PENULIS : USTAZ HJ JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI
MULA PENULISAN : 7 OKTOBER 2024
LENGKAP PENULISAN : 24 OKTOBER 2024
1- BANTAHAN NABI ADAM DAN SIFAT LUPANYA
dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "Ketika Allah menciptakan Adam , Dia mengusap belakangnya , lalu dari belakangnya berjatuhan setiap jiwa yang diciptakan Allah dari keturunan Adam hingga hari kiamat. dan Allah menjadikan kilatan cahaya di antara kedua dua mata setiap orang daripada mereka. kemudian mereka dihadapkan dihadapkan kepada Adam ,maka Adam bertanya "wahai Tuhan, siapakah mereka ?"Allah menjawab, "merekalah keturunanmu."lalu Adam melihat seorang daripada mereka dan kilatan cahaya di antara kedua dua matanya membuatnya kagum. Adam bertanya, "wahai Rab, siapakah dia ?"Allah menjawab, "dia orang akhir zaman dari keturunanmu bernama Daud " Adam bertanya, "wahai Rabb, berapa tahunkah Engkau menjadikan umurnya?" Allah menjawab, "60 tahun."Adam berkata, "wahai Rabb, tambahilah untuknya 40 tahun (diambil) dari umurku."
ketika usia Adam hampir tamat,malaikat maut datang padanya (ingin mengambil nyawanya ) , lantas Adam berkata, "bukankah usiaku masih berbaki 40 tahun ?" malaikat maut berkata, "bukankah engkau telah memberikan nya kepada anakmu Daud (40 tahun) ?" adam membantah, lalu keturunannya juga membantah . Adam lupa dan keturunannya juga lupa . Adam melakukan kesalahan , dan keturunannya melakukan kesalahan."
(Sunan at Tirmizi :3076 - hadis hasan sahih mengikut imam tirmizi )
2- PENSYARIATAN TAHMID DAN SALAM
- dari Abu hurairah, Rasulullah bersabda, "Tatkala Allah menciptakan Adam dan meniupkan roh padanya , adam terbersin , lalu dia mengucapkan alhamdulillah , iaitu dia memuji Allah dengan kehendakNya. Allah pun menjawab 'yarhamukallah'.
kemudian Allah berkata kepada Adam , 'wahai Adam , pergilah kepada para malaikat yang sedang duduk itu dan ucapkanlah 'assalamualaikum' , adam pun pergi kepada mereka dan mengucapkan salam tersebut. mereka pun membalas ,'waalaikumussalam warahmatullah.'
apabila Adam kembali kepada Allah , Allah berfirman kepadanya , 'itulah ucapan sambutan (yang disyariatkan ) bagimu dan bagi anak cucu cucu kamu di antara sesama mereka.
kemudian Allah berfirman kepada Adam - sambil kedua yadNya tergenggam ,'pilihlah wahai Adam di antara keduanya yang engkau kehendaki. adam berkata, 'saya memilih kanan wahai Allah . dan kedua dua yad Tuhanku adalah kanan yang mendapatkan berkah. ' kemudian Allah membuka yadNya , dan ternyata padanya terdapat adam dan anak keturunannya, kemudian adam berkata, 'ya Tuhanku, siapakah mereka.' kemudian Allah berfirman ,'mereka adalah anak keturunanmu.' dan ternyata setiap orang tertulis umurnya di antara kedua dua matanya dan ternyata di antara mereka terdapat orang yang paling bersinar . adam berkata siapakah ini ? Allah berfirman , ini adalah anakmu Daud , Aku telah menuliskan umurnya 40 tahun . adam berkata, wahai Tuhanku , aku telah memberikan sebahagian umuirku untuknya 60 tahun . Allah berfirman, 'itu adalah hakmu.'
Rasulullah bersabda, "kemudian dia ditempatkan di syurga sesuai yang dikehendaki oleh Allah kemudian diturunkan darinya. dan Adam menghitung umurnya sendiri ". baginda bersabda,"kemudian malaikat maut datang padanya , adam berkata padanya, engkau telah terburu buru , telah dituliskan untukku umurku 1000 tahun . malaikat berkata, 'benar , akan tetapi engkau telah memberikan 60 tahun untuk anakmu daud "
(sunan at tirmizi , menurut imam tirmizi ini hadis hasan gharib )
***PENTING - YAD DALAM HADIS INI MENURUT PARA SALAF , MAKNANYA HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA ALLAH SETELAH KITA MENAFIKAN PENYERUPAAN ALLAH DENGAN SEBARANG MAKHLUK . PARA ULAMA' KHALAF PULA MENTAKWIL MAKNANYA KEPADA DGN SIFAT AL JAMAL (KEINDAHAN) MERUJUK KEPADA KANAN , DAN SIFAT ALJALAL(KEAGUNGAN) MERUJUK KEPADA KIRI. DALAM ERTI LAIN , TANGAN ADALAH KINAYAH(METAFORA) BAGI MAKSUD KEKUASAAN ATAU KERAJAAN DAN BAGI MAKSUD NIKMAT DAN KEBAIKAN.
3- KEWAFATAN NABI ADAM
- utay bin dhamurah menceritakan, "aku melihat seorang syeikh di madinah sedang berbicara. lalu aku bertanya pada orang ramai siapakah dia ? mereka menjawab dia ialah ubay bin kaab. ubay bercerita , ketika maut datang menjemput nabi adam, dia berkata kepada anak anaknya , 'wahai anak anakku, aku ingin makan buah dari syurga. ' lantas anak anaknya pergi mencari untuknya , mereka terserempak dengan beberapa malaikat (yang menyerupai lelaki) yang datang bersama kain kapan Nabi Adam dan hanut (ramuan dari campuran wangian yang biasa digunakan untuk mayat) , mereka turut membawa kapak , penyodok tanah dan juga raga pengangkut tanah. ( alat2 untuk menggali kubur).
para malaikat bertanya , 'wahai anak anak Adam, apa yang kamu cari ? dan apa yang kalian mahu ? atau ke mana kalian pergi ? mereka menjawab, "bapa kami sakit , dia ingin makan buah buahan dari syurga ". para malaikat menjawab, "pulanglah, kerana ajal bapa kalian telah tiba."
lalu malaikat tadi datang ke rumah nabi Adam , apabila Hawa terlihat mereka , dia mengenali mereka. lantas dia berlindung di belakang Nabi Adam , Adam lalu berkata kepadanya, "jauhilah kamu dariku. Aku pernah melakukan kesalahan keranamu. biarkan aku dengan malaikat Tuhanku. " lalu malaikat mencabut nyawanya, memandikannya dan mengkapankannya menyapukan hanut tadi, menggali kubur dengan membuat liang lahad ,dan mensolatkannya.
kemudian mereka memasuki kuburnya, meletakkan jasadnya ke dalam kuburnya, (ke dalam liang lahad) dan menutup liang lahad itu dengan batu bata. kemudian mereka keluar dari kubur dan menimbusnya dengan tanah. kemudian sebaik selesai, mereka berkata , "wahai anak anak Adam , inilah sunah untuk kalian ( dalam menguruskan mayat di kalangan kalian )
Musnad Ahmad (21240)
4- NABI SOLEH A.S
dari saiyyidina Jabir menyampaikan , "tatkala Rasulullah melalui al Hijr (kawasan penempatan kaum Nabi soleh ) , baginda bersabda kepada sahabatnya, "Janganlah kalian meminta mukjizat, kaum Nabi Soleh telah meminta mukjizat kepadanya (lalu mereka diberikan mukjizat berupa seekor unta yang luar biasa ) , unta itu datang dari jalan ini dan pulang dari jalan ini . namun mereka derhaka terhadap perintah Allah , lalu mereka menyembelihnya . unta itu meminum air dari telaga milik mereka sehari , dan sebagai gantinya mereka meminum dari susunya sehari juga. akan tetapi mereka menyembelihnya , maka datanglah angin yang menjadi azab kepada mereka. Allah menghancurkan mereka semua yang berada di bawah bumbung langit Nya, kecuali seorang lelaki yang berada di dalam kawasan Tanah Haram. ditanya, siapakah dia wahai Rasulullah ? baginda bersabda, "dia adalah abu righal , namun ketika keluar dari tanah haram itu , dia ditimpa dengan apa yang menimpa kaumnya."
