Sunday, 15 May 2022

40 HADIS - PERISTIWA AKHIR ZAMAN

  HADIS 1 - TAQWA DAN PERPADUAN ATAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN 

daripada Abu najih  berkata, " Telah memberi nasihat akan kami oleh  Rasulullah akan suatu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya , lalu kami berkata : ya Rasulullah ! seolah olah ini ialah nasihat terakhira sekali bagi kami, maka berilah pesanan kepada kami." lalu baginda bersabda,"Aku bernasihat kepadamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin kamu) , sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. sesungguhnya barangsiapa yang panjang umurnya dari kalangan kamu pasti akan melihat perselisihan yang banyak. maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunahku dan sunnah khulafa ar rasyidin ar rasyidin (khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat hidayah ke jalan yang benar)  dan gigitlah sunnah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara perkara baru yang bida'ah yang diada adakan , kerana sesungguhnya tiap tiap bida'ah itu adalah sesat. 

H.R Abu Daud dan  Tirmidzi

Huraian :





HADIS 2 - MENGAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN ?

daripada ummul mu'minin, Zainab binti Jahsyin isteri rasulullah , beliau  berkata, "pada suatu hari Rasulullah masuk ke dalam rumahnya, dengan keadaan takut sambil bersabda, La ila haillallah , celaka(binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. pada hari ini telah terbuka dari dinding ya'juj dan ma'juj seperti ini, dan baginda menemukan ujung ibu jari dengan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk)  yang dengan itu Baginda mengisyaratkan seperti bundara,. saya(zainab) lalu bertanya,"Ya Rasulullah ! apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang orang yang soleh ? lalu nabi bersabda,"ya, jika kejahatan sudah terlalu banyak"

H.R Bukhari Muslim

Huraian :

hadis menerangkan suatu tempat atau daerah sudah terlalu banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan , maka kebinasaan akan menimpa semua yang berada di tempat itu. kebinasaan bukan hanya akan menimpa orang yang jahat sahaja tetapi juga orang soleh juga akan dibinasakan. 

maka segala jenis kemaksiatan dan kemungkaran kefasikan  hendaklah segera dibasmi  dan dimusnahkan , supaya tidak terjadi malapetaka yang akan menimpa keseluruhan penduduk.





HADIS 3 - SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

daripada Tsauban , Rasulullah bersabda "hampir tiba suatu masa di mana bangsa bangsa dari seluruh duniaakan datang mengerumuni (mengoroyok) kamu bagaikan orang orang yang makan mengerumuni talam hidangan mereka. maka salah seorang sahabat bertanya, "apakah dari kerana bilangan kami sedikit pada hari itu?" nabi menjawab,"bahkan kamu pada hari itu banyak sekali , tapi kamu umpama buih di waktu banjir , dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit "wahan" , seorang sahabat bertanya,"apakah penyakit wahan itu wahai rasulullah ?" nabi menjawab,"Cinta dunia dan takut mati".

H.R Abu Daud

Huraian :

penyakit wahan akan menyebabkan umat islam terlalu banyak memikirkan kehidupan dunia dan tidak membuat persediaan untuk menghadapi hari akhirat , dan tipisnya kesedaran mereka untuk berkorban dengan diri dan harta dalam memperjuangkan agama Allah.





HADIS 4 - ILMU AGAMA AKAN BERANSUR ANSUR HILANG

daripada Abdullah bin amr , Rasulullah bersabda "Bahawasanya Allah tidak akan mencabut(mneghilangkan) ilmu sekaligus dari dada manusia. tetapi Allah menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama'. maka apabila para ulama' sudah tiada, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.  maka apabila pemimpin jahil itu ditanya , mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.  lalu mereka sesat dan menyesatkan orang lain".

H.R Muslim

Huraian :






HADIS 5 - UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI 

daripada Abu Said al khudri , Rasulullah bersabda "kamu akan mengikuti langkah langkah ummat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal , sehasta demi sehasta , sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang  biawak pun kamu akan mengikuti mereka. " sahabat bertanya, "ya Rasulullah ! adakah yahudi dan nasrani yang engkau maksudkan ?" nabi menjawab,"Siapa lagi kalau bukan mereka."

H.R Muslim

Huraian :

ramai umat islam akan mengikuti jejak langkah atau gaya hidup  orang orang yahudi dan nasrani secara sedar atau tidak, kerana kehilangan pegangan hidup dalam kehidupan kerana jauh dari agama.







