Tuesday, 25 February 2020

KOLEKSI AYAT-AYAT HADIS = BERKENAAN NERAKA


  1. "Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0940.Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang mempunyai emas perak, tetapi dia tidak membayar zakatnya, maka hari kiamat kelak dibuatkan untuknya seterika api yang dinyalakan dalam neraka jahanam, lalu diseterikakan ke perut dan punggungnya. Setiap seterika itu dingin, dipanaskan kembali lalu di seterikakan pula kepadanya. Begitulah berulang-ulang setiap hari selama lima puluh tahun, sampai perkaranya diputuskan. Setelah itu barulah dia melihat jalannya keluar, adakalanya ke syurga dan adakalanya ke neraka." Lalu beliau ditanya orang, 
  2. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1470.
    Dari Abdullah bin Amru katanya;Setelah selesai solatnya, beliau bersabda: "Tadi telah diperlihatkan padaku syurga, andai ata aku hulurkan tanganku, tentunya aku dapat memetik salah satu dari buahnya. Dan telah diperlihatkan padaku neraka, sehingga aku merintih kerana takut bila kalian tidak akan kuat menanggung panasnya api neraka. Didalam neraka aku lihat, ada seorang yang pernah mencuri dua ekor kambing Rasulullah saw dan kulihat pula seorang dari suku Banu Du'du, yang biasa mencuri barang-barang milik orang haji. Dan diperlihatkan pula pada ku, ada seorang wanita hitam yang tinggi tubuhnya, dia diseksa di api neraka, dikeranakan dia telah mengikat kucing dan tidak diberi makan dan minum olehnya
  3. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2712.
    dari Abud Darda' berkata :"Rasulullah SAW bersabda : Lapar dicampakkan kepada penghuni neraka maka seksa lapar membandingi seksa lain Yang telah menimpa mereka, lalu mereka minta tolong maka ditolong dengan makanan berupa pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar, lalu minta tolong untuk diberi makanan lagi, maka di tolong dengan makanan yang tersekat di kerongkongan dengan minuman lalu mereka minta tolong untuk diberi minuman, maka air yang mendidih diserahkan kepada mereka dengan penyapit besi. Apalagi air panas itu dekat dengan muka mereka, nescaya membakar muka-muka mereka, apabila air itu masuk di perut mereka, nescaya air itu memotong-motong apa yang ada di perut mereka, lalu mereka berkata :"Panggillah para penjaga neraka Jahannam". Kemudian penjaga Jahannam berkata :"Apakah para Rasul tidak datang kepada mu dengan membawa keterangan ?" Mereka menjawab :"Ya", Para penjaga Jahannam berkata :"Panggillah, dan tiada panggilan orang-orang kafir kecuali dalam kesesatan". Nabi SAW bersabda :"Mereka berkata panggillah malaikat Malik !". Mereka berkata :"Hai Malik ! mintalah kepada Tuhan mu agar Dia mematikan kami ?". Beliau SAW bersabda :"Malik menjawab mereka :"Sesungguhnya kamu hidup abadi". Al A'masy berkata :"Aku diberi tahu bahawa jarak waktu antara panggilan mereka dan antara jawaban Malik kepada mereka adalah seribu tahun. Beliau SAW bersabda :"Mereka berkata panggilah Tuhan mu, kerana tidak ada seorang pun yang lebih baik dari pada Tuhan mu !". Lalu mereka berkata :"Wahai Tuhan kami, nasib buruk telah mendahului kami dan sungguh kami kaum yang tersesat. Wahai Tuhan Kami, keluarkanlah kami dari neraka lalu jika kami kembali dalam kesesatan sungguh kami orang-orang yang zalim. Beliau bersabda : "Allah menjawab mereka :"Pergilah padanya (tinggallah di neraka) dan jangan bicara kepadaKu"
  4. Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1764.
    Dari 'Adi bin Hatim r.a. bahawa Nabi saw. menyebut neraka, lalu memalingkan mukanya dan Mohon berlindung dari neraka. Kemudian beliau menyebutnya sekali lagi, lalu memalingkan mukanya dan Mohon berlindung dari neraka. Kemudian beliau bersabda: "Pelihara diri mu dari neraka, walaupun dengan memberikan sebelah kurma. Siapa yang tidak sanggup hendaklah dengan mengucapkan perkataan yang baik."
