Tuesday, 24 March 2020

SUMMARY AYAT-AYAT QURAN DAN HADIS = MAHSYAR

KEADAAN ORANG-ORANG BERUNTUNG DI MAHSYAR

  1.  Timbangan mizan, siapa berat amal baik , mereka akan berjaya
  2. manusia akan berkumpulan dengan imam masing-masing , siapa diberi kitab dengan tangan kanan akan beroleh kebaikan.
  3. Orang taqwa dihimpun menghadap Tuhan dengan berpasukan
  4. orang beriman dan beramal berhak dapat syafaat
  5. Ahli syurga dibawa ke pintu syurga berpasukan
  6. Hari kiamat, cahaya iman dan amal orang beriman bergerak cepat dihadapan dan kanan mereka tika berjalan
  7. Diadakan antara mereka tembok berpintu ( sebelah dalam ada rahmat syurga dan nikmat
  8. Orang beriman dan bertaqwa diberi 2 bahagian rahmat dan dikurnia cahaya untuk berjalan di mahsyar dan diampun dosa
  9. Mahsyar , orang orang beriman ada cahaya terangi di hadapan , dan kanan tika berjalan
  10. Muka Orang orang beriman berseri seri dan tertawa sukaria
  11.  siapa terima amal dengan tangan kanan akan dihisab dengan mudah dan ringan 

KEADAAN ORANG-ORANG RUGI ( AHLI NERAKA ) DI MAHSYAR

  1. Orang berbuat jahat, muka jadi hitam legam seolah-olah malam gelap gelita iaitu ahli neraka.
  2. Orang-orang zalim merayu di hari kiamat agar dikembali ke dunia untuk beriman
  3.  orang-orang berdosa dibelenggu dan diberi pakaian dari minyak tar dan muka dan badan mereka diliputi jilatan api neraka.
  4. Musyrik diheret muka di hari akhirat dalam keadaan buta,bisu dan pekak ke dalam neraka jahannam yg apinya menjulang
  5. orang berdosa takut dan rasa celaka
  6.  Orang berdosa lihat neraka , mereka yakin akan jatuh kedalam nya.
  7. orang kafir diperlihat neraka jahannam
  8. Kafir dihimpun dengan syaitan-syaitan di mahsyar bawa mereka duduk berlutut mengelilingi neraka jahannam
  9. Orang bersalah dihalau ke Jahanam dalam keadaan dahaga,
  10. dihimpun orang-orang bersalah kelabu mata nya , mereka berbisik , mereka dahulu tinggal ( di dunia ) 10 tempoh sahaja., walhal mereka tinggal di dunia dalam satu masa yg amat singkat sahaja.
  11. Orang ingkar disempit hidup dan dibangkit  menjadi buta
  12. Ahli neraka diseret tertiarap di atas muka
  13. orang kafir dibelenggu pada leher 
  14. ahli neraka berwajah hitam legam
  15. Semasa lihat azab neraka, mereka merasa seolah-olah hidup di dunia hanya 1 saat sahaja di siang hari
  16. orang berdosa dapat dikenali dari tanda tanda nya , dipegang dari atas kepala dan kaki ( lalu diseksa antara api neraka dan air menggelegak )
  17. Orang munafik pula meraba-raba dalam gelap gelita hari kiamat ) mereka mahu menumpang cahaya orang beriman
  18. orang2 munafik meraba raba dalam gelap gelita . 
  19. Kafir ditunjuk azab neraka secara dekat.
  20.  Kafir zaman nabi kejam dan tidak tentu bapanya, mendusta nabi kerna banyak harta dan anak2 , akan ditanda di hidung mereka di mahsyar ( berupa belalai)
  21. Orang terima dengan tangan kiri akan dibelenggu dan dibakar dalam neraka jahim
  22. Orang kufur disedia rantai-rantai dan dibelenggu dalam neraka menjulang-julang
  23. Orang kafir di hari kiamat akan berkata alangkah baik jika menjadi tanah
  24.  Dahsyat huru hara mahsyar hingga orang orang bersalah merasakan mereka dahulu hidup di dunia hanya sekadar 1 petang atau 1 pagi sahaja.
  25.  Orang ingkar muka penuh debu dan diliputi hitam legam dan gelap gelita ( orang kafir derhaka )
  26. Siapa terima dengan tangan kiri ( atau dari belakang )akan meraung2 sebut binasa
  27. Orang kufur di mahsyar berkata alangkah baik nya jika aku sedia amal baik untuk bekal akhirat.
  28. Orang derhaka akan disentap ubun ubun dan diseret ke neraka dan diseksa malaikat zabaniyah
  29. Ringan amal baik akan diazab nerakan hawiyah ( api panas membakar )

