Thursday, 6 February 2020

KOLEKSI AYAT-AYAT QURAN DAN HADIS = SYURGA


  • 2 (al baqarah): 25 - Syurga mengalir sungai2 dan buah2 dan hurun ain ( bidadari)
  • 3 ('ali imraan ): 15 - Syurga mengalir sungai, kekal didalamnya dan ada bidadari-bidadari
  • 3: 133-135 - Syurga seluas langit dan bumi
  • 3: 198 - Syurga untuk orang taqwa mengalir sungai dibawahnya
  • 4 (an nisaa'): 57 - Syurga mengalir sungai, kekal didalam nya dapat pasangan isteri-isteri suci bersih dan tempat berteduh dinaungi.
  • 4: 69 - Siapa taat Allah dan rasul akan dimasukkan ke syurga bersama nabi ,siddiqin dan syuhada dan orang soleh.
  • 6 (al'an'aam): 127 - Syurga Darus salam
  • 7 (al'a'raaf): 43 - Dalam syurga, dicabut dendam dan hasad dengki dalam hati 
  • 7: 46 - Tembok A'raaf - antara syurga dan neraka
  • 9 ( taubah) : 71-72 - Syurga Adn-mengalir sungai-sungai kekal didalamnya
  • 10 (yunus) : 9-10 - Orang soleh diberi syurga ,mengalir sungai2
  • 13(ar-ra'd): 35 - Syurga mnegalir sungai, makanan kekal dan tidak putus-putus dan  naungan sentiasa teduh
  • 15 (al hijr) : 44-48 - Dalam taman syurga, ada mata air terpancar dan dicabut hasad dengki dalam hati , suasana kasih mesra dan bersaudara, dan duduk berhadap-hadap atas pelamin dan tiada kesusahan dan kekal didalam
  • 16 (an nahl): 30 -  Orang baik dibalas syurga Adn yang mengalir sungai dan akan dapat segala dihajati.
  • 18 (al kahfi ): 30-31 - Orang beriman dan beramal soleh disedia syurga yang kekal dan mengalir sungai di bawah dan dihias gelang-gelang tangan emas dan pakaian sutera nipis dan tebal bersulam dan berehat dengan berbaring atas pelamin-pelamin berhias. 
  • 18: 107-108 - Orang beramal soleh disedia syurga firdaus iaitu tempat serba mewah kekal didalam
  • 19 ( maryam ): 61-63 - Syurga Adn untuk hamba beriman hal ghaib ( didalamnya tiada kata-kata yg sia-sia ,hanya yg baik-baik)
  • 20 ( toha) : 75-76 - Iman dan amal diberi syurga ,kekal didalamnya.
  • 22( al hajj): 23-24 - Syurga mengalir sungai, dihiasi gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian sutera , ahli syurga diberi petunjuk ucap kata-kata baik.
  • 25( al furqan) : 16 - Ahli syurga dapat segala dihajati dan kekal didalam.
  • 30 ( ar ruum): 15 - Beriman dan amal soleh di taman syurga dan bersukaria
  • 34(saba'): 37 - Iman dan amal soleh diberi mahligai - mahligai syurga
  • 35 ( faatir): 33-35 - Syurga Adn' - dihiasi ahli dengan gelang2 tangan dari emas dan mutiara dan pakaian dari sutera ,kekal dan tiada letih dan lesu.
  • 36 ( yaasin) : 55-58 - Penduduk syurga leka nikmati kesenangan , bersuka ria di tempat teduh dengan pasangan2(bidadari) sambil duduk berbaring atas pelamin , dapat pelbagai jenis buah-buahan , dapat segala apa sahaja mereka mahu dan segala hajat , ucapan salam sejahtera dari Allah.
  • 37(as-sooffaat): 40-48 - Hamba beriman diberi buah-buah lazat , dapat penghormatan , dalam syurga diberi duduk berhadap-hadap atas pelamin kebesaran , piala-piala berisi arak putih bersih dari sungai , tidak memabukkan dan tidak berbahaya. Bidadari-bidadari yg hanya memandang asyik hanya pada mereka, amat indah dan luas matanya, putih kekuning seperti telur burung kasuari tersimpan elok.
  • 37: 50-60 - Penghuni syurga saling menghadap yang lain , berbincang dan bertanya-tanya . Dialog ahli syurga " Dia ada kawan dunia yang menempelaknya , ( kawan itu ingkar akhirat ), mereka lihat kawan itu ditengah-tengah neraka menjulang-julang.
  • 38 (sood): 50-54 - Syurga terbuka pintu-pintu ,bersuka ria sambil berbaring atas pelamin , minta pelbagai buah-buahan dan minuman pelbagai jenis dan rasa , bidadari-bidadari yang melihat mereka semata-mata yg sebaya umurnya dan nikmat tidak habis-habis.
  • 39 ( az zumar): 20 - Orang taqwa di syurga dibina mahligai tinggi bertingkat-tingkat dan mengalir sungai dibawahnya.
  • 39: 73 - Ahli syurga dibawa ke pintu syurga berpasukan, boleh ambil tempat di syurga di mana sahaja disukainya.
  • 40 (Ghaafir) : 7-8 - Malaikat memikul arasy tasbih puji Allah , berdoa orang-orang beriman dimasuk ke syurga Adn bersama-sama ibu bapa , isteri-isteri dan keturunan.
  • 41(fussilaat): 31 - Dalam syurga , akan diperkenan segala hajat dan keinginan nafsu.
  • 42(assyura'): 22 - Ahli syurga akan dapat apa sahaja diingini dalam syurga.
  • 43(az zukhruf): 68-73 - Orang taqwa tidak rasa bimbang dan dukacita pada hari akhirat dan dimasuk ke syurga diedar pinggan -pinggan besar dan piala-piala emas , segala diingini nafsu dan dipandang indah oleh mata , kekal didalam dan pelbagai buah-buahan.
  • 44(ad dukhoon): 51-57 - Taman syurga , terpancar mata air , memakai pakaian sutera halus dan tebal bersulam , duduk menghadap di pelamin masing-masing , bidadari putih melepak , luas cantik matanya. Ada semua buah-buah diingini kekal dalam syurga.
  • 47(muhammad): 15 - Sifat syurga, sungai dari air tak berubah rasa dan bau, sungai dari susu, sungai arak, sungai madu suci, bersih , segala buah-buahan.
  • 50(qaaf) : 31-35 - Didekat syurga dengan orang taqwa , kekal dalam syurga dan beroleh segala apa yg dikehendaki di syurga, di sisi Allah ada limpah kurnia yg tidak terlintas di hati manusia.
  • 52(at tuur):17-28 - Ahli-ahli syurga duduk berbaring atas pelamin-pelamin berderet , teman mereka ialah bidadari-bidadari putih melepak , luas cantik mata , dan dapat tinggal bersama-sama zuriat keturunan yg beriman , dihidang buah-buah, daging pelbagai jenis dapat minum dalam piala berisi arak tidak memabukkan. dilayan anak-anak muda seolah-olah mutiara tersimpan. Ahli-ahli syurga berhadap -hadap satu sama lain bertanya-tanya ( berkata, di dunia selalu takut derhaka pada Allah )
  • 55( ar rahmaan): 46-55 - Orang taqwa disedia 2 syurga, ada 2 mata air mengalir , ada 2 macam dari tiap2 jenis buah ( biasa dan luar biasa ) , berbaring atas hamparan , lapisan2 dalam dari sutera tebal bersulam , buah-buah dekat untuk dipetik.
  • 55: 56-61 - Dalam syurga, bidadari-bidadari hanya pandangannya tertumpu pada lelaki syurga (suaminya) dam cantik seperti permata delima dan marjan.
  • 55: 62-74 - Selain 2 syurga itu, ada 2 syurga lain (2nd tier/level) ahli syurga, menghijau subur tanaman , 2 mata air memancut airnya, buah-buah dan kurma delima. Teman bidadari-bidadari baik akhlak dan cantik parasnya.
  • 55: 76 - Ahli syurga bersenang-senang ( berbaring-baring ) atas bantal dan cadar-cadar hijau warna serta permaidani indah.
  • 56(al waqiah) :15-23 - Dalam syurga, atas takhta kebesaran bertatah , berbaring2 berhadap2, ada pelayan lelaki anak muda - bawa piala2 minuman dan teko2  dan piala isi arak ( tidak pening dan tidak mabuk ) dari sungai mengalir. , pelbagai buah2 dan daging burung , dilayan bidadari-bidadari cantik paras seperti mutiara tersimpan elok.
  • 56: 25-26 - Dalam syurga tiada kata2 yg sia-sia , hanya ucapan selamat2.
  • 56: 27-40 - Puak kanan bersenang antara pohon-pohon bidara tak berduri , pokok pisang tersusun rapi buah, naungan tetap terbentang dan air mengalir , buah2 , tempat tidur tertinggi keadaannya, isteri-isteri dicipta istimewa ( sentiasa dara, tetap cintai jodohnya, sebaya umur untuk puak kanan ). Hampir sama ramai umat terdahulu dan umat terkemudian.
  • 57(al hadiid): 21 - Syurga seluas langit bumi.
  • 75(al qiyamah): 22 -23 - Muka orang beriman berseri-seri melihat pada Allah.
  • 76(al insaan):5-9 - Orang taat dan beramal akan minum dari piala (minuman bercampur kafur ) iaitu mata air di syurga boleh dialir ke rumah dan istana masing-msing , balasan untuk sempurna nazar dan beri makan dihajati disukai pada org2 miskin dan anak2 yatim , sambil berkata dalam hati atau dengan lisan - amal mereka utk redha Allah semata-mata , bukan minta balasan dan ucapan terima kasih.
  • 76: 11-18 - Orang taqwa muka berseri-seri dan rasa ria dihati , diberi syurga dan persalinan sutera, berehat dengan berbaring di atas pelamin2 berhias dan tiada matahari ( hawa panas ) dan tidak terlalu sejuk , naungan pohon-pohon syurga dekat dan mudah dipetik buah2 dan dihidang pelayan yakni bejana perak dan piala2 minuman laksana kaca dari perak dan diisi sekadar kehendak ahli syurga dan diberi minum campuran "Zanjabil" iaitu mata air syurga disebut sifatnya "salsabil"
  • 76: 19-20 - Pelayan syurga (anak laki2 muda) ibarat mutiara bertaburan dan nikmat melimpah2 dan kerajaan besar dalam syurga.
  • 76: 21 - Pakaian ahli syurga dari sutera halus dan perak tebal warna hijau dan dihiasi gelang2 tangan perak.
  • 77(al mursalaat):41-44 - Orang taqwa di tempat duduk penuh nikmat dan mata air dan aneka buah.
  • 78(an nabaa'):31-34 - Orang taqwa beroleh syurga dikurniai segala hajat , taman2 bunga ,kebun2 buah seperti anggur dan perawan-perawan sebaya umur dan piala gelas minuman.
  • 78:35 - Di syurga tiada kata2 sia-sia dan tiada dusta
  • 83( al muthoffifin):7-28 - Suratan amal orang2 berbakti ialah "illiyin" , ahli syurga berehat atas pelamin2 berhias , pada wajah cahaya nikmat utk ahli syurga. Mereka minum dari bekas termeterai kasturi , campuran minuman "tasniiim" yakni mata air.
  • 83:34-35 - Dalam syurga, ahli syurga pula akan tertawakan org2 kafir ,, sambil berehat2 atas pelamin berhias.
  • 88( al ghoshiyah):8-16 - Wajah2 orang beriman berseri2 puas hati dgn amal dunianya, dlm syurga tiada kata2 yg sia2 , mata air mengalir dan pelamin berhias yg tinggi ,piala minuman dan bantal2 teratur dan hamparan terbentang.
  • 89(al fajr):27 - Jiwa mutmainnah - tenang dimasuk dalam keluarga/kumpulan2 bahagia dan syurga
  • 98(al bayyinah):7-8 - Org2 beriman dan amal ,sebaik2 makhluk dibalas syurga Adn mengalir sungai dan kekal di dalam selamanya.

