , maka tidak dapat menyamai satu lingkaran belenggu itu ." - HUJAN BELENGGU DAN RANTAI DI NERAKA. 

- aku mendengar abu sufyan berkata, "( mengenai firman Allah maka belitlah dia ) : Disampaikan kepada kami bahawa rantai itu dimasukkan dari duburnya dan dikeluarkan melalui mulutnya." - AZAB RANTAI MASUK DARI DUBUR KELUAR KE MULUT AHLI NERAKA 


- CARA PENGHUNI NERAKA MASUK KE DALAM NERAKA

- dari abdul rahman bin zaid, "pada hari kiamat, diperlihatkan neraka jahanam percikan bunga api seperti bintang , mereka lalu berpusing dan lari. Allah berfirman, "kembalikan mereka  kepadanya." lalu mereka dikembalikan , mereka berhadapan dengannya sebelum memasukinya , lalu mata mereka dicungkil . mereka memasuki neraka dalam keadaan buta, dibelenggu tangan , kaki dan leher mereka. - AHLI NERAKA MASUK DALAM KEADAAN DICUNGKIL MATA JADI BUTA DAN DIBELENGGU 

- ibnu zaid berkata, "ribuan malaikat tidak meletakkan tangan mereka pada sesuatu apa pun kecuali menjadikan tulang mereka remuk dan hancur lebur daging.  ketika mereka dilemparkan ke dalam neraka( hampir hampir sampai ke dasarnya) , mereka dikejar oleh nyalaan api yang menjadikan mereka terlempar kembali ke atas, ketika mereka hampir hampir keluar, malaikat menyambut mereka dengan pukulan besi


- NYALAAN API NERAKA MENGANGKAT PENGHUNI NERAKA HINGGA MENDEKATI PENGHUNI SYURGA

- diriwayatkan bahawa nyalaan api neraka mengangkat penghuni neraka sehingga terbang seperti terbangnya percikan bunga api. mereka terangkat sehingga mendekati pemghuni syurga , sedangkan di antara mereka terdapat hijab (penghalang yang kukuh ), penghuni neraka menyeru pada penghuni syurga ketika melihat sungai yang mengalir di antara mereka, 
"dan penghuni neraka menyeru pada penghuni syurga, "limpahkan kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan kepada mu oleh Allah. penghuni syurga menjawab, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua duanya itu ke atas orang kafir."
lalu malaikat mengembalikan mereka di seksa dengan pemukul besi sehingga ke dasar neraka. - NYALAAN NERAKA MENYEBAB AHLI MENJULANG NAIK 

- dari abu hurairah , Rasulullah bersabda, "gigi atau taring orang kafir penghuni neraka itu sebesar bukit uhud dan kulitnya setebal 3 hari perjalanan dengan kenderaan laju."
(H.R Muslim ) - SAIZ AHLI NERAKA DI GERGASI KAN UTK TAMBAH AZAB

- dari abu hurairah, "pada hari kiamat, gigi geraham orang kafir lebih besar daripada bukit uhud, mereka dibesarkan agar memenuhi neraka dan merasakan azab."
( riwayat ibnu mubarak ) - GERAHAM AHLI NERAKA BESAR BUKIT UHUD UTK TAMBAH AZAB 

- dari ibnu umar, Rasulullah bersabda, "orang kafir lidahnya benar benar diseret satu hingga dua farsakh ( 1 farsakh = 8 km ) , yang akan dipijak oleh manusia."
(H.R Tirmizi )

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "Jika Allah telah memberi keputusan di antara makhlukNya dan jika lebih banyak kebaikan seorang hamba, maka dia masuk syurga.jika seimbang kebaikan dengan kejahatannya , maka dia ditahan di atas sirat selama 40 tahun , kemudian masuk syurga. jika kejahatannya lebih banyak , maka dia masuk neraka melalui pintu yang bernama Tauhid. mereka diazab mengikut amalan mereka. di antara mereka ada yang terbakar sampai telapak kakinya, ada yang terbakar sampai lututnya dan ada yang terbakar sampai pusatnya."
( riwayat al Qutbi )

- dari ibnu ma'ni , Rasulullah bersabda, "4 golongan neraka yang amat mengganggu penghuni neraka lain kerana pedihnya azab yang mereka terima , mereka semua berjalan mundar mandir antara neraka Jahim dan hamim dan dipanggil dengan panggilan orang celaka. mereka adalah." pertama orang yang dikurung di dapur api, yakni orang yang meninggal dalam keadaan masih menyimpan harta orang lain yang diambil dengan cara yang tidak betul dan tidak dikembalikan." 

kedua , orang yang menyeret ususnya. mereka sebarangan membuang air kecil dan tidak bersuci selepas membuang air kecil. 