HADIS 6 - GOLONGAN ANTI HADIS 

daripada Miqdam bin ma'dikaraba , Rasulullah bersabda "hampir tiba suatu zaman di mana seorang laki laki sedang duduk bersandar di atas kerusi kemegahannya , lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis dari hadisku maka ia berkata,"Pegangan kami dan pegangan kamu hanyalah Kitabullah (al Quran) sahaja.  Apa yang dihalalkan oleh al Quran kami halalkan, dan apa yang diharamkan oleh al Quran kamiu haramkan " Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah  sama hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah "

H.R Abu Daud dan ibn Majah

Huraian :

golonagn yang mengingkari hadis sebagai sumber kedua dalam islam ialah golongan yang terkeluar dari islam. kerana hadis memperincikan isi dan kandungan ayat Al Quran tersebut serta menerangkan permasalahan yang sulit sulit di dalamnya. 








HADIS 7 - GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

daripada Mughirah , Rasulullah bersabda "Sentiasa ada di kalangan umatku ini golongan yang sentiasa menang dalam perjuangan mereka , sehinggalah sampai kepada suatu masa yang dikehendaki oleh Allah. Mereka sentiasa menang."

H.R Bukhari 

Huraian :







HADIS 8 - PENYAKIT UMAT UMAT TERDAHULU 

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa ummat umat terdahulu.sahabat bertanya,"apakah penyakit penyakit yang menimpa umat umat terdahulu itu ?"nabi menjawab,"penyakit penyakit itu adalah ,"terlalu banyak bersukaria,terlalu mewah, mengumpulkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia dan saling memarahi , dengki mendengki , sehingga jadi zalim menzalimi."

H.R Hakim 

Huraian :

penyakit penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah telah kita lihat pada hari ini, dengan kekosongan rohani , itu lah mereka terpaksa mencari dan mengumpulkan harta benda sebnayak banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu.






HADIS 9 - ISLAM KEMBALI ASING

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda "Islam mulai berkembang dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing pula. maka beruntunglah orang orang yang asing".

H.R Muslim 

Huraian :








HADIS 10 - BAHAYA KEMEWAHAN

daripada Ali bin abi talib , " kami duduk bersama Rasulullah di dalam masjid, Tiba tiba datang Mus'ab bin Umair dan tidak ada di atas badannya kecuali selembar selendang yang bertampal dengan kulit.  Taktala Rasulullah melihat kepadanya, baginda  menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan akan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan ibunya) dan kerana mengenang nasib Mus'ab sekarang (ketika di Madinah sbagai muhajirin yg terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah ) . Baginda bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu waktu nanti  ! Pergi di waktu pagi dengan satu pakaian , dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula .dan bila diangkatkan suatu hidangan maka diletakkan pula satu hidangan yang lain. dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti kamu memasang kelambu ka'abah? "maka jawab sahabat,"Wahai Rasulullah ! Tentulah keadaan kami di waktu itu lebih baik daripada keadaan kami di hari ini . Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak sibuk lagi untuk mencari rezeki. lalu nabi bersabda, " Tidak !Keadaan kamu pada hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu !"

H.R Tirmizi

Huraian :

dalam hadis ini, nabi menerangkan umatnya akan mendapat kemewahan dan kekayaan dalam kehidupan. di waktu pagi memakai satu pakaian dan di petang pakaian yang lain pula.  hidangan makanan tidak putus putus. rumah di hias dengan beraneka perhiasan. 

namun, nabi mensifatkan keadaan di zaman nabi jauh lebih baik dari pada zaman yang diceritakan itu yang mana keadaan serba kekurangan adalah lebih baik kerana memberikan kesempatan untuk melakukan ibadat. 

kemewahan hidup banyak membuatkan seseorang terhalang dari berbuat ibadah kepada Allah, segala yang kita miliki walaupun tidak terlalu mewah namun terasa sudah mencukupi, namun jika dibandingkan dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah sedangkan ibadat kita terlalu jauh ketinggalan. kekayaan dan harta benda yg kita ada sering kali menyibukkan diri dan menghalang dari beribadah.

maka janganlah kita lupa pada akhirat dalam mencari kekayaan. janganlah kita tidak mempedulikan halal haram dalam mengejar harta , dan jangan mengabaikan solat dalam mengejar harta, biarlah kita mencari dunia dan harta pada batas batas keperluan, jika berlebihan maka gunalah untuk menolong orang yang kurang kemampuan, bersedekah sebagai simpanan akhirat. 

orang yang bijaksana ialah orang yang mempunyai perhitungan untuk waktu akhiratnya, dan ia menjadikan bumi sebagai tempat bercucuk tanam  dan akhirat tempat memetik buahnya.