  5. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2610.
    Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya dari Nabi SAW bersabda :"Orang-orang sombong kelak dikumpulkan di hari qiamat seperti biji sawi dalam gambar laki-laki, mereka diliputi kehinaan yang datang dari setiap tempat, mereka digiring ke suatu tahanan di neraka Jahannam yang disebut Bulas di atas neraka, api segala api, mereka diberi minuman dari perasaan orang-orang ahli neraka, iaitu lumpur nanah yang mengalir dari kulit penghuni neraka". 
  6. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1935.
    Dari Abu Hurairah: Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung sehingga dia tewas, maka dia akan terus menerus dilemparkan dari gunung di neraka Jahanam selama-lamanya, barangsiapa yang bunuh diri dengan minum racun, maka dia akan terus menerus diminumi racun di neraka Jahanam selama-lamanya. Barangsiapa yang bunuh diri dengan sepotong besi, maka dia akan dipukuli dengan besi itu terus-menerus di neraka Jahanam selama-lamanya."
  7. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2713.
    dari Abu Sa'id Al-Khudri dari Nabi SAW bersabda : "para penghuni neraka di neraka bermuka muram", Beliau bersabda : "Mukanya dibakar api neraka, lalu bibirnya yang atas tersingsing hingga sampai di tengah kepalanya dan bibirnya yang bawah turun hingga menghentam perutnya"
  8. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4309.
    dari Abu Sa'id, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Adapun. penghuni neraka, yang mereka itu menjadi ahlinya, maka mereka tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup. Akan tetapi orang-orang yang tersentuh api neraka dengan sebab dosa-dosa atau kesalahan-kesalahan mereka, maka neraka itu akan membunuhnya sekali saja. Sehingga apabila tubuh mereka sudah menjadi arang, maka diperkenankan-lah syafaat bagi mereka. Lalu mereka didatangkan dalam kelompok-kelompok yan berbeza, dan disebarkan ke sungai-sungai syurga. Dan dikatakan: "Wahai penghuni syurga! Guyurlah mereka-dengan air surga-. 
  9. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2717.
    dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda :"Di nyalakan atas neraka Jahannam seribu tahun sehingga menjadi merah kemudian dinyalakan atasnya seribu tahun sehingga menjadi putih, kemudian dinyalakan atasnya seribu tahun sehingga menjadi hitam lalu neraka Jahannam hitam pekat".
  10. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2710.
    dari Abu Sa'id Al-Khud'ri dari nabi SAW bersabda : dalam menafsiri firman Allah : Kalmuhli :"Sepeti minyak yang keruh apabila didekatkan kepada mukanya, nescaya jatuhlah kulit mukanya di dalamnya".Dan dengan sanad ini pula dari Nabi SAW bersabda :"Sungguh yang mengelilingi neraka empat tembok, tebal setiap tembok itu perjalanan empat puluh tahun"Dan dengan sanad ini pula dari Nabi SAW bersabda :"Seandainya satu timba berisi nanah yang mengalir dari penghuni neraka menimpa kehidupan dunia nescaya penduduk dunia menjadi busuk baunya"
  11. Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0575.
    Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila hari sangat panas, maka undurkanlah solat hingga agak dingin, kerana panas yang bersangatan itu adalah wap dari api neraka. Kemudian beliau mengatakan, bahawa api neraka mengadu kepada Tuhannya supaya ia dibolehkan bernafas dua kali dalam setahun; satu kali dalam musim dingin dan satu kali dalam musim panas."
  12. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2606.
    dari Abdullah bin Mas'ud berkata : "Rasulullah SAW bersabda :"Maukah aku memberitahukan kepada mu siapa yang haram masuk neraka dan siapa yang api neraka haram atasnya ? Yaitu setiap orang yang dekat, lemah lembut serta mulia budi pekerti".
  13. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2027.
    dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang dermawan dekat kepada Allah dekat kepada syurga dekat kepada manusia, jauh dari neraka. Orang kikir jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia, dekat kepada neraka. Orang bodoh yang dermawan lebih dicintai oleh Allah dari pada ahli Ibadah yang kikir.