ketiga, orang yang muntah darah dari mulutnya secara berterusan. mereka sentiasa menggunakan kata kata keji dan caci maki , bahkan suka melafazkannya."

keempat orang yang memakan dagingnya sendiri , mereka menyebarkan fitnah di kalangan mereka."
(H.R abu nuaim )

- ka'ab berkata, "al Gassaq adalah sebuah mata air neraka , yang semua air mendidih mengalir ke dalamnya  sehingga ia menjadi paya, lalu dibawa manusia yang berdosa dan dicelupkan ke dalamnya , sehingga daging luntur dari tulangnya . kemudian daging ditarik dari buku lalinya, sebagaimana seseorang menyeret pakaiannya.". - MATA AIR NERAKA MENANGGAL DAGING DARI TULANG 

- para ahli tafsir mengatakan pohon zaqqum itu makanan orang yang banyak berdosa. 

- Rasulullah bersabda , "Penduduk neraka diseksa dengan berbagai seksaan dan diberikan rasa lapar yang teramat sehingga mereka meminta pertolongan kepada Allah agar mereka diberi makanan. lalu mereka diberikan makanan daripada dhari (pohon berduri ) yang tidak menggemukkan dan tidak mengenyangkan sehingga mereka meminta makanan lain. lalu diberi makanan yang menyebabkan mereka tersekat apabila memakannya. kemudian ketika mereka tersekat, mereka mengatakan untuk membuang apa yang tersekat mereka perlukan minuman, maka mereka meminta minuman kepada Allah , minuman mendidih dari besi meleleh diberikan kepada mereka, ketika minuman itu sampai dan diberikan kepada mereka depan muka mereka, mukanya itu jatuh ke lantai , jika minuman itu masuk ke dalam perut mereka, hancurlah apa yang ada di dalam perut mereka itu sehingga mereka meminta pertolongan pada penjaga neraka." -  POHON DURI + AIR BESI MENDIDIH MAKAN MINUM AHLI NERAKA

- Rasulullah bersabda, "mereka dibakar api di dalam neraka , sehingga bibir atas berkerut ke atas otak, disusuli oleh bibir bawah sampai ke pusat, ".

- Jika satu timba air ghislin (darah dan nanah )dituangkan ke dunia, maka seluruh penduduk dunia binasa,"
( H.R abu said al khudri ) - SETIMBA DARAH NANAH BOLEH BINASA DUNIA 

- Rasulullah bersabda , "al hamim (air mendidih )diminumkan kepada mereka di neraka sehingga ke perut dan keluar dari kedua kaki mereka , sehingga sekejur badan mereka meleleh , kemudian badan mereka dikembalikan seperti asal dan diseksa kembali."
(H.R Abu Hurairah ) - AIR DIDIH PANAS MELELEH TUBUH AHLI NERAKA 

- Rasulullah bersabda, "ketika itu didekatkan pada mulutnya , dia tidak mahu meminumnya (air nanah ), tetapi air itu tetap juga diberikan kepadanya , dan ketika air itu berada dekat dengan mulutnya, wajahnya mendidih dan kepala nya jatuh ke bumi.jika air itu diminumnya, maka isi perutnya akan rosak , lalu keluar melalui duburnya.
(H.R Abu Umamah ) - AIR NANAH MENDIDIH WAJAH, KEPALA GUGUR KE BUMI 

- Rasulullah bersabda , "seandainya satu titis sahaja zaqqum (pohon neraka ) dilemparkan ke dunia, maka seluruh kehidupan di dunia binasa
(H.R Ibnu Abbas ) - 1 TITIS ZAQUM BINASA DUNIA

- dari abu zar, Rasulullah bersabda, "Demi Allah, jika kamu semua mengetahui apa yang aku ketahui, maka kamu semua akan lebih sedikit ketawa dan lebih banyak menangis . sesiapa lebih banyak menangis kerana takut kepada Allah dan malu padaNya , maka dia banyak ketawa di akhirat."
(H.R atTirmizi ) - SELALU MENANGIS KERANA TAKUT DGN DOSA/TAUBAT 

- dari ibnu mas'ud , Rasulullah bersabda, "aku mengetahui orang terakhir yang keluar dari neraka dan memasuki syurga lalu Allah memerintahkannya untuk pergi masuk ke dalam syurga, namun dibayangkan kepadanya bahawa syurga telah penuh , kemudian dia mengadu pada Allah bahawa syurga telah penuh selama 3 kali berulang keadaan itu, lalu Allah berfirman, "Pergilah ke syurga dan masuklah ke dalamnya , Engkau akan mendapati sesuatu seperti 10 kali dunia ." dia berkata, "Adakah Engkau telah mempermainkan ku wahai Tuhanku , adakah Engkau mentertawakanku sedangkan Engkau adalah Raja ?" sesungguhnya aku melihat Rasulullah ketawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya . orang tersebut adalah penduduk syurga yang paling rendah darjatnya."
(H.R Muslim ) - PALING RENDAH DARJAT SYURGA 10X DUNIA 

