HADIS 1 - KELEBIHAN ORANG YANG ALIM
daripada Abu Umamah berkata, " Telah disebut di sisi Rasulullah 2 orang lelaki. Pertama orang yang abid (ahli ibadat) dan kedua orang yang alim. Maka Rasulullah bersabda, "Kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihanku atas yang paling rendah daripada kamu ".
dalam riwayat lain,"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya dan penghuni segala langit dan bumi , sehingga semut yang ada di dalam lubangnya dan ikan yang ada di laut, semuanya memohon kebaikan bagi orang bagi orang yang mengajar manusia akan kebaikan".
H.R Tirmidzi
Huraian :
sangat tinggi martsabat orang yang alim itu bila dibanding dengan martabat orang abid yang tidak alim, sehingga Rasulullah membandingkannya dengan martabat baginda sendiri bila dibanding dengan martabat sahabat yang paling di bawah sekali. di sisi lain pula orang yang alim itu dikenali dan dicintai oleh semua lapisan penduduk langit dan bumi.
HADIS 2 - KEHEBATAN ORANG YANG ALIM
daripada Abdullah bin Abbas , Rasulullah bersabda ,"Seorang yang alim itu lebih kuat pengaruhnya atas syaitan daripada seribu abid (yang tidak alim) "
H.R Tirmidzi dan Ibnu Majah
Huraian :
Orang yang alim itu ditakuti syaitan kerana orang yang alim tahu caranya untuk melawan godaaan syaitan dan dapat pula si alim itu memberi bimbingan kepada orang lain supaya ia selamat dari godaan syaitan bahkan si alim dapat pula menyelamatkan orang yang telah disesatkan oleh syaitan. jadi syaitan sangat takut pada si alim kerana ia dapat memelihara dirinya dan memberikan bimbingan kepada orang lain.
berlainan bagi abid yang tidak alim dan hanya menghabiskan waktu untuk beribadat sahaja, ia boleh disesatkan oleh syaitan kerana tidak cukup ilmu untuk memelihara diri dan amalnya.
HADIS 3 - ILMU MENGANGKAT MARTABAT MANUSIA
daripada Abu hurairah , Rasulullah telah ditanya ,"Siapakah orang yang paling mulia di sisi Allah?" baginda menjawab,"Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa". mereka bertanya lagi,"bukan ini yang kami tanyakan , " baginda menjawab,"kalau begitu mungkin yang kamu maksudkan itu ialah nabi yusuf , kerana baginda ialah seorang nabi , anak seorang nabi, anak kekasih Allah ( maksudnya nabi Yaakub bin Ishak bin Ibrahim ), mereka bertanya lagi,"bukan ini yang kami tanyakan , " baginda menjawab,"Adakah kamu bertanya tentang tokoh-tokoh daripada bangsa arab !" mereka menjawab,"ya" lalu baginda bersabda," Orang orang yang abik pada zaman jahiliyyah dulu, itulah juga orang yang baik di zaman islam ini , apabila mereka alim dalam hal agama."
H.R Bukhari dan Muslim
Huraian :
sesungguhnya ilmu itu mengangkat martabat siapa yang memilikinya walaupun masih muda atau miskin, sebaliknya yang tidak berilmu martabatnya rendah meskipun bangsawan dan orang kaya.
HADIS 4 - ORANG ALIM ITU HIDUPNYA BERKAT
daripada Ali bin abi talib , Rasulullah bersabda ," Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manfaat kepada orang lain.Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (yakni tidak menyusahkan orang lain) "
H.R Razin
Huraian :
sungguh berkat orang alim kerana ia sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain, dapat menunjukkan jalan yang benar dan tidak akan membebani orang lain.
HADIS 5 - MACAM MACAM JENIS ULAMA'
daripada Anas , Rasulullah bersabda ," Ulama' itu ada 3 jenis, Pertama orang yang alim yang hidup dengan ilmunya ( yang mengamalkan ilmunya ) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. Kedua, orang yang alim yang masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya ) , ketiga orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya ) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat dengan ilmunya. "
H.R ad Dailami
Huraian :
HADIS 6 - MENUNTUT ILMU BERERTI MENUJU JALAN KE SYURGA
daripada Abu Darda' , Rasulullah bersabda ," Barangsiapa yang menjalani suatu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. dan sesungguhnya orang yang ada di seluruh lapisan langit dan bumi akan meminta ampun bagi orang yang alim , sehingga ada ikan di dalam laut. dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid (ahli ibadat) seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang. . Dan sesungguhnya ulama-ulama itu ialah pewaris nabi-nabi. dan nabi-nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham(wang perak) . Tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. maka barang siapa yang mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna ."
