1) Tundukkan hati + hadirkan rasa hina diri dalam hati
2) Lahirkan ketakutan berterusan dalam hati pada Allah
3) Akui diri ialah hamba yg hina pada Allah, merasai diri ialah hamba Allah di luar solat juga.
4) Akui segala kelemahan diri pada Allah
5) Ingat dan menyesali kesilapan dan dosa pada Allah + pohon ampunan/taubat
6) Azan dan iqamah walau solat seorang diri
7) Rasa kebesaran + kehebatan hanya milik Allah + agungkan kebesaran Allah
8) Sedari kita dapat bersolat adalah rahmat dan nikmat dari Allah
9) sentiasa syukur pada Allah atas pelbagai nikmat, islam iman hidup tubuh badan sihat dll
10) membayang kehebatan tanda2 kekuasaan Allah, bumi, matahari, bulan, planet2, segala makhluk, gunung ganang , lautan2 dll
11) berdoa pada Allah ketika wuduk dan sebelum mula solat untuk dapat khusyuk dan rasa nikmat dalam solat
12) memanjangkan rukuk + sujud (dalam kitab TanatulTalibin)
13) bina peribadi tawadduk : rasa kehambaan + rasa lemah + rasa diri tidak mampu + tidak layak + berdosa
14) memohon untuk khusyuk pada Allah kerana khusyuk dalam solat ialah anugerah dari Allah
15) melahir rasa takut pada Allah, takut akan siksaan dan ancaman neraka, azab kubur dll
16) mengharap Allah menerima solat kita sebagai solat yg khusyuk
17) melahirkan perasaan tika/sebelum/selepas takbir - aku tinggalkan urusan dunia/dunia untuk khusyuk mengadap Tuhanku
18) lahirkan perasaan dalam hati tika mula solat - aku MAHU TUMPUKAN HATI KU UTK KHUSYUK MNGHADAP/MUNAJAT PADA ALLAH DALAM SOLAT
19) menyedari sewaktu kita rukuk dan sujud kita sedang memuliakan Allah dan menyedari diri kita hamba yang hina yang tiada sebarang kuasa dan kekuatan dan kelebihan selain rahmat Allah
20) sedari kita boleh solat + beramal ialah kerana rahmat, kasih sayang dan petunjuk dari Allah maka kita wajib bersyukur atas nikmat ini
21) sentiasa bertaubat pada Allah atas dosa2 kita di dalam dan di luar solat
22) merasakan solat ialah perkara paling penting dalam hidup dan segera bersolat bila masuk waktu
23) hadirkan rasa seronok dalam hati tika hendak bersolat , seronok dapat bermunajat dan berdialog dengan Allah
24) berdoa sebelum solat agar diberi khusyuk dan manis dalam solat serta berdoa selepas solat agar solat diterima dan dikurnia khusyuk dan manis dalam solat
25) cuba amalkan solat sunat
26) lahirkan rasa rendah diri + penyerahan diri pada Allah + rasa hina diri + rasa lemah diri + rasa khusyuk + rasa cinta pada Allah (lafazkan dalam hati kita ingin rasa cinta dan kasih pada Allah ) + cuba hadirkan rasa rindu utk bertemu Allah ketika mula solat dan dalam solat
No comments:
Post a Comment