2) HADIS TENTANG SYURGA

1- Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0151.
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku tahu penduduk neraka yang terakhir keluar dari neraka, dan penduduk syurga yang terakhir masuk syurga. Yaitu orang yang keluar dari neraka sambil merangkak. Allah Ta'ala berfirman kepadanya, "Pergilah dan masuklah ke syurga!" Lalu dia pergi ke syurga. Tetapi terbayang kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali kepada Tuhan dan berkata, "Ya, Tuhan ku! Ku dapati syurga telah penuh." Firman Allah swt., "Pergilah dan masuklah ke syurga!" Dia pun pergi ke syurga. Sementara itu terbayang pula kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali pula kepada Tuhannya seraya berkata, "Ya, Tuhan ku. Ku dapati syurga telah penuh." Allah berfirman pula kepadanya, "Pergilah, dan masuklah ke syurga!" Kemudian dia pergi. Tetapi tetap terbayang olehnya syurga telah penuh. Maka dia kembali lagi seraya berkata, "Ya, Tuhan ku! Ku dapati syurga telah penuh." Allah berfirman kembali, "Pergilah, dan masuklah ke syurga. Untukmu tersedia tempat sepuluh kali luas dunia." Kata orang itu, "Apakah Engkau tidak mengolok-olokku? Engkau adalah Maha Raja." Kata Abdullah menambahkan, "Aku melihat Rasulullah saw. tertawa, sehingga kelihatan gigi beliau." Beliau bersabda, "Dikatakan kepada ku, itulah tempat penduduk syurga yang paling rendah,"

2- Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3620.
Dari Abu Hurairah ra. berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Ketika Allah telah selesai menciptakan syurga dan neraka, maka Dia mengutus Jibril ke syurga, kemudian Dia berfirman: "Lihatlah ke syurga beserta apa yang telah Kusediakan didalamnya untuk penghuninya." Maka Jibril melihat syurga. Setelah kembali, ia berkata: "Demi kemuliaan-Mu ya Allah, tiada seorangpun yang mendengar tentang syurga melainkan pasti ia ingin memasukinya." Lalu Tuhan menjadikan syurga itu dikelilingi dengan berbagai rintangan/kesulitan; Kemudian Dia berfirman: "Pergilah engkau ke syurga dan lihatlah ia beserta apa yang telah Kusediakan di dalamnya untuk penghuninya." Maka Jibril pergi melihat syurga, tiba-tiba ia dapatkan syurga itu telah dikelilingi oleh berbagai rintangan, maka ia berkata: "Demi kemuliaanMu, sungguh aku khuwatir tiada seorangpun dapat memasukinya." Lalu Allah berfirman padanya: "Pergilah kamu ke neraka dan lihatlah apa yang telah Kusediakan untuk penghuninya." Maka Jibril pergi melihat neraka dan disana ia dapatkan berbagai siksaan, setelah kembali, ia berkata: "Demi kemuliaanMu, tiada seorangpun ingin memasukinya." Lalu Allah menjadikan neraka itu dikelilingi dengan berbagai kesenangan, kemudian Dia berfirman: "Wahai Jibril, kembalilah ke neraka dan lihatlah tempat itu." Maka Jibril kembali melihat neraka itu, tiba-tiba ia dapatkan neraka itu telah dikelilingi oleh berbagai kesenangan. Setelah kembali, ia berkata: "Ya Allah, demi kemuliaanMu, sungguh aku khuwatir tiada seorangpun yang dapat selamat dari padanya, melainkan ia akan memasukinya."

3-Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2673.
 dari Sa'id binAl-Musayyab :"Bahwa dia menjumpai Abu Hurairah, lalu Abu Hurairah berkata : "Aku minta kepada Allah agar mempertemukan antara kau dan antara kamu di pasar syurga", Said bertanya :"Apa di syurga ada pasar ?" Dia menjawab: "Ya, Rasulullah memberitahukan kepada ku bahawa ahli syurga apabila memasukinya, maka mereka tinggal di dalamnya kerana kelebihan amal kebaikan mereka, kemudian diizinkan pada kira-kira hari Jumaat dari hari-hari di dunia, lalu mereka mengunjungi Tuhan mereka, nampak bagi mereka singgahsanaNya, Dia nampak oleh mereka di taman dari taman-taman syurga, lalu diletakkan bagi mereka mimbar dari cahaya, mimbar dari lu'lu', mimbar dari yaqut, mimbar dari Zabarjad, mimbar dari emas dan mimbar dari perak dan orang yang paling rendah darjatnya dan sesuatu yang hina yang ada pada mereka duduk di atas bukit yang terdiri dari minyak misik dan kapur barus, mereka tidak dipandang bahawa sesungguhnya orang-orang yang duduk dikursi (mimbar) lebih utama kedudukannya daripada mereka. Abu Hurairah berkata :"Aku bertanya :"Wahai Rasulullah, apakah kita dapat melihat Tuhan kita ?" Beliau menjawab :"Ya", apakah kamu ragu-ragu dapat melihat matahari dan bulan di malam purnama ?" Kami menjawab : "Tidak", beliau menjawab :"Demikian pula kamu tidak ragu-ragu melihat Tuhan mu dan tidak tersisa seorang pun di majlis tersebut kecuali Allah berbicara dengannya secara langsung sehingga Allah berfirman kepada seseorang dari ahli syurga. 'Hai Fulan, apakah kamu masih ingat pada hari di mana kamu berkata begini-begini ?' lalu Dia mengingatkannya dengan sebahagian pengkhianatannya di dunia, kemudian ia berkata :"Wahai Tuhan ku, apakah Engkau tidak mengampuni ku ?" Allah menjawab :"Ya, dengan kelapangan pengampunan Ku kamu mencapai kedudukan ini. Ketika mereka dalam keadaan tersebut awan menutupi mereka dari atas mereka lalu menurunkan hujan dari wangi-wangian atas mereka. Mereka belum pernah menemukan sedikit pun bau harum seperti itu, dan Tuhan berfirman :"Berdirilah menuju kepada apa yang telah Aku siapkan untukmu berupa kemuliaan dan ambillah apa yang kamu suka !". Lalu kami sampai di pasar sedang para malaikat telah mengelilinginya, sesuatu yang mata belum pernah melihat sepertinya, telinga belum pernah mendengar dan belum pernah terguris di dalam hati. Lalu di hantarkan kepada kami apa yang kami suka ke istana-istana kami, tidak dijual belikan di dalamnya. Dan di pasarkan tersebut ahli syurga sebahagian bertemu dengan yang lain. Beliau bersabda :"Kemudian orang yang memiliki kedudukan yang tinggi datang menghadap lalu berjumpa dengan orang yang lebih rendah kedudukannya dan sesuatu yang rendah pada mereka, lalu ia (orang yang lebih rendah) kagum terhadap pakaian yang ia lihat padanya (orang yang tinggi kedudukannya). Kemudian sebelum selesai akhir pembicaraannya sehingga terbayang atasnya sesuatu yang lebih baik daripadanya. Demikian itu kerana seseorang tidak boleh bersusah hati di syurga. Kemudian kami pulang ke tempat tinggal kami, lalu di jemput oleh isteri-isteri kami dan isteri-isteri berkata :"Selamat datang, sungguh kamu datang dengan memiliki keindahan yang lebih baik daripada saat kamu meninggalkan kamu", lalu ia menjawab :"Kami hari ini bertemu langsung dengan Allah Yang Maha Perkasa dan berhak bagi kami pulang dalam keadaan seperti ini". 