Musnad Imam Ahmad ( 14160 )
5- SAYYIDATINA HAJAR DAN NABI ISMAIL
dari sayyidina said bin jubair , ibnu abbas menceritakan : wanita pertama yang menggunakan tali pinggang (yakni pengikat pinggang yang biasa dipakai oleh khadam untuk mengambil hati sarah dengan penampilannya seperti khadam ) ialah ibu nabi ismail ( siti hajar ) , dia memakainya untuk menghilangkan jejaknya dari siti sarah . kemudian nabi ibrahim membawa hajar bersama anaknya ismail yang saat itu masih disusui ( ke makkah ) , hingga beliau menempatkan mereka berdua di kawasan yang berhampiran baitullah (kaabah) pada hari ini , iaitu di tepi sebatang pohon besar di atas tanah zamzam yang berada di hujung kawasan masjidil haram, ketika itu di makkah tidak ada seorang pun di sana dan belum muncul air. Nabi Ibrahim menempatkan kedua duanya di sana dan meninggalkan uncang berisi kurma dan bekas berisi air. kemudian baginda berangkat dan meninggalkan mereka berdua.
hajar lantas mengikutinya dan bertanya, "wahai ibrahim , kamu hendak ke mana ? adakah kamu ingin meninggalkan kami di lembah yang tidak ada seorang manusia pun di sini dan tidak ada sesuatu apa pun? hajar mengulanginya berulang kali, namun Nabi Ibrahim tidak menoleh kepadanya. Akhirnya Hajar bertanya, "adakah Allah yang memerintahkan kamu melakukaan semua ini ?" nabi Ibrahim menjawab ya. hajar berkata, "sekiranya begitu, Allah tidak akan membiarkan kami."
kemudian hajar kembali ( ke kawasan berhampiran kaabah itu ), ibrahim pula melanjutkan perjalanannya pulang hingga tiba di Tsaniyah - iaitu satu kawasan di hujung Mekah - sekira kiranya mereka tidak lagi melihatnya , beliau lalu beralih menghadap ke arah Kaabah dan berdoa untuk mereka dengan kalimah kalimah berikut sambil mengangkat kedua tangannya.
kemudian hajar menyusui anaknya dan ismail dan minum air yang dibekalkan oleh Nabi Ibrahim , apabila air di dalam bekas habis, dia menjadi dahaga , begitu juga anaknya. dia melihat anaknya meronta ronta. diceritakan dalam riwayat lain, ismail berguling guling di atas tanah. hajar pergi meninggalkan ismail kerana tidak sanggup melihat keadaannya.
dia menuju ke bukit safa, bukit yang paling dekat dengannya. dia berdiri di atas bukit itu menghadap ke arah lembah dengan harapan melihat kelibat orang di sana, namun tidak kelihatan seorang, dia lalu turun dari bukit safa, sampai di lembah, dia menyinsingkan hujung pakaiannya lalu berusaha keras seperti seorang manusia berjuang keras hingga ketika dia dapat melewati lembah dan sampai ke bukit marwa.kemudian hajar menaiki bukit marwa dan melakukan perkara yang sama dan berulang 7 kali . ibnu abbas mengatakan ini permulaan sa'i.
ketika di puncak marwa, dia mendengar suara , dia menumpukan pendengarannya dan mendengar lagi suara tersebut, lantas hajar berkata, "engkau telah memperdengarkan suaramu, maka tolonglah kami." rupanya itu adalah suara malaikat jibril yang berada berhampiran zam zam. jibril lalu menggali air dengan tumitnya atau dengan sayapnya , hingga air keluar memancar.
hajar lalu membuat kepungan air dengan tangannya , dia mencedok air dan memasukkaanya ke dalam bekas. air terus membuak dengan deras sekalipun telah dikepung atau dicedok . ibnu abbas berkata sekiranya siti hajar membiarkan air zam zam itu tanpa dikepung, maka air zam zam akan menjadi mata air (yang terus mengalir di bumi ).
akhirnya dia dapat meminum air dan kembali menyusui anaknya. malaikat berkata padanya, "janganlah kamu bimbang akan terbiar, kerana di sini akan kekal berdirinya baitullah yang bakal dibina oleh anak ini bersama ayahnya. sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan hambaNya. kaabah pada asalnya tinggi di bumi seperti bukit kecil , namun datang banjir menghakis kanan dan kirinya.
hajar meneruskan kehidupannnya seperti itu (yakni dengan meminum air zamzam dan menyusui anaknya ismail ) , sehingga lalu rombongan dari keluarga Jurhum yang meminta izin dari Hajar untuk tinggal di kawasan berdekatan hajar. siti hajar mengizinkan dengan syarat mereka tidak boleh membolot air itu(zam zam ). maka keluarga jurhum tinggal di situ membina rumah rumah di kawasan tersebut dan hajar gembira dengan kehadiran mereka di situ. ismail apabila menjadi remaja , dia belajar bahasa arab dari keluarga jurhum itu dan menjadi orang disayangi dan dikagumi di kalangan mereka. apabila mencapai usia matang, mereka mengahwinkan ismail dengan seorang wanita dari mereka. tidak lama selepas itu, ibunya hajar meninggal dunia.
setelah berkahwin, nabi ibrahim datang ke mekah mengunjungi untuk mengetahui khabar anaknya yang ditinggalkannya dulu di situ. namun dia tidak menemui ismail (kerana kebetulan ismail tiada dirumah ketika itu) , dia bertanya khabar ismail pada isterinya , isterinya menjawab, "dia sedang mencari nafkah untuk kami" ibrahim bertanya tentang kehidupan dan keadaan mereka. isteri ismail menjawab, "kehidupan kami buruk. hidup kami dalam kesempitan dan kepayahan." yakni dia mengadukan kehidupannya pada nabi ibrahim. nabi ibrahim berkata, "nanti apabila suami mu pulang, sampaikan salam dariku , sampaikan pesananku padanya hendaklah dia menukar bendul pintu rumahnya."
apabila ismail pulang, dia merasakan sesuatu dan bertanyakan pada isterinya, lalu isterinya memberitahu ismail ada seorang tua bertanyakan tentang kamu dan bertanya tentang kehidupan kita , lalu dia memberitahu dia hidup dalam kesukaran dan kesusahan , isterinya memberitahu lelaki tua itu berpesan agar ismail menukar bendul pintu rumahnya, ismail berkata, itulah ayahku dan dia memerintahkan ku untuk menceraikanmu . maka pulanglah kepada keluarga kamu. maka ismail pun menceraikan isterinya.