  14. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2968.
    dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw bersabda: "Seseorang yang pernah menangis kerana takut pada Allah,ia tidak akan masuk api neraka, hingga air susu dapat kembali ke buah dadanya. Dan seseorang yang terkena debu ketika jihad, maka ia tidak akan pernah terkena asap neraka Jahannam
  15. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1467.
    ari Abdillah ibnu Abbas katanya: Sabda beliau(nabi): "Demikian pula, aku diperlihatkan neraka, kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita", Tanya para sahabat: "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?" Sabda beliau: "Kebanyakan kaum wanita dimasukkan kedalam neraka, dikeranakan mereka banyak yang ingkar". Tanya para sahabat: "Apakah mereka, banyak yang ingkar kepada Allah?" Jawab Nabi: "Tidak, kebanyakan mereka tidak pandai berterima kasih pada kaum suami, walaupun kalian telah berbuat baik terhadap mereka, tetapi jika sekali saja kamu tidak berbuat baik, pasti mereka akan berkata: "Sedikitpun tidak pernah aku menerima kebaikan dari kamu."
  16. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2508.
    Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya , aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Kelak di hari kiamat seseorang akan dihadapkan, lalu dia dilemparkan ke neraka. Maka bertaburan isi perutnya keluar, lalu diputar-putar seperti keldai memutar kilangan. Maka berkumpul dekatnya penduduk neraka, lalu mereka bertanya, "Hai Fulan! Apa dosamu? Tidakkah engkau menyuruh dengan yang makruf (baik) dan mencegah yang mungkar?" Jawabnya, "Ada! Aku menyuruh yang makruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakan. Dan aku melarang yang mungkar tetapi aku sendiri melanggarnya."
  17. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0254.
     dari Jabir bin Abdullah: Bahawasanya Nabi SAW. bersabda: "Janganlah kamu sekalian belajar ilmu untuk menyombongkan diri kepada para ulama, janganlah untuk menghina orang-orang bodoh dan janganlah kamu sekalian agar menjadi pilihan suatu majlis. Barangsiapa yang melakukan demikian, maka neraka, sekali lagi, neraka adalah tempatnya
  18. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1582.
    dari Ibnu 'Abbas, dia berkata; Rasulullah SAW. berkata: "Meratapi mayat adalah termasuk tradisi Jahiliyah. Maka sesungguhnya wanita yang meratap kalau dia tidak bertaubat, sebelum meninggal dunia, maka sesungguhnya dia akan dikirimi, besok pada hari kiamat, sebuah baju dari aspal, kemudian di atasnya terdapat baju dari jilatan api neraka".
  19. Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0087.
    dari Abdullah bin Amar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat suatu kaum yang tumit mereka tampak kering. Maka beliau bersabda: "Neraka Wail untuk tumit-tumit (yang tak dikena air wuduk)", sempurnakanlah wuduk."
  20. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2211.
    Dari Abu Hurairah katanya: "Telah bersabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 tahun".
  21. Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1451.
    Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda' "Apimu di dunia ini sepertujuh puluh api neraka". Ada orang berkata: "Keadaannya sudah mencukupi". Beliau bersabda: "Ditambah lagi dengan enam puluh sembilan kali panasnya dari api di dunia"
  22. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3685.
     dari Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Pada hari kiamat manusia membentuk suatu barisan (Ibnu Numair berkata: Yakni penghuni surga), lalu ada seseorang dari ahli neraka melawati seseorang (dari ahli surga), maka dia berkata: "Hai Fulan! Tidakkah engkau ingat, pada hari dimana engkau minta minum kepadaku, lalu aku memberimu seteguk air?" Maka diapun memberinya syafaat. Dan seorang lagi lewat, lalu berkata: "Tidakkah engkau ingat, pada hari dimana aku memberimu air wudhuk?" Maka diapun memberinya syafaat. Ibnu Numair berkata: "Dan seseorang berkata: "Hai Fulsn! Tidakkah engkau ingat pada hari di mana engkau mengutus-ku untuk keperluan demikian dan demikian, lalu aku pergi untukmu? Maka diapun memberinya syafaat". 
  23. Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1450.
    Dari Aisyah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Demam panas itu dari gejolak neraka, maka dinginkanlah dengan air".
  24. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3490.