3.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2682.
 dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :"Allah mengumpulkan manusia di hari kiamat di satu tanah lapang, kemudian Tuhan semesta alam nampak atas mereka dan berfirman :"Ingat, setiap orang mengikuti apa yang mereka sembah," lalu dijelmakan salib bagi orang menyembahnya, dijelmakan patung bagi orang yang menyembahnya, dan dijelmakan api bagi orang yang menyembahnya. Mereka mengikuti apa yang mereka sembah, dan tinggal orang muslim, kemudian Allah nampak atas mereka dan Dia berfirman :"Apakah kamu tidak mengikuti orang-orang itu ?" Mereka menjawab :"Kami berlindung kepada Allah dariMu, kami berlindung kepada Allah dariMu, Allah Tuhan kami, dari inilah tempat kami sehingga dapat melihat Tuhan kami", Allah memerintahkan mereka untuk tetap di tempat. Mereka bertanya :"Apakah kami melihat Allah, wahai Rasulullah ?" Beliau menjawab :"Apakah kamu terhalang melihat bulan pada malam purnama ?" Mereka menjawab :"Tidak, wahai Rasulullah !". Beliau menjawab :"Sungguh kamu tidak terhalang melihat Allah pada saat itu, kemudian tidak nampak, lalu nampak, kemudian Dia mengenalkan diriNya kepada mereka dan berfirman 'Aku Tuhan mu ikutilah Aku'. Lalu orang-orang Muslimin berdiri dan jambatan diletakkan, kemudian mereka lewat atasnya seperti larinya kuda yang bagus dan penunggang kuda (yang pandai). Dan doa mereka di atas jambatan adalah 'Selamatkanlah, selamatkanlah'. Ahli neraka tertinggal lalu mereka dihentam oleh gelombang hingga masuk neraka. Kemudian mereka ditanya :"Apakah kamu sudah penuh", neraka menjawab :"Apakah ada tambahan ?" lalu mereka dihentam oleh gelombang hingga masuk di neraka, lalu mereka ditanya: "Apakah kamu sudah penuh ?" maka ia menjawab :"Apakah ada tambahan ?" sehingga mereka masuk semua di neraka, maka Allah Yang Maha Pemurah meletakkan tumitNya di neraka, dan berkumpullah sebahagian ahli neraka dengan yang lain, kemudian Allah bertanya :"Cukup ?". Mereka menjawab :"Cukup, cukup". Apabila Allah telah memasukkan ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka, maka kematian di datangkan dalam keadaan di pegang, lalu disuruh berdiri di atas pagar antara ahli syurga dan ahli neraka kemudian dikatakan 'Hai ahli syurga', lalu mereka nampak dalam ketakutan, kemudian dikatakan 'hai ahli neraka', lalu mereka nampak gembira mengharapkan syafaat. Kemudian dikatakan kepada ahli syurga dan ahli neraka 'Apakah kamu mengenal ini ?' Mereka menjawab :"Sungguh kami mengenalnya, dia adalah kematian yang ditugaskan kepada kami, lalu kematian itu di baringkan dan disembelih di atas pagar tadi kemudian diucapkan :'Hai ahli syurga kamu abadi di syurga, dan wahai ahli neraka kamu abadi di neraka, tidak ada kematian". Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

4. Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1770.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Maka dibentangkan titian melintasi neraka. Rasulullah saw. bersabda: "Akulah orang yang pertama melalui titian itu. Doa Rasul-rasul ketika itu ialah: "Ya Allah, selamatkan, selamatkan!" Pada titian itu ada beberapa kaitan, serupa dengan duri kayu Saadan. Sudah pernahkah kamu melihat duri kayu Saadan itu?" Mereka menjawab: "Sudah, ya Rasulullah!" Kata Nabi: "Sesungguhnya kaitan itu serupa duri kayu Saadan, tetapi ukuran besarnya hanya Allah yang mengetahui. Setiap orang disambarnya menurut amalan masing-masing. Ada yang binasa kerana amalnya dan ada yang terganggu, kemudian selamat. Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan hendak mengeluarkan dari neraka siapa yang hendak dikeluarkanNya dari antara orang yang pernah mengucapkan pengakuan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, diperintahkanNya malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dan dapat dikenal dengan bekas Sujud (solat). Tuhan melarang api neraka memakan (membakar) bekas sujud itu. Lalu disiramkan kepada mereka air yang dinamakan "air kehidupan". Maka tumbuhlah badan mereka bagai bibit di atas sampah bekas banjir." Tinggal lagi seorang yang mukanya menghadap ke neraka dan dia mendoa: "Ya Tuhan! Sesungguhnya sangat menyakitkan aku bau neraka dan nyalanya membakar aku. Sebab itu, palingkanlah muka ku dari neraka!"


5.Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1769.
Dari Abdullah r.a. katanya: Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui isi neraka yang paling akhir keluar dari neraka dan isi syurga yang paling akhir masuk ke dalamnya, iaitu seseorang yang keluar dari neraka dengan merangkak. Tuhan berkata kepadanya: "Pergilah engkau masuk syurga!" Orang itu datang ke syurga dan tergambar dalam fikirannya, bahawa syurga itu telah penuh. Kerana itu dia kembali semula dan mengatakan: "Ya Tuhan! Saya dapati syurga itu telah penuh." Tuhan berkata kepadanya: "Pergilah engkau masuk syurga, kerana untuk engkau di situ ada seluas dunia dan sepuluh kali lipat dari itu atau sekira sepuluh kali dunia." Lalu orang itu menjawab: "Apakah Engkau hendak memperolok-olokkan aku atau mentertawakan aku, sedang Engkau Raja?"

6.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4331.
 Mu'ad bin Jabal berkata: Aku mendengar Nabi saw. bersabda: "Syurga itu ada seratus derajat. Setiap derajat daripadanya, jaraknya antara langit dan bumi. Dan sesungguhnya yang paling tinggi adalah syurga Firdaus. Sesungguhnya yang paling tengah adalah syurga Firdaus. Dan sesungguhnya Arsy - Allah- itu berada di atas Firdaus. Daripadanya dipancarkan sungai-sungai syurga. Maka dari itu jika kalian memohon kepada Allah, mintalah syurga Firdaus kepada-Nya".

7.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2648.
dari Abu Bakar bin Abdur Rahman bin Qais dari ayahnya dari Nabi SAW bersabda :"Sesungguhnya di syurga terdapat dua syurga yang di bejananya serta apa yang ada di dalamnya terbuat dari perak dan dua syurga yang bejananya serta apa ada di dalamnya terbuat dari emas. Dan tidak ada antara kaum dan antara melihat Tuhan mereka melainkan selendang keagungan pada wajahNya di syurga 'Adn". Dengan sanad ini pula dari Nabi SAW bersabda :"Sesungguhnya di syurga terdapat khemah terbuat dari mutiara yang berlobang, lebarnya sepanjang enam puluh mil. Pada setiap sudut terdapat keluarga yang tidak bisa melihat keluarga lainnya dikelilingi oleh orang mukmin"

8.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2666.
dari Sulaiman bin Buraidah, dari ayahnya bahawa seseorang bertanya kepada Nabi SAW dan ia berkata :"Wahai Rasulullah apakah di syurga ada kuda ?" Beliau menjawab :"Jika Allah memasukkanmu ke dalam syurga, maka kamu tidak berkehendak untuk di bawa di atas kuda dari yaqut merah yang menerbangkanmu di syurga kemana saja kamu kehendaki kecuali terlaksana": Rawi berkata :"Seorang bertanya kepada beliau, ia berkata : "Wahai Rasulullah apakah di syurga ada unta ?" Rawi berkata :"Beliau tidak menjawab kepadanya seperti apa yang beliau sabdakan kepada temannya, Beliau bersabda :"Jika Allah memasukkanmu ke dalam syurga, nescaya di dalamnya kamu mendapatkan apa saja yang diinginkan oleh nafsumu dan dirasa lazat oleh matamu".

9.Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0148.
Dari Shuhaib r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Apabila penduduk syurga telah masuk ke dalam syurga, Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman kepada mereka: "Apakah kamu semua memerlukan sesuatu yang perlu Aku tambah untukmu?" Jawab mereka, "Bukankah muka kami telah putih gilang-gemilang? Bukankah kami telah Engkau masukkan ke syurga dan Engkau bebaskan dari neraka?" Kata Rasulullah saw. selanjutnya, "Lalu Allah membukakan tabir yang menutupNya. Sekonyong-konyong penduduk syurga merasakan nikmat yang tiada taranya, selain memandang Allah 'azza wa jalla."

10.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2687.
dari Abu Sa'id Al-Khudri berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Serendah-rendah darjat penghuni syurga adalah dia memiliki lapan puluh pembantu, memiliki tujuh puluh isteri dan didirikan baginya sebuah kubah yang terdiri dari mutiara lu'lu', zabarjad, dan yaqut seperti (jarak antara kota) Jabiyah (di Syam) dan negeri Shana". Dan dengan sanad ini pula dari Nabi SAW bersabda :"Barang siapa meninggal dunia dari golongan penghuni syurga baik kecil maupun besar, maka mereka akan dikembalikan menjadi berumur tiga puluh tahun di syurga, tidak tambah atas umur tersebut selama-lamanya, dan demikian pula penghuni neraka". Dan dengan sanad ini pula dari Nabi SAW bersabda :"Sesungguhnya di atas kepala para penghuni syurga ada mahkota, sesungguhnya serendah-rendah mutiara yang ada pada mahkota itu dapat menyinari antara timur dan barat".