- keluarlah dari neraka hamba dalam keadaan tidak berambut, tidak berdaging dan tidak berdarah sedikitpun , laksana bayang bayang. lalu dia dimandikan di pantai syurga , sehingga rambutnya tumbuh, darah dan dagingnya kembali seperti asal dengan izin Allah ."
(H.R Abu Nuaim ) - KEADAAN AHLI NERAKA KELUAR DARI NERAKA 

- ka'ab al ahbar berkata, "bila hari kiamat tiba, "Allah mengumpulkan semua makhluk di satu tempat , setelah itu datang para malaikat yang mengatur mereka menjadi beberapa barisan.malaikat jibril berkata, "bawa neraka jahanam ke sini."neraka jahanam lalu dibawa dengan menggunakan 70 ribu tali yang mengekangnya. kemudian ditiup trompet beberapa kali.  trompet pertama menyebabkan hilangnya perasaan sekalian makhluk, trompet kedua menyebabkan seluruh malaikat dan para nabi bersimpuh di tanah,  sedangkan trompet ketiga menyebabkan hilangnya akal seluruh makhluk sehingga mereka berlindung pada amal mereka sendiri. " kemudian Allah memerintahkan pada malaikat zabaniyah, "bawalah orang yang sentiasa melakukan dosa besar dari kalangan umat muhammad ke neraka, Aku marah kepada mereka yang telah meremehkan perintah dan hak-Ku ketika di dunia dan melakukan larangan yang telah Aku tetapkan. mereka berbuat baik ketika berada di hadapan manusia, namun ingkar ketika bersendirian. padahal Aku memuliakan mereka daripada umat yang lain. mereka tidak mahu menyedari kemuliaan dan kebesaran Ku. "
malaikat Zabaniyah kemudian membawa mereka ke neraka, tetapi wajah mereka tetap seperti biasa , bukan seperti wajah umat lain yang berubah menjadi hitam ketika dibawa ke neraka. ketika dibawa ke neraka, kemudian Allah berfirman, "wahai Malik, wajah mereka tidak menjadi hitam kerana seperti orang lain kerana ketika di dunia mereka sujud kepada Ku. jangan kamu belenggu mereka di sana kerana mereka bersuci dari junub, jangan kamu kekang mereka dengan besi , kerana mereka melakukan tawaf di kaabahKu, jangan kamu pakaikan pakaian dari neraka , kerana mereka menanggalkan pakaian mereka untuk berihram haji , dan perintahkan neraka agar tidak membakar lidah mereka, kerana dahulu mereka membaca alQuran. " oleh itu sesetengah mereka dibakar sehingga ke kedua tumitnya, ada yang sehingga ke kedua lututnya, ada yang sehingga ke pusatnya, ada yang sehingga ke dadanya. dan ada yang lebih daripada itu."
(H.R Abu Nuaim ) - KEADAAN DI MAHSYAR

- Qatadah berkata, "Ka'ab mengatakan kepada kami sesungguhnya di antara syurga dan neraka , terdapat beberapa lubang dinding, yang jika seorang mukmin mahu melihat keadaan musuhnya sewaktu di dunia dahulu, maka dia boleh melihatnya melalui salah satu daripada lubang dinding tersebut."
( H.R Ibnu Mubarak ) - LUBANG DINDING AHLI SYURGA DALAM MELIHAT KE NERAKA 

- Rasulullah bersabda, "sekumpulan orang akan disuruh memasuki syurga kelak di akhirat. namun ketika mereka sudah mendekati syurga itu , namun ketika mereka sudah menghampiri syurga itu dan telah dapat menghidu baunya serta keindahan yang ada di dalamnya, mereka diperintahkan untuk menjauhkan darinya dengan alasan mereka tidak berhak untuk memasukinya, maka kembalilah mereka dengan perasaan duka yang amat dalam yang tidak pernah dirasakan oleh umat terdahulu mahupun kemudian. mereka berkata, "wahai Tuhan, seandainya Engkau terus memasukkan kami ke dalam neraka tanpa memperlihatkan terlebih dahulu syurga dan segala keindahan yang ada kepada kami terlebih dahulu, pasti neraka itu akan lebih ringan terasa bagi kami." Allah menjawab, "itulah yang Aku maksudkan terhadap kamu kerana jika kamu semua berada seorang diri, kamu semua derhaka kepada Ku, sedangkan jika kamu semua sedang berada di tengah tengah manusia, kamu semua berubah menjadi khusyuk dan tawaduk . kamu semua telah melakukan riya'  di hadapan manusia, berlawanan dengan apa yang di dalam hati kamu semua. kamu semua telah lakukan untuk manusia , bukan untukKu. kamu semua telah mengutamakan manusia , tidak mengutamakan Aku.kamu semua telah meninggalkan perbuatan dosa kerana manusia , bukan keranaKu. maka pada hari ni, Aku rasakan kepada kamu semua azab yang pedih dan kamu semua tidak akan mendapat balasan apa apa daripada amalan baik yang kamu semua telah lakukan."
(H.R Abu Hamid ) - ANCAMAN UTK DERHAKA/BUAT MAKSIAT TIKA SEORANG DIRI