ismail kemudian berkahwin lagi dengan seorang lagi wanita dari keluarga jurhum itu, tidak berapa lama nabi ibrahim menziarahi lagi dan seperti yang pertama tidak menemui nabi ismail , lalu isteri nabi ismail memberitahu nabi ismail keluar mencari rezeki dan dan bila ditanya dia memberitahu kehidupannya dengan nabi ismail baik baik sahaja dan hidup lapang sambil dia memuji Allah. ibrahim bertanya makanan mereka, lalu isteri nabi memberitahu daging dan minuman mereka air. lalu nabi ibrahim berdoa agar diberkati makanan mereka. ketika itu tidak ada bijiran di mekah. nabi ibrahim memberitahu isteri nabi ismail agar memberitahu suaminya untuk mengekalkan bendul pintu rumahnya. apabila nabi ismail pulang, dia bertanya pada isterinya, dan isterinya memberitahu ada lelaki tua yang kelihatan sangat baik mengunjungi mereka, sambil dia memuji nabi ibrahim. dia bertanya tentang kamu dan isterinya menceritakan kehidupan mereka dalam baik baik sahaja. dan memberitahu pesanan nabi ibrahim pada nabi ismail agar mengekalkan bendul pintu rumahnya. dan fahamlah nabi ismail pesanan ayahnya agar mengekalkan isterinya itu.
tidak berapa lama selepas itu, nabi ibrahim datang lagi mengunjungi mereka. kali ini dia menemui ismail yang sedang meraut merancung anak panahnya. sambil duduk di bawah pohon besar di tepi zamzam. ( pohon sama ketika nabi ibrahim meninggalkan siti hajar dan nabi ismail dahulu ) , ketika dia melihatnya, dia segera menghampirinya dan berbuat sebagaimana seorang ayah terhadap anaknya dan seorang anak pada ayahnya. lalu nabi ibrahim memberitahu pada nabi ismail akan Allah memerintahkan mereka untuk membangun rumah di tempat tinggi ini. ibrahim menunjukkan pada satu tempat yang lebih tinggi dari sekelilingnya.
di situlah mereka berdua mengangkat rangka binaan ( rumah kaabah ), ismail membawa batu bata , sedangkan ibrahim pula membina rumah itu. apabila binaan semakin tinggi, ismail membawa sebongkah batu dan meletakkannya untuk ibrahim berpijak di atasnya. sementara dia menghulurkan batu bata. mereka membina kaabah sehingga siap dan mengelilinginya sambil membaca.
SAHIH AL BUKHARI ( 3364 )
6- SAYYIDATINA HAJAR DAN SARAH BERSAMA RAJA YANG ZALIM
- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "nabi Ibrahim tidak pernah berdusta kecuali 3 kali sahaja. abu hurairah menceritakan, "nabi ibrahim tidak pernah berdusta(berhelah) kecuali 3 kali.. kali pertama dan kedua adalah kerana (mempertahankan) zat Allah , iaitu firmanNya,"lalu Ibrahim berkata, "sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya bersama) , dan nabi ibrahim menjawab , "(tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini ! maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau kalau mereka dapat berkata kata. (al anbiya 21:63) , kali ke-3 pula diceritakan oleh nabi , "pada suatu hari, ketika nabi Ibrahim sedang bersama isterinya Sarah, terserempak dengan seorang raja yang zalim . diberitahu kepada raja bahawa ada seorang lelaki bersama seorang wanita yang cantik . maka diutuskan seseorang untuk menemui ibrahim . lalu utusan itu bertanya padanya, "siapakah wanita ini ?" ibrahim menjawab,"dia saudara perempuanku."(yakni saudara perempuan seagama, baginda terpaksa berhelah kerana mengelak dari dizalimi raja) , nabi ibrahim menemui sarah dan berkata, "wahai sarah, tidak ada orang beriman di muka bumi ini kecuali aku dan kamu, dan orang ini bertanya kepadaku lalu aku beritahu bahawa kamu adalah saudara perempuanku , maka janganlah kamu berkata bahawa aku berdusta . sarah pun dikirim pada raja, setelah menemui sarah, raja itu ternyata ingin menyentuhnya dengan tangannya namun tiba tiba tangannya menjadi lumpuh. (dalam riwayat lain nabi ibrahim berdoa pada Allah agar sarah dipelihara Allah, lalu raja zalim itu tidak berupaya menyentuh sarah sedikitpun ).
maka raja itu berkata, "berdoalah kepada Allah agar menyembuhkanku dan aku tidak akan menganggumu lagi. " maka sarah berdoa sehingga tangan raja ini kembali sembuh seperti semula. kemudian raja ingin menyentuh sarah untuk kali ke-2 nya, namun tangannya kembali lumpuh. bahkan kelumpuhan ini lebih teruk dan raja itu meminta sarah berdoa pada Allah. maka sarah berdoa dan Allah mengkabulkan.
kemudian raja memanggil para pembantunya dan berkata, "Sungguh yang kalian bawa kepadaku ini bukan manusia , tetapi syaitan. " sarah dipulangkan dan nabi ibrahim turut dihadiahkan dengan Hajar (untuk menjadi pelayannya). (hajar ialah salah seorang anak raja Qibti ), kemudian dia pulang dan menemui ibrahim yang sedang solat. maka dia memberi isyarat dengan tangannya bermaksud, "tunggu sebentar." sarah berkata, "Allah telah membalikkan tipu daya orang kafir atau fajir ke batang lehernya."
abu hurairah berkata, "itulah (hajar) ibu kalian (bangsa arab) , wahai anak keturunan air langit (air zamzam , maksudnya kerana Allah mengeluarkan air zamzam dengan berkat hajar dan anaknya ismail ) ."
( SAHIH AL BUKHARI : 3357, 3358 )
7- KISAH NABI LUT
ibnu abbas berkata, "ketika para malaikat datang pada nabi lut, beliau menyangka mereka merupakan tetamu yang ingin bertemu dengannya , nabi Lut mendekatkan mereka untuk duduk berhampiran dengannya. kemudian dia mengeluarkan anak anak perempuannya iaitu 3 orang dan diletakkan mereka di antara tetamunya dan kaumnya ( yang dijangka akan muncul nanti )
kemudian kaumnya bergegas datang ke dalam majlis itu , ketika nabi Luth melihat mereka datang, dia lantas berkata sebagaimana dalam alQuran, "wahai kaumku, di sini ada anak anak perempuanku mereka lebih suci bagimu, (maka berkahwinlah dengan mereka ), oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepada ku mengenai tetamu tetamuku."(hud 11:78), namun mereka menjawab, "kami tidak ada sebarang hajat pada anak anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki ( hud 11:79)
nabi luth berkata, "kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu pada suatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong , tentulah aku akan membinasakan kamu )" (hud 11:80 ), malaikat jibril ( yang turut serta bersama para malaikat yang hadir ) lantas menoleh pada nabi Luth dan berkata, "sesungguhnya kami adalah utusan Tuhanmu, kaum engkau yang jahat itu tidak sekali kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana) ." (hud 11:81)
lalu Jibril membutakan mata mereka, akhirnya mereka bertempiaran keluar dari rumah Nabi Luth sehingga saling tunggang menunggang antara satu sama lain. kemudian mereka terserempak dengan orang orang yang berada di depan pintu rumah , mereka berkata, "kami datang dari seorang penyihir manusia , dia telah membutakan kami." kemudian mereka pun lari tunggang langgang sehingga sampai ke kampung mereka.
kemudian kampung mereka itu diangkat di antara langit dan bumi selama beberapa malam , sehinggakan mereka dapat mendengar kicauan burung burung di angkasa, kemudian tanahnya diterbalikkan dan batuan berjatuhan menghujani mereka. sesiapa yang tertimpa , mereka pasti mati. sesiapa yang melarikan diri, dia akan dikejar oleh batuan yang akan membunuhnya.
ibnu abbas berkata, "Nabi Luth keluar dari perkampungannya bersama ketiga tiga anak perempuannya , hingga ketika tiba di suatu tempat di Syam, anak perempuannya yang sulung meninggal dunia, lalu Allah memancarkan mata air bernama al wariyah. kemudian mereka meneruskan perjalanan hingga anak perempuan yang bongsu meninggal dunia. lalu Allah memancarkan mata air bernama Ar ru'nah. maka tidak tersisa melainkan anak perempuannya yang tengah bersama nabi luth."