H.R Abu Daud , Tirmidzi dan Ibnu Majah
Huraian :
hadis menerangkan kelebihan orang mencari ilmu agama ibarat menempuh jalan ke syurga, jika diteruskan perjalanan natijahnya insyaAllah akan beroleh syurga.
HADIS 7 - MENUNTUT ILMU ITU SUATU KEWAJIPAN
daripada Anas , Rasulullah bersabda ," Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut."
H.R Ibnu abdil Dar
dalam riwayat lain juga dari Anas, Rasulullah bersabda ," Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang muslim . dan orang yang meletakkan ilmu di sisi orang yang tidak ahlinya sama seperti memberi rantai permata dan mutiara dan emas ke leher babi. "
H.R Ibnu Majah
Huraian :
islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa mengisi dada dengan ilmu pengetahuan , baik ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah.
HADIS 8 - ORANG ALIM ITU PILIHAN ALLAH
daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda ,"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan padanya, maka sudah tentu Allah menjadikannya seorang yang mengerti dengan hal-hal agamanya."
H.R Ibnu Majah
Huraian :
orang yang alim ilmu agama ialah orang yang dipilih oleh Allah dan akan dikelilingi oleh kebaikan. orang yang faham ilmu agama ialah orang yang mengerti kehendak Allah dan peraturan Allah atau hukum hakam Allah , lalu dia melaksanakan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan laranganNya. itulah makna taqwa yang dituntut dari setiap muslim.
HADIS 9 - PELAJAR AGAMA SAMA DENGAN SEORANG MUJAHID . DOSANYA DIAMPUNI DAN REZEKINYA DIJAMIN.
daripada Anas , Rasulullah bersabda ," Barang siapa keluar mencari ilmu, maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah."
H.R Tirmidzi
dan dari Sakhbarah , Rasulullah bersabda ," Barang siapa yang mencari ilmu maka yang demikian itu akan menghapuskan dosa-dosa nya yang lalu."
H.R Tirmidzi
dan dari Ziyad bin haris , Rasulullah bersabda ," Barang siapa mencari ilmu maka Allah akan menjaminkan untuk mencukupkan rezekinya."
H.R al-khatib
Huraian :
beruntung orang yang belajar dan menuntut ilmu agama, setiap hari amalnya dihitung seperti seorang berjihad atau beramal di jalan Allah. mendapat pahala yan gbesar dan fadhilat yang tidak terhingga banyaknya. disamping rezekinya dijamin oleh Allah.
HADIS 10 - CARILAH ILMU SEBELUM IA DIPERTIKAIKAN
daripada Uqbah berkata ," Carilah ilmu sebelum lahir orang -orang yang suka mempertikaikan nila-nilai agama "
H.R Bukahri secara ta'liq
Huraian :
ilmu agama dari quran hadis perlu difahami seperti cara sahabat memahaminya dari rasulullah.
HADIS 11 - CARILAH ILMU SEBELUM IA HILANG
daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda ,"Belajarlah kamu ilmu faroid dan al quran, dan ajarkanlah akan dia kepada orang lain kerana aku akan meninggal dunia "
H.R Tirmidzi
Huraian :
ilmu faraidh ini termasuk dari ilmu yang banyak dilupakan , maka nabi berpesan agar diberi perhatian sewajarnya.
HADIS 12 - KELEBIHAN ORANG YANG MEMPELAJARI AL QURAN
daripada Ali bin abi talib , Rasulullah bersabda ,"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar alQuran dan mengajarkannya kepada orang lain"
H.R Bukahri dan Tirmidzi
Huraian :
segala sesuatu yang berkaitan dengan al Quran pasti menjadi mulia dan berharga termasuk membacanya, menghafalnya, mendalami isi dan kandungannya , mengajarkannya kepada orang lain .
