Sunday, 15 November 2020

SKILL PARENTING - KEIBU BAPAAN

***CARA DIDIK ANAK 

HADIS NABI

- ANAK 1- 7 TAHUN - BERMAIN2 DENGAN NYA

- 7 -14 TAHUN - BERTEGAS DGN ANAK + AJAR ILMU + ADAB

- 14 KE ATAS = JADIKAN MACAM KAWAN (AKRAB DGN KITA)

KATA SAIYYIDA ALI

- LAYAN 1-7 TAHUN - LAYAN MACAM RAJA

- 7 - 14 TAHUN = LAYAN ANAK SEPERTI TENTERA, DGN DISIPLIN, TEGAS

- 14 KE ATAS = LAYAN SPERTI KAWAN, RAIKAN KEMATANGAN ANAK


KEY POINT DARI BUKU :

  • Ransang minda bayi dalam kandungan ( baca + dengar Quran , zikir, selawat, bercakap dgn bayi)
  • Beri nama tika masih dalam kandungan
  • Ransang minda bayi dengan corak MHP (merah-hitam-putih)
  • Tidurkan bayi 15 minit lepas tanda mengantuk dikesan
  • Bapa ( tukar lampin bayi + gosok gigi anak2 + baca cerita pada anak sebelum tidur + bermain , luang masa utk anak2 + peluk cium anak2 )
  • Cegah tantrum dgn terangkan pada anak mengapa kita(ibubapa) tidak boleh mengalah bila anak tantrum (dgn tegas tapi kasih sayang )
  • Adil + neutral tidak berpihak bila anak2 bergaduh , tidak cari siapa yang bersalah
  • Beritahu anak 3x sehari KITA SAYANG MEREKA
  • PELUK + CIUM anak2 sekurang2 3x sehari
  • Beri maklumat/panduan  pada anak bagaiman nak buat sesuatu dgn betul bila anak buat silap
  • Jangan banding dgn markah anak orang lain , BERI MOTIVASI + Cabar anak utk pertingkat 
  • SENTIASA SENYUM depan anak + isteri

TIPS DARI BUKU IBU BAPA BIJAK ANAK HEBAT

A- TIPS SEBELUM KELAHIRAN BAYI

1- ambil vitamin tambahan , makanan minda ( kurma, buah badam(almond), minyak omega-3 dari ikan salmon, kismis, )

2 - juga buat aktiviti merangsang minda bayi - membaca Quran, zikir, selawat, dengar Quran, bercakap pada kandungan - akan membina hubungan komunikasi antara anak dan ibu ,bapa dan bayi. ,

3 - memberi nama pada bayi tika masih dalam kandungan, pendedahan awal pada kemahiran bahasa, membaca kisah sirah nabi dan rasulullah pada bayi akan merangsang minda  bayi , membaca buku/kitab/sirah pada bayi , 

4 - ibu membuat latihan matematik tika mengandung walaupun soalan yg mudah akan membina kemahiran aritmetik pada bayi. 

5 - juga mendengarkan ayat Quran pada bayi akan melatih bayi menyimpan maklumat utk jangka panjang 

6 - pastikan persekitaran bayi dan anak2 membesar sentiasa ceria, positif dan bebas tekanan.


B- TIPS SELEPAS KELAHIRAN BAYI

1 - MERANGSANG MINDA BAYI dengan CORAK berwarna MHP ( MERAH, HITAM, PUTIH ), bayi baru lahir gemar memerhatikan warna hitam dan putih, mata mereka akan tertumpu pada warna berlawanan 

- FORMULA AJAIB untuk MERANGSANG MINDA BAYI

- IKHTIAR untuk meningkatkan DAYA INTELEK ANAK2 BILA MEMBESAR nanti 

- menggantung corak MHP di : bahagian kepala tempat bayi diletakkan, tempat bayi bermain, memasang set MHP pada katil bayi, jika nak buat sendiri 

- buat : 

---  jaluran hitam dan putih

--- 4 kotak segi empat sama warna hitam-putih 

--- bulatan putih atas latar belakang hitam

--- bulatan hitam dan merah atas latar belakang putih

--- bentuk muka warna MHP 


2- TANAM TABIAT TIDUR YG BAIK

- meletakkan bayi untuk tidur berdasar TANDA-TANDA MENGANTUK ( menguap, menggosok mata, menangis tak tentu pasal ) ***kena kenal pasti tanda2 ini dan tunggu hingga bayi betul2 penat utk tidur (biasanya berlaku 15 minit SELEPAS TANDA PERTAMA DIKESAN )

**semakin lama kita menunggu selepas tanda mengantuk muncul, maka semakin kuranglah masalah untuk bayi tidur 

- seeloknya letakkan mereka di tempat TIDUR KHAS untuk bayi. ( jika bernasib baik, bayi tidak akan membantah dan terus tidur, tapi jika bayi MULA MEMBANTAH, JANGAN SEKALI-KALI MENGANGKAT NYA SEMULA !! ( tinggalkan bilik itu + TUTUP LAMPU ) --- berikan bayi masa selama 5 minit (kemungkinan besar mereka akan terus tertidur dalam tempoh itu jika benar-benar mengantuk dan letih )

***jika bayi tidak tertidur selepas 5 minit itu ( ada 2 kemungkinan - 1 ialah bayi belum betul2 mengantuk dan belum sedia untuk tidur , atau 2 bayi lapar, lampin perlu ditukar atau tidak sihat ) jika bayi belum sedia untuk tidur, keluarkannya dan biarkan dia bermain kembali hingga timbul tanda2 dia mengantuk 

- seeloknya sediakan bilik tidur KHAS utk bayi (untuk tidur sahaja ) - bukan sebagai tempat bermain. seeloknya bilik itu tidak terang, sunyi dan bersih

- pastikan bayi diberi susu atau makanan dan lampin yang baru. 

- yang terbaiknya, kita membiar akan anak kecil tidur SEBILIK dengan ibu bapa TAPI DI ATAS KATIL BERBEZA ATAU TEMPAT TIDUR BERBEZA

3) BAPA TERLIBAT DALAM BERGAUL DGN BAYI/ANAK KECIL

- Menukar lampin bayi

- Menggosok gigi anak-anak bila anak2 sudah besar sedikit

- Temani mereka ketika hendak tidur dengan membaca buku cerita pada mereka setiap malam

- Memberi banyak PELUKAN MESRA dan CIUMAN kepada anak-anak

- Bermain dan meluangkan masa berkualiti dengan mereka 


4) CEGAH TANTRUM (BUAT PERANGAI) SEBELUM ANAK-ANAK MENJADI SPOILT (ULTRA-MANJA )

- "Buat perangai", "Mengada-ngada", "menjerit2 dan menangis2 tidak tentu pasal " ialah perkara menakutkan ibu bapa

- Cara nya ialah mengawal ini ketika mereka masih bayi lagi !

- Kenal pasti jenis-jenis TANGISAN anak2 ! Cara tangani tangisan MENGADA-NGADA :

1- JANGAN SEKALI2 MENGALAH 

2- TERANGKAN PADA MEREKA, DENGAN PENUH KASIH SAYANG TAPI TEGAS !, MENGAPA IBU BAPA TIDAK BOLEH MENGALAH

3- AMAL SECARA KONSISTEN



5) TANGANI SEPARATIVE ANXIETY ( KERESAHAN KETIKA DITINGGAL DI TASKA/TADIKA)

- JUJUR dan TERUS TERANG pada anak tujuan dan kenapa kita tinggalkan mereka di taska/tadika

- beri CIUMAN dan PELUKAN secukupnya + ucap selamat tinggal + BEREDAR SEGERA + JANGAN BERPATAH BALIK walaupun anak MENANGIS 


6) CARA HADAPI PERBALAHAN ADIK BRADIK

- Menjadi adil + neutral + tidak berpihak pada mana2 pihak

- WUJUDKAN PERATURAN ASAS untuk mencermin kelakuan baik ( contoh : beritahu mereka utk minta kebenaran sebelum pinjam mainan adik bradik, patuhi masa ditetapkan )

- Beri Ruang + Masa yang adil pada semua anak

- JANGAN cuba selesaikan pergaduhan dengan MENCARI SIAPA YG SALAH , kecuali ia benar-benar pasti dan berlaku depan mata 

- pisahkan mereka dan biarkan mereka bertenang 



TOPIC SAYANG MENYAYANG- BINA KUBU CINTA YG KUKUH

- kasih sayang ialah tugu asas keluarga bahagia.