(MUSTADRAK HAKIM : 3317 )
8) SALING BERBALAS HUJAH ANTARA NABI MUSA DAN NABI ADAM
Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "adam dan musa saling berbalas hujah , nabi musa berkata, "wahai adam, engkau adalah bapa kami. namun engkau telah merugikan kami dan menyebabkan kami terusir dari syurga." adam menjawab, "wahai Musa , Allah telah memilihmu dengan kalamNya dan Dia menulis lembaran lembaran (yakni Taurat) dengan kekuasaanNya. apakah kamu mencelaku kerana suatu ketetapan yang telah ditakdirkan oleh Allah ke atasku sejak 40 tahun lagi sebelum Dia menciptakan aku ?". Adam akhirnya mengalahkan hujah musa .
(SAHIH AL BUKHARI : 6614)
9) NABI MUSA DAN NABI KHIDIR
Dari ubay bin kaab, Rasulullah bersabda "suatu ketika nabi musa bangun berkhutbah di hadapan kaumnya bani israel. lalu dia ditanya , "wahai musa, siapakah orang yang paling berilmu ? (di muka bumi ini ) nabi musa menjawab aku. Allah ingin menegur nabi Musa kerana tidak mengembalikan ilmu kepada Allah , lantas Dia mewahyukan kepadanya , "wahai musa ,ada seorang hambaKu yang ada sekarang berada di tempat pertemuan antara dua lautan (menurut Qotadah antara laut Rom dan parsi ), dia lebih berilmu dari dirimu.
nabi Musa bertanya, "wahai Tuhan, bagaimanakah untuk aku bertemu dengannya ?" Allah berfirman, bawalah seekor ikan di dalam satu bakul. di mana tempat kamu kehilangan ikan tersebut, di situ tempat ( kamu akan bertemu dengannya) ."
musa pun berangkat ke sana ditemani oleh pendampingnya, Yusha' bin nun . apabila mereka berdua tiba di sebuah batu besar, mereka meletakkan kepala lalu tertidur. ketika itulah ikan dalam bakul tadi ( kembali hidup dan ) bergerak gerak , lalu melompat keluar dan jatuh ke dalam laut. lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut. (al kahfi 18:61)
Allah menahan aliran air dari laluan ikan tersebut membentuk terowong. (yusha' melihat gelagat ikan tersebut namun ) ketika nabi musa bangun dari tidurnya dia lupa memberitahunya. mereka pun meneruskan perjalanan pada baki hari tersebut, dan malamnya. esoknya, waktu pagi, Nabi Musa bertanya kepada Yusha' , "bawalah makanan tengah hari kita kerana kita sebenarnya telah mengalami penat lelah dalam perjalanan ini." (al kahfi 18: 62)
sebelumnya nabi musa tidak sedikit pun tidak merasai penat. namun apabila mereka telah melepasi tempat yang diperintahkan oleh Allah (untuk menjadi pertemuannya dengan hamba Allah itu, Allah menjadikannya merasa penat dan lapar ) barulah dia merasa kepenatan.
(apabila musa meminta makanan , barulah Yusha' teringatkan ikan tadi, lantas ) dia berkata kepada musa, "tahukah kamu apa yang telah terjadi ketika kita berehat di atas batu besar tadi ? sebenarnya aku lupa (memberitahu kamu ) hal ikan itu. dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa dari menyebutkan halnya kepada mu melainkan syaitan, dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya ke laut dengan cara yang menakjubkan. " (al kahfi 18:63)
nabi musa berkata,"itulah yang kita kehendaki ." mereka pun balik semula ke situ. dengan menurut jejak mereka. ( al kahfi 18:64). mereka kembali menelusuri jejak jejak mereka dan hingga tiba di batu besar tadi. mereka terserempak dengan seorang lelaki yang sedang tidur berselimutkan kain. musa memberi salam , lantas khadir (nama lelaki itu ) menjawab, "bagaimana boleh ada ( orang memberi salam ) di negeri mu ini ? ( kerana negeri itu tidak ada kaum muslimin) , musa lalu memperkenalkan dirinya , "aku musa " . "musa bani israel?" tanya khaidir .
"Ya benar." , jawab musa . aku datang kepada mu supaya kamu mengajarku petunjuk dari yang diajar (Allah) kepadamu." nabi khidir menjawab, "sesungguhnya (engkau) musa tidak sekali kali akan dapat bersabar bersamaku." (al kahfi 18:67)
dia berkata lagi, "wahai musa , aku berada di atas ilmu yang diajar Allah kepadamu.namun kamu tidak mengetahuinya, kamu pula berada di atas ilmu yang diajar Allah kepadamu, namun aku tidak mengetahuinya." nabi musa menjawab, "engkau akan mendapati aku di kalangan orang sabar dan tidak akan membantah sebarang perintahmu, insyaAllah." (al kahfi 18:69) . khidir membalas , "jika engkau mengikuti ku, janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatu pun sehingga aku menceritakan halnya kepadamu." (al kahfi 18:70)
seterusnya nabi musa dan nabi khidir berjalan menelusuri pantai. tidak berapa lama, sebuah kapal melintasi mereka. mereka lalu meminta kepada orang orang di atas kapal untuk menumpangkan mereka. mereka pun bersetuju bahkan tanpa sebarang upah.
namun ketika berada di atas kapal , khadir dengan tidak semena mena menanggalkan salah satu papan dari dinding kapal dengan sebilah kapak. musa lantas membantah, "orang orang ini sudi menumpangkan kita tanpa sebarang upah, tetapi kamu sengaja menebuk kapal mereka." "patutkan engkau membocorkannya sedangkan akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpangnya?" sesunngguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar." ( al kahfi 18:71)
khadir menegurnya, "bukankah aku sudah mengatakan ,(engkau) musa tidak sekali kali akan dapat bersabar bersamaku." musa lantas memohon maaf , "janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu) , dan jangan lah engkau memberati aku dengan kesukaran dalam urusanku."(menuntut ilmu) ," ( al kahfi 18:73)
itulah pertama kali musa melupai janjinya, ketika itu datang seekor burung layang layang dengan bertenggek di tepi(birai) kapal. burung itu memagut ke dalam air laut sekali pagutan. melihatnya, khaidir berkata kepada Musa, "tidaklah ilmumu dan ilmuku dibandingkan dengan ilmu Allah melainkan seperti kadar yang kurang dari air laut dengan pagutan burung itu."