11.Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1766.
Dari Anas r.a. bahawa Ummu Haritsah datang kepada Rasulullah saw. sedang Haritsah (suaminya) telah mati dalam perang Badar, kena panah yang tidak diketahui dari mana datangnya.Kalau seandainya seorang wanita penghuni syurga datang ke bumi, nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang."

12.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2688.
dari Abi Said Al-Khudri berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Seorang mukmin apabila menginginkan anak di syurga maka kehamilannya, kelahirannya dan kesempurnaan umurnya hanya dalam sesaat seperti yang ia inginkan".Sebahagian mereka berpendapat : di syurga ada jimak (persetubuhan) tapi tidak ada anak Demikian ini diriwayatkan dari Thawus, Mu- jahid dan Ibrahim An Nakha'i. 

13.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2686.
dari Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda :"Syurga dan neraka protes, lalu syurga berkata :"Orang-orang yang lemah dan miskin yang memasuki ku, dan neraka berkata :"Orang-orang yang besar kepala dan sombong yang memasuki ku", kemudian Allah berfirman kepada neraka : "Kamu seksa Ku, Aku menyeksa denganmu terhadap orang yang Aku kehendaki", dan Dia berfirman kepada syurga :"Kamu rahmat Ku, dan Aku menyayangi dengan mu siapa saja yang aku kehendaki"

14.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2421.
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Allah Ta'ala berfirman kepada penduduk syurga. "Hai penduduk syurga!" Maka menjawab penduduk syurga. "Kami siap memenuhi panggilan dan perintah-Mu, wahai Tuhan kami. Segala kebaikan berada di tangan Engkau." Lalu bertanya Allah Ta'ala, "Adakah kamu merasa puas?" Jawab mereka, "Bagaimana kami tidak akan puas, bukankah Engkau telah memberi kami segala kenikmatan yang belum pernah Engkau berikan kepada makhluk lain?" Tanya, "Mahukah kalian Aku beri nikmat yang lebih istimewa dari itu?" Jawab mereka, "Wahai Tuhan, nikmat apa pulakah yang lebih istimewa dari itu?" Jawab Allah Ta'ala, "Akan Ku curahkan kepada mu keredhaan-Ku, di mana Aku tidak akan pernah marah kepada mu sesudah itu untuk selama-lamanya."

15.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2691.
dari Anas bin Malik berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Barang siapa minta masuk syurga kepada Allah tiga kali, maka syurga berkata :"Wahai Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga", dan barang siapa minta perlindungan dari neraka tiga kali maka neraka berkata :"Wahai Allah lindungilah dia dari neraka".

16.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2004.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi. yang dipergunakannya untuk memukul orang. (2) Wanita-Wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu mini, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat atau pakaian yang merangsang pria kerana sebahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh."

17.Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0262.
Dari Tsauban, maula Rasulullah saw., katanya: "Pada suatu waktu, ketika aku sedang berdiri dekat Rasulullah saw., tiba-tiba datang seorang pendeta Yahudi,  Kata Yahudi, "Aku sengaja datang hendak bertanya kepada anda." Jawab Rasulullah saw., "Akan adakah gunanya jika ku jawab pertanyaanmu itu?" Yahudi: "Akan ku dengar dengan kedua telingaku." Rasulullah saw.: (menggaris-garis tanah dengan tongkatnya - agaknya beliau sedang berfikir atau menunggu wahyu lalu beliau berkata) "Silakan bertanya Yahudi: "Di mana manusia berada pada hari pergantian bumi dan langit dengan bumi dan langit yang lain?" Rasulullah saw.: "Mereka berada dalam kegelapan, dekat suatu jambatan." Yahudi: "Siapa orang yang pertama-tama melalui jambatan itu?" Rasulullah saw.: "Kaum Muhajirin yang miskin-miskin." Yahudi: "Apa yang mereka makan ketika mula-mula masuk syurga?" Rasulullah saw.: "Ujung hati ikan!" Yahudi: "Apa yang mereka makan sesudah itu?" Rasulullah saw.: "Disembelihkan untuk mereka lembu syurga yang digembalakan di pinggir-pinggir syurga itu." Yahudi: "Apa minuman mereka di sana?'; Rasulullah saw.: "Air mata air yang disebut 'Salsabila'." Yahudi: "Jawapan anda benar belaka! Kata Yahudi itu selanjutnya, "Aku datang hendak bertanya kepada anda, sesuatu yang tidak seorang pun penduduk bumi mengetahuinya, kecuali para Nabi atau seorang dua lelaki." Rasulullah saw.,: "Akan adakah gunanya jika pertanyaan itu ku jawab?" Yahudi: "Akan kudengar dengan kedua telingaku." Kata Yahudi itu melanjutkan, "Aku datang hendak menanyakan (masalah kelahiran) anak." Rasulullah saw.: "Air mani lelaki berwarna putih dan air mani perempuan berwarna kekuning-kuningan. Apabila keduanya bertemu, maka jika mani lelaki yang lebih unggul dari mani perempuan, akan lahir dari perempuan itu anak lelaki. Dan jika mani perempuan yang lebih unggul dari mani lelaki, akan lahirlah anak perempuan dengan izin Allah." Yahudi: "Jawapan anda benar belaka. Dan anda memang sesungguhnya Nabi!" 

18.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2311.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Allah Tabaraka wa Ta'ala mempunyai para malaikat yang bertugas keliling mencari-cari majlis zikir. Bila mereka telah menemukannya, lalu mereka duduk bersama-sama dengan orang-orang yang sedang zikir, memanggil teman-temannya, berkerumun mengitari orang-orang yang sedang zikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruangan antara mereka dengan langit dunia. Apabila majlis telah bubar, para malaikat naik kembali ke langit. Lalu Allah Ta'ala bertanya kepada mereka, - padahal Allah Maha Tahu perbuatan mereka - "Kalian datang dari mana?" Jawab mereka, "Kami baru kembali memeriksa hamba-hamba-Mu di bumi. Mereka tasbih, takbir, tahlil, tahmid dan memohon kepada-Mu." Tanya: "Apa yang dimohon mereka kepadaKu?" Jawab : "Mereka memohon syurga kepada-Mu." Tanya: "Pernahkah mereka menampak syurga-Ku?" Jawab : "Tidak'" Firman Allah, "Apalagi kalau mereka menampak syurgaKu!" Kata para malaikat, "Mereka juga memohon kebebasan." Tanya: "Mohon bebas dari apa?" Jawab: "Mohon bebas dari neraka." Tanya: "Pernahkah mereka menampak nerakaKu?" Jawab: "Tidak." Firman Allah Ta'ala: "Apalagi kalau mereka nampak nerakaKu!" Kata para malaikat: "Mereka juga memohon ampun kepadaMu." Jawab: "Aku mengampuni mereka dan memberikan apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari apa yang mereka takuti." Kemudian para malaikat berkata: "Di antara mereka terdapat seorang hamba yang penuh dosa. Dia lalu di majlis itu lalu duduk bersama-sama dengan orang-orang yang zikir." Firman Allah: "Orang itu pun Kuampuni, begitu pula setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu tidak ada yang celaka."

19.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0940.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang mempunyai emas perak, tetapi dia tidak membayar zakatnya, maka hari kiamat kelak dibuatkan untuknya seterika api yang dinyalakan dalam neraka jahanam, lalu diseterikakan ke perut dan punggungnya. Setiap seterika itu dingin, dipanaskan kembali lalu di seterikakan pula kepadanya. Begitulah berulang-ulang setiap hari selama lima puluh tahun, sampai perkaranya diputuskan. Setelah itu barulah dia melihat jalannya keluar, adakalanya ke syurga dan adakalanya ke neraka.". Demikianlah hal itu berlangsung setiap kali, sehingga perkaranya selesai diadili. Satu hari di sana sama dengan lima puluh ribu tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalannya keluar, mungkin ke syurga dan mungkin pula ke neraka. Lalu beliau ditanya orang pula, "Ya, Rasulullah! Kalau lembu dan kambing bagaimana?" Jawab beliau, "Ya, tidak ketinggalan pula pemilik lembu dan kambing yang tidak membayar zakatnya. Nescaya pada hari kiamat kelak, dia akan ditelentangkan di suatu tempat yang rata, supaya diinjak-injak oleh sapi dan kambing itu dengan kukunya yang tajam dan ditanduk dengan tanduknya. Ternak itu semuanya tidak ada yang bertanduk rebah ke belakang atau patah, bahkan tidak ada yang tidak bertanduk. Bila yang pertama telah lewat, lalu diikuti pula oleh yang kedua dan seterusnya, sehingga perkaranya selesai diputuskan. Satu hari di sana sama dengan lima puluh ribu tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalannya keluar, apakah dia ke syurga ataukah ke neraka.