- kasih sayang ibarat 'AKAUN CINTA' - suatu jalinan ajaib mengikat semua ahli keluarga walau apa halangan dihadapi.

- PERATURAN 1 - beritahu anak-anak 3x sehari bahawa ANDA SAYANGKAN MEREKA

** tiada istilah anak2 akan automatik tahu kita sayang pada mereka tanpa kita meluah dan mengatakan demikian pada mereka, perasaan kasih sayang tidak lahir semudah itu.

** jika tidak diucapkan selalu/dengan kerap, anak2 TIDAK AKAN mengetahuinya.

**ia betul2 relevan lebih2 lagi dengan anak2 kecil, mereka perlu diyakinkan dengan berterusan sebelum ia betul2 melekat pada minda mereka.

**ada pendapat berkata kanak2 akan mengingati sesuatu selepas ingatan demi ingatan diberi sebanyak 250 kali !! patut lah !!

**keypoint ! LAKU KAN DGN KONSISTEN ! 

**Jangan sekali-kali MENGANGGAP anak dapat MEMBACA FIKIRAN kita !

**UCAP - ABI SAYANG ADIK/ABANG DENGAN JELAS sekurang2nya 3 KALI SEHARI untuk SETIAP ANAK !!  ( waktu terbaik ialah PAGI SEBELUM KE PEJABAT/SEKOLAH ANAK2, pulang waktu PETANG dari kerja dan MALAM sebelum tidur ! )

**Jadikannya amalan harian ! + beri kejutan dengan mengucapkan saat mereka tidak menjangkakannya

**Dengan ucapan ABI SAYANG ADIK/ABG ...kita akan MENEBALKAN PERASAAN KASIH SAYANG pada anak-anak ! TIADA ISTILAH TERLEBIH DOS ucapan kasih sayang ! LEBIH BANYAK, LEBIH BAGUS !

**sebaliknya, jika KEKURANGAN KASIH SYG (sama ada benar2 berlaku atau tanggapan anak ) , anak2 berisiko menjadi individu bermasalah bila membesar , pencapaian akademik menjadi lemah dan mungkin terjebak dengan jenayah dan masalah sosial !

**jika kita tidak menonjol sayang kita pada mereka melalui kata2 , anak2 sebaliknya akan menguji kita dengan cara sama ada bertanya, ABI X SAYANG ADIK KE ? atau membuat PERANGAI BERSABIT BENDA KECIL , tujuan mereka utk mendapat sedikit perhatian dari kita !

**jadilah ibu bapa bijak iaitu lebih licik dari anak2 dengan MEMBERI KASIH SYG DAN MELUAHKAN KATA2 SAYANG ITU 3X SEHARI TIAP2 HARI dan beri mereka perhatian agar mereka TIDAK TERNIAT UTK BUAT PERANGAI ATAU MEMINTA2 PERHATIAN !!

**lakukan dengan konsisten setiap hari , dan insyaAllah kita akan dapati hari-hari di rumah yg PENUH KETENANGAN, KECERIAAN DAN SEJUK MATA MEMANDANG !


- PERATURAN 2 - TUNJUKKAN PADA ANAK2 ANDA SAYANG MEREKA - PELUK + CIUM 3X SEHARI 

- sentuhan fizikal ialah cara terbaik mengesahkan perasaan kasih sayang pada anak-anak.

- kehangatan pelukan ibu bapa akan menjadi SENTUHAN AJAIB menghasilkan seorang anak yang SEIMBANG dari segi PSIKOLOGI DAN CERDAS MINDA NYA.

- kajian menunjukkan bayi yang banyak menerima pelukan, banyak sentuhan, ciuman, dan usapan akan membesar menjadi seorang yg BERKEYAKINAN, BOLEH BERGAUL DGN BAIK, BERHEMAH , DISENANGI RAMAI.

- secara am, anak2 yg sering menerima pelukan dan sentuhan ibu bapa akan merasa selamat dan disayangi dan tiada alasan utk membuat perangai yg tidak menyenangkan.

- sentuhan kasih sayang ini akan MENSUCI kan MINDA mereka dari perasaan negatif seperti KEBENCIAN, KEMARAHAN dan TEKANAN MELAMPAU.

- peluk dan cium anak semasa hantar mereka ke sekolah akan membina MINDA BERSIH dan POSITIF pada anak-anak, dan anak-anak akan lebih BERSEDIA MENERIMA ILMU di sekolah

- kanak-kanak malang yg tidak menerima sentuhan fizikal dari ibu bapa biasanya menjadi AGRESIF, KURANG KEYAKINAN, HILANG DAYA FOKUS DALAM BELAJAR.

- setiap anak-anak MAHU dan PERLUkan petanda kasih sayang iaitu pelukan dan ciuman. ia menjadi lebih kritikal di saat mereka sedih, kecewa, marah, dan susah hati. 

- peluk+ cium anak-anak sekurang2 3x sehari pada anak-anak



- PERATURAN 3 - MASUKKAN KASIH SAYANG DALAM SEGALA YG DILAKUKAN

- masukkan kasih sayang dalam masakan.  masukkan "KASIH SAYANG" dalam resepi masakan.

- apabila memeriksa kerja-kerja anak kita, beri lah maklum BALAS YG POSITIF dan bukan kritikan.



- PERATURAN 4 - LUAHKAN UNGKAPAN SAYANG DGN BAHASA PENUH HORMAT

- "SENTUH PERASAAN ANAK2" - manusia boleh lupa apa yg diucapkan dan apa dilakukan tapi mereka sekali2 tidak akan lupakan jika kita menyentuh perasaan mereka.

- bercakap dengan LEMAH LEMBUT dengan anak-anak, jangan cakap kasar !

- JANGAN melabel anak2 yg melakukan kesilapan ! ,JANGAN mengkritik anak-anak ! JANGAN berleter !

- JANGAN mengeluarkan kata2 BODOH,MALAS, DEGIL pada anak-anak

- JANGAN KRITIK ANAK , tapi BERILAH MAKLUM BALAS 

- CARA BERI MAKLUM BALAS - MEMBERI CADANGAN BAGAIMANA MELAKUKAN SUATU PERKARA DENGAN LEBIH BAIK ! anak akan lebih mudah mendengar.

- leteran tidak mampu beri apa-apa , tapi  hanya menimbulkan suasana lebih tertekan, dipenuhi tenaga negatif, dan menjurus pada perasaan marah, luka, benci.

- STRATEGI - guna bahasa yg baik + elakkan dari melukakan hati anak dengan FOKUS PADA PERBUATAN ATAU PERLAKUAN, dan bukan pada individu scara peribadi


- CONTOH : 

1) anak terlupa basuh kasut sekolah 

CARA BETUL TEGUR = ADA APA2 TUGAS YG BELUM DILAKUKAN ? (FOKUS PADA PERBUATAN)

CARA SALAH = apa kene dengan kamu ni ? benda camni pun nak lupa ke ? (BERLETER)


2) anak pecahkan gelas di dapur

CARA BETUL TEGUR = adik, kena hati-hati ya pegang gelas , pegang dengan 2 belah tangan, kalau tak dia jatuh dan nanti pecah kena kaki , luka (BERI MAKLUM BALAS)

CARA SALAH = hei ! apa lah kamu ni ! buat kerja cuai ! gelas kecil camni pun x leh pegang baik2 ? (MELABEL, KRITIK )



3) anak kecil tidak hiraukan panggilan anda

CARA BETUL TEGUR = Adik, abi rasa susah hati adik x jawab abi panggil, boleh janji adik akan sahut dan datang segera bila abi panggil ? (FOKUS PADA KELAKUAN)

CARA SALAH = kamu ni pekak ke ? mak dah panggil brapa kali,  buat tak dengar je . (MELABEL, BERLETER )



4) anak kecil datang pada anda menangis-nangis sebaik anda hendak berehat tika pulang dari kerja

CARA BETUL TEGUR = kenapa nangis ni, mari sini bagitau abi, nanti abi tolong, ok (FOKUS PADA KELAKUAN)