     Abi Said dan Abi Hurairah bahawa mereka menjadi saksi atas Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda: "Barang siapa membaca:(Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar) maka Allah membenarkannya dan berfirman: "Tiada Tuhan selain Aku dan Aku Maha Besar" dan jika dia mengucapkan:(Tiada Tuhan selain Allah sendirian) Maka Allah berfirman: Tiada Tuhan selain Aku dan Aku sendirian, dan jika dia membaca:(tiada Tuhan selain Allah tidak ada yang menyekutukanNya), maka Allah berfirman: Tiada Tuhan selain Aku sendiri, tidak ada sekutu bagiKu, dan jika dia membaca:(Tiada Tuhan selain Allah hanya bagiNya kerajaan dan hanya bagi Nya segala puji), maka Allah berfirman: "Tiada Tuhan selain Aku, hanya bagiKu kerajaan dan hanya bagiKu segala puji", dan jika membaca:(Tiada Tuhan selain Allah tiada daya dan kekuatan selain dengan Allah), maka Allah berfirman: "Tiada Tuhan selain Aku dan tiada daya dan kekuatan selain denganKu", dan Beliau bersabda: "Barang siapa mengucapkan kalimat-kalimat itu pada waktu sakit kemudian meninggal dunia, nescaya neraka tidak memakannya."
  25. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4324.
    dari Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda "Dikirimlah tangis kepada ahli neraka. Lalu mereka menangis sehingga habis air matanya. Kemudian mereka menangis dengan tetesan darah sehingga jadilah pada wajah mereka seperti bentuk parit. Sekiranya dilepaskan kapal pada wajah tersebut, tentu akan dapat berjalan"
  26. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4197.
    dari 'Abdullah bin Mas'ud, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Tiada seorang hamba beriman yang keluar dari kedua belah matanya air mata, meskipun hanya seperti kepala lalat, kerana takut lerhadap Allah, kemudian air mata tersebut mengenai sebahagian dari pipinya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka"
  27. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1674.
     Abu Umamah dari Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa berpuasa sehari kerana mengharapkan keridhaan Allah, maka Allah menjadikan antara dia dan neraka akan parit (lubang) yang luasnya seperti luas antara langit dan bumi".
  28. Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0167.
    Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Sekurang-kurang seksa penduduk neraka ialah seksa yang diderita Abu Thalib. Dia memakai sepasang terompah yang membuat otaknya menggelegak."
  29. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0216.
    dari Ali bin Abu Thalib, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalkannya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima pertolongannya untuk sepuluh orang ahli keluarganya, padahal mereka itu semua memperoleh ketentuan neraka."
  30. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2507.
    Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang hamba (manusia) yang berbicara dengan pembicaraan yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), maka dia akan terlempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.
  31. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2211.
    Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tahukah kamu apa erti muftis ?" Jawab para sahabat. "Muflis menurut kami ialah orang yang tidak punya wang dan tidak punya harta." Sabda Rasulullah saw., "Muflis dari umat ku akan datang kelak di hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat; dan membawa dosa kerana dia pernah memaki orang, pernah menuduh-nuduh orang, pernah memakan harta orang, pernah membunuh orang, dan pernah memukul orang, maka diberikan pahala kebaikannya kepada orang-orang yang dizaliminya. Jika pahala kebaikannya habis sebelum terbayar lunas kepada orang-orang yang dizaliminya, maka diambil dosa-dosa mereka yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian dia di lemparkan ke neraka."
  32. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1929.
    Dari Jabir r.a. katanya: "" Sabda Rasulullah saw., "Setiap minuman yang memabukkan haram. Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla telah menjanjikan bagi orang yang meminum minuman memabukkan akan diberiNya (kelak di akhirat) sejenis minuman terbuat dari "thinatil khabal". Lalu para sahabat bertanya. "Ya, Rasulullah! Apa itu thinalil khabal?" Jawab beliau, "Keringat penduduk neraka."
  33. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2055.
    Dari Abu Dzar katanya; "Rasulullah saw pernah memberitahukan padaku bahawa di hari kiamat kelak manusia akan dikumpulkan dalam tiga gelombang. Gelombang pertama diberi kenderaan, makanan dan pakaian. Gelombang kedua diseret oleh para malaikat diatas wajah-wajah mereka ke api neraka dan gelombang ketiga berjalan serta merangkak kemudian didatangkan kematian atas mereka oleh Allah, sehingga setiap orang akan mati, sampaipun seorang pemilik kebun yang sedang menunggu masa panennya, tetapi dia tak akan menunggu hingga tibanya masa panennya, sebab dia telah keburu dimatikan oleh Allah."
  34. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2792.
