Sunday, 9 October 2022

KITAB MUKASYAFAH AL QULUB ( MENYINGKAP HATI) - IMAM AL GHAZALI

 


mula terokai ilmu : 10 oktober 2022 . completed 1 februari 2023.


A) TAKUT (AL - KHAUF )

 - disebutkan dalam hadis nabi Muhammad s.a.w , " Allah menciptakan malaikat dengan memiliki sayap  di timur dan di barat. Kepalanya berada di bawah arasy' dan kedua kakinya berada di bawah bumi ketujuh. Ia memiliki bulu sejumlah makhluk Allah. Apabila seorang lelaki atau perempuan daripada umatku berselawat kepada ku, Allah memerintahkan agar ia tenggelam dalam lautan cahaya di bawah Arasy . ia tenggelam di dalamnya . Kemudian ia keluar dan membentangkan sayapnya . Setiap bulunya menitiskan air. dari setiap titisan itu, Allah menciptakan malaikat yang meminta keampunan  untuknya  hingga ke hari kiamat ." - ALLAH CIPTA MALAIKAT UTK MOHON AMPUNAN UTK ORG SELAWAT

- seorang bijak mengatakan kesihatan jasmani terletak pada sedikit makan, keselamatan roh terletak pada sedikit dosa, dan keselamatan agama terletak pada selawat pada manusia terbaik, nabi Muhammad. - KESELAMATAN AGAMA DALAM SELAWAT

maksud Firman Allah dalam surah al Hasyr ayat 18 :"hendaklah tiap tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amalannya) untuk hari esok (hari kiamat) ." 

- kerana pada hari kiamat, para malaikat , langit, bumi , malam dan siang bersaksi atas apa yang dikerjakan oleh anak adam . - MALAIKAT DAN BUMI JADI SAKSI AMALAN 

- orang mukmin ialah orang yang takut kepada Allah dengan seluruh anggota badannya. berkata al Faqih Abu al Laits , tanda ketakutan pada Allah dapat dilihat pada 7 perkara :

 1) Lidahnya - ia mencegahnya dari berdusta, memfitnah, menipu dan perkataan yang tidak berguna. sebaliknya disibukkan lidahnya dengan zikir kepada Allah, membaca al Quran dan menghafal ilmu. - LIDAH TAKWA ELAK KATA SIA SIA + SIBUK ZIKIR, QURAN

 2) Qalbunya - ia mengeluarkan rasa permusuhan , dengki dan hasad dari kalbunya. hasad ialah penyakit yang berbahaya di dalam kalbu. - HASAD PENYAKIT HATI

3) Pandangannya - ia tidak memandang makanan, minuman , pakaian dan sebagainya yang diharamkan. dan tidak ditujukan pada keduniaan dengan penuh kecintaan. Rasulullah bersabda, "barang siapa yang memenuhi matanya dengan pandangan yang haram,  nescaya pada hari kiamat Allah akan memenuhi kedua matanya dengan api neraka. . - ANCAMAN SEKSA MELIHAT HARAM ,TAUBATLAH

4) perutnya - ia tidak memasukkan makanan haram yakni dosa besar. sabda nabi ,"apabila satu suap makanan haram jatuh ke dalam perut anak adam, setiap malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada di dalam perutnya.Jika ia mati dalam keadaan itu, tempat kembalinya ialah neraka Jahannam ". - ANCAMAN MAKAN HARAM 

5) Tangannya - ia tidak menghulurkan tangannya pada sesuatu yang haram. diriwayatkan dari Ka'ab alAhbar, ia berkata, "Allah membina sebuah rumah dari batu permata hijau. Di dalam rumah itu terdapat 70 000 buah rumah yang setiap satunya memiliki 70 ribu buah bilik. Tidak ada yang dapat memasukinya kecuali orang yang meninggalkan setiap yang haram kerana takut kepada Allah." - TINGGAL APA DIHARAM KERANA TAKUT PADA ALLAH 

6) Kakinya - ia tidak berjalan untuk berbuat kemaksiatan tetapi berjalan dalam ketaatan dan keredhaanNya serta dalam bergaul dengan para ulama' dan orang soleh.

7) Ketaatannya - ia menjadikan ketaatannya semata mata untuk mencari redha Allah serta takut akan riya' dan kemunafikan. 

**hendaklah seorang mukmin itu berada di antara khauf (takut) dan berharap (raja'), selalu mengharapkan rahmat Allah dan tidak berputus asa. - AMALKAN TAKUT DAN BERHARAP PADA ALLAH

**hendaklah seorang mukmin itu menyembah Allah, menghentikan segala perbuatan buruk dan bertaubat kepada Allah. 


- dikisahkan, ketika Nabi Daud duduk di pertapaan sambil membaca kitab Zabur, tiba tiba ia melihat seekor cacing berwarna merah di atas tanah. Baginda bertanya di dalam hati, "Apakah yang Allah kehendaki dengan cacing ini ?"

lantas, Allah memperkenankan cacing itu untuk boleh berkata kata. Cacing berkata, "wahai nabi 
Allah, Tuhanku mengilhamkan kepadaku agar pada setiap siang hari aku mengucapkan ," Subhanallah wal hamdulillah wa lailaha illalah wallahu akbar 1000 x , Allah pun mengilhamkan kepada ku agar pada setiap malam aku mengucapkan , "Allahumma solli 'ala Muhammad an nabi al ummi wa' ala alihi wa sohbihi wa sallam ( ya Allah, limpahkan selawat dan salam kepada Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya ) 1000x . 

lalu, APAKAH YANG ANDA UCAPKAN sehingga aku dapat mengambil manfaat daripada anda?"

Nabi Daud menyesal kerana meremehkan cacing, ia takut, lantas bertaubat dan bertawakkal kepada Allah. - KISAH NABI DAUD DAN CACING


- ketika Nabi Ibrahim al khalil mengingati kesalahannya, ia jatuh pengsan. gementar qalbunya boleh didengar sejauh beberapa kilometer. lalu Allah mengutus jibril kepadanya. jibril menemuinya dan berkata, "Zat Yang Maha Perkasa menyampaikan salam kepada anda dan Dia berkata, "Tidaklah Aku melihat seseorang takut kepada kekasihnya."

"ya Jibril , apabila aku mengingati kesalahan dan memikirkan hukumannya, aku sering lupa kepada Kekasihku, " jawab Ibrahim.

inilah keadaan para nabi, para wali, orang orang soleh dan orang zuhud.  Renungkanlah !


B) TAKUT KEPADA ALLAH

Abu al Laits berkata, "Allah memiliki para malaikat di langit ke-7 mereka bersujud sejak Allah menciptakan mereka hingga ke hari kiamat. mereka menggigil ketakutan kerana takut kepada Allah . apabila hari kiamat tiba, mereka mengangkat kepala dan berkata, "Maha Suci Engkau, kami tidak menyembahMu dengan penyembahan yang sebenar benarnya."

- sabda Rasulullah, Allah berfirman , "Tidak berkumpul pada hambaKu 2 ketakutan dan 2 rasa aman. Barang siapa yang takut kepadaKu di dunia , Aku akan memberikan keamanan kepadanya di akhirat. dan sebaliknya, barang siapa yang merasa aman kepadaKu di dunia, Aku akan memberikan rasa takut kepadanya pada hari kiamat."

- dalam Raqa'id al akbar, disebutkan pada hari kiamat, didatangkan amalan kepada seorang hamba. ternyata keburukannya lebih banyak. lalu dia diperintahkan ke neraka, kemudian bulu matanya berkata, "Tuhanku, rasulMu Muhammad bersabda, "Barang siapa yang menangis kerana takut kepada Allah , Allah mengharamkannya dari api neraka."kerana itu aku pun menangis kerana takut kepadaMu.

Lalu Allah mengampunkannya dan mengeluarkannya dari neraka dengan berkat sehelai bulu matanya yang ketika di dunia pernah menangis kerana takut kepada Allah. Jibril berseru, "fulan ibnu fulan selamat kerana sehelai bulu mata." -TERSELAMAT DARI NERAKA KERANA TANGISAN SEHELAI BULU MATA

- di dalam Bidayah al Hidayah, disebutkan pada hari kiamat, didatangkan neraka jahannam yang menyala bergemuruh. Setiap umat berlutut kerana takut kepadanya, sebagaimana firman Allah, "dan (pada hari kiamat) engkau melihat tiap tiap umat bertelut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan) , tiap tiap umat di seru untuk menerima kitab suratan amalannya. - SURAH AL JATHIYAH :28

ketika mendatangi neraka, mereka mendengar suara mendidih dan nyalaan api neraka. Gemuruh nyalanya boleh didengari boleh didengari hingga jarak perjalanan 500 tahun.  masing masing termasuk para nabi berkata, "Diriku , diriku ! "kecuali Rasulullah berkata, "Ummatku, ummatku !"

dari neraka jahim itu, keluarlah API SEBESAR GUNUNG. lalu umat nabi Muhammad berusaha menolaknya . mereka berkata, "Hai api, demi hak orang orang yang menegakkan solat, bersedekah, yang khusyuk dan yang berpuasa.kembalilah !"

akan tetapi api itu tidak mahu kembali . Lantas dipanggil Jibril dan disampaikan bahawa api itu telah menghampiri umat nabi Muhammad.  kemudian Jibril datang membawa segelas air dan diberikan kepada Rasulullah.  berkata Jibril, ya Rasulullah ! ambillah ini lalu siramkan pada api itu ." baginda pun segera menyiram api itu sehingga api itu padam. lalu rasulullah bertanya, "Air apakah ini ?"

Jibril menjawab,"ini air mata orang orang derhaka di antara umatmu. mereka menangis kerana takut akan Allah . Lalu aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar disiram pada api itu, sehingga api itu terpadam dengan izin Allah.

Rasulullah berdoa, " Ya Allah anugerahkan aku dengan mata yang menangis kerana takut kepada Mu.". - AIR MATA PENDERHAKA BERTAUBAT MEMELIHARA DARI API NERAKA

- dalam Zahr ar Riyadh, hadis nabi , "apabila penghuni syurga masuk ke dalam syurga, para malaikat menemui mereka dengan segala kebaikan dan kenikmatan. para malaikat menempatkan mimbar mimbar untuk mereka. Allah berfirman pada malaikat, " Angkatlah hijab dari wajah mereka. "

"ya Tuhan kami, bagaimana mereka akan melihat Mu, padahal dulu mereka orang orang yang derhaka ?"tanya para malaikat.

Allah menjawab, "Angkatlah hijab kerana orang mereka orang orang yang selalu berzikir, bersujud, dan menangis di dunia kerana ingin sekali bertemu denganKu!" kemudian hijab itu diangkat. mereka memandang Allah lalu mereka menjatuhkan diri untuk bersujud kepada Allah.

Allah berfirman kepada mereka, "Angkatlah kepala kamu ! Ini bukan tempat untuk beramal , melainkan tempat kemuliaan. "

Allah menampakkan dirinya kepada mereka tanpa diketahui bagaimana penampakan diriNya. dengan rasa bahagia,Dia berkata kepada mereka, "salam sejahtera bagi kamu , wahai hamba hambaKu.Aku telah redha kepadamu, lantas apakah kamu redha kepada Ku ?"

"ya Tuhan kami, bagaimana kami tidak redha kerana Engkau telah memberikan kepada kami sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata sebelum ini, tidak didengar telinga, tidak terlintas dalam kalbu manusia. "jawab mereka serentak. - NIKMAT TERBESAR MELIHAT ALLAH DLM SYURGA


2- TAUBAT

- ketika Sufyan ats Tsauri sedang bertawaf, tiba tiba ia melihat seorang lelaki kyusuk berselawat. sufyan ats Tsauri bertanya, "Fulan, anda meninggalkan tasbih, tahlil dan hanya selalu berselawat . apakah yang terjadi pada anda ?"

orang itu berkata, "Ayahnya jatuh sakit ketika menunai haji di manazil. saya pun menguruskannya hingga ia meninggal dunia dengan wajahnya menghitam.  saya tutup wajahnya kerana matanya selalu menatap saya.  kemudian saya tidur dalam kesedihan.  dalam tidur itu , saya bermimpi melihat seorang lelaki yang berwajah paling tampan yang pernah saya lihat, berpakaian sangat bersih dan menyebarkan bau yang sangat harum. ia mendekati ayah saya , lalu menyingkap kain yang menutupi wajahnya . ia mengusap wajah ayah saya yang sangat hitam hingga berubah menjadi putih. 

saya menarik wajahnya dan bertanya,"siapakah anda yang telah diutuskan oleh Allah kepada ayah saya di tanah asing ini ?"

ia menjawab, "tidakkah engkau mengenalku ? akulah Muhammad ibn Abdullah , pembawa al Quran. Sementara ayahmu telah menzalimi dirinya ,tetapi ia banyak berselawat kepadaku.  Aku penolong orang orang yang banyak berselawat kepadaku."

ketika bangun, saya melihat wajah ayah saya telah berubah menjadi putih." - RASULULLAH BERI SYAFAAT DLM KUBUR PADA ORG BANYAK BERSELAWAT 

'Amr ibn Dinar meriwayatkan hadis dari Abu Ja'far ,sabda Rasulullah,"Yang lupa berselawat kepadaku, ia telah tersesat di jalan menuju ke syurga." - LUPA BERSELAWAT TANDA SESAT JALAN KE SYURGA


- sabda Rasulullah, "Orang yang bertaubat ialah kekasih Allah. Orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa." - ORG BERTAUBAT BERSIH DARI DOSA


- diriwayatkan dari al hasan, "ketika Allah mengampuni nabi Adam, para malaikat mengucapkan tahniah kepadanya.  malaikat Jibril dan Mikail datang kepadanya. nabi Adam bertanya, "Jibril, jika setelah taubat ini ada permintaan, di manakah kedudukanku ?". Allah mewahyukan kepadanya ,"Wahai Nabi Adam, engkau mewariskan keletihan dan kepenatan, Engkau juga mewariskan kepada mereka permohonan taubat.  di antara mereka yang memohon kepadaku, Aku akan menyambutnya. hai nabi Adam ! Aku mengumpulkan orang orang yang bertaubat di dalam kubur mereka sebagai orang orang yang senang dan bergembira. selain itu doa mereka di kabulkan ". - ORG BERTAUBAT DITERIMA ALLAH DAN BERSENANG GEMBIRA DI BARZAKH

Rasulullah bersabda, "Allah memberi ampunan kepada orang yang melakukan kejahatan pada malam hari hingga siang dan kepada yang berbuat jahat pada siang hingga malam , hingga ketika matahari terbit dari arah terbenamnya. " - PINTU TAUBAT TERBUKA LUAS

sabda Rasulullah, "kalau kamu tahu semua kesalahan hingga mencapai langit kemudian kamu menyesal, nescaya Allah mengampuni kamu." . " Ada seorang hamba yang melakukan dosa , lalu dimasukkan ke syurga." - DOSA SELUAS LANGIT DIAMPUNI DGN TAUBAT

"penebusan dosa adalah penyesalan." " orang yang bertaubat dari perbuatan dosa adalah seperti tidak berdosa." - BERTAUBAT BERSIH SPERTI TIDAK BERDOSA

Rasulullah bersabda, "Kebaikan itu menghapuskan keburukan seperti air menghilangkan kekotoran. "

al Fudhail berkata bahawa Allah berfirman , "Sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang yang berdosa bahawa jika mereka bertaubat, Aku akan menerima taubat mereka." - KHABAR GEMBIRA UTK YG INGIN BERTAUBAT

- diriwayatkan dari Sayyidina Ali , Rasulullah bersabda, " Tertulis di sekitar arasy pada 4000 tahun sebelum penciptaan makhluk : Sungguh Aku Maha Pengampun kepada orang orang yang bertaubat , beriman, beramal soleh dan kemudian mendapat petunjuk." - BESARNYA PINTU TAUBAT ,ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT

Taubat nasuha ialah keadaan ketika seorang hamba bertaubat secara zahir dan batin, menyesali perbuatannya dan berniat tidak akan mengulangi kesalahannya lagi. - CARA BERTAUBAT

Perumpamaan orang yang bertaubat secara zahir sahaja ialah seperti sampah yang dibungkus kain sutea, sehingga manusia memandang dengan rasa takjub, apabila disingkap manusia pun berpaling darinya. - TAUBAT PERLU ZAHIR DAN BATIN , SUPAYA BENAR BENAR TAUBAT

- dari Ibnu Abbas diriwayatkan, "Betapa banyak orang yang bertaubat datang pada hari kiamat. mereka menyangka sudah bertaubat padahal mereka tidak bertaubat . ( maksudnya tidak memenuhi syarat taubat seperti menyesal + niat tidak mengulangi perbuatan itu ). - RAMAI ORG SANGKA BERTAUBAT TAPI X DITERIMA

 - al Faqih abu al Laits meriwayatkan Sayyidina Umar datang menemui Rasulullah sambil menangis, "Ya Rasulullah, di pintu ada seorang pemuda telah menggentarkan hati saya. ia menangis." jawab Umar. 

Rasulullah bertanya pada pemuda itu, "mengapa engkau menangis , anak muda ?"

"Ya Rasulullah , saya menangis kerana banyaknya dosa saya dan takut terhadap murka Allah pada diri saya."

Rasullulah menjawab "Allah mengampuni dosamu walau sebesar 7 lapis langit, bumi dan gunung ."

"ya Rasulullah, dosa saya lebih besar dari itu."

"manakah yang lebih besar ? dosamu atau al kursi ?"

"dosaku lebih besar, ya Rasulullah."

"manakah lebih besar ? Dosamu atau Tuhanmu, yakni keampunan Allah ?"

"Tentu Allah yang Maha Besar dan Maha Agung".

"Tidak ada yang mengampuni dosamu yang besar kecuali Tuhan yang Maha Besar, yakni besar ampunanNya."

kemudian Rasulullah meminta padanya, "Beritahulah kepadaku, apakah dosamu itu ?"

"Saya malu kepada mu ya Rasulullah".

"katakan sahaja, apakah dosamu ?"

"Ya Rasulullah , saya biasa menggali kubur sejak berumur 7 tahun . kali terakhir, ada budak perempuan kaum Ansar meninggal dunia. Saya menggali kuburnya dan mengambil kain kafannya. Baru beberapa langkah saya beranjak dari tempat itu, syaitan menggoda saya. Saya kembali dan menyetubuhi mayat itu. Akan tetapi belum sempat saya beredar jauh dari situ, tiba tiba budak perempuan itu berdiri dan berkata, "Celakalah engkau, hai anak muda. Tidakkan engkah malu kepada Hakim yang mengambil tebusan dari orang zalim untuk orang yang teraniaya ? Engkau meninggalkan aku dalam keadaan telanjang dalam kumpulan orang orang mati dan engkau menghadirkan aku di hadapan Allah dalam keadaan junub."

Rasulullah terkejut mendengar pengakuan anak muda itu lalu menolak tengkuknya . baginda berkata, "Hai Orang fasik, engkau layak masuk neraka. Pergilah dariku !"

Anak muda itu meninggalkan Rasulullah dan bertaubat pada Allah selama 40 malam. setelah berlalu 40 malam , ia mengangkat kepalanya ke langit dan berkata, "Duhai Tuhan Muhammad, Adan dan Ibrahim, Jika Engkau mengampuniku, beritahulah kepada Muhammad dan para sahabatnya. Jika tidak, kirimlah kepada ku api dari langit, bakarlah aku dengannya. akan tetapi, selamatkanlah aku dari seksa akhirat. "

lalu Jibril datang kepada Nabi Muhammad dan berkata, "Wahai Muhammad, Tuhan menyampaikan salam kepada anda dan mengatakan kepada anda, 'Engkau telah menciptakan manusia'.

Nabi Muhammad menjawab, "Tidak, melainkan Dia yang menciptakan ku dan menciptakan mereka, serta memberi rezeki kepadaku dan kepada mereka."

Jibril berkata , "Allah menyampaikan kepada anda. 'Aku telah mengampuni anak muda itu'.

nabi Muhammad memanggil anak muda itu dan menyampaikan khabar gembira bahawa Allah telah mengampuninya. - ALLAH TERIMA TAUBAT DOSA TERBESAR PGGALI KUBUR SETUBUHI MAYAT

- pada zaman nabi Musa , ada seorang lelaki yang tidak boleh bertaubat dengan baik, setiap kali dia bertaubat, dia akan berbuat kejahatan lagi. hal ini berlangsung selama 20 tahun. Allah lantas mewahyukan kepada Nabi Musa , "Katakanlah kepada hambaKu si fulan bahawa Aku murka kepadanya."

lalu Nabi Musa menyampaikan risalah itu kepada orang tersebut, orang itu bersedih dan pergi ke tengah gurun sahara sambil berkata. "Tuhanku, telah habiskah rahmatMu atau kemaksiatan ku telah merugikan Mu ? Sudah habiskah ampunanMu ? adakah dosa yang besarnya melebihi ampunan Mu ? padahal kemurahan adalah termasuk sifat sifatMu yang qadim. "

Allah berfirman, "Wahai Musa , pergilah kepadanya dan katakan, 'Walaupun dosa dosa mu sepenuh bumi, nescaya Aku mengampuninya setelah engkau mengenal Ku , kesempurnaan kekuasaan , ampunan dan rahmatKu." - SEBENAR BENAR TAUBAT DITERIMA ALLAH 

nabi Muhammad bersabda,"Tidak ada suara yang lebih Allah sukai dari suara hamba yang berdosa lalu bertaubat dengan mengucapkan, "Tuhanku.." hingga Allah berfirman, 'Aku menyambutmu, hambaKu. Mintalah apa yang engkau inginkan. Engkau merupakan hambaKu seperti para malaikatKu. Aku berada di sebelah kananmu, di sebelah kirimu, di atas mu dan dekat pada batin kalbumu, Saksikanlah para malaikat bahawa Aku telah mengampuninya." - ALLAH MENYUKAI RAYUAN TAUBAT HAMBANYA



3- PERTAUBATAN

- bertaubat ialah wajib bagi setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan. 

- orang fasik penderhaka diberi pengampunan dengan taubat dan penyesalan sebelum kematiannya. oleh itu hendaklah anda bertaubat daripada dosa dosa anda sebelum datang kematian dengan harapan Allah akan menerima diri anda. 

- nabi Muhammad bersabda, "Orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak pernah berdosa."

- pada suatu hari Sayyidina Umar berjalan di hadapan penduduk Madinah dan melihat seorang pemuda dengan membawa botol di balik bajunya. Umar bertanya, "Anak muda, apakah yang engkau bawa di balik bajumu ?" botol berisi arak tetapi anak muda malu untuk mengatakannya. dalam hati dia berdoa, "Ya Allah, jangan lah Engkau membuatku malu di hadapan Umar. Janganlah Engkau membuka aibku. Tutuplah aibku di hadapannya. Aku tidak akan minum arak lagi untuk selama lamanya."  kemudian ia berkata, "Amirul Mukminin, yang sayaa bawa ini adalah cuka." Umar meminta pemuda itu menunjukkan kepadanya. Lalu pemuda itu menunjukkan botol tersebut pada Sayyidina Umar dan Umar melihat arak itu benar benar telah menjadi cuka. perhatikan makhluk yang bertaubat kerana takut kepada makhluk lain. Allah mengubah arak menjadi cuka kerana diketahui ada pertaubatan yang ikhlas darinya. maka, seandai orang bermaksiat menghenti perbuatan kejinya, bertaubat semurni murninya(taubatan nasuha) dan menyesal atas perbuatannya , Allah akan mengubah arak kejahatannya kepada cuka ketaatan. - TAUBAT IKHLAS KERANA ALLAH AKAN DITERIMA

- seorang perempuan zaman Rasulullah diterima taubatnya atas dosa berzina dan membunuh anak hasil perzinaan itu , taubatnya diterima Allah. - PENZINA DAN BUNUH ANAK ZINA DITERIMA TAUBATNYA

- zaman al hasan al Basri, Uthbah al Ghulam seorang fasik dan penderhaka dikenali dengan kekejiannya dan suka minum arak , bertaubat di hadapan Hasan al Basri, dia berdoa 3x, doa pertama , "Tuhanku, jika Engkau menerima  taubatku dan mengampuni dosa dosaku , muliakanlah aku dengan  pemahan dan hafalan sehingga aku dapat menghafal setiap ilmu dan al Quran yang aku dengar". doa kedua,"Tuhanku, muliakan aku dengan suara yang indah hingga setiap orang yang mendengar bacaanku akan bertambah kelembutan kalbunya walaupun kalbu itu mengeras. doa ke-3 , "Tuhanku, muliakanlah aku dengan rezeki yang halal dan berikan aku rezeki dari arah yang tidak disangka." kemudian Allah mengabukan semua doanya hingga bertambah pemahaman dan hafalannya, apabila dia membaca alQuran, setiap orang yang mendengar bacaan nya terus bertaubat . Setiap hari di dalam rumahnya , ada semangkuk kuah dan roti tanpa diketahui siapa meletakkannya di situ. hal ini berlanjutan hingga dia meninggal dunia. inilah keadaan orang yang kembali kepada Allah kerana Allah tidak menghilangkan pahala orang berbuat baik. - ORG BERTAUBAT DAN MEMOHON DOA DIKABUL ALLAH  + DOA YG BAIK UTK ANAK ANAK

- ulama' ditanya apakah tanda taubat diterima, jawabnya, " tidak ada ketentuan namun ada tanda yakni (1) ia melihat dirinya terpelihara dari maksiat , (2) ia melihat kegembiraan hilang dari kalbunya, (3) ia dekat dengan orang soleh dan jauh dari orang fasik. (4) ia melihat sedikit dunia itu seperti sudah melimpah dan banyaknya amalan akhirat seperti sedikit. (5) ia melihat kalbunya sibuk dengan hal hal yang difardhu oleh Allah, (6) selalu menjaga lidahnya , (7) melazimkan kesedihan dan sesal atas dosa dosa lalunya. - TANDA TANDA TAUBAT DITERIMA



4 - CINTA (MAHABBAH )

- dikisahkan ada seseorang melihat makhluk yang sangat hodoh di padang sahara. lalu ia bertanya, "Siapakah kamu ?" jawab makhluk hodoh itu, "Aku adalah amal burukmu." "Apakah yang dapat menyelamatkan aku darimu ?" jawabnya, "Selawat pada Nabi Muhammad sebagaimana sabda baginda, "Selawat itu berada di atas cahaya , di atas as Sirath, barang siapa berselawat padaku pada hari jumaat sebanyak 80 kali, Allah akan mengampuni dosa dosanya selama 80 tahun." - SELAWAT 80x HARI JUMAAT DIAMPUNI DOSA 80 TAHUN

- ada seorang tidak pernah selawat pada Rasulullah, suatu malam ia bermimpi dalam mimpinya, Rasulullah tidak menoleh kepadanya. dia bertanya mengapa, jawab Rasulullah, "Kerana aku tidak mengenalmu ." "engkau tidak mengingatiku dengan selawat. sebab , aku mengenali umatku menurut kadar selawat mereka kepadaku." orang itu tersedar dari tidur dan mewajibkan dirinya untuk selalu berselawat setiap hari sebanyak 100 kali. selang beberapa waktu, ia bermimpi lagi bertemu Rasulullah, baginda berkata, "Kini aku mengenalimu dan aku akan memberikan syafaatku kepadamu kerana engkau telah menjadi pencinta Rasulullah." - ORG TIDAK LAZIM BERSELAWAT TIDAK DIKENALI RASULULLAH, KISAH SELAWAT 100 KALI SEHARI DIKENALI NABI DAN MENDAPAT SYAFAAT 

- cinta orang Mukmin pada Allah adalah patuh perintahNya + utamakan ketaatan kepadaNya + mencari redhaNya . sedangkan kecintaan Allah kepada orang mukmin ialah Dia memuji mereka serta memberi pahala + ampunan + nikmat + rahmat + pemeliharaan dan taufik kepada mereka.

- dalam al Ihya' , Imam Ghazali berkata , "barangsiapa mengaku 4 tetapi bukan 4 bererti ia berdusta. Siapa mengaku cinta syurga tetapi tidak mengamalkan ketaatan, ia berdusta. siapa mengaku cinta Rasulullah tetapi tidak mencintai para ulama dan orang miskin , ia berdusta + siapa mengaku takut neraka tetapi tidak tinggalkan kemaksiatan, ia berdusta,+ siapa mengaku cinta Allah tetapi mengeluh terhadap ujian, ia juga berdusta."

- antara tanda cinta pada Allah, (1) meninggalkan syahwat yang diharamkan kerana Allah + (2) meninggalkan makan minum kerana Allah + (3)..maka jika tidak dapat dikerjakan kebaikan di atas walau sedikit pun, maka pengakuan cinta itu hanyalah kata kata yang tidak bermakna , tidak bermanfaat 

- Sayyidina Ali berkata, " Barang siapa merindukan syurga, bersegeralah menuju kebaikan, barang siapa takut kepada neraka, cegahlah diri dari syahwat . Barang siapa meyakini kematian, hendaklah memandang remeh kelazatan." - PANDANG REMEH KELAZATAN TANDA KEBAIKAN 



5- TAAT SERTA CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH

- kecintaan hamba pada Allah dan rasulNya ialah ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah dan rasulNya sedangkan cinta Allah pada hambaNya ialah limpahan keampunanNya pada mereka. - TANDA CINTA PADA ALLAH DAN TANDA CINTA ALLAH PADA HAMBANYA

- mahabbah ditafsir sebagai keinginan untuk taat dan ikut Rasulullah dalam ibadatnya. merupakan dorongan pada ketaatan kepadaNya.

- Basyar al Hafi bermimpi bertemu Rasulullah, baginda bertanya, "wahai Basyar, tahukah engkau dengan apa Allah meninggikanmu di antara kawan kawanmu ?" hawab baginda, "dengan baktimu terhadap orang soleh, nasihatmu kepada saudara saudaramu, kecintaanmu kepada sahabatmu, dan pengikut sunnahku, serta kepatuhan mu kepada sunnahku."

- Sahal ibn Abdullah makan setiap 15 hari sekali. ketika memasuki Ramadan, ia tidak makan kecuali sekali sahaja, sesekali ia menahan lapar sehingga 70 hari. apa bila makan  , badannya menjadi lemah, akan tetapi jika lapar , badannya menjadi kuat. ia beriktikaf di masjidil haram selama 30 tahun tanpa terlihat makan dan minum. ia tidak membiarkan walau sesaat pun berlalu tanpa berzikir kepada Allah. - HEBATNYA WALI ALLAH TERAMAT KURANG MAKAN MINUM UTK IBADAT

- Tidak membangga diri + tidak membanggakan amal hingga kerana ujub termasuk sifat syaitan. + pandanglah diri dengan mata kehinaan + pandanglah orang soleh dengan mata kemuliaan . - SENTIASA RASA DIRI HINA DAN MULIAKAN ORG SOLEH 

- firman Allah ketika Rasulullah melakukan mikraj, "Wahai Ahmad, jika engkau ingin menjadi orang yang paling warak, zuhudlah di dunia dan cintailah akhirat. "Tuhan, bagaimana cara agar saya zuhud di dunia ?"tanya baginda. "Ambillah dari dunia itu sekadar memenuhi keperluan makan, minum, dan pakaian. Janganlah menyimpannya untuk hari esok dan biasakanlah berzikir kepada Ku."Allah menjawab. "Tuhan, bagimana caranya aku membiasakan berzikir kepadaMu ?" tanya rasulullah. "Dengan mengasingkan diri dari manusia, gantilah tidurmu dengan solat dan makanmu dengan lapar."Jawab Allah. - SIFAT ZUHUD - KURANG MAKAN MINUM , BANYAKKAN ZIKIR

- seorang doktor ditanya, "dosa menghitamkan hati sehingga menjadi keras dan kering. apakah anda dapat mengubatinya ?" tanya orang soleh itu. "Ubatnya ialah ketuundukan, permohonan bersungguh sungguh istighfar di tengah malam dan siang hari. + bersegera menuju ketaatan + memohon keampunan , inilah ubat penyakit hati dan kesembuhan dari Zat Yang Maha Tahu atas segala yang ghaib."jawab doktor. - ISTIGHFAR TAUBAT BERSUNGGUH2 DI MALAM HARI UTK UBATI DOSA HITAMNYA HATI

- seorang ulama' berkata, "Makrifat yang benar ialah menceraikan dunia dan akhirat , serta menyendiri untuk Allah. Ia mabuk kerana tegukan mahabbah. lalu ia tidak sedar kecuali ketika melihat Allah. Ia berada di atas cahaya dari Tuhannya."