CARA SALAH = janganlah jadi manja sangat , sikit-sikit pun nak nangis . tak nampak ke ayah baru balik ni , ayah letih la ! (MELABEL , KRITIK )



5) anak anda masih tidak memahami suatu subjek walau telah diterang berkali-kali

CARA BETUL TEGUR = nampaknya subjek ni agar sukar sikit, tapi xpa abi rasa adik perlu buat lebih latihan utk mahir. gandakan usaha adik (BERI MAKLUM BALAS)

CARA SALAH = benda ni mudah aje ! takkan ni pun x faham , kamu x dengar ke tadi masa abi ajar ? (KRITIK)



6) anak kecil conteng buku dgn pensel warna sambil sepahkan meja

CARA BETUL TEGUR = Wow, apa yg adik lukis ni ? nampak cantik dan warna warni, (BERI MAKLUM BALAS, GALAKAN )

CARA SALAH = apa yg awak buat ni ? dah bersepah2 meja tu. kalau pandai kemas x ape la, ni nanti mak jugak kena kemas (BERLETER, KRITIK )


**anak-anak miliki jiwa yang lembut dan suci

**ibu bapa perlu kawal emosi bila berdepan situasi yg mungkin merosakkan hubungan dgn anak2 


- PERATURAN 5 - KASIH SAYANG TANPA SYARAT

- Jangan membandingkan anak-anak kita dengan anak orang lain.

- jika nak buat perbandingan, bandingan prestasi pencapaian anak kita terkini dengan prestasi pencapaian yang TERDAHULU.  ia akan menjadi pembandingan yang ADIL dan juga memberikan mereka MOTIVASI YG LEBIH  untuk berusaha LEBIH BAIK LAGI.

- rekod kan gred pencapaian akademik anak-anak, dan CABAR + BERI MOTIVASI PADA MEREKA untuk mencapai satu TAHAP YG LEBIH BAIK pada pencapaian tahap sebelum ini. 

CONTOH : jika markah matematik 70 kali ini, CABAR mereka untuk capai 80 markah pada ujian akan datang.

- LIBATKAN ANAK-ANAK dalam MEMBUAT PERANCANGAN contohnya perancangan percutian keluarga.

- yang penting apa USAHA dan PERANCANGAN kita untuk membuat perancangan sewajarnya berdasarkan KEKUATAN dan MINAT mereka. 



- PERATURAN 6-  BINA SUASANA BERAURA POSITIF DI DALAM RUMAH

"KITA SENYUM BUKAN KERANA GEMBIRA, TAPI KITA GEMBIRA KERANA KITA SENYUM" 

- 2 punca utama aura negatif dalam rumah - suka merungut + membiar diri dilanda tekanan

- FOKUSKAN MINDA + TENAGA untuk MENCARI PENYELESAIAN  (aura positif ) atas masalah yg dihadapi

- CONTOH situasi :

1) Hari 1 di sekolah, guru tampak kelam kabut , nampak tidak bersedia dan tidak terkawal

- REAKSI POSITIF = apa bentuk pertolongan yg aku boleh berikan pada guru utk kawal situasi ?

- REAKSI NEGATIF = " kenapa la mereka tiada proses langsung? sungguh x profesional, macam la ni baru pertama kali sekolah di bukak "


2) Guru menghukum murid di sekolah

- REAKSI POSITIF = ibu bapa datang ke skolah utk niat memahami keadaan dgn lebih lanjut.selepas itu baru membuat keputusan utk menentukan tindakan guru itu betul atau salah dan menerus perbincangan utk tindakan sewajarnya

- REAKSI NEGATIF = Ibu bapa meluru ke sekolah sambil mengugut untuk buat laporan polis.


3) Seorang pelajar didapati sukar bersaing dalam kelas terpilih kerana dipenuhi pelajar pintar

- REAKSI POSITIF = ibu bapa analisa situasi. mereka sedia alihkan anak mereka ke kelas yg lebih rendah asalkan anak mereka mampu belajar dengan berkesan. kemudia MENCARI STRATEGI BARU UTK MAKSIMUMKAN POTENSI ANAK

- REAKSI NEGATIF = Ibu bapa bertegas membiar anak dalam kelas itu sambil minta lebih banyak latihan dan kelas tambahan diberi.


4) Bapa pulang pejabat dalam penuh tekanan + dapati rumah penuh bersepah dgn mainan

-  REAKSI POSITIF = bapa hela nafas panjang, SENYUM + minta dengan baik agar anak kemaskan barang mainan nya. Dia sendiri turut membantu + sambil bergurau dgn anaknya.

- REAKSI NEGATIF = bapa hilang sabar + marah siapa saja yg lalu didepannya


5) Anak hilang satu barang berharga semasa perjalanan pulang ke kampung

-  REAKSI POSITIF = ibu bapa dgn tenang cuba memahami dulu bagaimana perkara itu berlaku, adakah disebab cuai atau unsur jenayah, TERIMA HAKIKAT BARANG TELAH HILANG + minta anak ceritakan apa pengajaran dari peristiwa itu.

- REAKSI NEGATIF = ibu bapa teramat marah lalu berleter selama 1 jam tanpa henti ttg cara menjaga barang berharga.


- Satu lagi aspek untuk MEMBINA AURA POSITIF ialah keupayaan kita MENANGANI TEKANAN.dalam kehidupan ini, tekanan ialah sebahagian dari kehidupan. 

- antara CARA HADAPI TEKANAN ialah MEMBERI BANYAK SENYUMAN. 

"KITA SENYUM BUKAN KERANA GEMBIRA, TAPI KITA GEMBIRA KERANA KITA SENYUM" 

- antara cara lain hadapi tekanan ialah SIMPAN SEGALA TEKANAN + MASALAH + KERISAUAN ke dalam BEG DALAM BONET KERETA. JANGAN BAWA MASUK KE DALAM RUMAH !!

- rumah yg dipenuhi AURA POSITIF akan melahirkan kanak-kanak KREATIF + BERTANGGUNGJAWAB , suatu skill yg amat berguna bila mereka membesar kelak


- PERATURAN 7 - HULUR KASIH SAYANG PADA YG BERKENAAN JUGA

-  Cintakan Guru 

- nasihati anak-anak supaya menghormati dan patuhi guru sebagaimana anak2 hormat dan patuh pada ibu bapa di rumah.

-sentiasa nasihat anak supaya FOKUS dan memberi TUMPUAN sepenuhnya tika guru mengajar.

- ikhtiar supaya anak kita dapat duduk di tempat duduk yang susah untuk anak kita dari rasa TERGANGGU ketika guru mengajar ( terbaik letak di area hadapan )

- contoh : anak penulis darjah 1 -3 dapat antara kelompok teratas, tapi di darjah 3, prestasi menurun, kerana ada pelajar baru di sebelah anaknya "MENGAJAK ANAK NYA UTK BERMAIN DAN TIDAK BERI TUMPUAN PADA PENGAJARAN "

- DATANG AWAL DI HARI PERTAMA SESI SEKOLAH UTK PASTIKAN ANAK DAPAT TEMPAT DUDUK DI HADAPAN/ANTARA TERHADAPAN AGAR ANAK KITA TIDAK BERPELUANG UTK BERMAIN + TIDAK MENUMPU PERHATIAN DLM KELAS.

- sentiasa INGATKAN anak kita agar FOKUS BERI TUMPUAN tika guru mengajar !


10 PLAN TINDAKAN BINA TUGU CINTA IBU BAPA-ANAK 


1- BUAT KOMITMEN utk ekspresi cinta dan sayang kita pada anak-anak ( ucap, peluk, cium anak) dan BUAT NOTA IBU/ABI SAYANG ADIK/ABG dalam buku nota anak, buku latihan anak,atau senarai bahan runcit ( untuk isteri ). lebih TIDAK DIJANGKA TEMPAT, lebih baik impaknya.

2- ibu SEDIAKAN SARAPAN utk anak2 skurang2 3x seminggu dengan penuh KASIH SYG dalam masakan.