HADIS 11 - RASUAH BERLELUASA

daripada Mu'az bin Jabal , Rasulullah bersabda "ambillah pemberian itu selagi mana ia sebagai pemberian. tetapi apabila ia sudah menjadi suapan pada pandangan agama maka janganlah kamu mengambilnya.  nmaun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkannya suapan itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya."

H.R at Thabrani dan abu Nuaim

Huraian :

pada akhir zaman, budaya suap menyuap sudah menjadi jadi di dalam masyarakat dan wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan dan wang diperlukan untuk mendapat kelulusan dari pihak yang berpangkat dan berkuasa. 

maka musnahlah akhlak dan runtuhlah budi dan wujudlah kezaliman dan penindasan .






HADIS 12 - SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT 

daripada Hudzaifah bin al yaman , Rasulullah bersabda "(dalam sebuah hadis yang panjang).."kemudian jadilah orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang jujur yang mahu menunaikan amanah.  sampai sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan bani fulan  ada seorang yang amat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang mengatakan, "Alangkah tekunnya dia bekerja , alangkah indahnya pekerjaannya , alangkah cerdik otaknya, . Padahal di dalam hatinya sudah tidak ada keimanan sekalipun hanya seberat sebiji sawi. "

lalu hudzaifah berkata,"maka sesungguhnya telah sampai waktu nya saya pun tidak mempedulikan , siapakah di antara kamu yang hendak bermubaya' ah (berjual beli). jikalau ia seorang islam , maka agamanyalah yang kuharapkan mengembalikannya kepadaku (untuk menahannya dari khianat kepadaku ). dan jikalau ia seorang nasrani atau yahudi , maka pihak berkuasalah yang akan mengembalikan nya kepadaku (bermaksud membantu untuk mendapatkan semula hak milikku darinya). 

"Maka pada hari ini, saya tidak pernah berjual beli lagi dengan kamu semua kecuali  dengan fulan bin fulan (orang tertentu sahaja)."

H.R Bukhari dan Muslim

Huraian :

hadis menunjukkan sifat amanah akan beransur ansur hilang sehinggakan orang yang dianggap baik juga telah khianat. 






HADIS 13 - ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANGKAN ORANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK

daripada Aisyah , Rasulullah bersabda "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas ) dan akan bertambah banyak orang yang jahat dan akan berkurangan orang yang baik , dan anak anak menjadi berani melawan orang orang tua mereka , dan orang orang jahat berani berterus terang melawan orang orang yang baik."

H.R Thabrani

Huraian :







HADIS 14 - APAKAH SEBAB KEBINASAAN SESEORANG ?

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda "akan datang suatu zaman, di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya kecuali bila dia lari membawa agamanya dari puncak gunung ke  suatu puncak gunungnya yang lain , dan dari satu gua ke gua yang lain. dan apabila zaman itu telah tiba, maka segala mata pencarian ( pendapatan hidup )tidak dapat diperolehi kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah."

"apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah dari sebab dia mengikuti kehendak isteri dan anak anaknya . kalau ia tidak memiliki isteri dan anak anak , maka kebinasaannya dari sebab mengikuti kehendak kedua orang tuanya. dan jikalau orang tua sudah tidak ada lagi,maka kebinasaannya dari sebab mengikut kehendak keluarganya atau dari sebab mengikut kehendak jirannya." sahabat bertanya, "wahai rasulullah ! apakah maksud perkataan engkau itu ?" ( kebinasaan seseorang kerana mengikut kehendak isteri atau anaknya atau orang tuanya atau keluarganya atau jirannya ). lalu nabi menjawab , "Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya maka ketika itu lalu dia terpaksa menceburkan dirinya di jurang jurang kebinasaan  yang akan menghancurkan dirinya."