6- KERINDUAN ('ISYQ)

- Cinta ialah kecenderungan tabiat pada sesuatu yang menyenangkan. Jika kecenderungan itu menjadi teguh dan kuat, ia di namakan 'Isyq (kerinduan ) . Kerinduan itu terus meningkat sehingga pencipta menjadi budak bagi kekasihnya. Ia akan memberi segala yang dimilikinya untuk kekasihnya. - TAHAP CINTA MENJADI RINDU 

- Isyq ialah mengoyak tabir dan menyingkap rahsia. Wajd (keghairahan/kecintaan luar biasa) adalah ketidak mampuan roh menahan dominasi kerinduan (syawq) ketika dirasakan manisnya zikir. - LAZAT CINTA BILA ROH TIDAK MAMPU MENAHAN RINDU DARI MANISNYA ZIKIR


- Nabi Isa melintasi pemuda yang menyiram kebunnya dan pemuda itu memohon dianugerahkan kecintaan kepada Allah walau sebesar biji sawi, nabi Isa jawab dia tidak akan dapat menanggungnya .  lalu ia meminta separuh biji sawi. lalu Nabi Isa  berdoa, "Tuhanku, anugerahkanlah dia separuh biji sawi kecintaan kepada Mu."selama beberapa waktu Nabi Isa bertanya tentang pemuda itu. lalu diberitahu dia sudah berada di puncak gunung. ia berdiri sendirian atas sebuah batu dan kepalanya memandang ke langit. Nabi Isa memberi salam kepadanya tetapi ia tidak dapat menjawab. Allah berfirman, "Bagaimana dia dapat mendengar ucapan manusia, apabila di dalam kalbunya terdapat separuh biji sawi kecintaan kepada Ku. Demi kemuliaan dan keagunganKu, walau engkau memotongnya dengan gergaji , nescaya ia tidak akan menyedari hal itu." - KISAH ORG DIBERI SEPARUH BIJI SAWI KECINTAAN PADA ALLAH  ZAMAN NABI ISA , HAKIKAT KECILNYA SAIZ KECINTAAN KITA SELAMA INI 

- siapa mengharap 3 perkara tetapi tidak menyucikan diri dari 3 yg lain bererti ia tertipu. Pertama, orang mengaku mengharap manisnya zikir tetapi mencintai keduniaan, ke-2 mengharap cinta akan keikhlasan dalam perbuatan namun menyukai sanjungan manusia, ke-3 mengharap cinta kepada Pencipta namun tidak menundukkan diri kepadaNya. - CINTA DUNIA TIDAK DPT MERASAI MANIS ZIKIR

- Rasulullah bersabda, "akan datang umatku mencintai 5 hal namun melupakan 5 hal lain, (1) Mencintai dunia dan melupakan akhirat, (2) mencintai harta dan melupakan penghisaban (3) mencintai makhluk dan melupakan Pencipta , (4) mencintai dosa dan melupakan taubat , (5) mencintai istana dan melupakan kubur. - CINTAI 5 PERKARA DAN HINDARI 5 PERKARA

- Mansur ibn Ammar menasihati pemuda, "Anak muda, jangan sampai kemudaanmu menipumu. Betapa ramai pemuda menunda taubat, memanjangkan angan angan dan tidak mengingati kematian. ia mengatakan aku akan bertaubat esok atau lusa lalu malaikat maut datang kepadanya sementara ia lupa untuk bertaubat. setelah dimasukkan ke dalam kubur, harta,budak, anak, bapa, dan ibunya tidak memberi manfaat kepadanya. - ORG DILALAI DARI BERTAUBAT TIDAK SEMPAT BERTAUBAT

- sifat orang mukmin ialah bertaubat pada hari saat itu, ia menyesali perbuatan perbuatan dosanya dan meredhai makanan duniawi secukupnya. ia tidak disibukkan oleh keduniaan , melainkan disibukkan dengan amalan akhirat dan menyembah Allah dengan keikhlasan. - SIFAT MUKMIN SEGERAKAN TAUBAT, TIDAK MENUNDA TAUBAT



7 - MELUPAKAN ALLAH , FASIK DAN MUNAFIK

-  seorang perempuan datang pada hasan albasri meminta ajarkan padanya cara bertemu anak perempuan nya yang meninggal dunia melalui mimpi. lalu diajarkan padanya dan perempuan itu bermimpi melihat anaknya sedang berpakaian dari tar dan lehernya terdapat rantai dan pada kakinya ada ikatan. al Basri dikhabarkan tentang hal itu sehingga ia bersedih. setelah berlalu beberapa waktu, al Hasan al Basri melihat anak perempuan itu di syurga dan pada kepalanya terdapat mahkota.  Hasan al Basri bertanya, "Apa yang membuatmu kelihatan seperti sekarang ?" Jawab anak perempuan itu, "Seorang lelaki berjalan di atas kubur kami. lalu ia membaca selawat kepada Rasulullah 1 kali. padahal ketika itu ada 550 orang sedang diseksa. tiba tiba ada seruan ,"Hentikan penyeksaan kepada mereka berkat selawat orang ini !" - dengan selawat seseorang, mereka dianugerahi keampunan di alam barzakh. Jadi barangsiapa berselawat sejak 50 tahun yang lalu, tidakkan ia beroleh syafaat pada hari kiamat ? - BERKAT SELAWAT ORG ZIARAH KUBUR, AHLI KUBUR DIAMPUNI DI BARZAKH

- Allah mencipta neraka memiliki 7 pintu dari besi yang dicap kata "Laknat" . di dasarnya tercetak "Seksaan" dan di atasnya tercetak "Kemurkaan" . di atas , di bawah , di kiri dan kanan penghuninya terdapat api. 

- dalam sebuah hadis, Nabi bertanya pada Jibril , "jelaskan kepadaku neraka dan panasnya." Jelas Jibril, " Allah menyalakan neraka 1000 tahun hingga merah menyala. kemudian dinyalakan lagi 1000 tahun hingga hitam kelam.  Kalau pakaian penghuni neraka ditunjukkan kepada para penghuni bumi, nescaya mereka semua mati. Kalau ditimba minumannya lalu dituang ke air di bumi semuanya, nescaya mati orang yang meminumnya, di neraka terdapat rantai panjang 70 hasta. setiap hasta panjang dari barat ke timur. kalau sehasta itu di letak di atas gunung, nescaya gunung itu hancur. kalau seorang dimasukkan ke dalam neraka lalu dikeluarkan darinya, nescaya semua penghuni bumi mati kerana bau busuknya." - PAKAIAN AHLI NERAKA DITUNJUK PADA PENDUDUK DUNIA, PASTI AKAN MATI SEMUANYA

- Rasulullah bertanya pada Jibril penghuni setiap pintu neraka. Jibril menjawab, "Yang paling bawah dihuni oleh orang orang munafik dinamakan al Hawiah, pintu ke-2 dihuni orang orang musyrik yakni al Jahim, pintu ke-3 dihuni oleh para penyembah bintang dinamakan al Saqar, pintu ke-4 dihuni oleh iblis dan para pengikutnya dari orang Majusi yakni Lazha. Pintu ke-5 dihuni oleh orang Yahudi yakni al Huthamah, pintu ke-6 dihuni orang Nasrani yakni as Sa'ir." kemudian Jibril diam, Rasulullah bertanya, :mengapa engkau tidak memberitahu kepadaku penghuni pintu ke-7?"  "jibril berkata, "Di situ adalah tempat orang berbuat dosa dosa besar di antara umat anda. Mereka mati tanpa sempat bertaubat." - TINGKAT NERAKA , ORG BERDOSA BESAR TIDAK SEMPAT TAUBAT DI PINTU KE 7

- Rasulullah melihat negeri menakutkan sebelum tabir dibuka.Baginda menghadap Zat yang Maha Pemberi Seksa lagi Maha Perkasa dan diperintahkan melihat neraka. betapa ramai orang tua di neraka berseru ,"Oh, masa tuaku !". betapa banyak orang muda di neraka berseru, "Oh masa mudaku !". betapa banyak perempuan di neraka berseru,:Oh, betapa tercelanya diriku !" lalu baginda mengoyak kedua tabirnya. nampaklah wajah dan tubuh mereka yang sudah menghitam, tulang punggung mereka remuk, yang tua tidak berwibawa, yang muda tidak punya rasa kasih sayang dan yang perempuan tidak berpakaian."  Ya Allah lindungi kami dari api neraka dan dari setiap perbuatan yang mendekatkan kami ke neraka , masukkan kami ke dalam syurga . Tutuplah aurat kami, Janganlah Engkau nampakkan aib kami di hadapan Mu, duhai Yang Maha Pengasih dari semua pengasih." - KEADAAN AHLI NERAKA DISEKSA


8 - SYUKUR

- ketika turun ayat tentang harta pusaka, sayyidina Umar bertanya kepada Rasulullah , "apakah harta yang harus diambil?" baginda menjawab," hendaklah siapapun di antara kamu mengambil lisan  yang selalu berzikir dan hati yang selalu bersyukur. Dia memerintahkan agar kita mengumpulkan hati yang selalu bersyukur sebagai ganti mengumpulkan harta. " - LISAN BASAH BERZIKIR + HATI BERSYUKUR LEBIH MULIA DARI KUMPUL HARTA

- Rasulullah bersabda,"Pada hari kiamat ada seruan agar dibangkitkan al Hammadun. mereka bangkit dalam satu golongan lalu diberikan bendera kepada mereka dan mereka pun masuk syurga." tanya para sahabat. "siapakah al Hammadun itu ". Rasullulah bersabda, " mereka ialah orang orang bersyukur kepada Allah dalam apa keadaanpun . (dalam hadis lain disebut bersyukur dalam kesempitan dan kelapangan.) - SYUKUR DLM SEMPIT DAN LAPANG


9 - KEUTAMAAN ZIKIR PADA ALLAH

- "kemudian apabila kamu telah selesai solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring" - surah an Nisaa :103 , ibnu abbas menerangkan maksud ayat ialah pada malam dan siang hari, di daratan dan lautan, dalam perjalanan dan ketika di rumah, ketika kaya dan dalam miskin, ketika sakit dan sihat, serta secara tersembunyi dan terang terangan."- AMALKAN ZIKIR LEPAS SOLAT + SPANJANG MASA

- "dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)- surah Al Ankabut :45, ibnu abbas berkata, ayat di atas ada 2 makna , (1) zikir Allah kepada anda lebih besar dari zikir anda kepadaNya , (2) zikir kepada Allah lebih utama dari seluruh ibadah yang lain."

- Rasulullah bersabda, "Orang berzikir kepada Allah di tengah orang orang yang lalai ialah seperti pohon hijau di tengah pohon pohon yang kering. Orang berzikir kepada Allah di tengah orang orang lalai ialah seperti orang berjuang di tengah orang orang yang lari dari medan perang." - LEBIH ZIKIR DI TENGAH ORG ORG LALAI 

- sabda Rasulullah, "barang siapa yang ingin tinggal di taman taman syurga , hendaklah ia memperbanyakkan zikir kepada Allah."

- Laluilah waktu pagi dan petang dalam lisan basah kerana zikir kepada Allah nescaya anda melalui waktu pagi dan petang itu tanpa ada dosa pada diri anda. berzikir pada Allah waktu pagi dan petang adalah lebih utama dari menebas pedang di jalan Allah dan dari memberikan harta kerana kedermawanan. - ZIKIR PAGI PTG MHAPUS DOSA

- abu Darda' meriwayatkan Rasulullah bersabda, "Mahukah aku memberitahumu perbuatan lebih baik dan lebih suci antara barang milikmu, lebih tinggi antara darjatmu, lebih baik bagimu dari pemberian wang dan emas, serta lebih baik bagimu dari menghadapi musuhmu dan menebas leher mereka ?" sahabat bertanya, "Ya Rasulullah , apakah itu ?" Baginda menjawab, "Selalu berzikir kepada Allah."

- al fudhail berkata, telah sampai khabar kepada kami bahawa Allah berfirman, "hamba Ku, berzikirlah kepadaKu sesaat setelah solat subuh dan sesaat setelah solat asar, sehingga Aku memenuhi keperluanmu di antara waktu itu." - ZIKIR LEPAS SUBUH DAN ASAR DIPENUHI KEPERLUAN OLEH ALLAH

- seorang ulama berkata Allah berfirman, "Apabila Aku memerhatikan hati seorang hamba , lalu Aku mendapati sebahagian besarnya berpegang pada zikir kepadaKu, maka Aku mengawasi kebijaksanaannya, menjadi teman duduknya , teman bicaranya dan kekasihnya."

- al Hasan berkata, zikir ada 2 , (1) zikir kepada Allah antara diri anda dan Allah, serta yang lebih bagus , lebih besar pahalanya dan lebih utama dari itu, (2) zikir kepada Allah ketika menghadapi sesuatu yang diharamkannya."

- diriwayatkan bahawa setiap nyawa keluar dari dunia dalam keadaan haus kecuali nyawa orang yang berzikir kepada Allah. - NYAWA ORG SUKA ZIKIR TIDAK HAUS

- Rasulullah bersabda, "Tidak duduk kaum di dalam sebuah majlis sambil berzikir kepada Allah melainkan para malaikat mengelilingi mereka, mencurahkan rahmat kepada mereka dan Allah pun menyebut mereka di kalangan para malaikat yang ada di sisiNya." - HADIR MAJLIS ZIKIR DIKELILINGI + RAHMAT DARI MALAIKAT

- "Tiadalah suatu kaum berkumpul serta berzikir kepada Allah tanpa menginginkan sesuatu selain keredhaan Allah melainkan penyeru dari langit memanggilnya ,'Berdirilah dengan keampunan bagimu. Keburukan mu telah diganti dengan kebaikan." - MAJLIS ZIKIR HARAP REDHA ALLAH DIAMPUN DOSA

- "Tidak duduk satu kaum tanpa berzikir kepada Allah dan tidak berselawat pada Rasulullah melainkan kerugian bagi mereka pada hari kiamat." - SESAL DI AKHIRAT TANPA ZIKIR DAN SELAWAT

- Abu Hurairah berkata, "Penghuni langit memerhatikan rumah rumah penduduk bumi yang disebutkan nama Allah sebagaimana mereka memerhati bintang bintang." - RUMAH YG ADA ZIKIR UMPAMA BINTANG DI LANGIT

- al A'masy meriwayatkan hadis dari Abu Salih , dari Abu Hurairah dan Abu Said, Rasulullah bersabda, "Allah memiliki para malaikat yang selalu memujiNya di bumi. mereka mencatat amalan manusia,. apabila mereka menemui satu kaum sedang berzikir kepada Allah, mereka menyeru ,"marilah menuju sasaran." para malaikat datang dan mengelilingi mereka. kemudian mereka kembali ke langit. Allah bertanya, "Apa yang hamba hamba Ku kerjakan ketika kamu meninggalkan mereka ?" para malaikat menjawab, "kami meninggalkan mereka dalam keadaan mereka memuji, memuliakan dan mensucikan Mu." Allah bertanya, "Adakah mereka melihat Ku?" malaikat menjawab, "Tidak". Allah bertanya lagi, "Bagaimana seandainya mereka melihat Ku?" Para malaikat menjawab, "Seandaianya mereka melihatMu, nescaya mereka akan lebih banyak bertasbih dan memuliakan Mu !" Allah bertanya lagi, "Dari apa mereka memohon perlindungan  ?" para malaikat menjawab,"Dari api neraka !" Allah bertanya lagi, "Adakah mereka melihatnya ?" . para malaikat menjawab, "Tidak". Allah bertanya lagi, "bagaimana seandainya mereka melihat nya ?" para malaikat menjawab,"Seandainya mereka melihatnya , nescaya mereka lebih takut padanya dan lebih banyak berusaha menghindarinya. " Allah bertanya lagi,"Apa dicari oleh mereka.?" malaikat menjawab,"Syurga." Allah bertanya, "Apakah mereka melihatnya ?" malaikat menjawab , "Tidak" Allah bertanya lagi, "bagaimana seandainya mereka melihatnya ?" para malaikat menjawab,"Seandainya mereka melihatnya , nescaya lebih besar lagi keinginan mereka." Allah berfirman, "Aku bersaksi kepada kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka." - MAJLIS ZIKIR DIAMPUN DOSA 

- Rasulullah bersabda, "Ucapan yang paling utama yang diucapkan oleh aku dan para nabi sebelumku adalah La ilaha illallah wahdahu la syarikalah

- "Barang siapa mengucapkan , La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu  wa huwa 'ala kulli syai'in qadir ( Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Nya, milik Nya kerajaan dan segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu ), setiap hari 100x  maka ia diberi pahala sama dengan pahala memerdekakan 10 hamba sahaya + ditulis baginya 100 kebaikan + dihapuskan darinya 100 keburukan. selain itu baginya perlindungan dari syaitan pada hari itu sehingga malam. Tidak ada seorang pun memperoleh sesuatu yang lebih utama dari itu selain yang mengamalkannya lebih dari itu" - ZIKIR DIBACA 100X BESAR GANJARAN

- "Tiadalah seorang hamba berwuduk , kemudian mengangkat kedua tangannya lalu berdoa, Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarikalah wa asyahadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya) , melainkan dibukakan baginya pintu pintu syurga . ia masuk dari pintu mana sahaja yang disukainya." - DOA LEPAS WUDU' DAN FADILAT


10 - TAFAKKUR

- Allah memerintahkan tafakur dan tadabbur dalam beberapa ayat dalam Quran.

- Allah memuji orang orang yang suka bertafakkur , firman Allah , "iaitu orang orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) :wahai Tuhan kami ! tidaklah engkau menjadikan benda benda ini dengan sia sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. - surah ali Imran : 191 - FIKIR TANDA KEKUASAAN ALLAH + ZIKIR

- ibnu Abbas berkata , "suatu kaum memikirkan Allah kemudian Rasulullah bersabda, 'fikirkanlah ciptaan Allah, jangan berfikir tentang Zat Allah kerana kamu tidak akan sanggup memikirkannya."

- Khalifah Umar ibn Abdul Aziz berkata, "Bertafakur tentang nikmat Allah adalah termasuk ibadah yang paling utama." - RENUNG DAN INGATI NIKMAT ALLAH

- Abu Syuraih ditanya kenapa dia duduk menyelimuti dirinya dengan jubahnya dan menangis, ia menjawab, "Aku bertafakur atas hilangnya sebahagian umurku + sedikitnya amalanku + semakin dekat ajalku."

- Abu sulaiman berkata, "Tafakur di dunia ialah hijab dari akhirat yang mewariskan hikmah (kebijaksanaan ) dan menghidupkan hati."

- Ibnu abbas berkata, "Tafakkur tentang kebaikan mendorong orang untuk mengamalkannya, penyesalan akan kejahatan mendorong orang untuk meninggalkannya."

- ada 4 keutamaan. (1) kebijaksanaan (hikmah) tiangnya ialah tafakur , (2) kesucian diri - tiangnya adalah menjaga syahwat, (3) kekuatan - tiangnya ialah mengawal marah, (4) pengamalan rohaniah - tiangnya ialah keseimbangan kekuatan kekuatan nafsu.



11 - LANGIT DAN JENIS JENIS MAKHLUK

- diriwayatkan benda pertama dicipta Allah ialah mutiara. lalu Allah memandangnya dengan pandangan kebesaran , ia lantas mencair dan bergetar kerana takut kepada Allah . Jadilah ia air. kemudian Dia memandangnya lagi dengan pandangan kasih sayang. lalu sebahagiannya membeku. kemudian darinya diciptakan Arasy. lalu Arasy pun bergetar. selanjutnya Allah menuliskan padanya kalimat La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah . kerananya tenanglah Arasy. Sedangkan air dibiarkan dalam keadaannya semula, bergetar hingga hari kiamat. kemudian air itu berkocak dan bergelombang, darinya naiklah wap, sebahagiannya naik dan bertompok di atas sebahagian lain. padanya ada buih. dari buih itu Allah mencipta langit dan bumi berlapis lapis. Jadilah keduanya rapat. Disitu Allah menciptakan angin. lalu angin membelah lapisan lapisan langit dan bumi. - PENCIPTAAN ARASY DAN ALAM 

- sebahagian ahli hikmah berkata, "Allah menciptakan langit dari asap bukan dari wap, sebab asap dicipta saling mengikat bahagian bahagiannya dan menetap dihujungnya. sedangkan wap bahagiannya saling menolak. ia termasuk kesempurnaan ilmu dan kebijaksanaan Allah. Kemudian Allah memandang air dengan pandangan rahmat hingga air membeku. 

- jarak antara langit dan bumi begitu juga antara setiap langit ialah sejauh perjalanan 500 tahun. begitu juga ketebalan setiap lapis langit. - JARAK BUMI-LANGIT 500 TAHUN 

- Ada yang mengatakan langit itu lebih putih dari susu namun kelihatan biru kerana birunya Gunung Qaf namanya Raqi'ah. LANGIT yang ke-2 dari besi berkilau cahaya dan bernama Faidum atau Ma'un. Yang ke-3 dari tembaga dan disebut Malakut atau Hariyun, Yang ke-4 dari perak putih, hampir hampir cahayanya menyilaukan mata, disebut az Zahirah. ke-6 dari mutiara berkilau cahaya disebut al Khalishah. yang ke -7 dari yakut(batu permata) merah dan disebut al Labiyah atau ad Dami'ah. di sinilah Baitul Makmur yang memiliki 4 batang tiang  yakni dari yakut merah, zamrud hijau , perak putih dan emas merah. - 7 LAPIS LANGIT 

- diriwayatkan bahawa Baitul Makmur itu dari batu 'akik. setiap hari, 70 ribu malaikat memasukinya tanpa keluar lagi hingga hari kiamat. menurut riwayat dipercayai, bumi lebih utama dari langit kerana para nabi diciptakan darinya dan dikuburkan di dalamnya. sedangkan lapisan bumi yang paling utama ialah permukaannya kerana tempat orang berilmu mengambil manfaat. - BUMI LEBIH UTAMA DARI LANGIT

- dari ibnu abbas diriwayatkan langit yang paling utama ialah bahagian atasnya yang bersambung dengan Arasy dan kerana semua bintang yang bermanfaat menetap di situ kecuali 7 bintang yang bergerak. bintang yang terakhir itu tempat menetapnya ada di 7 lapisan langit. ia bergerak di langit ke-7 iaitu pada hari Sabtu. Musytari bergerak di langit ke-6 pada hari khamis. Marikh bergerak di langit ke-5 pada hari selasa. Matahari bergerak di langit ke-4 pada hari Ahad. Venus bergerak di langit ke-3 pada hari Jumaat. Utarid bergerak di langit ke-2 pada hari Rabu, bulan bergerak pada langit pertama pada hari isnin.

- yang menakjubkan , Allah mencipta 7 lapisan langit itu dari asap dan masing masing lapisannya tidak serupa. dari langit itu, turun air hujan. dengannya tumbuhlah pelbagai jenis tumbuh tumbuhan dan buah buahan yang berbeza warna dan rasanya . 



12 - AL KURSI, 'ARSY, MALAIKAT, REZEKI DAN TAWAKKAL

- diriwayatkan oleh Sayyidina Ali, al Kursi itu mutiara berkilau. Panjangnya tidak diketahui kecuali oleh Allah. di dalam khabar disebut 7 lapis langit dan bumi dengan al Kursi hanyalah seperti lingkaran di gurun pasir. Sedangkan ibn Majah meriwayatkan langit itu berada dalam rongga al Kursi, sementara al Kursi berada antara 2 'Arasy. - SAIZ KURSI DIBANDING 7 LAPIS LANGIT-BUMI

- Ikrimah berkata, "Matahari ialah 1 bahagian dari 70 bahagian cahaya al Kursi, sedangkan 'Arasy merupakan 1 bahagian dari 70 bahagian as Sutur yakni hijab.  Juga diriwayatkan cahaya hijab itu terbentang sepanjang perjalanan 500 tahun. Kalau tidak begitu, nescaya para pemikul Arasy terbakar oleh cahayanya. Arasy adalah fizik bercahaya dan tinggi di atas al Kursi.

- ini berbeza dengan penjelasan al Hasan al Basri, ada mengatakan al Kursi itu dari yakut merah. ada berpendapat ia dari mutiara hijau. ada berkata ia dari mutiara putih. ada pendapat ia dari cahaya.

- ibnu abbas berkata ketika Allah mencipta para pemikul Arasy, Allah bertitah, Pikullah Arasy Ku. Akan tetapi mereka masih tidak mampu memikulnya meskipun Allah menciptakan seumpama para malaikatt yang ada di 7 langit dan juga selepas dicipta lagi seumpama malaikat yang ada di langit dan makhluk yang ada di bumi, kemudian Allah bertitah, "Ucapkanlah la hawla wa la quwwata illa billah." selepas mengucapkannya, mereka pun mampu memikulnya. kaki mereka lantas menembus ke lapisan bumi ke-7 sekencang angin, ketika kaki mereka tidak bertumpu pada sesuatu apa pun, mereka berpegang pada Arasy. Segala sesuatu dipikul dengan kekuasaan Nya. - KELEBIHAN ZIKIR LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH 

- diriwayatkan, barang siapa pada pagi hari dan petang mengucapkan , "hasbiyallahu la ilaha illa Huwa'alayhi tawakkaltu wa Huwa Rabbul 'arsyil 'azhim(Cukuplah bagiku Allah yang tiada tuhan selain Dia, kepadaNya aku bertawakkal. Dia Tuhan arasy yang agung ) sebanyak 7 x , maka Allah mencukupi segala kepentingannya. dalam riwayat lain disebut, Allah mencukupkan segala kepentingannya berupa urusan dunia dan akhiratnya." - ZIKIR YG DIBACA 7x DICUKUP URUSAN DUNIA AKHIRAT



13 - MELAZIMKAN KETAATAN, MENINGGALKAN YANG HARAM 

- makna ketaatan ialah melaksanakan kewajiban Allah , menjauhi laranganNya dan bersandar pada hukum hukum Nya. - MAKNA TAAT ALLAH 

- pangkal ketaatan ialah pengetahuan kepada Allah + ketakutan kepada Allah + harapan kepadaNya + pengawasan batin terhadapNya untuk beroleh hakikat iman. Tidaklah sah ketaatan kepada Allah kecuali setelah mengenal Nya + mengimani kewujudanNya sebagai pencipta.Yang Maha Mengetahui dan Maha Kuasa + yang tidak tercapai oleh pengetahuan dan tidak dapat dibayangkan oleh fikiran . Tiada sesuatupun yang menyerupaiNya.  Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat - MENGENAL ALLAH 

- seorang arab badwi bertanya pada Muhammad ibn Ali ibn al Husayn , adakah anda melihat Allah ketika beribadah kepadaNya ? ia menjawab,"Aku tidak pernah menyembah Tuhan yang tidak aku lihat". badwi bertanya, "bagaimana anda melihatnya''. Muhammad ibn Ali menjawab, 'Dia tidak dilihat oleh padangan mata , melainkan oleh kalbu dengan hakikat keimanan . Dia tidak digapai oleh pancaindera dan tidak menyerupai manusia. Dia dikenali dengan ayat ayat dan disifatkan dengan tanda tanda. itulah Allah yang tiada tuhan selain Dia Tuhan bumi dan langit." - SIFAT ALLAH

- diriwayatkan oleh Kaab al Ahbar berkata, "Jika anak Adam mencapai keyakinan sebesar biji dalam keagungan Allah, nescaya mereka boleh berjalan atas air dan angin. Maha Suci Zat yang menjadikan pengakuan kelemahan mencapai makrifat Nya sebagai keimanan , sebagaimana Dia menjadikan bagi orang yang diberi nikmat sukar untuk berterima kasih kepadaNya." - ANDAI DPT MEYAKINI AGUNGNYA ALLAH 

- Keimanan mengumpulkan anugerah bagi mereka menurut kadar bahagian masing masing dan memboleh kan mencapai martabat tinggi dalam keikhlasan kepada Allah + bertawakkal kepadaNya + redha akan ketentuanNya. keikhlasan pula ialah keadaan ketika hamba beramal tanpa mengharapkan balasan Pencipta. - MAKNA IKHLAS, TAWAKAL DAN REDHA TAKDIR

- diwajibkan kita beribadah kepadaNya dan mentaatiNya kerana kurnia yang telah diberikan kepada kita dan kebajikan dilimpahkan kepada kita. - WAJIB BERIBADAH 

- tawakkal ialah bersabar pada Allah ketika ada keperluan + bergantung padaNya tika dalam kesempitan + yakin kepadaNya ketika mendapat musibah + jiwa tetap tenang dan hatinya tetap tenteram.  Orang bertawakkal kepada Allah mengetahui bahawa Dia menentukan takdir dan segala sebab berada dalam kebijaksanaan PenciptaNya , mereka tidak bersandar pada bapa, anak, harta dan perbuatan melainkan dengan petunjukNya dan mereka menyerahkan segala urusan kepadaNya. dalam apa keadaan mereka tidak bergantung kecuali pada Allah . barangsiapa bergantung pada Allah, cukuplah Dia baginya. - MAKNA TAWAKAL

- tanda keredhaan ialah berjiwa lapang terhadap takdir berlaku. ulama'berkata orang yang paling dekat kepada Allah adalah yang paling redha terhadap kurniaNya.  ungkapan orang bijak, "Betapa banyak kesenangan yang merupakan penyakit dan sakit merupakan ubat." - REDA DGN TAKDIR ALLAH

- ketaatan hamba tidak akan sempurna kecuali dengan menolak keduniaan, dalam kata hikmah disebut nasihat akan bererti selagi tidak ada hijab menutup hati , hijab itu ialah keduniaan, keduniaan itu sesaat , maka jadikalah ia ketaatan.

- syair abu al Walid , jika aku tahu secara yakin bahawa seluruh hidupku hanya sesaat , tak akan aku mensia siakannya , jadikanlah ia dalam ketaatan  dan kebaikan. - SINGKATNYA MASA DI DUNIA BERBANDING DI AKHIRAT IBARAT SESAAT SAHAJA

- diriwayatkan nabi Isa berkata, "Kebaikan itu pada 3 perkara, ucapan yang bukan zikir kepada Allah bererti ia telah berbuat sia sia, siapa pandangannya bukan mengambil pelajaran maka ia lalai, barangsiapa diamnya bukan tafakur , bererti ia telah main main. - PESAN NABI ISA

- Sayyidina Ali berkata, "mata ialah jalan syaitan , mata segera mempengaruhi anggota anggota tubuh yang lain dan paling kuat pengaruhnya. " - PENGARUH MATA

- abu Darda' memohon wasiat dari Rasulullah, sabda Rasulullah, "Berusaha lah dengan cara halal, buatlah kebajikan, mohonlah rezeki dari Allah setiap hari, anggaplah dirimu berada di kalangan orang mati , hendaklah berwaspada agar jangan membanggakan perbuatan baik kerana ia penyakit paling berbahaya dan mensia siakan perbuatan baik yang lain. kemaksiatan mewariskan kehinaan dan kehancuran , sedangkan ketaatan mewariskan kemuliaan dan keagungan. hendaklah berhati hati dengan riya'." - WASPADA DARI RIYA' DGN AMAL BAIK 

- dikatakan mereka mengerjakan perbuatan baik yang pernah dilihat oleh mereka di dunia namun hari kiamat semua itu diperlihatkan sebagai keburukan kerana riya'

- kesabaran memiliki cabang iaitu melaksana kewajipan dengan terus menekunnya secara sempurna pada waktu paling disukai, sabar dalam menunaikan ibadah sunnah, sabar atas perbuatan sahabat dan jiran, sabar ketika sakit, sabar atas kefakiran, sabar dalam menghindari maksiat syahwah, syubhah, dan dari melampaui batas. - SIFAT DAN CIRI SABAR



15 - TAKUT AKAN DOSA

- Perasaan yang paling agung ialah ketakutan kepada Allah + takut akan seksaan dan kekuasaanNya + waspada terhadap azab , murka dan seksaNya. - PERASAAN PALING AGUNG 

- rasulullah bertanya pada sahabat, "adakah kamu mendengar apa yang saya dengar ? Langit bersuara dan haknya untuk bersuara . Tidak ada suatu tempat selebar 4 jari melainkan malaikat bersujud kepada Allah , berdiri dan rukuk. kalau kamu tahu apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis , nescaya kamu akan keluar atau naik ke atas gunung gunung , nescaya kamu berlari menuju Allah kerana takut akan seksa dan hukumNya yang keras." 

