- mengalir sungai-sungai
- ahli syurga kekal di dalamnya
- syurga seluas langit dan bumi
- ada tempat berteduh dinaungi dalam syurga
- ada mata air terpancar
- terdapat mahligai-mahligai syurga
- mahligai tinggi bertingkat-tingkat dan mengalir sungai dibawahnya
- diedar pinggan-pinggan besar dan piala-piala emas,
- sungai dari air yang tak berubah rasa dan bau, sungai dari susu, sungai dari arak , sungai dari madu suci , bersih
- dihidang buah-buah, dan daging pelbagai jenis
- pelayan anak-anak muda seolah-olah mutiara tersimpan. dan mutiara bertaburan
- ada 2 macam dari tiap-tiap jenis buah, ( biasa dan luar biasa )
- ada hamparan yg lapisan dalam dari sutera tebal bersulam
- buah-buahan dekat untuk dipetik
- menghijau subur tanaman
- bantal dan cadar-cadar hijau serta permaidani indah
- pelayan laki anak muda bawa piala-piala minuman dan teko-teko berisi arak yg tidak memening dan memabukkan dari sungai yg mengalir
- pelbagai buah-buah dan daging burung-burung
- tiada kata-kata yg sia-sia
- ada pohon bidara tak berduri dan pohon pisang tersusun rapi buah
- tempat tidur tertinggi keadaannya.
- minuman dalam piala berisi minuman kafur iaitu mata air di syurga
- tiada matahari ( hawa panas ) dan tidak terlalu sejuk
- naungan pohon-pohon syurga yang dekat dan mudah dipetik buah-buah
- dihidang oleh pelayan bejana perak dan piala-piala minuman laksana kaca dari perak dan diisi sekadar kehendak ahli syurga dan diberi minuman campuran "zanjabil" iaitu mata air di syurga disebut sifatnya "salsabil"
- pakaian ahli syurga dari sutera halus dan tebal warna hijau , memakai gelang tangan warna perak
- taman-taman bunga, dan kebun2 buah seperti anggur
- minuman dari bekas termeterai kasturi, campuran minuman "tasniim" yakni mata air
- syurga penduduk yang paling rendah tahapnya 10x ganda luas dunia
- ada pasar di syurga, dikunjungi pada hari jumaat mengikut hari dunia,
- istana-istana tempat tinggal ahli syurga
- syurga ada 100 darjat. setiap darjat, sejarak langit dan bumi
- ada khemah dari mutiara-mutiara berlubang, tempat tinggal ahli keluarga
- ada kuda dari yakut merah yang menerbangkan ahli syurga ke mana sahaja dimahukan
- segala dimahukan dan dihajati oleh hawa nafsu akan ditunaikan
- serendah-rendah ahli syurga ada 80 pembantu, memiliki 70 orang isteri , terdiri sebuah kubah terbina dari mutiara lu'lu' dan zabarjad, dan yaqut
- di kepala ahli syurga , ada mahkota ,serendah-rendah mahkota itu dapat menyinari timur dan barat
- jika menginginkan anak, kehamilan,kelahiran dan kesempurnaan umurnya hanya dalam sesaat seperti yg diinginkan.
- makanan terawal ahli syurga ialah hujung hati ikan, kemudian daging lembu yang dipelihara di pinggir syurga
- terdapat sesuatu yang mata tidak pernah melihatnya dan telinga belum pernah mendengarnya dan tidak pernah tersirat dalam hati sanubari
- terdapat pepohonan di mana orang yang baikkenderaan berada dalam naungan selama seratus tahun tidak ada putus-putusnya
- pakaian kepadanya dari pakaian syurga yang berwarna hijau
- terdapat kubah-kubah dari permata dan tanahnya dari kasturi."
- Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik/tampan dan indah.
- seandainya kenikmatan syurga sekadar apa yang boleh dibawa oleh kuku nampak di dunia, nescaya terhiaslah antara sudut langit dan bumi kerananya.