20.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2424.
Dari Muhammad r.a. katanya : "Pada suatu ketika para sahabat berlumba cepat saling mengingatkan (berdiskusi): Manakah penduduk syurga yang lebih banyak lelaki atau perempuan?" Kata Abu Hurairah. "Bukankah Rasulullah saw. telah bersabdakan bahawa rombongan yang pertama-tama masuk syurga mereka bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. Sesudah itu (rombongan) yang menyusul bagaikan bintang gemerlapan di langit. Setiap lelaki mempunyai dua isteri yang keduanya mempunyai betis tembus pandang sehingga kelihatan jantung betisnya bahagian dalam. Dan di dalam syurga tidak ada lelaki yang membujang."

21.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3346.
dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Allah berfirman: "Aku telah menyiapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh balasan berupa sesuatu yang mata tidak pernah melihatnya dan telinga belum pernah mendengarnya dan tidak pernah tersirat dalam hati sanubari manusia lalu bacalah kalau kamu menghendaki:(Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap yang telah mereka perbuat) S. As-Sajdah: 17 Dan dalam syurga terdapat pepohonan di mana orang yang baik kenderaan berada dalam naungan selama seratus tahun tidak ada putus-putusnya. Dan bacalah kalau kamu menghendaki:(Di bawah naungan yang tidak lenyap-lenyapnya). 

22.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2566.
 dari Abu Said Al-Khudri berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Setiap mukmin yang memberi makanan kepada orang mukmin yang lain kerana kelaparan, maka Allah kelak memberi makanan kepadanya di hari qiamat dari buah syurga. Setiap mukmin yang memberi minuman kepada orang mukmin yang lain kerana kehausan maka kelak Allah memberi minuman kepadanya di hari qiamat dari minuman arak syurga yang bersegel. Dan setiap mukmin yang memberi pakaian kepada orang mukmin yang lain kerana telanjang, maka kelak Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga yang berwarna hijau

23.Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0709.
Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu mati, diperlihatkan kepadanya tempatnya pagi dan petang. Jika ia penduduk syurga, akan masuklah ia ke syurga, dan jika dia penduduk neraka, maka akan masuklah ia ke neraka. Kemudian dikatakan orang kepadanya, "Inilah tempatmu, sampai Allah membangkitkan kamu di hari kiamat."

24.Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0137.
Abu Dzar r.a. mengabarkan bahawa Rasulullah saw. bercerita: "Kemudian aku meneruskan perjalanan bersama Jibril, hingga sampai ke Sidratul Muntaha. Tempat itu dipulas dengan aneka warna yang aku tak tahu warna apa namanya. Sesudah itu aku dimasukkan ke syurga, yang di dalamnya terdapat kubah-kubah dari permata dan tanahnya dari kasturi."

25.Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0183.
Dari 'Uqbah Ibnu 'Amir r.a., katanya: "Pada suatu ketika kami bertugas menggembalakan unta. Ketika giliranku jaga, senja hari unta-unta ku halau pulang ke kandang. Ku dapati Rasulullah saw. sedang berbicara dengan orang ramai. Di antara kata-kata beliau yang dapat ku tangkap ketika itu, ialah: "Setiap orang muslim yang berwuduk, lalu disempurnakannya wuduknya sebagus mungkin, sesudah itu dia solat dua rakaat sekhusyu' mungkin, maka orang itu pasti masuk syurga." Kata 'Uqbah, "Alangkah bagusnya itu. Sekonyong-konyong ada orang menyahut di dekatku, "Yang sebelumnya lebih bagus lagi." Setelah ku tengok, kiranya dia 'Umar bin Khaththab. Katanya, "Ku lihat anda baru datang. Tadi Rasulullah saw. bersabda "Siapa yang berwuduk, lalu disempurnakannya wuduknya itu sebagus-bagusnya, sesudah itu dia berucap: 'Asyhadu an la ilaha illallah, waanna Muhammadan 'abdullahi wa rasuluhu', pasti dibukakan baginya lapan pintu syurga yang dapat dimasukinya mana saja menurut kehendaknya."

26.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3577.
Abdul Warits bin Abdush Shamad bin Abdul-warits menceritakan kepada kami, dia berkata: Ayahku menceritakan kepada kami,dia berkata: Muhammad bin Tsabit Al Bunnani menceritakan kepada kami, ayahku menceritakan kepada kami dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika kamu melalui teman-teman syurga maka makan minumlah", mereka bertanya: "Apa itu taman syurga?" Beliau bersabda: "Lingkaran orang-orang yang berzikir." 

27.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3576.
dari Abu Hurairah berkata: "Kalau kamu melalui taman syurga, maka makan minumlah", Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, Apa itu taman syurga?" Beliau bersabda: "Masjid". Aku bertanya: "Apa makan minumnya?" Beliau bersabda: "membaca:

28.



29.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2423.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik/tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah, didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, "Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaian mu tambah indah sepeninggal ku." Jawab isterinya, "Engkau, demi Allah, sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu."

30.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2661.
dari Dawud bin Amir bin Abi Waqqash dari ayahnya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda :"Sungguh seandainya kenikmatan syurga sekadar apa yang boleh dibawa oleh kuku nampak di dunia, nescaya terhiaslah antara sudut langit dan bumi kerananya. Dan sungguh seandainya seorang laki-laki dari ahli syurga tampak di dunia kemudian tampak gelangnya, nescaya ia menghapus cahaya matahari sebagaimana matahari menghapus cahaya bintang".

31.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2669.
dari Mu'adz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda :"Ahli syurga masuk syurga halus kulit, muda, bercelak, berumur tiga puluh tahun .

32.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2677.
Ibnu Umar berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Sesungguhnya orang ahli syurga yang paling rendah kedudukannya adalah orang yang melihat pada kebunnya, isterinya, kenikmatannya, para pembantunya dan kesenangannya perjalanan seribu tahun. Orang ahli syurga yang termulia di sisi Allah adalah orang yang dapat melihat wajah Tuhannya pagi dan petang, kemudian Rasulullah SAW membaca ayat (Maksudnya : wajah-wajah pada waktu itu berseri-seri kepada Tuhannya melihat) " (Al Qiyamah : 23)

33.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3670.
dari Abi Said Al-Khudri berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah memiliki malaikat-malaikat yang berjalan-jalan di bumi sebagai tambahan dari pada malaikat-malaikat penulis amal manusia lalu apabila mereka menjumpai suatu kaum yang berzikir kepada Allah, maka mereka memanggil: Marilah kepada apa yang kamu minta lalu mereka datang kemudian mengelilingi orang-orang yang berzikir tadi menuju ke langit dunia, lalu Allah berfirman: "Kamu biarkan hamba-hamba ku melakukan perbuatan apa?", mereka menjawab: "Kami biar mereka memuji Mu dan mengagongkan Mu dan berzikir kepada Mu". Beliau bersabda: "Apakah mereka melihat Kami?" mereka menjawab: "tidak", Beliau bersabda: "lalu Allah berfirman: "Bagaimana seandainya mereka melihat Ku?" Beliau bersabda: "mereka menjawab: "seandainya mereka melihat Engkau pasti mereka sangat memuji Mu dan mengagungkan Mu dan sangat berzikir kepada Mu." Beliau bersabda: Allah berfirman: "Apa yang mereka minta?" Beliau bersabda: Mereka menjawab: "mereka minta syurga." Beliau bersabda: "Allah berfirman: "apakah mereka melihat syurga?" Beliau bersabda: mereka menjawab: "tidak." Beliau bersabda: Allah berfirman: "Bagaimana seandainya mereka melihat?" Beliau bersabda: mereka menjawab: "seandainya mereka melihatnya, tentu mereka sangat memintanya dan mengharapkannya." Beliau bersabda: "dari apa mereka minta perlindungan?" Mereka menjawab: mereka minta perlindungan dari neraka." Beliau bersabda: "Allah berfirman: "apakah mereka melihatnya? mereka menjawab: "tidak." Beliau bersabda: "Allah berfirman: Bagaimana seandainya mereka melihatnya?" mereka menjawab: seandainya mereka melihatnya tentu mereka sangat lari dan sangat takut dan sangat minta perlindungan dari padanya." Beliau bersabda: Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku menjadikan kamu sekalian sebagai saksi bahawa Kami mengampuni dosa-dosa mereka," lalu mereka berkata: "sesungguhnya di antara mereka ada seseorang anu yang banyak dosanya dia tidak berkeinginan bersama mereka dalam zikir sesungguhnya dia mendatangi mereka kerana suatu keperluan," kemudian berfirman: "mereka adalah kaum yang seorangpun tidak menjadi celaka kerana berkat mereka." 


34.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0096.
dari Abu Said Al-Khudriy, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya penghuni syurga yang berdarjat tinggi, dilihat oleh penghuni syurga yang berada di bawah mereka. Seperti halnya melihat bintang yang terbit di ufuk dari ufuk-ufuk langit. Dan sesungguhnya Abu Bakar dan 'Umar termasuk diantara mereka. Dan keduanya mendapatkan kenikmatan di sana."

35.Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1767.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi saw. bersabda: "Setiap yang masuk ke dalam syurga, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam neraka, kalau seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam syurga, kalau seandainya dia mengerjakan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesa1annya."

36.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3417.
 dari Anas mengenai firman Allah Ta'ala:(Sesungguhnya Kami telah memberi mu Al-Kautsar) bahawasanya Nabi saw bersabda: "Itu adalah telaga di syurga". Anas berkata: "Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Aku pernah melihat telaga di syurga bahawa kedua pinggirannya adalah menara yang terdiri dari mutiara, aku bertanya: "apa ini hai Jibril?" Dia menjawab: "Ini adalah Al-Kautsar yang Allah berikan kepada mu." Hadis ini adalah Hasan Sahih.