- dalam as sahihan , hadis Rasulullah , ada 7 golongan yang akan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain naunganNya. anataranya seorang yang mengingati Allah ( yakni mengingati ancaman dan hukumanNya ) ketika bersendirian, lalu menitis air matanya (yakni kerana takut terhadap perbuatan dosa yang dilakukannya dan mengakui penyelewengan serta dosa dosanya) - TANGISI DOSA KERANA TAKUT PADA ALLAH 

- abu hurairah meriwayatkan, rasulullah bersabda, "Tidak akan masuk neraka seorang yang menangis kerana takut kepada Allah sampai air susu kembali kepada payu daranya." - TANGIS TAKUT PADA ALLAH PENGHALANG DARI NERAKA 

- Abdullah ibn amr berkata, "sungguh menitis air mata di jalan Allah lebih disukai Allah dari menginfakkan harta 1000 dinar." . Awn ibn abdullah berkata ,"telah sampai khabar bahawa tidaklah air mata seseorang  menitis ke bahagian tubuh nya kerana takut kepada Allah melainkan bahagian tubuh itu tidak akan disentuh api neraka." - TANGISAN TAKUT ALLAH LEBIH MAHAL DARI INFAQ EMAS 



16 - RIADAH DAN HAWA NAFSU

- Allah berfirman kepada nabi Musa , "wahai nabi Musa , jika engkau menginginkan agar Aku lebih dekat kepadamu berbanding ucapanmu kepada lidahmu, daripada bisikan hatimu kepada kalbumu, dari rohmu kepada badanmu , dari cahaya penglihatanmu kepada kedua matamu , dan dari pendengaranmu kepada telingamu, maka perbanyakkanlah selawat kepada Nabi Muhammad." - KELEBIHAN SELAWAT PADA RASULULLAH 

- Allah berfirman , "dan hendaklah tiap tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah ia sediakan (dari amal amalnya) untuk hari esok(hari akhirat)"- surah al Hasyr : 18

- nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan lebih bersar permusuhannya terhadap anda berbanding iblis. Syaitan hanya berani kepada anda kerana hawa nafsu dam syahwat. Jangan sampai hawa nafsu anda memperdayakan anda dengan tipu daya. tabiat nafsu merasa selamat dan lalai kepada Allah, menangguh perbuatan baik dan malas. ajakan nafsu batil dan tipu daya , jika anda menurutinya anda akan binasa, jika anda lupa awasinya anda akan tenggelam di dalamnya , jika anda tidak mampu ingkarinya dan lawan rayuannya , nescaya ia membawa ke binasaan. - BAHAYA NAFSU 

- takutlah kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Tahu terhadap setiap apa yang anda kerjakan.

- seandai hamba merenung sebahagian umurnya yang dilalui untuk mencari kepentingan akhirat, renungan itu akan membersihkan kalbunya . - RENUNG MEMBERSIH KALBU

- dalam Tafsir abu al Laits , hendaklah orang berakal bertaubat dari dosa + memikir apa yg akan mendekatkan diri kepada Allah dan menyelamatkannya di akhirat + memendekkan angan angan + segerakan taubat + ingati Allah + meninggalkan larangan + bersabar dan tidak ikuti hawa nafsu . - SEGERA TAUBAT DAN LAWAN NAFSU

- Nabi Sulaiman ibn Daud berkata, "orang yang mengalahkan hawa nafsunya lebih kuat dari orang yang menakhluk kota." - KAWAL NAFSU LEBIH HEBAT DARI MENAKHLUK KOTA 

- yahya ibn Muaz berkata, "Perangilah nafsumu dengan ketaatan dan riadhah. Riadhah itu mengurangkan tidur + sedikit bicara + sedikit makan. dari sedikit makan dihasilkan kekerasan hati + kehilangan cahaya. cahaya hikmah adalah lapar , sedangkan kenyang akan membuat jauh dari Allah . sabda Rasulullah, "Terangilah kalbu kamu dengan lapar , perangi nafsu kamu dengan lapar dan dahaga + pahala dalam hal ini adalah seumpama pahala orang yang berperang di jalan Allah. orang yg memenuhi perutnya tidak akan merasakan manisnya ibadah. - KURANG MAKAN MINUM UTK PERANGI NAFSU 

- Sayyidina Abu Bakar berkata, "saya tidak pernah kenyang sejak masuk islam kerana itu saya merasakan manisnya ibadah kepada Allah . sebab banyak makan akan menyebabkan sedikit ibadah, apabila banyak makan, badannya terasa berat + matanya terserang mengantuk + anggota tubuhnya menjadi lemah, tidak dapat bersungguh sungguh melainkan tidur. ia menjadi seperti bangkai yang dilemparkan.  demikian dari kitab Minhaj al abidin. - BANYAK MAKAN MELEMAH TUBUH , SUSAH IBADAH, 

- Luqman al Hakim berkata kepada anaknya, "Janganlah banyak tidur dan makan kerana orang yang banyak tidur dan makan akan datang pada hari kiamat sebagai orang miskin dari amal amal soleh. "- demikian dalam Minyah al Fana. sabda Nabi, "Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak makan dan minum". - BANYAK MAKAN MINUM SUSAH IBADAH 

- dikisahkan dari Nabi Yahya ibn Zakaria bahawa iblis menampakkan diri kepadanya membawa gantungan. baginda bertanya apakah itu. jawab iblis, "inilah syahwat yang diburu anak anak adam".  adakah engkau menemui gantungan untukku tanya nabi Yahya, iblis menjawab, "tidak kecuali jika pada suatu malam engkau pernah merasa kenyang, dengan itu kami membuatmu merasa berat untuk bersolat. kata iblis .  - RASA KENYANG AKAN BERAT IBADAH 

balas baginda, "tidak diragui bahawa saya tidak pernah lagi kenyang sesudah itu."


17 - NYANYIAN

- imam Syafi'e dalam kitab Adab al Qada' berkata nyanyian adalah permainan yang dimakruhkan yang menyerupai kebatilan. barang siapa banyak mendengar nyanyian, ia adalah orang bodoh yang harus mengulangi kembali syahadahnya. - BAHAYA BANYAK MENDENGAR NYANYIAN 


18 - TIPU DAYA SYAITAN

- Qais ibn al Hajjaj berkata, "Syaitan berkata kepadaku, "ketika aku masuk ke mulutmu, aku berupa seekor kambing yang gemuk. namun sekarang aku menjadi seekor burung yang kurus," aku bertanya mengapa demikian, syaitan menjawab, "Zikirmu kepada Allah telah mengecilkan tubuhku." - ZIKIR MENYEKSA SYAITAN 

- orang bertaqwa sangat menjaga pintu masuk syaitan ke dalam diri mereka yakni pintu maksiat. manakala jalan tempat masuknya malaikat hanya satu dan kadang kadang dihalang oleh pintu syaitan yang begitu banyak kecuali dijaga oleh hati yg dicerahkan dengan cahaya takqa dan ilmu dari Kitabullah dan sunnah rasul Nya.


19 - LARANGAN BERBUAT BID'AH DAN IKUTI HAWA NAFSU

- Perbuatan yang menyalahi al Quran, sunnah rasul dan kesepakatan ulamak , perbuatan tersebut adalah bidaah yang ditolak

- Rasulullah bersabda, "Barang siapa memberi contoh kebaikan , ia mendapat pahala perbuatannya dan pahala orang orang yang mengikutinya sampai hari kiamat. sebaliknya , barang siapa memberi contoh keburukan, ia mendapat dosa dari perbuatannya dan dosa orang orang yang mengikutinya sampai hari kiamat." - CONTOH BAIK DPT PAHALA 

- sabda Rasulullah, "sesungguhnya yang aku takutkan ialah keinginan kamu untuk memuaskan perut dan alat kelamin kamu, serta sesatnya hawa nafsu.  - ELAK IKUT NAFSU 


20 - MENUNDUKKAN NAFSU DAN SYAITAN

-  Hendaklah orang berakal mengekang hawa nafsunya dengan lapar kerana lapar dapat menundukkan musuh Allah - LAPAR DPT TUNDUKKAN NAFSU

- Rasulullah bersabda, "Syaitan memasuki anak Adam melalui aliran darah, Oleh kerana itu, sempitkanlah aliran aliran darah itu dengan lapar dan dahaga." - LAPAR DAHAGA KAWAL NAFSU

- manusia yang paling dekat kepada Allah pada hari kiamat ialah orang yang banyak lapar dan dahaga. sesuatu paling dahsyat membinasakan anak adam ialah syahwat perut. perut adalah sumber syahwat. - BANYAK LAPAR DAHAGA MULIA DI MAHSYAR

- seorang bijak berkata, "Barang siapa dikuasai nafsunya, ia menjadi banduan dalam mencintai nafsu syahwat dan terpenjara dalam penjara hawa nafsu. kalbunya tercegah dari beroleh hikmah, barang siapa menyiram tubuhnya dengan syahwat , ia telah menanam pohon sesalan di dalam kalbunya. - ELAK DIKUASAI NAFSU 

- dikisahkan bahawa Abu al Hasan ar Razi melihat bapanya dalam mimpi 60 tahun selepas kewafatannya, bapanya memakai pakaian dari tar. lalu ia bertanya pada bapanya, "bapa mengapa saya melihat anda dalam rupa penghuni neraka ?" bapanya menjawab, "Anakku, nafsu menarikku ke dalam neraka, oleh itu waspada lah anakku terhadap tipuan nafsumu."

- barang siapa jatuh ke dalam murka Allah, wajahnya menjadi hitam , tangannya diikat ke lehernya dengan rantai dan kakinya diiikat dengan tali dari api. makanan minuman dan pakaiannya dari api. - AZAB NERAKA  TGN KAKI TERIKAT 



21 - IBLIS DAN SEKSAAANNYA

- Allah menerima taubat Nabi Adam kerana ia mengakui + menyesali dosanya + mencela dirinya . walaupun ia bukan dosa yang sebenar namun perbuatan itu menyerupai dosa, nabi Adam dan Hawa berdoa, "mereka berdua merayu, wahai Tuhan kami,  kami telah menganiaya diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampun kan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang orang yang rugi." - surah al a'raaf :23. - TAUBAT DITERIMA ALLAH - SESALI , CELA DIRI KERANA DOSA - DOA NABI ADAM TAUBAT

- nabi Adam menyesal + segera bertaubat tanpa berputus asa dari rahmat Allah , sementara iblis tidak mengakui dan tidak menyesali dosa dosanya , tidak mencela dirinya dan tidak segera bertaubat, berputus asa dari rahmat Allah dan bersikap sombong. - SEGERA TAUBAT TANPA PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH 

- barang siapa keadaannya seperti keadaan Adam , Allah menerima taubatnya sebab setiap maksiat yang berasal dari syahwat boleh diampunkan. sedangkan maksiat yang berasal dari kesombongan, tidak dapat diampunkan.  - MAKSIAT AKIBAT SYAHWAT BOLEH DIAMPUN DGN TAUBAT

- iblis pernah menyamar meminta nabi Musa bertanya pada Allah bahawa dia memohon keampunan dari Allah. Lalu Allah berfirman kepada nabi Musa, "katakan kepadanya Aku telah mengabulkan apa yang engkau minta, dan perintahlah kepadanya untuk bersujud di kubur Nabi Adam . apabila ia bersujud kepadanya, Aku menerima taubatnya dan mengampuni dosa nya." nabi Musa memberitahu hal itu kepadanya , namun iblis marah dan bersikap sombong lalu berkata, "Wahai Musa, aku tidak bersujud kepadanya di syurga, lalu bagaimana aku akan bersujud kepadanya walhal ia telah menjadi mayat?" iblis mendapat seksaan sangat dahsyat di neraka.iblis ditambah seksaan kepadanya 70 ribu kali seksaan dari penghuni neraka yang lain. .disebutkan dalam sebuah hadis Allah mengeluarkan iblis dari neraka setiap 100 ribu tahun sekali dan mengeluarkan nabi Adam dari syurga, lalu Allah menyuruh iblis agar bersujud pada nabI Adam . akan tetapi iblis menolak dan dikembalikan ke neraka. - IBLIS ANGKUH TIDAK MAHU SUJUD HORMAT PADA NABI ADAM 

- saudaraku, jika ingin selamat dari godaan iblis, berpegang teguhlah kepada Allah dan mohonlah perlindungan kepadaNya, apabila hari kiamat tiba,sebuah kerusi diletakkan di atas neraka, lalu iblis duduk di atasnya. para syaitan dan orang kafir berkumpul di sampingnya, ia mengeluarkan suara seperti suara keldai dan berkata, "wahai penghuni neraka, bagaimana kalian mendapati janji Tuhan kalian ? " mereka menjawab , benar". kemudia ia berkata, "ini adalah hari di mana aku berputus asa dari rahmatNya.". kemudian Allah memerintahkan para malaikat agar memukul nya dan memukul orang yang mengikutinya dengan pemukul dari api. lalu mereka mati di dalamnya selama 40 tahun. mereka tidak pernah mendengar perintah untuk keluar dari situ untuk selamanya. na'udzu billah min dzalik. - UCAPAN IBLIS PADA PENGHUNI NERAKA DAN SEKSAAN PADA MEREKA

- antara permintaan iblis pada Allah, dada manusia adalah tempat iblis, iblis berjalan disitu mengikuti aliran darah. dan iblis menggoda manusia agar menunda taubat dengan panjang angan angan. lalu nabi Adam memohon pada Allah pertolongan, antaranya firman Allah , tidak lahir seorang anak adam melainkan Allah menyerahkan kepadanya malaikat yang menjaganya.+ diberikan kebaikan 10x ganda + tidak akan dicabut taubat dari anak adam selama roh melekat pada badan mereka + Allah mengampuni mereka tanpa merasa peduli. - IBLIS CUBA HALANG DARI SEGERA TAUBAT + TAUBAT DITERIMA SELAGI ROH DIBADAN 



22 - KEUTAMAAN WUDUK

-  Rasulullah bersabda, "Barangsiapa berwuduk dan sempurna wuduknya, dan kemudian solat 2 rakaat tanpa terlintas suatu urusan keduniaan dalam fikirannya, ia keluar dari dosa dosanya seperti ketika dilahirkan ibunya." - SOLAT TANPA TERLINTAS HAL DUNIA AKAN BERSIH DARI DOSA

- Rasulullah bertanya pada sahabat, "mahukah aku memberitahu kalian sesuatu yang akan menghapuskan dosa dosa manusia dan meninggikan darjatnya oleh Allah iaitu berwuduk dengan sempurna ketika malas mengerjakannya , melangkah kaki ke masjid dan menanti waktu solat berikutnya setelah menyelesaikan satu solat." - AMALAN HAPUS DOSA , NAIK DARJAT 

- sabda Rasulullah, "Barangsiapa yang mengingati Allah ketika berwuduk , Allah akan mensucikan seluruh tubuhnya , barangsiapa yang tidak mengingati Allah ketika berwuduk, Allah hanya akan menyucikan anggota tubuhnya yang tersiram air wuduk." - INGATI ALLAH TIKA WUDUK AKAN DIBERSIH SELURUH TUBUH

- baginda juga bersabda, "Apabila hamba Muslim berwuduk lalu berkumur, keluarlah dosa dosa dari mulutnya, apabila ia menghirup air ke hidung dan mengeluarkannya , keluarlah dosa dosa dari hidungnya, apabila ia membasuh wajahnya, keluarlah dosa dosa dari wajahnya hingga yang ada di bawah kelopak matanya, apabila ia membasuh tangannya , keluarlah dosa dosa dari kedua tangannya hingga yang ada di bawah kuku jari jari tangannya, apabila ia mengusap kepala, keluarlah dosa dosa dari kepalanya hingga yang ada di bawah telinganya, apabila membasuh kaki, keluarlah dosa dari kedua kakinya hingga yang ada di bawah kuku jari kakinya. kemudian langkahnya menuju masjid dan solatnya ialah ibadah sunnah baginya."

23 - KEUTAMAAN SOLAT

- Raasulullah bersabda, "Allah mewajibkan solat 5 waktu kepada hambaNya , barang siapa mengerjakannya dan TIDAK MELEWATKANNYA sedikit pun kerana meremehkannya, dengan perantaraanya , ada janji Allah baginya untuk memasukkannya ke dalam syurga. barang siapa tidak mengerjakannya tiadalah baginya janji Allah , melainkan Dia mengazabnya atau memasukkannya ke dalam syurga." - TIDAK MELEWATKAN SOLAT

- sabda baginda, "Solat 5 waktu itu dapat menghilangkan dosa sebagaimana air membersihkan kotoran." - SOLAT FARDU HAPUS DOSA

- solat solat itu ialah penebusan dosa yang dikerjakan di antara solat solat itu selama orang itu menjauhi dosa dosa besar. Allah berfirman, "Sesungguhnya amal amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan.- surah Hud :114. (maksudnya dihapuskan dosa hingga tidak tersisa sedikit pun , seolah olah tidak pernah ada). - SOLAT PENEBUS DOSA ANTARA WAKTU SOLAT

- Albukhari , muslim dan para pemilik sunan meriwayatkan hadis dari Ibn Masud bahawa seorang lelaki mencium seorang perempuan lalu datang kepada rasulullah dan menyampaikan perkara itu seakan akan menanyakan akibat. lantas turun ayat:"Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang)" - surah Hud :114, orang itu berkata, "Ya Rasulullah , hanya ini ?" baginda menjawab, "ini untuk orang yang mengamalkannya dari umatku." - SOLAT HAPUS DOSA KHALWAT, MUKADDIMAH Z

- abu Hurairah berkata, "Barang siapa berwuduk dan sempurna wuduknya, lalu ia pergi ke masjid untuk solat berjemaaah selama ia dalam perjalanan itu , ia dianggap sedang solat. untuk 1 langkahnya , ditulis sebagai 1 kebaikan , dan dengan langkah lainnya dihapus 1 dosa. apabila siapa pun dari kamu mendengar iqamat, janganlah menunda nunda waktu . Yang paling besar pahalanya adalah yang paling jauh rumahnya kerana banyak langkah." - SEGERA SOLAT BILA IQAMAT + BERJALAN KE MASJID BESAR PAHALA


24 - MENYEMPURNAKAN SOLAT

- Allah berfirman, "sesungguhnya berjayalah orang orang yang beriman , iaitu mereka yang khusyuk dalam solat"- surah al mu'minun :1-2 - KHUSYUK SOLAT ORG BERJAYA

- ada ulama' berpendapat khusyuk ialah rasa takut + ketenangan + tidak berpaling + tidak bersenda gurau + mengingati Allah + menghadirkan hati dalam solat dengan ingat pada Allah + mencari keagungan dan ketakutan + mengagungkan Allah + mneghadirkan kalbu bersama badannya dalam solat . - CARA KHUSYUK SOLAT 

- Hatim al 'Asham berkata , bila hendak bersolat , saya menjadikan ka'bah di antara 2 kening saya + as Sirath di bawah kaki saya + syurga di sebelah kanan saya + neraka di sebelah kiri saya + malaikat maut di hadapan saya + anggap itu sebagai solat terakhir +  berdiri di antara harapan dan takut . - DTGKAN RASA HARAP DAN TAKUT TIKA SOLAT


25 - KHUSYUK DALAM SOLAT

- dalam sebuah hadis dikisahkan Jibril datang kepada  Rasulullah, ia bertanya, "Ya Rasulullah , pernahkah anda melihat malaikat di langit di atas bangku dengan dikelilingi 70 ribu malaikat lain yang berbaris? mereka setia melayaninya. dan setiap nafas dihirup malaikat itu , Allah menciptakan malaikat lain. kini aku melihat malaikat itu berada di atas gunung Qaf dan sayapnya hancur. ketika ia melihatku, ia meminta tolong kepadaku. " katanya, " pada malam mikraj, aku sedang berada di atas bangku lalu Rasulullah berlalu di hadapanku, tetapi aku tidak berdiri untuk menghormatinya. lantas Allah menghukumku dengan hukuman ini dan menempatkanku di tempat ini, sebagaimana engkau lihat." lalu aku menundukkan diri kepada Allah dan memohon syafaat Nya, Allah berkata, "Wahai Jibril, katakan kepadanya agar ia berselawat kepada Muhammad." lalu ia berselawat kepadamu. lalu Allah mengampuninya dan menumbuhkan lagi sayapnya." - MALAIKAT DIAMPUN BERKAT SELAWAT PADA RASULULLAH

- diriwayatkan amalan hamba yang pertama kali dilihat pada hari kiamat ialah solat. jika sempurna, diterima darinya dan amalan amalan lain. - AMALAN PERTAMA DIHISAB

- diriwayatkan baginda bersabda, "barang siapa mendirikan solat pada waktunya, menyempurnakan wuduknya + menyempurnakan rukuk dan sujud dan khusyuk , solat itu akan naik ke langit dalam rupa wajah putih bercahaya. ia berkata, 'semoga Allah memeliharamu sebagaimana engkau telah memeliharaku.' akan tetapi, siapa mendirikan solat di luar waktunya  + tidak sempurna wuduknya + tidak sempurna rukuk, sujud dan khuysuk nya , solat itu akan naik ke langit dalam rupa wajah hitam kelam. ia berkata, 'semoga Allah mengabaikanmu sebagaimana kamu telah mengabaikanku.' dengan kehendak Allah , solat itu dilipat sebagaimana pakaian manusia dilipat dan dipukulkan ke wajah orang itu. - SOLAT NAIK KE LANGIT MENGIKUT TAHAP KHUSYUK SEMPURNA RUKUN

- ahli makrifat berkata, 'solat adalah 4 perkara, dimulai dgn ilmu, berdiri dengan rasa malu + ditegakkan dengan keagungan + keluar darinya dengan rasa takut."

- Rasulullah bersabda, "Di Syurga, ada sebatang sungai bernama al Afyah , disitu terdapat bidadari bidadari yang Allah ciptakan dari za'faran yang bermain dengan mutiara dan yakut. mereka memuji Allah dengan 70 ribu bahasa. suara mereka lebih indah dari suara nabi Daud. mereka mengatakan,'kami adalah milik orang orang yang mendirikan solatnya dengan khusyuk dan kehadiran hati." - BIDADARI UTK ORG KHUSYUK SOLAT DAN HADIR HATI

- diriwayatkan Allah mewahyukan kepada Rasulullah, "katakan kepada orang derhaka antara umatmu yang tidak mengingatiKu, di mana sahaja engkau mengingatiKu, berzikirlah kepadaKu sementara kamu menghentikan anggota badanmu (dari berbuat maksiat) , ketika berzikir jadilah orang yang khusyuk dan tenang, apabila berzikir , jadikanlah lidahmu di belakang hatimu, jika kamu berdiri di hadapanKu , berdirilah seperti berdirinya hamba yang hina serta bermunajat dengan hati yang takut dan lisan yang benar." - HADIRKAN RASA HINA DIRI , HATI TAKUT TIKA SOLAT

- solat ialah tempat tunduknya hati , kepasrahan dan khusyukan. ini adalah tanda diterima amalan. amalan sunnah ditunaikan fardhunya, sementara syarat diterima amalan adalah khusyuk.". - KHUSYUK UTK DITERIMA SOLAT

- antara cara mencari khusyuk ialah solat dalam kegelapan + ditempat sunyi + jauh dari bising + tidak mengguna sejadah warna warni . - CARA KHUSYUK DLM SOLAT 

- ulama salaf berkata, "ada 4 perkara dalam solat ialah kesia siaan, berpaling + mengusap wajah + meniup debu (pada tempat sujud) + dan solat di tempat laluan orang lain." - TIDAK SOLAT DITEMPAT LALUAN ORG


26 - HUKUMAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

- ketika mengkhabar pada penghuni neraka Jahim, Allah berfirman ,"(setelah melihat orang orang bersalah itu), Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar ? orang bersalah itu menjawab,"Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang orang yang mengerjakan solat dan kami tidak pernah memberi makan orang orang miskin dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama sama orang yang memperkatakan." - surah al Mudhatthir : 42-45 - TIDAK SOLAT, TIDAK BERI MAKAN FAKIRMISKIN, BERKATA SALAH DUSTA DIAZAB NERAKA JAHIM

- ahmad meriwayatkan, "(batas) antara seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan solat." - TIDAK SOLAT BOLEH JADI KUFUR

- berhati hatilah engkau terhadap kemaksiatan, kerana kemaksiatan menyebabkan kemurkaan Allah.

- at Tabrani berkata, "Tidak ada keimanan bagi orang tidak amanah , tidak ada solat bagi orang yang tidak bersuci , tidak ada agama bagi orang yang tidak solat. sesungguhnya kedudukan solat dalam agama seperti kedudukan kepala terhadap tubuh." - TIDAK SOLAT IBARAT TUBUH TANPA KEPALA

- tentang ayat surah maryam : 59, makna adha'uba bukan meninggalkan secara keseluruhan, melainkan mengakhirkan waktunya." - ANCAMAN SOLAT LEWAT WAKTU

- Allah berfirman, maka kecelakaan besar bagi orang orang ahli sembahyang - (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai dari menyempurnakan solatnya ( surah al -maa'uun : 4-5 ) , Rasulullah bersabda, "iaitu orang orang yang mengakhirkan solat dari waktunya." - ANCAMAN SOLAT LEWAT WAKTU

- Abu Ya'la meriwayatkan hadis dari Mus'ab ibn saad katanya, "saya berkata kepada ayah saya, 'ayah, pernahkah ayah membaca firman Allah : (iaitu) mereka yang lalai dari solatnya ? siapa dari kita yang tidak pernah lalai ? siapa dari kita yang tidak pernah berkata kata dalam hati ketika solat ?" bapanya menjawab, "bukan begitu, maksudnya adalah melewatkan waktunya." - LALAI DLM SOLAT IALAH SOLAT LEWAT WAKTU

- al Wayl adalah seksaan yang keras, ada mengatakan ia adalah jurang dalam neraka Jahanam, kalau gunung dunia diletakkan di situ, nescaya meleleh kerana panasnya yang luar biasa. ia adalah tempat tinggal orang orang yang meremehkan solat dan mengakhirkannya dari waktunya kecuali orang orang yang bertaubat kepada Allah dan menyesali kelalaiannya. - ANCAMAN NERAKA WAYL UTK SOLAT AKHIR/LEWAT WAKTU , TAUBAT DITERIMA ALLAH

- al Bukhari meriwayatkan hadis dari Samrah ibn Jundab, sabda Rasulullah, "Tadi malam, datang 2 makhluk kepadaku. mereka membawaku. " dan nabi dipertunjukkan lelaki sedang berbaring dan orang lain berdiri di atas tubuhnya sambil memegang batu dan dijatuhkan batu ke kepalanya dan keadaan itu berulang ulang. kemudian nabi diperlihat lelaki ditengkuk ditunggangi seorang yang berdiri sambil memegang pengait dari besi, datang seorang berwajah buruk mengoyak sudut mulut orang itu ke tengkuknya, mengoyak hidung ke tengkuknya, mengoyak kedua matanya hingga ke tengkuknya dan keadaan itu berulang. kemudian diperlihat tempat menyerupai dapur , di dalam sejumlah lelaki perempuan bertelanjang ,lalu api keluar dari bawah kaki mereka, setiap kali api datang kepada mereka, mereka ketakutan. kemudian, disungaii mengalir air warna merah seperti darah,  ada lelaki sedang berenang, sampai di tepi sungai, ia mengumpul batu batu yang banyak lalu memasukkan ke dalam mulutnya. dan keadaan ini berulang. dan kemudian melihat seorang sangat menjijikkan , tiba tiba di sekelilingnya muncul api, kemudian menuju taman ditumbuhi pohon pohon sangat tinggi, di tengah taman berdiri seorang berbadan tinggi sekali hampir hampir tidak terlihat kepalanya menjulang ke langit, di sekelilingnya ramai anak anak. kemudian melihat pohon yang sangat besar yang tidak pernah dilihat sebesar dan seindah itu. kemudian baginda memanjat pohon itu hingga terlihat kota dengan limpahan cairan emas dan perak. baginda membuka pintu kota dan memasukinya, didapati ramai lelaki , sebahagian sangat tampan sedangkan sebahagian buruk. kedua makhluk itu berkata kepada kelompok orang buruk, 'pergilah dan masuklah ke dalam sungai.' sungai itu seluas samudera dan airnya putih jernih. mereka masuk dalam sugai itu dan hilanglah keburukan dari mereka menjadi sebaik baik rupa. kedua makhluk berkata, "inilah syurga Adn dan inilah tempat tinggalmu. lalu aku mengangkat pandanganku ke atas, tiba tiba melihat istana seperti awan putih. kedua makhluk berkata , inilah tempat tinggalmu. 'semoga Allah memberkatimu, biarkanlah aku memasukinya. namun mereka berkata, 'kini belum saatnya engkau memasukinya.' 

mereka menjelaskan pada nabi, lelaki yang melukai kepala dengan batu ialah orang yang mengambil al Quran lalu menolaknya dan melalaikan solat fardhu. lelaki mengoyak mulutnya ke tengkuk , bibir dan kedua matanya ialah orang yang keluar dari rumah berbohong ke sana sini. lelaki perempuan bertelanjang di tempat seumpama dapur ialah penzina, lelaki berenang di sungai masukkan batu ke mulutnya ialah pemakan riba. lelaki nampak hodoh dan dikelilingi api ialah pemimpin zalim. lelaki berbadan tinggi di tengah taman ialah nabi Ibrahim, anak anak mengelilinginya ialah setiap anak yang meninggal dalam keadaan fitrah , belum baligh." termasuk anak orang musyrik." kaum sebahagian tampan dan sebahagian lain hodoh ialah mereka mencampur aduk amal soleh dan amal buruk , Allah mengampuni mereka. 

- ad Dailami berkata, "Solat itu menghitamkan wajah syaitan, sedekah meremukkan punggungnya , saling mencintai kerana Allah dan mencintai ilmu menghancurkan belakangnya. apabila kamu berbuat itu, syaitan menjauh dari kamu seperti terbitnya matahari dari tempat terbenam."