H.R Baihaqi

Huraian :






HADIS 15 - 2 GOLONGAN PENGHUNI NERAKA 

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda " Ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Keduanya belum pernah ku lihat . Pertama , golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang.  kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Mereka melenggang lenggok waktu berjalan , mengayun ayunkan bahu. kepala mereka (sangggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol. kedua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harumnya syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan yang sangat jauh."

H.R Muslim

Huraian :






HADIS 16 - ZAMAN ORANG TIDAK PEDULI, DARIMANA MENDAPATKAN HARTA.

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda " Akan datang suatu zaman di mana seseorang tidak mempedulikan darimana ia mendapatkan hartanya, adakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram "

H.R Nasa'i

Huraian :

zaman sekarang ia zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme.segala sesuatu dinilai dengan harta. ramai yang mencakar cakar untuk mencari harta tanpa mempedulikan sumbernya dari mana . 







HADIS 17 - HARTA RIBA ADA DI MANA MANA

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda " Akan tiba suatu zaman,tidak ada seorangpun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba.Kalau ia tidak memakannya secara langsung,ia akan terkena juga debu debunya."

H.R Ibnu Majah

Huraian :

sabda rasulullah sangat jelas pada hari ini kerana kebanyakan bank melaksanakan sistem riba di pelosok negara.








HADIS 18 - ORANG MEMINUM ARAK TETAPI MENAMAKANNYA BUKAN ARAK

daripada abu Malikal A'sy'ari, Rasulullah bersabda " Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum arak tetapi mereka menamakannya dengan nama yang lain. Mereka meminum arak sambil diiringi dengan alunan musik dan nyanyian biduanitaAllah taala akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah akan merubah mereka menjadi kera dan babi."

H.R Ibnu Majah

Huraian :









HADIS 19 - SEDIKIT LAKI LAKI DAN RAMAI PEREMPUAN

daripada Anas "Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar  Rasulullah bersabda " Di antara tanda kiamat itu ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum laki laki, sehingga nantinya seorang laki laki akan mengurus 50 orang perempuan."

H.R Bukhari Muslim

Huraian :

menurut imam ibnu hajar , sebab jumlah kaum perempuan lebih ramai ialah akibat peperangan yang berlaku. kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan ialah kaum lelaki. 










HADIS 20 - HAMBA JADI TUAN DAN BERDIRI NYA BANGUNAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT 

daripada umar bin Khattab,(ia berkata dalam hadis yang panjang)..."kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah: "maka khabarkan padaku tentang hari kiamat? lalu  Rasulullah bersabda "Orang yang ditanya lebih mengetahui dari orang yang bertanya." maka jibril lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan tanda tanda nya." Nabi menjawab, " Apabila hamba sahaya melahirkan tuannya dan engkau melihat orang yang berjalan tanpa sandal, bertelanjang lagi miskin dan hanya mengembala kambing , tetapi mereka berlumba lumba mendirikan bangunan bangunan  yang tinggi tinggi."

H.R  Muslim

Huraian :









HADIS 21 - AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA' YANG FASIQ

daripada Anas , Rasulullah bersabda "Selagi akan ada  di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama' yang fasik."

H.R  Ibnu 'Adi

Huraian :

Syaitan tidak mahu orang jahil itu belajar ilmu agama kerana bila ia belajar sudah tentu ia akan memperbaiki kerosakan dalam ibadatnya dan amalan itu akan diterima Allah.









HADIS 22 - ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API

daripada Anas , Rasulullah bersabda "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang  yang berpegang dengan agamanya laksana menggenggam bara api ."

H.R Tirmizi

Huraian :

dimaksudkan ialah zaman yang sangat menggugat iman sehingga orang yang mahu mengamalkan ajaran agamanya terpaksa menghadapi kesulitan dan tentangan yang sangat hebat. kalau ia tidak bersunggguh sungguh, nescaya agamanya akan terlepas dari genggamannya. ini kerana keadaaan sekelilingnya yang tidak membantu nya untuk mengamalkan agamanya. , bahkan di sekeliling terlalu banyak dorongan ke arah maksiat dan perkara perkara yang meruntuhkan akidah dan perkara fasik.