37.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4337.
dari Abu Umamah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Tiada seorangpun yang dimasukkan syurga Allah, melainkan Allah Azza wa Jalla mengahwinkannya dengan tujuh puluh dua orang istri; dua orang diantaranya dari golongan bidadari, dan tujuh puluh yang lain dari warisannya yang berasal dari ahli neraka. Tiada seorangpun dari mereka itu melainkan mempunyai kemaluan (vagina) yang mengundang selera. Dan dia mempunyai dzakar yang tidak akan melengkung (baca; impoten.". Hisyam bin Khalid berkata: Dari warisannya yang berasal dari ahli neraka maksudnya adalah para lelaki yang masuk neraka. Maka ahli syurga mewarisi isteri-isteri mereka.

38.Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1465.
Dari Anas r.a., katanya: Ketika sampai kepada Abdullah bin Salam khabar kedatangan Rasulullah s.a.w. ke Madinah, ia pun datang menghadap beliau, lalu berkata: "Saya hendak bertanya kepada tuan tentang tiga perkara; tidak ada yang mengetahuinya melainkan Nabi. Apakah permulaan tanda kiamat? Apakah permulaan makanan yang dimakan oleh isi syurga? Apa sebabnya anak menyerupai ayahnya dan apa sebabnya menyerupai ibunya?" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Baru sebentar ini Jibril mengkhabarkan semua itu kepada saya. Kata Anas: Abdullah berkata: "Jibril itu ialah musuh orang Yahudi". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adapun permulaan tanda kiamat, ialah api yang mengumpulkan manusia dari timur ke barat. Adapun permulaan makanan yang di makan isi syurga, ialah tambahan hati dari ikan besar. Dan adapun perserupaan anak, bahawa seorang laki-laki bila bersenggama dengan perempuannya, jika airnya mendahului air isterinya, anak itu serupa dengan bapaknya. Jika dahulu air perempuan, anak itu serupa dengan dia". Abdullah berkata: "Saya mengakui, bahawa sesungguhnya tuan Pesuruh Allah". Kemudian katanya lagi: "Hai Rasulullah! Sesungguhnya orang Yahudi itu kaum pendusta. Jika mereka tahu saya masuk Islam sebelum tuan menanyakan kepada mereka, nescaya mereka akan menuduh saya pendusta di dekat tuan". Kemudian orang-orang Yahudi datang dan Abdullah masuk ke rumah. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah keadaan Abdullah bin Salam dalam lingkungan kamu?" Mereka menjawab: "Ia seorang yang amat pandai dan anak orang yang amat pandai di antara kami. Ia seorang yang paling baik dan anak orang yang paling baik di antara kami". Rasulullah s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah pendapat kamu, jika Abdullah memeluk agama Islam?" Kata mereka: "Dilindungi (dijauhkan) Tuhan kiranya ia dari hal yang demikian!" Maka keluarlah Abdullah kepada mereka, lalu berkata: "Saya mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan saya mengakui, bahawa sesungguhnya Muhammad Pesuruh Allah". Orang-orang Yahudi lalu berkata: "Dialah orang yang paling jahat dan anak orang yang paling jahat di antara kami". Mereka pun mencelanya bersama.

39.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4332.
Usamah bin Zaid, dia berkaia: Rasulullah saw. bersabda pada suatu hari kepada para sahabatnya; "Ketahuilah wahai pencari syurga! Sesungguhnya syurga itu tiada bandingannya. Ia itu, demi Tuhannya Ka'bah, adalah cahaya yang berkilau-kilau, dan wangi-wangian yang berhembus, dan istana yang menjulang tinggi, dan sungai yang mengalir, dan buah-buahan yang banyak dan masak, dan isteri yang cantik rupawan, dan pakaian kemegahan yang banyak. Di tempat yang abadi. Dalam kenikmatan dan rupa yang elok. Di rumah yang tinggi, aman dan megah". Para sahabat bertanya: "Kami adalah orang yang mencarinya, ya Rasulullah!" Beliau bersabda: "Katakan: Insya Allah"

40.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2402.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak di akhirat, penduduk neraka yang hidup serba nikmat di dunia, dia akan dibenamkan ke dalam api kemudian di tanya, "Hai anak Adam! Adakah kamu menerima kebaikan dan merasa kenikmatan?" Jawabnya, "Tidak, demi Allah, ya Tuhan!" Kemudian dihadapkan pula penduduk syurga yang hidup di dunia serba susah. Dia dimasukkan ke syurga kemudian ditanya, "Adakah kamu mengalami kesengsaraan dan merasai kesusahan?" Jawabnya, "Tidak, demi Allah, ya Tuhan! Aku tidak mengalami sengsara dan tidak merasa susah."

41.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2690.
dari Hakim bin Muawiyah, dari ayahnya dari Nabi SAW bersabda :"Sesungguhnya di syurga ada lautan air, lautan madu, lautan air susu dan lautan arak, kemudian sungai-sungai itu dialirkan setelah penghuni syurga telah memasukinya"

42. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2551.
 dari Abu Hurairah berkata : "Daging (kambing) dibawa kepada Rasulullah, lalu paha depannya dihulurkan kepada beliau dan beliau memakannya. Beliau mengaguminya dan menggigitnya dengan sungguh-sungguh kemudian bersabda :. Kemudian beliau bersabda  sesungguhnya jarak antara dua pintu dari pintu syurga seperti jarak antara Mekah dan Bushra (Bashrah)"


43.Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0402.
dari Abu Qatadah bin Rab'i R.A. dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Aku telah memfardhukan atas umat-Ku lima kali solat. Aku pula telah mengikat janji, iaitu: Barang siapa memeliharanya tepat pada waktunya, Aku masukkan dia ke syurga. Dan barang siapa tidak memeliharanya, maka tidak ada ikatan bagi-Ku dengannya."


44.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2072.
dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw. ditanya tentang sebanyak-banyak sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga. Beliau bersabda: "iaitu taqwa kepada Allah dan perangai yang baik", dan beliau ditanya tentang sebanyak-banyak sebab yang memasukkan manusia ke dalam neraka, beliau bersabda: "iaitu mulut dan kemaluan"

45.Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0110.
Dari Abu Umamah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang merampas hak orang muslim dengan sumpah, dia wajib masuk neraka dan haram baginya syurga." Lantas seorang laki-laki bertanya: "Sekalipun hanya sedikit, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Sekalipun hanya seujung sikat gigi dari kayu arak. "

46.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2199.
Dari Tsauban r.a., maula Rasulullah saw., katanya beliau bersabda: "Siapa mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetik sampai dia pulang kembali."

47.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0223.
Abud-Darda' berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW. mengatakan: 'Barangsiapa yang melalui jalan seraya mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya kerana senang kepada orang yang mencari ilmu. Sesungguhnya orang yang mencari ilmu akan dimintakan ampunan oleh orang ada di langit dan bumi sehingga ikan-ikan yang ada di air. Sesungguhnya keutamaan seorang alim dibanding abid -tekun ibadah- adalah seperti keutamaan/kelebihan bulan terhadap segala bintang. Sesungguhnya seorang ulama/alim adalah pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya maka dia mengambil suatu bahagian yang sempurna."

48.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1170.
dari Ummi Salamah berkata: Rasulullah saw bersabda: "Setiap perempuan yang mati dan suaminya rela kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga."

49.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2562.
dari Abu Dzarrin berkata :"Aku bertanya :"Hai Rasulullah apa itu bejana telaga ?" Beliau bersabda :"Demi Zat yang diri ku ditanganNya, sungguh bejananya lebih banyak daripada jumlah bintang-bintang di langit dan planet-planetnya pada malam yang gelap dan terang dari bejana syurga, barang siapa meminum dari padanya, nescaya ia tidak akan dahaga. Akhir lebarnya sama dengan panjangnya jarak antara Amman sampai Ailah. Airnya lebih putih daripada air susu dan lebih manis dari pada madu". Ini hadis hasan sahih gharib. diriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi SAW bersabda :"Telagaku seperti jarak antara negeri Kufah (Iraq) sampai Hajar Aswad".

50.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2067.
 dari Abdillah dari Rasulullah saw. bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom dari kesombongan dan tidak masuk neraka orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom dari iman", Rawi berkata: "Lalu seorang berkata: "Sesungguhnya mengagumkan diri ku bahawa perkataan ku bagus dan sandal ku bagus", Beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah itu senang kepada sesuatu yang bagus, tetapi kesombongan adalah orang yang menolak kebenaran dan menghina manusia." 

51.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3682.
dari Abu Hurairah, dari Nabi saw., beliau bersabda: "Pernah ada dahan kayu terletak di tengah jalan, sehingga mengganggu jalannya orang-orang. Lalu seorang laki-laki menyingkirkannya. Maka dia dimasukkan syurga (kerana perbuatannya itu)."

52.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0318.
Diriwayatkan dari Nabi bahawasanya beliau bersabda: "Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah baik iu kecil ataupun besar maka Allah membangunkan baginya rumah di dalam syurga." Qutaibah bin Sa'id menceritakan hadis itu kepada kami

53.Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0114.
 Kata Ma'qil kepada 'Ubaidullah, " mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Seorang hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya, tetapi dia menipu rakyat, maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga baginya."