- adz Dzahabi meriwayat , Rasulullah bersabda,"Jika hamba menegakkan solat pada waktunya , solat itu naik ke langit dan memiliki cahaya sampai ke arasy ia memohon ampunan untuk pelakunya hingga hari kiamat. ia berkata kepadanya, ' Semoga Allah memelihara anda sebagaimana anda telah memelihara saya.' akan tetapi jika hamba mengerjakan solat di luar waktunya , solat itu naik ke langit dalam kegelapan , ketika sampai di langit , ia dilipat sebagaimana dilipat pakaian , lalu dipukulkan ke wajah pelakunya. - SOLAT YG SEMPURNA NAIK KE ARASY MOHON AMPUNAN

- dalam sebuah hadis, 'Barangsiapa memelihara solat, Allah memuliakannya dengan 5 perkara iaitu dihilangkan darinya kesempitan hidup dan seksa kubur. Allah memberikan kepadanya kitabNya denga tangan kanan, diperjalan di atas as Sirath seperti kilat, dan masuk syurga tanpa hisab. akan tetapi barang siapa meremehkan solat, Allah menyeksanya dengan 15 jenis seksaan, 5 diberi didunia , 3 ketika mati, 3 jenis di alam kubur, dan 3 lagi ketika dikeluarkan dari kubur. balasan di dunia ialah dicabut berkat dari umurnya + dihapus tanda orang soleh dari wajahnya + setiap perbuatan baiknya tidak diberi pahala oleh Allah + tidak diangkat doanya ke langit + tidak memperoleh bahagian dari doa orang orang soleh , yang diberi ketika mati ialah kehinaan + kematian dalam kelaparan + dalam kehausan , kalau seluruh air dilaut di dunia di minum , tidak akan hilang dahaganya. yang diberikan dikubur ialah disempitkan kuburnya hingga patah tulang tulang rusuknya + dinyalakan api di dalam kuburnya hingga ia berguling guling di atas bara api siang dan malam + dikerumuni ular bernama asy syuja' al aqra' yang matanya dari api , kukunya dari besi , dan panjangnya sepanjang jarak perjalanan 1 hari , ia berkata pada mayat, aku lah asy syuja' al aqra' .suaranya seperti petir menggelegar , Tuhanku menyuruhku untuk memukulmu kerana mensia siakan solat hingga luput waktunya. setiap kali ia memukul dengan 1 pukulan, ia terbenam ke dalam bumi sedalam 70 hasta, ia terus menerus diseksa hingga hari kiamat. sementara seksaan diberikan ketika dikeluarkan dari kubur adalah di tempat perhentian hari kiamat dengan kerasnya penghisaban , kemurkaan Allah dan masuk neraka." dalam riwayat lain ia didatangkan pada hari kiamat dengan 3 kalimat tertulis pada wajahnya, kalimah 1 berbunyi,"Hai yang mensia siakan hak Allah". kalimah ke-2 , "hai yang dikhususkan dengan kemurkaan Allah'. kalimah ke-3 berbunyi,"Sebagaimana kamu telah mensia siakan hak Allah di dunia, pada hari ini kamu berputus asa dari rahmat Allah." - AZAB TINGGAL SOLAT

- ibn Abbas berkata,"ketika hari kiamat, datanglah seseorang berdiri di hadapan Allah lalu Allah memerintahkannya ke neraka, ia bertanya ,"ya Tuhanku , mengapa ?" Allah menjawab,"kerana engkau telah MENGAKHIRKAN SOLAT DARI WAKTUNYA  dan bersumpah dusta dengan namaKu." - MELEWAT SOLAT DIANCAM NERAKA

- diriwayatkan perempuan bani israel datang pada nabi musa dan berkata, "Wahai nabi Allah, saya telah mengerjakan dosa besar dan saya telah bertaubat kepada Allah, oleh itu doakan saya agar Allah mengampuni dosa saya dan memaafkan saya. nabi musa bertanya apakah dosa wanita itu, lantas katanya,"wahai nabi Allah , saya telah berzina dan melahirkan seorang anak dan saya membunuhnya." . "keluarlah kamu wahai penzina ! kalau turun api dari langit , pastilah ia membakar kita kerana dosamu.,"kata nabi Musa. perempuan itu keluar dari rumah nabi Musa dengan hati yang hancur, lalu Jibril turun dan berkata, "wahai Musa , Allah mengatakan kepadamu, 'Mengapa engkau tolak orang yang bertaubat, wahai nabi Musa? Apakah engkau mendapati orang yang lebih jahat darinya ?" kata jibril, "Orang yang meninggalkan solat dengan sahaja ". - BESAR DOSA TINGGAL SOLAT 

- seorang ulama' salaf meriwayatkan ia telah menguburkan saudara perempuannya yang meninggal dunia, selepas selesai ia terpaksa menggali balik kubur itu kerana sedar ada kantung berisi harta terjatuh ketika menggali kubur itu, lalu ia mendapati kuburan itu menyala dengan api , segera ia menutupinya kembali dengan tanah. lalu ia kembali kepada ibunya sambil menangis kerana sedih. ia berkata, "ibu, beritahulah kepadaku tentang saudara perempuanku. apakah yang pernah dilakukannya? " dia menceritakan melihat kuburnya terbakar, ibunya menangis dan berkata, "anakku, saudara perempuanmu pernah meremehkan solat dan mengakhirkannya dari waktunya." - demikian keadaan orang yang mengakhirkan solat dari waktunya, jadi apalagi orang yang tidak solat? kita memohon agar Allah menolong kita untuk memelihara solat dengan sempurna pada waktunya.  -  ANCAMAN API DLM KUBUR DAN AZAB UTK MELEWAT/AKHIRKAN SOLAT


27 - ZAKAT

- Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda, "Tidaklah pemilik emas dan perak yang tidak membayar zakatnya melainkan hari kiamat dipukul padanya lempengan api , dibakar dalam neraka jahanam , diseterika perut dan punggungnya dengan api yakni seluruh tubuhnya. setiap kali tubuhnya menjadi dingin, ia akan diulangi lagi dan terjadi selama suatu hari bersamaan 50 ribu tahun hingga diputuskan hukuman antara hamba, ia melihat jalannya adakah ke syurga atau ke neraka ? - SEKSA TIDAK KELUAR ZAKAT EMAS/PERAK

- firman Allah, "dan(ingatlah) orang orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakan pada jalan Allah , maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (iaitu) pada hari dibakar emas perak itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan mereka) : inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasakanlah (azab dari ) apa yang kamu simpan itu. - surah at Taubah : 34-35.

- Rasulullah bersabda, "kecelakaan bagi orang orang kaya kerana orang fakir pada hari kiamat.  orang fakir berkata, 'mereka telah menzalimi hak hak kami yang Engkau wajibkan atas mereka. ' selanjutnya rasulullah membaca ayat, "dan mereka (yang menentukan bahagian ) pada harta hartanya , menjadi hak yang termaklum . bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri(dari meminta) - surah al Ma'arij : 24-25. - WAJIB ZAKAT/TOLONG ORG MISKIN

- Muhammad ibn Yusuf al Qazyani berkata, 'mereka mengunjungi tetangga yang ditimpa kematian saudaranya. dan mendapati dia sedang menangis tersedu sedu dan membimbangkan saudaranya. kami bertazkirah dan menghiburkannya.  tetapi ia tidak menerima takziah dan penghiburan kami, katanya dia menangisi dosa yang dilakukan saudaranya. lalu dia menceritakan selesai menutup tanah kubur (selesai tanam) , dia duduk di samping kubur lalu ada suara dalam kubur mengatakan ;oh apakah mereka meninggalkanku sendiri menahan seksaan ? padahal aku telah berpuasa dan bersolat '. perkataannya membuatkan nya menangis dan dia menggali kubur untuk melihat apa terjadi, tiba tiba saya mendapati kubur itu dipenuhi api yang menyala nyala. pada lehernya melingkar rantai dari api. rasa persaudaraan menyentuh hati saya , lalu saya menghulurkan tangan saya untuk menarik rantai itu dari lehernya. akan tetapi jari jemari dan tangan saya terbakar. dengan perlahan lahan ia mengeluarkan tangannya, tiba tiba tangan itu kelihatan hitam terbakar, lalu saya menutup semula kubur itu dengan tanah. kemudian saya pulang ke rumah, bagaimana saya tidak menangisi keadaannya dan bersedih kerananya ? kami bertanya, "apakah yang pernah dilakukan oleh saudara anda di dunia ? "ia menjawab,"ia tidak membayar zakat hartanya." kami berkata padanya, "inilah kebenaran firman Allah : dan jangan sekali kali orang orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhil nya itu lebih baik bagi mereka. bahkan ia buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelaka...(surah ali imran : 180 ) - AZAB KUBUR TIDAK BERZAKAT HARTA


28 - ZAKAT DAN KEBAKHILAN

- Tidak nampak kekejian pada suatu kaum hingga mereka menampakkannya kecuali bermaharajalela di kalangan mereka penyakit yang tidak pernah terjadi pada sebelum mereka, kerana mereka mengurangkan kadar dan timbangan hingga mereka alami kesulitan dan kezaliman penguasa bertahun tahun , mereka menahan dari mengeluarkan zakat  harta mereka hingga hal itu mencegah hujan turun dari langit, kalaulah tidak ada binatang, nescaya tidak turun hujan sama sekali,para pemimpin tidak berhukum dengan Kitab Allah hingga Allah memberikan rasa takut di kalangan mereka. - ANCAMAN TIDAK BERZAKAT + PEMIMPIN TIDAK BERHUKUM DGN AL QURAN

- baginda mencela kebakhilan, "Allah mencela orang kedekut dalam hidupnya dan dermawan menjelang ajalnya". , "Allah telah bersumpah bahawa orang bakhil tidak akan masuk syurga."- BAKHIL JAUH DARI SYURGA

- Allah mencipta kehinaaan, lalu mengelilinginya dengan kebakhilan dan cinta harta. - BAKHIL CINTA HARTA TANDA HINA

- al hasan ditanya tentang kebakhilan , lalu ia menjawab, "kebakhilan ialah seseorang melihat apa yang diinfaqkan sebagai kerugian dan menahannya sebagai kemuliaan. asalnya kebakhilan ialah cinta harta , panjang angan angan , takut miskin dan cinta anak. - MAKNA BAKHIL 

- Nabi yahya bertemu iblis dan bertanya, "hai iblis, siapa orang  yang kamu benci dan juga siapa orang yang paling kamu benci ?" "yang paling aku sukai ialah mukmin yang bakhil sedangkan yang paling aku benci ialah orang fasik yang dermawan." kata iblis , kerana "orang bakhil telah memuaskanku dengan kebakhilannya sedangkan orang fasik yang dermawan , aku khuatir Allah memandang kedermawanannya, lalu Dia menerimanya dan menolongnya." iblis berkata, "kalau bukan kepadamu nabi Yahya, nescaya tidak akan aku beritahu hal ini." - FASIK TAPI DERMAWAN 


29 - AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

- "(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) , serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar benar iman)...- Surah ali Imran : 110 - DALIL AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

- kalau mereka meninggalkan amar makruf nahi mungkar, mereka kehilangan sifat sifat terbaik . 

- dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, "Barangsiapa menegur ahli bid'ah, Allah memenuhi kalbunya dengan keamanan dan keimanan. Barang siapa yang merendahkan ahli bid'ah, Allah memberinya ketenangan pada hari yang sangat menakutkan. barang siapa yang menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran, bererti ia adalah khalifah Allah serta khalifah kitab dan rasulNya di bumi.- KEUTAMAAN AMAL MAKRUF NAHI MGKAR

- Nabi Musa berkata, "Tuhanku, apa balasan bagi orang yang mengajak saudaranya kepada kebenaran dan menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran ?" Allah menjawab, "Untuk setiap kata katanya, Aku menuliskan sebagai ibadah sunnah untuknya dan Aku merasa malu untuk mengazabnya dengan api neraka." - GANJARAN AMAL MAKRUF NAHI MGKAR

- abu Dzar al ghifari meriwayatkan, Sayyidina Abu Bakar bertanya, "Ya Rasulullah, apakah ada jihad lain selain memerangi orang orang musyrik ?" "ada wahai Abu bakar. Allah memiliki para pejuang di bumi yang lebih utama dari para syuhada yang hidup dengan diberi rezeki dan berjalan di bumi. Allah membanggakan mereka kepada para malaikat langit dan menghias syurga untuk mereka seperti Ummu Salamah berhias untuk Rasulullah, "jawab Rasulullah, yakni, "Orang yang menyuruh kebajikan, mencegah kemungkaran serta mencintai dan membenci kerana Allah." - NAHI MUNGKAR IBARAT JIHAD

selanjutnya baginda bersabda, "Hamba itu berada di bilik yang terletak di atas bilik bilik lain di atas bilik para syuhada'. masing masing bilik itu memiliki 300 pintu dari yakut,, zamrud dan emass.di atas setiap pintu itu ada cahaya. lelaki dari mereka menikahi 300 000 bidadari yang menyilaukan mata, setiap kali memandang salah satunyaa, bidadari itu berkata, "ingatkah anda pada hari begini dan begitu ketika anda menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran?" setiap kali memandangnya, bidadari itu menyebutkan tentang perintah untuk mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran."- 300K BIDADARI GANJARAN CEGAH MUNGKAR

- abu Ubaidah ibn Jarrah berkata, "saya bertanya, 'ya Rasulullah, syuhada mana yang paling mulia di sisi Allah ? " baginda menjawab, "seseorang yang mendatangi pemimpin yang derhaka, menyuruhnya berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran, lalu terbunuh. jika tidak terbunuh, qalam tidak bekerja setelah itu. kalaupun hidup, ia tidak bergerak." - MULIA KERANA BERANI CEGAH MUNGKAR

- al hasan al basri meriwayatkan Rasulullah bersabda, "Syuhada yang paling utama dari umatku ialah orang yang mendatangi pemimpin derhaka , memerintahkannya berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran, lalu ia terbunuh, itu lah syahid. tempatnya di syurga adalah di antara tempat hamzah dan Ja'far."


30 - KASIH SAYANG

  rasulullah bersabda, "Barang siapa melindungi anak yatim hingga memberinya makan dan minum, Allah mewajibkan baginya syurga." - GANJARAN SYURGA BERI MAKAN MINUM ANAK YATIM 

- suatu hari Imam Ali menangis, ditanya, "Apakah gerangan yang membuat anda menangis ?" ia menjawab, "Sudah 7 hari tidak ada  tetamu yang datang ke rumahku, aku takut Allah akan menghinaku." -  TETAMU MENJADI KEMULIAAN UTK TUAN RUMAH 

- Rasulullah bersabda, "Barang siapa memberi makan seseorang sedang lapar kerana mengharap redha Allah, wajiblah syurga baginya. sebaliknya, barang siapa yang tidak memberi makan orang yang sedang lapar, pada hari kiamat, Allah akan menahan kurnia Nya dan mengazabnya dalam neraka." - WAJIB BERI MAKAN SEDEKAH PADA ORG LAPAR HARAP REDA ALLAH

- Rasulullah bersabda, "pada hari kiamat nanti, ada 4 orang yang masuk syurga tanpa dihisab, iaitu ulama' yang mengamalkan ilmunya, orang berhaji yang tidak berkata kotor dan tidak berbuat kefasikan sehingga meninggal dunia, syuhada' yang terbunuh dalam peperangan untuk mengagungkan nama Allah , serta orang dermawan yang mencari harta halal dan menginfakkan di jalan Allah tanpa perasaan riya'. mereka berselisih antara satu sama lain, siapa terlebih dahulu masuk syurga. " - 4 GOLONGAN AHLI SYURGA

- Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "Allah memiliki hamba hamba yang dikhususkan dalam pemberian nikmat untuk dimanfaatkan oleh hamba hamba yang lain. barangsiapa bakhil untuk memberikannya kepada mereka, nescaya Allah mengambil darinya dan memberikannya kepada orang lain." - ADA ORG DIBERI NIKMAT UTK DIINFAQ PADA ORG SUSAH

- dalam sebuah hadis, "kedermawanan adalah salah satu pokok antara pokok pokok syurga. dahan dahannya menjulur ke bumi, barang siapa mengambil salah satu dahannya , dahan itu akan membimbingnya ke syurga." - INFAQ/DERMAWAN JALAN KE SYURGA

- Rasulullah ditanya, "tunjukkan kepada saya jalan yang dapat memasukkan saya ke syurga." baginda menjawab, "di antara hal hal yang mendatangkan ampunan adalah memberi makan (orang miskin) , menyebarkan salam dan berkata baik baik." - JALAN KE SYURGA


31 - BERBAKTI KEPADA ORANG TUA

- al bukhari dan muslim meriwayatkan hadis dari ibn Mas'ud , ia bertanya kepada Rasulullah, "apakah amalan yang lebih Allah sukai ?" solat pada waktunya, berbuat baik kepada orang tua dan berjihad di jalan Allah." - BUAT BAIK PADA IBU BAPA

- seorang lelaki datang kepada Rasulullah meminta ingin pergi berhijad, sementara ibunya masih hidup. "mohonlah kepada Allah dalam berbuat baik kepada ibu bapa, jika engkau melakukannya , pahalanya sama dengan pahala orang yang berhaji, umrah dan berjihad." - BUAT BAIK PADA IBU BAPA UMPAMA PAHALA JIHAD DAN HAJI

- Ahamad melalui sanad sahih meriwayatkan hadis Rasulullah, "Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, hendaklah berbuat baik kepada orang tua dan hubungkanlah tali silaturrahim." dalam hadis riwayat abu ya'la disahihkan oleh al Hakim,"barangsiapa berbuat baik kepada kedua orang tuanya, berbahagialah ia. Allah memanjangkan umurnya." - BUAT BAIK PADA IBU BAPA DIPANJANG UMUR + TAMBAH REZEKI 

- Abdullah ibn umar berkata, "bapa orang ini sangat cinta pada umar . saya pernah mendengar Rasulullah bersabda, "kebaikan paling baik ialah perbuatan anak menyambungkan tali silaturrahim dengan sahabat bapanya." - MULIA SAMBUNG SILATURAHIM DGN SAHABAT IBU BAPA 

- dalam as Sahihain diriwayatkan hadis bahawa 3 kelompok orang sebelum kita, keluar berjalan bersama lalu turunlah hujan hingga mereka berlindung di dalam sebuah gua di kaki gunung, tiba tiba sebuah batu besar jatuh dari atas gunung menutupi mulut gua. salah seorang berkata, "tidak ada yang dapat menyelamatkan kalian kecuali kalian berdoa dengan amal soleh kalian. dalam riwayat lain disebut, "ingatlah amalan amalan yang kalian kerjakan kerana Allah sebagai amal soleh. lantas mohonlah kepada Allah dengan nya, mudah mudahan Allah membukakan pintu gua ini. " dalam riwayat lain disebut, "tidak ada yang mengetahui tempat kamu kecuali Allah, oleh itu mohonlah kepada Allah dengan amalan kamu yang paling dipercayai." salah seorang mereka berkata, "ya Allah, saya mempunyai 2 orang tua telah tua dan tidak berharta kecuali seekor kambing, dari kambing itu saya memerah susu dan memberikannya kepada mereka, setiap hari saya mengumpul seikat kayu bakar dan menjualnya, lalu menggunakan wangnya untuk menyediakan makanan mereka dan saya sendiri, pada suatu malam saya terpulang lambat, sebelum saya sempat memerah susu kambing dan menyediakan makanan mereka, keduanya sudah terlelap tidur. saya memegang mangkuk dan berdiri di situ tanpa makan apa apa hingga pagi menjelang. ketika bangun, mereka pun makan. kemudian mereka duduk. ya Allah , jika saya melakukan hal itu kerana mencari keredhaan Mu, lepaskanlah kami dan tolonglah kami." setelah itu , batu besar bergeser sedikit dan kelihatanlah ruang terbuka. - TAWASUL DGN AMALAN MEMULIAKAN IBU BAPA DIKABUL DOA OLEH ALLAH



32 - SILATURRAHIM

- Ahmad dengan sanad para perawinya yg tsiqah meriwayatkan, "Amalan amalan anak Adam diangkat ke langit setiap hari khamis dan malam Jumaat. Tidak lah diterima amalan pemutus silaturrrahim."

- ibn Hibban dll meriwayat, "Ada 3 orang yang tidak akan masuk syurga : pecandu arak, pemutus silaturrahim dan yang mempercayai sihir." - 3 GOLONGAN AHLI NERAKA

- Jabir meriwayatkan, "Rasulullah datang menemui kami ketika kami sedang berkumpul , baginda bersabda, 'wahai kaum muslim, bertakwalah kepada Allah dan sambunglah silaturrahim antara kamu kerana tidak ada pahala yang lebih cepat diberikan daripada pahala menyambung silaturrahim. " - BESAR PAHALA SAMBUNG SILATURAHIM

- al bukhari dan Muslim meriwayat bahawa ar rahm bergantung pada Arasy seraya berkata ,"barang siapa yang menyambungku, Allah menyambungkan (hubungan) dengannya. barang siapa yang memutuskannya, Allah memutuskan (hubungan dari) nya."

- dari al Bazzar, dikatakan ada 3 perkara yang bergantung pada 'Arsy : 1) ar Rahm - ia berkata, "Ya Allah , aku berpegang pada Mu kerana itu aku tidak akan diputuskan", 2) Amanat - ia berkata, "Ya Allah, aku bergantung pada Mu kerana itu aku tidak akan dikhianati." , 3) Kenikmatan - ia berkata, "Ya Allah, aku bergantung pada Mu kerana itu aku tidak akan diingkari."

- abu Hurairah mengkhabarkan, Rasulullah bersabda, "Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau diakhirkan kematiannya, hendaklah ia menyambung tali silaturrahim." - FADILAT SAMBUNG SILATURAHIM

- al bukhari dan at Tirmizi meriwayatkan , "Pelajarilah nasab kamu yang kamu hubungkan tali silaturrahim kerana silaturrahim adalah kecintaan dalam keluarga, kekayaan dalam harta dan pengakhiran dalam kematian ( yakni bertambah usia)." - 3 KEBAIKAN SAMBUNG SILATURAHIM

- abdullah ibn al imam ahmad dalam al Bazzar - dan al hakim meriwayatkan, "barang siapa yang ingin dipanjangkan umurnya , diluaskan rezeki dan ditolakkan dari nya kematian yang buruk , hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan menyambung tali silaturrahim . " - SAMBUNG SILATURAHIM DIPANJANG UMUR, LUAS REZEKI, HUSNUL KHOTIMAH

- abu ya'la berkata, "dengan sedekah dan silaturrahim, Allah menambahkan umur, menolak kematian yang buruk serta menolak segala hal yang dibenci dan dikhuatiri." - KELEBIHAN SEDEKAH + SILATURAHIM

- at Tabrani dan ibn Hibban dalam Sahih nya, hadis dari abu dzar, "kekasihku, Muhammad berwasiat kepadaku suatu perangai yang baik. baginda mewasiatkan agar jangan memandang kepada orang yang ada di atasku melainkan harus memandang kepada orang yang berada di bawahku dengan kecintaan kepada orang miskin dan dekat kepada mereka. dan menyambung tali silaturrahim, jangan takut pada celaan para pencela kerana Allah , mengatakan kebenaran walau terasa pahit, memperbanyak bacaan "la hawla wa la quwwata illa billah" kerana ia termasuk pusaka syurga." - SYUKURI NIKMAT DGN RENUNG RAMAI YG SUSAH DAN KEKURANGAN DLM HIDUP

- at Tabrani , ibn Khuzamah dalam Sahih meriwayat hadis sahih ,"Sedekah paling baik ialah diberi kepada kaum kerabat yang menyembunyikan permusuhan dalam hatinya."


33 - HAK HAK SUAMI

- Menikah ialah bentuk pengabdian seorang isteri kepada suami, ketaatan kepada suami ialah kewajipan mutlak bagi seorang isteri selagi ketaatan bukan dalam kemaksiatan. - WAJIBNYA TAAT ISTERI PADA SUAMI

- rasulullah bersabda, "Jika seorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, ia masuk syurga."

- rasullah bersabda, "neraka diperlihat padaku , aku melihatnya lalu nampak kebanyakan penghuninya ialah kaum perempuan. kerana kaum perempuan yang banyak mencela suami dan melupakan jasa baik mereka.  - PERINGATAN UTK ISTERI

- dalam hdis lain ,rasulullah bersabda, "Syurga telah diperlihatkan kepadaku. aku melihat sedikit sekali kaum perempuan di dalamnya. " sahabat bertanya di mana mereka?  " mereka disibukkan oleh perhiasan dan pakaian." - WANITA DISIBUK DGN PERHIASAN DAN PAKAIAN PUNCA SUKAR DPT SYURGA

- Ibn abbas bercerita seorang perempuan datang kepada rasulullah, ia bertanya, "Aku seorang janda yang ingin bernikah. apakah hak suami ke atas isterinya ?" rasulullah menjawab, " sebahagian dari hak suami adalah jika ia 'menghendaki dirimu' , kamu tidak boleh menolak sekalipun saat itu kamu berada di atas punggung unta.   kamu tidak boleh memberikan sesuatu tanpa izinnya, jika kamu tetap mengerjakannya, dosa bagimu dan pahala bagi suamimu. janganlah kamu berpuasa sunat tanpa izinnya, kalau kamu tetap berpuasa, lapar dan hausmu tidak akan diterima Allah. - HAK SUAMI , ISTERI WAJIB TERIMA PERMINTAAN SUAMI 

- rasulullah bersabda, "seandainya aku memerintahkan seseorang untuk sujud kepada manusia, aku pasti akan memerintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami atas isterinya." - BESAR HAK SUAMI 

- baginda pernah bersabda, "Waktu terdekat bagi seorang perempuan kepada Tuhannya ialah saat ia berada di rumahnya. Solatnya di halaman rumahnya lebih baik dari solatnya di masjid, solatnya di dalam rumah lebih baik dari solatnya di halaman rumah, solatnya di bilik lebih baik daripada solatnya di rumah. padahal bilik itu masih terdapat di rumah juga."( menunjukkan bilik lebih tertutup ). - MULIANYA PEREMPUAN DI DALAM RUMAH TERLINDUNG DARI AJNABI

- hak suami atas isterinya sangat banyak, namun yang terpenting ada 2 , pertama menjaga diri dan tinggal di rumah, ke-2 tidak menuntut suami dengan sesuatu yang tidak diperlukan dan menjaga diri dari memakan sesuatu dari pekerjaaan yang haram. 

- orang tua wajib mendidik anak perempuannya tentang hak hak kepada suaminya. - IBU BAPA WAJIB DIDIK ANAK PEREMPUAN TTG HAK SUAMI BILA BERKAHWIN KELAK 


34 - HAK HAK ISTERI

- hak hak isteri atas suami sangat banyak, antaranya suami harus memperlakukan mereka dengan akhlak yang baik, menerima dengan sabar kelakuan mereka yang menyakitkan dan menyayangi mereka atas kekurangan akal. - HAK ISTERI ATAS SUAMI 

- termasuk akhlak baik ialah suami bersikap sabar atas perbuatan isterinya yang menyakitkan bukan menjauhinya , lalu bersikap lembut atas kebiadapan dan kemarahan mereka dalam meneladani sunnah Rasulullah. baginda juga biasa bersabar menghadapi sikap cerewet dan bantahan isteri isterinya , hingga salah seorang dari mereka tidak mahu berbicara dengan baginda sampai sehari semalam.

- rasulullah bersabda, "orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan paling lembut kepada keluarganya." - LEMAH LEMBUT DAN AKHLAK BAIK DGN ISTERI DAN ANAK ANAK 

- Luqman al hakim juga berkata seorang suami harus bersikap seperti seorang anak kecil dalam keluarganya, tetapi di kalangan kaumnya, ia tampil sebagai lelaki sejati. begitu juga pandangan sayyidina Umar.

- dalam tafsir al Khabar al Marwi , dikatakan Allah sangat membenci seorang suami yang berwatak kasar dan sombong dalam keluarganya. - TIDAK KASAR DAN SOMBONG DGN ISTERI + ANAK

- seorang perempuan arab menyifatkan suaminya yg sudah meninggal dunia, "demi Allah, suamiku adalah seorang yang periang jika ada di rumah, pendiam jika pergi ke luar, ia mahu makan apa sahaja tanpa bertanya tanya tentang suatu yang tidak ada, ia senang bersenda gurau dan baik akhlaknya, namun ia tidak berbuat sesuatu yang menjatuhkan wibawanya. - CIRI SUAMI YG BAIK 


35 - KEUTAMAAN MENJAMU TETAMU

- Rasulullah bersabda, "Tidak ada kebaikan dari orang yang tidak suka menjamu tetamu." - RUGI JIKA TIDAK SUKA JAMU TETAMU 

- suatu hari Rasulullah datang kepada lelaki memiliki banyak unta dan lembu namun dia membiarkan Baginda dan tidak menjamunya, kemudian baginda datang kepada perempuan yang memiliki banyak kambing dan mempersilakan baginda singgah dan menjamunya dengan menyembelih kambing. sabda baginda, "perhatikan 2 orang ini, perempuan itu berakhlak sesuai dengan tuntunan Allah." - JAMU TETAMU DIPUJI SYARAK

- rasulullah ditanya tentang hakikat iman, baginda menjawab, "Memberi makan dan menyebarkan salam. memberi makan dan solat malam ketika orang lain sedang tidur lelap dapat menghapus dosa dan meninggi darjat." - LEBIHNYA BERI MAKAN DAN SEBAR SALAM + SOLAT MALAM 

- baginda juga ditanya hakikat haji mabrur, baginda menjawab, "Hakikat haji mabrur ialah memberi makan dan bertutur yang baik baik." - CIRI HAJI MABRUR

- kepada orang mengundang , seharusnya mengundang orang bertaqwa, bukan orang fasik kerana Rasulullah bersabda yang layak memakan makanan kita adalah orang orang yang baik . juga ada kekhususan orang diundang adalah orang fakir bukan orang kaya. - LEBIH UNDANG + JAMU MAKAN ORG TAKWA JADI TETAMU 

- ketika mengundang orang menikmati jamuan, semestinya tidak melupakan kaum kerabat kerana ia menimbulkan kedengkian dan memutus silaturrahim , maka harus diatur senarai orang yang akan diundang mulai dari kawan kemudian orang lain yang dikenali. - BUAT SENARAI TETAMU DIUNDANG UTK KENDURI

- undangan juga tidak boleh bermaksud berbangga diri dan untuk mempamerkan kemewahan, hendaklah berniat untuk mengikat tali persaudaraan dan menjalankan sunnah Rasulullah dalam memberi makan dan membahagiakan kaum Mukmin. - NIAT TIKA BUAT KENDURI

- disaran tidak mengundang orang yang diketahui tidak mahu menghadiri undangan kerana akan menimbul perkara kurang baik. memberi makan pada orang fasik akan mendorongnya kepada kefasikan.


36 - GHIBAH DAN NAMIMAH

- Allah menetapkan tercelanya ghibah dan menyamakan pelakunya dengan pemakan bangkai. - MENGUMPAT UMPAMA MAKAN BANGKAI

- Rasulullah bersabda, "Orang yang mengumpat saudaranya bererti menginginkan keburukannya. pada hari kiamat, Allah menghentikannya di atas jambatan Jahanam sehingga keluar apa yang pernah dikatakannya. - ANCAMAN GHIBAH

- sabda baginda, "Ghibah itu engkau menyebut nyebut perkara perkara yang tidak disukai saudaramu, baik kekurangan pada tubuhnya, nasabnya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, mahupun duniannya hingga tentang pakaiannya , jubahnya, kenderaannya. - MAKNA MENGUMPAT

- diriwayatkan ada perempuan pendek menemui nabi , ketika ia keluar Sayyidatina Aisyah berkata, "betapa pendeknya...". baginda bersabda, "Engkau telah mengumpatnya, aisyah!"

- tentang tercelanya namimah, rasulullah bersabda, seburuk manusia pada hari kiamat ialah orang bermuka muka, pengadu domba, maka di akhirat nanti ia memiliki 2 lidah dari api. - ANCAMAN UTK PENGADU DOMBA

- rasulullah bersabda, "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."

- hikmah Allah mencipta makhluk ada lidah untuk berbicara dan ada yang tidak berbicara, manakala ikan tidak ada lidah sama sekali. ketika iblis dikeluarkan dari syurga dan diturun ke bumi, iblis pergi ke laut, yang pertama dilihatnya ialah ikan , ia memberitahu ikan tentang penciptaan nabi Adam dan berkata bahawa Nabi Adam akan memburu dan mengambil binatang di laut dan di darat. lalu ikan menyampaikan khabar penciptaan Nabi Adam itu kepada binatang laut lainnya , oleh kerana itu, Allah menghilangkan lidahnya. - KISAH IKAN KETIKA PENCIPTAAN NABI ADAM 

- dikisahkan Amr ibn Dinar, seorang lelaki penduduk Madinah terpaksa menggali semula kubur saudara perempuannya di pinggir kota madinah kerana tertinggal bungkusan ketika menggali kubur. ia mengangkat sebahagian papan menutupi liang lahad itu dan mendapati ada api menyala nyala dalam kubur, ia segera menutupi kembali kubur itu , ia segera mendatangi ibunya. dan bertanya apa yang dilakukan saudara perempuannya. ibunya menjawab, "dulu ia suka mendatangi pintu pintu rumah jiran dan melekatkan telinganya pada daun pintu itu mencuri dengar perbicaraan para penghuni rumah. kemudian ia menyebarkan kepada orang lain untuk tujuan mengadu domba." - AZAB KUBUR UTK ADU DOMBA

- Abu Hafsh al Kabir berkata, "barang siapa mengumpat seorang ulama' pada hari kiamat akan ditulis pada wajahnya , "inilah orang yang berputus asa dari rahmat Allah". - ANCAMAN UTK PENGHINA ULAMA'

- Anas bin malik meriwayatkan Rasulullah bersabda, "pada malam isra' aku menjumpai beberapa kaum mencakar wajah dengan kuku sendiri dan memakan bangkai, mereka adalah orang yang memakan daging manusia di dunia."

- baginda bersabda, "Barang siapa mengumpat saudaranya yang muslim, pada hari kiamat Allah akan memindahkan kepalanya pada duburnya." - KEPALA DIPINDAH KE DUBUR UTK PENGUMPAT DI MAHSYAR

- hendaklah orang mengumpat memohon ampunan dari Allah dan segera menemui orang diumpati untuk memohon maaf . - TAUBAT + MOHON MAAF DARI ORG DIUMPAT


37 - TERCELANYA KESOMBONGAN

- dalam banyak ayat al Quran, Allah mencela orang yang sombong.