HADIS 23 - PENGKHIANAT DIKATAKAN JUJUR DAN YANG DIJUJUR DIKATAKAN PENGKHIANAT

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda "Akan datang pada manusia tahun tahun yang penuh dengan ketandusan(kemarau panjang), dan pada waktu itu si pendusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan pendusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah (diberi kuasa) dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat (tidak diberi kuasa).dan yang berpeluang berbicara hanyalah golongan "Ruwaibidhoh". sahabat bertanya, "apakah golongan "Ruwaibidhoh"itu wahai Rasulullah ? ". "Nabi menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya dia itu hina dan tidak mengerti menguruskan orang ramai. "

H.R Ibnu Majah

Huraian :







HADIS 24 - PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN 

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda "hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan ) dan banyak terjadi "alharj". sahabt bertanya," apakaha al haraj itu wahai rasulullah ?" nabi menjawab, " peperangan demi peperangan demi peperangan."

H.R Ibnu Majah

Huraian :








HADIS 25 - MASA TERASA PENDEK

daripada Anas bin malik , Rasulullah bersabda "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa terasa pendek. maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, dan sehari dirasakan seperti satu jam, dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api (sebentar sahaja) "

H.R Tirmizi

Huraian :

masa berlalu terlalu cepat sekali, kita seakan akan sibuk tapi kita tidak faham apa yang sedang kita sibukkan. kita diburu masa dan ia berlalu cepat sekali. menurut imam al karmani yang dimaksudkan dengan pendek masa ialah dicabut keberkatan daripadanya. 








HADIS 26 - MUNCULNYA TAMBANG BUMI

daripada ibnu Umar ia berkata ,'pada suatu ketika  di bawa ke hadapan Rasulullah sepotong emas. Emass itu adalah emas zakat pertama sekali di bawa oleh Bani Sulaim dari pertambangan mereka.  maka sahabat berkata, "Hai Rasulullah ! Emas ini adalah hasil dari tambang kita." Lalu nabi menjawab, "nanti kamu akan mendapati banyak tambang tambang dan yang akan menguasainya adalah orang orang jahat."

H.R al Baihaqi

Huraian :

jelas pada hari ini , dunia islam sangat kaya dengan hasil bumi seperti emas, perak, timah, minyak dll tetapi kebanyakan yang mengurusnya orang orang jahat dan bukan orang islam . 









HADIS 27 - TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda "Tidak akan terjadi kiamat sehingga tanah Arab (yang tandus ) itu , menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai sungai ."

H.R Muslim

Huraian :







HADIS 28 - UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda "Bersegeralah kamu beramal sebelum kamu menemui fitnah ( ujian berat terhadap iman )seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (syak perawi hadis )seseorang yang masih beriman di waktu petang , kemudian keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia."

H.R Muslim

Huraian :

menurut riwayat ibnu majah, "beliau menambah, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah dengan ilmu. "







HADIS 29 - KELEBIHAN BERIBADAT DI WAKTU HURU HARA

daripada Ma'qil bin Yasar , Rasulullah bersabda "Beribadat di waktu huru hara(ditengah kemelut dunia yang dahsyat )adalah seperti berhijrah kepadaku ."

H.R Muslim

Huraian :

orang yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agama dalam masa yang penuh huru hara dan gangguan dari segenap penjuru dan dapat mengingati Allah di waktu orang lain lupa dan disibukkan dengan urusan urusan yang melalaikan , maka mereka akan diberi pahala hijrah yang telah dilakukan oleh para sahabat kaum Muhajirin di zaman Rasulullah.








HADIS 30 - PEPERANGAN DI SEKITAR SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN.

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda "Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Eufrates di Iraq )menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Ramai orang yang terbunuh kerana merebutkannya. Maka terbunuhlah 99 orang daripada 100 yang berperang. dan masing masing yang terlibat berkata, "Mudah mudahan akulah orang yang terselamat itu"

dalam riwayat lain disebut, " sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatupun daripada harta itu."

H.R Bukhari Muslim

Huraian :









HADIS 31 - TAK ADA IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH

daripada Salamah binti alhur , Rasulullah bersabda "Akan datang suatu zaman, di mana pada waktu itu orang ramai berdiri tegak beberapa lama kerana mereka tidak mendapatkan orang yang layak menjadi iman untuk solat mereka".

H.R Ibnu Majah

Huraian :








HADIS 32 - ULAMAK TIDAK DIPEDULIKAN

daripada Sahal bin Saad , Rasulullah bersabda "Ya Allah ! Janganlah Engkau mempertemukan aku dengan suatu zaman dan mudah mudahan kamu (sahabat ) juga tidak bertemu dengan suatu zaman itu, di mana para ulama' sudah tidak lagi diikuti dan orang yang penyantun sudah tidak lagi dihiraukan.  Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiknya). Lidah mereka seperti orang Arab (pada fasihnya)."