- seandainya seorang laki-laki dari ahli syurga tampak di dunia kemudian tampak gelangnya, nescaya ia menghapus cahaya matahari sebagaimana matahari menghapus cahaya bintang"
- ahli syurga yang paling rendah kedudukannya adalah orang yang melihat pada kebunnya, isterinya, kenikmatannya, para pembantunya dan kesenangannya perjalanan seribu tahun
- penghuni syurga yang berdarjat tinggi, dilihat oleh penghuni syurga yang berada di bawah mereka. Seperti halnya melihat bintang yang terbit di ufuk dari ufuk-ufuk langit
- Allah Azza wa Jalla mengahwinkannya dengan tujuh puluh dua orang istri; dua orang diantaranya dari golongan bidadari, dan tujuh puluh yang lain dari warisannya yang berasal dari ahli neraka.
- syurga itu terdapat cahaya yang berkilau-kilau, dan wangi-wangian yang berhembus, dan istana yang menjulang tinggi, dan sungai yang mengalir, dan buah-buahan yang banyak dan masak,
- di syurga ada lautan air, lautan madu, lautan air susu dan lautan arak, kemudian sungai-sungai itu dialirkan setelah penghuni syurga telah memasukinya"
- jarak antara dua pintu dari pintu syurga seperti jarak antara Mekah dan Bushra (Bashrah)
- ingin sekali bercocok-tanam. Lalu orang itu pun menabur benih. Dalam sekejap mata benih itu tumbuh menjadi besar dan berbuah. Buahnya besar sekali seperti gunung.
- seandainya wanita penghuni syurga tampak di atas bumi, nescaya memerangi antara langit dan bumi dan tentu memenuhi bau harum antara keduanya dan sungguh tudung di atas kepalanya lebih baik daripada dunia seisinya."
- pepohonan dalam syurga melainkan batangnya dari emas"
- "Syurga apa bahan bangunannya ?" Beliau menjawab :"Batu bata yang dibuat dari perak dan emas, pelapurnya adalah minyak misik yang sangat harum, kerikilnya adalah mutiara dan yaqut, dan tanahnya adalah za'faran. Barang siapa memasukinya nescaya ia merasa nikmat dan tidak sengsara, tinggal abadi dan tidak mati, tidak rusak.
Sifat-sifat ahli syurga :
- dicabut dendam dan hasad dengki dalam hati
- dicabut hasad dengki dalam hati , suasana kasih mesra dan bersaudara, dan duduk berhadap-hadap atas pelamin dan tiada kesusahan dan kekal didalam
- dihias gelang-gelang tangan emas dan pakaian sutera nipis dan tebal bersulam dan berehat dengan berbaring atas pelamin-pelamin berhias.
- dihiasi gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian sutera , ahli syurga diberi petunjuk ucap kata-kata baik.
- dapat segala dihajati dan kekal didalam
- ahli dengan gelang2 tangan dari emas dan mutiara dan pakaian dari sutera ,kekal dan tiada letih dan lesu.
- leka nikmati kesenangan , bersuka ria di tempat teduh dengan pasangan2(bidadari) sambil duduk berbaring atas pelamin , dapat pelbagai jenis buah-buahan , dapat segala apa sahaja mereka mahu dan segala hajat , ucapan salam sejahtera dari Allah.
- Penghuni syurga saling menghadap yang lain , berbincang dan bertanya-tanya .
- Ahli-ahli syurga duduk berbaring atas pelamin-pelamin berderet , teman mereka ialah bidadari-bidadari putih melepak , luas cantik mata , dan dapat tinggal bersama-sama zuriat keturunan yg beriman , dihidang buah-buah, daging pelbagai jenis dapat minum dalam piala berisi arak tidak memabukkan. dilayan anak-anak muda seolah-olah mutiara tersimpan. Ahli-ahli syurga berhadap -hadap satu sama lain bertanya-tanya ( berkata, di dunia selalu takut derhaka pada Allah )
- Ahli syurga bersenang-senang ( berbaring-baring ) atas bantal dan cadar-cadar hijau warna serta permaidani indah.
- muka putih gilang-gemilang
- berumur tiga puluh tahun di syurga,
- Ahli syurga masuk syurga halus kulit, muda, bercelak, berumur tiga puluh tahun .