- rasulullah bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar biji sawi rasa sombong dan tidak akan masuk neraka orang dalam hatinya ada sebesar biji sawi keimanan." - SOMBONG TERHALANG KE SYURGA

- abu hurairah bersabda, "Allah berfirman, 'kesombongan adalah pakaianKu dan kebesaran adalah adalah selendangKu. barang siapa mengambil salah satu dari keduanya dari Ku, Aku akan melemparkan dia ke dalam neraka Jahanam."

- nabi Sulaiman ibn Daud berkata pada burung, manusia dan jin dan binatang, keluarlah kalian, maka keluar 200 ribu manusia, 200 ribu jin , kemudian nabi mengangkat kepalanya hingga mendengar gemuruh para malaikat yang sedang bertasbih di langit, kemudian ia menundukkan kepalanya hinggaa kaki nya menyentuh lautan. selanjutnya ia mendengar suara, "Kalau dalam hati para sahabatmu itu ada kesombongan sebesar atom sekalipun, nescaya langit diliputi gerhana sejauh engkau memandangnya."

- Allah berkata pada neraka, "Engkau adalah azabKu, denganmu Aku mengazab orang orang yang Aku kehendaki , iaitu orang yang sombong, melampaui batas dan lupa kepada Yang Maha Perkasa. seburuk buruk hamba ialah yang bongkak, berbuat sesuka hati dan melupakan Yang Maha Gagah. seburuk buruk hamba ialah yang angkuh, derhaka dan lupa kepada Yang Maha Awal dan Akhir." - ANCAMAN UTK SIFAT MAZMUMAH

- Abdullah ibn Umar meriwayatkan Rasulullah bersabda, "menjelang wafatnya nabi Nuh , baginda memanggil anaknya dan berkata, "aku melarang kamu dari kemusyrikan dan kesombongan dan aku memerintahkan kamu membaca La ilaha illallah , ini kerana kalau langit dan bumi serta segala isinya diletakkan dalam satu timbangan dan kalimah tahlil diletakkan di sisi timbangan lain, ia lebih berat dari langit, bumi dan seisinya. kalau langit dan bumi dan isinya membentuk lingkaran , lalu diletakkan kalimah la ilaha illallah di situ, maka hancurlah langit , bumi dan isinya. aku memerintahkan kamu agar membanyakkan tasbih dan tahmid kerana keduanya adalah doa setiap sesuatu dan dengannya diberi rezeki segala sesuatu. - PESAN NABI NUH UTK BANYAKKAN ZIKIR

- Rasulullah bersabda, "Orang yang kami cintai dan paling dekat kepada kami di akhirat ialah yang paling baik akhlaknya. sedangkan yang paling dibenci dan paling jauh dengan kami ialah yang banyak bicara + penceloteh + dan orang yang sombong."

- baginda juga bersabda, "Pada hari kiamat, orang orang sombong dikumpulkan dalam ukuran semut yang dipijak pijak oleh orang lain. mereka lebih kecil dari setiap sesuatu, kemudian mereka dibawa ke penjara dalam neraka Jahanam yang disebut bulas . mereka di bakar dengan api yang sangat panas dan diberi minum dengan nanah yang diperah dari penghuni neraka." - AZAB SEKSA UTK ORG SOMBONG

- Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yang ketika rohnya berpisah dari tubuhnya dibebaskan dari 3 perkara , ia akan masuk syurga. 3 perkara itu ialah kesombongan, hutang dan dengki."

- an Nu'man ibn Basyir berpidato di atas mimbar, "Syaitan itu memiliki perangkap dan jerat. perangkapnya ialah sombong terhadap nikmat Allah, membanggakan pemberianNya , kesombongan terhadap hamba hambaNya dan mengikuti hawa nafsunya kepada selain Zat Allah. " - PERANGKAP SYAITAN

- diriwayatkan Muthraf ibn Abdillah melihat al Muhlab berjalan sombong dengan jubah suteranya,dan dia menegur muhlab, "Wahai hamba Allah, ini adalah cara berjalan yang dibenci Allah dan rasulNya." tetapi, muhlab berkata, "Tahukah engkau, siapa aku ?" "tentu saya tahu siapa anda, anda asalnya adalah air mani yang hina dan akhir anda adalah bangkai yang busuk, anda berada di antara kedua itu membawa kehinaan." , jawab Muthraf. al Muhlab berlalu dan tidak lagi berjalan dengan sombong .


38 - LARANGAN MELAKUKAN KEZALIMAN

- Rasulullah bersabda, "ada 5 orang dimurkai Allah , jika Dia berkehendak, Dia menimpakan kemurkaanNya kepada mereka di dunia , jika tidak , pada hari kiamat, Dia akan menempatkannya di neraka. mereka ialah (1) pemimpin merampas hak rakyat, tidak berbuat adil pada mereka dan tidak menghilangkan keteraniayaan dari mereka. (2) pemimpin yang ditaati namun tidak berlaku adil antara orang kuat dan orang lemah serta berbicara menurut hawa nafsu. (3) Seseorang yang tidak menyuruh keluarga dan anaknya agar taat kepada Allah dan tidak mengajar mereka ajaran ajaran agama. (4) seorang yang memiliki pekerja buruh tapi tidak membayar upahnya. (5) seorang berbuat zalim dengan tidak memberi nafkah pada isterinya." - PEMIMPIN TIDAK ADIL AKAN DIAZAB 

- Abu Umamah berkata, "Pada hari kiamat, orang zalim dipanggil dan tika di atas jambatan neraka Jahanam, ia temui seorang yang pernah dia aniaya. Orang teraniaya terus menerus menuntut dari orang zalim hingga tidak ada lagi kebaikan kemudian, orang zalim itu memikul keburukan orang yang dianiayai itu ke bahunya dan dilempar ke dasar neraka."- ORANG ZALIM AKAN DITUNTUT HINGGA MUFLIS DI MAHSYAR


39 - ZINA

- "dan janganlah kamu menghampiri zina " (surah al an'aam : 151 ), yakni mencium, menyentuh dan memandang , sabda baginda, "Tangan dan kaki boleh berzina, 2 mata pun boleh berzina."

- Allah memerintahkan lelaki dan perempuan agar menahan pandangan dari sesuatu yang haram dan memelihara kemaluan dari sesuatu yang haram." - MENJAGA PANDANGAN 

- sahabat berkata, "berhati hatilah terhadap penzinaan kerana di dalamnya ada 6 kerugian. 3 kerugian di dunia dan 3 di akhirat. 3 di dunia yakni sedikit rezeki , pendek umur dan hitam wajah, 3 di akhirat ialah mendapat murka Allah , keras penghisaban dan masuk neraka." - AZAB BERZINA

- nabi Musa pernah bertanya kepada Allah, "Tuhanku, apakah yang akan diperoleh seorang penzina ? " "Aku akan memakaikannya baju dari api yang kalau diletak di atas gunung yang tinggi, nescaya akan hancur berkeping keping, " jawab Allah. - SEKSAAN UTK PENZINA 

- dalam riwayat disebut, "barang siapa mencium anak muda dengan syahwat, Allah akan menyeksa di dalam neraka selama 500 tahun, siapa mencium perempuan dengan syahwat , seakan akan ia berzina dengan 70 gadis dan siapa yang berzina dengan seorang gadis, seakan akan ia berzina dengan 70 ribu janda." - ANCAMAN UTK PENZINA

- Mujahid berkata, "ketika mereka memasuki waktu pagi, Jibril datang ke tanah tempat tinggal kaum Luth yg derhaka dan mencabutnya dari tonggaknya, kemudian ia mengembangkan sayapnya , mengapit bongkah tanah itu membawanya ke langit sehingga penghuni langit mendengar kokokan ayam jantan dan gonggongan anjing kaum luth, lalu Jibril membalikkannya. yang pertama jatuh darinya adalah orang orang yang menghuninya, belum pernah ada bencana menimpa suatu kaum seumpama itu. lalu Allah memandang mereka , kemudian tanah itu terbalik bersama mereka. " - DAHSYAT AZAB UTK PUAK SODOMI YG BUAT LIWAT


40 - LARANGAN MENZALIMI ANAK YATIM

- Abu ya'la meriwayat, Rasulullah bersabda, "pada hari kiamat, ada satu kaum dibangkitkan dari kubur mereka dengan nyala api di mulut mereka. "tidakkah kamu perhati firman Allah, "sesungguhnya orang orang yang makan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanya menelan api ke dalam perut mereka , dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala nyala." (surah an Nisa' : 10 ) . - ANCAMAN UTK PEMAKAN HARTA ANAK YATIM DGN ZALIM

- dalam hadis mikraj diriwayatkan oleh Imam Muslim . rasulullah bersabda, "Tiba tiba aku melihat orang dilaknat ditelannya batu dari api, lalu api itu keluar dari dubur mereka."jibril berkata, "mereka adalah orang yang makan harta anak yatim secara zalim. sesungguhnya mereka benar benar memakan api ke dalam perut mereka." - AZAB TELAN BATU DARI API


41 - MEMAKAN MAKANAN HARAM

- At Tabrani meriwayatkan Rasulullah bersabda, "Berbahagialah orang yang baik pekerjaannya, lurus niatnya, mulia penampilannya , keburukannya tersembunyi dari manusia, mengamalkan ilmunya, menginfakkan kelebihan hartanya, dan menahan berlebih lebihan dalam ucapannya." - SIFAT ORG BAHAGIA , AMAL ILMU, INFAQ , TIDAK BERLEBIH KATA KATA

- dari Ahmad dan lain lain, rasulullah bersabda, "Allah membahagikan akhlak di antara kamu sebagaimana Dia membahagikan rezeki kamu, Allah memberikan keduniaan kepada orang Dia cintai dan orang yang tidak Dia cintai, akan tetapi Allah hanya memberikan agama kepada orang yang Dia cintai.  barang siapa yang diberi agama oleh Allah bererti Dia mencintainya. Tidak selamat seorang hamba sebelum hati dan lidahnya baik. Tidak beriman seseorang sebelum jiran tetangganya terhindar dari kejahatannya yakni tipu daya dan kezaliman." - CIRI ORG DICINTAI ALLAH, DIBERI AKHLAK BAIK, ILMU AGAMA 


42 - KEUTAMAAN SEDEKAH

- Rasulullah bersabda, "Barangsiapa bersedekah dengan sebiji kurma dengan usaha yang halal , Allah akan menerima dengan tangan kananNya(yakni menerima dengan berkat Nya), kemudian Dia melipatgandakan (berkah) Nya bagi pelakunya, sebagaimana seseorang melipatgandakan maharnya, bahkan satu suapan akan menjadi sebesar Gunung Uhud." - SEDEKAH DGN NILAI KECIL PUN AKAN BERKEMBANG BESAR NILAINYA DI SISI ALLAH

- Sedekah tidak mengurangkan harta.  dalam hadis atTabrani, Rasulullah bersabda, "Sedekah tidak mengurangkan harta, seorang hamba tidak menghulurkan tangannya untuk bersedekah melainkan sampai sedekahnya kepada Allah yakni Allah menerima dan meredhainya sebelum sampai ke tangan peminta. hamba itu berkata, "Hartaku, hartaku !! walhal ia hanya memiliki 3 jenis harta, yang dimakannya akan hilang, yang dipakainya hingga usang dan yang diberikannya hingga naik kepadaKu, selain itu tidak ada, yang ditinggalkannya adalah untuk orang lain." - SEDEKAH DITERIMA DAN DIREDHAI ALLAH SEBELUM SAMPAI KE TANGAN PEMINTA

- Rasulullah bersabda, "Sedekah itu menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api." - SEDEKAH MEMADAM DOSA

- Sedekah boleh menghilangkan murka Allah dan menghapus keburukan, dalam riwayat lain, Allah menghapuskan 70 pintu keburukan dengan bersedekah. SEDEKAH HAPUS KEBURUKAN

- ada 7 golongan akan dinaungi Allah dengan cahayaNya pada hari ketika tidak ada cahaya kecuali cahayaNya, antaranya orang bersedekah secara sembunyi sembunyi hingga tangan kiri tidak tahu apa yang dilakukan tangan kanan. - KELEBIHAN SEDEKAH SECARA SEMBUNYI

- dalam hadis riwayat atTabrani disebut Rasulullah bersabda, "Perbuatan perbuatan baik menutup pintu pintu kejahatan , sedekah memadamkan murka Allah dan silaturrahim menambah panjang umur. setiap perbuatan adalah sedekah." - HBG SILATURAHIM PANJANG UMUR

- Rasulullah pernah ditanya, "Apakah sedekah yang paling utama ?" baginda menjawab, "iaitu sedekah yang diberi secara sembunyi sembunyi kepada orang fakir atau yang dilakukan dengan bersunggguh sungguh dari harta yang sedikit." - SEDEKAH SEMBUNYI2 + BERSUNGGUH2 DGN HARTA SEDIKIT

- muslim yang memberikan pakaian kepada Muslim lain yang tidak berpakaian, Allah akan memberinya pakaian dari sutera syurga. Muslim yang memberikan makan kepada muslim lain yang kelaparan, Allah akan memberinya makanan dari buah buahan syurga, muslim yang memberi minum muslim lain yang kehausan , Allah akan memberinya minum dengan arak yang lazat. - KELEBIHAN BERI PAKAIAN PADA FAKIR, DPT PAKAIAN DI SYURGA

- sahabat bertanya pada Rasulullah, "Apakah islam yang baik itu.?". rasulullah menjawab, "Engkau memberi makan serta mengucapkan salam pada orang yang engkau kenali mahupun yang engkau tidak kenali.". "beritahu sesuatu yang jika saya amalkan, saya akan masuk syurga ,"pinta sahabat lagi. "memberi makanan, menyebarkan salam, menyambung tali silaturrahim dan solat pada malam hari ketika orang sedang terlelap tidur akan memasukkan ke syurga." , jawab baginda. - AMAL BAIK : BERI MAKAN , UCAP SALAM PADA SEMUA ORG 

- pada hari kiamat, Allah berfirman, "wahai anak adam, Aku pernah sakit tapi kamu tidak menjengukku." bagaimana aku ingin menjengukMu sedangkan Engkau adalah tuhan semesta alam ?" , tanya anak adam. "Tidakkah engkau tahu bahawa hambaKu si fulan jatuh sakit tetapi engkau tidak menjenguknya, nescaya engkau mendapati Aku di samping nya ? "

"wahai anak adam, Aku meminta makan kepadamu, tetapi engkau tidak memberi Ku makan," kata Allah, "Tuhanku, bagaimana aku ingin memberiMu makan sedangkan Engkau adalah Tuhan semesta alam ?" , tanya anak adam. "Tidakkah engkau tahu bahawa hambaKu si fulan meminta makan padamu, tetapi engkau tidak memberinya makan ? Tidakkah engkau tahu bahawa apabila engkau memberinya makan, nescaya engkau mendapati makanan itu di sisi Ku ?

 wahai anak adam , Aku meminta minum kepadamu, tetapi engkau tidak memberi Ku minum," kata Allah, "Tuhanku, bagaimana aku ingin memberiMu minum sedangkan Engkau adalah Tuhan semesta alam ?" , tanya anak adam. "Tidakkah engkau tahu bahawa hambaKu si fulan meminta minum padamu, tetapi engkau tidak memberinya minum ? Tidakkah engkau tahu bahawa apabila engkau memberinya makan, nescaya engkau mendapatihal itu di sisi Ku ?", jawab Allah - KELEBIHAN BERI MAKAN MINUM DAN ZIARAH ORG SAKIT 


43 - KEDUNIAAN DAN KECELAANNYA

- banyak ayat al quran yang mencela keduniaan, memalingkan manusia darinya dan mengajak mereka kepada urusan akhirat.

- diriwayatkan, rasulullah melihat bangkai kambing lalu bersabda, "Tidakkah kamu melihat kambing ini menjadi hina bagi pemiliknya ? Demi Zat yang diriku dalam kekuasaanNya, keduniaan itu lebih hina bagi Allah dari kambing ini bagi pemiliknya. kalau di sisi Allah kambing itu sebanding nilainya dengan sehelai sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak akan diberi minum darinya." - DUNIA LEBIH RENDAH NILAI DARI SEHELAI SAYAP NYAMUK

- Rasulullah bersabda, "kemegahan telah melalaikan kamu. anak adam berkata hartaku hartaku ! padahal tidaklah kamu mempunyai harta selain yang kamu makan lalu hilang, yang kamu pakai menjadi usang atau yang kamu sedekahkan sehingga kekal !." - YG DIBERI SEDEKAH IALAH HARTA SEBENAR

- baginda bersabda, "Dunia ialah rumah bagi orang yang tidak mempunyai rumah dan harta bagi orang yang tidak mempunyai harta . padanya terkumpul orang yang tidak berakal , padanya berlebih lebihan orang yang tidak berilmu. kerananya menjadi hasad orang yang tidak bersefahaman dan untuknya berusaha orang yang tidak berkeyakinan. - HAKIKAT DUNIA YG TIADA NILAI

- abu hurairah berkata, Rasulullah bersabda, "mahukah aku perlihatkan dunia kepadamu dengan segala isinya ?" baginda lantas memegang tangan nya dan mengajak ke sebuah telaga di madinah, dan melihat longgokan sampah penuh dengan kepala manusia, kotoran, potongan kain dan tulang tulang." sabda baginda, " inilah kepala kepala yang dahulu rakus seperti kerakusanmu dan berangan angan seperti anganmu, pada hari itu semua menjadi tulang tanpa kulit dan menjadi abu, kotoran ini ialah pelbagai makanan yang diusahakan kemudian masuk dalam perut jadilah ia sesuatu yang dihindari manusia, potongan kain usang ini ialah pakaian mewah mereka, lalu ia menjadi sesuatu yang diterpa angin. maka barangsiapa boleh menangisi dunia, menangislah !" kami lantas tidak meninggalkan tempat itu dengan menangis tersedu sedu." - DUNIA YG TIADA BERNILAI DI SISI AGAMA , DUNIA YG TERCELA

- rasulullah bersabda, "keduniaan itu tergantung di antara langit dan bumi, sejak Allah menciptakannya, Dia tidak memandangnya. pada hari kiamat, ia berkata, "Tuhanku, apakah Engkau menjadikanku untuk menghina para waliMu hari ini ?" Allah menjawab, "Diamlah , hai sesuatu yang tidak bernilai ! Aku tidak meredhaimu untuk mereka di dunia, lalu apakah Aku akan meredhaimu terhadap mereka pada hari ini."? - 

- diriwayatkan dari kisah kisah Adam ketika ia memakan buah dari pokok itu, perutnya bergerak gerak untuk mengeluarkan sesuatu yang berat. hal ini tidak terjadi pada makanan syurga kecuali dari pokok ini. ia mulai berputar putar di syurga.  Allah memerintahkan malaikat untuk mengajaknya berbicara dan malaikat bertanya apa yg nabi adam inginkan ? baginda menjawab, "Aku ingin menghilangkan penyakit yang ada dalam perutku ." Allah berfirman, "katakan padanya, tempat apa yang engkau inginkan untuk membuangnya . adakah di atas tikar ? dia atas bangku ? di atas sungai atau di bawah pohon rendang ? adakah engkau melihat di situ ada tempat yang baik untuk itu ? Turunlah ke dunia ! " - KISAH KETIKA NABI ADAM DITURUN KE DUNIA

- Rasulullah bersabda, " Pada hari kiamat , pelbagai kaum dipanggil. Amalan mereka seperti gunung yang tinggi  . lantas mereka diperintahkan masuk neraka. " para sahabat bertanya,"Ya Rasulullah adakah mereka mendirikan solat ?" baginda menjawab,"Benar, mereka mendirikan solat + berpuasa dan menghidupkan malam. akan tetapi, ketika diperlihatkan kepada mereka sesuatu daripada keduniaan, mereka saling berebut ." - ORG BEREBUT DUNIA DIANCAM AZAB NERAKA

- dalam khutbahnya, Rasulullah bersabda, "Orang mukmin itu berada di antara 2 ketakutan iaitu ajal yang ia redhai tanpa diketahui apa yang Allah lakukan padanya dan ajal yang kekal tanpa diketahui apa yang Allah tetapkan padanya. oleh itu, hendaklah hamba berbekal dari dirinya untuk dirinya, dari dunianya untuk akhiratnya, dari hidupnya untuk matinya, dan dari masa mudanya dari masa tuanya. dunia itu diciptakan untuk kamu, sedangkan kamu diciptakan untuk akhirat. Demi Zat yang diriku dalam kekuasaanNya, setelah kematian tidak ada pilihan  dan setelah dunia tidak ada tempat selain syurga dan neraka."

- Nabi Isa berkata, "Kecintaan pada dunia tidak berkumpul dengan kecintaan pada akhirat dalam hati seorang mukmin, sebagaimana api tidak bersatu dengan air dalam sebuah bekas." - HENDAKLAH LEBIHKAN CINTA AKHIRAT DLM HATI 

- diriwayatkan Jibril berkata kepada Nabi Nuh, "Wahai nabi yang paling panjang umur , bagaimana anda mendapati keduniaan ?" nabi Nuh menjawab, "Seperti rumah yang memiliki 2 pintu, aku masuk dari salah satunya dan keluar dari pintu yang lain."

- Rasulullah bersabda, "Berhati hatilah dengan keduniaan kerana ia lebih banyak menipu dari Harut dan  Marut." - DUNIA PENUH PENIPUAN

- al Hasan berkata, Rasulullah bersabda, "Adakah di antara kamu yang ingin agar Allah menghilangkan butanya dan menjadikannya dapat melihat ? ketahuilah orang yang mencintai dunia dan sangat berangan angan terhadapnya, nescaya Allah menjadikan hatinya buta menurut kadar kecintaannya. akan tetapi, siapa yang bersikap zuhud terhadap dunia dan tidak berangan angan terhadapnya , Allah memberinya ilmu tanpa pembelajaran dan petunjuk tanpa proses pencarian." - CINTA DUNIA DIBUTA HATINYA

- suatu hari Nabi Isa ditimpa hujan lebat , guruh dan petir lalu ia mencari tempat berlindung, baginda terlihat sebuah khemah dan didapati ada perempuan di dalamnya, baginda beredar dari situ, kemudian baginda menemui gua di kaki gunung namun di dalamnya ada seekor singa, baginda berdoa ,"Tuhanku, Engkau menciptakan setiap sesuatu tempat berlindungnya, tetapi Engkau tidak menjadikan tempat berlindung untukku." Allah mewahyukan padanya, "Tempat berlindungmu adalah dalam rahmatKu. pada hari kiamat kelak, Aku menikahkan engkau dengan para bidadari yang Aku ciptakan dengan tanganKu sndiri, Aku memberi makan dalam pesta pernikahanmu selama 4 ribu tahun yang lamanya satu harinya sama dengan umur dunia. aku memerintahkan pada penyeru untuk memanggil , "Di manakah orang orang yang bersikap zuhud di dunia ? hadirilah perkahwinan orang yang zuhud di dunia, Isa ibn Maryam."

- diriwayatkan, Abu Ubaidah membawakan harta yang banyak dari Bahrain untuk baginda. dan para orang Ansar mendengar kedatangan abu Ubaidah ini dan menemui Rasulullah selesai solat bersama baginda.. baginda tersenyum dan bersabda,"Aku mengira kamu mendengar bahawa Abu Ubaidah membawa sesuatu." "tentu ya Rasulullah," jawab mereka. "Berbahagialah dan berharaplah akan apa yang membahagiakan kamu, Demi Allah, tiada kefakiran yang lebih aku khuatirkan atas kamu daripada datangnya dunia kepada kamu sebagaimana ia datang kepada orang orang sebelum kamu. lalu kamu berlumba lumba memperolehnya. kemudian ia membinasakan kamu sebagaimana ia membinasakan mereka." - RASULULLAH BIMBANG DUNIA/HARTA MEMBINASA UMAT

- 'Ammar ibn Said meriwayatkan Nabi Isa pernah melalui sebuah kampung dan mendapati penduduknya mati bergelimpangan di halaman rumah dan di jalan jalan. nabi Isa berkata, "wahai HAwariyyun, mereka mati kerana kemurkaan kalau mereka mati bukan kerana itu, maka mereka saling menguburkan." "Wahai Roh Allah, kami ingin tahu khabar tentang mereka." ia memohon pada Allah, lalu Allah mewahyukan kepadanya, "Jika malam tiba, panggilah mereka maka mereka akan menjawab panggilanmu." ketika malam tiba, baginda naik ke tempat yang tinggi, kemudian ia memanggil, "Wahai penghuni kampung." "aku memenuhi seruanmu , wahai Roh Allah, "jawab salah seorang antara mereka. "bagaimana keadaan kamu dan kisah kamu ?" tanya nabi Isa. "kami memasuki malam dalam keadaan sihat tetapi memasuki pagi dalam kematian. kerana kami mencintai dunia dan mentaati ahli maksiat." cinta kami pada dunia seperti kecintaan anak kepada ibunya. jika ia datang , kami senang hati tetapi jika ia hilang, kami sedih dan menangisinya." nabi isa bertanya, "bagaimana keadaan rakan rakan kamu ? mengapa mereka tidak menjawab pertanyaanku ? " "mereka diikat dengan tali dari api oleh tangan para malaikat yang gagah." "bagaimana engkau boleh menjawab pertanyaanku?" "Aku berada di kalangan mereka, tetapi aku bukan sebahagian dari mereka. ketika azab menimpa mereka, hal itu pun menimpaku. aku bergantung pada tepi neraka tanpa tahu apakah selamat atau jatuh ke dalamnya." - KISAH ZAMAN NABI ISA , PENDUDUK DI AZAB KERANA TERLALU CINTA DUNIA DAN TAAT AHLI MAKSIAT

al Masih berpesan kepada hawariyyun agar makan roti gandum dengan garam tumbuk, berpakaian tenunan kasar dan tidur di atas tumpukan sampah, nescaya selamat dunia akhirat. - PESAN NABI ISA PADA HAWARIYYUN

- seorang pernah bertanya pada nabi Isa, "ajarkanlah kami suatu ilmu yang kerananya Allah mengkabulkan doa kami." Nabi Isa menjawab,"Bencilah dunia , nescaya Allah mengabulkan doamu." - DOA ORG YG BENCI DUNIA DIKABUL ALLAH 

- Abu Darda' berkata, "rasulullah bersabda, "Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis . kamu akan meremehkan dunia dan mengutamakan akhirat." abu Darda' berkata, "Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui , nescaya kamu pergi menuju ke tempat yang tinggi. di situ kamu meratap dan menangisi diri kamu. lalu kamu meninggalkan hartamu tanpa penjaga dan tidak mengambilnya kecuali sekadar keperluan. akan tetapi, kini harapan akan akhirat luput dari hati kamu sehingga dunia menguasai kebanyakan kamu. lalu kamu menjadi seperti orang yang tidak mengetahui."  - ULAMA' MEMILIK AKHIRAT DARI DUNIA 

- Allah mewahyukan pada Nabi Musa, "Wahai Musa, jangan sekali kali kamu cenderung mencintai dunia kerana dengan begitu kamu tidak akan mendatangkan kepadaKu pengagungan yang lebih utama daripada dunia."

- al Hasan al Basri mengirim surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz,  "Dunia itu negeri tempat kecelaan, bukan negeri tempat tinggal. Adam diturunkan ke situ dari syurga sebagai hukuman. Waspadalah terhadapnya wahai Amirul Mukminin, bekal diri anda dengan meninggalkannya dan kekayaan darinya adalah kefakiran"

- Orang yang tertipu dengan keduniaan memuliakannya , mereka lupa apa yang Allah lakukan kepada Rasulullah ketika baginda meletakkan batu pada perutnya.

- wahb ibn Munabbih berkata ketika Allah mengutus Nabi Musa dan Harun kepada Firaun, Allah berfirman, "Janganlah pakaian nya dari dunia membuat kamu berdua takut kerana ubun ubunnya berada dalam genggamanKu. Tidaklah ia berkata, bekerja dan bernafas melainkan dengan izinKu. Janganlah kesenangan dunianya membuat kamu takjub kerana ia hanyalah bunga kehidupan dunia dan perhiasan orang yang hidup sesuka hati. kalau kamu mahu, Aku akan menghiaaskannya untuk kamu dunia yang dikenali Firaun ketika melihatnya, yang dinilainya mengagumkan. Tetapi, Aku tidak menyukai perkara itu untuk kamu. Oleh itu Aku menjauhkan perkara itu dari kamu berdua. "

- Jadilah mereka mayat, setelah indahnya kehidupan dunia , jadilah mereka bangkai. para kekasih merisaukan mereka, mereka tinggal di bawah tanah. di belakang mereka ada Barzakh hingga hari kebangkitan. lalu hati terbang kerana keburukan dosa dosa mereka terdahulu. tersingkap dari mereka tabir dan tirai, serta nampaklah aib dan rahsia mereka. setiap diri dibalas atas apa yang diusahakan.

- Muhammad ibn Husin berkata, "Allah telah membebaskan dunia,Dia tidak meredhainya bagi para waliNya, di sisiNya ia hina dina. Rasulullah menghindarkannya dan mengingatkan para sahabat akan fitnahnya. 'makanlah makanan sekadar dapat menghilangkan lapar. pandanglah dunia sebagai suatu yang fana dan pandanglah akhirat sebagai suatu yang kekal.  berbekallah dengan dunia seperti bekal pengembara. robohkanlah dunia dan makmurkanlah dengan akhirat. mereka memandang akhirat dengan kalbu hingga tahulah bahawa mereka akan memandang dengan kalbu ketika tahu akan berangkat menujunya dengan badan mereka. mereka bersusah payah sekejap tetapi bersenang senang selamanya. semua itu kerana taufik dari Allah.


44 - KEUTAMAAN QANAAH

- orang fakir itu hendaklah bersikap qonaah, menjauhi ketamakan terhadap orang lain, tidak memandang apa yg dimiliki oleh mereka dan tidak rakus untuk memperoleh harta. hal ini tidak dapat dilakukan melainkan dengan sikap qonaah , dengan kadar makanan secukupnya, pakaian , tempat tinggal dengan kualiti paling rendah. 

- abu Waqid berkata, rasulullah bersabda, "Allah berfirman, : kamu diberi harta agar menegakkan solat dan mengeluarkan zakat. kalau anak Adam mempunyai sebuah lembah dari emas , nescaya ia mendambakan yang kedua. jika ia mempunya 2 lembah, nescaya ia mendambakan yang ke-3 . perut anak adam tidak dipenuhi kecuali dengan ketamakan. akan tetapi Allah mengampuni orang orang bertaubat."

- rasulullah bersabda, "ada 2 kerakusan yang tidak mengenyangkan iaitu kerakusan akan ilmu dan kerakusan akan harta."

- baginda bersabda, "2 perkara membuat seseorang itu menjadi tua dan beruban iaitu angan angan dan cinta harta."

- rasulullah bersabda, "Berbahagialah orang ditunjukkan kepada islam, hidup seadanya dan bersikap qonaah..kaya itu bukan dengan banyaknya harta melainkan dengan kelapangan jiwa. " - MAKNA KAYA YG SEBENAR

- nabi Musa pernah bertanya pada Allah, "siapa hambaMu yang paling kaya ?" , "orang yang paling qonaah terhadap apa yang telah Aku kurniakan." - ORG QONAAH DIALAH YG KAYA

- abu Hurairah berkata, "Rasulullah berwasiat kepadaku. , jika engkau sangat lapar, cukuplah dengan sepotong roti dan segelas air putih, ketahuilah bahawa dunia itu akan binasa."