HADIS 13 - ORANG ALIM ITU TAWADDU' DAN BERWIBAWA
daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda ,"Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh , dan tuntutlah bersama ilmu itu akan ketenteraman dan kewibawaan. dan hendaklah kamu bersifat tawaddu' bagi guru yang kamu belajar darinya."
H.R Thabrani
Huraian :
orang yang alim itu bukan hanya menyimpan segudang ilmu di dadanya bahkan dapat dilihat dari segi pakaiannya , akhlaknya, tindak tanduknya, percakapannya , pergaulannya dan lain-lain. Ketenteraman diri dan kewibawaan peribadi serta akhlak yang luhur merupakan ciri khas yang tidak dapat tidak ada pada diri orang yang alim itu. demikian, ilmu di dadanya telah membuahkan keadaan yang khusyuk , tawaddu' dan wibawa . kita juga dapat melihat ketinggian adabnya di hadapan gurunya, maka akan terlihat beliau amat tawaddu' dan merendahkan dirinya. maka dengan itu ilmu yang dipelajarinya bertambah berkat dan manfaat. adab kepada guru merupakan ciri utama seorang ulama' .
HADIS 14 - ILMU ITU BURUAN ORANG YANG ALIM
daripada Abu Said al Khudri , Rasulullah bersabda ,"Orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya, sehingga adalah kesudahan itu di dalam syurga."
H.R Tirmidzi
dan dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,"Orang yang alim, ilmu dan amal itu di dalam syurga. dan apabila orang yang alim tidak mengamalkan ilmunya, maka ilmu dan amal itu tetap di dalam syurga, sedang si alim itu akan dimasukkan ke dalam api neraka."
H.R ad Dhailami
Huraian :
orang yang alim tidak akan puas dengan ilmu yang ada dan akan sentiasa berusaha menambah ilmunya, dengan banyak membaca, bermuzakarah, duduk bersila di hadapan guru . semakin dalam ilmu dimilikinya , semakin haus untuk menambah ilmu.
manakala orang jahil sentiasa merasa diri sudah cukup ilmu dan tidak mahu menambah ilmu dan belajar.
HADIS 15 - HIKMAH ITU KEPUNYAAN ORANG BERIMAN
dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,"Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. maka di mana sahaja ia menemukannya , maka pasti ia akan mengambilnya."
H.R Tirmidzi
Huraian :
jikalau terkandung dalam ucapan seseorang itu terkandung pelajaran dan hikmah, maka kita mesti mengambilnya.
HADIS 16 - HAKIKAT ILMU
dari Abdullah bin amar , Rasulullah bersabda,"Hakikat ilmu itu 3 perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya. Pertama , ayat yang jelas. ke-2 sunnah rasulullah yang ditegakkan(diamalkan), ke-3 kewajipan yang adil"
H.R Abu Daud
Huraian :
HADIS 17 - JANGAN MALU HADIR KE MAJLIS TA'LIM
dari Abu Waqid al-laitsi berkata , ketika Rasulullah sedang duduk bersama sama sahabatnya di dalam masjid dalam majlis ilmu , tiba tiba datang 3 orang . 2 orang terus menyertai majlis Rasulullah . Orang pertama ia melihat tempat kosong di tengah tengah halaqah maka ia pun terus duduk di sana . Orang ke-2 hanya duduk di belakang majlis . Adapun orang yang ke-3 (kerana ia melihat orang ramai maka ia merasa malu masuk ke majlis tersebut ), maka terus ia pergi ke tempat lain . Maka setelah selesai Rasulullah daripada percakapannya
lalu baginda bersabda ,"Hendaklah kamu aku beritahu tentang 3 orang yang baru datang tadi ! yang pertama ia bersungguh untuk mencari ilmu maka Allah memberikan tempat kepadanya . yang ke-2 ia merasa malu (tidak bersungguh sungguh ) maka Allah juga malu daripadanya (tidak memberikan ilmu yang banyak) . adapun yang ke-3 maka ia berpaling dari Allah , maka Allah pun berpaling daripadanya."
