KITAB FARIDAH AL FARAID FI ILMI AL AQAID
( KITAB AQIDAH TERMASYHUR DI NUSANTARA )
NUKILAN : SYEIKH AHMAD AL FATHANI ( 1272 - 1325 H )
- IHSAN
- bermaksud berbuat baik, ikhlas pada segala taatnya, iaitu beribadah kita seolah olah kita melihat akan Allah
- maka tidak patut kita berpaling kepada yang lainnya dengan batin atau zahir, pada hal kita mengetahui bahawa Allah melihat akan kita.
- maka, malu kita pada ketika itu, bahawa lalai kita dalam ibadahNya.
- ihsan ini syarat kesempurnaan Islam dan Iman, tidak sempurna keduanya melainkan dengan ihsan.
- KEWAJIPAN SETIAP MUKALLAF
- Wajib bagi setiap mukallaf yg akil dan baligh (1) mengenal ia akan Allah, yakni mengetahui segala hukum sifat Nya dan segala hukum ketuhananNya.
- maka tidak dikehendaki dengan mengenal Allah itu mengetahui hakikat ZatNya Allah kerana tidak dapat mengetahui oleh sesuatu yang baharu akan hakikat yang Qadim.
- wajib pada syara' atas tiap tiap mukallaf mengetahui segala yang wajib pada akal pada hak Allah dan perkara yang mustahil dan harus padaNya.
- dan juga wajib mengetahui perkara yang wajib, mustahil dan harus bagi rasul.
- wajib pada akal bermakna tiada logik pada akal jirim tidak mengambil lapang. mustahil pula ialah tiada logik pada akal bagi jirim tidak bergerak atau diam.

No comments:
Post a Comment