3- ayah HANTAR ANAK KE SEKOLAH DAN AMBIL JIKA BERPELUANG , luang kan masa bersama anak-anak dalam kereta untuk berCAKAP PERKARA POSITIF sahaja ! contohnya beri MOTIVASI 5 MINIT pada mereka untuk topic seperti PENGURUSAN MASA , HORMATI ORG TUA, PENTING BAHASA INGGERIS DAN PENTING MENYIMPAN WANG. bincang dalam bentuk yang MUDAH + RINGKAS + MENCERIA KAN.

4- senaraikan reaksi positif dan reaksi negatif yang telah kita lakukan bila berdepan dgn situasi anak buat kesilapan (FOKUS PADA PERBUATAN BUKAN PERIBADI ANAK )

5- senaraikan penyelesaian positif dan negatif yg kita lakukan bila berdepan dgn masalah.

6- buat komitmen untuk SENTIASA SENYUM DGN LEBIH KERAP . anak-anak akan lebih menyukai dan mendengar kata kita bila kita sentiasa senyum dan positif dengan mereka.

7- buat perancangan percutian bersama anak2, luangkan masa dengan mereka tika bercuti, guna masa ini untuk LEBIH KENALI MEREKA, berinteraksi dgn mereka utk ketahui apa yg MEREKA SUKA ATAU TIDAK SUKA, CARI KEKUATAN DAN KELEMAHAN MEREKA dan buat plan tindakan bersama di masa hadapan. 

8- BUAT CARTA untuk UKUR PENCAPAIAN akademik anak2, BUAT SALINAN BUKUR REKOD AKADEMIK mereka dan bandingkan dengan pencapaian sebelumnya utk lihat PROGRES ! beri mereka anugerah utk setiap pencapaian walaupun sekecil mana .

9- INGATKAN ANAK2  UTK BERI TUMPUAN SEPENUHNYA DALAM KELAS TIKA GURU MENGAJAR , jika perlu jalinkan kerjasama dengan guru untuk MENGHAPUS GANGGUAN DLM KELAS (  rakan2 yg suka berbual dan mengacau tika guru mengajar )

10- sediakan jadual utk anak2 melawat datuk dan nenek atau telefon datuk nenek.





BAB 2- SEKATAN DAN SUKATAN ( HAD UTK SEGALA NYA !! )

**untuk tewaskan musuh, anda perlu askar berdisiplin,

   untuk melawan unsur-unsur negatif, anda perlu anak2 berdisiplin

1 - anak yang cemerlang dalam segala bidang perlu memiliki DISIPLIN YG TINGGI !

- penting untuk MEMERANGI unsur-unsur negatif di sekelilingnya yg boleh merosakkan mereka

- contoh : menetapkan had masa utk anak bermain komputer dan had utk berhenti bermain komputer

2 - **RAHSIA untuk MEMPUNYAI ANAK BERDISIPLIN ialah dengan MEWUJUDKAN HAD-HAD UNTUK SEGALA-GALANYA DALAM KEHIDUPAN ANAK-ANAK !!

3 - STEP 1 = wujudkan sesi PERBINCANGAN yang jujur dan terbuka antara ibu bapa + anak-anak  melalui konsep sesi DIALOG TANPA GANGGUAN !

4 **KEY POINT - memastikan kedua2 belah ibubapa + anak2 AMBIL BAHAGIAN SECARA AKTIF dalam sesi perbincangan ini ! perlu ada INTERAKSI + kerjasama dalam perbincangan ini !

** perbincangan ini mesti diakhiri dengan KESIMPULAN mengenai HAD-HAD yg BAKAL DITETAPKAN BAGI TIAP2 PERKARA untuk anak-anak.

5 **beritahu anak TUJUAN KITA WUJUDKAN PERBINCANGAN + HAD2 SEMPADAN INI === SUPAYA MEREKA JADI INSAN BERDISIPLIN + ADA PANDUAN DAN HALA TUJU + TIDAK HANYUT DALAM AKTIVITI2 YG MEMBUANG MASA + TIDAK BERFAEDAH == UNTUK BERJAYA DALAM AKADEMIK + ILMU AGAMA == UNTUK MENJADI ANAK YG BERJAYA MENDAPAT KERJAYA DAN PENDAPATAN YG BAIK SERTA MENJADI ANAK YG SEMPURNA ILMU FARDHU AIN ( DENGAN IZIN ALLAH )

**cuba agar anak juga rasa selesa dengan persetujuan yg dicapai dalam mewujudkan HAD ini !

6 ******INI IALAH STEP PALING **KRITIKAL** DALAM PROSES MELAHIRKAN ANAK YG HEBAT DAN BERJAYA ! 


7- **langkah seterusnya yg penting ialah persetujuan dengan anak2 tentang cara KITA MENGKUAT KUASA PERATURAN-PERATURAN INI !! - Persetujuan ini perlu merangkumi sistem HADIAH + DENDA mengikut situasi

- persetujuan ini boleh dibincang dan dicapai dalam SUASANA RIANG RIA GEMBIRA tanpa wujud sebarang tekanan ( contohnya berbincang ketika percutian keluarga ! ) - bukan berniat menakut-nakutkan anak2 dgn proses yg ketat dan membosankan.

- PENDEKATAN dalam mengenal pasti unsur-unsur HAD/batasan = 

**FAKTA = OTAK MANUSIA HANYA BOLEH FOKUS KIRA-KIRA 1 JAM KE 90 MINIT SAHAJA, SELEPAS TEMPOH ITU, PERLU TEMPOH REHAT(RECOVERY PERIOD) SEBELUM BERMULA SESI FOKUS SETERUSNYA !

8-*** begitu juga anak kita, contohnya anak sudah ulangkaji subjek MATEMATIK selama 30-45 minit, beri mereka 15-20 minit WAKTU REHAT(RECOVERY PERIOD) - anak dibenar tonton TV, atau youtube atau main mainan atau berguling2 ---- sebelum anak kita KEMBALI FOKUS untuk ulangkaji topik/subjek seterusnya !

9- anak pasti gembira dan bersemangat kerana mereka tahu mereka ada recovery period/waktu rehat di antara sesi ulangkaji mereka !

**menetapkan maksimum 2 jam sehari utk sesi buat kerja rumah/ulangkaji/latihan

10 - namun perlu dibuat secara konsisten dan setiap hari ! + terbaik jika boleh berbincang dengan anak untuk buat JADUAL BELAJAR DAN AKTIVITI HARIAN ANAK-ANAK !!


11- masa utk TV/youtube/games/riadah/rehat2 - peruntukan "FREE TIME" untuk anak2 di selang-selang antara masa belajar untuk beri mereka peluang hilangkan tekanan minda.

12- MASA RIADAH - luangkan masa/beri mereka peluang beriadah sekitar 530-645 petang 

13- WAKTU TIDUR MALAM - 930 MALAM ! TIADA KOMPROMI - tabiat tidur lewat tidak elok untuk anak-anak,

- USAHAKAN agar anak2 masuk tidur seawal 930 malam !

- JADIKAN INI SUATU RUTIN, LAMA KELAMAAN MEREKA AKAN TERBIASA DGN TABIAT INI DAN AKAN DGN SENDIRI TANPA DISURUH MASUK TIDUR PADA 930 MALAM

- tidur nyenyak tanpa gangguan boleh meningkatkan DAYA PERHATIAN  DAN FOKUS anak-anak pada keesokan hari ! lebih-lebih lagi untuk FOKUS DALAM PENGAJARAN GURU !

- kelebihan rutin berjadual agar anak tidur awal setiap malam ! - anak yang tidur awal dapat tidur dengan kitaran PMP ( pergerakan mata pantas ) yang betul , tidur ketika PMP penting untuk perkembangan minda 


LANGKAH 2 - PENDEKAT IBU BAPA UTK WUJUDKAN HAD INI !

- perbincangan dalam wujud kan dan aturkan had ini perlu dilakukan melibatkan anak-anak, terbaik jika anak sepakat dengan kita dalam mengatur had dan jadual ini !

- perkara2 yg perlu direka had :

1) masa selesaikan kerja sekolah - PALING UTAMA 

2) ulangkaji - 45 minit tanpa henti diikuti 15 minit rehat wajib ( tidak lebih 2 jam sehari ) 

3) masa riadah - 530-7 ptg

4) siapkan tugasan di rumah - 15 minit sehari

5) rehat - 1 jam

6) makan malam + tidur awal = 730 makan malam, 930 malam tidur

7) masa TV/youtube dll = 2 jam sabtu, 2 jam ahad, 


LANGKAH 3 - PENDEKATAN IBU BAPA DALAM MENGKUATKUASA HAD

- menguatkuasa had akan 100x menjadi lebih mudah jika anak sendiri diminta mewujudkan peraturan-peraturan itu ! minta pandangan mereka dalam mencipta sistem anugerah + hukuman !