H.R Bukhari,Muslim, Ahmad dan Tirmidzi
Huraian :
Orang yang hendak mendapatkan ilmu mestilah bersungguh-sungguh dan memberi perhatian yang teliti kepada ilmu. hendaklah ia berusaha sekuat tenaga yang dimilikinya untuk mendapat ilmu. jangan malu untuk belajar dan jangan malas . ia hendaklah mempunyai hati yang cekal dan kuat. sentiasa menggunakan kesempatan yang ada untuk menambah ilmu. tidak perlu disuruh untuk belajar tetapi sentiasa rajin untuk belajar apabila ada kesempatan. maka dengan kerajinan dan perhatian sebegini akan mengumpulkan ilmu sebanyaknya.
adapun orang yang malas, patah semangat, tidak ghairah dan sentiasa menunggu dorongan dari orang lain, maka orang seperti ini jarang sekali dapat berjaya dalam usahanya mencari ilmu.
HADIS 18 - JANGAN MENYEMBUNYIKAN ILMU
dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,"Barang siapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang dari api neraka."
H.R Abu Daud dan Tirmizi
Huraian :
yang dimaksudkan dgn menyembunyikan ilmu itu ialah ilmu yang wajib diajarkan seperti menyembunyi ilmu dari orang kafir yang hendak mengetahui tentang orang islam, sembunyi dari orang yang baru masuk islam bertanya tentang hal solat, dan sembunyi ilmu tentang halal haram sesuatu perkara. dalam keadaaan itu, wajib ilmu disampaikan dan berdosa disembunyikan.
HADIS 19 - JADIKAN DIRIMU PENYEBAB HIDAYAH BAGI MANUSIA
dari Sahal bin saad, Rasulullah bersabda,"Demi Allah bahawa memberi petunjuk oleh Allah akan seseorang dengan sebab engkau, maka itu terlebih baik daripada unta merah."
H.R Abu Daud
Huraian :
hidayah ialah hak mutlak Allah, apa yg dapat kita usahakan ialah asbab lahiriah untuk seseorang mendapat hidayah. maka hendaklah kita sentiasa mengundang sebab sebab yang menjadikan hidayah Allah sentiasa turun ke muka bumi ini.
HADIS 20 - MURID ITU AMANAH RASULULLLAH PADA GURU
daripada Abu harun al abdi berkata, "kami sering datang menemui Abu Said Al Khudri , lalu beliau berkata, "Selamat datang dengan wasiat dan titipan Rasulullah, kerana sesungguhnya Rasulullah bersabda, " Sesungguhnya manusia akan datang mengikuti kamu. dan sesungguhnya orang banyak akan datang menemui kamu dari seluruh pelusuk dunia . mereka datang untuk belajar ilmu agama daripada kamu. . Oleh itu apabila mereka datang maka wasiatku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan baik."
H.R Tirmizi dan ibnu majah
Huraian :
para penuntut ilmu agama ialah amanah rasulullah pada para guru dan ulamak.
HADIS 21 - BERTANYA ITU ANAK KUNCI ILMU
dari Ali bin abi Talib , Rasulullah bersabda,"Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama, orang yang bertanya, Kedua , bagi guru yang menjawab. Ketiga , orang yang mendengarkan jawapan itu, Keempat, orang yang cinta kepada mereka."
H.R Abu Nuaim
Huraian :
Bertanya itu anak kunci ilmu dan bertanya itu sendiri ialah sebahagian dari ilmu. maka bertanya itu ialah cara yang terbaik untuk menjelaskan dan memberi kefahaman sesuatu yang belum jelas.
HADIS 22 - JADIKANLAH DIRIMU KUNCI KEBAIKAN
dari Sahal bin saad, Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya kebaikan itu laksana beberapa gudang. dan bagi gudang-gudang itu ada anak kuncinya. maka untung sekali bagi seorang hamba yang telah dijadikan Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan. Dan celaka bagi seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan"
H.R ibnu majah
Huraian :
barang siapa menjadi kunci kepada kebaikan , seperti mengajak orang lain berbuat kebaikan, berusaha menjadi ketua untuk berbuat kebaikan, maka itu orang yang paling beruntung kerana ia akan mendapat pahala dari kebaikan yang dilakukan dirinya dan yang dilakukan oleh orang lain yang mengikuti anjuran kebaikannya. maka seumpama juga untuk sebaliknya.