SUASANA UMUM DI MAHSYAR

  1. Hari kiamat, mereka terburu-buru ke mahsyar dan mendongak-dongak kepala , mata tak berkelip kelip dan berasa cemas ( suasana mahsyar )
  2. Hari kiamat, bumi dan langit diganti lain , manusia keluar berhimpun menghadap Tuhan, dan
  3. Tiap tiap manusia ,akan dikalongkan bahagian nasibnya dileher , dan diberi suratan amal di hari kiamat dan disuruh baca isi suratan amal itu.
  4. Hari kiamat ( mahsyar ) manusia akan berkumpulan dengan imam masing-masing , 
  5. Manusia berbaris menghadap Tuhan 
  6. Hari kiamat yakni hari penyesalan (dibicara )
  7. Manusia akan menghadap Allah seorang diri di mahsyar
  8. Manusia di mahsyar sunyi sepi menuju ke arah seruan panggilan
  9. Hari kiamat ada mizan , amal sebesar biji sawi pun akan ditimbang.
  10. Lidah , tangan dan kaki akan jadi saksi di mahsyar
  11. Hari mahsyar, manusia berpecah menjadi 2 kumpulan lepas dibicara
  12. bertaqwa lah ! hari kiamat, ahli keluarga tak dapat bantu akibat azab dosa dan jangan lah diperdaya oleh hidup dunia
  13. Tiap tiap kata dan perbuatan ditulis dalam suratan kitab amalan.
  14. Dengan 1 pekikan , semua dihimpun di mahsyar
  15. Ditutup mulut, tangan akan berkata-kata beritahu dosa dan kaki akan jadi saksi
  16. Hari akhirat akan bersinar terang bumi dengan "cahaya" Tuhan, diberi buku amalan 
  17. Hari kiamat, dapat dilihat malaikat malaikat beredar edar sekeliling arasy bertasbih puji pada Allah
  18. Mata, telinga dan kulit kulit akan jadi saksi tika dibicara
  19. Hari kiamat, sahabat karib bermusuh kecuali berdasar taqwa
  20. Hari kiamat, umat berlutut dengan cemas menunggu diseru untuk terima buku amalan
  21. Tiap tiap orang ke mahsyar di sertai 2 malaikat ( pembawa dan pensaksi ) menjadi saksi
  22. Diadakan antara mereka tembok berpintu ( sebelah dalam ada rahmat syurga dan nikmat ) sebelah luar ada neraka dan azab
  23.  Hari kiamat, diterangkan setiap amalan di dunia dan dihitung amal satu persatu
  24. Di mahsyar , masing masing nampak kerugian nya
  25. Tiap tiap amal dihitung dan tiada yg tersembunyi
  26. Hari manusia berdebar-debar takut dan tunduk gerun. Mahsyar ialah muka bumi putih rata.
  27. Hari jeritan dahsyat, orang lari dari saudaranya dan ibu bapanya dan isteri anak anaknya kerana diri disibuk dengan hal sendiri.
  28. Tiap tiap diri disatu dengan pasangan dan surat amal dibentang dan langit ditanggal dari tempatnya dan neraka dinyala menjulang julang dan syurga didekatkan ,Tiap tiap orang akan mengetahui amal dibawanya.
  29. Mahsyar , didedah segala terpendam di hati
  30. manusia keluar berselerak dari kubur dan diperlihat amal amal didunia
  31. Siapa beramal seberat zarah , akan tertulis dalam buku amal dan amal jahat sebesar zarah akan tercatit jua
  32. Hari dibongkar segala isi kubur dan didedah segala terpendam di dada.
  33. Akan ditanya tentang setiap nikmat di dunia di mahkamah mahsyar kelak

No comments:

Post a Comment