- sistem ABC

A = ANUGERAH - hadiah akan diperoleh

B = BEBELAN akan diperoleh

C = CARI MASA TAMBAHAN WAKTU BELAJAR - kurangkan masa TV/game/youtube

- makan bersama sekurang-kurang 1x sehari

- PUJI KELAKUAN BAIK + KEPUTUSAN BAIK anak-anak , jangan lepaskan peluang ini untuk memberi motivasi dan sokongan moral pada anak2

- Gunakan sistem hukuman ' TAK BOLEH KELUAR RUMAH'  bila perlu.

- TAMBAH ATAU TOLAK MASA BERMAIN KOMPUTER/UTUBE/GAMES/TV sewajarnya, contoh jika kelakuan baik tambah masa 15 minit masa bermain sebagai hadiah, jika melanggar peraturan dipersetujui, kurangkan 15 minit masa bermain !

**10 PLAN TINDAKAN DALAM MENETAP "SUKAT DAN SEKATAN" HAD

1) Dalam masa 1-2 bulan ini, wujudkan sesi dialog antara ibu bapa - anak2 untuk penetapan had-had ini ! adakan di tempat bercuti pendek yg menarik

2) Libatkan semua ahli keluarga . 

3) Sediakan senarai "MESTI BUAT" yg tidak boleh dirunding lagi. contohnya masa makan malam dan waktu tidur. 

4) senaraikan elemen-elemen penting dan had yg dipersetujui bersama dalam pelaksanaan elemen itu

5) pastikan pelaksanaan peraturan dan had ini dilakukan secepat mungkin , jika ditangguh anak2 akan beranggapan ia bukan perkata yg penting

6) minta anak-anak pilih sendiri tugas-tugas harian di rumah yg boleh dan ingin mereka lakukan. ini untuk menanam semangat bertanggungjawab dalam jiwa mereka. akhirnya, anak2 akan melakukan tugasan2 ini tanpa perlu disuruh lagi.

7) LUANGKAN MASA untuk MERAIKAN kejayaan2 anak-anak walau sekecil mana pun ! beri hadiah atau pujian atas keputusan atau kelakuan yg memuaskan. ia akan memberi ransangan pada anak2 .

8) fleksibel dalam pelaksanaan 



BAB 3 - STUDI SCARA BIJAK - RAHSIA SUKSES TANPA TUISYEN

- Pastikan anak-anak ulangkaji + belajar secara konsisten  dan bukan sekadar tika hampir dgn peperiksaan

- Pastikan sentiasa nasihat anak agar beri TUMPUAN 100% ketika pengajaran guru dalam kelas 

**RAHSIA BELAJAR SECARA BIJAK :

1 - ANDA BOLEH MEMBESAR PERKARA KECIL - SEDIKIT DEMI SEDIKIT , LAMA-LAMA JADI BUKIT !

2- BERLATIH, BERLATIH , DAN KEMUDIAN BERLATIH LAGI !

3- CARI CARA BERKOS RENDAH SUPAYA DAPAT MEMBUAT LATIHAN DGN LEBIH KERAP - BUKU LATIHAN UJIAN YG MURAH ,AKHBAR HARIAN, DAN INTERNET

4- MASUKKAN MASA BELAJAR DALAM HAD HARIAN !

5- PANDUAN DARI IBU BAPA !

6- JADIKAN PEMBELAJARAN ITU SUATU AKTIVITI POSITIF YG MENYERONOKKAN !


***

RAHSIA 1  - ANDA BOLEH MEMBESARKAN PERKARA BERSAIZ KECIL - SEDIKIT DEMI SEDIKIT , LAMA-LAMA JADI BUKIT !

- Jika kita tekun melakukan sesuatu walaupun secara kecil-kecilan, hasil sebesar bukit pun boleh dibina !

- ini menunjukkan sesuatu yang nampak  besar dan nampak mustahil akan dapat dicapai dan dilaksanakan dengan TEKUN BERUSAHA + SEDIKIT DEMI SEDIKIT SECARA KONSISTEN. 

- contoh : jika kita menabung beberapa sen setiap hari , pada suatu tempoh simpanan nampak kecil itu akan menjadi jumlah simpanan yg besar ! 

dan contoh lain : jika kita berlatih utk larian hari marathon secara konsisten setahun sebelum acara, kita pasti akan dapat menamatkan larian marathon ini tanpa sebarang masalah . 

- begitu juga dengan belajar ! SEDIKIT DEMI SEDIKIT SETIAP HARI ADALAH 1000x LEBIH BERKESAN DAN EFFEKTIF DARI MENYUMBAT SEGALANYA DALAM MASA BEBERAPA HARI SAHAJA ( BEBERAPA MENJELANG EXAM ) !!

**itu lah sebabnya kenapa PELAJAR CEMERLANG DAN BIJAK BEGITU TENANG DAN TIDAK MENGHADAPI MASALAH PADA MUSIM PEPERIKSAAN WALHAL PELAJAR LAIN BERTUNGKUS LUMUS MENTELAAH PELAJARAN BEBERAPA HARI NAK EXAM !

**MEREKA MAMPU MENGHADAPI PEPERIKSAAN DGN BEGITU TENANG KERANA MEREKA DENGAN BIJAKNYA TELAH MENGAGIHKAN BEBANAN PEMBELAJARAN SEPANJANG TAHUN KEPADA TEMPOH YG BERTERUSAN DAN KONSISTEN , BUKANNYA BARU MULA BUKA BUKU DAN BERTUNGKUS LUMUS BEBERAPA HARI NAK HADAPI EXAM !

- ibu bapa bijak harus memastikan anak-anak mereka MULA MENGULANG KAJI PELAJARAN SEJAK DARI AWAL LAGI ! dan bukan hanya mula sibuk di hari2 exam !

- teori ini sangatlah logik , tetapi HANYA SEDIKIT SAHAJA SEDAR DAN MEMPRAKTIKANNYA !


RAHSIA  2 - BERLATIH, BERLATIH , DAN KEMUDIAN BERLATIH LAGI !

- itu lah enjin dan RESEPI KEJAYAAN !!

- tanpa berlatih sebanyak-banyaknya, kita tidak akan sampai ke mana . 

- dengan latihan yg betul , kita akan dapat berlari 10 km atau 45 km sekalipun, begitu juga dgn pelajaran !

- tegasnya ! kita akan dapat melakukan apa-apa sahaja yg DISANGKA MUSTAHIL sekiranya kita MENETAPKAN HATI UNTUK BERLATIH HARI DEMI HARI ! (dengan izin Allah )

- dalam konteks pelajaran, LATIHAN KERAP + KONSISTEN akan memacu anak-anak kita untuk capai kecemerlangan dalam pelajaran mereka !

- contoh penulis : kakaknya pernah menetapkan rutin untuk menjawab 10 soalan bahasa inggeris dan matematik setiap hari sebelum dibenar keluar bermain , dengan syarat dapat jawab dengan betul ! lama kelamaan penulis mendapat KEMAHIRAN BUKAN SAJA UTK MENJAWAB SOALAN DGN BETUL bahkan dapat MENJAWAB DENGAN PANTAS !!

- jika anak-anak ada membuat jawapan yg salah dalam latihan yg diberi, penulis akan menyediakan beberapa soalan yg seakan sama, sehingga anak benar2 mahir menjawab soalan . tidak lah susah untuk mencipta soalan tersebut, hanya perlu ubah beberapa parameter dalam soalan itu sahaja !

- lazimnya, insyaAllah , kita akan mendapati prestasi anak-anak akan meningkat dengan KETARA sekali dengan teknik ini !

- tanpa latihan demikian, pengetahuan yg diperoleh dalam kelas dan ulangkaji akan hilang 



RAHSIA 3- CARI CARA BERKOS RENDAH SUPAYA DAPAT MEMBUAT LATIHAN DGN LEBIH KERAP - BUKU LATIHAN UJIAN YG MURAH ,AKHBAR HARIAN, DAN INTERNET

- dengan kos rm 3 sebuah, terdapat ratusan soalan-soalan yg berkualiti utk anak2  di kedai buku.