HADIS 23 - TAQWA ITU KEMUNCAK KETINGGIAN
dari Yazid bin salamah berkata,"aku berkata kepada Rasulullah, bahawa aku sangat banyak mendengar hadis daripada engkau, dan aku takut bahawa yang kemudiannya melupakan yang pertamanya, maka beritahukan kepadaku wahai Rasulullah dengan satu kalimat yang ringkas sekali sebagai kesimpulan daripada apa yang aku dengar. Maka baginda bersabda," Bertaqwalah engkau kepada Allah pada barang yang engkau ketahui"
H.R Tirmizi
dan menambah imam Razin dalam riwayatnya, "dan hendaklah engkau mengamalkan dengan ilmu yang engkau telah dapati."
Huraian :
Taqwa merupakan intisari melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
HADIS 24 - SAMPAIKAN ILMU YANG SESUAI DENGAN PENDENGARNYA
daripada Sayyyidina Ali berkata , "Hendaklah kamu bercakap kepada manusia dengan barang yang mereka faham. Apakah kamu suka bahawa Allah dan RasulNya didustakan orang ?"
H.R Bukhari
dan dari Abdulllah bin Mas'ud berkata,"Tiada engkau berkata kata di hadapan suatu kaum dengan ilmu yang belum dapat difaham oleh mereka., kecuali perkara itu akan menjadi fitnah bagi sebahagian mereka."
H.R Muslim
Huraian :
Seorang pendakwah hendaklah memahami tingkat dan tahap pemikiran orang awam dan kadar kemampuan mereka untuk menerima sesuatu ilmu.ia memerlukan kepada kebijaksanaan dan kepandaian melayani hati nurani masyarakat.
HADIS 25 - SEMUA PELAJAR PASTI UNTUNG , DAN KALAU FAHAM ILMU MAKA BERTAMBAH UNTUNG LAGI
dari watsilah bin asqa' , Rasulullah bersabda,"Barang siapa mencari ilmu lalu ia mendapatkannya maka, baginya dapat 2 pahala. Dan barang siapa mencari ilmu tetapi ia tidak mendapatkannya, maka baginya dapat satu pahala. "
H.R ad Darimi
Huraian :
H.R Tirmidzi
Huraian :
orang yang alim itu penyambung warisan para anbiya' dan pewaris tugas mereka. maka wajarlah mereka menjadi penyampai ilmu kepada masyarakat.
HADIS 27 - SAMPAIKANLAH ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT
dari Abdullah bin Amar, Rasulullah bersabda,"Sampaikanlah apa yang kamu dengar daripadaku walaupun hanya satu ayat. Dan sampaikan daripada apa yang kamu dengar daripada Bani Israil, maka tidak mengapa yang demikian itu. dan barang siapa secara sengaja berbohong atas namaku, maka hendaklah ia menyediakan dirinya masuk ke dalam api neraka."
H.R Bukhari dan Tirmidzi
Huraian :
sedikit ilmu yang Allah berikan kepada kita hendaklah kita amalkan dan kita sampaikan kepada orang lain. berkenaan kisah israilliyat , jika tidak bertentangan dengan agama , maka boleh kita sampaikan kepada orang lain.
HADIS 28 - MENGAMBIL BERKAT DARIPADA RASULULLAH DAN PARA ULAMA'
dari Mahmud bin Rabi' berkata , "Saya masih ingat ketika Rasulullah menyembur (menghembuskan air) ke muka saya dari sebuah timba daripada air telaga yang ada di kawasan rumah kami, dan saya ketika itu berusia 5 tahun"
H.R Bukhari dan Muslim
Huraian :
banyak hadis yang meriwayatkan sahabat mengambil berkat dari sesuatu yang ada kaitannya dengan rasulullah, mereka mengambil berkat dari saki makanan dimakan Rasulullah seperti riwayat sayyidina abu ayub al anshari . ada yang mengambil berkat dari rambut rasulullah dalam perang hudaibiyah, mereka juga memohon rasulullah meludah di tempat yang mereka sakit, seperti dilakukan sayyidina ali ketika beliau sakit mata dalam perang Khaibar. dan Ummu Sulaim mengumpulkan peluh rasulullah yang sedang tidur untuk dicampurkan dengan minyak wanginya.
begitu juga para ulama' turun temurun yang mengambil berkat dari orang orang alim dan para wali, semoga mereka sembuh dan baik dan lebih bersemangat melaksanakan ketaatan.
mengambil berkat bukan syirik atau bidaah tetapi sabit dgn hadis rasulullah dan para sahabat. manusia tidak memberi pertolongan, yang memberi pertolongan itu hanya Allah semata mata.