- abu hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "jadilah orang wara' nescaya engkau menjadi orang yang paling banyak beribadah, jadilah orang qonaah , nescaya engkau menjadi orang yang banyak bersyukur," - SIFAT QONA'AH MENYUBURKAN SYUKUR 

- muhammad ibn wasi' membasahkan rotinya yang kering dengan air, lalu memakannya, ia berkata, "Siapa yang merasa cukup dengan ini, ia tidak akan berhajat kepada siapa pun." - MERASA CUKUP DGN YG SIKIT MELAHIRKAN SIFAT QONA'AH

- seorang bijak berkata, "yang membahagiakan orang berakal ialah amal soleh yang dilakukannya dan yang sangat berkesan menghilangkan kesedihan ialah keredhaan terhadap kepastian qada' ". - REDHA DGN QADA' QADAR

- orang bijak yang lain berkata, "saya mendapati orang yang paling panjang kesedihannya ialah pendengki, paling tenang hidupnya ialah orang yang qonaah, paling sabar atas penderitaan ialah orang bakhil ketika rakus, yang paling mudah hidupnya ialah yang paling kuat menolak keduniaan, " - SIFAT QONAAH BERI TENANG HIDUP 

- as sya'bi menceritakan seorang memburu burung dan menangkapnya, burung itu mengatakan, "Aku tidak akan memuaskan orang yang memakan dan tidak mengenyangkan orang lapar, tetapi aku memberitahu padamu 3 perkara lebih baik bagimu dari memakanku. (1) aku memberitahu ketika berada ditanganmu, (2) aku menyampaikan ketika berada di atas pohon, (3) aku akan memberitahu ketika di atas gunung. yg pertama (1), janganlah engkau bersedih atas apa yang telah hilang, pemburu itu melepaskannya , yang ke-2 ,"janganlah  engkau percaya terhadap sesuatu yang tidak ada bahawa itu ada." atas gunung burung itu berkata, "kalau engkau menyembelihku nescaya akan keluar dari perutku 2 mutiara seberat 20 miskal." pemburu itu menggigit bibir dan bersedih. lalu ia bertanya apa yg ke-3. burung itu berkata, "engkau melupakan 2 hal pertama, jangan bersedih atas apa yang telah hilang dan jangan percaya atas sesuatu yang tidak ada. dagingku, darah buluku tidak bernilai 20 miskal, ". burung itu pergi, inilah perumpamaan ketamakan anak Adam yang berlebihan.  - KISAH BURUNG DGN PEMBURU , AJAR SIFAT TAMAK PEMBURU


45 - PENDEK ANGAN ANGAN

- Rasulullah bersabda, "yang paling saya takutkan pada kamu ada 2 : panjang angan angan dan mengikuti hawa nafsu. panjang angan angan akan menyebabkan lupa akhirat, mengikuti hawa nafsu akan berpaling dari kebenaran." - PANJANG ANGAN-ANGAN AKAN MELUPAKAN AKHIRAT

- baginda bersabda, "saya menjamin 3 perkara : banyak memandang keduniaan , tamak terhadapnya, dan kedekut kerananya dengan kefaikaran yang tidak ada kekayaan sedudahnya, kesibukan yang tidak ada hentinya dan kesedihan yang tidak ada kebebasan darinya."

- Nabi Adam berwasiat pada puteranya Nabi Syaits dengan 5 perkara : 1) katakan pada anak cucumu agar tidak tenteram dengan dunia sebab aku telah merasa tenteram di dalam syurga , lalu Allah mengeluarkan ku darinya. 2) jangan mengikuti keinginan isterinya kerana aku meneruti keinginan isteriku dan memakan buah dari pohon itu sehingga aku ditimpa penyesalan. 3) setiap perkara yang ingin dilakukan , kajilah akibatnya , 4) jika hati gelisah kerana suatu hal, tinggalkanlah perkara itu. 5) hendaklah musyawarah dalam segala urusan, sebab jika aku bermusyawarah dengan para malaikat, tentu tidak akan menimpa apa yang menimpaku." - WASIAT NABI ADAM PADA PUTERANYA

- rasulullah bersabda, "malu kepada Allah ialah mengingati kubur dan seksaan, menjaga perut dari apa yang telah masuk, menjaga kepala dari apa yg terhimpun di dalamnya, barangsiapa mendambakan karamah akhirat, hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. itulah malu kepada Allah yang sebenarnya."- 

- rasulullah bersabda, "tidakkan kamu malu kepada Allah . iaitu kamu mengumpulkan apa yang kamu tidak akan makan, mengangankan apa yang tidak akan kamu peroleh dan membina apa yang tidak akan kalian diami."

- sabda Rasulullah, "hai anak adam, jika kamu berakal, anggaplah diri kamu termasuk di antara orang orang yang mati. 


46 - QADA' DI ANTARA MAKHLUK

- bagaimana pada hari anda melihat lembaran anda tidak berisi kebaikan setelah anda berlama lama dalam kesabaran, lalu anda bertanya, "Tuhanku, keburukan ini telah aku tinggalkan." lalu dijawab, "ini adalah keburukan keburukan kaum yang diumpat olehmu, engkau caci dan engkau zalimi dalam jual beli, perdagangan , pembicaraan, perbincangan, pertemuan, tempat belajar dan dalam interaksi lain." - PERKARA YG BOLEH MENGHILANGKAN AMAL PAHALA

- Anas meriwayatkan hadis , sahabat melihat Rasulullah ketawa hingga kelihatan giginya.  umar bertanya, "ya Rasulullah, apakah yang membuat anda ketawa ?" baginda menjawab, "2 umatku berlutut di hadapan Allah , orang pertama berkata, "berilah balasan atas penganiayaan saudaraku kepadaku." Allah berkata(kepada orang kedua), "berikanlah balasan atas keteraniyaan kepada saudaramu." orang ke-2 menjawab, "Tuhanku, tidak tersisa sedikit pun kebaikan kebaikanku." Lalu Allah berkata pada yang pertama, "apakah yang akan engkau lakukan , tidak tersisa lagi kebaikannya." orang itu menjawab,"Tuhanku, bebankanlah dosa dosaku padanya." Tiba tiba, menitislah air mata Rasulullah. baginda bersabda, "itulah hari yang amat dahsyat , hari ketika manusia memerlukan orang lain yang memikul dosa dosa mereka." selanjutnya, baginda bersabda, "Allah berkata kepada orang pertama, "Angkatlah kepalamu dan lihatlah keadaan di syurga." ia lalu mengangkat kepalanya dan bertanya, "Tuhanku, aku melihat kota kota dari perak yang ditinggikan dan istana istana dari emas yang bertatahkan mutiara. untuk nabi yang mana, untuk siddiq yang mana atau untuk syahid yang mana ?" Allah menjawab, "untuk orang yang mahu membayarnya kepadaKu." orang itu bertanya lagi, "ya Allah, siapakah dia?" Allah menjawab, "Orang yang mahu memaafkan kesalahan saudaranya." orang itu berkata, "Tuhanku, aku telah memaafkannya."Allah berkata, "Peganglah tangan saudaramu dan ajaklah ia masuk ke dalam syurga." kemudian Rasulullah bersabda, "kerana itu, takutlah kamu kepada Allah dan damaikanlah orang orang yang berselisih faham." - MEMAAFKAN SAUDARA LAIN AKAN DIBERI GANJARAN BESAR PADA HARI PERHITUNGAN 

- orang yang berbahagia di akhirat merasai kebahagiaan yang tidak ada penderitaan sesudahnya, kenikmatan yang tidak dilingkupi kefanaan, kalbu anda terbang dalam keadaan gembira dan bahagia, wajah anda putih memancar cahaya seperti cahaya bulan purnama. maka bertakwalah untuk meraih kedudukan itu dengan keikhlasan yang jernih dan niat yang tulus dalam muamalat anda dengan Allah. - RASA BAHAGIA AHLI SYURGA

- sebaliknya jika keluar dari lembaran anda kejahatan yang anda anggap remeh, padahal di sisi Allah ia merupakan suatu yang besar . kerananya Dia membenci anda, Dia berkata, "Bagimu laknat Ku , hai hamba hamba yang jahat. Aku tidak menerima ibadah ibadah mu. !" anda mendengar seruan ini dan wajah anda menjadi hitam, para malaikat murka kerana kemurkaan Allah. mereka berkata, "bagimu laknat kami dan laknat seluruh makhluk." ketika itu malaikat zabaniyah memukul anda , ia murka kerana kemurkaan Allah, lalu ia berkata kasar kepada anda, mereka memgang ubun ubun anda dan menyeret anda di tengah makhluk makhluk. mereka memandang hitamnya wajah anda dan kehinaan anda. ia merasa penderitaan dan tiada bahagia selamanya selepas itu.  mungkin itu akibat dosa dosa tersembunyi dari penglihatan hamba Allah kerana ingin memperoleh pujian atau kerana takut diperlihat keburukan di hadapan sekelompok hamba Allah di dunia dan ia tidak takut ditimpa keburukan lebih besar di hadapan para penghuni langit, itulah keadaan anda, tetapi anda tidak merasakan bahaya itu." - CUBALAH RASA MALU PADA ALLAH DAN PENDUDUK LANGIT DARI BUAT MAKSIAT


47 - KESABARAN DAN RASA SAKIT

- barang siapa yang ingin selamat dari azab Allah, memperoleh pahala dan rahmatNya, masuk ke dalam syurgaNya , hendaklah ia menahan diri dari keinginan kepada keduniaan, hendaklah bersabar atas kesengsaraan dan bencana dalam kehidupan dunia.

- siapa bersabar dalam ketaatan kepada Allah,  pada hari kiamat, kelak Allah akan memberi 300 darjat di syurga , tinggi setiap darjat antara langit dan bumi, siapa bersabar terhadap perkara diharamkan Allah , pada hari kiamat Allah memberi 600 darjat di syurga dan setiap darjat setinggi antara langit ke 7 dengan lapisan bumi ke-7, dan siapa bersabar atas musibah , pada hari kiamat Allah memberinya 700 darjat di syurga dan tinggi darjat itu setinggi antara arasy dan bintang kartika. - BESARNYA GANJARAN ALLAH UTK ORG SABAR DARI MUSIBAH, DAN DARI PERKARA DIHARAM

- Rasulullah bersabda, "Tidak ada hamba ditimpa bencana lalu bergantung padaKu, melainkan Aku beri nya sebelum ia memohon kepadaKu dan Aku mengkabulkannya sebelum ia berdoa kepadaKu. Tidak ada hamba yang ditimpa bencana lalu bergantung pada makhluk selain Aku, melainkan Aku menutupkan baginya pintu pintu langit. - ORG DITIMPA MUSIBAH/BENCANA YG HATINYA BERGANTUNG PADA ALLAH MAKBUL DOANYA

- rasulullah bersabda, "Apabila seorang hamba menderita sakit, Allah mengutus 2 malaikat kepadanya, jika ia mengucapkan Alhamdulillah , angkatlah perkara itu kepada Allah dan Dia itu Maha Tahu, katakan kepada hambaKu, jika Aku mewafatkannya, Aku akan memasukkannya ke dalam syurga. Akan tetapi jika Aku menyembuhkannya, Aku akan menggantinya dengan daging yang lebih baik dari daging dan darahnya. selain itu, Aku akan menghapuskan dosa dosa kejahatannya." - ORG SAKIT UCAP TAHMID DIKURNIA SYURGA


48 - KEUTAMAAN ORANG ORANG FAKIR

- Rasulullah bersabda, "Orang yang terbaik dari umatku ini ialah orang orang fakir dan yang paling segera berbaring di syurga ialah orang yang lemah di antara mereka. - ORG FAKIR DAN LEMAH PALING AWAL MASUK SYURGA

- diriwayatkan Jibril menemui Rasulullah, ia berkata, "Ya Muhammad, Allah menyampaikan salam pada anda dan berfirman, "apakah engkau mahu aku mengubah gunung itu menjadi emas dan ada bersama mu di mana sahaja engkau berada ?" Rasulullah berfikir sejenak, lalu bersabda, "ya Jibril, dunia itu rumah bagi orang tidak mempunyai rumah dan harta bagi orang yang tidak mempunyai harta, ia dikumpulkan oleh orang yang tidak berakal." - NABI MENOLAK DUNIA WALAU DITAWAR GUNUNG EMAS 

- Allah mewahyukan pada Nabi Musa, "wahai Musa, tidakkah engkau tahu bahawa jika Aku memandang seorang hamba dengan seluruh wajahKu, Aku memalingkan darinya seluruh keduniaan."

- Nabi Muhammad bersabda, "Diperlihat kepada syurga , Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang orang fakir. lalu diperlihatkan kepadaku neraka, aku melihat kebanyak penghuninya adalah orang orang kaya dan perempuan. lalu aku bertanya , "mengapa dengan mereka". lalu dijawab,"mereka telah disibukkan dengan emas dan za'faran). - MAJORITI AHLI SYURGA ORG FAKIR , MAJORITI AHLI NERAKA ORG KAYA DAN PEREMPUAN 

- Rasulullah bersabda, "benda berharga kaum Mukmin di dunia adalah kefakiran." - KEFAKIRAN ADALAH BENDA BERNILAI PADA PANDANGAN RASULULLAH

- dalam sebuah khabar disebut, "Nabi terakhir yang masuk syurga ialah Nabi Sulaiman ibn Daud kerana kerajaannya. Sedangkan sahabatku yang terakhir masuk syurga adalah 'Abdurrahman ibn auf disebabkan kekayaannya." dalam hadis lain disebut, "Aku melihat Abdurrahman ibn auf masuk syurga sambil merangkak." - ORG KAYA BERHARTA LEWAT MASUK SYURGA BERBANDING ORG FAKIR 

- al Masih pernah berkata, "Orang kaya masuk syurga dengan sangat sukar." - KEKAYAAN MENJADIKAN SUKAR UTK MASUK SYURGA

- Rasulullah bersabda, "perbanyaklah mengenali orang orang fakir dan raihlah tangan mereka, sebab mereka mempunyai dawlah." sahabat bertanya,"ya Rasulullah, apakah dawlah mereka?" . "pada hari kiamat dikatakan pada mereka,lihatlah makanan minuman atau pakaian kamu, lalu ambil dan bawalah ke syurga." - KEMULIAAN PADA ORG FAKIR YG MASUK SYURGA

- baginda bersabda, "aku masuk syurga, lalu aku mendengar suara gerakan di hadapanku, aku perhatikannya, tiba tiba muncul bilal, aku perhatikan di atasnya, tiba tiba muncul orang orang fakir dan anak anak mereka, aku perhatikan di bawahnya, tiba tiba tampak orang kaya dan beberapa orang perempuan. aku bertanya, "Ya Tuhanku, mengapa mereka?" Dia berfirman, 'Tentang perempuan, emas dan sutera telah memalingkan mereka. sementara tentang orang orang kaya, mereka disibukkan oleh usaha mereka yang terus menerus." aku mencari para sahabatku, tetapi aku tidak melihat Abdurrahman ibn Auf. kemudian ia datangi kepadaku sambil menangis. aku tanya,"mengapa engkau berada di belakangku?" ia menjawab, "ya Rasulullah, demi Allah, aku tidak akan bertemu anda lagi." aku bertanya, "mengapa?" "ia menjawab, "aku telah menghitung hitung hartaku. lihatlah ini !" - ORANG FAKIR MUDAH KE SYURGA, ORG KAYA SUKAR KE SYURGA KERANA HARTA MELIMPAH 

- Abdurrahman adalah sahabat Rasulullah terkemuka, ia termasuk 10 orang dijamin masuk syurga, ia pun termasuk orang orang kaya, tentang mereka, Rasulullah bersabda, "Kecuali orang yang berkata tentang harta begini dan begitu, sesungguhnya ia telah diperdaya oleh kekayaan hingga seperti ini."

- Diriwayatkan dari Sayyidina ali, Rasulullah bersabda, "Jika masyarakat membenci orang orang fakir, menampakkan limpahan keduniaan dan berlumba mengumpulkan kekayaan, Allah akan menimpakan mereka 4 perkara, : kelaparan yang panjang , pemimpin yang tidak endahkan hak orang lain, pengkhianatan para penegak hukum dan serangan musuh." - ANCAMAN BILA MASYARAKAT BENCI ORG MISKIN + BERLUMBA KUMPUL KEKAYAAN

- Abu Darda' berkata, "Pemilik harta yang banyak lebih terperinci penghisaban daripada pemilik harta yang sedikit." - ORG LEBIH BANYAK HARTA LEBIH SULIT KERANA HISAB LEBIH PANJANG

- Rasulullah bersabda, :Orang orang fakir dari umatku masuk syurga 500 tahun sebelum orang orang kaya, sampai ada seorang kaya masuk ke dalam kelompok mereka, tetapi dipegang tangannya lalu dikeluarkan." - ORG FAKIR MASUK SYURGA 500 TAHUN LEBIH AWAL DARI ORG KAYA

- Ibn Abbas berkata, "Yang dilaknat adalah orang yang mengagungkan kekayaan dan merendahkan kefakiran." - MENINGGIKAN KEKAYAAN DAN MERENDAH KEFAKIRAN DILAKNAT 

- Yahya ibn Muadz berkata, "Cinta anda pada orang orang fakir ialah akhlak para rasul, bersikap baik pada mereka termasuk tanda orang soleh dan menghindari persahabatan dengan mereka termasuk tanda orang munafik."

- Rasulullah pernah berwasiat, "kalau engkau ingin menyusulku , hiduplah seperti orang fakir, waspadalah terhadap majlis orang kaya dan jangan engkau buang baju besimu sampai engkau menampalnya."

- seorang lelaki memberi wang 10 ribu dirham kepada Ibrahim ibn Adham , tetapi ia menolaknya , lantas lelaki itu mencelanya , namun ia berkata, "Adakah anda hendak menghapus nama saya dari daftar orang orang fakir dengan wang 10 dirham itu? saya tidak akan melakukannya." - ULAMA' TIDAK MAHU HIDUP BERMEWAH

- rasulullah bersabda, "berbahagialah orang yang ditunjukkan ke dalam islam , hidupnya sederhana dan bersikap qanaah." 

- dalam riwayat lain disebut, "Wahai kaum fakir, persembahkanlah kepada Allah keredhaan dari kalbumu dan sempurnalah pahala atas kefakiran kamu dengan sikap qonaah. Hampir hampir dirasa orang tamak tidak memperoleh pahala atas kefakiran, akan tetapi keutamaan dikehendaki dalam keutamaan kefakiran menunjukkan ia memperoleh pahala. barangkali dimaksudkan dengan tidak ada keredhaan adalah tidak suka pada tindakan Allah dalam menahan keduniaan darinya. tetapi banyak juga orang menatap dunia, tetapi tidak terlintas hatinya ingkar pada Allah dan tidak membenci tindakanNya, sebab kebencian itulah akan mensia siakan pahala kefakiran."

- dari Sayyidina Ali, Rasulullah bersabda, "Hamba paling Allah cintai ialah orang fakir yang qanaah terhadap rezekiNya dan redha kepadaNya." - ORG FAKIR QONAAH DAN REDHA DGN TAKDIR  DICINTAI ALLAH

- Rasulullah bersabda, :pada hari kiamat Allah bertanya Di manakah orang orang pilihanku ?  yakni "Orang orang fakir yang muslim, yang qanaah terhadap pemberianKu dan redha terhadap takdirKu. Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga," mereka pun lantas ke syura, makan dan minum. sementara orang lain berbolak balik dalam penghisaban. - ORG MISKIN MUSLIM QONAAH DAN REDHA DGN TAKDIR JADI VIP MASUK AWAL KE SYURGA

- ibn Mas'ud berkata, "Setiap hari malaikat di bawah arasy berseru, "Wahai anak adam, sedikit yang cukup bagimu lebih baik dari banyak yang membuatmu derhaka."

- seorang bijak ditanya, "apakah kekayaan itu ?" "ia menjawab, 'iaitu sedikit berangan angan dan redha terhadap apa yang mencukupi untuk anda." - MAKNA KAYA SEBENAR

- seorang lelaki miskin memakan roti di serambi istana Ibrahim ibn Adham dan tidur di situ, setelah ia bangun, ibrahim ibn adham bertanya padanya, " Fulan, engkau makan roti, engkau lapar ? " ya jawabnya, "Engkau kenyang" , "ya" "lalu engkau tidur nyenyak?" "ya" , ibrahim berkata padanya, "Alangkah terpedayanya aku dengan keduniaan , padahal diri ini cukup dengan sekadar itu."

-

49 - WASPADA TERHADAP KEDUNIAAN

- "wahai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya) dan (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang orang yang rugi. ( surah al munafiqun : 9 ) - AWASI DARI DILALAI OLEH HARTA 

- rasulullah bersabda, "cinta harta dan kedudukan menumbuhkan kemunafikan dalam kalbu sebagaimana air menumbuhkan sayuran."

- dalam hadis lain, "akan datang selepas kamu satu kaum yang makan makanan yang enak dan mengenakan pakaian yang bagus, perut mereka tidak kenyang dengan yang sedikit dan diri mereka tidak puas dengan yang banyak. mereka bersandar dan merasa senang dengan keduniaan. mereka menyediakan tuhan di samping Tuhan mereka. kepada dunia mereka berharap dan kepada hawa nafsu mereka patuh." - ANCAMAN DARI IKUT HAWA NAFSU

- Rasulullah bersabda, "dipanggil pemilik keduniaan yang menggunakan nya dalam ketaatan kepada Allah bersama hartanya ke hadrat Allah. setiap kali as Sirath menterbalikkannya , harta itu berkata padanya, "Berlalulah kerana engkau telah menunaikan hak Allah pada diriku." kemudian dipanggil pemilik keduniaan yang tidak menggunakannya dalam ketaatan kepada Allah bersama hartanya ke hadapanNya, setiap kali as Sirath menterbalikkannya , harta itu berkata, "Celakalah kamu kerana kamu tidak menunaikan hak Allah yang ada pada diriku." demikian seterusnya hingga didatangkan kerosakan dan kebinasaan.

- al hasan berkata, "Demi Allah, tidak seorang pun yang mengagungkan wang melainkan Allah menghinanya."

- musallamah ibn abdul malik menemui Khalifah Umar ibn Abdul Aziz menjelang wafatnya, ia berkata, "Amirul mukminin , anda telah berbuat perkara yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapun sebelum anda. anda meninggalkan anak anda tanpa memiliki dirham dan dinar (ia memiliki 13 orang anak). jawab Khalifah Umar, "aku tidak menghalang hak mereka dan tidak memberikan kepada mereka hak orang lain. anakku hanya salah satu dari 2 orang yang taat kepada Allah, maka Allah mencukupI keperluannya dan Allah menguruskan keperluan orang orang soleh, atau yang bermaksiat kepadaNya, maka aku tidak peduli terhadap apa yang terjadi."

- yahya ibn Muaz berkata, "ada 2 musibah tidak pernah dialami orang terdahulu dan kemudian kerana hartanya menjelang kematian. iaitu Diambil dari mana seluruh hartanya dan ditanya tentang seluruhnya." - SETIAP RINGGIT AKAN DISOAL DARI MANA DAN APA DIBELANJA

50 - MENGAMBIL PENOLONG SELAIN ALLAH DAN SERAMBI ARASY

- rasulullah bersabda, "barang siapa memuliakan orang kaya kerana kekayaannya, hilanglah 2 per 3 agamanya." - LARANGAN MEMULIA/M'AGUNGKAN ORG KAYA 

- dalam hadis lain disebut, "jika orang fasik dipuji, murkalah Allah kerananya Arasy bergoncang." - MURKA ALLAH BILA DIPUJI ORG FASIK

- sayyidina ali berkata, "yang dimaksudkan dengan pemimpin itu (tiap manusia diseru dengan imamnya ketika dikumpul di mahsyar) ialah pemimpin itu adalah imam zaman mereka yang mereka ikuti perintahnya dan mereka jauhi larangannya."

- at Tirmizi dan lain lain meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "siapa yang dipanggil lalu diberi kitabnya di tangan kanannya, ia menghulurkannya sepanjang 60 hasta, putih wajahnya dan dipasangkan mahkota dari mutiara berkilau di kepalanya. lalu ia menemui sahabatnya , kemudian mereka melihatnya dari kejauhan. mereka berkata Ya Allah, berilah kami dengan ini dan berkatilah kami." kemudian didatangkan pada mereka dan berkata, "sampaikan khabar geembira pada setiap orang di antara mereka akan kenikmatan ini.

 sementara orang kafir, wajahnya hitam pekat dan tangannya dihulur sepanajang 60 hasta dari badannya dalam rupa Adam dan mengenakan mahkota. para sahabatnya berkata, "kami berlindung kepada Allah dari kejahatan seperti ini. akan tetapi hal ini diberikan pada mereka. 

- baginda bersabda, "bumi akan bersaksi terhadap setiap hamba dan umat tentang setiap perbuatan yang dikerjakan di atas permukaannya."


51 - MENGINGAT KEMATIAN

- sayyidatina Aisyah bertanya pada Rasulullah, "ya Rasulullah, adakah seorang boleh berkumpul bersama para syuhada' ?" baginda menjawab,"ya, orang yang mengingati mati 20 kali dalam sehari semalam."

- mengingati mati akan menyebabkan seorang itu menjauhkan diri dari kesenangan duniawi dan melakukan persiapan untuk akhiratnya. sedangkan lupa kepada kematian akan mengajak manusia kepada ketekunan dalam kesenangan dunia. - INGAT MATI AKAN MEMELIHARA DARI CINTA DUNIA

- anas meriwayatkan Rasulullah bersabda, "perbanyaklah mengingati kematian kerana ia menghilangkan dosa dan mendatangkan perasaan zuhud di dunia." - INGAT MATI MELAHIR RASA ZUHUD

- seorang disebut sebut dan dipuji di hadapan Rasulullah, baginda bertanya, "bagaimana sahabat kamu itu mengingati kematian ?" mereka menjawab, "kami hampir tidak pernah mendengarnya mengingati kematian." baginda bersabda, "sahabat kamu tidak layak untuk dipuji."

- rasulullah bersabda, "orang yang paling banyak mengingati kematian dan paling tekun melakukan persiapan untuk akhirat, merekalah orang yang bijak yang memperoleh kemuliaan dunia dan keagungan di akhirat. - ORG BIJAK BANYAK INGATI MATI

- Khalifah Umar ibn Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha setiap malam , mereka saling mengingatkan kematian, kiamat dan akhirat. kemudian mereka menangis seakan akan mereka menangisi kematian sanak saudaranya."

- Asy'ats berkata, "kami pernah menemui al hasan, ia hanya mengingatkan tentang neraka, urusan akhirat dan mengingati mati.

- Sayyidatina Aisyah datang padanya perempuan mengadu hati nya keras, ia menjawab, "perbanyakkanlah mengingati mati , nescaya hatimu akan menjadi lembut." perempuan itu melakukannya dan hatinya menjadi lembut. - BANYAK INGAT MATI UBAT HATI YG KERAS

- bait bait syair : ku takut di sebalik kubur jika kau tak maafkan, jilatan api dan kesempitan yang lebih dahsyat, rugilah anak adam yang berjalan menuju ke neraka dengan terbelenggu kalung biru , orang jahat berguling dalam lubang , tempat bersarang ular ular , kala jengking berlumba menghampirinya, menimpakan seksaan keras dengan gigitannya. , akulah pengumpul dunia tiada henti, untuk siapa kau himpun dunia padahal kau pasti mati, kematian tak kenal belas kasih pada orang yang tidak tahu sebab kelalaiannya,  - TIADA GUNA MENGEJAR DUNIA


52 - SAKARATULMAUT

- Sabda rasulullah, " kematian ,kepedihannya setara dengan 300 pukulan pedang." - SAKITNYA KEMATIAN

- kematian yang paling ringan seperti duri dalam kain yang kasar. tidak dapat dikeluarkan duri dari kain kasar melainkan tercabut juga kain itu."

- syadad ibn aus berkata, "kematian bagi orang  mukmin ialah ketakutan yang paling mengerikan di dunia dan akhirat. ia lebih menyakitkan dari digergaji dan direbus dalam kuali., seandai orang mati dibangkit lalu memberitahu keadaan kematian pada para penghuni bumi, nescaya mereka tidak akan hidup tenang dan tidak dapat tidur nyenyak "

- zaid bin aslam meriwayatkan hadis dari bapanya, "jika ada kedudukan yang tersisa pada orang mukmin yang tidak diperoleh dengan amalnya, maka ditimpa padanya kepedihan  kematian agar dengan sakaratul maut itu dan kesengsaraannya ia memperoleh kedudukan di syurga, sebaliknya jika orang kafir memiliki suatu kebaikan, ia dibalas dengan keringanan dalam sakaratulmaut untuk melengkapkan pahala kebaikannya, lalu ia dikembalikan ke neraka." - KEBAIKAN ORG KAFIR AKAN DIBALAS SBAGAI RINGAN SAKARAT AGAR TIDAK TERSISA KEBAIKAN

- sayyidina umar berkata pada ka'ab al ahbar, "wahai ka'ab, beritahu padaku tentang kematian." "amirul mukminin, kematian itu ibarat dahan penuh duri yang dimasukkan ke dalam perut seseorang, setiap duri mengait pada urat, lalu ia menariknya dengan sekuat tenaga, ia mengambil apa yang boleh diraih dan membiar apa yang boleh ditinggalkan." - DASHYAT SAKARAT

- bersama sakaratulmaut, datang berturut turut 3 bencana, 1) pedihnya pencabutan nyawa , 2) ketika menyaksi rupa malaikat pencabut nyawa serta masuknya ketakutan, kengerian kepadanya dalam hati, ketika melihat rupanya sedang menggenggam roh seorang hamba yang berdosa, orang paling kuat sekalipun tidak akan mampu memandangnya."

- nabi ibrahim meminta pada malaikat pencabut nyawa agar menampakkan rupanya yang sednag menggenggam roh penderhaka. lalu malaikat itu menampakkan rupanya, nabi ibrahim menoleh dan tampaklah seorang dengan kulit hitam, rambut berduri, berbau busuk dan pakaian hitam keluar dari mulutnya, sementara dari bibirnya berkobar api dan keluar asap.lalu nabi Ibrahim jatuh pengsan. - RUPA IZRAIL PADA ORG YG DIAZAB

- nabi ibrahim meminta diperlihat rupa malaikat pencabut nyawa ketika mencabut nyawa orang mukmin, nabi ibrahim kemudian berpaling darinya dan kemudian menoleh, tiba tiba ia mendapati seorang pemuda dengan wajah yang tampan, pakaian bagus dan baunya harum. " - RUPA IZRAIL PADA ORG BERTAQWA 

- ibn abbas berkata, "tidak mati seseorang melainkan 2 malaikat penjaga memperlihat kepadanya amalannya, jika orang mati itu orang taat, para malaikat berkata, "semoga Allah membalas anda dengan yang lebih baik, betapa banyak majlis yang baik bagi anda duduk di situ dan amal soleh yang nampak kepada anda, " akan tetapi, jika yang mati itu orang derhaka, para malaikat berkata, "semoga Allah tidak membalasmu dengan kebaikan. betapa banyak majlis yang buruk bagi kamu dan perkataan buruk yang diperdengarkan kepada kamu. semoga Allah tidak membalasmu dengan kebaikan." - demikian terbuka pandangan orang mati kepada 2 malaikat itu. - UCAPAN MALAIKAT PENJAGA MANUSIA + DIPERLIHAT AMALAN 

- 3) ketika para penderhaka melihat tempat mereka di neraka dan ketakutan mereka kerana pemandangan itu, sementara mereka dalam keadaan tenat. kekuatan mereka telah berkurang dan dicurah untuk mengeluarkan roh mereka. roh itu tidak akan keluar selama mereka belum mendengar nyanyian  malaikat pencabut nyawa dengan salah satu dari 2 khabar, khabar tentang neraka bagi musuh Allah dan khabar tentang syurga bagi wali Allah. 

- rasulullah bersabda, "Siapa pun dari kamu tidak akan keluar dari dunia hingga mengetahui ke mana tempat kembalinya dan sebelum mengetahui tempat duduknya di syurga atau neraka." - DIPERLIHAT TEMPAT DI SYURGA ATAU NERAKA SEBELUM MATI 


53 - JENAZAH DAN KUBUR

- jenazah dapat menjadi peringatan yang boleh mengingatkan orang yang lalai bahawa mereka juga akan mati. mereka juga akan terbujur kaku seperti apa yang mereka lihat. namun peringatan ini tidak berguna bagi mereka yang keras hati, tidak memikir mereka juga akan mendapat giliran dan nasib yang sama.