- kemudian, tugaskan anak-anak membuat LATIHAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT , CONTOHNYA 3 MUKA SURAT SEHARI ! ini boleh dilakukan semasa waktu belajar dalam HAD BELAJAR YG SUDAH DITETAPKAN PADA MEREKA !

- kemudian, ibu bapa bergilir-gilir semak jawapan yg dijawab anak-anak dan berbincang DAN TERANGKAN pada mereka jawapan yg betul jika ada jawapan yg tidak tepat !

- cari bahan ulangkaji dalam surat khabar jika ada ( dahulu pernah ada ruangan UPSR dalam akhbar berita harian - ruangan DIDIK )

- cari dan guna soalan ulangkaji/soalan pra exam dalam INTERNET yg boleh dicari atau didownload . bahkan ada laman web yg menawarkan EXAM ALAM MAYA untuk memberi ruang pada anak2 menghadapi PRA-TEST sebelum mereka hadapi test sebenar nanti !



RAHSIA 4 - MASUKKAN WAKTU BELAJAR DALAM JADUAL HARIAN !

- Paling kurang 2 JAM SEHARI untuk ( BUAT KERJA SEKOLAH + ULANGKAJI MATAPELAJARAN + BUAT LATIHAN JAWAB SOALAN )

- KEY POINT(KUNCI) ialah buat dengan KONSISTEN !!

- cara terbaik ialah memasukkan 2 jam ini ke dalam HAD DAN JADUAL HARIAN anak-anak !

- BIARKAN ANAK SENDIRI MEMBUAT KEPUTUSAN bila dia hendak meletakkan waktu untuk belajar ini selama 2 jam sehari.

- pastikan 15 minit MASA BEREHAT dimasukkan setiap 45 minit MASA BELAJAR ! (ini akan membantu anak MENGEKAL TAHAP FOKUS TERTINGGI mereka sepanjang masa ). bagi 1 HARI DALAM 1 MINGGU /2 MINGGU untuk HARI BEBAS/HARI CUTI mereka .

- *mereka hanya melaksana kerja sekolah sahaja pada HARI BEBAS/CUTI mereka 1 HARI DALAM 1 MINGGU



RAHSIA 5 - PANDUAN IBU BAPA - BUKAN SETAKAT UTK WAYANG GAMBAR

- Ibu bapa bijak perlu SEMAK kerja anak-anak kita !

- bagi setiap jawapan yang salah, anak perlu BUAT PEMBETULAN bagi jawapan yang salah itu

- jika anak tidak memahami konsep bagi soalan itu, ibu bapa akan cuba menerangkan dengan sebaik mungkin dengan cara yg semudahnya. kemudian sediakan beberapa soalan lagi untuk semak kefahaman mereka bagi topik yang salah itu.

- pastikan anak BELAJAR DARI KESALAHAN soalan yg tidak betul jawapan anak.

- kelebihan ibu bapa terlibat memantau pelajaran anak di rumah ialah anak mendapat 1 on 1 tutor monitoring teaching

- cara terbaik mempelajari sesuatu ialah dengan belajar dari KESALAHAN SNDIRI yg dilakukan dalam tempoh ulangkaji/latihan soalan di rumah 

- kita juga boleh ADJUST PERUNTUKAN MASA untuk ulangkaji/belajar subjek yang anak belum mahir sepenuhnya DENGAN TAMBAH PERUNTUKAN MASA dan boleh kurangkan sedikit peruntukan masa untuk subjek yg anak agar mahir dengan cukup bagus.

- kelebihan ibu bapa menyelia anak belajar ulangkaji tambahan di rumah berbanding tuisyen :

> fokus 1 on 1

> ibu bapa dapat kenal pasti apa kekuatan dan subjek yang belum cukup mahir oleh anak2

> peruntukan masa flexible dan boleh diadjust untuk melebihkan masa bagi subjek belum cukup mahir


RAHSIA 6 - JADIKAN BELAJAR AKTIVITI SERONOK DAN POSITIF BAGI ANAK

- contohnya : bagi matematik beritahu anak subjek ini SENANG DAN MENYERONOKKAN..ia nya melibatkan 4 topik sahaja, tambah tolak darab bahagi sahaja  dan boleh katakan pada mereka matematik ini ialah suatu TEKA TEKI

- bagi subjek sains, juga mungkin boleh lakukan EKSPERIMEN SAINS yang mampu ditunjukkan oleh ibu bapa di rumah pada anak2.., anak2 akan lebih tertarik dan berminat dengan sains bila mereka dapat lihat PRAKTIKAL ATAU EKSPERIMEN yg ditunjukkan oleh ibu bapa.


- 10 PLAN TINDAKAN IBU BAPA BIJAK - STUDI SECARA BIJAK DI RUMAH

1) Pastikan anak2 kita MEMULAKAN TABIAT BELAJAR DARI AWAL SECARA KONSISTEN setiap hari . dan bukan hanya buka buku bila hampir exam...ini akan mengurangkan tekanan 100% pada mereka dan mereka boleh bersantai dengan aman bila menjelang exam kerana usaha gigih selama ini sudah dilakukan :)

2) beri JUMLAH LATIHAN UJIAN yg mencukupi bagi subjek2 penting anak2, kita boleh menguatkan pemahaman anak dalam subjek yg agak sukar bagi mereka dengan memberi soalan tambahan serupa dengan soalan yg mereka salah menjawab

3) SEMAK KERJA SEKOLAH ANAK2, teliti buku latihan mereka, kerja sekolah, kertas2 peperiksaan, kertas latihan ujian mereka. tapi pastikan kita MEMINTA IZIN + DAPAT KEBENARAN mereka untuk buat semua ini dan beri NOTIS BEBERAPA HARI AWAL pada mereka. dengan cara ini anak akan RASA DIHORMATI .

4) klasifikasikan subjek-subjek anak2 sama ada pada tahap KEKALKAN, PERLU LEBIHKAN PELABURAN atau MODE KRISIS !

5) KAJI SEMULA jadual belajar, beri tambahan 30 minit pada subjek PERLU LEBIH PELABURAN dan kurangkan sedikit masa subjek KEKALKAN TAHAP, dan kita juga perlu BERI PERHATIAN untuk melakukan SEMAKAN kemajuan.

6) bawa anak untuk membeli buku di kedai buku, buku latihan ujian yg sesuai, anak2 akan jadi lebih komited. buang dan simpan jawapan dalam buku (disimpan oleh ibu bapa) untuk tujuan ibu bapa membuat semakan dan tunjuk ajar bagi jawapan yg salah

7) cari latihan-latihan dan soalan-soalan pra exam dalam internet, jika perlu boleh langgan dan beli pakej soalan itu.



BAB 4 - SANTAI BERSAMA KELUARGA - PELIHARA KESEIMBANGAN ANTARA KERJA DAN KELUARGA 

- imbangan antara kerja-keluarga, kenapa ia penting ? 

- jika seseorang meninggal hari ini, majikan akan menggantikannya dengan orang lain esok , tetapi pada keluarga seseorang itu akan pergi buat selamanya

- semasa terlantar sakit, seseorang itu tidak akan kesah berapa lama masa diluangkannya di tempat kerja, tapi seseorang itu akan menyesal sekiranya tidak meluangkan masa yg sepatutnya dengan keluarga

- antara cara terbaik memanfaatkan masa bersama keluarga ialah mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh meninggalkan kenangan manis, peristiwa bersama keluarga yg membuatkan kita tersenyum bila mengingatkannya

- cara terbaik menghidupkan kemesraan keluarga ialah membawa keluarga BERCUTI di destinasi percutian yg menarik.

- kita juga boleh melakukan aktiviti berkeluarga setiap minggu seperti bermain BOWLING, BERKELAH, BERBASIKAL, JOGING, MEMBELI BELAH, MEMBAWA KELUARGA KE PANTAI/JERAM dll.

- masa dan peluang untuk bersama anak2 bukanlah banyak dan lama sebenarnya, beberapa tahun lagi, mereka akan menjadi remaja dan tidak memerlukan kita lagi. maka sekarang ialah masa untuk kita mementingkan mereka dari perkara lain.