kemudian mereka turun dari perahu tersebut, ketika mereka berjalan jalan di tepian pantai, tiba tiba khadir terlihat seorang anak kecil sedang bermain main dengan kanak kanak yang lain. khadir lantas memegang kepala anak kecil itu dengan tangannya lalu membunuhnya."lantas nabi musa membantah, "patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang ?" sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang mungkar." ( al kahfi 18:74), khadir menegurnya, "bukankah aku sudah mengatakan ,(engkau) musa tidak sekali kali akan dapat bersabar bersamaku." tegurannya kali ini lebih tegas dari sebelumnya. musa lalu memohon maaf ," jika aku bertanya kepadamu tentang suatu apa selepas ini, maka janganlah engkau jadikan aku sahabatmu , sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan dan bantahanku." ( al kahfi 18:76)
kemudian mereka berdua berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar , mereka meminta makan kepada orang di situ , namun orang di situ enggan menjamu mereka. kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh. khadir pun bangun membaikinya dengan tangannya sendiri.
nabi musa lalu membantah, "penduduk itu enggan menjamu kita makan dan enggan menyambut kita, jika engkau mahu, sebaiknya engkau mengambil upah baginya." ( al kahfi 18:77)
khadir berkata, "inilah masa perpisahan antara diriku dan dirimu , aku akan terangkan padamu maksud (kejadian kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya." ( al kahfi 18:78),
Rasulullah berkata, "sebenarnya aku lebih suka jika Musa dapat sedikit bersabar, hingga kisah Musa dan Khaidir ini dapat diceritakan kepada kita dengan lebih panjang lagi."
(SAHIH AL BUKHARI : 4448 )
10) NABI MUSA DAN SEBONGKAH BATU
- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya nabi Musa merupakan seorang lelaki pemalu, sentiasa melindungi tubuhnya. ( dari dilihat orang lain) , sehingga tidak ada dari kulitnya yang terdedah kepada orang lain kerana sifat malunya itu. namun ada orang orang di kalangan bani israel yang cuba menyakitinya, lalu mereka mendakwa,"sesungguhnya tidaklah dia menutupi tubuhnya kerana melainkan kulitnya cacat, sama ada penyakit kusta atau telurnya bengkak atau kecacatan lain. '
Allah ingin membebaskan nabi musa dari sangkaan mereka itu, pada suatu hari Musa bersendirian ( dalam satu bilik mandi ) , dia meletakkan pakaiannya di atas batu dan mandi , selesai mandi , dia tampil ke batu tersebut untuk mengambil pakaiannya , namun batu itu melarikan diri membawa pakaiannya. nabi Musa mengambil tongkatnya ( lalu mengejar batu itu dalam keadaan telanjang ) sehingga bani israel melihat Nabi Musa yang sedang telanjang itu dengan rupa tubuh paling elok yang dijadikan Allah. dengan itu Allah menyelamatkan beliau dari sangkaan mereka tadi.
apabila batu itu berhenti, Nabi Musa mengambil pakaiannya dan memakainya. dia lalu memukul batu itu dengan tongkatnya sehingga - demi Allah - terdapat kesan pukulan pada batu itu 3 , 4 atau 5 kesan. peristiwa itulah yang dimaksudkan oleh Allah , " wahai orang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang orang (yahudi) yang telah mencaci Musa , lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan, dan adalah dia mulia di sisi Allah." (al Ahzab 33:69)
SAHIH AL BUKHARI : 3404
11) NABI MUSA DAN MALAIKAT MAUT
- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "malaikat maut datang menemui nabi musa dan berkata padanya, "penuhilah panggilan rabmu." . nabi Musa lantas menumbuk mata malaikat maut dan mencungkilnya. malaikat maut lantas pulang kepada Allah dan mengadu , " Engkau mengutusku kepada seorang hambaMu yang tidak ingin mati. Dia sesunggguhnya telah mencungkil mataku."
lalu Allah mengembalikan mata malaikat maut dan berfirman, "kembalilah kepada hambaKu dan katakan kepadanya , "Adakah engkau ingin terus hidup ? jika engkau ingin terus hidup , letakkan tanganmu di atas belakang mana mana lembu , maka sebanyak mana bulu yang tertutup oleh tanganmu itulah bilangan tahun kamu akan terus hidup. musa bertanya, "setelah itu apa ?" Allah berkata, "setelah itu kamu akan mati ." musa berkata, "jika begitu, sekarang. (ambillah nyawaku )dalam tempoh terdekat ." (dia kemudian berdoa) , "wahai Tuhanku, dekatkan lah kubur ku ke baitul maqdis sejauh lemparan batu sahaja."
Rasulullah bersabda, "jika aku berada di sana sekarang, aku benar benar akan tunjukkan kepada kamu semua kuburnya , iaitu di sisi jalan di kawasan bukit pasir kemerahan. "
(SAHIH MUSLIM : 2372/158, SAHIH BUKHARI : 3226)
12) WANITA TUA BANI ISRAEL
- sayyidina abu musa berkata, "nabi pernah datang menemui arab badwi dan dia menyambutnya. baginda lalu bersabda padanya ,"tampillah kepada kami. ". arab badwi itu pun menghampiri baginda , rasulullah bersabda, "mintalah apa yang kamu perlukan. " dia menjawab,(aku meminta) seekor unta yang dapat aku tunggangi , dan kambing kambing betina untuk keluargaku memerah susu.
Rasulullah bersabda, "apakah kalian lemah untuk bersikap sebagaimana seorang wanita tua bani israel? (yang memilih akhirat berbanding dunia )"
mereka bertanya, "wahai Rasulullah, siapakah wanita tua bani israel itu ?" Rasulullah bersabda, "sesungguhnya, tatkala nabi Musa keluar dari mesir bersama sama bani israel , mereka tidak menemui jalan keluar. musa lalu bertanya, "apa sebabnya berlaku masalah ini pada kita." para ulama bani israel menjawab, "sesungguhnya Yusuf tatkala kematian menjemputnya, dia mengambil janji dari Allah agar kami tidak keluar dari mesir kecuali kami membawa jenazahnya bersama sama kami."
musa bertanya, "siapa kah yang tahu di mana letak kuburnya ?" ulama' itu berkata, (yang tahu) adalah seorang wanita tua bani israel. lalu musa mengutus seseorang untuk membawa wanita itu kepadanya. tidak lama kemudian dia datang. musa lalu berkata, "tunjukkanlah kepadaku , di mana kuburan yusuf. " perempuan itu berkata, "(aku tidak akan tunjuk) hingga engkau memberikanku satu ketetapan (jaminan)." musa bertanya apa kah ketetapan itu. dia menjawab, "ketetapan(jaminan) itu adalah bahawa aku akan bersama mu di syurga."
musa ternyata tidak suka memberi jaminan itu kepadanya. kemudian Allah mewahyukan padanya agar dia memberikan ketetapan (jaminan) itu kepadanya.maka setelah musa memberikan kepadanya, pergilah dia bersama rombongan musa ke buhairah, iaitu tasik kecil yang menakung air. perempuan itu berkata, "timbalah air ini."maka orang orang pun menimba nya sehingga kering. setelah itu mereka menggalinya dan mengeluarkan jenazah Yusuf. maka tatkala mereka meletakkannya di tanah , jalan(yang tadinya terlindung ),nampak jelas seolah olah diterangi cahaya matahari (yakni mereka sudah tahu arah jalan hingga tidak tersesat lagi ).