- abu hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "jika melihat jenazah, baginda bersabda, "berlalulah , sesungguhnya kami pun akan mengikuti jejakmu. "

- saat ini, ramai yang hadiri kematian tetapi hanya ketawa, berbicara tentang masalah warisan dan pembahagian harta si mayat, tiada yang merenung mereka akan mendapat giliran seperti jenazah itu, penyebab kelalaian ini kerana kerasnya hati kerana banyak berbuat maksiat dan dosa sehingga mereka lupa kepada Allah dan hari akhirat. hati mereka disibukkan dengan hal hal tidak berguna. - ZIARAH JENAZAH DPT MELEMBUTKAN HATI

- orang yang menghadiri jenazah seharusnya menangisi diri mereka sndiri yang lalai, bukan meratapi jenazah

- adab hadiri jenazah ialah merenung, ambil pengajaran dan mempersiapkan diri, berbaik sangka pada mayat sekalipun orang fasik, mencela diri sendiri sekalipun ia merasa dalam ketaatan pada Allah - ADAB HADIRI JENAZAH

- rasulullah ditanya siapakah lelaki yang paling zuhud ? baginda bersabda, "orang yang tidak pernah lupa akan kubur dan bencananya , meninggalkan perhiasan dunia, mengutamakan yang kekal dari yang binasa dan tidak menjalani hari harinya kecuali berbuat persiapan menjadi penghuni kubur." - CIRI ZUHUD SENTIASA INGATI KUBUR

- mujahid berkata kubur akan berbicara pada manusia, "aku adalah rumah cacing, rumah yang sepi dan rumah yang gelap, itulah yang aku persiapkan padamu, lalu apakah yang telah kamu persiapkan untukku ?"- PESANAN KUBUR


54 - SEKSA KUBUR

- rasulullah bersabda kubur berkata pada mayat ketika mayat diletak didalamnya, "celakalah anak adam, apa yang memperdayakanmu tentang aku ? tidakkah kamu tahu aku adalah rumah fitnah, rumah kegelapan, rumah bersendirian dan rumah cacing ? apa yang memperdaya kamu ketika kamu berjalan di atasku dengan kesombongan ?" jika mayat itu orang soleh, ia menjawab , "tidakkah engkau melihat ketika ia melakukan amar makruf nahi mungkar?" kubur menjawab, "kalau begitu aku akan mencabutnya." lantas jasadnya kembali menjadi cahaya dan rohnya naik ke hadrat Allah - DIALOG KUBUR PADA JENAZAH 

- yazid al riqasyi berkata, "telah sampai khabar bahawa ketika mayat diletakkan di kuburnya, amalannya mengelilinginya. kemudian Allah menjadikannya berbicara. amalan itu berkata, "wahai hamba Allah yang sendirian dalam galian, telah terputus darimu para kekasih dan keluarga. kini tidak ada lagi teman di sisi kita." - AMALAN BERKATA KATA DALAM KUBUR

- ka'ab berkata ketika hamba soleh diletakkan dalam kubur, amal amal solehnya - solat, puasa, zakat, jihad, dan sedekah - mengelilinginya. datanglah sejumlah malaikat penyeksa dari arah kakinya namun solat berkata, "tidak ada bagimu jalan menuju padanya , ia telah lama berdiri di atas keduanya untukku kerana Allah." kemudian para malaikat datang dari arah kepalanya, namun puasa berkata, ""tidak ada bagimu jalan menuju padanya , ia telah lama menahan dahaga di dunia kerana Allah." para malaikat datang lagi dari arah badannya, namun haji dan jihad  berkata, ""tidak ada bagimu jalan menuju padanya , ia telah menyakitkan dirinya dan meletihkan dirinya dengan berhaji dan berjihad kerana Allah." para malaikat datang lagi dari arah tangannya, namun sedekah  berkata, ""jangan kamu ganggu tuanku. betapa banyak sedekah yang dikeluarkan dari kedua tangannya ini hingga sampai ke tangan Allah kerana ia mengharap redhaNya. jadi tidak ada jalan bagi kamu menujunya." - AMALAN JADI PELINDUNG DALAM KUBUR

kemudian dikata pada orang itu, "berbahagialah , engkau hidup dengan baik dan mati dengan baik."lalu datang malaikat rahmat dan dinaikkan ia ke atas permaidani dari syurga. diluaskan kuburnya seluas pandangan mata dan dibawa untuknya pelita dari syurga yang terang cahayanya hingga saat Allah membangkitkannya dari kuburnya." - DIHAMPAR PERMAIDANI SYURGA DALAM KUBUR, PELITA SYURGA

- rasulullah bersabda, bahawa mayat itu duduk dan mendengar langkah para penghantarnya. tidak ada yang mengajaknya berbicara selain kuburnya. "hai anak adam, bukankah engkau mengetahuiku dan kesempitanku, serta bau dan ketakutan dan cacingku ? akan tetapi mengapa engkau tidak menyediakan diri untukku ?" - DIALOG KUBUR PADA JENAZAH

- sabda Rasulullah, "ketika seorang mukmin menjelang hari akhir, Allah mengutus para malaikat yang wajah mereka seakan akan matahari dengan membawa kafannya. mereka duduk berbaris sepanjang pandangan mata. ketika rohnya keluar, seluruh malaikat yang ada di langit dan di bumi serta semua malaikat langit memberi salam padanya. lalu pintu pintu langit terbuka, tidak ada satu pintu pun melainkan harus dilalui oleh rohnya. ketika rohnya naik, dikatakan, :ya Tuhan, ini aku , fulan , hambaMu." Allah berkata, "bawalah ia kembali, lalu diperlihat kepadanya kemuliaan yang telah Aku siapkan untuknya, Aku telah menjanjikannya , ia mendengar suara langkah orang orang yang menghantarnya ketika mereka kembali hingga di tanya, "Fulan, siapakah Tuhanmu? apakah agamamu ? siapakah nabi mu ? ia menjawab, "Tuhanku Allah, agamaku islam , dan nabiku Muhammad ."ia dibentak bentak dengan suara keras sekali.itulah akhir ujian yang diperlihatkan kepada mayat. ketika itu datang seruan, "engkau benar !" kemudian datang padanya makhluk berwajah tampan dengan wangian harum dan pakaian yang bagus, ia berkata, "saya membawa khabar gembira akan rahmat Allah dan syurga yang di dalamnya ada tempat tinggal yang menyenangkan anda. Allah menyampaikan khabar gembira dengan kebaikan." mayat bertanya, siapa anda ? ia menjawab, "saya amal soleh anda, demi Allah, saya tahu kalau anda selalu bersegera menuju ketaatan pada Allah. dan berfikir fikir terlebih dahulu jika hendak berbuat maksiat. oleh itu Allah membalas anda dengan yang lebih baik." kemudian ada seruan lagi, "hamparkan nya untuknya tikar dari syurga dan bukakannya pintu ke syurga." dihamparkan untuknya tikar dari syurga dan dibukakan pintu ke syurga. lalu ia berkata, "ya Allah, segerakanlah datangnya kiamat hingga aku kembali menemui keluarga dan hartaku." - DIHAMPAR PERMAIDANI DARI SYURGA + DIBUKA PINTU SYURGA DALAM KUBUR

sementara orang kafir ketika menjelang akhirat dan terpisah dari dunia, datang malaikat padanya malaikat yang sangat kasar, berpakaian dari api dan jubah dari tar. mereka mengelilinginya. ketika nyawanya keluar, semua malaikat yang ada antara langit dan bumi dan semua malaikat langit melaknatnya. pintu pintu langit ditutup , tidak ada satu pintu pun melainkan merasa benci untuk dimasuki oleh rohnya, ketika rohnya dibawa naik, dikatakan, ya Tuhan, ini fulan hambaMu , langit dan bumi tidak menerimanya. " Allah berkata, "bawalah ia kembali, lalu diperlihat padanya keburukan yang telah Aku sediakan untuknya,  ia mendengar suara langkah orang menghantarnya lalu ditanya soalan yang sama. ia menjawab, "Aku tak tahu." dikata padanya, "kamu tidak tahu ?" kemudian, didatang padanya , "kamu tidak tahu ?" . kemudian didatang padanya makluk berwajah hodoh, berbau dan berpakaian buruk. makhluk itu berkata, "akulah amal burukmu. Demi Allah, kamu selalu bersegera menuju maksiat padaNya. oleh itu Allah membalasmu dengan keburukan. " kemudian didatang makhluk yang buta, pekak dan bisu membawa tongkat besi yang kalau 2 golongan makhluk jin dan manusia terkumpul untuk mengangkatnya, nescaya mereka tidak akan mampu. kalau tongkat itu dipukul pada unta jantan, nescaya unta itu rata dengan tanah. kemudian rohnya dikembalikan padanya, lalu dipukul lagi antara kedua matanya dengan pukulan yang suaranya terdengar hingga ke beberapa lapisan bumi. lalu ada menyeru, "berilah ia alas dengan 2 lempeng api , bukakanlah untuknya pintu ke neraka." - AZAB KUBUR

- abu hurairah meriwayat , Rasulullah bersabda, "Orang mukmin di dalam kuburnya berada dalam taman yang hijau, dilapangkan kuburnya hingga 70 hasta (31 meter)  dan diterangi cahaya hingga seperti bulan purnama ." - TAMAN HIJAU DALAM KUBUR DISIRAMI CAHAYA UMPAMA BULAN PURNAMA

- tentang azab orang kafir dalam kuburnya dipenuhi 90 jenis tinnin, iaitu 99 ular, setiap ular memiliki 9 kepala mencakar , menggigit dan mematuk tubuh orang itu hingga hari dibangkitkan. ini sama dengan jumlah akhlak tercela iaitu kesombongan, riya, hasad , dengki , iri hati ,, dan sifat lainnya. "semua itu memiliki banyak pokok, bercabang lagi, , menjadi beberapa bahagian.  sifat itu pada asalnya ialah kebinasaaan, berubah menjadi ular dan kala jengking. yang kuat menggigit seperti gigitan naga, lemah menggigit seperti gigitan kala jengking dan sedang menggigit seperti gigitan ular.  orang memiliki mata hati menyaksikan dengan cahaya basirah kebinasaan ini dan cabangnya.  - 99 ULAR AZAB KAFIR DLM KUBUR


55 - TIUPAN, KETAKUTAN DAN KEBANGKITAN DARI KUBUR

- Setelah tiupan pertama sangkakala, seluruh makhluk tinggal di barzakh selama 40 tahun, kemudian Allah menghidupkan israfil .

- orang orang kaya yang bertindak sewenang wenang pada hari itu lebih hina dari orang yang hina , mereka dipijak pijak oleh kaki kaki menyerupai semut.  kemudian syaitan dan orang yang sombong didatangkan dengan kesombongan dan kebongkakan mereka, mereka tunduk kerana takut kepada Allah 

- renungkan kebangkitan mereka diiringi tidak beralas kaki, telanjang tidak berpakaian dan belum dikhitan menuju ke tanah Mahsyar - tanah putih dan datar. di situ tiada lembah dan bukit yang boleh dijadi untuk bersembunyi., tidak pula ada jurang. mereka di bawa ke situ dengan berlari.  - KEADAAN MAHSYAR

- ibnu abbas berkata, di situ tiada pohon dan lembah, ia terbentang sebagai tanah putih seperti perak. di situ tiada matahari, bulan dan bintang. 

- dalam keadaan itu, langit di atas kepala mereka berputar kencang sekali selama 500 tahun. begitu menakutkan bila langit yang keras itu terbelah, melebur dan mengalir seperti perak meleleh bercampur tembaga. menjadi merah seperti minyak.  langit seperti cairan logam dan  gunung seperti bulu. manusia berterbangan seperti kupu kupu, 

- betapa dahsyat keadaan pada hari itu, tersingkap aurat, tetapi tercegah pandangan manusia lain padanya, hal itu kerana mereka berjalan dengan perut sementara wajah mereka tidak dapat saling memandang sama lain. - ORG INGKAR BERJALAN DGN PERUT DI MAHSYAR

- abu hurairah meriwayat, Rasulullah bersabda, "pada hari kiamat, manusia dikumpul dalam 3 kelompok iaitu yang menunggang kenderaan, yang berjalan kaki dan yang berjalan dengan wajah." sahabat bertanya bagaimana berjalan dengan wajah. baginda menjawab, "Tuhan yang membuat mereka berjalan dengan kaki, maka Dia berkuasa untuk menjadikan mereka berjalan dengan wajah mereka." - DIMAHSYAR ORG HINA DAN TIDAK BERIMAN BERJALAN DGN MUKA MEREKA

- ibnu Umar meriwayatkan Rasulullah bersabda, "itulah hari ketika manusia dihadap kepada Tuhan alam semesta hingga salah seorang dari mereka terpendam oleh keringat mereka sendiri hingga ke telinga. 

- abu hurairah meriwayat, Rasulullah bersabda, "pada hari kiamat, manusia berkeringat hingga keringat mereka bertakung di atas tanah hingga ketinggiannya 70 depa dan menenggelamkan mereka hingga ke paras telinga mereka. " ( riwayat bukhari muslim )..dalam hadis lain disebut berdiri sambil mengangkat pandangan ke langit selama 40 tahun.

- semua itu terjadi sebelum penghisaban dan penyeksaan. sekiranya anak Adam selamat dari kebodohan dan tipuan, ia akan sedar bahawa keletihan dalam melaksana ketaatan adalah lebih ringan dan pendek waktunya berbanding keletihan dalam kesengsaraan dan penantian pada hari kiamat kerana hari itu adalah hari yang besar penderitaannya dan panjang waktunya. - LETIH NYA IBADAH DUNIA JAUH LEBIH RINGAN DARI SENGSARA DAN SUSAH HARI KIAMAT


56 - AMALAN , AL MIZAN DAN AZAB NERAKA

- setelah ditanya, manusia terbahagi 3 kelompok

1) satu kelompok tidak memiliki kebaikan, lalu mereka dikeluar dari neraka dengan leher menghitam, kemudian direnggut seperti burung mematuk biji , dilipat dan dilempar ke dalam neraka hingga neraka menelan mereka. ditimpa mereka sengsara tanpa ada bahagia sesudahnya. - NASIB ORG BERDOSA TANPA SEBARANG AMALAN

2) kelompok 2 - tidak memiliki keburukan, mereka diseru berdiri memuji Allah dalam keadaan apa pun, mereka berdiri dan dipersila masuk ke syurga. iaitu orang yang rajin solat malam dan kepada orang yang tidak dilalaikan oleh urusan dunia dari berzikir kepada Allah , mereka diberi bahagia yang tiada kesusahan sesudahnya. 

3) kelompok 3 - bercampur aduk baik buruk yang tersembunyi bagi mereka, tetapi tampak jelas bagi Allah. ada kebaikannya lebih besar dan ada keburukan lebih besar. Allah menampakkan hal itu pada mereka agar jelas keutamaan pengampunanNya, keadilanNya dan seksaanNya. 

- kemudian berterbanganlah lembaran dan kitab kitab berisi kebaikan dan keburukan dan ditegakkan al mizan, semua pandangan tertuju pada kitab kitab itu sama ada diletakkan di bahagian kanan atau kiri, kemudian pandangan tertuju pada al mizan sama ada condong pada keburukan atau kebaikan.  itulah ketakutan yang dahsyat. - KEADAAN TIKA BUKU AMALAN BERTERBANGAN DAN CONDONG BERAT PADA AMAL BAIK ATAU BURUK 

- al hasan meriwayat, Sayyidatina Aisyah menitis air mata pada pipi baginda ketika baginda menyandarkan kepala pada pangkuan sayyidatina aisyah, lalu bertanya pada baginda, "saya teringat akan akhirat, apakah pada hari kiamat anda ingat pada keluarga anda ?" baginda menjawab.,"seseorang tidak mengingat kecuali diri sendiri, ketika diletak al mizan dan ditimbang amal , anak adam melihat apakah amalnya ringan atau berat. ketika mushaf mushaf berterbangan, ia memperhati apakah ia mengambil kitabnya dengan tangan kanan atau tangan kiri. demikian pula ketika melintasi titian as sirath." - SAAT GETIR DI MAHSYAR TIKA DITIMBANG AMAL

- jika ringan timbangan di mizan, malaikat Zabaniyah dengan tongkat api di tangannya akan memakaikan mereka dengan pakaian dari api. lalu mereka mengambil bahagian mereka di neraka." - ORG RINGAN AMAL BAIK DAN LEBIH BERAT DOSA DIPAKAI PAKAIAN DARI API 

- wahai orang yang lalai akan dirinya, yang tertipu kerana kesibukan dunia yang akan berakhir dan hilang , tinggalkanlah memikir sesuatu yang sementara, arahkan fikiran pada sesuatu yang akan datang .yakinlah anda akan didatangi tetapi diragukan kalau anda akan selamat. tanamlah dalam hati anda ketakutan yang dahsyat itu. mudah mudahan anda bersiap siap untuk selamat darinya.  - PESANAN UTK INGATI AKHIRAT

- tiba tiba para pendosa itu dikelilingi kegelapan yang pekat dan dinaungi api berkobar. mereka mendengar suara dan gemuruh nya menandakan kemarahan dan kemurkaan dahsyat. ketika itu para pendosa meyakini kehancuran dan umat umat berlutut hingga membuat hiba orang yang terbebas dari akibat buruk ini. lalu keluar penyeru dari zabaniyah dan bertanya, 'di mana fulan yang membinasakan dirinya di dunia dengan panjang angan angan dan menghabiskan umurnya dalam perbuatan buruk ?!" - PANJANG ANGAN2 DAN HABISKAN UMUR DGN DOSA AKAN DIAZAB

lantas mereka memukulnya dengan tongkat dari besi dan menimpa ancaman keras. mereka mengheret menuju seksa yang pedih dan melempar ke dasar neraka Jahim. mereka mendiami wilayah sempit, jalan gelap, tempat berbahaya. kekal tawanan dan dinyala neraka jahim. harapan mereka ialah kematian dan mereka tidak akan dibebaskan. kaki mereka diikat ke ubun ubun dan wajah mereka menghitam kerana gelapnya maksiat. mereka memanggil dan berteriak, "duhai Raja, kulit kami melecur terbakar , keluarkan kami darinya. kami tidak akan mengulanginya kembali." - DAHSYAT AZAB NERAKA 

DAHSYAT SEKSA DALAM NERAKA

zabaniyah menjawab , "telah terlambat datangnya ketenteraman , kalian tidak akan keluar dari negeri hina ini, kalaupun kalian keluar darinya, kalian akan kembali berbuat apa yang dilarang atas kalian."

 mereka menunduk dan menyesali kelalaian mereka pada Allah, tetapi sesal tidak menyelamatkan mereka. mereka tersungkur dalam keadaan terbelenggu sementara api berkobar di atas, di bawah, di samping mereka. mereka tenggelam dalam lautan api. makanan minuman pakaian dan tempat tidur mereka adalah api. mereka berada di tempat potongan potongan api, pakaian dari tar, pukulan kayu dan ikatan rantai.  - DAHSYAT AZAB SEKSA NERAKA 

mereka terbenam dalam kesempitan, hancur di dasarnya dan berpindah pindah antara bencana bencana. api mendidihkan mereka seperti mendidih cerek. mereka berteriak dan meratap. dituang air panas ke kepala mereka hingga mencair isi perut dan kulit mereka. mereka memegang pemukul dari besi yang dipikul pada dahi mereka hingga menyembur nanah dari mulut mereka. kerana haus hati mereka terpotong potong, biji mata mereka tergantung di pipi. daging pipi mereka menggelupas. rambut mereka gugur dan tercabut kesemuanya, bahkan terkupas bersama kulitnya. setiap kali kulit menggelupas nescaya akan diganti dengan kulit baru. daging mereka tanggal dari tulangnya hingga tinggal ruh bergantung pada urat dan jalinan saraf. ia mendidih dalam nyalaan api, mereka mengharap kematian. namun mereka tidak akan mati - GERUNNYA AHLI NERAKA DISEKSA 

- bagaimana perasaan anda jika melihat mereka? wajah mereka menghitam, lebih hitam dari tar, mata mereka buta , lidah mereka bisu, punggung mereka remuk, tulang mereka hancur, telinga mereka tuli, kulit mereka terkoyak dan tangan mereka terbelenggu ke leher. ubun ubun dan kaki mereka disatukan . mereka berjalan dengan wajah mereka. mereka menusukkan paku besi ke biji mata mereka, lidah api menjalar dalam tubuh mereka, demikian pula ular dan kala jengking. neraka Hawiyah bergantung pada anggota tubuh mereka.  - YA ALLAH , HAMBA MU INI BERLINDUNG DARI AZAB NERAKA YG DAHSYAT 

- rasulullah bersabda, "di neraka Jahanam terdapat 70 ribu lembah, setiap lembah terdapat 70 ribu bukit, setiap bukit terdapat 70 ribu kala jengking dan ular, semua orang kafir dan musyrik akan melalui semua itu. 

- dari sayyidina Ali , rasulullah bersabda, "mohonlah perlindungan Allah dari lembah kesedihan di neraka Jahanam, Jahanam sendiri memohon perlindungan darinya sebanyak 70 kali sehari. lembah itu Allah sediakan bagi para pembaca al Quran yang membacanya kerana riak." jumlahnya disesuai dengan jumlah lembah dan syahwat di dunia, jumlah pintunya ialah sejumlah 7 anggota badan diguna oleh hamba utk bermaksiat, paling tinggi ialah neraka Jahanam, lalu Saqar, Lazha, Huthamah, Sya'ir , Jahim dan Hawiyah.

- kedalaman Hawiyah tidak terbatas seperti tidak terbatas syahwat dunia,  sebagaimana tiada penghujung inginan pada dunia, kecuali kepada keinginan lebih besar. 

- Abu Hurairah meriwayat, Rasulullah bersama para sahabat dan kemudian mereka mendengar suara gemuruh, baginda bertanya, tahukan kalian suara apa ini. baginda bersabda, "inilah suara batu yang ada di neraka Jahanam sejak 70 tahun lalu dan kini telah mencapai dasarnya."

- Anas bin Malik berkata, "didatang orang kafir yang paling senang hidupnya di dunia lalu dibenamkan ia ke dalam neraka kemudian di tanya, adakah engkau suka ? ia menjawab, "tidak". didatangkan orang paling sengsara di dunia lalu ditempat di syurga, lalu ditanya, adakah engkau merasa sengsara? ia menjawab, "tidak". - SEKALI TERBENAM DLM NERAKA HILANGKAN SEGALA NIKMAT ORG PALING SENANG DLM DUNIA 

- abu hurairah berkata, jika di dalam masjid terdapat 100 ribu orang atau lebih, jika penghuni neraka menghembuskan nafasnya, nescaya semua mereka mati." - NAFAS AHLI NERAKA SUDAH CUKUP MEMBUNUH PENDUDUK DUNIA 

- ulama' berkata, "api menghanguskan wajah mereka, satu kali api membakarnya, tidak tersisa sedikit pun daging pada tulang mereka melainkan diambil dari tumit mereka." - API NERAKA MENANGGALKAN DAGING PADA TULANG MANUSIA

- abu said al khudri meriwayat, Rasulullah bersabda, "sekiranya 1 timba nanah Jahanam dipercik ke dunia, nescaya seluruh penghuni bumi mencium bau busuknya itu."

- itulah minuman mereka, jika mereka merintih kerana haus , mereka diberi minum dengan nanah yang diteguk mereka dan hampir hampir membuat mereka pengsan kerana hanyir dan busuknya nanah itu. lalu didatangkan kematian dari setiap tempat , tetapi mereka tidak mati. - NANAH MINUMAN AHLI NERAKA 

- makanan mereka berupa pohon zaqqum, pahit rasanya . buahnya seolah olah kepala syaitan dan ia memenuhi perutnya. 

- ibnu abbas meriwayatkan, rasulullah bersabda, "Seandainya setitis zaqqum dijatuhkan di tengah lautan dunia, akan rosaklah kehidupan penghuni bumi. apatah lagi jika memakannya. " - SEBIJI ZAQUM CUKUP MEROSAK SELURUH HIDUP PENGHUNI BUMI 

- anas berkata, Rasulullah bersabda, "cintailah apa yang menyebabkan Allah cinta padamu. waspada dan takutlah terhadap apa yang Allah takutkan padamu iaitu berupa seksaan dan hukumanNya , sebab andai setitis api neraka ada bersama kalian di dunia , nescaya ia akan menghanguskan kalian." -  SETITIS API NERAKA AKAN HANGUSKAN SEKALIAN PENDUDUK DUNIA

- abu darda meriwayat Rasulullah bersabda, "ditimpa kelaparan bagi penghuni neraka hingga sebanding seksaaan mereka. mereka meminta makanan lalu diberi makan dengan dahan kering yang tidak membuat kenyang dan tidak menghilang lapar. mereka meminta lagi makanan , lalu diberi makan dengan makanan yang menyumbat kerongkong. mereka meminta minum, diberi mereka minuman air panas dengan paku paku besi yang ketika didekatkan ke wajah mereka , akan terbakarlah wajah mereka. jika minuman itu masuk ke dalam perut mereka, akan hancurlah semua isinya. mereka berkata, "panggillah penjaga neraka Jahanam." mereka meminta penjaga neraka meminta kepada Allah agar diringankan seksaan sehari sahaja." tetapi penjaga jahanam menjawab ,"bukankah telah didatangkan kepada kalian para rasul dengan membawa penjelasan." mereka jawab "ya". - AZAB SIKSA NERAKA

- firman Allah :"dibelakangnya disedia neraka jahanam , dan ia akan diberi air minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka ). ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah , sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu ) dan selain dari itu ada lagi azab seksa yang lebih berat." - Surah Ibrahim : 16-17. - DAHSYAT SEKSA NERAKA

- Rasulullah bersabda, "didekatkan minuman itu padanya hingga dia membencinya, ketika didekatkan padanya, terbakarlah wajahnya lalu menggelupas kulit kepalanya, ketika dia meminumnya, terpotonglah ususnya hingga keluar dari duburnya." - MINUMAN AHLI NERAKA

- dari abu hurairah, rasulullah bersabda, "barang siapa diberi harta oleh Allah, lalu tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat, harta itu akan menjelma kepadanya sebagai ular yang memiliki 2 bisa. ular itu melingkar di tubuhnya lalu menggigit telinganya sambil berkata, "aku lah harta dan pusakamu." kemudian ular itu membaca firman Allah , dan jangan sekali kali orang orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya ...menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka ( ali imran : 180 ) - AZAB TIDAK BERZAKAT 

- rasulullah bersabda, "di dalam neraka terdapat ular ular sebesar unta dan kala jengking sebesar keldai yang sengatnya terasa selama 40 tahun. ular dan kala jengking ini hanya menguasai orang di dunia yang dikuasai kebakhilan, berakhlak buruk dan menyakiti orang lain. barang siapa menjaga diri dari semua itu, ular ular itu tidak akan menyakitinya." - AZAB UTK ORG BAKHIL, AKHLAK BURUK, SAKITI ORG LAIN 

- Allah menambah besar dan tinggi pada badan penghuni neraka dengan itu bertambahlah seksaaan kepada mereka. abu hurairah berkata, Rasulullah bersabda, "Gigi taring orang kafir ketika berada dalam neraka adalah sebesar Gunung Uhud dan tebal kulitnya adalah seperti jarak perjalanan 3 hari." dalam hadis lain, baginda bersabda, "bibir bawahnya terjulur hingga ke dada dan bibir atasnya menutupi wajahnya." dengan tubuh besar seperti itu, api membakar mereka berulang kali lalu kulit dan daging mereka diganti yang baru. firman Allah, "tiap tiap kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu." (surah an nisaa' :56 ) - GANDAAN SEKSA AHLI NERAKA YG DIBESARKAN SAIZ BADAN UTK TAMBAH SEKSAAN

- al hasan berkata, "setiap hari api membakar mereka sebanyak 70 ribu kali. setiap kali api membakar mereka, dikatakan pada mereka, "kembalilah kalian ! maka mereka pun kembali sedia kala."

- anas meriwayat , Rasulullah bersabda, "Allah mengirimkan tangisan kepada para penghuni neraka. lantas mereka menangis hingga keluar air mata mereka. kemudian mereka menangis hingga keluar darah dan wajah mereka tampak seperti aliran sungai, seandainya diletakkan perahu di situ, nescaya perahu itu akan hanyut. sekiranya dalam tangisan itu mereka diizinkan menjerit, berteriak, mengeluh, nescaya mereka akan merasa lega. akan tetapi, hal itu tidak dapat dilakukan oleh mereka.

- mereka berkata, "Tuhan kami, berilah kami penglihatan dan pendengaran. lalu kembalikan kami untuk mengerjakan perbuatan perbuatan yang baik. akan tetapi Allah menjawab, "dan bukanlah kamu telah bersumpah dahulu , bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan ?" (surah ibrahim : 44)

- ahli neraka mendapat azab pedih dan penyesalan akan kehilangan nikmat syurga serta pertemuan dengan Allah dan keredhaanNya, sementara mereka menyedari , mereka telah menjual semua itu dengan harga yang murah iaitu dengan syahwat yang hina di dunia dan di dalam masa yang amat pendek dan singkat. - LAWANLAH SYAHWAT UTK SELAMAT DARI NERAKA

- mereka berkata dalam hati, "aduhai kami menyesal, mengapa kami membinasakan diri kami sendiri dengan kemaksiatan kepada Tuhan kami?  mengapa kami tidak bersabar untuk masa yang pendek?" apatah lagi apabila mereka diperlihatkan kenikmatan syurga dan mereka tidak memperolehinya. - AHLI NERAKA MENYESAL KERANA MAKSIAT DI DUNIA

- rasulullah bersabda, "pada hari kiamat, didekatkan manusia dari neraka ke syurga hingga ketika mereka mendekat ke syurga, mereka mencium wanginya, melihat istana istana nya dan segala sesuatu yang Allah sediakan bagi para penghuninya. di situ mereka ingin dipalingkan darinya kerana mereka tidak memiliki bahagian. mereka kembali dengan penyesalan. mereka berkata, "ya Tuhan kami , kalau sahaja Engkau memasukkan kami ke dalam neraka sebelum Engkau memperlihatkan kami pahala pahala Mu dan segala yang Engkau sediakan di dalamnua, yang Engkau telah perlihatkan pada kami, nescaya itu semua hina bagi kami. Allah menjawab, "Dengan cara itu, Aku ingin kalian sedar. berbagai bagai kesombongan yang kalian tampakkan padaKu dan ketika kalian bertemu dengan orang lain, kalian menemui mereka dengan merendahkan diri. akan tetapi kalian menampakkan kepada orang lain apa yang ada dalam hati kalian, tidak seperti apa yang kalian berikan kepadaKu.  kalian memberikan pada orang lain apa yang tidak kalian berikan kepadaKu. kalian mengagungkan orang lain, tetapi tidak mengagungkan Ku, kalian meninggalkan untuk orang lain apa yang tidak kalian tinggalkan untukKu, oleh itu hari ini, Aku menimpakan pada kalian seksaan yang pedih dengan mengharamkan kalian pahala ini."

57 - 'ILMUL YAQIN , AINUL YAQIN DAN PERTANYAAN PADA HARI KIAMAT

- Allah berfirman, "Demi sesungguhnya, ! kalau lah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi ) ..dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat.) - maksudnya : sekiranya kamu tahu tentang kiamat , nescaya hal itu akan memalingkan kalian dari mengumpul harta dan membanggakan diri . kalian pasti mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi kalian dan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat. 

- ada yg mengatakan, "sekiranya kalian benar benar mengetahui dengan 'ilmul yaqin sebagaimana Rasul mengetahuinya, nescaya harta dan kebanggaan diri tidak bermanfaat bagi kalian pada hari kiamat. tidaklah kalian akan membangga diri dengan harta yang banyak melainkan akan menyebabkan kalian melihat meraka Jahim.  " - HARTA MELIMPAH HAKIKATNYA TIADA BERMANFAAT DI MAHSYAR

- firman Allah : selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat ( yang telah kamu nikmatinya )- surah at Takaathur : 8 , maksudnya akan ditanya pada hari kiamat , tentang kenikmatan dunia berupa kesihatan badan, pendengaran, penglihatan, mata pencarian, kelazatan makanann dan minuman, teduhnya tempat tinggal , nyenyaknya tidur dll. apakah kalian mengucapkan syukur kepada pemilikNya . - WAJIB UCAP SYUKUR ATAS TIAP NIKMAT DUNIA

- abu hurairah meriwayat, Rasulullah bersabda, "kenikmatan pertama yang ditanya pada seorang hamba pada hari kiamat, bukankah Kami telah memberi kesihatan pada tubuhmu dan menyegarkanmu dengan air dingin ?"


58 - SYURGA DAN TINGKATAN PENGHUNINYA

- tanamlah ketakutan dalam hati anda akan neraka, kerana ia negeri yang penuh dengan kesengsaraan dan kepedihan . penuhilah diri anda dengan ketakutan akan seksa neraka dan berharaplah agar dapat menuju ke jalan lurus (as sirath ).