54.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2325.
dari Abu Musa r.a. katanya "Kami berpergian bersama-sama Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba terdengar orang banyak mengeraskan suara membaca takbir. Maka bersabda Nabi saw., "Hai, manusia! Rendahkanlah hati dan suaramu! Sesungguhnya kamu tidak memanggil orang pekak dan orang jauh. Tetapi kamu memanggil Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat, bahkan Dia bersama kamu." Ketika itu aku berada di belakang beliau membaca "Laa haula la wa la quwwata illa billah" Maka bersabda beliau, 'Ya, 'Abdallah bin Qais! Mahukah engkau ku tunjukkan kepada mu suatu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga?" Jawab ku, "Tentu, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Bacalah: Laa haula wa laa quwwata illa billah"

55.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1442.
dari 'Ali, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Barangsiapa yang datang menjenguk saudaranya yang sakit, maka -berarti-- dia berjalan pada jalan syurga sehingga dia duduk. Maka bila dia duduk, maka dia dilimpahi rahmat. Maka kalau dia di pagi hari, malaikat memohonkan rahmat hingga petang hari. Dan kalau dia di petang hari, maka 70 (tujuh puluh) ribu malaikat memohonkan rahmat hingga pagi hari".

56.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1443.
 dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Barangsiapa yang menjenguk orang sakit, maka ada seruan datang dari langit berkumandang: Berbahagialah kamu dan menjadi baik perjalananmu, dan engkau menempati tempat di syurga".

57.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3807.
 dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah saw. melewatinya, sedangkan dia sedang menanam. pohon. Lalu beliau bertanya: "Hai Abu Hurairah! Apa yang engkau tanam itu?" Aku menjawab: "Pohon milikku." Beliau bertanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu tentang pohon yang lebih baik bagimu daripada pohon itu?" "Tentu, ya Rasulullah! Jawabnya. Beliau bersabda: "Bacalah: Subhaanallah wal-hamdu lillah wa laa ilaaha illallah wallahu akbar, nescaya ditanamkan bagimu dengan setiap satu (bacaan) nya, sebuah pohon di syurga". 

58.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2322.
Dari Abu Hurairah ra. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menolong menghilangkan kesusahan orang mukmin, Allah Taala menghilangkan pula kesusahannya di hari kiamat kelak. Siapa yang membantu memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya pula di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambanya selama hamba itu mahu menolong saudaranya. Siapa berusaha mencari ilmu, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Bila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid)lalu mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, diturunkan kepada mereka ketenangan dan diselubungi mereka dengan rahmat. Mereka dikerumuni oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut dengan bangga kepada orang-orang yang di dekat-Nya. Sedangkan orang yang lalai beramal, ia tidak akan dapat mengejar ketinggalannya dengan gelar kebangsawanan nya."

59.Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1139.
Dari Abu Hurairah r.a., pada suatu kali Rasulullah saw. bercerita, di mana ikut mendengar seorang Badwi: "Ada seorang laki-laki yang telah masuk syurga memohon kepada Tuhan untuk bercocok-tanam. Tuhan berkata: "Bukankah engkau telah mencapai apa yang engkau kehendaki?" Orang itu berkata: Benar! Tetapi saya ingin sekali bercocok-tanam. Lalu orang itu pun menabur benih. Dalam sekejap mata benih itu tumbuh menjadi besar dan berbuah. Buahnya besar sekali seperti gunung. Tuhan berfirman:"Hai Anak Adam! Ambillah! Engkau tidak akan merasa puas dengan apa pun. "Lalu orang Badwi itu berkata: Orang itu sudah pasti orang Quraisy atau orang Ansar. Kami tidak pandai bercocok-tanam. Mendengar itu Nabi saw. tertawa.

60.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1073.
 dari Aisyah,Bahwasanya dia menyebutkan sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:"barang siapa senang bertemu kepada Allah, maka Allah suka menemuinya dan barang siapa benci bertemu kepada Allah, maka Allah benci bertemu kepadanya."Aisyah berkata:"Saya bertanya:"Hai Rasulullah.masing-masing dari kami takut mati". Rasulullah saw bersabda:"Tidak demikian itu.tetapi orang mukmin ketika (hendak mati) ia diberi kabar gembira dengan rahmat Allah,keridhaan dan syurga-Nya maka ia senang bertemu Allah dan Allah senang bertemu kepada.Dan orang kafir ketika (hendak mati) diberi kabar seksa Allah dan murka-Nya maka ia benci bertemu Allah,dan Allah benci bertemu kepadanya."

61.Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1443.
Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang pertama-tama masuk syurga, rupanya sebagai bulan pada malam purnama. Dan orang-orang yang masuk sesudah itu, sebagai bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu), tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu nampak sumsum betisnya dan belakang dagingnya kerana sangat indahnya. Mereka memuji Tuhan pagi dan petang, tiada merasa demam, tiada selsema, dan tiada berdahak. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir dari emas, dan kayu bakar mereka dari uluwwah (kayu kemenyan)".

61.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2819.
"Anas bin Malik berkata :"Rasulullah SAW bersabda kepada ku :"Hai anak ku jika kamu mampu pagi dan petang tidak ada curang dihati mu kepada seseorang maka lakukanlah !" Kemudian beliau bersabda kepada ku :"Hai anak ku demikian itu adalah sunnah ku, dan barang siapa menghidupkan sunnah ku, maka ia telah menghidupkan ku, dan barang siapa menghidupkan ku, maka kelak dia bersama ku di syurga"

62.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0406.
 Ibnu Abbas berkata:  Dan benar-benar diriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa beliau bersabda: "Dua macam perbuatan tidaklah seorang muslim memeliharanya melainkan masuk syurga iaitu membaca Subhanallah pada sesudah tiap-tiap solat wajib tiga puluh tiga kali dan membaca Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan membaca Allahu Akbar tiga puluh tiga kali dan membaca tasbih ketika hendak tidur sepuluh kali dan membaca Allahu Akbar sepuluh kali.

63.Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1464.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Tuhan menjadikan Nabi Adam tingginya enam puluh hasta.  Maka setiap orang yang masuk syurga serupa dengan Adam. Dan manusia itu sentiasa bertambah kedil sampai sekarang".

64.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4122.
Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Orang-orang fakir diantara kaum mukminin akan masuk syurga setengah hari sebelum orang-orang kaya, yaitu waktu yang lamanya lima ratus tahun".

65.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0985.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bertanya: "Siapakah di antara anda yang berpuasa hari ini?" Jawab Abu Bakar, "Aku, ya Rasulullah!" Tanya Rasulullah saw., "Siapakah di antara anda yang mengiringkan jenazah ke pekuburan hari ini?" Jawab Abu Dakar, "Aku, ya Rasulullah!" Tanya Rasulullah saw., "Siapakah di antara anda sekalian yang memberi makan orang miskin hari ini?" Jawab Abu Bakar, "Aku, ya Rasulullah!" Tanya Rasulullah saw., "Siapakah di antara anda yang mengunjungi orang sakit hari ini?" Jawab Abu Bakar, "Aku, ya Rasulullah!" Maka bersabda Rasulullah saw., "Siapa yang dapat melakukan perbuatan-perbuatan itu semuanya, nescaya dia masuk syurga."

66.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2245.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bila seseorang bertemu dengan sebuah ranting di tengah jalan, lalu dia berkata : Demi Allah, kusingkirkan ranting ini supaya tidak menyakiti kaum muslimin. Nescaya Allah Ta'ala memasukkannya ke syurga."

67.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2042.
Dari Ka'ab bin Malik katanya: "Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesungguhnya roh seorang mukmin akan dijadikan seekor burung yang dapat terbang di pohon-pohon syurga. dia akan tinggal disana sampai dia dikembalikan ke jasadnya lagi di hari kiamat'

68.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2235.
dari Salim bin 'Abdullah bin 'Umar, dari ayahnya, dari kakeknya, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa ketika masuk kepasar membaca: "Laa ilaaha illallaah wahdah, laa syariikalah, lahul-mulku wa lahul-hamdu yuhhyii wa yumis, wa huwa hayyun laa yamut. biyadihil-khairu kulluhu wa huwa 'alaa kulli syaiin qadiir. Artinya: Tiada Tuhan kecuali Allah saja, tiada sekutu bagi-N'ya. Milik-Nya lah kerajaan dan milik-Nyalah segala puji, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dan Dia sentiasa hidup dan tidak mati. Di tanganNya lah seluruh kebaikan, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Maka Allah akan menetapkan baginya sejuta kebaikan, dan akan menghapus daripadanya sejuta dosa, dan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga".

69.Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0335.
Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila muadzin menyerukan azan, maka jawablah sebagai berikut: "Allahu Akbar, Allahu Akbar", jawabnya: "Allahu Akbar, Allahu Akbar." "Asyhadu alla iillaha illallah", jawabnya: "Asyhadu alla ilaaha illallah." "Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah", jawabnya: "Asyhadu anna Muhhammadar Rasulullah." "Hayya 'aillsh shalah" jawabnya: "La hawla wala quwwala illa billah." "Hayya 'alal falah", jawabnya: "La hawla wala quwwata ilia billah." ''Allahu Akbar, Allahu Akbar", jawabnya: "Allahu Akbar, Allahu Akbar." La iillaha illallah", jawabnya: "La ilaaha illallah." Jika kamu jawab seperti itu dengan sepenuh hatimu, maka kamu masuk syurga."

70.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1699.
 dari Anas bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sungguh berangkat di waktu pagi di jalan Allah atau berangkat di waktu petang lebih baik daripada dunia seisinya da seandainya wanita penghuni syurga tampak di atas bumi, nescaya memerangi antara langit dan bumi dan tentu memenuhi bau harum antara keduanya dan sungguh tudung di atas kepalanya lebih baik daripada dunia seisinya." 