(SAHIH IBNU HIBBAN : 723) ( MUSTADRAK AL HAKIM :4088)
13) SAMIRI , SI PENCIPTA PATUNG BERHALA ANAK LEMBU
- sayyidina ali pernah bercerita, "ketika nabi musa pergi bermunajat kepada Allah , samiri telah sedaya upaya untuk mengumpulkan emas yang dimiliki oleh bani israel , kemudian dengan emas itu dia membuat berhala berbentuk anak lembu , kemudian dia meletakkan segenggam tanah kesan dari jejak malaikat jibril (jejak malaikat jibril ketika membinasakan firaun dan tenteranya ), tiba tiba anak patung lembu itu boleh mengeluarkan suara.
lalu samiri berkata pada bani israel , "inilah tuhan kamu semua dan Tuhan musa ." nabi harun menegur mereka , "wahai kaumku, bukankah Tuhanmu telah menjanjikan kepada kamu semua janji yang baik ?"
ketika musa kembali kepada bani israel , dan mendapati mereka telah disesatkan oleh Samiri, dia menarik kepala nabi harun (dan menyalahkannya) , lalu nabi harun menjelaskan apa yang dia telah memperingatkan pada mereka.
kemudian nabi musa bertanya kepada samiri , "apa yang mendorongmu untuk melakukan perkara itu?" samiri menjawab, "aku telah mengambil segenggam tanah dari kesan jejak (tapak kaki kuda yang ditunggang jibril ) , lalu aku mencampakkannya kepada ( kepada leburan emas yang digunakan membuat patung anak lembu tersebut , tiba tiba ia bersuara) , demikian aku dihasut oleh hawa nafsuku.
kemudian nabi musa mengambil berhala anak lembu itu, membawanya ke tepi sungai , lalu mengikirnya sehingga menjadi debu dan menghamburkannya ke dalam sungai. maka orang orang yang menyembahnya , apabila meminum air dari sungai tersebut, wajahnya berubah menjadi kuning keemasan.
bani israel berkata pada nabi musa, "bagaimana kah caranya untuk kami bertaubat ?" lalu musa menjawab, "hendaklah (orang yang terlibat menyembah anak patung lembu itu ) saling berbunuhan antara satu sama lain. lantas mereka mengambil pisau masing masing dan mereka saling berbunuhan antara satu sama lain termasuk yang dibunuh itu ayah dan saudaranya sendiri tanpa dipedulikan, sehingga 70 ribu nyawa gugur.
kemudian Allah mewahyukan kepada nabi Musa, "perintahlah mereka untuk berhenti dan angkatlah tangan ! sungguh Aku telah mengampuni mereka yang telah terbunuh dan mereka yang masih hidup ) ."
( MUSTADRAK AL HAKIM : 3434 ) MENURUT AL HAKIM, SAHIH DAN DISETUJUI OLEH AL ZAHABI.)
14) MATAHARI DITAHAN UNTUK NABI YUSHA'
- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "ada seorang nabi di antara para nabi terdahulu, apabila ingin berperang dia akan berkata pada kaumnya, "Janganlah mengikuti daku ( untuk berperang ) seseorang yang baru sahaja menikahi wanita sedangkan dia ingin menyetubuhinya namun belum sempat menyetubuhinya. begitu juga seorang yang membina rumah, namun belum memasang atap. dan juga seseorang yang membeli kambing atau seekor unta yang bunting dan dia sedang menanti haiwan itu beranak. "
nabi tersebut berperang dan ketika dia hampir mendekati sebuah kampung , tiba waktu solat asar (kemungkinan hari itu jumaat kerana jika matahari terbenam pada hari itu, keesokannya sabtu yang dilarang berperang bagi bani israel ) atau sekitar waktu itu, lantas dia berkata pada matahari, "kamu adalah hamba Allah yang diperintah, begitu juga aku hamba yang diperintah. ya Allah , tahanlah matahari ini untuk kami !" maka matahari itu (tertahan) berhenti beredar hingga Allah memberikan kemenangan kepada beliau.
(selesai peperangan), dia mengumpulkan ghanimah (harta rampasan perang) , lalu datang api untuk memakannya (menghanguskannya) , namun api itu tidak dapat memakannya, maka dia berkata (kepada tenteranya) , "di antara kalian ada ada yang berkhianat (mencuri ghanimah) , oleh itu hendaklah daripada setiap suku kaum ada seorang yang berjabat tangan dengan ku."
maka tangan salah seorang dari mereka melekat dengan tangannya, lantas dia berkata, "dalam kalangan suku kaummu ada orang yang mencuri ghanimah , maka hendaklah suku kaummu berjabat tangan denganku." apabila berjabat tangan dengan mereka , tangan dua atau 3 orang dari mereka melekat dengan tangannya , lantas dia berkata, "dalam kalangan kamu ada pencuri ghanimah." mereka pun membawa emas sebesar kepala lembu lalu meletakkannya (bersama harta rampasan yang lain) , kemudian datanglah api lalu memakannya. kemudian Allah menghalalkan ghanimah untuk kita kerana Allah melihat kelemahan dan ketidak mampuan kita sehingga Dia menghalalkan untuk kita."
(SAHIH AL BUKHARI : 3124)
**sesungguhnya matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang manusia pun melainkan kepada Yusha' pada hari hari ia bergerak untuk menawan Baitul Maqdis .
( musnad ahmad : 8315 , isnadnya sahih )
**nabi yusha' merupakan khadam yang mengikut nabi musa ketika pertemuannya dengan nabi khidir , diberi wahyu setelah wafat nabi musa, dilantik menjadi khalifah beliau serta dibawah kepimpinan beliau bani israel berjaya mencapai kejayaan menawan baitul maqdis (al asyqar : 115 )
15 - NABI YUNUS
- Abdullah bin ma'sud menceritakan kepada kami di dalam baitul mal tentang nabi yunus, "sesungguhnya yunus pernah menjanjikan azab pada umatnya dan mengingatkan azab akan datang dalam tempoh 3 hari . maka mereka mula memisahkan antara kaum ibu dari anak anak mereka. lalu mereka keluar dan merintih kepada Allah , serta memohon ampun kepadaNya. lalu Allah tidak menimpakan azab pada mereka.
nabi yunus menunggu azab itu menimpa mereka , tetapi nabi Yunus tidak melihat sebarang petanda. pada zaman itu, sesiapa yang menipu dan tiada saksi maka dia akan dibunuh . lalu nabi Yunus keluar dari kampung itu dalam keadaan marah. kemudian nabi Yunus berjumpa dengan satu kaum yang berada di atas kapal. mereka pun membawa nya kerana mereka mengenalinya.
ketika nabi yunus menaiki kapal itu, tiba tiba kapal itu tidak dapat belayar. dan kapal itu terumbang ambing ke kanan dan ke kiri . lalu nabi Yunus bertanya, "kenapa dengan kapal kamu ini ?" mereka menjawab mereka tidak tahu. kemudian nabi Yunus berkata, "sesungguhnya di dalam kapal ini terdapat seorang hamba yang lari dari Tuhannya. kapal ini tidak akan belayar sehingga kita melemparnya keluar.
mereka berkata, "jika orang itu adalah kamu wahai nabi Allah, demi Allah kami tidak akan melemparmu." lalu nabi Yunus berkata kepada mereka , "kita buat undian. siapa yang kena maka dia akan dilempar."