HADIS 29 - HATI HATI BILA MENYAMPAIKAN ILMU, LIHAT DULU SIAPA YANG AKAN MENDENGARNYA.
dari Abu Hurairah berkata , "Saya masih ingat daripada Rasulullah 2 jenis ilmu. adapun yang pertama maka telah aku sebarkan kepada kamu semua (tabien), adapun yang satu lagi , seandainya saya sampaikan kepada kamu nescaya akan dipotong leherku ini."
H.R Bukhari
Huraian :
kita mesti berhati hati dalam menyampaikan ilmu kerana tingkatan pengetahuan manusia di hadapan kita adalah tidak sama. dan mungkin membawa fitnah dan salah faham. maka jika kita berbicara di hadapan orang awam, janganlah dibicarakan perkara perkara yang hanya dapat difahami oleh orang khusus. kalau tidak akan terjadi fitnah dan kekacauan dan perkelahian. dan jika penceramah itu meyampaikan hal yang ganjil walaupun benar tapi akan berakibat buruk bagi sebahagian hadirin yang tidak faham.
HADIS 30 - SEMUA SABDA NABI ADALAH BENAR
dari Abdullah bin Amar berkata , "adalah aku menulis segala sesuatu yang aku dengar daripada rasulullah , lalu orang orang quraish melarang aku daripada yang demikian itu dan mereka berkata ,apakah engkau menulis segala sesuatu yang diucapkan oleh Rasulullah ,sedangkan beliau adalah seorang manusia biasa yang bercakap cakap dalam keadaan redha dan marah. maka saya pun berhenti daripada menulis segala perkataan rasulullah yang aku dengar, sehingga sampai satu masa, maka aku menyebutkan yang demikian itu pada rasulullah . maka baginda mengisyaratkan dengan telunjuknya ke arah mulutnya sambil bersabda, "tulislah oleh mu apa -apa yang aku katakan. maka demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, Tidak keluar dari mulutku ini kecuali perkataan yang benar."
H.R Abu Daud
Huraian :
rasulullah adalah ma'sum dan terpelihara daripada segala dosa.
HADIS 31 - MEMELIHARA ILMU DENGAN CARA MENULISNYA
dari Abu Hurairah berkata , "seorang lelaki dari golongan ansar telah datang mengadukan halnya kepada rasulullah. ia berkata, "wahai rasulullah ! aku sesungguhnya mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya tetapi aku tidak dapat menghafalnya , maka apa yang aku perlu lakukan ? maka sabda rasulullah, "hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu, sambil baginda mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan"
H.R Tirmidzi
Huraian :
daya hafalan dan ingatan manusia ini terbatas, maka salah satu cara untuk kita dapat mengingati sesuatu ialah dengan menulisnya .
HADIS 32 - YANG PANDAI TOLONG MENULISKAN BAGI YANG KURANG PANDAI
dari Abu Hurairah berkata , "telah berkhutbah rasulullah akan satu khutbah , lalu abu hurairah menyebutkan bahawa rasulullah menyebut dalam khutbahnya suatu kisah yang panjang. dan pada akhir hadis itu disebutkan bahawa Abu syah berkata bagi rasulullah :"wahai Rasulullah ! Tolong tuliskan untukku isi khutbahmu tadi. baginda bersabda,"Tolong tuliskan untuk Abu Syah".
H.R Tirmidzi
Huraian :
H.R bukhari dan Tirmidzi
Huraian :
hadis ini juga menunjukkan orang yang menulis ilmunya akan peroleh paling banyak ilmu. yang diakui sendiri oleh abu hurairah.