BAB 5 - SEMAI BAKAT KEPIMPINAN PADA ANAK2

- memiliki kemahiran kepimpinan yg baik ialah suatu kelebihan besar buat anak2 dalam alam pekerjaaan kelak 

- antaranya melalui menghormati orang lain sama ada rakan sebaya , yg berkedudukan tinggi atau rendah, yg lebih tua atau muda, boleh bekerjasama dgn org lain, menjadi anggota yg berkesan dalam satu pasukan, boleh berunding dan tolak ansur untuk capai sasaran, selesa bergaul dgn orang lain, boleh berjenaka dan senang didampingi, tenang dan miliki aura positif, bersopan santun tapi tegas dan adil, 

- contohnya, memberi tugasan kecil tapi penting pada anak2 dapat membentuk kepimpinan mereka, contoh diberi menjelang majlis hari jadi, anak itu diberi tugasan sediakan menu,senarai jemputan dan menentukan jenis permainan

- UCAPAN DI KHALAYAK RAMAI - asas kemahiran penyampaian mereka di rumah dengan MEMINTA mereka PILIH 1 TAJUK + BERI UCAPAN 5 MINIT DI HADAPAN AHLI KELUARGA , beri mereka peluang untuk membuat persiapan ucapan dan jika perlu, bantu mereka.boleh dilakukan setiap PETANG HUJUNG MINGGU.  setiap ahli keluarga mendengar dan beri maklum balas ( PASTIKAN POSITIF DAN TIDAK BERI KRITIKAN )  + ibu bapa semak GAYA PENYAMPAIAN dan TEKS UCAPAN/PIDATO

**jangan kritik/ketawa/marahi mereka , beri mereka peluang untuk baiki kesalahan atau kelemahan pada sesi akan datang . BERI TEPUKAN atas KEBERANIAN mereka berucap di hadapan khalayak ramai.

**di Australia, ucapan setiap pelajar di dalam kelas setiap minggu adalah RUTIN WAJIB sekolah tersebut dan boleh dipraktikkan di rumah kita juga - contoh topic apa yg dilakukan pada hujung minggu

**selepas beberapa minggu, anaknya dapat memberi ucapan umpama seorang PROFESSIONAL !

**ia akan memberi KELEBIHAN BESAR terutamanya dalam sesi temuduga sambung belajar/kerja nanti antaranya !

- penyelesaian masalah, babitkan anak dalam melatih mereka mencari penyelesaian untuk selesaikan masalah ( yg bersesuaian dgn mereka )

- melatih sikap berTANGGUNGJAWAB pada anak2 dengan memberi pembahagian tugasan pada mereka ! antara nya : bawa keluar sampah + ganti platik baru, sediakan meja utk makan , bersih dan kemas meja lepas makan, basuh barang2 dapur yg ringan , kemas barang mainan selepas main, bersihkan bilik 1 atau 2 minggu sekali, basuh kasut sekolah sendiri, siapkan tempat tidur sendiri, siram pokok bunga, bersihkan bilik mandi 1 bulan 1 kali dll

- semaikan pada anak2 agar sentiasa ucap kan TOLONG dan TERIMA KASIH ! contohnya, terima kasih ibu abi, kita pun balas terima kasih anak2 abi !

- ibu bapa mesti memimpin dan menunjukkan teladan yg baik, BERTEGAS + SIKAP ADIL + TUNJUKKAN KASIH SYG SPANJANG MASA + minta mereka IKUT HAD dan peraturan yg ditetapkan , beri anak2 PUJIAN SEBANYAKNYA bila mereka BERHAK DIPUJI + bawa ke jalan yg betul dengan lemah lembut dan kasih syg bila ada tersilap .


BAB 6 - SUMBANGKAN PADA MASYARAKAT

- sekurangnya beri SENYUMAN pada orang yg kita jumpa

- orang yang MEMBERI SENYUMAN akan lebih rasa bahagia dari orang yg terima senyuman itu





KESIMPULAN - TAKE HOME MESEJ DARI BUKU IBU BAPA HEBAT









 BELI JIWA ANAK2


1- apa yg buat anak rasa bahagia, ibu bapa peluk anak-anak 

2- baca buku cerita pada anak-anak sebelum tidur

3- dan anak melihat ibu atau bapa menunggu mereka tika balik sekolah di luar sekolah

4- nilai dan currency kasih sayang ibu bapa pada anak-anak ialah hadiah dan masa diluangkan pada anak-anak , membelai anak-anak

5-  apa yg akan membuatkan anak-anak seronok atau bahagia - jawapan anak-anak - bila ibu bapa balik kerja peluk anak , bila nak tidur ibu bapa baca buku cerita pada anak2, bila ada masa lapang ibu bapa gurau senda dengan anak , minum teh sama-sama ,anak-anak rasa bahagia bila anak nampak ibu bapa menunggu mereka tika balik dari sekolah di luar sekolah , anak suka ayah nya hantar anak pergi ke sekolah pagi-pagi, 

6 - tanya anak-anak kita, apa yang anak-anak suka ?

7 - cara nak bina jambatan emosi antara ibu bapa dan anak-anak - sabar, tidak mudah memarahi anak, pandai kawal emosi dan ketenangan, senyum depan anak-anak

8 - biar x banyak kuasa asal banyak masa dgn anak, biar belum kaya asal sentiasa bahagia - ianya pilihan hidup

9 - cara nak suruh anak-anak tidak mudah ambil hati, bagi tahu anak anggap itu benda kecil dan tidak ambil berat 

10 - komunikasi positif perlu wujud dalam rumah tangga

11 - belaian jiwa anak-anak dengan empathy memahami perasaan anak, banyak senyum lebar-lebar pada anak-anak, tenang dengan anak-anak. 

12 - selalu cakap i love u pada isteri, pegang tangan anak2 ucapkan penghargaan pada mereka , terima kasih datang dalam hidup ayah , kamu adalah anugerah Allah dalam hidup ayah, peluk anak dengan erat ,raikan mereka, hargai mereka , ucapkan terima kasih pada mereka, dan malam2 minta maaf pada mereka. 

13 - jika anak2 selalu dijerkah ia akan jadi seorang pemarah, jika anak2 selalu dikeji , dia akan belajar membenci, 

14 - jika rasa nak marah pada anak, kata ''LAIN KALI, JIKA ....." maksudnya kita memberi bantuan atau maklumat utk perbaiki keadaan.

15- Nak ubah anak contohnya nak suruh mereka jadi rajin, kita ubah diri dulu, kita yg kemaskan bilik dan rumah, jadi anak-anak yg melihat tindakan kita akan mudah utk ikut apa yg kita suruh, juga bila kita ajak anak-anak kita solat bersama-sama, 
jadi KUNCI DI SINI IALAH AJAK ANAK DAN BUKAN SURUH ANAK, CONTOHNYA JOM SOLAT !

16 - anak yang kecil perlukan lebih perhatian secara fizikal ( contohnya bermain dgn mereka dgn lebih banyak lagi ) MORE PLAY TIME dgn anak kecil

17 - main game time anak kat sekolah, masa anak tidur dll

18 - anak skolah rendah, mereka perlukan perhatian pada akademik, spend time utk bantu mereka buat homework

19 - anak remaja, mereka nak ayah2 JADI KAWAN pada mereka,  lebih perlukan BELAIAN JIWA, maka kita perlu LEBIHKAN BELAI JIWA ( PELUKAN DAN BELAIAN )  pada anak remaja . lebih MEMAHAMI DAN MENJADI SAHABAT ANAK ( TIDAK JUDGEMENTAL, TIDAK KRITIK, GOOD LISTENER ) , kena sentiasa AVAILABLE DAN KITA AKAN ORG PERTAMA DICARI BILA ANAK ADA MASALAH atau stress, kalau dapat capai tahap ni memang heppy

20 - bila kita menjadi good example, good listener pada anak-anak, jadi anak2 akan x sabar UNTUK LUAHKAN Pada ibu bapa.. JADI GOOD PENDENGAR DAN TIDAK JUDGEMENTAL :)

21 - setiap pilihan ada harganya, jika kita x sporting, rigid dan strict dgn anak2 dan x rapat2 dgn anak2 , KESAN NYA ANAK2 TAK MESRA DGN KITA, X SEPENUH KASIH SYG DGN KITA. tapi jika kita terbuka, tiada barrier dgn anak2, ANAK2 AKAN HORMAT PADA IBU BAPA. anak2 yg diberi tapi bukan diminta.