H.R Ahmad

Huraian :









HADIS 33 - ISLAM NAMANYA SAHAJA

daripada Ali bin Abi Thalib , Rasulullah bersabda "Sudah hampir tiba suatu zaman, di mana tiada tinggal islam itu kecuali hanya pada namanya sahaja, dan tiada tinggal dari al Quran itu kecuali hanya tulisannya sahaja. masjid-masjid mereka indah, tetapi ia kosong dari hidayah. Ulamak mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang berada di bawah kolong langit. dari  mereka lah keluarnya fitnah  dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan."

H.R Baihaqi

Huraian :









HADIS 34 - MAJU MUNDURNYA MASYARAKAT ISLAM 

daripada Abu Umamah , Rasulullah bersabda "Sesungguhnya bagi agama islam ini ada maju dan mundurnya. di saat agama ini maju didapati dalam satu kawasan itu semua orang mengerti tentang hal hal agama kecuali seorang atau dua orang sahaja yang tidka mengerti agama, iaitu orang yang telah dikenali kefasikannya, dan dia dipandang hina di tengah tengah kampungnya. kalau ia bercakap sesuatu maka tidak ada siapa yang menghiraukannya atau mempedulikannya perkataannya. 

dan di saat agama ini mundur, maka akan berlaku sebaliknya. hampir semua orang tidak mengetahui agama dan tidak ada yang mengambil peduli akan urusan agama di kawasan tersebut kecuali satu atau dua orang sahaja. semua orang disitu memandang rendah akan orang yang memperhatikan urusan agamanya. kalau ia bercakap dengan urusan agama, ia akan dipandang rendah dan akan ditekan perasaannya. di saat itu generasi akhir umat akan melaknat dan menyalahkan generasi awal (para sahabat ). 

sesungguhnya mereka lah yang kena laknat kerana mereka sudah berani minum khamar dengan terang terangan, bahkan ada di kalangan mereka sudah berani mengusik perempuan yang lalu dihadapan mereka dengan menyingkap kain bajunya seperti disingkap ekor seekor lembu. 

melihat kejadian ini maka berkata seorang yang dikenali sebagai tokoh mereka,"sebaiknya kalau engkau mahu menyingkap kain wanita itu buatlah dengan berselindung di belakang pagar sana, padahal tokoh tersebut sama dengan ketokohan Abu Bakar dan Umar di kalangan kamu.  maka barang siapa yang berani melakukan amal ma'ruf dan nahi mungkar pada waktu itu maka akan memperolehi PAHALA 50 ORANG YANG SEZAMAN DENGAN AKU DAN MELIHAT AKAN DAKU DAN BERIMAN DENGANKU DAN TAAT KEPADAKU SERTA MENGIKUTI AKU."

H.R at Thabrani fil kabir 

Huraian :










HADIS 35 - 15 MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA 

daripada Ali bin Abi Thalib , Rasulullah bersabda "Apabila umatku telah melakukan 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu , 

1- apabila harta negara beredar di kalangan orang orang tertentu sahaja.

2- apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 

3- zakat dijadikan hutang

4- suami mengikuti kemahuan isteri

5- anak durhaka kepada ibunya

6- sedangkan ia berbuat baik kepada temannya

7- anak menjauhkan diri dari ayahnya

8- suara suara ditinggikan di dalam masjid

9- yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang terhina di antara mereka

10- seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11- minuman keras sudah diminum di segenap tempat

12- kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki

13- para artis disanjung sanjung

14- muzik banyak dimainkan

15- generasi akhir ummat ini melaknat (menyalahkan)generasi pertama (sahabat)

maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka diubah menjadi makhluk lain".

H.R Tirmizi

Huraian :








HADIS 36 -15 MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

daripada Ibnu Umar , Rasulullah bersabda "Wahai kaum Muhajirin ! 5 perkara kalau kamu telah diuji dengannya ( mengerjakannya ) , maka tidak ada kebaikan lagi bagimu. dan aku berlindung dengan Allah semoga kamu tidak menemui zaman itu . Perkara itu ialah :

1- Tidak tampak perzinaan pada suatu kaum sehinggakan mereka berani berterus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Tha'un) dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit penyakit yang belum pernah menimpa umat umat terdahulu

2- dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.