HADIS 34 - HENDAKLAH MENULIS ILMU ITU DENGAN TELITI
dari Abu said al khudri , Rasulullah bersabda," Jangan kamu menulis sesuatu daripadaku selain al Quran. dan barang siapa yang menulis sesuatu daripada ku selain al Quran , maka hendaklah ia memadamkannya".
H.R Muslim
Huraian :
ulama' sepakat bahawa hadis yang membolehkan menulis selain ayat Quran memansuhkan hadis yang melarangnya.
dan ada ulama' berpendapat larangan menulis hadis hanya di zaman rasulullah sahaja kerana ditakuti tercampur al Quran dan hadis bila ditulis dalam satu helai.dan yang dimaksudkan dengan larangan ini adalah supaya kita teliti dengan menulis ilmu.
HADIS 35 - TUNTUTLAH ILMU DENGAN BERSUNGGUH SUNGGUH SEMENTARA PARA ULAMA' MASIH HIDUP
dari Abdullah bin amar , Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabutkan sekaligus daripada manusia, tetapi Allah akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama'. sehingga apabila sudah tiada para ulama' manusia akan melantik pemimpin mereka dari kalangan orang orang yang jahil , lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah, maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R Bukhari, Muslim dan Tirmidzi
Huraian :
HADIS 36 - TUNTUTLAH ILMU SEBELUM IA DIANGKAT
dari Abu Umamah , Rasulullah bersabda,"Tuntutlah ilmu sebelum ia dicabut. dan maksud ilmu dicabut itu ialah diangkat dari permukaan bumi ini. lalu nabi mengisyaratkan dengan mengembarkan jari tengahnya dan telunjuknya sambil bersabda, " orang yang alim dan orang yang belajar ilmu agama itu bersama sama dalam mendapat pahala. dan orang yang lain dari mereka berdua sudah tidak ada apa apa kebaikannya."
H.R ibnu majah
Huraian :
hadis menunjukkan ketinggian martabat ulama' dan penuntut ilmu agama.
apa sahaja jawatan kita, maka hadirlah diri ke majlis ilmu agama, duduklah bersila di hadapan guru agama. buka hati seluasnya untuk menerima ilmu agama.
HADIS 37 - ILMU BILA TIDAK DIAMALKAN BERERTI ILMU ITU TELAH DIANGKAT
dari Abu Darda berkata pada suatu hari kami bersama Rasulullah, lalu baginda mengangkat pandangannya ke langit, baginda bersabda, "inilah masanya ilmu itu dicabut daripada manusia sehingga mereka sudah tidak dapat lagi untuk menahannya. maka berkata Ziyad bin Labid , "bagaimana ilmu itu dicabut dari kalangan kami sedangkan kami masih membaca al Quran . demi Allah kami akan sentiasa membaca al Quran dan mengajarkannya kepada anak anak kami dan isteri isteri kami." lalu baginda bersabda,"celakalah ibumu(kerana kehilangan kamu) wahai Ziyad ! aku sebenarnya menganggap engkau dari kalangan ulama' di negeri madinah ini. cubalah lihat . ini kitab taurat yang ada di kalangan orang yahudi. dan ini kitab injil yang ada di kalangan orang nasrani. apakah kitab yang ada di kalangan mereka itu telah memberi faedah kepada mereka?"
berkata Jubair r.a , lalu aku datang menemui Ubadah dan aku bertanya kepadanya, ,"apakah engkau pernah mendengar apa yg diriwayatkan oleh abu darda' seperti dalam hadis tersebut ?" "benar apa yang dikatakan oleh abu darda', dan kalau engkau mahu, maka aku akan ceritakan kepada kamu akan ilmu pertama sekali yang akan diangkat dari manusia ! ilmu pertama sekali yang akan diangkat daripada manusia ialah KHUSYUK (dalam solat). barangkali engkau masuk dalam masjid yang besar dan engkau tidak mendapati dari sekian banyak orang yang hadir di dalamnya itu akan seorang lelaki yang khusyuk dalam solatnya."
H.R Tirmidzi
Huraian :
tujuan belajar ilmu ialah untuk diamalkan dan bukan untuk menghiasi diri sebagai orang alim semata mata.