22- jika kita nak isteri jadi solehah, maka kita yg mula jadi soleh dahulu, rajin ke masjid dengar tazkirah, jika kita nak anak rajin belajar, kita pun kena rajin belajar, cari ilmu. 

23 - niatkan , di awal hari HARI INI AK NAK JADI ORANG YG POSITIF

24-  jika doa, biar anak dengar apa kita doa, DOA BACA KUAT2 DEPAN ANAK LEPAS SOLAT, SEBELUM TINGGAL ANAK NAK TURUN KERETA KE KELAS , anak2 mendengar doa dan permintaan kita

25 - jadi orang yg PENYAYANG, PENYABAR 

26 - untuk BAIKI BLIND SPOT - suruh isteri list kan 3 perkara kalau suami buat 3 benda ni, suami akan menjadi suami yang lebih baik......juga suruh anak list kan 3 perkara kalau ayah buat 3 benda ini, ayah akan jadi ayah yang lebih baik.

27 - cara untuk tahan sabar dalam mengajar anak di rumah tentang pelajaran subjek ialah mengajar DEMI CINTA pada anak-anak.

28- cara nak bina kasih sayang anak pada kita - mulai umur 3 tahun, panggil anak sebelum tidur, tanya anak kita soalan 1, anakku , sayang x kat abi ? anak jawab kata sayang...lepas anak jawab kita hulur tangan kita , biar dia cium tangan kita dan suruh anak oyak abi, maah adik deh, :) buat tiap2 malam ..insyaAllah akan bina kasih sayang dan hubungan sayang anak dan ibu bapa

29- TIPS BINA MINDA ANAK SCARA OPTIMUM - kurma, kismis, almond - makanan minda untuk ibu mengandung + dengarkan ayat quran pada bayi dalam kandungan 
 dedah kan bayi umur 6 bulan ke bawah dengan corak berwarna - merah, hitam dan putih. ( contohnya corak bentuk2 , objek2 warna tersebut ) - berkesan untuk merangsang minda bayi. 
+ banyak kan ransangan minda bayi dengan banyak melakukan sentuhan, suka pada pelukan, sentuhan dan pelukan. 

30- disiplin semudah ABC - step 1 - duduk bersama ahli keluarga, bagi tahu anak2 

A - awesome - tingkah laku yg baik dan layak diberi anugerah - tetap kan pada anak 5-10 perkara awesome jika mereka lakukan - bantu ibu ayah, buat kerja rumah tanpa di suruh dll
bila mereka buat perkara ini , ibu bapa elok beri anugerah yg sesuai 

B - below expectation - tidak buat kerja rumah dgn betul, bergaduh adik beradik - HUKUMAN : BERLETER DAN MARAH ANAK2 DARI BUAT PERKARA ITU

C- CRITICAL - tidak buat kerja rumah , pukul adik ...hukum CANTAS waktu guna HP, TV

D- dahsyat - cakap bohong, tinggal solat - beritahu mereka jika buat hal ini akan KENA HUKUM DAN ROTAN

31- MENGHARGAI ORANG LAIN/ISTERI - cara untuk memberi motivasi pada orang tersebut. jika kita rajin hargai org lain, anak2 kita atau isteri kita akan naik semangat dan motivasi sebanyak 20%. cara hargai orang di sekeliling - AMBIL HP, BUKAK VIDEO REKOD SEBUT KEBAIKAN ISTERI DAN SEBUT NAMA DIA DALAM VIDEO ITU, MOTIVASI DIA AKAN MENINGKAT..( LEPAS KITA SEND VIDEO TU PADA ISTERI KITA )

32- UMUR 0-3 TAHUN - 

32- LEARNING doesn’t have to be a chore. Indeed, it can be a fun, fulfilling and positive experience. Allow me to share some personal experiences.

There are several approaches you can take. For Mathematics, tell your children that the subject is easy and even fun. It’s all about adding, subtracting, multiplying and dividing. Come what may, only these four activities apply. What’s easier than that?

33- bagaimana utk erat kasih sayang ibu bapa dgn anak2 ? suami dgn isteri ? caranya dengan PELUKAN 10 SAAT...AMBIL MASA SEKURANG2 3X SEHARI SELAMA 10 SAAT UTK PELUK ORANG TERSAYANG...UCAP I LOVE U DAN TERIMA KASIH PADA ISTERI DAN ANAK-ANAK

34- cara meluangkan masa dengan anak-anak + isteri = luang masa berkualiti = makan malam bersama 1x sehari  + percutian bersama sekurang 1-2 x setahun + menonton tv bersama + main board games + main badminton + mandi kolam + main di taman + bermain sorok sorok dgn anak-anak -- menjadi sumber keseronokan pada ibu bapa dan anak-anak

35- cara membahagiakan anak2 -- bawa mereka bermain di taman + bermain bersama anak2 

36- TIPS TABIAT BELAJAR YG BAIK ...1) pastikan anak tiada sikap suka bertangguh.. 2) banyak praktis seawal mungkin dari tadika dan skolah rendah, lebih banyak praktis lebih banyak silap dapat dibaiki..... 3) anak berdisiplin dgn buat jadual belajar, untuk elak bazir masa dan beri sedikit tekanan utk mereka patuh pada jadual ... 4) ibu bapa terlibat dalam memeriksa, pantau matapelajaran anak, periksa buku sekolah anak2.... 5) penglibatan ibu bapa ialah signal pada anak2 yg kita ibu bapa yg prihatin... 6) proses belajar itu ceria dan positif....elakkan berleter dan marah mereka tanpa sebab....  7)jadikan proses ini proses yg menghibur dan menggembirakan mereka . 

37- CARA WARNAKAN ANAK2  -- corakkan 1) wawasan - sentiasa tanya anak apa yg mereka ingin lakukan di masa hadapan, apa masalah yg ingin mereka selesaikan , dan apa cita2 anak kita ? --kita perlu tanam wawasan yg baik... 2) artikulasi - galakkan anak utk berbincang, bersuara, berbicara,...3 ) respon - mencari jalan untuk mereka selesaikan masalah...galakkan anak2 mencuba benda baik... 4) nama baik dijaga -- cara mereka jaga diri utk harumkan nama keluarga.... 5)ambil tindakan --beri tugasan pada anak2 di rumah, agar mereka dapat rasai kesusahan juga 

38 - FASA UMUR 4-12 tahun - fasa kematangan minda - kita kena rajin beri penjelasan tentang perkara yg ditanya anak...jangan kita kata diamlah, x yah tahu...kerana anak suka penjelasan yg JELAS...
ke-2, buat PERATURAN DIRUMAH...tetapkan masa belajar, masa ilmu agama , masa bersukan supaya anak diPIMPIN apa yg mereka perlu buat..dan bentukkan DISIPLIN pada diri mereka

39- cara positif - guna kata JOM la adik kita pergi belajar 

40- kena ingat ANAK-ANAK KITA ADA 1 SAJA USIA MEREKA KANAK2 DAN MEMBESAR ---manfaatkan moment2 dan saat2 mereka membesar ---saat itu akan berlalu dan tidak akan berulang lagi apabila mereka sudah dewasa....saat ini akan membentuk mereka sejauh mana mereka sayang dan taat pada kita sebagai ibu bapa yg baik

41- The good news is that we can learn and practise to be kind. There’s no better place to start this than in our home. Treat our spouses and children more kindly.

Speak nicer words and use a lower tone. Smile often and laugh even more. Go all out to help them achieve their dreams. Serve them with a positive attitude and a caring heart. At the end of the day, these things could be our defining moments. We may look back with regret for not offering kindness to everyone — waiters included.

42- warning sign anak-anak - JAGA2 jika berlaku buat perangai : melawan kata, x dengar kata, buat hal - kena ambil tindakan dan solusi (ZON KUNING)

43- anak kecil yang suka melawan = PENAWAR DIA = LEBIHKAN PELUKAN, CIUMAN pada anak-anak kecil

44- 



No comments:

Post a Comment