71.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3471.
Abdullah bin Amr berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Dua perkara yang tidaklah seorang muslim dapat memeliharanya melainkan dia tentu masuk syurga. Ingatlah dua perkara itu ringan dikerjakan tapi sedikit orang melakukannya iaitu membaca tasbih bagi Allah pada setiap selesai solat sepuluh kali dan membaca tahmid bagiNya sepuluh kali dan membaca takbir bagiNya sepuluh kali", dia berkata: Aku melihat Rasulullah SAW menghitung sepuluh-sepuluh dengan jari-jarinya dan bersabda: "Jumlah tasbih, tahmid dan takbir itu seratus lima puluh kali kebaikan dalam sehari semalam dengan lisan dan seribu lima ratus kebaikan dalam timbangan. Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu kamu membaca tasbih, tahmid dan takbir kepada Allah seratus kali itu adalah seratus kebaikan dalam lisan dan seribu kebaikan dalam timbangan, maka siapakah di antara kamu melakukan di dalam sehari semalam dua ribu lima ratus kejelekan?" mereka berkata: Bagaimana cara kami menghitungnya?" Beliau bersabda: "SYaitan datang kepada seseorang dari kamu yang sedang melakukan solat lalu mereka berkata "Ingatlah itu dan ingatlah itu (yaitu urusan dunia dan kesenangan hawa nafsu) sehingga ia selesai dari solatnya agar dia tidak melakukan pemeliharaan dua perkara itu dan ia datang kepadanya sedang dia berada di tempat tidurnya lalu sentiasa menidurkan sehingga tidur"

72.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1033.
 dari Martsad bin Abdullah Al Yazani berkata: "Malik bin Al Hubairah ketika mensolati jenazah, maka orang-orang yang solat jenazah itu kelihatan sedikit, oleh kerana itu dia membahagi mereka yang solat atas tiga bahagian, kemudian dia berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa disolati oleh tiga baris (manusia) maka wajib (baginya syurga)."

73.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2430.
Dari Abdullah bin Qais, dari bapanya r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Bagi seorang mukmin disediakan di syurga sebuah Khaimah dari sebuah mutiara yang berlubang, panjangnya enam puluh mil. Bagi mereka disediakan pula beberapa orang isteri yang didatanginya secara bergiliran di mana isteri yang satu dengan yang lain tidak saling menampak."

74. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2436.
Dari Haritsah bin Wahab r.a. katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Mahukah kamu sekalian ku beritahukan siapa penduduk syurga?" Jawab para sahabat, "Tentu, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Orang-orang daif bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah (dan mendoa kepada-Nya), maka doanya sungguh diperkenankan Allah." Kemudian beliau bertanya pula, "Mahukah kamu ku beritahukan siapa penduduk neraka?" Jawab mereka, "Tentu!" Sabda beliau, "Setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, mewah namun kikir dan sombong."

75.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2645.
 Abu Hurairah berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Tidak ada pepohonan dalam syurga melainkan batangnya dari emas"

76.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3852.
Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Aku melihat Ja'far terbang di syurga beserta para malaikat"

77.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2646.
dari Abu Hurairah berkata :" Aku bertanya, "WahaiRasulullah dari apa makhluk diciptakan?" Beliau menjawab :"Dari air". Aku bertanya :"Syurga apa bahan bangunannya ?" Beliau menjawab :"Batu bata yang dibuat dari perak dan emas, pelapurnya adalah minyak misik yang sangat harum, kerikilnya adalah mutiara dan yaqut, dan tanahnya adalah za'faran. Barang siapa memasukinya nescaya ia merasa nikmat dan tidak sengsara, tinggal abadi dan tidak mati, tidak rusak Pakaiannya, dan tidak punah keremajaannya.

78.Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1855.
Dari Samurah bin Jundab r.a. katanya: Rasulullah saw. acapkali menanyakan kepada sahabat-sahabatnya: "Adakah seseorang di antara kamu yang bermimpi?" Lalu orang yang bermimpi itu menceritakan kepada Nabi akan mimpinya. Pada suatu pagi beliau bercerita, bahawa pada malam tadi beliau bermimpi. Datang dua orang dan mengajak berjalan bersama-sama. Kemudian aku berjalan bersama-sama dengan kedua orang itu.  Lalu kami berjalan terus dan bertemu dengan sebuah kebun yang menghijau dan di situ kelihatan cahaya kesuburan. Di tengah kebun itu kelihatan seorang laki-laki yang tinggi, sehingga hampir kepalanya tidak kelihatan kerana tingginya. Di keliling laki-laki itu banyak anak-anak yang belum pernah ku lihat sebanyak itu. Aku bertanya: "Siapa laki-laki itu dan siapa anak-anak itu?" Jawabnya: "Jalan terus, jalan terus!" Lalu kami berjalan dan bertemu dengan sebuah kebun yang sangat lebar, belum pernah aku melihat kebun yang selebar dan sebagus itu. Dikatakan kepada ku: "Naiklah!" Lalu kami naik dan sampai ke sebuah kota yang bangunannya terbuat dari batu-bata emas dan batu-bata perak. Setelah sampai di pintu gerbang kota, kami suruh buka, lalu dibuka dan kami masuk ke dalamnya. Kami bertemu di situ dengan beberapa orang yang sebahagian tubuhnya amat elok, lebih elok dari apa yang pernah engkau lihat, sedang sebahagian tubuhnya sangat buruk dan lebih buruk dari apa yang pernah engkau lihat. Kedua orang tadi menyuruh mereka pergi dan masuk ke dalam sebuah sungai. Kebetulan sungai itu sangat lebar, airnya mengalir dan berwarna putih bagai air susu. Lalu mereka pergi dan masuk ke dalam sungai. Kemudian mereka kembali kepada kami, sedang rupa yang buruk itu telah hilang dari mereka dan kerananya telah mempunyai rupa yang elok. Dikatakan kepada ku: "Inilah syurga Aden dan di situ tempat engkau!" Lalu aku melihat ke atas, maka kelihatan lah sebuah istana sebagai awan putih. Kata keduanya kepada ku: "lnilah tempat engkau!" Aku mengatakan kepada keduanya: "Kiranya kamu diberkati Allah! Biarkanlah aku masuk ke dal amnya!" Jawabnya: "Sekarang belum boleh, tetapi engkau pasti masuk ke situ."  Laki-laki yang tinggi dalam kebun ialah Ibrahim a.s. sedang anak-anak yang di kelilingnya ialah anak-anak yang meninggal di waktu kecil. Sebahagian orang Islam yang hadir bertanya: "Ya Rasulullah! Juga anak-anak orang musyrik?" Jawab Nabi: "Juga anak-anak orang musyrik ." Orang-orang yang sebahagian tubuhnya elok dan sebahagian lagi buruk, itulah orang yang mempercampur - baurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan yang buruk. Kiranya Allah mengampuni dosa mereka!"

79.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2611.
Sahl bin Muadz bin Anas, dari ayahnya bahawa Nabi SAW bersabda :"Barang siapa menahan kemarahan sedangkan dia mampu melaksanakannya, nescaya Allah memanggilnya di tengah para pemimpin orang banyak sehingga Dia menyuruhnya memilih mana bidadari yang di kehendaki".Hadis ini adalah hadis hasan gharib.

80. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2689.
 An Numan bin Sa'ad dari Ali berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Sesungguhnya di syurga ada tempat kumpul bagi bidadari, mereka mengangkat suara mereka dengan nyanyian yang tidak pernah makhluk mendengar nyanyian seperti nyanyiannya, mereka berkata :"Kami wanita abadi, tidak mati dan kami wanita yang bahagia tidak sengsara, dan kami wanita yang senang tidak pernah marah. Beruntunglah orang yang untuk kami dan kami untuknya"

81.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4337.
dari Abu Umamah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Tiada seorangpun yang dimasukkan syurga Allah, melainkan Allah Azza wa Jalla mengahwinkannya dengan tujuh puluh dua orang istri; dua orang diantaranya dari golongan bidadari, dan tujuh puluh yang lain dari warisannya yang berasal dari ahli neraka. Tiada seorangpun dari mereka itu melainkan mempunyai kemaluan (vagina) yang mengundang selera. Dan dia mempunyai dzakar yang tidak akan melengkung (baca; impoten.". Hisyam bin Khalid berkata: Dari warisannya yang berasal dari ahli neraka maksudnya adalah para lelaki yang masuk neraka. Maka ahli syurga mewarisi isteri-isteri mereka. Sebagaimana halnya isteri-isteri Fir'aun diwariskan".

82. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2780.
Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Bakal dibuka untuk kalian beberapa cakerawala, dan akan dibuka untuk kalian suatu kota yang dinamai Qazwin. Barangsiapa yang bersiap-siaga di dalamnya selama 40 (empat puluh) hari, atau 40 (empat puluh) malam, maka di syurga dia mempunyai tiang dari emas. Di atasnya terdapat batu permata hijau, yang di atasnya terdapat kubah dari batu permata bagus yang berwarna merah. Baginya ada 70 (tujuh puluh) ribu kamar dari emas, setiap kamarnya ada seorang isteri dari bidadari".

83.  Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2655.
Abdullah bin Abdur Rahman. Nabi SAW bersabda :"Sesungguhnya wanita ahli syurga dapat dilihat betis kakinya yang putih dari balik tujuh puluh pakaian hingga nampak otaknya. Demikian itu kerana Allah telah berfirman :"Seolah-olah mereka (bidadari) itu yaqut dan marjan". Ada pun yaqut adalah batu yang seandainya kamu masukkan benang di dalamnya kemudian kamu bersihkan nescaya kamu melihatnya dari baliknya.

No comments:

Post a Comment