3- dan tiada menahan mereka akan zakat benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit, jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaaan bumi ) , tentunya mereka  tidak akan diberi hujan oleh Allah.

4- dan tiada mereka menyalahi janji janji Allah dan rasulNya kecuali Allah menurukan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

5- dan apabila pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung di dalam al Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di waktu itu ), Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri."

H.R Ibnu Majah 

Huraian :

- hadis menerangkan penyakit wabak berpunca daripada perzinaan yang berleluasa,  kesulitan mencari rezeki dan kezaliman pemimpin disebabkan rakyat yang mengurangkan sukatan timbangan,

kemarau panjang disebabkan tidak membayar zakat









HADIS 37 - BILAKAH AKAN TERJADINYA KEHANCURAN ?

daripada Abu Hurairah , pada suatu hari ketika nabi  sedang berada dalam suatu majlis dan bercakap cakap  dengan orang yang hadir , tiba tiba datang seorang arab badwi  lalu dia bertanya kepada Rasulullah, "

Rasulullah bersabda "Bilakah akan terjadi hari kiamat ?". nabi terus sahaja bercakap dan tidak mengendahkan soalan yang diajukan kepadanya tadi. maka sebahagian yang hadir berkata, " Baginda mendengar apa yang ditanyakan tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya. sementara yang lain pula berkata, "Bahkan baginda tidak mendengar pertanyaan itu."sehingga apabila nabi selesai dari percakapannya , baginda bersabda, "di mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi ?".

lalu arab badwi itu menyebut," ya, saya wahai Rasulullah . " maka nabi bersabda, "apabila amanah telah di sia siakan maka tunggulah hari kiamat." arab badwi itu bertanya, "apa yang dimaksudkan dengan mensia siakan amanah ?" nabi menjawab,"apabila urusan  diserahkan kepada yang bukan ahlinya , maka tunggulah kedatangan hari kiamat."

H.R Bukhari

Huraian :







HADIS 38 - BERMEGAH MEGAH DENGAN BANGUNAN MASJID

daripada Anas bin Malik  , Rasulullah bersabda " Tidak berlaku (terjadi) hari kiamat sehingga umatku bermegah megah dengan binaan masjid ".

H.R Abu Daud

Huraian :

antara tanda dekatnya dengan hari kiamat ialah umat islam bermegah megah dengan bangunan binaan masjid. perhatian mereka hanya pada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dan ibadat dan solat berjemaah di dalamnya. banyak masjid yang besar dan indah tetapi yang datang untuk solat berjemaah di dalamnya hanya sedikit manusia sahaja.









HADIS 39 - MENJUAL AGAMA KERANA DUNIA

daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda "Akan keluar di akhir zaman orang orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agamanya. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian  yang diperbuat dari kulit kambing. (berpura pura zuhud dari dunia )untuk mendapat perhatian orang ramai. dan perkataan mereka lebih manis dari gula padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan tujuan buruk). Allah taala berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu ?" Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan kamu sendiri sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu ) ."

H.R Tirmizi

Huraian :

golongan yang dimaksudkan ialah orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan dunia. mereka rela menjual agama , berani merubah hukum Allah bila bertentangan dengan kepentingan mereka, dan menyembunyikan kebenaran. dan petah mengemukan alasan alasan dan hujah yang menarik dan memikat hati tetapi hakikatnya hanya kelicikan mereka memutarbelitkan fakta.










HADIS 40 - HAJI DAN UMRAH BUKAN KERANA ALLAH

daripada Anas bin Malik  , Rasulullah bersabda " Akan datang ke atas umat manusia suatu zaman di mana ketika itu orang kaya mengerjakan ibadat haji hanya untuk berhibur sahaja , dan orang ynag mempunyai pendapatan sederhana untuk berdagang, dan para ulama' kerana riya' dan sum'ah.  manakala orang yang fakir mengerjakan haji kerana sambil meminta minta."