kemudian mereka membuat undian, dan mengenai nabi yunus. mereka enggan melemparnya, kemudian mereka berkata, "siapa yang dapat 3 undian , maka dia akan dilempar. tetapi undian tetap mengenai nabi Yunus. lalu mereka melempar nabi yunus ke dalam laut. kemudian Allah menghantar ikan paus kepada nabi Yunus. ketika nabi yunus jatuh ke dalam laut, maka ikan itu menelannya ke dalam mulutnya. ikan itu membawanya ke dasar laut. lalu nabi yunus mendengar suara bertasbih dari dasar laut. maka ketika berada di dalam kegelapan yang berlapis lapis itu dia berdoa kepada Allah, "tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang orang zalim."(al anbiya' 21:87 )
lalu Allah mencampakkan nabi Yunus di daratan yang tandus, sedangkan baginda dalam keadaan sakit seperti seekor anak burung yang tidak mempunyai bulu. kemudian Allah menumbuhkan sepohon labu sehingga nabi Yunus dapat berteduh dan makan darinya. ketika pohon itu kering, nabi Yunus menangis kerana tiada makanan dan tiada tempat berlindung.
lalu Allah mewahyukan padanya, " kamu menangis kerana pohon yang sudah kering , tetapi kamu tidak menangis di atas 10 ribu umatmu yang ingin kamu musnahkan. " lalu dia keluar dan berjumpa dengan seorang budak yang menternak kambing. nabi Yunus berkata, "kamu dari mana wahai anak kecil?" anak itu menjawab, "aku dari kaum yunus." lalu nabi yunus menjawab, "kalau kamu kembali kepada mereka, katakanlah bahawa kamu telah berjumpa dengan yunus."
kemudian budak itu berkata, "jika benar kamu Yunus, mesti kamu tahu bahawa sesiapa yang menipu tanpa bukti akan dibunuh. siapa yang menjadi saksi bagiku ? " nabi yunus menjawab ,"pokok dan tempat ini akan menjadi saksi." lalu anak kecil itu berkata, "suruhlah mereka menjadi saksi bagiku."
kemudian nabi yunus berkata kepada 2 benda itu , "jika budak ini datang padamu, maka jadilah saksi baginya." kemudian kedua dua benda itu berkata, "baiklah."
maka budak itu kembali kepada kaumnya. dia juga mempunyai saudara yang membelanya. lalu dia datang kepada raja dan berkata, "aku telah berjumpa dengan yunus.dia juga mengirimkan salam padamu. " lalu raja memerintahkan untuk membunuh budak itu."(kerana didakwa menipu).
namun budak itu menegaskan dia mempunyai bukti. lalu raja mengutus beberapa orang bersama budak itu ke pohon dan tempat tadi. budak itu berkata kepada kedua nya, "bersaksilah demi Allah !adakah kamu nampak yunus ? mereka berdua menjawab , "ya". dalam keadaan terkejut, mereka kembali memberitahu raja apa yang dilihat mereka ( iaitu pohon dan tempat itu bersaksi bahawa mereka melihat yunus . )
lantas raja memegang tangan budak itu, dan menyuruhnya duduk di tempatnya. lalu raja itu berkata, "kamu lebih layak dari diriku untuk berada di tempat ini." kemudian budak itu memerintah mereka selama 40 tahun.
(MUSHANNAF IBNU ABI SYAIBAH : 31866 )
**doa zinnun ( nabi yunus ) tatkala berada di dalam perut ikan. "tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang orang zalim."(al anbiya' 21:87 ). sesungguhnya tidak berdoa seorang muslim dengan doa ini kepada Tuhannya untuk memohon apa sahaja melainkan akan Dia akan memperkenankan untuknya."
(MUSNAD AHMAD : 1462 ) ISNADNYA HASAN.
16- KEWAFATAN NABI DAUD
- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya nabi daud memiliki kecemburuan yang besar. jika keluar dia menutup seluruh pintu sehingga tidak ada seorang pun yang dapat masuk menemui keluarganya (isterinya) sehingga dia pulang,"
baginda bersabda, "pada suatu hari, nabi daud keluar dari rumah dan pintu rumah dikunci , namun isterinya mendapati di ruang tamu terdapat seorang lelaki berdiri di tengah tengah rumah. dia lalu bertanya kepada penghuni di dalam rumahnya, "bagaimana lelaki itu masuk ke dalam rumah sedangkan pintu rumah telah tertutup?" Demi Allah kamu pasti akan dimarahi Daud."
apabila pulang, Daud mendapati lelaki tersebut berdiri di tengah tengah rumahnya. dia lantas bertanya siapakah kamu, lelaki itu menjawab , "aku adalah seorang yang tidak pernah takut kepada para raja, dan tidak ada sesuatu pun mampu menghalangiku. " maka daud berkata, "demi Allah, engkau adalah malaikat maut, selamat datang membawa perintah Allah."
lalu daud berdiri di tempat nyawanya diambil. sebaik meninggal, matahari pun terbit (dan jenazahnya terpaksa diuruskan di bawah terik matahari). namun anaknya (nabi sulaiman) memberi perintah kepada burung burung , "naungilah daud" , lalu burung burung itu pun menaungi jenazah nabi daud (dan orang orang yang mengiringi jenazah itu ) hingga ke saat bumi menjadi gelap. ketika itu, sulaiman berkata pula kepada burung burung itu , "tutuplah sayap sayap kamu, sayap demi sayap."
( MUSNAD IMAM AHMAD :9432) - isnadnya dhaif
17- NABI SULAIMAN DIKURNIAKAN ANAK LELAKI CACAT
- Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "Nabi Sulaiman pernah berkata,"sungguh aku akan menggilir 99 isteriku dalam satu malam, yang nantinya mereka semua akan melahirkan seorang pejuang berkuda yang berperang di jalan Allah .". lantas sahabatnya (seorang malaikat)) berkata kepadanya, "ucaplah insyaAllah , " namun nabi sulaiman tetap terlupa mengucapkan insyaAllah .. (kerana suatu kesibukan yang mengganggunya ketika itu bukan kerana kesombongan )
kemudian nabi sulaiman menggilir mereka semua , namun tidak ada di antara isterinya yang hamil kecuali seorang sahaja ,namun hanya melahirkan anak lelaki yang cacat. dan demi Zat yang jiwa Muhammad berada di dalam kekuasaanNya, sekiranya dia mengucapkan insyaAllah nescaya dia akan mendapatkannya (anak anak yang ) berperang di jalan Allah sebagai tentera tentera berkuda semuanya."
(SAHIH AL BUKHARI : 2819)
18- NABI SULAIMAN BERSAMA 2 WANITA YG BEREBUT ANAK
- - Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "ketika 2 orang wanita bersama bayi masing masing, muncul seekor serigala merampas bayi salah seorang dari mereka. lantas salah seorang dari mereka berkata, 'serigala itu merampas bayimu. " seorang lagi berkata, "tidak, dia merampas bayimu!" . lalu mereka berdua merujuk kepada Nabi Daud , dan Nabi Daud memutuskan , bayi yang ada dimiliki wanita yang lebih tua ( di antara mereka )
kemudian , kedua mereka pula pergi kepada Nabi sulaiman bin daud, dan mengkhabarkan pertikaian tersebut. nabi Sulaiman lantas berkata, "berilah aku pisau hingga aku dapat membelah bayi itu untuk kalian berdua. " wanita yang lebih muda berkata, "janganlah engkau lakukan, semoga Allah merahmatimu ! berilah bayi itu kepada dia. " maka sulaiman memutuskan bahawa bayi tersebut adalah milik wanita yang lebih muda."