- fikirkanlah tentang penghuni syurga dan wajah mereka yang diliputi kenikmatan. mereka meneguk air dari minuman yang lazat. + mereka duduk di atas mimbar dari yakut merah di dalam khemah yang terbuat dari mutiara putih + sungai sungai dialiri air arak dan madu yang dikelilingi pelayan pelayan yang dihias dengan hiasan menawan dari segala kebaikan seakan akan yakut dan marjan yang tidak pernah disentuh sesiapapun sebelum mereka, baik manusia atau jin. + mereka berjalan jalan ditempat tempat tinggi di syurga, setiap kali kaki mereka menyentuh lantai, mereka diiringi oleh 70 ribu bidadari memakai sutera putih menawan, mengenakan mahkota bertatah mutiara dan marjan + menyebar wangian + terhindar dari ketuaan dan derita + mengelilingi khemah di istana dari yakut. - NIKMAT SYURGA

- istana dibina di tengah taman syurga yang menyilau pandangan mata + mereka dikelilingi piring, teko , cawan berisi air putih dan lazat bagi peminumnya + mereka dikelilingi pelayan dan bidadari seperti mutiara tersembunyi, sebagai balasan amalan dunia. + mereka berada di tempat mulia di syurga, di mata air dan sungai, tempat duduk yang indah.- ISTANA SYURGA MENYILAU PANDANGAN MATA

- pada wajah mereka terpancar kesenangan yang tidak tersentuh oleh kerendahan dan kehinaan. tidak ada rasa takut dan sedih, + mereka bersenang senang dari makanan syurga dan minum dari sungai sungai syurga berupa susu, arak, madu dan air yang tidak berubah rasa dan baunya, + lantainya dari perak  + kerikilnya dari marjan + tanahnya dari kasturi yang sangat wangi + tumbuhannya adalah za'faran. + didatangkan  pada mereka piring piring dari perak bertatah mutiara, yakut dan marjan. + ada gelas memancarkan cahaya kerana kejernihannya , kelihatan bayang disebaliknya kerana kelembutan dan merahnya yang tidak dapat dibuat oleh manusia + gelas gelas itu berada di tangan pelayan wajahnya memancar cahaya bagai matahari, matahari yang tidak sebanding indahnya pelipis dan biji matanya. - TANAH SYURGA DARI KASTURI YG WANGI

- firman Allah ,"barangsiapa yang takut pada saat berdiri di hadapan Tuhannya, ia memperoleh 2 syurga, " baginda bersabda, " iaitu 2 syurga dari perak yang aku harapkan berserta isinya dan 2 syurga dari emas yang aku harapkan beserta isinya. tidaklah suatu kaum memandang Tuhan mereka melainkan dari sebalik tirai keagungan wajahNya di syurga Adn. "

- abu hurairah meriwayat, Rasulullah bersabda, "barang siapa menafkah hartanya pada pasangan suami isteri di jalan Allah, ia di panggil dari semua pintu syurga, syurga itu memiliki 8 pintu, orang ahli solat dipanggil dari pintu solat, ahli puasa dipanggil dari pintu puasa, ahli sedekah dipanggil dari pintu sedekah dan ahli jihad dari pintu jihad." - PINTU SYURGA KHAS UTK AHLI SOLAT, PUASA , SEDEKAH

- sayyidina Ali berkata, Allah berfirman , "orang orang yang patuh kepada Tuhannya dihalau ke dalam syurga dalam beberapa rombongan, sehingga ketika mereka sampai pada salah satu pintunya, mereka menemukan di sisinya ada sebatang pohon yang keluar dari pangkalnya keluar 2 mata air yang mengalir." mereka menuju ke salah satu mata air itu lalu meminumnya hingga hilanglah penyakit yang ada dalam perut mereka. kemudian mereka menuju ke mata air lain hingga mereka menjadi suci. lalu tampak pada diri mereka kegembiraan. setelah itu rambut mereka tidak berubah dan kepala mereka tidak lusuh untuk selamanya seakan akan disapu minyak. kemudian mereka sampai di syurga. - 2 MATA AIR DARI POHON DI PINTU SYURGA

- fiman Allah : dan orang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu pintunya sedia terbuka dan penjaga penjaganya mengalu alukan mereka dengan kata kata : salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggi kekal di dalamnya " (mereka pun masuk) - surah az-zumar : 73 )

- kemudian datanglah pelayan pelayan mengelilingi mereka, sebagaimana pelayan pelayan dunia mengelilingi kekasihnya. mereka mengatakan padanya :"Allah menyampaikan khabar gembira dan menyediakan untukmu kemuliaan itu dan ini." salah seorang dari pelayan pelayan pergi menemui bidadari bidadari yang menjadi isteri orang itu, ia berkata, "Si Fulan yang pernah dipanggil di dunia telah datang." " Aku pun telah melihatnya, "kata bidadari itu. "ia adalah simpananku." - PARA BIDADARI MENANTI SAAT TIBA DI SYURGA

- lantas kebahagiaan meliputi dirinya hingga ia menuju ke ambang pintu syurga. ketika sampai ke tempat tinggalnya, ia memandang dasar bangunannya, tiba tiba tompokan besar mutiara yang diatasnya terdapat istana merah, hijau, kuning dan berbagai lagi warna. kemudian ia mengangkat kepalanya dan memandang atap, tiba tiba kelihatan seperti kilat. kalau sahaja Allah tidak memberinya kekuasaan, nescaya ia jatuh sakit kerana sangat silau pada cahaya kilat itu. lalu ia pun menundukkan kepalanya. tiba tiba datang pasangan - pasangannya, piala piala diletakkan, bantal bantal disusun dan permaidani dihamparkan. ia bersandar lalu ucapkan syukur, "segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami ke sini. tidaklah kami mendapat petunjuk seandainya Allah tidak menunjuki kami."- ISTANA BERBAGAI WARNA DLM SYURGA 

- kemudian ada seruan, "kalian hidup, tidak akan mati untuk selamanya. kalian tinggal di situ, tidak akan berpindah untuk selaman. kalian  sihat, tidak akan sakit untuk selamanya.. - HIDUP SIHAT SELAMANYA DLM SYURGA

- perhatikanlah bilik bilik syurga dan tingkatannya  yang berlainan. sebagaimana antara manusia ada perbezaan jelas dalam ketaatan lahiriah dan akhlak akhlak batin yang terpuji, demikian juga darjat tertinggi, berusaha lah agar tidak seorang mendahului anda dalam ketaatan pada Allah. Allah memerintahkan agar berlumba lumba dan bersaing dalam hal ini. - BERLUMBA LAH UTK TAAT DAN BERAKHLAK TERPUJI 

- namun anehnya , jika saudara mara atau jiran anda memiliki kelebihan satu dirham atau rumahnya lebih bagus dari anda, akan sempitlah dada anda dan susahlah hidup anda kerana iri hati dan dengki. perbaikilah keadaan anda agar dapat tinggal di syurga , janganlah anda merasa tenang terhadap orang lain yang mendahului anda dalam kesabaran dan kelembutan, 

- abu said al khudri berkata Rasulullah bersabda, "para penghuni syurga memerhati penghuni bilik bilik yang ada di atas mereka sebagaimana mereka memerhati bintang bintang kerana perbezaan keutamaan antara mereka." - BEZA TINGKATAN SYURGA UMPAMA BUMI DGN BINTANG DI LANGIT

- jabir meriwayat Rasulullah bersabda, "di syurga ada bilik bilik dari berbagai bagai jenis mutiara, bahagian luarnya  dapat dilihat dengan jelas dari bahahagian dalamnya, dan demikian sebaliknya. di dalamnya terdapat kenikmatan kelazatan dan kebahagiaan yang tidak terlihat oleh mata, tidak terdengar oleh telinga dan tidak terfikir oleh hati manusia, " kata Rasulullah. sahabat bertanya untuk siapa bilik itu ? "untuk orang yang menyebarkan salam, memberi makan kepada orang miskin , melazimi puasa dan mengerjakan solat malam ketika orang lain terlelap tidur, " jawab Rasulullah.   sahabat lain bertanya, "ya Rasulullah siapa yang mampu untuk itu ?" "umatku mampu melakukan itu, " jawab nabi. "orang bertemu saudaranya lalu memberi salam bererti ia menyebar salam, orang memberi kerabat dan keluarganya makan sehingga membuat mereka kenyang bererti ia memberi makan, orang berpuasa bulan Ramadan dan 3 hari setiap bulan, bererti ia melazimi puasa, orang mendiri solat isya' pada akhir waktunya dan solat subuh berjemaah dikira sudah solat malam , sementara orang yang tidur adalah orang yahudi, nasrani dan majusi."- BILIK SYURGA DARI MUTIARA INDAH , NIKMAT TIDAK TERLINTAS DI MATA, HATI

- Rasulullah pernah ditanya tentang firman Allah , "...dan tempat tinggal yang bagus di syurga Adn'" (surah taubah :72) , baginda menjawab, "iaitu taman taman dari mutiara . di setiap istana terdapat 70 rumah dari yakut merah. di setiap rumah terdapat 70 ruangan dari zamrud hijau. di setiap ruangan terdapat katil. di atas setiap katil itu terdapat 70 tilam dengan pelbagai warna. di atas setiap tilam terdapat seorang isteri iaitu bidadari. di setiap ruangan ada 70 hidangan, di atas setiap hidangan terdapat 70 macam makanan dan di setiap ruangan terdapat 70 orang pelayan. pada setiap pagi, mukmin itu akan diberi kekuatan untuk mendatangai semua bidadari dan pelayan itu." - MOTIVASI UTK KEJAR SYURGA 


59 - KEUTAMAAN AHLI KARAMAH

- apabila Allah menghendaki kebaikan bagi hambaNya, Dia akan menampakkan kepada orang itu akan aib aib dirinya. barang siapa yang pandangannya (basirah) terbuka, aibnya tidak akan membuatnya takut. apabila ia mengetahui aibnya itu , ia akan dapat memperbaikinya. namun kebanyakan manusia tidak mengetahui aib aib mereka sendiri. mereka hanya melihat kotoran pada diri saudaranya, sebaliknya ia tidak melihat binatang besar yang ada di hadapan matanya.

- ada 4 cara mengenali diri : 

- 1) duduk di hadapan seorang syeikh yang dapat melihat aib dirinya dan dapat membongkar penyakit hatinya yang tersembunyi. ia menyerahkan dirinya pada syeikh itu dan mengikuti petunjuk petunjuk beliau dalam mujahadahnya. inilah keadaan murid bersama syeikhnya dan siswa bersama gurunya. 

-  2) mencari teman setia yang taat beragama, teman itu selalu mengawasi dirinya untuk mengetahui keadaan dan tingkah lakunya. setiap kali menemukan akhlak dan aib lahiriah serta batiniah yang tidak disukai, ia akan mengingatkannya.  setiap orang yang sempurna akalnya dan tinggi kedudukannya akan sedikit berbangga dirinya, namun besar perhatian terhadap dirinya..  

- keinginan orang beragama adalah diberitahu tentang aib aib diri mereka agar diberi peringatan. namun hal ini sering membuat kita marah kepada orang yang menasihati kita dan yang memberitahu aib diri kita. oleh itu kita mohon pada Allah agar menunjuki kita, menampakkan pada kita aib aib kita, menyibukkan kita untuk memperbaiki nya dan menolong kita untuk berterima kasih kepada orang yang menampakkan kita akan keburukan keburukan kita.

- 3) mengetahui aib dari ucapan musuh. kerana pandangan kemarahan akan menampakkan keburukan. 

- 4) bergaul dengan masyarakat. setiap orang dilihatnya di tengah masyarakat ialah cerminan dirinya, kerana aib orang lain dilihat seperti aib diri sendiri. maka hendaklah ia mencari dan menyucikan diri dari setiap yang dicela orang lain. cukuplah ini sebagai pengajaran dan pendidikan. sekiranya semua orang meninggalkan apa yang tidak mereka sukai pada orang lain, nescaya mereka tidak memerlukan pendidik. 

- barang siapa percaya bahawa melawan syahwat ialah jalan menuju Allah tanpa melihat sebab dan rahsianya, nescaya ia termasuk di kalangan orang beriman. 

- diriwayatkan Allah mewahyukan pada Nabi Daud,, "wahai Daud , peringatlah sahabat sahabatmu akan bahaya syahwat kerana hati yang terpaut pada syahwat dan kesenangan dunia, maka akalnya terhijab dari Ku.""

- sufyan ats Tsawri berkata, "tidaklah aku mengubati sesuatu yang lebih besar dari nafsuku. Suatu waktu ia mendatangkan kebaikan bagiku, sementara pada waktu lain ia mendatangkan kerugian bagiku."

- yahya ibn Muadz ar Razi berkata, "Perangilah nafsu anda dengan pedang riyadhah. riyadhah itu ada dalam 4 hal iaitu makan ala kadar + tidur sekejap + bicara seperlunya + menghadapi gangguan seluruh manusia. dari sedikit makan akan menyebabkan matinya syahwat , dari sedikit tidur akan menghasilkan kejernihan keinginan, dan sedikit bicara akan menghasilkan keselamatan dari penyakit dan dari menanggung gangguan manusia akan sampai ke tujuan yang diinginkan."

- yahya ibn muadz juga berkata, "musuh manusia itu ada 3 iaitu dunia, syaitan dan nafsunya. jagalah diri anda dari dunia dengan kezuhudan , dari syaitan dengan pengingkaran dan dari nafsu dengan meninggalkan syahwat."

- bijak pandai berkata, "barang siapa dikuasai nafsunya, jadilah ia tawanan dalam kecintaan kepada syahwatnya, terkurung dalam penjara hawa nafsunya dan terbelenggu dalam kekuasaan yang mendorongnya pada apa yang diinginkannya. hatinya terhalang dari memperoleh faedah."

- Jaafar ibn hamid mengatakan, seluruh ulama; dan orang arif sepakat , "sesungguhnya kenikmatan itu tidak boleh dirasai kecuali dengan meninggalkannya."

- al junaid berkata, "penyakit diri akan diubati apabila diri telah mengalahkan nafsunya." - JIHAD MELAWAN NAFSU 


60 - KEUTAMAAN BULAN REJAB

- Perkataan Rejab diambil dari kata "at Tarjib" , ertinya pengagungan. dikatakan, Rejab bererti tercurah kerana pada bulan ini Allah mencurahkan rahmat Nya kepada orang yang bertaubat dan mengabulkan doa bagi orang yang beramal. ada berpendapat Rejab adalah nama sebuah sungai di syurga yang airnya lebih putih dari susu, rasanya lebih manis dari madu , dan lebih dingin dari ais. tiada yang akan meminumnya kecuali yang berpuasa pada bulan Rejab. 

- Rasulullah bersabda, "Rejab adalah bulan Allah, sya'ban ialah bulanku dan Ramadan ialah bulan umatku."

- Ahli isyarah berkata Rejab terdiri dari 3 huruf iaitu huruf ra adalah rahmatullah (rahmat Allah), jim adalah jarm al abd (dosa hamba) dan huruf ba adalah birrullah (kebaikan Allah ) . Allah berfirman, "Aku menjadikan dosa hambaKu berada di antara rahmatKu dan kebaikanKu."

- Abu hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "Barang siapa berpuasa pada hari ke 17 pada bulan Rejab, akan dinilai seperti orang yang berpuasa 60 bulan. sebab , hari itu adalah hari turunnya malaikat Jibril kepada Rasulullah pada malam Isra' . " - FADILAT PUASA 17 REJAB

- Rasulullah bersabda, "Bulan Rejab ialah bulan Allah, barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab , dengan mengharapkan keredhaan Allah, ia akan mendapat keredhaan Allah." - PUASA REJAB DAPAT REDHA ALLAH

- jika datang se 1/3 malam Jumaat pertama dari bulan Rejab, para malaikat meminta ampun bagi orang berpuasa pada bulan itu. Anas meriwayatkan Rasulullah bersabda, "barang siapa berpuasa 3 hari dalam bulan yang dimuliakan , ia mendapat pahala orang yang beribadah kepada Allah selama 900 tahun." kemudian Anas menegaskan apa yang telah diucapkannya, "kedua telingaku ini akan tuli jika aku tidak mendengar hal tersebut daripada Rasulullah." - FADILAT PUASA 3 HARI BULAN REJAB PAHALA 900 TAHUN 

- bulan bulan dimuliakan Allah ada 4, malaikat pilihan Allah juga ada 4, kitab kitab Allah yang utama ada 4, anggota wudhu ada 4,kalimah tasbih utama juga 4 iaitu subhanallah,, alhamdulillah, la ilaha illallah dan Allahu akbar, 

- ad Dailami meriwayatkan, hadis Sayyidatina Aisyah, ia mendengar Rasulullah bersabda, "Allah menghamparkan kebaikanNya dalam 4 malam iaitu malam Aidil Adha, Aidil fitri, Nisfu Sya'ban dan malam pertama bulan Rejab."

- Rasulullah bersabda, "ada 5 malam yang jika berdoa pada malam itu, ia tidak akan ditolak iaitu malam pertama bulan rejab, malam nisfu sya'ban, malam jumaat, malam aidil fitri dan malam aidil adha." - MUSTAJAB DOA MALAM PERTAMA REJAB


61 - KEUTAMAAN BULAN SYA'BAN

- dikisahkan di alam langit, para malaikat mempunyai 2 hari raya seperti umat muslim di bumi. 2 hari raya para malaikat ialah malam nisfu sya'ban dan malam lailatul qadar. as subki berpendapat demikian kerana pada malam nisfu sya'ban dihapuskan dosa dosa selama setahun, sedangkan pada malam jumaat dihapuskan dosa selama seminggu dan pada malam lailatul qadar , diampuni dosa seumur hidup. kerana itu, malam malam tersebut dinamai malam malam penghapusan dosa. - HARI RAYA UTK PARA MALAIKAT 

- malam nisfu sya'ban disebut malam syafaat. diriwayat dalam hadis  Rasulullah meminta pada Allah agar diberi syafaaat untuk umatnya, pada malam 13 bulan sya'ban, Allah memberi 3 syafaat padanya. pada malam 14, baginda berdoa lagi seperti itu, Allah memberinya 30 syafaat. pada malam 15(nisfu syaban), baginda berdoa lagi seperti tadi, lalu Allah memberi semua yang diminta Rasulullah. namun syafaat itu tidak diberi pada orang berbuat maksiat. - SYAFAAT PADA MALAM  13-15 SYA'BAN

- malam nisfu sya'ban disebut juga malam pengampunan. riwayat imam Ahmad, Rasulullah bersabda, "Allah mengampuni semua dosa hamba hambaNya pada malam nisfu sya'ban kecuali dosa orang musyrik dan orang yang bermusuhan." - MALAM NISFU MALAM AMPUN DOSA

- diriwayat oleh ibnu ishaq dari Anas bin Malik, Sayyidatina Aisyah berkata padanya, "Saya terdengar Rasulullah sedang berdoa , "Jiwaku tunduk kepada Mu , hatiku beriman kepada Mu, inilah tanganku dan apa yang aku sembunyikan dalam diriku. wahai yang Maha Agung, ampunilah dosa dosaku. wajahku bersujud kepadaMu , duhai Sang pencipta. 

baginda mengangkat kepalanya lalu berdoa lagi, "ya Allah, berilah aku hati yang bersih daripada perbuatan syirik, kufur , dan dari perbuatan orang yang celaka." 

baginda lalu sujud lagi sambil berdoa, "Tuhanku, aku berlindung kepada keredhaanMu dari murkaMu dan kepada pengampunanMu dari seksaMu. aku tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri. Aku hanya mampu berkata seperti apa yang diucapkan saudaraku Daud, Ku benam wajahku ke dalam tanah kerana keagungan Tuhanku."

lalu baginda mengangkat kepalanya kembali, baginda berkata, "apakah engkau tidak tahu bahawa malam ini adalah malam Nisfu sya'ban ? pada malam ini, Allah membebaskan hamba hambaNya dari neraka sebanyak bilangan bulu kambing kecuali 6 orang : 1) peminum arak , 2) orang yang menyakiti kedua orang tuanya, 3) orang yang berbuat zina, 4) orang yang memutuskan silaturrahim , 5) para penjudi dan 6) orang yang suka marah tanpa alasan." - NISFU MALAM PEMBEBASAN DARI NERAKA 

62- KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN

- berpuasa diwajibkan pada tahun ke-2 hijrah. - MULA WAJIB PUASA 

- sabda Rasulullah, "Jika datang malam pertama bulan Ramadhan, dibukalah pintu pintu syurga dan ditutup pintu pintu neraka. lalu Allah memerintah malaikat menyampai seruan, 'wahai orang mencari kebaikan, menghadaplah pada malam ini, hai orang melakukan kejahatan, hentikan perbuatan kalian, siapa yang meminta ampun, akan diampuni dosa dosanya, siapa yang meminta, akan dikabulkan permintaannya. siapa yang bertaubat, akan diterima taubatnya, begitulah setiap malam sampai terbit fajar. lalu pada malam aidil fitri, Allah membebaskan ribuan hambaNya yang seharusnya mendapat azab." - MALAM RAMADAN DIAMPUN DOSA, DITERIMA TAUBAT, DIKABUL HAJAT 

- salman al Farisi berkata Rasulullah berkhutbah pada akhir Syaban, "wahai umat manusia, telah datang bulan agung pada kalian, di dalamnya terdapat lailatul qadar yang nilainya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai kewajipan dan menganjurkan mendiri solat pada malam hari. barang siapa berbuat demikian, akan dinilai seperti orang beribadat wajib. siapa melaksana ibadat wajib, akan dinilai seperti orang melaksana 70 kali  ibadat wajib di luar ramadan. bulan ramadan ialah bulan kesabaran, balasan atas kesabaran adalah syurga. bulan ramadan ialah bulan bertambahnya rezeki orang mukmin, barang siapa memberi makan orang yang berbuka, ia mendapat pahala seperi orang yang memerdekakan budak dan diampuni dosa dosanya." sahabat bertanya bagaimana jika kami tidak mempunyai sesuatu untuk diberi ketika berbuka ?" "Allah hanya akan memberi pahala kepada orang yang memberi makan kepada orang yang berbuka. susu diminum atau buah kurma dimakan oleh orang berbuka adalah penghapus dosa pemberinya. Allah akan memberinya minum dari telagaNya hingga tidak akan merasa haus untuk selama lamanya. ia akan mendapat pahala orang berbuka itu tanpa mengurangi pahala orang itu, bulan ramadhan ialah bulan permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan penghabisannya adalah pembebasan dari api neraka. barang siapa dapat meringankan barang bawaannya dengan bersedekah, Allah akan membebaskannya dari api neraka. perbanyaklah 4 hal dalam bulan ini iaitu memohon keredhaan Allah dan syurga, serta memohon perlindungan dari murka Allah dan neraka, " jawab Rasulullah. - ANJURAN SOLAT MALAM PADA RAMADAN , BERI MAKAN WALAU SUSU DAN KURMA PADA ORG BERBUKA PAHALA BESAR 

- Rasulullah bersabda, "umatku diberi 5 hal pada bulan ramadan , yang tidak diberi kepada umat sebelum mereka iaitu bau mulut orang berpuasa di hadapan Allah baunya lebih harum dari minyak wangi, mereka diminta ampun oleh para malaikat sampai mereka berbuka,  mereka dilindungi dari godaan syaitan, Allah menghiasi syurgaNya dan berfirman, Engkau akan diwarisi oleh hamba hambaKu yang soleh. dan mereka akan diampuni pada malam terakhir bulan Ramadhan." baginda ditanya ,"ya Rasulullah, apakah malam itu malam lailatulQadar" ? "bukan tetapi setiap orang yang beramal akan disempurnakan pahalanya," jawab rasulullah. - MALAIKAT MOHON AMPUN UTK ORG BERPUASA RAMADAN 


63 - KEUTAMAAN LAILATUL QADAR

- ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah pernah bercerita baginda mendapat wahyu dari Allah tentang lelaki bani Israil berjihad di jalan Allah selama 1000 bulan tanpa henti. Rasulullah sangat kagum lalu baginda berdoa , "Tuhanku , Engkau telah menjadikan umatku orang orang yang pendek usia dan sedikit amalan. 

kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik dari 1000 bulan yang diguna oleh lelaki bani israel yang berjihad di jalan Allah.  Allah mengabulkan doa Rasulullah dengan memberikan malam LailatulQadar yang nilainya lebih baik dari 1000 bulan yang dipakai Syam'un untuk berjihad di jalan Allah. - PAHALA UMUR BERGANDA 1000 BULAN MALAM AL QADAR

- anas meriwayatkan Rasulullah bersabda, "jika datang malam Lailatul Qadar, malaikat Jibril turun ke bumi dengan diiringi para malaikat yang lain. mereka memberi salam kepada setiap orang yang berzikir kepada Allah. dalam hadis diriwayat abu hurairah, dikatakan bahawa pada malam lailatulqadar , para malaikat turun ke bumi dengan jumlah yang tidak dapat dihitung. mereka turun dari pintu pintuu langit yang terbuka bagaikan cahaya memancar. terbukalah kerajaan malakut pada saat itu. bagi orang yang terbuka hijabnya, ia dapat melihat malaikat yang sedang berdiri , rukuk dan sujud kepada Allah sambil berzikir dan bertasbih, di antara mereka, ada yang dapat melihat syurga dan neraka dengan segala isinya. - MALAIKAT TURUN PADA MALAM AL QADAR

- Umar meriwayatkan Rasulullah bersabda, " barang siapa menghidupkan malam ke 27 dari bulan Ramadan sehingga subuh, hal itu lebih dicintai Allah dari melaksana solat di seluruh malam pada bulan itu."

- sayyidatina fatimah bertanya, "ayah, apa yang harus dilakukan oleh orang orang yang tidak mampu menghidupkan malam itu kerana sakit ?" rasulullah menjawab, "mereka tidak perlu menyingkirkan bantal bantal mereka, hendaklah mereka duduk lalu berdoa kepada Allah pada malam itu, itu lebih disukai Allah daripada solat umatku pada malam Ramadan." - KEUTAMAAN IBADAH MALAM 27 RAMADAN

-sayyidatina aisyah berkata, Rasulullah bersabda, "barang siapa menghidupkan malam LailatulQadar, lalu melaksanakan solat 2 rakaat dan memohon ampunan Allah, maka Allah akan mengampuni dosa dosanya dan memberikan rahmat Nya , malaikat Jibril pun akan membelai dengan sayapnya. barang siapa yang dibelai oleh sayap malaikat Jibril, nescaya ia akan masuk syurga. - SOLAT 2 RAKAAT + MOHON AMPUNAN ALLAH PADA MALAM AL QADR


64 - KEUTAMAAN HARI RAYA

- Rasulullah pertama kali merayakan Aidil fitri dengan melaksanakan solat pada tahun ke-2 setelah hijrah. baginda tidak pernah meninggalkan hal ini dan solat sunat aidil fitri termasuk sunnah muakkad. (sangat dianjurkan). - 2 HIJRAH MULA SOLAT RAYA PUASA

- Abu hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda , "Hiasilah Hari Raya kalian dengan mengumandangkan takbir. barang siapa mengucapkan Subhanallah wa bihamdihi sebanyak 300 kali, lalu menghadiahkannya kepada kaum Muslim yang sudah meninggal dunia, masuklah ke kubur mereka 1000 cahaya. demikian pula jika ia mati, Allah akan menjadikan 1000 cahaya dalam kuburnya." - BACA 300X TASBIH TAHMID PADA HARI RAYA DIKURNIA 1000 CAHAYA

- wahb ibn Munabbih berkata, setiap hari raya, iblis selalu dikelilingi para tenteranya. mereka berkata, "tuan, apa menyebabkan tuan marah ?" iblis menjawab, "sesungguhnya pada hari ini, Allah mengampuni umat Muhammad, oleh itu,, aku menugaskan kalian untuk menyibukkan mereka dengan kelazatan dan nafsu syahwat agar mereka lalai dari berzikir kepada Allah." - BERZIKIR PADA HARI RAYA DIAMPUN DOSA 

- Rasulullah bersabda, "barangsiapa menghidupkan malam hari raya dengan mengharapkan keredhaan Allah, hatinya tidak akan mati saat hati orang lain mati."

- setibanya pagi hari Aidil Fitri, Allah mengutus para malaikat ke bumi untuk menyampai seruan terdengar oleh semua makhluk Allah kecuali jin, "wahai umat Muhammad, keluarlah menuju Tuhan kalian yang memberi pahala dan ampunan besar bagi kalian." ketika kaum mukmin keluar untuk melaksana solat, Allah berfirman pada para malaikat, "Apakah balasan orang orang beramal ?" para malaikat menjawab, "balasannya ialah dengan menyempurnakan pahalanya." Allah lantas berfirman, "saksikanlah oleh kalian bahawa Aku telah menyempurnakan pahala nya, serta memberi keredhaan dan ampunanKu." - SOLAT RAYA FITRI DISEMPURNA PAHALA + DPT AMPUNAN


65 - KEUTAMAAN 10 HARI BULAN ZULHIJJAH

- ibn abbas berkata , Rasulullah bersabda, "Tidak ada hari yang disukai Allah melebihi 10 hari dari bulan zulhijjah." jihad di jalan Allah tidak dapat mengimbanginya kecuali orang yang berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan jiwa dan hartanya, lalu tidak kembali lagi (mati syahid). - UTAMA 10 HARI ZULHIJJAH 

- sayyidatina aisyah berkata,, ada seorang pemuda bekerja sebagai penyanyi, namun sentiasa melaksanakan puasa. baginda bersabda, " anak muda, setiap hari kamu berpuasa nilainya sama dengan 100 budak, 100 unta, dan 100 kuda digunakan untuk berjihad di jalan Allah. ketika puasamu sampai pada hari tarwiyah( 8 zulhijjah), nilainya sama dengan 1000 budak, 1000 unta dan 1000 kuda diguna untuk berjihad di jalan Allah, lalu jika puasamu sampai pada hari Arafah ( 9 zulhijjah), nilainya sama dengan 2000 budak, 2000 unta dan 2000 kuda untuk berjihad di jalan Allah. selanjutnya Rasulullah bersanda puasa hari Arafah nilainya sama dengn puasa 2 tahun. - GANDAAN PAHALA PUASA 8,9,10 ZULHIJJAH

- ada 4 hari mengetuai kelompoknya menuju ke syurga : 1) hari jumaat - di dalamnya ada waktu dikabulkan doa. sesiapa sahaja yang berdoa kepada Allah , baik mengenai urusan dunia atau akhirat, Allah pasti akan mengabulkannya.  2) hari arafah - pada hari itu, Allah berfirman pada para malaikat, "Lihatlah hamba hambaKu datang dari pelbagai penjuru dunia dengan berlumuran debu, mereka telah menafkahkan hartanya dan melelahkan badannya. saksikanlah Aku telah mengampuni mereka." 3) hari aidil Adha - pada hari ini, hamba berkorban kepada Allah, setiap titis darah daripada haiwan korban yang disembelihnya adalah penghapus dosa dosanya.  4) hari raya aidilfitri - ketika kaum muslim berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu keluar bersolat sunat aidil fitri, Allah berfirman pada para malaikat, "setiap orang beramal pasti mengharapkan balasan. hamba hambaKu telah berpuasa selama di bulan Ramadan lalu keluar pada hari aidil Fitri dengan mengharapkan pahala. oleh itu saksikanlah bahawa Aku mengampuni mereka semua." - 4 HARI BESAR DLM ISLAM 

- Rasulullah bersabda, "barang siapa berpuasa pada hari Tarwiyah , Allah akan memberinya pahala seperti diberi kepada Nabi Ayub atas kesabarannya menanggung ujian Allah . barangsiapa berpuasa pada hari Arafah, Allah akan memberi pahala seperti diberi kepada Nabi Isa. - PAHALA PUASA HARI ARAFAH 

- baginda bersaba, "jika datang hari arafah, Allah menyebarkan rahmatNya, barangsiapa meminta kepada Allah, baik urusan dunia atau akhirat, Allah akan memberinya." - MUSTAJAB DIA HARI ARAFAH 

- sabda baginda yang lain, "berpuasa hari Arafah dapat menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang." - GANJARAN PUASA ARAFAH 


66 - KEWAFATAN NABI MUHAMMAD


No comments:

Post a Comment