     Ibnu Kaab bin Malik dari ayahnya berkata :"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Barang siapa mencari ilmu agar diperlakukan sebagai seorang yang pandai untuk berbantah dengan orang-orang yang bodoh atau menarik perhatian manusia kepadanya, nescaya kelak Allah memasukkannya ke neraka"
  35. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1783.
    Ummu Habibah isteri Nabi saw menyampaikan sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang melakukan solat sunat empat rakaat sebelum zuhur dan empat rakaat sesudahnya, maka Allah akan menjauhkan jasad orang itu dari sentuhan api neraka"
  36. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2706.
     dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda :"Tebalnya kulit orang kafir itu empat puluh dua hasta, sesungguhnya giginya seperti gunung Uhud dan sesungguhnya tempat duduknya di neraka sepanjang antara Mekah dan Madinah" .
  37. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4280.
     (Abu Sa'id) berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Ash-Shirath diletakkan diantara dua permukaan neraka jahannam. Di atas tumbuh-tumbuhan berduri seperti pohon Sa'dan. Kemudian manusia sama-sama minta izin -lewat-. Sebagian lalu dengan selamat. Sebagian lagi tidak sempurna, kemudian selamat dan tertahan di situ. Dan sebahagian lagi terbalik dan jatuh ke dalamnya"
  38. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2703.
     dari Abu Hurairah berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Gusi orang kafir pada hari kiamat seperti gunung Uhud dan pahanya seperti gunung Baidha' dan tempat duduknya di neraka sepanjang perjalanan tiga hari seperti (jarak antara desa) Rabdzah (dan Medinah)".Kata-kata seperti Rabdzah Maksudnya seperti jarak antara Madinah dan Rabdzah, dan Baidha' adalah gunung
  39. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3724.
    dari Abu Dzar, dia berkata: "Nabi saw. melewatiku, sementara aku tidur menelungkup, Lalu beliau membangunkan aku dengan kakinya, seraya berkata: "Hai Junaidib! Sesungguhnya ini adalah tidurnya penghuni neraka".
  40. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3669.
    Uqbah bin 'Amir berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu dia sabar mengasuh mereka, dan memberi mereka makan, minum dan pakaian dari kekayaannya, maka mereka akan menjadi hijab baginya dari api neraka pada hari kiamat"
  41. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3035.
    Dan Ahdiil A'la ibnu 'Ady Al Bahrany dari Tsaubah (maula Rasulullah saw) berkata: "Rasulullah .saw. bersabda; "Dua golongan dari umatku pasti akan dibebaskan Allah dari api neraka . Golongan yang turut dalam perang India dan golongan yang pada akhir zaman turut bersama Nabi isa as.
  42. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3034.
     Abu Hurairah ra berkata: "rasulullah saw pernah menerangkan kepada kami tentang perang India. Kerana itu jika kau nanti mendapatkannya , maka aku akan menginfakkan jiwa dan hartaku untuk perang itu, agar kalau aku gugur , maka akau akan menjadi syahid yang paling utama diantara syuhada' dan kalau aku kembali, maka aku (Abu Hurairah) yang telah bebas dari api neraka."
  43. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0256.
    dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Berlindunglah kamu sekalian kepada Allah dari Jubbul-Hazan- sumur kesedihan--". Para sahabat bertanya: "Apa itu Jubbul-Hazan?" Beliau menjawab: "yaitu jurang di neraka Jahannam. Jahannam yang dimohon untuk berlindung dari padanya itu setiap hari 400 (empat ratus) kali." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang memasukinya itu?" Beliau menjawab: "--Jubbul-Hazan" disediakan untuk para pembaca Al-Quran yang berbuat riak akan amal mereka. Dan sesungguhnya para ahli Al-Qur'an yang paling dibenci oleh Allah adalah mereka yang selalu mengunjungi para pejabat pemerintah". Al-Muharibiy berkata: "yakni kepada orang-orang yang zalim. 
  44. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1284.
     Abu Hurairah berkata: "Rasulullah telah bersabda: "Jika salah seorang dari kalian sedang bertasyahud, maka mohonlah perlindungan dari empat macam: dari seksa neraka jahannam, seksa kubur, fitnah hidup dan mati, dan dari kejahatan Dajjal, setelah itu berdoalah sesukanya.
  45. Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1855.