- Nabi Adam tingginya enam puluh hasta. Maka setiap orang yang masuk syurga serupa dengan Adam
- seandainya wanita penghuni syurga tampak di atas bumi, nescaya memerangi antara langit dan bumi dan tentu memenuhi bau harum antara keduanya dan sungguh tudung di atas kepalanya lebih baik daripada dunia seisinya."
SIFAT-SIFAT BIDADARI
- bersuka ria di tempat teduh dengan pasangan2(bidadari) sambil duduk berbaring atas pelamin ,
- Bidadari-bidadari yg hanya memandang asyik hanya pada mereka, amat indah dan luas matanya, putih kekuning seperti telur burung kasuari tersimpan elok.
- bidadari-bidadari yang melihat mereka semata-mata yg sebaya umurnya
- bidadari putih melepak , luas cantik matanya
- teman mereka ialah bidadari-bidadari putih melepak , luas cantik mata
- bidadari-bidadari hanya pandangannya tertumpu pada lelaki syurga (suaminya) dan cantik seperti permata delima dan marjan.
- Teman bidadari-bidadari baik akhlak dan cantik parasnya
- dilayan bidadari-bidadari cantik paras seperti mutiara tersimpan elok.
- isteri-isteri dicipta istimewa ( sentiasa dara, tetap cintai jodohnya, sebaya umur
- Setiap lelaki mempunyai dua isteri yang keduanya mempunyai betis tembus pandang sehingga kelihatan jantung betisnya bahagian dalam
- tujuh puluh dua orang istri; dua orang diantaranya dari golongan bidadari, dan tujuh puluh yang lain dari warisannya yang berasal dari ahli neraka.
- seandainya wanita penghuni syurga tampak di atas bumi, nescaya menerangi antara langit dan bumi dan tentu memenuhi bau harum antara keduanya dan sungguh tudung di atas kepalanya lebih baik daripada dunia seisinya."
- ada tempat kumpul bagi bidadari, mereka mengangkat suara mereka dengan nyanyian yang tidak pernah makhluk mendengar nyanyian seperti nyanyiannya
AMALAN-AMALAN UNTUK MASUK SYURGA
- taat Allah dan rasul
- balasan untuk sempurna nazar dan beri makan dihajati disukai pada org2 miskin dan anak2 yatim , sambil berkata dalam hati atau dengan lisan - amal mereka utk redha Allah semata-mata , bukan minta balasan dan ucapan terima kasih.
- mereka duduk bersama-sama dengan orang-orang yang sedang zikir, memanggil teman-temannya, berkerumun mengitari orang-orang yang sedang zikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruangan antara mereka dengan langit dunia.
- mukmin yang memberi makanan kepada orang mukmin yang lain kerana kelaparan,
- memberi minuman kepada orang mukmin yang lain kerana kehausan maka
- setiap mukmin yang memberi pakaian kepada orang mukmin yang lain kerana telanjang,
- Setiap orang muslim yang berwuduk, lalu disempurnakannya wuduknya sebagus mungkin, sesudah itu dia solat dua rakaat sekhusyu' mungkin, maka orang itu pasti masuk syurga.
- Siapa yang berwuduk, lalu disempurnakannya wuduknya itu sebagus-bagusnya, sesudah itu dia berucap: 'Asyhadu an la ilaha illallah, waanna Muhammadan 'abdullahi wa rasuluhu', pasti dibukakan baginya lapan pintu syurga yang dapat dimasukinya mana saja menurut kehendaknya."
- sayyidul istighfar - Tidaklah seseorang membacanya pada waktu petang lalu kematian datang kepadanya sebelum masuk waktu pagi melainkan wajib baginya masuk syurga dan tidaklah seseorang mengucapkannya di waktu pagi lalu kematian datang kepadanya sebelum masuk petang melainkan wajib baginya masuk syurga
- Sesungguhnya Aku telah memfardhukan atas umat-Ku lima kali solat. Aku pula telah mengikat janji, iaitu: Barang siapa memeliharanya tepat pada waktunya, Aku masukkan dia ke syurga.
- sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga. Beliau bersabda: "iaitu taqwa kepada Allah dan perangai yang baik",
- mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetik sampai dia pulang kembali."
- Barangsiapa yang melalui jalan seraya mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga.
- perempuan yang mati dan suaminya reda kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga
- Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom dari kesombongan,kesombongan adalah orang yang menolak kebenaran dan menghina manusia."
- Pernah ada dahan kayu terletak di tengah jalan, sehingga mengganggu jalannya orang-orang. Lalu seorang laki-laki menyingkirkannya. Maka dia dimasukkan syurga (kerana perbuatannya itu)
- membangun masjid kerana Allah baik iu kecil ataupun besar maka Allah membangunkan baginya rumah di dalam syurga.
- suatu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga?" Jawab ku, "Tentu, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Bacalah: Laa haula wa laa quwwata illa billah"
- Barangsiapa yang datang menjenguk saudaranya yang sakit, maka -berarti-- dia berjalan pada jalan syurga sehingga dia duduk. Maka bila dia duduk, maka dia dilimpahi rahmat. Maka kalau dia di pagi hari, malaikat memohonkan rahmat hingga petang hari. Dan kalau dia di petang hari, maka 70 (tujuh puluh) ribu malaikat memohonkan rahmat hingga pagi hari
- Bacalah: Subhaanallah wal-hamdu lillah wa laa ilaaha illallah wallahu akbar, nescaya ditanamkan bagimu dengan setiap satu (bacaan) nya, sebuah pohon di syurga".
- Siapa yang menolong menghilangkan kesusahan orang mukmin, Allah Taala menghilangkan pula kesusahannya di hari kiamat kelak.
- barang siapa menghidupkan sunnah ku, maka ia telah menghidupkan ku, dan barang siapa menghidupkan ku, maka kelak dia bersama ku di syurga"
- Dua macam perbuatan tidaklah seorang muslim memeliharanya melainkan masuk syurga iaitu membaca Subhanallah pada sesudah tiap-tiap solat wajib tiga puluh tiga kali dan membaca Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan membaca Allahu Akbar tiga puluh tiga kali dan membaca tasbih ketika hendak tidur sepuluh kali dan membaca Allahu Akbar sepuluh kali.
- berpuasa,mengiringkan jenazah ke pekuburan,memberi makan orang miskin , mengunjungi orang sakit - Siapa yang dapat melakukan perbuatan-perbuatan itu semuanya, nescaya dia masuk syurga.
- seseorang bertemu dengan sebuah ranting di tengah jalan, lalu dia berkata : Demi Allah, kusingkirkan ranting ini supaya tidak menyakiti kaum muslimin. Nescaya Allah Ta'ala memasukkannya ke syurga."
- ketika masuk kepasar membaca: "Laa ilaaha illallaah wahdah, laa syariikalah, lahul-mulku wa lahul-hamdu yuhhyii wa yumis, wa huwa hayyun laa yamut. biyadihil-khairu kulluhu wa huwa 'alaa kulli syaiin qadiir. Artinya: Tiada Tuhan kecuali Allah saja, tiada sekutu bagi-N'ya. Milik-Nya lah kerajaan dan milik-Nyalah segala puji, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dan Dia sentiasa hidup dan tidak mati. Di tanganNya lah seluruh kebaikan, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Maka Allah akan menetapkan baginya sejuta kebaikan, dan akan menghapus daripadanya sejuta dosa, dan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga".
- Apabila muadzin menyerukan azan, maka jawablah - Jika kamu jawab seperti itu dengan sepenuh hatimu, maka kamu masuk syurga."
- iaitu membaca tasbih bagi Allah pada setiap selesai solat sepuluh kali dan membaca tahmid bagiNya sepuluh kali dan membaca takbir bagiNya sepuluh kali",
- Barangsiapa disolati oleh tiga baris (manusia) maka wajib (baginya syurga)."
- Barang siapa menahan kemarahan sedangkan dia mampu melaksanakannya, nescaya Allah memanggilnya di tengah para pemimpin orang banyak sehingga Dia menyuruhnya memilih mana bidadari yang di kehendaki"
No comments:
Post a Comment