HADIS 38 - MENCARI ILMU HENDAKLAH IKHLAS KERANA ALLAH
dari ka'ab bin Malik , Rasulullah bersabda,"Barang siapa mencari ilmu untuk menandingi para ulama'atau mengalahkan orang orang jahil, atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya,maka orang itu akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka."
H.R Tirmidzi
dalam riwayat lain, dari ibnu Umar, Rasulullah bersabda,"Barang siapa mencari ilmu untuk berbangga dengannya akan para ulama' atau untuk berdebat dengannya kepada orang jahil, atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya, maka orang itu di dalam api neraka."
H.R Tirmidzi
Huraian :
ikhlas merupakan roh bagi setiap ibadah yang kita laksanakan.apa sahaja ibadah yang kita laksanakan dengan tidak ikhlas, maka hasilnya ialah kosong dan sia sia. maka orang yang mencari ilmu bukan semata mata mengharapkan keredhaan Allah tetapi dengan tujuan untuk mengatasi ulama-ulama' lain, atau dengan tujuan membanggakan diri di hadapan orang jahil atau bertujuan mengumpulkan harta benda dunia atau bertujuan menumpukan perhatian manusia terhadapnya, akan diancam dengan azab yang pedih.
kenapa Allah menyiksa golongan demikian, kerana ilmu agama itu ialah perkara yang amat mahal sekali dan seharusnya dijadikan sebagai jambatan untuk beribadat dan mencari keredaan Allah semata mata.
HADIS 39 - MENGAJAR ITU IALAH SEDEKAH YANG PALING BAIK
dari Abu Hurairah , Rasulullah bersabda,"Sebaik baik sedekah itu bahawa seorang muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudara nya yang muslim"
H.R ibnu majah
Huraian :
bersedekah bukan hanya mengeluarkan wang tetapi ada pelbagai cara antaranya memberi nasihat yang baik, menolong orang lain dengan tenaga dan fikiran, bercakap cakap perkataan yang baik terhadap orang lain, menghilangkan sesuatu yang menganggu di jalanan, bertasbih berzikir , memberi salam sambil tersenyum juga adalah sedekah.
hadis ini menyebutkan sedekah yang terbaik ialah mengajarkan orang lain suatu ilmu yang bermanfaat.
HADIS 40 - PAHALA YANG BERTERUSAN
dari Abu Hurairah , Rasulullah bersabda,"Apabila mati seorang manusia, maka terputuslah segala amalnya kecuali yang datang dari 3 sumber. pertama, sedekah jariah . kedua, ilmu yang memberi manfaat , ketiga anak yang soleh yang mendoakan baginya. "
H.R ibnu majah
Huraian :
ini merupakan keuntungan yang tidak ternilai harganya, seolah lanjutan umur bagi si mati , walaupun jasad sudah di liang lahad, namun pahala masih mengalir masuk bagi yang bersedekah jariah yg berwaqaf pada masjid, surau, pondok , sekolah agama. juga bagi mereka yang mengajarkan ilmu yang bermanfaat, dan juga anak soleh penyumbang pahala berterusan kepada ibu bapanya.
PENUTUP -
rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang menjalani suatu jalan, yang mencari ia di dalamnya akan ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan untuk ia menuju ke dalam syurga"
H.R Tirmidzi dan Ibnu Majah
ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib bagi setiap mukallaf yakni ilmu tauhid , feqah dan tasawwuf mengikut kadar yang dihuraikan para ulama' dalam kitab mereka.
ilmu tauhid wajib dipelajari sehingga seorang itu mengenali Allah sebagai zat yang wajib ada, dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan maha suci daripada segala sifat kekurangan. manakala ilmu feqah pula berkaitan bab ibadat dengan betul seperti solat, zakat, haji , jual beli, pernikahan dan lain-lain. manakala ilmu tasawuf dipelajari agar kita dapat memenuhi hak Allah dan hak manusia dengan sempurna.
sekiranya umat islam mempelajari 3 ilmu ini dengan sempurna, maka mereka akan dapat melaksanakan kegiatan harian seperti dituntut agama dan lahirlah masyarakat yang aman, damai , sejahtera dan penuh berkat.
No comments:
Post a Comment