    Dari Samurah bin Jundab r.a. katanya: Rasulullah saw. acapkali menanyakan kepada sahabat-sahabatnya: "Adakah seseorang di antara kamu yang bermimpi?" Lalu orang yang bermimpi itu menceritakan kepada Nabi akan mimpinya. Pada suatu pagi beliau bercerita, bahawa pada malam tadi beliau bermimpi. Datang dua orang dan mengajak berjalan bersama-sama. Kemudian aku berjalan bersama-sama dengan kedua orang itu. Kami sampai kepada seorang laki-laki yang terbaring dan kebetulan seorang lagi berdiri memegang sebuah batu besar dan menjatuhkan batu besar itu di atas kepala orang yang sedang berbaring. Maka pecahlah kepalanya dan batu itu berguling tidak jauh dari situ. Oleh orang yang menjatuhkan batu tadi dikejarnya batu itu dan diambilnya. Tetapi sebelum dia kembali, kepala orang yang pecah tadi sihat sebagai semula. Lalu diulanginya menjatuhkan batu itu sekali lagi sebagai yang diperbuatnya tadi. Aku menanyakan kepada keduanya: "Subhanallah! Siapakah kedua orang itu (yang berbaring dan yang berdiri"?" Kata keduanya: "'Berjalan terus!" Lalu kami berjalan dan bertemu dengan seorang laki-laki sedang tidur menelentang dan yang seorang lagi berdiri memegang sebuah senjata dari besi. Dia berdiri dari sebelah laki-laki yang tidur itu, lalu dipotongnya dari rahangnya sampai ke tengkuknya dan dari hidung sampai ke tengkuknya dan dari matanya sampai ke tengkuknya, sehingga putus. Kemudian itu, dia pindah ke sebelah yang lain dan diperbuatnya pula sebagai perbuatannya yang tadi. Tetapi sebelum dia selesai berbuat pada yang sebelah, luka tadi telah sihat kembali sebagai semula. Diulanginya sekali lagi sebagai yang diperbuatnya dahulu. Aku bertanya: "Subhanallah!" Siapa kedua orang ini?" Jawabnya: "Jalan terus!" Lalu kami berjalan dan sampai kepada suatu bangunan serupa tungku api dan di situ kedengaran suara hiruk pikuk. Lalu kami tengok ke dalam, kebetulan di situ ada beberapa orang laki-laki dan perempuan yang bertelanjang. Dari b awah mereka datang nyala api dan apabila kena nyala api mereka memekik. Aku bertanya: "Siapakah orang ini?" Jawabnya: "Jalan terus, jalan terus!" Lalu kami berjalan dan bertemu dengan sebuah sungai yang berwarna merah seperti darah. Kebetulan dalam sungai itu ada seorang yang berenang, sedang di tepi sungai ada seorang lagi yang mengumpulkan di dekatnya batu yang banyak. Apabila orang yang berenang itu telah berenang agak seketika, dia datang kepada orang yang mengumpulkan batu, dengan mengangakan mulut lalu dilemparkan batu ke mulut orang yang berenang itu. Kemudian dia berenang dan kembali kepada orang yang mengumpulkan batu dengan mengangakan mulutnya, lalu dilemparkan pula batu ke mulutnya. Aku bertanya: "Siapakah kedua orang ini?" Jawabnya: "Jalan terus, jalan terus!" Kami terus berjalan dan bertemu dengan seorang laki-laki yang sangat buruk mukanya, lebih buruk dari yang pernah engkau lihat. Dekat orang itu ada api yang dinyalakannya dan dia berlari-lari keliling api itu. Aku b ertanya: "Siapakah orang ini?" Jawabnya: "Jalan terus, jalan terus!" Lalu kami berjalan terus dan bertemu dengan sebuah kebun yang menghijau dan di situ kelihatan cahaya kesuburan. Di tengah kebun itu kelihatan seorang laki-laki yang tinggi, sehingga hampir kepalanya tidak kelihatan kerana tingginya. Di keliling laki-laki itu banyak anak-anak yang belum pernah ku lihat sebanyak itu. Aku bertanya: "Siapa laki-laki itu dan siapa anak-anak itu?" Jawabnya: "Jalan terus, jalan terus!" Lalu kami berjalan dan bertemu dengan sebuah kebun yang sangat lebar, belum pernah aku melihat kebun yang selebar dan sebagus itu. Dikatakan kepada ku: "Naiklah!" Lalu kami naik dan sampai ke sebuah kota yang bangunannya terbuat