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "kecelakaan bagi para bendahara dan para pemimpin, pada hari kiamat , banyak kumpulan yang berharap aib mereka tergantung di bintang Suriya , mereka terawang awang di antara langit dan bumi, sedangkan mereka menyesal kerana pernah memangku jawatan."
(H.R Daud at Thoyalisi )

- dari al husain bin ali dari bapanya, Rasulullah bersabda, "semua yang memabukkan ialah khamar . 3 orang yang dimurkai Allah , yang tidak akan dipandang oleh Allah , Allah tidak akan bercakap dengan mereka dan mereka berada di dalam mansa (tempat yang dilupakan ) iaitu sebuah perigi di dalam neraka Jahanam , iaitu orang yang mendustakan kekuasaan Allah orang yang melakukan bidaah dalam agama Allah, orang yang sentiasa minum khamar."
(H.R Malik bin anas ) - PEMABUK DIAZAB NERAKA . 

- dari amru bin syuaib dari datuknya, Rasulullah bersabda, "pada hari kiamat, orang sombong dibawa seperti bijian dalam bentuk manusia , mereka diliputi kehinaan di setiap tempat, mereka di bawa ke penjara dalam neraka jahanam yang bernama baulas , mereka menjadikan api menjulang tinggi , minuman penghuni neraka adalah sari lumpur bercampur nanah ."
( H.R at Tirmizi ) - ORG SOMBONG JADI SAIZ BIJIAN DISEKSA DLM NERAKA. 

- lumpur bercampur tanah ialah ialah keringat penghuni neraka atau bagi sari minuman mereka, iaitu bagi orang yang meminum minuman yang memabukkan . perkara ini dinyatakan dalam sahih bukhari.

- dari jabir diriwayatkan bahawa seorang lelaki datang dari jaisyan, Yaman, dia bertanya kepada Rasulullah mengenai minuman yang mereka minum di negerinya yang diperbuat dari jagung , yang mereka namakan 'al Mazar'. Rasulullah lalu bertanya , "adakah ia memabukkan?" lelaki itu menjawab "benar". Rasulullah bersabda, "Allah berjanji memberi minuman dari lumpur bercampur nanah bagi orang yang meminum minuman yang memabukkan. " mereka bertanya, "wahai Rasulullah , apakah lumpur bercampur nanah itu ?" Rasulullah menjawab "itu adalah keringat atau sari minuman penghuni neraka."  - HADIS TEGAS UTK PEMINUM KETUM , UBAT BATUK, KUDA DLL DADAH 

- dari abu hurairah , Rasulullah bersabda, "berlindunglah kamu semua daripada perigi kesedihan " , mereka bertanya, "apakah perigi kesedihan itu wahai Rasulullah." Rasulullah menjawab, "sebuah lembah di neraka Jahanam yang berlindung ia daripadanya 400 kali." "disediakan untuk para pembaca alQuran yang riak dengan amalan mereka. pembaca alQuran yang paling dimurkai Allah ialah orang yang mengunjungi pemerintah ."
(H.R Ibnu Majah )

- Rasulullah bersabda, "di neraka Jahanam , benar benar terdapat sebuah lembah. hendaklah kamu semua berlindung daripada keburukan lembah itu 70 kali sehari. di lembah itu terdapat sebuah perigi. neraka jahanam dan lembah itu berlindung kepada Allah 

- dalam hadis lain, asad bin musa meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "di neraka Jahanam benar benar terdapat sebuah lembah. hendaklah kamu semua berlindung daripada keburukan lembah itu 7 kali setiap hari . dilembah itu terdapat sebuah perigi . neraka jahanam dan lembah itu berlindung kepada Allah daripada keburukan perigi itu, dalam perigi itu ada ular. neraka jahanam , lembah itu dan periginya berlindung kepada Allah daripada keburukan ular itu. Allah menyediakannya untuk penghafal alQuran yang celaka." - ANCAMAN UTK PGHAFAL QURAN YG RIYA'