H.R Ibnul Jauzi dalam mutsirul gharam

Huraian :

di akhir zaman , ramai orang menyalahgunakan haji bukan untuk mencari keredhaan Allah semata mata. 

abdullah bin mas'ud pernah berkata," di akhir zaman nanti ramai orang kaya yang akan pergi ke Mekah tanpa suatu sebab (tujuan syari'ie). Perjalanan ke sana menjadi mudah sekali dan rezeki pun melimpah ruah. malangnya mereka kembali dari mekah dengan tangan kosong. tidak ada pahala atau ganjaran yang diperolehi.  orang ini memacu kenderaannya di padang pasir (bersusah payah dalam perjalanan ) dan mengeluarkan biaya yang banyak sedangkan jirannya yang tinggal di sebelah rumah mengikat perut menahan lapar.  ia tidak mempedulikan mereka dan tidak membantu nya."










HADIS 41 - EKONOMI MENINGKAT, PEREMPUAN BEKERJA DAN KEMUDAHAN ALAT TULIS MENULIS

daripada Abdullah bin Mas'ud   , Rasulullah bersabda 

"Sesungguhnya apabila kiamat hampir tiba,  Orang hanya memberi salam kepada yang dia kenal sahaja. (1) 

(2) Perniagaan akan maju pesat, sehingga wanita membantu suaminya bekerja

(3) Ramai orang memutuskan silaturrahim (hubungan kekeluargaan ) 

(4) Banyak saksi palsu

(5) Orang sering menyembunyikan kesaksian yang benar 

(6) Akan banyak kemudahan alat tulis ".

H.R Ahmad

Huraian :

di akhir zaman , umat hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja dan tidak pada yang tidak dikenali , tidak seperti yang dianjurkan dalam islam untuk beri salam pada semua orang.  ini menunjukkan kemesraan sesama muslim sudah berkurangan.

para wanita juga banyak bekerja di luar rumah kerana mahu menambahkan pendapatan keluarga manakala anak anak pula diserahkan kepada pembantu rumah untuk dijaga. dalam keadaan ini anak anak berisiko menjadi mangsa kehilangan kasih sayang ibu bapa .








HADIS 42 -  GOLONGAN YANG SELAMAT

daripada Auf bin Malik , Rasulullah bersabda , "umat yahudi telah berpecah belah menjadi 71 golongan, maka hanya 1 golongan sahaja yang akan masuk syurga dan 70 golongan lagi akan masuk neraka. dan umat nasrani telah berpecah belah menjadi 72 golongan, maka hanya 1 golongan sahaja yang akan masuk syurga dan 71 golongan lagi akan masuk neraka , demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi 73 golongan,  hanya 1 golongan sahaja yang akan masuk syurga dan 72 golongan lagi akan masuk neraka. sahabat bertanya, "golongan manakah yang selamat ? ". nabi menjawab , " Mereka adalah al Jamaah". ( golongan ahli sunnah wal jamaah ).

H.R Ibnu Majah

Huraian :



INTISARI KITAB 

1) Hendaklah kita berusaha mencari ilmu pengetahuan agama, terutama ilmu fardhu ain disusuli ilmu fardhu kifayah. pada setiap hari, pastikan kita dapat meluangkan masa mencari ilmu fardhu ain dari ulama' yg soleh .

2) Hendaklah kita berusaha untuk membersihkan hati dari sifat sifat kotor dan sentiasa bermujahadah untuk menghilangkan sifat sifat tercela seperti cinta dunia dan takut mati. untuk ini, kita perlu mempelajari ilmu tasawwuf serta menghayatinya dalam kehidupan.

3) Hendaklah kita berhati hati dalam mencari nafkah dan menjauhi yang haram dan jangan menzalimi harta orang lain kerana tubuh badan yang tumbuh dari makanan yang haram pasti akan dibakar api neraka. 

4) Hendaklah kita meluangkan waktu untuk mendidik anak anak dan isteri kita dan berusaha supaya mereka dapat mengikuti ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah.

5) Hendaklah kita memberi waktu yang cukup setiap hari untuk membaca al Quran . bacalah dengan baik dan berusahalah untuk memahami makna al Quran. 

6) Hendaklah kita menginfakkan sebahagian dari rezeki kepada keluarga yang memerlukan dan kepada orang lain yang kurang berkemampuan , kerana sedekah itu ialah sebahagian dari bekal kita untuk di bawa ke akhirat.

7) Hendaklah kita hidup untuk agama Islam yang dicintai ini, memberi pengorbanan yang sewajarnya untuk islam di samping berusaha gigih untuk memperjuangkannya. 


No comments:

Post a Comment