dari batu-bata emas dan batu-bata perak. Setelah sampai di pintu gerbang kota, kami suruh buka, lalu dibuka dan kami masuk ke dalamnya. Kami bertemu di situ dengan beberapa orang yang sebahagian tubuhnya amat elok, lebih elok dari apa yang pernah engkau lihat, sedang sebahagian tubuhnya sangat buruk dan lebih buruk dari apa yang pernah engkau lihat. Kedua orang tadi menyuruh mereka pergi dan masuk ke dalam sebuah sungai. Kebetulan sungai itu sangat lebar, airnya mengalir dan berwarna putih bagai air susu. Lalu mereka pergi dan masuk ke dalam sungai. Kemudian mereka kembali kepada kami, sedang rupa yang buruk itu telah hilang dari mereka dan kerananya telah mempunyai rupa yang elok. Dikatakan kepada ku: "Inilah syurga Aden dan di situ tempat engkau!" Lalu aku melihat ke atas, maka kelihatan lah sebuah istana sebagai awan putih. Kata keduanya kepada ku: "lnilah tempat engkau!" Aku mengatakan kepada keduanya: "Kiranya kamu diberkati Allah! Biarkanlah aku masuk ke dal amnya!" Jawabnya: "Sekarang belum boleh, tetapi engkau pasti masuk ke situ." Aku mengatakan kepada keduanya: "Sesungguhnya aku telah melihat sejak tadi beberapa keajaiban dan apakah ertinya segala yang ku lihat itu?" Jawabnya: "Akan kami terangkan kepada engkau erti semuanya." Adapun yang mula-mula engkau temui, iaitu orang yang dipecah kepalanya dengan batu, itulah orang yang mempelajari Quran, kemudian dibuangnya saja (tidak dibacanya) dan dia tidur meninggalkan solat yang wajib. Orang yang engkau temui dipotong dari rahangnya sampai ke tengkuknya, dari hidungnya sampai ke tengkuknya dan dari matanya sampai ke tengkuknya, itulah orang yang berangkat di pagi hari dari rumahnya dengan mengucapkan perkataan bohong yang sampai tersebar ke segenap penjuru. Laki-laki dan perempuan bertelanjang yang berada dalam bangunan serupa tungku, Itulah laki-laki dan perempuan, yang berzina. Orang yang engkau temui berenang dalam sungai dan dilemparkan batu ke dalam mulutnya, Itulah orang yang memak an riba. Orang yang amat buruk rupanya, berada dekat api yang dinyalakannya dan berlari keliling api, itulah Malik penjaga neraka. Laki-laki yang tinggi dalam kebun ialah Ibrahim a.s. sedang anak-anak yang di kelilingnya ialah anak-anak yang meninggal di waktu kecil. Sebahagian orang Islam yang hadir bertanya: "Ya Rasulullah! Juga anak-anak orang musyrik?" Jawab Nabi: "Juga anak-anak orang musyrik ." Orang-orang yang sebahagian tubuhnya elok dan sebahagian lagi buruk, itulah orang yang mempercampur - baurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan yang buruk. Kiranya Allah mengampuni dosa mereka!"
  46. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2702.
     dari Abu Sa'id dari Nabi SAW bersabda :"Sha'ud adalah gunung dari api neraka tempat orang kafir selama tujuh puluh tahun dan turun di dalamnya tujuh puluh tahun pula selama-lamanya"
  47. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2701.
    :"Utbah bin Shazwan berkata di atas mimbar kita ini iaitu mimbar Bashrah dari Nabi SAW bersabda :"Sesungguhnya batu yang besar dilemparkan dari bibir Jahannam lalu jatuh di dalamnya tujuh puluh tahun belum sampai ke dasarnya". Utbah berkata :"Umar berkata :"Perbanyaklah ingat kepada neraka kerana sesungguhnya panasnya amat sangat, sesungguhnya dasarnya jauh dan sesungguhnya alat pemukulnya terbuat dari besi".
  48. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2698.
    Abdullah bin Mas'ud berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Di datangkan di neraka Jahannam pada hari kiamat tujuh puluh ribu tali pengikat setiap tali pengikat disertai tujuh puluh ribu malaikat yang menariknya.

No comments:

Post a Comment