(SAHIH AL BUKHARI : 3427 , SAHIH MUSLIM : 1720 )
19) NABI AYYUB
- Dari Anas r.a , Rasulullah bersabda, "sesungguhnya nabi ayub berterusan diuji selama 18 tahun (diuji dengan kematian anak anak , kemusnahan harta dan penyakit - al asyqar :159) , sehingga menjauhinya kerabat yang dekat dan yang jauh , melainkan dua saudaranya (disamping isterinya yang turut berkhidmat padanya) , yang setiap hari datang menziarahinya dan kemudian pulang.
pada suatu hari, salah seorang saudaranya berkata kepada seorang lagi, "ketahuilah sesungguhnya ayyub telah melakukan dosa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini ." lalu sahabtnya itu bertanya, "kenapa engkau berkata begitu ?" dia menjawab, "sejak 18 tahun dahulu Allah tidak memaafkan dia dan tidak menyembuhkan dia dari penyakitnya. '
ketika mereka berdua menemui ayyub, salah seorang dari mereka tidak sabar lagi (ingin mengetahui dakwaan saudaranya tadi) , lalu bertanya hal itu kepada ayyub. ayyub berkata, "aku tidak mengetahui sejauh mana kebenaran apa yang dikatakan kamu itu, namun Allah mengetahui bahawa ( aku sentiasa menjaga hak Allah ketika sihatku sehingga )tidak akan bertemu dua lelaki yang berselisih lalu bersumpah dengan nama Allah, melainkan apabila kau kembali ke rumahku dan aku pasti akan membayar kaffarah pada Allah bagi pihak mereka kerana aku tidak suka nama Allah disebut kecuali pada urusan yang benar."
Rasulullah bercerita lagi, "apabila nabi ayyub hendak keluar qada hajat , isterinya akan datang mengambil dan memimpin tangannya hingga sampai ke tempat yang dituju. apabila selesai , dia akan datang mengambilnya kembali. suatu hari , isterinya lambat datang mengambilnya. ketika itulah Allah memberi wahyu pada nabi ayyub.
"hentakkanlah kakimu, inilah air sejuk untuk mandi dan minum." (shad 38:42)
apabila isterinya menyedari dia terlambat, untuk mengambil ayyub , dia pergi untuk memerhati ayyub. ayyub tampil kepadanya, - di mana Allah telah menyembuhkan sakitnya dan keadaan rupa parasnya sangat elok. apabila melihat ( isterinya tidak perasan bahawa itu ayyub), lalu dia berkata, "moga Allah memberkatimu. adakah kamu ada melihat nabi Allah yang diuji dengan sakit (yakni ayyub)? ." demi Allah , aku melihat kamu paling mirip dengan ayyub ketika sihatnya. " nabi ayyub menjawab, "akulah nabi yang engkau maksudkan ." (yakni nabi ayyub)
nabi Ayyub mempunyai 2 gudang, satu untuk simpanan gandum dan satu lagi untuk simpanan barli. lalu Allah mengutuskan 2 gerombolan awan, salah satu dari awan itu memenuhkan gudang gandum itu dengan emas hingga melimpah , dan satu awan lagi memenuhkan gudang satu lagi dengan perak."
(SAHIH IBNU HIBBAN : 2898 )
20) NABI YANG MEMBAKAR SARANG SEMUT.
- Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "ada seorang nabi di antara nabi terdahulu singgah di bawah sebuah pohon pokok , lalu digigit seekor semut. maka dia memerintahkan agar mengeluarkan semut itu dari bawah pohon itu lalu memerintahkan agar dibakar sarang semut itu. lalu Allah mewahyukan pada nabi tersebut, "kenapa tidak kamu membunuh seekor semut sahaja ( yang menggigitmu ? ) ?"
(SAHIH AL BUKHARI : 3219)
dalam riwayat sahih muslim , "seekor semut telah menggigit seorang nabi dari nabi terdahulu, lalu dia memerintahkan agar dicari sarang semut dan dibakar (ke semua semut didalamnya ). lantas Allah mewahyukan padanya, "apakah kerana seekor semut menggigit kamu, lalu kamu membinasakan satu umat dari umat umat yang bertasbih ( kepada Allah ) ?"
(SAHIH MUSLIM : 1759/4 )
**5 haiwan perosak hendaklah dibunuh(walaupun di tanah haram) iaitu tikus, kala jengking, helang , gagak dan anjing/haiwan pemangsa." ( SAHIH AL BUKHARI : 3314 )
21) SEORANG NABI YANG BERASA TAKJUB DENGAN KEKUATAN KAUMNYA
- dari suhaib r.a , " Pernah ketika solat , Rasulullah membaca doa dengan sangat perlahan sehingga aku tidak dapat memahami bacaannya , dan baginda tidak pula memberitahu nya kepada kami. lalu baginda bertanya adakah para sahabat ingin mengetahuinya dan sahabat berkata ya.
Rasulullah bercerita, "aku sebenarnya teringatkan kisah seorang nabi dari nabi terdahulu yang dikurniakan Allah dengan tentera yang sangat ramai dari kaumnya. dia lalu berucap dengan bangga, "siapa yang dapat menandingi mereka?" atau "siapa yang dapat berupaya menghadapi mereka. "
lantas Allah memberi wahyu padanya, "hendaklah kamu memilih untuk kaummu salah satu dari 3 ini :Kami memberi kuasa kepada musuh untuk menguasai mereka, atau Kami timpakan kebuluran , atau Kami mematikan (sebahagian mereka )."
nabi itu lalu meminta pandangan dari kaumnya untuk menentukan pilihan tersebut , namun mereka berkata, "Engkau Nabi Allah , semua itu terserah padamu, pilihlah untuk kami." lalu dia berdiri mengerjakan solat . biasanya mereka apabila dirundung ketakutan, mereka akan mendirikan solat yang lama.
selesai dari solat nabi itu berkata (pada Allah) , "Ya Tuhanku, adapun pilihan pertama dan kedua iaitu dikuasai musuh dan ditimpa kebuluran , janganlah Engkau takdirkan pada kaumku.
lalu Allah menimpakan kematian atas kaumnya hingga mati di kalangan mereka 70 ribu orang. adapun (doa) yang kamu lihat aku membacanya dengan sangat perlahan itu adalah, "ya Allah, denganMu aku berperang dan denganMu juga menyerang , tidak ada helah (perancangan), dan tidak ada kekuatan kecuali dengan kehendak Allah."
(MUSNAD AHMAD : 23927 : isnadnya sahih )
22- NABI ISA MENAFIKAN DUA MATANYA DAN MEMPERCAYAI PENCURI
- Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "nabi isa terlihat seorang lelaki yang mencuri, lantas dia menegurnya. "apakah kamu mencuri ?"
lelaki itu menjawab ,"tidak ! aku bersumpah dengan nama Allah yang tidak ada tuhan selainNya.(bahawa aku tidak mencuri )."
lalu nabi isa membalas , "(jika begitu) aku beriman kepada Allah dan aku menafikan (pandangan) mataku."
( SAHIH AL BUKHARI : 3260 )
**yakni , oleh kerana kamu bersumpah dengan nama Allah , maka aku mempercayai mu kerana sumpahmu itu dan aku menolak apa yang dilihat mataku. menurut ulama' , kemungkinan lelaki itu mencuri (mengambil) apa sebenarnya adalah haknya atau dia mengambil hak orang lain yang telah diizinkan oleh tuannya namun tidak diketahui oleh nabi isa. ada juga pandangan , ia kerana kesungguhan nabi isa mempercayai orang yang bersumpah dengan nama Allah.
(syeikh mustafa al bugha )

No comments:
Post a Comment